Anda di halaman 1dari 4

KAEDAH MENGHAFAZ AL-QURAN

Kaedah hafaz Al-Quran diperolehi dan rujukan daripada Ustaz Mohd Shafie Al-Hafiz dari Al_Hufaz Enterprise, sebuah konsultant yang sering menganjurkan seminar cara menghafaz Al-Quran. Persiapan Menghafaz Al_Quran :

Semangat yang kuat, memperbanyak-kan doa kepada Allah serta mendekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyakkan amalan baik dan menjauhi maksiat Bagi ibu-bapa, bersungguh-sungguh mendidik anak ke arah itu. Kaedah hafazan ini sesuai untul peringkat umur dari 5 tahun ke atas.

a. Persiapan Mental

Perlu ditanamkan di dalam jiwa kita akan keagungan Al_Quran iaitu meyakinkan diri bahawa kita sedang melakukan sesuatu perbuatan atau amalan yang sangat mulia.

b. Ihtimam Terhadap Al_Quran

Sikap Ihtimam (perhatian penuh) akan mendorong untuk istiqamah di dalam proses menghafaz walaupun menghadapi rintangan besar.

c. Pandai Mengatur Waktu

Sekiranya kepentingan Al_Quran telah termaktub di dalam jiwa kita, Insya_Allah kita akan dapat mengatur waktu walau bagaimana sibuk sekalipun.

d. Tabah & Sabar Menghadapi Kesulitan Menghafaz

Allah swt mengurniakan hikmah dan mewariskan kitab_Nya kepada hamba-hamba_NYa yang bersungguh-sungguh, yakin & sabar di dalam menghadapi rintangan-rintangan di dalam

menghafaz Al_Quran. Firman Allah swt "Kemudian Kami wariskan kitab ini kepada hambahamba yang Kami pilih..." (Surah Al_Faathir : 32)

Kaedah atau panduan hafaz Al-Quran adalah seperti berikut:

1. Sebagai contoh, kita mahu hafaz SurahAd-dhuha. Surah ini ada 4 ayat. Sediakan jadual seperti di bawah sebagai panduan dan catatan progress hafazan kita. Buat ulangan 60 X Mengapa 60 kali pembacaan, ulangan atau hafazan sesuatu ayat? Menurut Ustaz Mohd. Shafie Al_Hafiz, otak manusia boleh mengingati sesuatu maklumat secara kukuh dengan pembacaan, ulangan atau hafalan sebanyak 120 kali. Walaubagaimanapun, 60 kali pembacaan, ulangan atau hafalan sudah dikira memadai untuk diterima oleh otak manusia. Jikalau anda berupaya untuk membuat pembacaan, ulangan atau hafalan sebanyak 120 kali atupun lebih adalah satu kelebihan buat diri anda sendiri. Ianya bergantung kepada keupayaan diri masing-masing. W

Beberapa pengajaran lain yang diperolehi daripada seminar yang disampaikan oleh Ustaz Mohd. Shafie Al_Hafiz adalah seperti berikut : a. Menghafaz itu mudah

Kaedah yang betul, memudahkan lagi penghafazan Al_Quran.

Firman Allah swt "Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al_Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran ?" (Surah Al_Qamar :17)

b. Istiqamah

Melatih kita berkekalan (Istiqamah) di dakam amalan kebaikan walaupun sedikit. Tanda Istiqamah ialah kita berterusan di dalam amalan kita walau bagaimana susah sekalipun. Jikalau kita sanggup beristiqamah di dalam perkerjaan, kita tiada alasan tidak boleh beristiqamah di dalam menghafaz Al_Quran yang mana menjanjikan kebaikan yang banyak.

c. Bersabar

Melatih kita menghargai sesuatu benda yang sedikit, tidak tergopoh-gapah untuk mendapatkan sesuatu yakni menundukkan sifat keluh kesah, kerana konsep menghafaz Al_Quran ini adalah biar sedikit asalkan dapat dipegang hafalan itu dengan kuat & kukuh.

d. Mengasah Akal & Memberi Kekuatan Minda

Melatih akal fikiran kita memberi tumpuan sepenuhnya kepada sesuatu subjek bagi menguasainya. Menghafaz Al_Quran perlu kepada minda segar dan tumpuan yang tidak berbelah bahagi. Latihan seperti ini amat berharga kepada kita kerana ianya memberi kekuatan minda yang mana Insya Allah kita berupaya menguasai perkara-perkara lain dengan mudah dan cepat.

e. Menanamkan Sifat Merendah Diri

Menanamkan sifat merendah diri, kerana menyedari bahawa tanpa pertolongan Allah swt, kita tidak akan berjaya meletakkan Al_Quran di dalam hati kita. Ini mengajar kita sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan, tidak takabbur di atas kelebihan yang diberikan oleh Allah swt kepada kita, samada dari segi kepandaian, kekayaan dll.

f. Melatih Menghargai Masa

Aktiviti lagha (lalai) dapat dikurangkan , jika ianya tidak dapat

dihentikan sepenuhnya. Al_Quran yang dihafaz boleh dibaca pada bila-bila masa seperti di dalam kereta, waktu berjalan, berzikir dll.

g. Sifat Kerisauan Terhadap Al_Quran Penghafaz Al_Quran akan merasa risau jika sekiranya Al_Quran tidak diulang. Perasaan ini adalah merupakan satu rahmat yang besar yang dikurniakan oleh Allah swt kepadanya.

Sebab_Sebab Lupa :

Hafazan baru yang tidak betul-betul mantap. Bilangan ayat Al_Quran yang dihafaz pada sesuatu masa terlalu banyak. Tiada jadual mengulang hafazan yang sistematik. Maksiat yang dilakukan