Anda di halaman 1dari 13

Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia

Kertas 012 Bahagian A, B dan C

Bahagian A : 1. Kekeluargaan 2. Masyarakat 3. Sekolah

Bahagian B : 1. Autobiografi 2. Cerita / Cereka 3. Fakta / Rencana

Bahagian C : 1. Sekolah 2. Masyarakat 3. Kekeluargaan

MODEL

Berkelah Bersama-sama Keluarga

Gambar di bawah menunjukkan sebuah keluarga sedang berkelah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.

MODEL

Memindahkan Maklumat

1. Seorang budak lelaki sedang berdiri di atas batu yang besar. 2. Nurfarizan sedang mandi semasa berkelah di kawasan air terjun itu. 3. Seorang budak lelaki hendak terjun ke dalam sungai untuk mandi-manda. 4. Puan Haida dan suaminya menyediakan makanan untuk keluarganya pada masa itu. 5. Batu-batu besar yang terdapat di kawasan perkelahan itu mencantikkan pemandangan.

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR KERTAS 012

Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia

Kertas 012 Bahagian A, B dan C

PRAKTIS

Aktiviti Gotong-royong

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti gotong-royong membersihkan dewan orang ramai. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti dalam gambar tersebut.

Rangkai Kata Sebagai Panduan Memindahkan Maklumat 1. seorang lelaki membersihkan sawang di luar dewan 2. seorang lelaki membersihkan longkang guna penyapu 3. seorang lelaki memasukkan sampah karung plastik 4. seorang perempuan menyediakan kuih-muih jamuan 5. seorang pemuda menolak sampah sarap kereta sorong

1. 2. 3. 4. 5.

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR KERTAS 012

Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia

Kertas 012 Bahagian A, B dan C

PRAKTIS

Sambutan Hari Guru

Gambar di bawah menunjukkan situasi sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi dalam gambar tersebut.

PRAKTIS

Memindahkan Maklumat

1. 2. 3. 4. 5.

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR KERTAS 012

Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia

Kertas 012 Bahagian A, B dan C

MODEL

Autobiografi

Andaikan bahawa kamu sebuah basikal. Tulis perjalanan hidup yang telah kamu lalui sebagai sebuah basikal.
KERANGKA IDEA Info Idea 1 Idea 2 Idea 3 Idea 4 Penutup kelahiran Shah Alam basikal serba guna diperbuat daripada keluli tahan karat telah dimiliki seseorang pemilik, seorang yang penyayang menjaga dan mencuci menemani tuannya ke sekolah dicuri budak nakal terlupa mengunci basikalnya badan dicerai-ceraikan cuba mengubah identiti dipasangkan kepada basikal lain berasa sedih dan kecewa meratapi nasib malang hilang sebahagian tubuh badan telah berubah wajah keadaan hodoh dan buruk merindui tuan asal yang baik hati

MODEL

Aku Sebuah Basikal

Aku anak kelahiran Shah Alam. Namaku Lerun. Aku sebuah basikal serba guna. Aku memiliki dua roda, brek, lampu dan beberapa bahagian anggota lagi. Badanku pula diperbuat daripada keluli tahan karat dan plastik yang berkualiti tinggi. Ketika usiaku hampir sebulan, aku telah dimiliki oleh Nazari. Nazari seorang budak yang bertanggungjawab dan sungguh penyayang. Selepas aku digunakannya, dia akan mengelap dan mencuciku. Seminggu sekali aku akan dimandikannya. Aku berasa segar apabila air membasahi tubuhku. Setiap hari aku akan menemani tuan aku ke sekolah. Malang tidak berbau, pada suatu petang aku telah dilarikan oleh seorang budak nakal. Ketika itu tuan aku pergi ke pasar minggu hendak membeli ayam goreng. Dia terlupa mengunci tubuhku. Nasibku bertambah malang kerana badanku dicerai-ceraikan oleh budak nakal itu dan rakan-rakannya. Dia melakukan begitu supaya identitiku berubah dan aku tidak dikenali lagi oleh Nazari. Rodaku dicabut dan dipasangkan ke basikal lain. Begitu juga dengan bahagian lain seperti pengayuh, tempat duduk, dan lampu. Aduh, bertapa peritnya badanku ketika diperlakukan sebegitu! Aku menangis dan menjerit. Namun tiada sesiapa yang mendengar rintihanku. Aku terus meratapi nasibku yang malang ini. Aku kehilangan sebahagian daripada tubuh badanku. Akhirnya, raut wajahku sudak tidak seperti dulu lagi. Aku sudah berubah wajah. Aku rasakan diriku terlalu hodoh dan buruk. Aku rindu akan tubuh badanku yang asal. Aku merindu tuan aku yang baik seperti Nazari. Bilakah penantianku akan berakhir?

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR KERTAS 012

Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia

Kertas 012 Bahagian A, B dan C

PRAKTIS

Autobiografi

Tuliskan sebuah karangan autobiografi yang bertajuk Saya Sebuah Wau. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah dengan pilihan jawapan yang betul. ekor haluan berlari kencang padang badan angin kencang kertas menemai

PRAKTIS

Saya Sebuah Wau Bulan

Saya bangga dilahirkan di bumi bertuah di pantai timur. Nama saya Wau Bulan. Saya diperbuat daripada buluh dan kertas yang berwarna-warni. Rangka .....(1)..... saya diolah dengan cara buluh diraut sehingga halus, diikat dengan benang di bahagian atas, bawah, kiri, dan kanan. Selepas itu .....(2)..... nipis kalis air yang berwarna-warni diletakkan pada seluruh tubuh badan saya. Selepas siap, saya dipasangkan .....(3)..... yang panjang. Saya telah dilengkapi dengan tubuh yang segak dan kepak yang lebar untuk memungkinkan saya melayang ceria di udara. Petang itu angin bertiup .....(4)....., saya bersedia untuk meluncur di udara. Tuan saya mencari tempat yang sesuai di penjuru .....(5)..... yang luas terbentang. Di padang itu telah ramai orang bermain wau yang pelbagai bentuk, warna dan corak. Seorang daripada kawan tuan saya memegang saya manakala tuan saya pula memegang tali. Kemudian, tuan saya .....(6)..... seperti lipas kudung. Saya meluncur ke udara .....(7)..... rakan-rakan wau yang lain. Saya dan puluhan wau melayang di udara sambil dibuai rasa kegembiraan. Tanpa diduga, angin bertiup amat .....(8)..... sekali. Tuan saya cuba mengawal pergerakan saya di udara. Tali yang menambat saya berdesing-desing kerana dibuai .....(9)..... yang terlalu kencang pada petang itu. Atas kecekapan tuan saya, akhirnya saya berjaya diturunkan dan mendarat dengan selamat. Ada beberapa orang rakan saya yang gagal diselamatkan. Mereka terputus, hilang .....(10)..... dan ada yang melayang jauh ke dalam hutan. Syukurlah, saya masih boleh beraksi di udara pada hari-hari yang mendatang.

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR KERTAS 012

Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia

Kertas 012 Bahagian A, B dan C

MODEL

Cerita / Cereka

Tulis sebuah karangan tentang suatu peristiwa yang telah kamu alami dan tidak dapat kamu lupakan. Tuliskan cerita kamu itu selengkapnya.
KERANGKA IDEA Info Idea 1 Idea 2 Idea 3 Idea 4 Penutup insiden pada bulan Ramadhan malam, ditimpa kemalangan mengundang tragedi bertemu dengan rakan-rakan menuju tempat yang dijanjikan menjalankan operasi operasi gegar, main mariam buluh persiapan operasi sedia meletupkan mariam gegaran letupan pertama gegaran balas kumpulan lain cabaran bertambah panas perlu ubah strategi meletupkan tiga mariam serentak pandangan kabur, tumbang tersedar daripada pengsan telah berada di hospital terpaksa beraya di hospital

MODEL

Beraya di Hospital

Insiden pada malam dua puluh lapan Ramadhan tahun lalu masih segar dalam ingatanku. Pada malam itu, aku ditimpa kemalangan, insiden ini merupakam sejarah hitam dalam hidupku. Kegembiraan yang kuharapkan, rupa-rupanya tragedi yang kuundang. Pada malam itu, selepas selesai solat sunat Terawih aku bertemu rakan-rakanku di luar masjid. Aku bersama-sama mereka terus mengatur langkah menuju ke suatu tempat. Kami telah berjanji untuk menjalankan satu operasi. Operasi gegar yang dirancang telah siap sedia. Tiga laras meriam buluh pasti akan mengegarkan kampung pada malam itu. Persiapan akhir operasi gegar telah sempurna, aku dan rakan-rakanku menghidupkan meriam buluh tersebut. Ledakan letupan pertama bergema membelah sunyi malam dumm.... Sejurus kemudian, kedengaran pula letupan balas daripada kumpulan lain yang turut sama menjayakan operasi gegar pada malam itu. Aku dan rakan-rakanku berasa tercabar kerana dentuman mariam lawan lebih hebat dan lebih kuat. Kami perlu ubah strategi, kami akan meletupkan tiga laras meriam sekaligus untuk menimbulkan bunyi yang lebih nyaring dan bingit. Dumm ... dumm ... dumm.... Tiba-tiba, pandanganku menjadi kabur. Aku hilang imbangan badan lalu tumbang. Tolong! tolong! meriam pecah, Khaidir tumpas, jerit kawan-kawanku. Apabila aku tersedar daripada pengsan, aku sudah pun berada di hospital. Tangan kananku berbalut. Mukaku pula berasa pedih dan perit. Sudahlah terpaksa beraya di hospital, sebatang daripada jariku pula sudah hilang. Alangkah malangnya nasibku! bisik hatiku pilu. Tragedi gegar itu telah membuka ruang keinsaf di hatiku.

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR KERTAS 012

Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia

Kertas 012 Bahagian A, B dan C

PRAKTIS

Cerita / Cereka

Kamu dan ibu kamu pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli-belah. Ceritakan suasana di pasar raya tersebut ketika itu. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah dengan pilihan jawapan yang betul. digantung hati meriah layanan permainan potongan jualan bijak kaunter menarik

PRAKTIS

Suasana di Sebuah Pasar Raya

Pada minggu lalu, saya berpeluang mengikut keluarga saya ke sebuah pasar raya untuk membeli-belah. Pasar raya itu sedang mengadakan .....(1)..... mega sempena dengan Karnival Jualan Murah. Pasar raya tersebut memberikan potongan harga barangan daripada 10% hingga kepada 70% bagi barangan yang tertentu. Barangan yang dipromosikan disusun dengan kemas, rapi, dan kreatif bagi menarik .....(2)..... para pelanggan. Barangan yang disusun dengan sempurna akan memudahkan orang ramai untuk mencari dan memilih barangan yang dikehendaki. Pelbagai iklan digantung dan ditampalkan bagi .....(3)..... perhatian para pelanggan. Ada sebahagian barangan yang .....(4)..... dan ada sebahagian barangan yang dipamerkan di dalam kotak atau rak khas. Pelbagai cara dilakukan untuk menarik perhatian para pelanggan. Namun begitu, para pembeli juga haruslah .....(5)..... untuk membuat penilaian dan keputusan sebelum membeli barangan tertentu. Keadaan di pasar raya itu juga amat .....(6)..... sekali. Banyak pelanggan yang mengunjungi pasar raya tersebut. Mereka datang untuk meninjau harga barangan tersebut sebelum membeli barangan yang diidam-idamkan. Membeli barangan yang mempunyai .....(7)..... harga dapat menjimatkan kos perbelanjaan sesebuah keluarga. Para pelanggan terpaksa beratur panjang di .....(8)..... pembayaran untuk membayar harga barangan yang dibeli. Jurujual di pasar raya itu pula sibuk melayan para pelanggan untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki. Mereka sentiasa memberi .....(9)..... mesra kepada semua pelanggan. Selepas memilih beberapa jenis barang yang dihajatkan, emak beratur untuk membuat bayaran. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat membeli .....(10)..... PS3 yang saya idam-idamkan. Ayah bersetuju membelikan permainan tersebut kerana diberi potongan harga sebanyak 30% oleh pihak pasar raya tersebut.

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR KERTAS 012

Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia

Kertas 012 Bahagian A, B dan C

MODEL

Fakta / Rencana

Bulan membaca telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia baru-baru ini. Tulis sebuah karangan tentang Membudayakan Amalan Membaca.
KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak} Info Idea 1 Idea 2 Idea 3 Idea 4 Penutup amalan budaya membaca terdapat pelbagai bahan bacaan minda kelas pertama kebaikan daripada pembacaan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan bertambah menajamkan daya pemikiran menjadikan celik minda otak menjadi lebih cerdas tingkatkan penguasaan bahasa laras bahasa baik mudah mendapatkan bahan tingkatkan prestasi diri lebih berkeyakinan semasa bergaul fikiran lebih matang membaca, banyak baiknya tambah ilmu pengetahuan tonggak kemajuan negara

MODEL

Membudayakan Amalan Membaca

Kita mestilah mengamalkan budaya gemar membaca. Terdapat berbagai-bagai bahan bacaan seperti buku, majalah, akhbar, risalah, jurnal dan sebagainya. Minat dan suka membaca merupakan antara ciri-ciri minda kelas pertama. Banyak kebaikan yang dapat diperoleh daripada pembacaan. Amalan membaca hendaklah dipraktikkan kerana melalui amalan ini seseorang individu dapat menguasai pelbagai jenis ilmu. Imu pengetahuan kita akan bertambah dan berkembang. Amalan membaca dapat menajamkan daya pemikiran kita. Justeru, kita akan menjadi celik minda kerana sering terdedah kepada perkembangan dan isu semasa. Otak kita akan menjadi lebih cerdas kerana selalu dirangsang dengan santapan ilmu. Gemar membaca akan mengangkat martabat penguasaan bahasa seseorang. Jika kita sering membaca buku dalam bahasa Malaysia, kita dapat mempertingkatkan lagi penguasaan laras bahasa Malaysia dengan baik. Malahan, Kita juga mudah untuk mendapatkan buku-buku yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa di pasaran. Mereka yang gemar membaca dapat meningkatkan prestasi dirinya. Mereka lebih berkeyakinan semasa bergaul dan berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya. Mereka bukan sahaja berfikiran lebih matang malah cemerlang dalam peperiksaan. Kesimpulannya, amalan suka membaca membawa banyak kebaikan. Dengan membaca juga, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa bak kata pepatah Membaca Amalan Mulia. Hal ini demikian kerana Masyarakat yang berilmu pengetahuan menjadi tonggak kemajuan sesebuah negara.

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR KERTAS 012

Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia

Kertas 012 Bahagian A, B dan C

PRAKTIS

Fakta / Rencana

Kegiatan kokurikulum mesti dijalankan di semua sekolah kerajaan. Tuliskan sebuah karangan tentang Faedah-faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah dengan pilihan jawapan yang betul. berkenalan kepimpinan menyertai menerapkan program mempelajari dihormati pendapat terhindar mengisi

PRAKTIS

Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Apabila kita menyertai aktiviti kokurikulum, kita dapat .....(1)..... nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, berdikari dan bersopan-santun. Melalui aktiviti tersebut, kita dapat melahirkan insan yang mempunyai emosi kelas petama dalam kalangan masyarakat Malaysia. Selain itu, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum juga dapat .....(2)..... masa lapang dengan berfaedah. Kita memanfaatkan masa dengan melakukan aktiviti yang positif seperti bersukan, berkhemah, menyertai .....(3)..... lawatan, dan sebagainya. Di samping itu, kita dapat mengurus masa dengan agenda yang berkualiti. Ketika menjalankan aktiviti kokurikulum, kita dapat .....(4)..... dengan kawan-kawan yang baharu. Di samping itu, kita boleh mengeratkan hubungan silaturahim. Justeru, kita boleh bertukar-tukar .....(5)..... apabila menghadapi sebarang masalah. Selain itu, kegiatan kokurikulum dapat menyihatkan tubuh badan. Contonya, jika .....(6)..... acara olahraga, peluh akan keluar dari tubuh badan kita. Pada masa itulah, lemak-lemak akan pecah dan .....(7)..... daripada penambahan berat badan kita. Malahan, badan kita akan bertambah cergas di samping minda yang cerdas. Melalui aktiviti kokurikulum juga dapat membentuk daya .....(8)..... seseorang. Contohnya, semasa melaksanakan aktiviti perkhemahan kita perlulah cergas, tegas dan bertanggungjawab. Ketokohan dan daya kepimpinan yang baik perlu ada pada seseorang ketua supaya disenangi dan .....(9)..... oleh anggota kumpulannya. Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum akan dapat menambah ilmu pengetahuan murid-murid. Mereka akan .....(10)..... banyak perkara yang positif melalui pengalaman seperti kerjasama dalam pasukan, bertolak-ansur, dan bermaufakat. Aktiviti ini mampu menjana modal insan cemerlang, gemilang, dan terbilang.

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR KERTAS 012

Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia

10

Kertas 012 Bahagian A, B dan C

Praktis Bulanan Unit Satu

Tulis karangan berdasarkan tajuk-tajuk di bawah ini. Panjang karangan kamu itu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Praktis Topikal

Autobiografi

1. Tuliskan sebuah karangan autobiografi yang bertajuk Aku Sebuah Jam Tangan. 2. Andaikan bahawa kamu sebatang sungai. Tuliskan pengalaman dan perjalanan hidup yang telah kamu lalui.

Praktis Topikal

Cerita / Cereka

1. Tuliskan sebuah cerita tentang pengalaman manis dan pahit yang pernah kamu lalui. Tulis cerita pengalaman hidup kamu itu selengkapnya. 2. Malang tidak berbau, tragedi yang berlaku secara tiba-tiba. Tuliskan sebuah cerita tentang kebakaran rumah jiran kamu. Tulis cerita kamu itu selengkapnya.

Praktis Topikal

Fakta / Rencana

1. Kamu dikehendaki menulis sebuah karangan fakta yang bertajuk, Kebaikan Makan Buahbuahan Tempatan. Tulis rencana kamu itu selengkapnya. 2. Keracunan makanan sering berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia. Kamu diminta untuk menulis sebuah karangan tentang Langkah-langkah Mengatasi Keracunan Makanan. Tuliskan karangan kamu itu selengkapnya.

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR KERTAS 012

Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia

11

Kertas 012 Bahagian A, B dan C

MODEL

Ulasan Pengajaran (Cerita Naratif)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Noni merupakan anak sulung dalam keluarganya. Dia seorang kakak yang baik hati dan penyayang. Dia sering membimbing dan mengasuh adik-adiknya. Noni juga sangat rajin membantu ibu dan ayahnya di rumah. Apabila ibunya memasak, Noni akan menjaga adiknya yang masih kecil. Adik-adiknya sangat manja dengan Noni. Dia juga ringan tulang membantu adik-adiknya menyiapakan kerja sekolah. Di sekolah, Noni sangat disenangi oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang baik hati dan peramah. Bukan sahaja pintar tetapi Noni juga seorang yang berdisiplin. Setiap hari dia membersihkan kelasnya bersama-sama rakannya. Kelas Empat Bestari sentiasa ceria dan bersih. Noni juga amat gemar belajar secara berkumpulan. Mereka berbincang dan menyelesaikan masalah pembelajaran bersama-sama. Noni dan kawan-kawannya mempunyai azam yang tinggi untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Merekalah yang bakal mengharumkan nama sekolah.

MODEL

Jawapan Contoh

Aspek Nilai baik hati rajin / ringan tulang penyayang berdisiplin berhemah tinggi

Huraian {Idea Teks / Merujuk Petikan} terhadap anggota keluarga membantu ibu di rumah terhadap adik-adiknya menjaga kebersihan kelas berusaha untuk mencapai kejayaan

Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah bersikap baik hati terhadap semua anggota keluarga kita. Selain itu, kita sepatutnya rajin membantu ibu bapa kita mengemas rumah. Seterusnya, kita haruslah bersikap penyayang terhadap adik-adik kita. Oleh itu, kita dikehendaki berdisiplin seperti menjaga kebersihan kelas. Akhirnya, kita juga sewajarnya berhemah tinggi dan berusaha untuk mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR KERTAS 012

Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia

12

Kertas 012 Bahagian A, B dan C

PRAKTIS

Ulasan Pengajaran (Cerita Situasi)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Muhaimim dan keluarganya selalu bekerjasama membersihkan kawasan rumah mereka. Ayahnya memesin rumput. Ibunya pula akan mencuci longkang dan menyapu sampah. Kakaknya biasanya mengelap tingkap sementara Muhaimin mengutip tin dan botol kosong untuk mengelakkan pembiakan nyamuk. Bapanya pula mengumpulkan rumput yang telah dimesin dan sampah sarap untuk ditanam. Mereka berbuat demikian bagi mengelakkan pembakaran terbuka yang akan mencemarkan alam sekitar. Di samping itu, bapa Muhaimin menjual surat khabar lama, botol dan tin kosong kepada pihak kilang kitar semula. Selain dapat memelihara alam sekitar, hasil jualan itu dimasukkan ke dalam tabung Muhaimin dan kakaknya. Selain itu, ibunya juga menanam pelbagai jenis bunga di halaman rumah mereka. Halaman yang cantik dapat menceriakan rumah mereka. Bau bunga yang wangi pula akan menyegarkan udara di persekitaran. Mereka sekeluarga amat gembira kerana rumah mereka bersih dan ceria.

SUNTIKAN IDEA Aspek Nilai bekerjasama menjaga kebersihan prihatin ringan tulang menjaga alam sekitar Huraian {Idea Teks / Merujuk Petikan} membersihkan kawasan rumah cuci longkang, sapu sampah elak pembakaran terbuka menceriakan kawasan rumah menanam pokok bunga

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR KERTAS 012

Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia

13

Kertas 012 Bahagian A, B dan C

PRAKTIS

Ulasan Pengajaran (Cerita Naratif)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Siti Haida selalu bangun awal setiap pagi. Dia juga akan memastikan tempat tidurnya senantiasa kemas. Selepas bersarapan pagi, dia tidak lupa bersalam dengan kedua ibu bapanya sebelum pergi ke sekolah. Semasa bersalam, dia mohon restu agar ibu bapanya mendoakan kejayaannya dalam pelajaran. Ibu bapanya juga menaruh harapan yang tinggi terhadap Siti Haida. Mereka mahu Siti Haida berjaya dan menjadi anak yang baik, tinggi budi pekertinya serta berpelajaran. Setiap hari Siti Haida ke sekolah dengan menaiki bas bersama rakan-rakannya. Dia sentiasa menjaga keselamatan ketika berada di dalam bas. Di sekolahnya pula, Siti Haida merupakan ketua kelas. Dia prihatin dan sentiasa memastikan kelasnya dalam keadaan bersih dan ceria sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula. Siti Haida akan menumpukan perhatian ketika guru mengajar. Dia sering memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan.

MEMAHAMI & MENGULAS Aspek Nilai Huraian {Idea Teks / Merujuk Petikan}

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR KERTAS 012