Anda di halaman 1dari 1

Mukjizat Mukjizat adalah perkara luar biasa atau perkara ganjil dikurniakan Allah kepada para Nabi dan

Rasul. Tujuannya ialah untuk menjelaskan kepada manusia bahawa orang yang mendakwa dirinya sebagai Rasul dan mempunyai mukjizat tersebut maka dakwaannya itu adalah benar. Mukjizat tidak boleh ditandingi oleh sihir atau sebarang kepandaian manusia, kerana ia adalah kurniaan Allah bukan kerana sebab-sebab kepandaian atau keahlian manusia. Oleh itu manusia tidak boleh mengetahui rahsia dan sebab-sebab berlakunya perkara itu. Mukjizat terbahagi kepada dua jenis iaitu Mukkjizat Hissi dan Mukjizat Maknawi. Mukjizat Hissi ialah mukjizat yang dapatr dilihat dengan mata kasar atau yang dapat dialami oleh pancaindera yang lima. Contohnya seperti mukjizat Nabi Ibrahim (as) yang dibakar tidak hangus, mukjizat Nabi Muhammad (saw) terpancar air dari celah jarinya, dsb. Orang-orang yang berada diwaktu dan di tempat berlakunya mukjizat-mukjizat ini dapat menyaksikan dengan mata mereka bagaimana tubuh badan Nabi Ibrahim (as) yang dibakar oleh kaum Namrud. Walaupun unggun api besar dan apinya pula menyala menjilat-jilat, tetapi tubuh badan Nabi Ibrahim (as) tidak hangus. Begitu juga orang ramai dapat melihat dengan jelas bagaimana air terpancar keluar dari celah-cerah jari Nabi Muhammad (saw). Orang ramai dapat minum air tersebut hingga hilang dahaga mereka dan dapat mangambil wudhuk. Mukjizat Maknawi pula ialah yang hanya dapat difahami dengan daya akal fikiran. Mukjizat jenis ini memerlukan kajian dan penelitian kerana ia tidak dapat dimengertikan dengan kekuatan pancaindera melainkan menggunakan akal fikiran menurut neraca yang sihat dan kajian yang sempurna. Mukjizat jenis ini dinamakan juga Mukjizat 'Akli. Mukjizat al-Quran adalah satunya Mukjizat Maknawi. Kandungan tatabahasa dan susunan ayatnya sangat indah, yang hanya dapat diketahui apabila seseorang mempelajari dan mengkaji al-Quran itu. Semua manusia tidak dapat mengarang sebuah kitab yang menyerupai kitab al-Quran. Allah hanya mengurniakan Mukjizat Hissi kepadea Rasul-rasul yang terdahulu. Kepada Nabi Muhammad (saw) dikurniakan kedua-dua mukjizat tersebut.

Allah S.W.T mengurniakan 2 jenis Mukjizat iaitu :

Mukjizat Hissi iaitu mukjizat yang dapat dilihat dan dirasai oleh pancaindera. Contohnya pokok kurma memberi salam kepada Rasulullah.

Mukjizat Maknawi ialah mukjizat yang dapat difahami dengan akal. Contohnya Al-Quran, Taurat, Injil dan Zabur