Anda di halaman 1dari 6

NOTA RBT3119

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

DEFINISI PERNIAGAAN Sebagai aktiviti menyediakan barang dan perkhidmatan kepada pelanggan dengan bermotifkan keuntungan. Ianya merangkumi empat perkara yang berikut iaitu barangan dan perkhidmatan, pertukaran nilai, keuntungan perniagaan serta memuaskan keperluan dan kehendak. Barangan dan perkhidmatan a. Barangan ialah produk fizikal seperti roti, kereta, televisyen dan komputer yang dikeluarkan untuk kegunaan pengguna akhir atau untuk tujuan pengeluaran dan jualan semula. b. Perkhidmatan merupakan sesuatu aktiviti yang mendatangkan faedah kepada konsumer dan lain-lain perniagaan. Syarikat pengangkutan, salon, agen pelancongan adalah merupakan contoh perniagaan yang berorientasikan perkhidmatan. Pertukaran nilai a. Pertukaran nilai merujuk kepada semua aktiviti urus niaga di mana pembeli memberikan sesuatu yang bernilai kepada penjual sebagai pulangan kepada produk yang didapatinya sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan. b. urus niaga tersebut selalunya melibatkan pertukaran wang(nilai pada kadar semasa). Keuntungan perniagaan a) a)Keuntungan ialah matlamat dalam semua perniagaan. b) Keuntungan diperoleh setelah semua kos pengeluaran, kos operasi dan cukai ditolak daripada jumlah pendapatan atau jumlah jualan. c) Keuntungan ialah kayu pengukur kejayaan dan juga ganjaran bagi sesuatu perniagaan yang mampu bersaing di pasaran. Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna a) Pengguna mempunyai keperluan semula jadi untuk barangan asas seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal. b) Kehendak pengguna adalah tidak terhad yang merangsang pengguna untuk memiliki barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh pemasar. c) Untuk memastikan urus niaga berlaku dan keuntungan diperolehi, syarikat perniagaan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

NOTA RBT3119 PERNIAGAAN DAN BUKAN PERNIAGAAN Organisasi Perniagaan * Mempunyai objektif memaksimumkan keuntungan di samping objektif penakatan (survival), pertumbuhan dan tanggungjawab sosial. Organisasi Bukan Perniagaan * Elemen keuntungan tidak wujud dalam menjalankan aktiviti perniagaan. * Lebih memikul tanggungjawab sosial dan ditubuhkan untuk memenuhi keperluan awam. * Aktiviti mereka dibantu dan dibiayai oleh kerajaan, derma dan sumbangan. * Objektifnya untuk meningkatkan taraf hidup ahli, menjaga kepentingan ahli dan penglibatan ahli dalam aktivitinya. * Contohnya ialah sekolah, hospital, universiti, persatuan dan kelab dan lain-lain.

PERNIAGAAN DAN UNTUNG Keuntungan ialah baki pendapatan setelah semua perbelanjaan pengeluaran dan pemasaran barangan dan perkhidmatan ditolak dari jumlah pendapatan atau jumlah penerimaan. Perniagaan memperolehi keuntungan setelah semua kos pengeluaran, kos operasi dan cukai ditolak daripada jumlah pendapatan dan jumlah jualan. Keuntungan untuk perniagaan adalah untuk tujuan-tujuan berikut : a) Penakatan merupakan objektif untuk terus beroperasi di pasaran kerana hanya apabila sesebuah syarikat itu dapat terus hidup, objektif-objektif lain boleh tercapai. b) Pertumbuhan pula adalah objektif untuk memajukan syarikat. Peningkatan syer pasaran, produktiviti dan pembangunan individu adalah objektif pertumbuhan yang sangat penting. Pembukaan beberapa cawangan makro di seluruh Malaysia adalah satu objektif melalui pertumbuhan. c) Tanggungjawab sosial ialah satu komitmen oleh pihak syarikat untuk memberi perhatian kepada keperluan dan kebajikan awam di samping aktiviti utama syarikat yang bermatlamatkan keuntungan. Contohnya untuk mengawal pencemaran persekitaran, syarikat menggunakan bahan-bahan pembungkusan yang boleh di kitar semula.

PERNIAGAAN DAN EKONOMI Kesan persekitaran ekonomi dan perniagaan Kesan Baik Perniagaan akan dapat mempengaruhi perniagaan. Perniagaan akan maju dalam keadaan ekonomi baik. Dapat wujudkan persaingan yang sihat. Peluang pekerjaan yang luas.

NOTA RBT3119 Kesan Buruk Perniagaan akan menjadi lembap dalam keadaan ekonomi yang tidak baik. Peluang sempit dalam sistem ekonomi sara diri. Berlakunya pencemaran alam sekitar iaitu mengkhusus kepada air, udara dan bunyi. Berlaku kekurangan bekalan air akibat kekurangan kawasan tadahan air. Kesan terhadap penindasan iaitu tenaga yang disumbangkan tidak setimpal. Masyarakat menghadapi masalah sosial terutamanya dengan kedatangan pekerja asing.

Tenaga Upah Pekerja / Pengguna Barang Harga Hubungan antara perniagaan dan ekonomi Pengeluar / Pengusaha

PERNIAGAAN DAN MASYARAKAT Hubungan perniagaan dan masyarakat Mestilah menerima tanggungjawab untuk melindungi persekitaran seperti mengawal pencemaran. Penjimatan tenaga dan penghapusan amalan-amalan diskriminasi memberi sumbangan derma kepada badan-badan kebajikan. Membekalkan kepakaran dalam bidang pelajaran dan kemahiran. Menyediakan pekerjaan kepada orang yang kurang berupaya seperti golongan cacat. Menyediakan prasarana seperti taman rekreasi dan sebagainya.

Konsep kepercayaan yang harus ada dalam sesebuah perniagaan Apa yang baik untuk masyarakat juga baik untuk perniagaan. Objektif sosial sebenarnya meningkatkan lagi keuntungan syarikat dalam jangka masa panjang. Syarikat perlu menyumbang ke arah pembentukan persekitaran yang sihat untuk memastikan keadaan masyarakat (di mana syarikat memperolehi keuntungan) akan berkekalan pada masa akan datang. Contohnya bersama-sama menyumbang dalam aktiviti sosial.

NOTA RBT3119 Tanggungjawab sosial perniagaan terhadap masyarakat Melindungi persekitaran seperti kawasan pencemaran, penjimatan dan penghapusan amalan diskriminasi. Memberi sumbangan derma kepada badan-badan kebajikan. Menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan kurang berupaya seperti orang cacat. Menyediakan prasarana seperti taman rekreasi. Membekalkan kepakaran dalam bidang pelajaran dan latihan.

FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN a) Tanah / Bahan mentah Merupakan alam semula jadi yang boleh digunakan untuk keluaran barang dan perkhidmatan. Meliputi semua sumber perhutanan, sumber pertanian, sumber perusahaan dan sumber galian dan juga barang-barang separuh siap. b) Buruh / guna tenaga Merupakan semua sumber manusia yang diperlukan untuk menukarkan bahan-bahan mentah kepada barangan dan perkhidmatan termasuk dalam organisasi dari atas hingga ke peringkat bawahan. Setiap pekerja mempunyai kemahiran yang berbeza dan pengurusan merupakan aspek penting bagi tenaga buruh dalam sesebuah organisasi. c) Modal Adalah jumlah kewangan dan peralatan, kelengkapan, jentera dan bangunan yang digunakan untuk pengeluaran barang dan perkhidmatan. Ianya bukan sahaja merujuk kepada wang kerana wang tidak proaktif namun, wang digunakan untuk membeli kelengkapan organisasi tersebut dan barulah wang tersebut dikenali sebagai wang yang proaktif. d) Keusahawanan Himpunan kemahiran dan keupayaan menghadapi risiko serta kreativiti yang perlu digabungkan dengan faktor-faktor pengeluaran yang ia untuk pengeluaran barang dan perkhidmatan. e) Teknologi Merujuk kepada kaedah yang digunakan untuk mengeluarkan sesuatu barangan dan ia juga merujuk kepada bentuk penggunaan mesin ataupun cara mengeluarkan sesuatu barangan.

NOTA RBT3119 MEMENUHI KEPERLUAN DENGAN SUMBER TERHAD

Bagaimana perniagaan menggunakan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan yang tidak terhad:a)Memastikan sumber itu betul-betul diagihkan untuk pengeluaran yang benar-benar dikehendaki oleh pengguna untuk memenuhi keperluan pengguna. b) Memastikan sumber-sumber yang digunakan secara maksimum tanpa pembaziran. c) Memastikan barang-barang yang dikeluarkan cukup-cukup untuk memenuhi keperluan pasaran tanpa pembaziran. d) Memenuhi kehendak setiap lapisan masyarakat walaupun secara minimum. e) Menabung untuk kegunaan pada masa hadapan atau tidak memaksimumkan penggunaan sedia ada.

PROSES PERNIAGAAN

1. Membangunkan keluaran Hal ini bertujuan bagi mengenal pasti apakah produk yang hendak dikeluarkan iaitu sama ada produk inovasi atau produk baru. 2. Pengurusan permintaan Mengenal pasti keperluan dan kehendak pengguna termasuklah penyelidikan pemasaran, promosi, pengiklanan, jualan, pembungkusan dan pesanan dan peranan mewujudkan permintaan. 3. Memenuhi pesanan Hal ini memerlukan perkhidmatan yang diberikan adalah efisien dan efektif, merangkumi proses memesan bahan, mengumpul, menjadual, menyimpan dan lain-lain. Selain itu juga ialah memastikan keperluan mencukupi supaya pesanan dapat dipenuhi secepat mungkin dan mengikut spesifikasi.

PERNIAGAAN KINI DAN MASA DEPAN

a) Kekurangan sumber tenaga yang semakin ketara. Apabila sumber tenaga berkurangan, perniagaan perlu mencipta kaedah baru untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang menggunakan sumber tenaga yang sedikit atau mencari sumber alternatif tenaga yang lain.

NOTA RBT3119 b) Pentingnya perniagaan di peringkat antarabangsa Kini perniagaan antarabangsa semakin mendapat perhatian kerana skop pasaran yang luas. Jumlah syarikat perniagaan dan peratusan transaksi atau urus niaga di peringkat antarabangsa juga semakin meningkat. c) Cabaran teknologi Kebanyakan industri berada di pertengahan revolusi teknologi. Kehadiran robot dan teknologi laser amat diperlukan dalam aktiviti perniagaan. Industri berat seperti besi dan automotif perlu dilengkapi dengan teknologi baru sekiranya syarikat ingin bersaing seiring dengan syarikatsyarikat di peringkat antarabangsa. d) Meningkatkan produktiviti Kemahiran pengurusan perlulah ditumpukan terhadap produktiviti (output). Seorang pekerja pula seharusnya setanding dengan output pekerja negara-negara lain. e) Pentingnya tanggungjawab sosial dalam kalangan syarikat perniagaan Semakin banyak tekanan dikenakan terhadap sektor perniagaan untuk menyempurnakan objektif dua hala iaitu objektif keuntungan dan tanggungjawab sosial. f) Penipuan dalam dunia perniagaan dengan bantuan teknologi yang canggih Melalui penggunaan komputer dan penelitian terhadap kerja-kerja yang baru.

PERUBAHAN-PERUBAHAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PENIAGA a. Peningkatan tahap dan kualiti kehidupan manusia melalui hasil keluaran yang lebih berkualiti seperti televisyen yang membolehkan individu memperolehi maklumat dan hiburan. b. Kemajuan dalam bidang komunikasi kesan daripada usaha giat pengeluar untuk berhubung dengan pengguna tentang barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Contohnya melalui usaha pelbagai pihak khasnya pengeluar, pelbagai barangan dan perkhidmatan dapat dipesan melalui komputer dengan kemudahan internet kini atau edagang. c. Peningkatan mutu perkhidmatan kesan daripada penggunaan komputer yang semakin berleluasa. Komputer telah mempermudah dan mempercepat pelbagai proses pengeluaran seperti menyimpan rekod pelanggan dan membantu pengeluar mencipta produk baru.