Anda di halaman 1dari 16

Terapi Dalam Pendidikan Khas PKB 3109

Definisi terapi Rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaanbertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. usaha untuk memulihkan kesihatan orang yang sedangsakit

Keperluan terapi utk murid PK Kesediaan utk belajar dr segi mental,fizikal,emosi dan sosialisasi Ketahanan diri utk belajar/bekerja dlm jangka masa yg lama Sebagai motivasi kpd murid Membina konsep kendiri Merangsang pengalian darah dan oksigen Meningkatkan komunikasi

Kepentingan terapi Meningkatkan kemahiran pengamatan (pendengaran dan penglihatan) Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid. Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri. Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi Merangsang pemikiran dan kreativiti murid Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan.

Jenis terapi Fisio Cara kerja Pertuturan Muzik dan nyanyian Seni visual Hidro Pergerakan kreatif Main Alternatif o Aroma o Herba o Ozon o Floortime o Pasir o Haiwan o Snoozeland

Proses terapi Asessment/penilaian keperluan Perancangan tujuan/hasil Rawatan Penilaian progress

Terapi Fisio Dilakukan utk membantu kembangkan kemampuan motor kasar. Membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya. Meliputi otot-otot besar pada badan. (bejalan,berlari,melompat,menendang) Tumpuan utama -pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerakdengan baik. Aktiviti fisio terapi ( menggunakan alatan :bola ) o Berlari ke arah bola o Melantun bola ke lantai o Membaling bola o Menyambut bola o Menggelek bola guna kaki

Terapi Cara Kerja Dilakukan untuk membantu seseorang menguasai kemahiran motor halus dengan lebih baik Kemampuan sesorang utk melakukan sesuatu dengan otot-otot kecil yang ada Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan/kecacatan keatas individu yang mempunyaimasalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur Aktiviti yg boleh dibuat : o Menulis o Melukis o Menggunting dan menampal o Membutang baju o Mengikat tali kasut o Melipat baju o Membuat rantai manik

Terapi Pertuturan Dilakukan utk membantu seseorang menguasai pertuturan atau komunikasi dengan lebih baik Masalah dalam menghasilkan bunyi dan ketidakupayaan memahami atau membina ayat utk memberi idea.

Kamarudin Hj Husin (1987) menyatakan bahawa pertuturan: o kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat pertuturan(artikulator) o juga merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana bahasa manusia. o hasil daripada percakapan, apa yang dituturkan, bahasa sesuatu negara atau bangsa ataupun dialek tersendiri sesebuah wilayah atau tempat. Terapi pertuturan: o masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi oleh seseorang individu. o kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. o satu rawatan untuk memperbaiki kecacatan pertuturan yg mungkin berpunca dari otak, telinga, sepanjang peti suara yang menjejaskan suara, alat artikulasi, perkembangan dan kesukaran bercakap selepas penguasaan bahasa. o dilakukan adalah untuk membantu seseorang menguasai pertuturan atau komunikasi dengan lebih baik Kepentingan terapi pertuturan: o melatih murid menguasai kemahiran tertentu o membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa o meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial individu o meningkatkan tahap keupayaan murid. Dilakukan kepada o Kanak-kanak lewat pertuturan(speech delay) o Bibir /lelangit sumbing o Kanak-kanak dgn masalah pertuturan khusus(autisma,CP,down syndrom) o Gagap dan sengau o Pesakit stroke Punca masalah o Masalah pendengaran o Kognitif(daya pemikiran)/ lewat perkembangan o Otot lisan lemah o Kecacatan masa lahir o Masalah pernafasan o Kecederaan otak o Masalah dalam proses penelan makanan Strategi pemulihan o Aktiviti intervensi bahasa o Terapi atikulasi o Terapi motor lisan Aktiviti yang boleh dilakukan o Menggerakkan lidah (atas,bawah,kiri,kanan) o Membunyikan vokal dengan panjang o Aktiviti senaman muka dan mulut: menguap,mengunyah(tengah,kiri,kanan) o Meniup belon o Meniup warna air pd kertas guna straw o Tiup bola pingpong dlm bekas berisi air o Tounge twister

Terapi Muzik Dan Nyanyian

Menggunakan muzik utk pemulihan,pemeliharaan, dan peningkatan teraf kesihatan mental dan fizikal Perubahan dr segi kognitif,sosial dan emosi dpt dicapai dengan teknik tertentu Objektif terapi o Pengurusan T/L o Tingkatkn penglahiran perasaan o Tingkatkan harga diri o Tingkatkan keupayaan/kemajuan akademik o Kembangkan emosi o Mudahkan komunikasi interpersonal dan intrapersonal o Latih pertuturan Aktiviti terapi muzik o Membuat pergerakan mengikut lagu o Menulis lirik lagu ( meluahkan perasaan ) o Bermain berlatar belakangkan muzik o Mengenal dan membuat latihan guna/bunyikan alat muzik o Latihan praktikal guna alat bunyian

Menurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008), terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan tarak kesihatan mental dan fizikal. Jenis peralatan muzik a) Peralatan muzik tradisional Melayu - Di palu (rebana, beduk, kompang) - Di petik (rebab, gambus, kecapi) - Di tiup (serunai, seruling, tetuang) - Di goncang (angklung) b) Perlatan muzik Barat - Perkusi tidak berpic (tamborin, kerincing, kastenet) - Tiup dan bras (rekoder, seksofon, trompet) - Bertali (piano, biola, mandolin)

Langkah-langkah bermain alat muzik a) b) c) d) memperkenalkan peralatan muzik guru membuat demonstrasi aktiviti warming up yang sesuai teknik bermain yang betul

e) f) g) h) i) h)

postur badan yang betul membunyikan pola ritma memainkan corak ritma bermain mengikut giliran membuat pergerakan yang sesuai bermain secara keseluruhan

Pemilihan muzik sebagai satu rawatan a) muzik adalah suatu fenomena yang boleh memberi kesan kepada semua manusia. Ia memberi kesan gerakbalas pada fizikal, kognitif dan emosi serta perhubungannya dengan pemikiran dan tubuh badan b) muzik memberi kesan interaksi antara dan sesama individu. ia boleh mendorong dan menstruktur sesuatu aktiviti dan pencetusan idea. c) muzik merupakan sumber kepada keseronokan, memperkembangkan penghargaan diri dan menggalakkan interaksi yang positif

Kebaikan terapi muzik a) murid terencat akal - dapat meningktkan kemahiran sosial dan emosi - dapat meningkatkan kemahiran komunikasi - dapat meningkatkan kemahiran psikomotor b) murid bermasalah komunikasi - meningkatkan kelancaran pertuturan - membetulkan masalah suara - meningkatkan keyakinan diri dan luahan emosi c) murid autistic - meningkatkan pertuturan dan bahasa - meningkatkan kemahiran sensorimotor - menggalakkan interaksi sosial Aktiviti terapi muzik

- Membuat pergerakan mengikut lagu - Menulis lirik lagu - Bermain berlatar belakangkan muzik - Mengenal dan membuat latihan menggunakan alat muzik - Latihan praktikal guna alat muzik

Terapi Seni Visual Menggunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas individu untuk menghasilkan produk satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku Kepentingan o Menyelesaikan konflik emosi o Meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri o Membina kemahiran sosial o Mengubah tingkah laku o Membina strategi penyelesaian masalah o Meningkatkan kemahirn penguasaan hidup Memperbaiki kognitif, sosial, dan kemahiran interpersonal dan memperbaiki kepuasan diri. Aktiviti yang boleh dilakukan o Catan o Kolaj dan asemblaj o Reka bentuk o Anyaman o Kraftangan o Pengubahsuaian alat utk jadikan benda lain Kepentingan seni dalam kehidupan dan pendidikan o seni merupakan pengalaman pandangan melalui imaginasi dan perasaan o seni adalah pengalaman yang berlaku sepanjang hari o seni adalah pengalaman universal. Tidak terhad kepada individu tertentu Fungsi seni dalam pendidikan a)menggalakkan perkembangan fizikal, mental dan estatik b)menyumbang kepada kepuasan diri c)menyumbang kepada penyelesaian masalah d)menyumbang kepada perkembangan personality e) sebagai alat membantu pertumbuhan kanak-kanak Kepentingan seni visual kepada murid bermsalah pembelajaran a) meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar b) meluahkan perasaan c) menguatkan daya imaginasi d) menguatkan motor kasar dan motor halus

Terapi Hidro

Menggunakan air sebagai medium semulajadi utk meringankan/mengubah keadaan sediaada kpd yg lebih baik Hidroterapi bermaksud terapi air atau rawatan air. Rawatan ini bukan sahaja melakukan aktiviti renang malah aktiviti berendam di dalam air juga dilakukan Dilakukan dlm 3 bentuk ( padat ketulan ais,cecair,wap) Sesuai utk perkembangan fizikal, pergerakan motor kasar&halus serta mental Otot dan otak dirangsang kerana pergerakan dlm air lebih mudah dan meredakan ketegangan dan rasa sakit Elemen penting dlm terapi hidro o Keselamatan di air o Apungan o Berenang o Pernafasan Faedah terapi hidro o Air panas meregangkan dan dapat stimulasi sistem pertahanan badan o Air sejuk dapat mengurangkan radang o Merawat masalah pernafasan o Memberikan keyakinan dan motivasi o Merangsang pergerakan o Mengurangkan ketegangan otot o Meningkatkan kecergasan kardiovaskular Langkah keselamatan o Aktiviti regangan sebelum masuk ke air o Pastikan paras air yg sesuai utk murid o Alatan yang sesuai digunakan o Pakaian yang sesuai o Kawalan guru yang lebih Aktiviti yang boleh dilakukan o Regangan dan pemanasan badan. o Penyesuaian diri dengan air. o Membina keyakinan diri. o Menguatkan motor kasar(kaki). o Kawalan Pernafasan. o Kayuhan kaki dan imbangan. o Berjalan di dalam air dan apungan. o Berjalan sambil menguak tangan. Objektif terapi hidro o membentuk sikap kerjasama o memberi keseronokan ketika berada di dalam air o memulihkan keadaan fizikal, emosi dan spiritual.

Terapi Pergerakan Kreatif Membantu kanak-kanak meningkatkan perkembangan menyeluruh mereka Memberi tumpuan kepada penggunaan sepenuhnya pancaindera yang memberi peluang kpd kanak-kanak utk meneroka persekitarannya secara semulajadi

Melalui pengalaman kinestatik yg diperolehi, kanak-kanak akn memperolehi pengalaman dan pembelajaran yang lebihmenyeronokkan. Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan Unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan Antara aktiviti yg boleh dilakukan o Gimrama o Tarian moden o Tarian tradisional o Pergerakan berkumpulan dan berpasangan ( cap kali cap) o Tiru gaya haiwan bergerak Aspek pergerakan kreatif a) lokomotor - pergerakan yang menyebabkan keseluruhan badan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, seperti berjalan, melompat dan merangkak. b) bukan lokomotor - pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan static, seperti berlari setempat, melompat setempat dan imbangan bangau. c) manipulasi alatan - aktiviti yang mana alatan digunakan untuk membentuk pergerakan dan memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal dan mengawasi sesuatu objek. Contohnya melantun bola ambil berjalan, memusingkan gelung dengan tangan dan skipping sambil berjalan. Tema pergerakan (16 Tema)

Tema 1 : Kesedaran tubuh badan Tema 2 : Kesedaran rintangan kepada beban dan masa Tema 3 : Kesedaran ruang Tema 4 : Aliran beban badan dalam ruang dan masa Tema 5 : Penyesuaian terhadap kawan. Tema 6 : Penggunaan tubuh badan sebagai alat. Tema 7 : Lapan lakuan daya asas Tema 8 : Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan. Tema 9 : Bentuk-bentuk pergerakan. Tema 10 : Gabungan lakuan daya asas. Tema 11 : Orientasi ruang Tema 12 : Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan. Tema 13 : Penaikan dari lantai.

Tema 14 : Kesedaran berkumpulan. Tema 15 : Formasi pergerakan dalam kumpulan. Tema 16 : Kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan.

Kepentingan terapi pergerakan kreatif o meningkatkan kecerdasan o meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa o meningkatkan kemahiran bertutur o meninkatkan kreativiti Aktiviti yang boleh dilakukan o Gimrama o Tarian moden o Tarian tradisional o Pergerakan berkumpulan dan berpasangan

Terapi Main Membantu murid menunjukkan komitmen/kesungguhan dan yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan Kanak-kanak secara aktif memaparkan dunia sebenar imaginasi mereka Penerokaan wujud semasa bermain yang melahirkan pengalaman baru Tujuan terapi main o Mengurangkan masalah T/L dan emosi o Meningkatkan komunikasi, persefahaman dan ekspresi verbal o Mampu menilai diri sendiri o Meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang o Merawat gangguan perkembangan normal Perbezaan terapi main dengan bermain. Terapi main : o o o o o Mempunyai objektif yang ditetapkan Mempunyai perancangan awal Mempunyai kawalan spesifik Menggunakan alatan tertentu untuk mencapai objektif Mengikut masa yang telah ditetapkan fokus

Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masinf-masing.

Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan. Konsep terapi bermain o melalui bermain kanak-kanak lebih mengenali dunia o ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain o kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing Tujuan terapi bermain o mengurangkan masalah tingkah laku o meningkatkan komunikasi o mempu menilai diri sendiri o meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang Kelebihan terapi bermain o Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri o Membolehkan melahirkan masalah o Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan Proses terapi bermain o Tahap satu : rasa diterima akibat hubungan erat yang terbina o Tahap dua : luahan perasaan secara yang terpendam secara catharsis o Tahap tiga : penerokaan peristiwa o Tahap empat : bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih Pelaksanaan melaksanakan terapi main

1) bilik terapi - Kelengkapan bilik terapibersesuaian bergantung kepada kesesuaian kanak-kanak - Disertakan dengan bahan-bahan resos, alatan asas seperti rak buku, cermin, almari dan lain-lain

2) media mainan (kritirea) - Mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-kanak - Peluang untuk menguji realiti kanak-kanak - Membekalkan kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan perasaan yang tidak diingini - Mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak

3) Kategori mainan Mainan mencirikan kehidupan sebenar

set set

permainan permainan

pekejaan seperti polis, doktor item rumah seperti seterika,

dan tukang kerusi dan

masak telefon

Mainan bercirikan luahan perasaan agresif - gari - penukul - peralatan military - topeng

Mainan bercirikan luahan perasaan yang kreatif - crayon - playdoh - kad - boneka bekas air

Terapi Alternatif Aroma terapi Terapi herba Terapi ozon Terapi floortime Terapi pasir Terapi haiwan Terapi snoozeland

Aroma Terapi Dapat mengurangkan stres, menenangkan fikiran dan membangkitkan semangat dan ghairah. Dipercayai dapat membersihkan racun/toksid dalam tubuh Jenis dan manfaat aroma terapi Citronella kurangkan ketegangan,meredakan hidung tersumbat

Lavender memudahkan tidur,meredakan kegelisahan Teh hijau perbaiki sistem peredaran darah,membersihkan paru-paru Rose baiki metabolisma dan sistem peredaran darah,seimbangkan hormon Green apple menyembuhkan mabuk,menguatkan sistem pencernaan Lemon kurangkan stress dan anti depresi, meningkatkan mood Aroma terapi merupakan gabungan antara aroma iaitu wangian atau bauan yang hadir dari pati minyak dan terapi bermaksud bagaimana bauan tersebut diaplikasi untuk melegakan atau memulihkan simptom-simptom fizikal dan meningkatkan kesihatan mental. Istilah Aroma terapi terdiri daripada dua patah perkataan iaitu Aroma yang bermakna bau, atau haruman, dan Therapy yang bermakna rawatan. Terapi aroma sangatlah sesuai dijalankan ke atas kanak-kanak pendidikan khas yang mengalami masalah pembelajaran seperti: o terencat akal o hiperaktif o autism o lembam o sindrom down o ceberal palsy Terapi aroma dapat membantu menenangkan minda dan emosi kanak-kanak khas serta membantu meningkatkan deria rangsangan bau. Jenis bau-bauan yang digunakan dalam aroma terapi

1) lavender - berfungsi untuk menghilangkan stress dan mengawal emosi yang tidak stabil 2) jasmine - dapat menghilangkan stress 3) ros - dapat menenangkan emosi 4) blossom - dapat meningkatkan tumpuan dan dapat mengurangkan sakit kepala

Kepentingan terapi aroma : o membantu untuk meningkatkan keupayaan mental dan emosi o membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi o merangsang pemikiran dan kreativiti murid o memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri o meningkatkan kemahiran pengamatan

Terapi Herba

Herba adalah segala bahan (tumbuhan,haiwan,ikan,garam/batuan) yang mengandungi satu atau beberapa bahan aktif yang dapat digunakan utk tujuan pengubatan. Mengembalikan keseimbangan tubuh dan bukan sekadar utk sembuhkan penyakit Dilakukan secara sinergi (tidak berasingan,diikuti dengan herba lain yang ada sifat yang berbeza dr herba yg telahdigunakan) Tujuan dilakukan sinergi o cepatkan penyembuhan o tambah khasiat ubat o kurangkan sifat kekuatan ubat o hilangkan efek sampingan proses terapi herba o Release(mengeluarkan) racun dan toksid dikeluarkan dr badan o Relax(merehatkan) badan diletakkan dalam keadaan suhu yang stabil,alkali dan asid dlm tahap paling baikagar dpt bantu sistem imunisasi. o Regeneration(pembinaan semula) ganti sel-sel yang mati dengan baru o Refunction(mengembalikan fungsi) organ kembali berfungsi secara normal Herba adalah bahan yang mengandungi atau beberapa bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan. Terapi herba dilakukan secara sinergi iaitu tidak berasingan dan diikuti dengan herba lain yang ada sifat yang berbeza daripada herba yang digunakan. Tujuan sinergi o mempercepatkan penyembuhan o menambahkan khasiat pada ubat o mengurangkan sifat kekuatan ubat o menghilangkan kesan sampingan

Terapi Ozon Dikenalpasti sebagai satu terapi yg amat selamat tnpa kesan sampingan Berguna utk tujuan pencegahan pelbagai penyakit Awalnya digunakan utk merawat luka yang dijangkiti kanser Medical ozon iaitu campuran ozon dan hidrogen yang dihasilkan dlm bentuk gas digunakan. Menghapuskan pelbagai virus,yis,fugus dan protozoa Tujuan terapi ozon o Tingkatkan pertahanan badan o Bersihkan darah o Normalkan proses penghasilan hormon dan enzim o Kurangkan keradangan o Menenangkan sistem saraf o Memberhentikan pendarahan

Terapi Floortime

Menggunakan segala keupayaan kanak-kanak menerusi interaksi yang dirancang sesuai dengan sistem saraf kanak-kanakdalam suasana yang menyeronokkan Mengikut kehendak dan kegemaran kanak-kanak Boleh dilaksanakan oleh ibu bapa/individu dengan pengalaman yang minima dan menyeronokkan Kanak-kanak dapat meningkatkan dan membina hubungan yang lebih baik dengan orang dewasa yang berinteraksidengan mereka 6 peringkat asas perkembangan: o Self regulation and interest in the world o Intimacy or a special love for the world of human relation o Komunikasi 2 hala o Komunikasi kompleks o Emotional idea o Emotional thinking

Terapi Pasir memberi peluang kepada mereka meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan penggunaan terapi permainan pasir membuatkan kanak-kanak lebih rileks pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol terhadap perasaan mereka, sama adamarah, benci, sayang dan sebagainya. Tujuan terapi pasir o Melatih daya kreativiti kanak-kanak o Menghilangkan rasa marah o Percaya kepada diri sendiri utk mencipta sesuatu o Meningkatkan keyakinan diri o Mengembangkan imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak Terapi pasir merupakan satu bentuk bengkel yang memberi peluang kepada individu untuk meneroka hal-hail berkaitan dengan perasaan atau emosi secara mendalam Kepentingan terapi pasir o membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan o membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi o merangsang pemikiran murid o menguranan tekanan emosi o membantu meningkatkan kemahiran sosial

Terapi Haiwan

Haiwan peliharaan yang terdiri daripada binatang seperti kucing, anjing, burung, ikan, kuda biasanya digunakan dalamterapi ini. Membantu dalam masalah psikologi, mental, emosional, lemah fizikal, kemampuan berbahasa dan bertutur serta autisme.( terapi berkuda) Tujuan terapi haiwan o Melatih rasa tanggung jawab dan kasih saying o Mengurangkan kadar kemarahan o Tingkatkan semangat dan belaian kasih saying o Melatih kawalan emosi diri o Melatih sifat berdikari dan memotivasi diri sendiri o Tingkatkan tahap komunikasi Kelebihan Terapi Berkuda : o Olahraga o Pendidikan o Pengubatan

*Ketiga-tiga hal ini sangat diperlukan untuk pertumbuhan anak-anak Terapi berkuda juga : o Mampu memotivasikan kanak-kanak yang memiliki masalah mental dan emosi. o Membantu kanak-kanak memupuk sifat sabar, dan berdisiplin.

Terapi Snoozeland Terapi stimulasi multisensory (visual,auditori,taktile,pembauan) yang digunakan utk kanak-kanak masalah mental, autisma,cedera otak dan masalah perkembangan fizikal Dirancang utk memberi stimulus pada berbagai pancaindera dengan menggunakan efek lampu,suara,muzik,bau dll. Suasana utk terapi ini mestilah kondusif,tenang,rekreasional dan tidak mengancam Dapat membina kawalan diri yang lebih baik, peningkatan rasa percaya kepada diri dan mengurangkan stress. Aktiviti yg boleh dijalankan: o Berbaring,bermain dan memeluk bantal o Menikmati buaian o Dengar muzik instrumental o Buat suara lucu dgn alat khusus o Bermain dgn tangga/cermin o Perhatikan pola lampu berkelip-kelip o Menyelam di kolam mandi Istilah snoezelen diambil dari perkataan Belanda atau Dutch iaitu snuffelen yang bermaksud mencari atau meneroka dan doezelen yang bermaksud releks. Snoezeland ialah suatu terapi stimulasi multisensori (visual, auditori, sentuhan, bau) yang digunakan oleh kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pada mental, autisma, hiperaktif, lembam, dan lewat perkembangan. Terapi ini dilakukan kepada kanak-kanak untuk memberi stimulasi atau rangsangan pada kesemua pancaindera mereka dengan menggunakan pelbagai :

o kesan lampu o warna o suara o muzik o bau Objektif terapi snoozeland o memberi peluang untuk relaks, eksplorasi dan ekspresi diri. o sesuai bagi murid yang kurang kesedaran dalam kelompok rakan. o memberi perhatian secara individu. o dapat membina kepercayaan antara ahli terapi dan murid. Rangsangan dapat dihasilkan dengan beberapa cara, antaranya : o Penglihatan o Pendengaran o Sentuhan o bau Kepentingan terapi snoozelen o Dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. o Memberi relaksasi kepada fizikal dan mental. o Meningkatkan kesedaran dan perhatian. o Menunjukkan inisiatif untuk beraktiviti. o Membina keyakinan pada diri. o Memperkembangkan kemampuan murid.