Anda di halaman 1dari 20

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

TAJUK 1 1.0 SINOPSIS

KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Tajuk ini akan membincangkan tentang konsep pengujian, pengukuran, ciri-ciri penting pengukuran, penilaian, perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian dan tujuan penilaian.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN Setelah membaca tajuk ini pelajar akan dapat menguasai tentang: 1. konsep pengujian. 2. konsep pengukuran. 3. Ciri-ciri penting pengukuran. 4. konsep penilaian. 5. Perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian. 6. Tujuan penilaian.

1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)


1.3 PENDAHULUAN Penilaian memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Contohnya sebelum anda dianugerah Ijazah Perguruan, anda akan diuji dan dinilai dari aspek teori dan amali. Tahukah anda apa yang dimaksudkan pengujian, pengukuran dan penilaian. 1.4 PENGUJIAN merujuk kepada teknik untuk mendapatkan maklumat tentang

Pengujian adalah

perubahan tingkah laku seseorang indiividu. Ia terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan murid memberi satu set tindakbalas. Calon ujian mungkin diminta menyelesaikan sesuatu masalah seperti medefinisikan sesuatu perkataan, menyusun ayatayat al quran, menyatakan dalil atau hujjah sesuatu kenyataan dan sebagainya. Ujian merupakan alat pengukuran yang membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar khususnya dalam bentuk markah. Berikut adalah antara tujuan pengujian:

a) b) c)

Mengesan pencapaian hasil pembelajaran yang telah diperolehi. Mengesan kemajuan yang telah dicapai tentang pencapaian hasil-hasil

pembelajaran yang lain. Mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh calon ujian. Proses pengujian biasanya dimulakan dari peringkat persediaan soalan, kemudian peringkat pelaksanaan dan seterusnya peringkat pemeriksaan. Melalui proses pengujian guru dapat mengesan sejauh mana murid dapat menguasai satu-satu kemahiran yang telah dipelajari. Proses pembelajaran murid tidak berakhir dengan menamatkan pelajaran oleh para guru sahaja, malah di akhir sesuatu ujian pihak guru seharusnya mengetahui sejauh mana sesuatu pelajaran itu telah diterima oleh pelajar mereka. Justeru, penilaian sangat penting dalam konteks pembelajaran.

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)


1.5 PENGUKURAN

Suatu proses menentukan kuantiti atau takat pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru. Guru mungkin menggunakan alat pengukuran yang mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala. Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan. Fungsi pengukuran adalah seperti berikut :

a) b) c) d) e) i. ii. iii.

Mengesan hasil-hasil pembelajaran yang telah dicapai. Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi. Mengesan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid Bagi mendapatkan maklumat untuk : Bimbingan. Kecekapan guru. Rekod prestasi dan profil murid, khususnya sebagai maklum balas kepada

yang lain.

murid dan ibu bapa. Pengukuran dalam bidang pendidikan biasanya dijalankan dalam dua tahap. Tahap-tahap ini adalah seperti berikut (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986):

a)

Menempatkan pangkatan murid mengikut pencapaian mereka seperti memilih 10

orang murid yang terbaik daripada satu darjah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Untuk ini, guru memerlukan alat pengukuran yang dapat membeza dan menempatkan kedudukan murid dari segi kebolehan Pendidikan Islam. Untuk pengukuran di tahap ini, guru tidak perlu mengetahui sebanyak mana pengetahuan Pendidikan Islam bagi setiap 10 orang murid terbaik itu atau perbezaan kebolehan Pendidikan Islam bagi 10 orang murid yang terpilih berbanding dengan murid-murid lain. Skel yang digunakan di tahap ini ialah skel urutan sahaja (skel ordinal). b) Di tahap kedua, khususnya untuk kegunaan analisa perangkaan, pengukuran jenis ini menggunakan skel selang. Guru harus menyediakan ujian yang memberi unit markah yang sama besarnya (seperti 100% dan di tahap 1% adalah sama berat nilainya). Dari

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)


maklumat seperti ini, kesemua murid bukan sahaja dapat diberi pangkatan, malahan perbezaan antara murid dapat dikira. 1.5.1 Ciri-ciri Penting Pengukuran

Berikut adalah ciri-ciri penting pengukuran: a) Pengukuran tidak melibatkan proses menilai (seperti sesuatu itu dihargai, dianggap baik, buruk, memadai dan sebagainya). Apabila guru mengukur kebolehan murid contohnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, yang dinyatakan ialah sebanyak mana atau setinggi mana pengetahuan Pendidikan yang telah dicapai oleh murid tersebut. Kebolehan atau pengetahuan murid tidak dikaitkan dengan nilai baik, lemah dan sebagainya. Pertimbangan tentang nilai seperti ini dibuat dalam proses penilaian.

b)

Pengukuran membandingkan markah seseorang murid dengan satu skel atau

dengan satu standard. Dalam hampir semua pengukuran di bidang pendidikan atau psikologi, skel atau standard yang digunakan ialah pencapaian murid lain. Dengan kata lain, Pengukuran dalam pemdidikan adalah untuk membandingkan pencapaian semua murid atau tentang perbezaan antara murid. Skel atau standard yang mutlak dan sentiasa tetap tidak dapat digunakan kerana pengukuran dalam pendidikan membandingkan seseorang murid dengan rakan sebayanya dan memberi interpretasi pencapaian murid tersebut berdasarkan pencapaian semua rakan sebayanya (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986). 1.6 PENILAIAN

Penilaian ditakrifkan sebagai proses mentaksir perubahan tingkahlaku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Ia melibatkan proses menentu, mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. Proses penilaian melibatkan melibatkan tiga langkah berikut: a) Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur. b) Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran. c) Membuat sesuatu pentaksiran atau pertimbangan tentang hasil pengukuran.

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)


Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran,

penganalisaan dan penyimpulan. Berikut adalah lima prosedur penilaian secara ringkas: a) Peringkat persediaan ujian. b) Peringkat pentadbiran ujian. c) Peringkat pemeriksaan dan pengukuran. d) Peringkat analisis. e) Peringkat interpretasi dan tindakan. Dari segi konsep, penilaian merupakan konsep yang paling luas dan gambarannya boleh dilihat seperti rajah berikut:

Pengujian Pengukuran

Penilaian

Rajah 1.1 Perhubungan di antara penilaian, pengukuran dan pengujian 1.7 PERBEZAAN ANTARA PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN Perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian boleh dilihat dari pelbagai aspek seperti berikut: a) Takrif. Pengujian ialah teknik mengukur perubahan tingkah laku individu. Pengukuran pula ialah proses memperoleh nilai kuantitatif bagi menentukan pencapaian pembelajaran individu. Manakala penilaian ialah proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. b) Fungsi.

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)


Pengujian berfungsi mengesan hasil pembelajaran yang diperoleh. Pengukuran juga mengesan hasil pembelajaran, jenis-jenis kemahiran dan kemajuan. Penilaian berfungsi membuat pentaksiran tentang pencapaian murid untuk tujuan pemulihan atau peggredan. c) Masa diberi. Kesemua pengujian, pengukuran dan penilaian dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas pengajaran. d) Cara. Pengujian dijalankan melalui item-item (soalan-soalan) ujian. Pengukuran dijalankan melalui berbagai cara memperoleh data kuantitatif. Penilaian dijalankan melalui ujian dan alat-alat lain seperti soal selidik, rekod anekdot dan senarai semak. e) Fokus. Pengujian dan pengukuran difokuskan kepada satu-satu unit pembelajaran atau beberapa unit pembelajaran. Penilaian pula adalah berdasarkan kepada maklumat pengujian dan data kualitatif dari pemerhatian, soal selidik atau senarai semak. f) Hasil. Pengujian menunjukkan pencapaian murid dalam satu atau beberapa unit pembelajaran. Penilaian pula menunjukkan pencapaian dalam segmen pelajaran yang diukur. Manakala Penilaian menunjukkan pencapaian dan tingkah laku murid secara keseluruhan.

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)


1.8 TUJUAN PENILAIAN Penilaian dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru. Melalui penilaian, guru dapat : a) mengesan perkembangan murid secara menyeluruh; b) mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa; c) mengetahui keberkesanan pengajarannya; d) merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan e) menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta. Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat.

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)


TAJUK 2 2.0 SINOPSIS Tajuk ini akan membincangkan tentang konsep penilaian formatif, penilaian sumatif diikuti dengan perbezaan antara ujian formatif dengan ujian sumatif. 2.1 HASIL PEMBELAJARAN Setelah membaca tajuk ini pelajar dapat menguasai:

PENILAIAN FORMATIF DAN SUMATIF

1. konsep penilaian formatif


2. konsep penilaian sumatif 3. perbezaan antara ujian formatif dengan ujian sumatif.

2.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

2.3 JENIS PENILAIAN Secara umumnya terdapat dua jenis penilaian di sekolah iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. 2.4 PENILAIAN FORMATIF Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang satu bahagian pengajaran yang terhad, misalnya satu unit pelajaran atau satu bab di dalam buku teks. Keputusan yang diperoleh digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukanlah untuk memberikan

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)


gred atau kedudukan di dalam kelas. pelajaran boleh disediakan. Objektif ujian formatif ialah untuk mengesan

kejayaan dan kegagalan pembelajaran murid-murid. Dengan itu kaedah dan isi Sekiranya terdapat sejumlah besar murid-murid gagal dalam sesuatu unit pelajaran, unit itu akan diajar semula dengan kaedah yang sesuai seperti kaedah kumpulan. Pencapaian murid akan dicatat dalam laporan prestasi dan maklumat ini akan membantu guru merancang akitivit-aktiviti pemulihan serta mengubah strategi pengajarannya jika perlu. Contoh-contoh penilaian formatif ialah seperti lembaran kerja dan ujian bulanan. Secara lebih dekat lagi lihat contoh berikut, guru mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1, bab 1, bahagian Tilawah Al Quran Sumber Kejayaan. Di akhir pengajaran guru mengedar soalan-soalan seperti berikut: a) Jawap soalan-soalan berikut berpandukan surah Al Baqarah ayat 1-5: i. ii. iii. Nyatakan ciri-ciri orang yang bertakwa. Terangkan maksud perkara ghaib serta berikan dua contoh. Nyatakan tiga pengajaran yang dapat diambil daripada ayat di atas. 2.5 PENILAIAN SUMATIF Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu. Penilaian boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. PKS dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam sistem penilaian.

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)


Sebagai contoh penilaian sumatif, cuba lihat soalan peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Ulum Syariah seperti berikut: a) Soalan 1 i. ii. i. ii. i. ii. Jelaskan pengertian Islam. Sebutkan dalil naqli pengiktirafan Allah terhadap Islam. Mengapakah ilmu pengetahuan dianggap penting. Apakah akibat jika ilmu pengetahuan tidak diamalkan. Terangkan maksud poligami dalam Islam. Ceritakan dengan ringkas riwayat hidup Ibn Rushd.

b) Soalan 2

c) Soalan 3

2.6 PERBEZAAN ANTARA UJIAN FORMATIF DENGAN UJIAN SUMATIF Perbezaan antara ujian formatif dengan ujian sumatif boleh dilihat dari beberapa aspek seperti berikut:

a) Fungsi.
Ujian formatif menghasilkan maklumat balik kepada murid dan guru tentang kemajuan murid. Ia dapat mengesan punca-punca kelemahan untuk kegunaan dalam pendidikan pemulihan. Ujian sumatif digunakan untuk pensijilan atau penggredan murid di akhir kursus. b) Masa diberi. Ujian formatif diberi sepanjang pengajaran, manakala ujian sumatif diberi pada akhir satu-satu unit atau kursus. c) Tekanan dalam penilaian. Ujian formatif memberi penekanan kepada tingkah laku kognitif, psikomotor dan afektif. Ujian sumatif menekankan kepada tingkah laku kognitif sahaja. d) Fokus pengukuran. Ujian formatif difokuskan kepada satu-satu segmen. Ujian sumatif difokuskan kepada objektif kursus. e) Sifat sampelan. Ujian formatif terhad kepada tugasan pembelajaran.berubah-ubah mengikut segmen. Ujian sumatif adalah beraneka jenis.

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)


f) Kesukaran item. Ujian formatif berubah-ubah mengikut segmen. Ujian sumatif kesukarannya terdapat pada semua peringkat, ada yang sangat senang dan ada pula yang sangat susah. g) Jenis alat. Alat pengukur formatif dibentuk secara khusus. Pengukur ujian sumatif adalah pada peperiksaan akhir tahun. h) Jenis-jenis skor. Ujian formatif dijadikan ujian rujukan kriteria. Ujian sumatif biasanya merupakan ujian rujikan norma, tetapi boleh juga digunakan sebagai ujian rujukan kriteria. i) Cara melapor skor. Skor dalam ujian penilaian formatif adalah gagal atau lulus. Dalam ujian sumatif, jumlah skor diambil kira. j) Contoh. Contoh ujian formatif adalah ujian bulanan dan lembaran kerja. Contoh ujian sumatif termasuklah peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan seumpamanya.

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)


TAJUK 3 3.0 SINOPSIS Tajuk ini akan membincangkan tentang bentuk penilaian yang terdiri daripada penilaian secara pemerhatian, penilaian secara lisan, instrumen penilaian lisan, penilaian secara penulisan, instrumen penilaian penulisan dan akhir sekali contoh perkataan atau frasa untuk membuat penilaian.

BENTUK PENILAIAN

3.1 HASIL PEMBELAJARAN Setelah membaca tajuk ini pelajar dapat menguasai:

1. Konsep penilaian secara pemerhatian. 2. Konsep penilaian secara lisan. 3. Instrumen penilaian lisan. 4. Konsep penilaian secara penulisan. 5. Instrumen penilaian penulisan 6. Mengenal pasti contoh perkataan atau frasa untuk membuat penilaian.

3.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)


3.3 PENDAHULUAN Penilaian terhadap hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan menggunakan kaedah:

a) Pemerhatian. b) Lisan. c) Penulisan.


Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada:

a) Hasil pembelajaran yang hendak dinilai. b) Kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.
Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenai kebolehan, perkembangan dan kemajuan murid. Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk :

a) Mengesan serta-merta. b) mengesan


penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta dalam pengajaran harian dan tidak memerlukan instrumen yang khusus.

c) Mengesan kemajuan. d) mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran. e) perlu dirancang secara individu atau kumpulan. f) menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian
bertulis.

g) Mengesan pencapaian. h) mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir
program.

i) perlu dirancang secara individu. j) dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan
ujian lisan.

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)


3.4 PENILAIAN SECARA PEMERHATIAN Penilaian secara pemerhatian digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan dan penulisan seperti:

a) sikap. b) perlakuan/amalan. c) Amali. d) kemahiran manipulatif. e) kemahiran bersosial. f) kemahiran belajar. g) kemahiran kinestetik. h) kemahiran literasi komputer. i) kemahiran mereka cipta.
Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran. Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan. Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar. 3.5 PENILAIAN SECARA LISAN Penilaian secara lisan digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara:

a) murid dengan guru. b) murid dengan murid. c) murid dengan bahan pembelajaran.
Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:

a) kefahaman konsep. b) pengetahuan fakta. c) kecekapan mendengar.

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) d) penggunaan bahasa yang tepat. e) kefasihan menghafaz. f) sebutan dalam berbahasa. g) kecekapan mencongak. h) gaya persembahan. i) pertuturan dan sikap.
3.5.1 Instrumen Penilaian Lisan Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:

a) bacaan kuat. b) Syarahan. c) Perbahasan. d) Bercerita. e) Perbincangan. f) Hafazan. g) temu bual. h) soal jawab. i) Nyanyian. j) deklamasi sajak.
k) mendengar dan memberi respon secara lisan Penilaian lisan membolehkan guru :

a) mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan


bertutur secara gramatis. b) mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid. c) mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz. d) mengesan kelancaran dalam sebutan.

e) mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.


Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan, ia merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan instrumen tersebut guru perlu memastikan:

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) a) soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah
difahami. b) aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.

c) pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk
merangsang murid berfikir.

d) aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.


3.6 PENILAIAN SECARA PENULISAN Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti yang berikut:

a) karangan. b) laporan projek/kerja kursus/folio. c) latihan dan ujian bertulis.


d) huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta. 3.6.1 Instrumen Penilaian Penulisan Instrumen Penilaian Penulisan digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut:

a) kemahiran menulis. b) menyusun idea. c) penggunaan tanda baca. d) perbendaharaan kata. e) Mengaplikasi. f) Mentafsir. g) Menilai.
Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah diambil kira:

a) soalan menepati kemahiran yang akan diuji. b) bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami. c) bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) d) aras kesukaran soalan dipelbagaikan. e) skema pemarkahan disediakan.

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)


Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah:

a) soalan subjektif. b) soalan objektif.


Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat rendah dan peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat dapat menilai peningkatan tahap pemikiran murid. Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan pengetahuan asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh merangsang murid untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami secara kritis dan kreatif. 3.6.2 Contoh Perkataan atau Frasa Untuk Membuat Penilaian Aras Kemahiran Domain Kognitif Mengetahui Menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta-fakta sfesifik, istilah, kaedah atau prosedur, konsep asas dan prinsip Memahami Menguji kebolehan calon untuk memahami, menterjemah dan menginterpretasi fakta, konsep dan prinsip. Cadangan frasa atau perkataan untuk objektif perlakuan yang boleh diukur Mengingati kembali Mentakrif Memerihal Mengenal pasti Melabel Menyenarai Melakar Memadan Menama Menyatakan Melukis Menulis Menterjemahkan bahan atau idea satu bentuk ke bentuk lain; mentafsir bahan atau idea; merangkakan trend masa depan mengubah menganggar menerangkan memberi contoh mengukur menyukat menentukan

daripada

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)


Mengaplikasi Menguji kebolehan menggunakan konsep, hukum atau fakta asas. menukar membanding dan membeza menambah meramalkan membuat inferens menghubungkait mencirikan mengelas menggunakan bahan atau idea dalam situasi yang baru dan konkrit: mengira menunjuk cara mengubahsuai menghitung menjana idea menjelaskan dengan contoh mengasingkan maklumat kepada komponenkomponennya untuk memahami struktur organisasinya dan perhubungan antara komponen. mencerakin menjelaskan melalui contoh memilih mengasingkan membuat andaian menghuraikan mengawal pembolehubah membuat urutan menyusun mengikut keutamaan menggunakan perhubungan ruang dan masa membuat kesimpulan menyelesaikan masalah Menggabungkankomponen-komponennya untuk menghasilkan keseluruhan idea atau struktur yang baru dan kreatif. menggabungkan merancang meringkaskan membina merangkakan berkomunikasi mengeksperimen menganologi

calon prinsip, -

Menganalisis Menguji kebolehan calon mencerakinkan idea-idea kepada bahagian-bahagian membuat perbandingan menghuraikan perhubungan.

untuk besar kecil, dan -

untuk kecil, suatu -

Mensintesis Menguji kebolehan calon mengabungkan idea-idea mentafsir dan membuat rumusan.

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)


Menilai mereka cipta mengkonsepsikan membuat gambaran mental mendefinisikan secara operasi membuat hipotesis mereka bentuk Menilai idea/bahan maklumat/ kaedah berdasarkan criteria yang spesifik untuk tujuan yang tertentu. Menaksir Mengkritik Mentafsir Mewajarkan mengesan kecondongan membuat keputusan menyokong

Menguji kebolehan calon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah. -