Anda di halaman 1dari 1

TEL : 04-9554787

e-mail : sk_kedawanglangkawi@yahoo.com
“KEDAH GEMILANG”

Ruj.Kami : Bil.( 65 ) dlm. SKKD/L 30/002/14


Tarikh : 23 MAC 2008

Kepada :

Tuan / Puan : …………………………………………………..


Waris / Penjaga Murid Tahun 1, 2, 3 dan 4,
Sekolah Kebangsaan Kedawang, Langkawi.

Tuan / Puan,

KEM BESTARI SOLAT 2008

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah akan menganjurkan program ini seperti
maklumat di bawah. Secara umumnya program ini memberi perhatian khusus bagi
memastikan murid berjaya menguasai kaifiyat wuduk dan solat dengan sempurna
dengan penumpuan khusus dari segi bacaan dan perbuatan yang akan dilaksanakan
secara intensif dalam 4 fasa kem ini.

3. Oleh yang demikian tuan/puan diharap agar dapat menghantar anak/jagaan tuan
pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

TARIKH TAHUN MASA TEMPAT


TAHUN 1 7.30 pagi – 12.00 tgh KANTIN S.K.KEDAWANG
28 MAC 2008
JUMAAT
TAHUN 3 3.30 ptg – 6.00 ptg KANTIN S.K.KEDAWANG

TAHUN 2 7.30 pagi – 12.00 tgh KANTIN S.K.KEDAWANG


29 MAC 2008
SABTU
TAHUN 4 3.30 ptg – 6.00 ptg KANTIN S.K.KEDAWANG

4. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menurut perintah,

............................................
(YM TUNKU AZITA BINTI TUNKU SHUIB)
Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
b/p Guru Besar,
Sek. Keb. Kedawang,
07000 Langkawi, Kedah Darul Aman.

s.k : Fail Panitia Pendidikan Islam.