Anda di halaman 1dari 4

Proses Inokulasi

Ditulis oleh Administrator Rabu, 07 Julai 2010 16:10 - Terakhir Dikemaskini Ahad, 11 Julai 2010 17:00

Proses inokulasi ke atas pokok Gaharu dilakukan setelah pokok berusia sekurang-kurangnya 5 tahun. Proses ini melibatkan kerja-kerja menggerudi batang pokok dan seterusnya menyuntik sejenis cecair vaksin bagi menggalakkan pengeluaran resin. Keperluan inokulasi adalah bergantung kepada hasil yang diinginkan. Terdapat beberapa peringkat dalam proses inokulasi ini iaitu :

1. Mengenal pasti keadaan geografi pokok 2. Mengukur saiz ukur lilitan dan ketinggian pokok 3. Proses Penentuan Ukur Jarak Lubang yang ingin dibuat pada pokok 4. Proses Penentuan jumlah cecair vaksin 5. Ujian keberkesan Inokulasi 6. Ulangan Suntikan Cecair ( Jika Perlu )

Kenapa Pokok Gaharu Perlu diinokulasi ?

Secara semulajadi, pembentukan gaharu adalah disebabkan oleh berlakunya serangan penyakit akibat terluka cabang atau kerosakan batang pokok. Ini bermakna bahawa pokok Gaharu hanya mengeluarkan resin apabila ia sakit atau terdedah kepada serangan mikrob dan sebagainya. Berdasarkan kepada mekanisme pembentukan gaharu secara semulajadi ini, maka penghasilan gaharu secara mekanikal boleh dilakukan mengikut kepada teknologi semasa. Melalui kajian yang dibuat dan hasil yang terbukti berkesan, proses inokulasi atau rawatan ke atas pokok Gaharu yang dilakukan akan menyebabkan pokok tersebut bertindak balas tanpa perlu menunggu masa yang terlalu lama. Pokok Gaharu yang dibiarkan tanpa diinokulasi adalah mustahil untuk mengeluarkan hasil, meskipun ada ia hanyalah dalam kuantiti yang cukup sedikit dan terhad. Berikut adalah sebab utama mengapa pokok Gaharu perlu diinokulasi :

1/4

Proses Inokulasi
Ditulis oleh Administrator Rabu, 07 Julai 2010 16:10 - Terakhir Dikemaskini Ahad, 11 Julai 2010 17:00

1. Untuk menggalakkan pengeluaran resin Gaharu 2. Mempercepatkan pengeluaran resin minima 2 bulan selepas inokulasi 3. Mengawal kualiti dan kuantiti pengeluaran hasil Gaharu

Keperluan Utama Inokulasi Beberapa peralatan digunakan bagi proses inokulasi. Berikut adalah antara sebahagian bahan dan peralatan yang diperlukan : 1. Vaksin / Bahan penggalak resin 2. Mesin Gerudi 3. Mesin Penjana Elektrik ( Generator )

Pokok gaharu yang telah dirawat.

2/4

Proses Inokulasi
Ditulis oleh Administrator Rabu, 07 Julai 2010 16:10 - Terakhir Dikemaskini Ahad, 11 Julai 2010 17:00

Kenapa pokok gaharu yang ditanam perlu disuntik / dirawat?

1. Untuk merangsang penghasilan gaharu secara efektif dan efisyen sehingga 80% - 99% peratus.

2. Memendekkan tempoh penghasilan gaharu.

3. Penggunaan 'fungges' bakteria adalah diutamakan berbanding 'chemical'.

4. Banyak atau sikit suntikan vaksin mempengaruhi risin atau gaharu yang akan diperolehi.

5. Harga vaksin dijual dari RM 1000 - RM 6000 utk 4 liter. Kebiasaan untuk 1 pokok, vaksin yang digunakan sekitar 4 - 12 liter. Pokok yang telah dirawat akan memperlihatkan kesan selepas 4 bulan suntikan diberikan.

6. Pokok Depu atau nama saintifiknya 'Aquilaria Malaccensis' yang tumbuh meliar di hutan mempunyai antibodi yang kuat. Justeru penggunaan fungges/chemical mestilah setimpal dengan ukur lilit pokok. Tidak mustahil 1 pokok depu memerlukan sekitar RM20k vaksin.

# Sedikit peringatan, kemungkinan terdapat lebih dari satu variasi vaksin berteknologi nano di pasaran. Setiap vaksin tersebut mempunyai kesan tindak balas yang tersendiri dan berkemungkinan juga mempunyai tindak balas yang sama. Justeru itu, penekanan di sini adalah menjadi hak anda sebagai pembeli dan pengguna untuk memilih untuk mendapatkan variasi vaksin tersebut. Sebagai pembeli anda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan menyelidik atau bertanya khabar tentang keberkesanan vaksin tersebut bagi mengelakkan anda tertipu atau mendapat perkhidmatan yang tidak memuaskan dari pembekal vaksin tersebut. Jika boleh, dapatkan respon dari testimoni / pelanggan yang sedia ada dari pembekal tersebut. Saya terpanggil untuk respon di sini kerana ada sesetengah pembekal merasakan

3/4

Proses Inokulasi
Ditulis oleh Administrator Rabu, 07 Julai 2010 16:10 - Terakhir Dikemaskini Ahad, 11 Julai 2010 17:00

vaksin tersebut 'hak mutlak' mereka untuk memasarkannya, hakikatnya terdapat pelbagai variasi vaksin berteknologi nano di pasaran dan sebahagian respon yang saya terima dari pelanggan pembekal tersebut agak tidak memuaskan dari segi perkhidmatan selepas jualan. Harap maklum. Untuk maklumat lanjut tentang bayaran dan khidmat suntikan inokulasi sila hubungi saya. En. Taufik 0139210707

4/4

Anda mungkin juga menyukai