Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan Pemutus Litar Udara (ACB)

Pemutus litar yang asas adalah satu alat untuk memutus atau menyambungkan bekalan atau disebut juga sebagai pengasing sahaja. Tetapi apabila ia dilengkapkan dengan komponen perlindungan seperti alat ubah arus, geganti, shunt trip coil ianya dapat memberi perlindungan yang diperlukan secara automatik. Perlindungan yang perlu ialah arus lebih, beban lebih dan rosak ke bumi.

Pemutus litar yang biasanya digunakan ialah pemutus litar udara (ACB). Walaubagaimanapun sekarang ini pemutus litar teracu (moulded case circuit breaker MCCB) semakin banyak digunakan. Penggunaan sama ada ACB atau MCCB bergantung kepada kadaran arus sesuatu pemasangan. Untuk pemasangan yang melebihi 400A selalunya menggunakan ACB.

Bahagian-bahagian Pemutus Litar Udara (ACB)


1. Shunt trip coil Sebuah gelung yang dibina didalam ACB apabila diberikan bekalan yang sesuai dengan gegelung tersebut, ia akan bertenaga dan menarik plunger seterusnya ACB terpelantik. 2. Gelung Voltan Kurang (Under Voltage Coil) Komponen yang menyebabkan ACB terpelantik apabila voltan bekalan jatuh kepada sesuatu nilai tertentu. Ia tidak memerlukan bekalan seperti gelung shunt trip. Apabila tiada bekalan ACB tidak dapat dihidupkan. 3. Arc Chute Sebuah kotak terletak diatas sesentuh utama dan sesentuh bergerak/sesentuh tambahan (auxiliary contact) yang tujuannya ialah menyerap percikan dan asap dari arka yang terjadi. 4. Charging handle Untuk mengecas spring supaya menyimpan tenaga. Butang tekan untuk off ACB. Butang tekan untuk on ACB. Menunjuk kedudukan connected, test atau disconnected. 5. Butang buka (off button) 6. Butang tutup (on Button) 7. Penunjuk kedudukan (position indicator) 8. Penunjuk charging

Penunjuk sama ada spring dalam keadaan charge atau discharge. Penunjuk sama ada ACB itu buka atau tutup.

9. Penunjuk open-close