Anda di halaman 1dari 112

Syania Shaa

Bab 1
puluh ringgit tunai.

KU terima nikah Kaseh Nur Dannia Danisha binti Raziff dengan mas kahwin lapan

Mendengar lafaz nikah yang lahir daripada mulut pemuda itu, serentak air mata menitis di pipi mulusnya. Bagi tetamu yang melihat dirinya, pasti mengatakan air mata itu menandakan hari kegembiraan bagi si gadis yang bakal menapak ke alam baharu. Namun baginya, ia merupakan sebuah kesedihan yang tidak mampu diungkapkan. Siapa mahukan pernikahan yang diatur oleh pihak keluarga? Hancur semua angan-angannya yang menginginkan pernikahan yang gilang-gemilang bersama lelaki yang dicintainya. Semuanya kini tinggal harapan. Kini gelarannya bukan lagi bujang dan gadis sunti yang bebas ke mana-mana, tetapi seorang isteri yang hanya mampu patuh pada perintah suami. Dirinya terpaksa dan separuh rela memperhambakan diri buat seorang lelaki bergelar suami. Pemuda itu tidak pernah dikenali, entah dari mana ibu dan abahnya mengenali

Kasihku Yang Satu

pemuda itu. Sebelum ini, ibu dan abah tidak pernah pula bercerita tentang latar belakang pemuda itu. Nia, ibu gembira sangat hari ni. Terima kasih, sayang. Terima kasih kerana memenuhi permintaan ibu. Ibu sayang Nia. Puan Diana memeluk erat anak perempuan tunggalnya. Sebuah kecupan dihadiahkan di pipi mulus Dannia. Dannia hanya tersenyum hambar, sekadar membalas dalam keterpaksaan. Hatinya merintih pilu tidak merelakan perkahwinan ini. Jika tidak mengenangkan kasih dan sayangnya kepada abah dan ibu, telah lama dia melarikan diri. Memikirkan maruah keluarganyalah, Dannia nekad dengan keputusan untuk mengahwini lelaki yang tidak pernah dikenali asal usulnya itu. Kini hidupnya bergantung kepada lelaki itu, diserahkan hidupnya kepada lelaki itu. Abangnya yang tengah hanya mampu memandang sayu pernikahan yang langsung tidak direstuinya. Di sisinya, Hanna hanya mampu memandang. Tidak pernah disangka sahabatnya ini sudah menjadi isteri orang. Tidak terduga olehnya sahabat yang paling disayangi berkahwin dalam usia yang begitu muda. Padahal dahulu bukan main lagi berikrar dan berjanji mahu berkahwin apabila masing-masing sudah berjaya dalam pelajaran dan juga berkerjaya. Nampaknya itu semua hanya janji yang terpaksa dimungkiri. Benarlah, kita hanya mampu merancang dan Dia yang menentukan segalanya. Mereka akur dengan ketentuan Ilahi. Senyumlah sikit, Nia. Kau ni masam mencuka aje muka tu. Tengok dah tak cantik, tegur Hanna setelah Puan Diana keluar dari bilik berhias indah itu dengan gabungan warna merah hati dan putih. Sengaja dia mengusik Dannia, ingin menceriakan suasana apabila melihatkan muka

Syania Shaa

sahabatnya yang keruh mengalahkan makan asam. Hilang serinya nanti. Hanna tahu hati Dannia sedih dan tidak tenang. Yalah, siapa mahukan perkahwinan yang diatur oleh pihak keluarga. Begitu juga dengan dirinya. Mahu meraung sepuluh hari sepuluh malam jika itu yang terkena pada batang hidungnya. Mujurlah keluarganya jenis yang faham dan berfikiran terbuka. Macam mana aku nak senyum, Hanna? Aku tak rela dengan semua ni. Aku tak bersedia langsung dengan semua ni. Sebak hatinya dengan apa yang telah pun terjadi. Dia kini tidak mampu berpaling ke belakang lagi. Dirinya sudah terikat dengan ikatan perkahwinan. Setitis air mata menitik jua ke pipinya. Terlalu sedih dengan kehidupan yang bakal mendatang. Ingin sahaja dia meraung ketika ini, namun apa dayanya. Dia harus membalas jasa Puan Diana dan Encik Zamani yang telah bersusah payah membesarkannya. Dia terpaksa akur kerana mereka berdua, dia kini mempunyai keluarga. Sepatutnya dia bersyukur kerana mempunyai sebuah keluarga yang begitu menyayanginya, tetapi kali ini dia benar-benar tidak bersetuju dengan keputusan Puan Diana dan Encik Zamani. Dia benar-benar merasakan keputusan untuk mengahwini lelaki yang langsung tidak dikenali adalah satu tindakan yang kejam. Teringatkan suami yang baru dinikahi, hatinya menjadi ragu-ragu. Benarkah keputusannya ini? Masih terngiang-ngiang kemarahan lelaki itu sebelum majlis pernikahan mereka. Pergaduhan kecil yang hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja. Dia langsung tidak mengerti dengan aturan pernikahan mereka berdua. Dia dapat rasakan lelaki itu juga terpaksa mengahwininya. Jelas di telinganya

Kasihku Yang Satu

amarah lelaki yang dikenali sebagai Daniel Harith Dato Iskandar. Tidak pernah disangka dia bakal bergelar isteri kepada anak Dato itu dan kini bergelar menantu anak orang berada. Gerun sungguh dengan gelaran itu. Walaupun dia tidak yakin dengan aturan keluarganya yang menyuruh dia menerima lamaran daripada keluarga Dato Iskandar, dia tidak mampu membantah. Apatah lagi apabila mendapat tahu isteri Dato Iskandar ialah rakan baik ibunya. Beria-ia benar mereka berdua merancang tanpa merujuk pada empunya diri setelah dirinya berjaya dipujuk. Sabarlah Nia, mungkin dah jodoh kau dengan dia. Lagipun mak dan abah kau nak yang terbaik untuk anaknya ni. Jangan sedih ya, aku selalu di sisi kau. Kau tahu, kan sesebuah perkahwinan akan lebih bahagia jika mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak? Hanna menasihati Dannia yang masih bersedih. Digosok belakang Dannia, cuba meredakan kesedihan sahabat baiknya itu sebelum dia memeluk erat tubuh Dannia. Kau tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Aku dapat rasakan benda yang tak elok berlaku. Hati aku tak tenang dengan perkahwinan ni. Aku takut, Hanna... ucapnya dengan nada penuh bimbang. Entah kenapa dia menjadi takut untuk menghadapi alam rumah tangga bersama lelaki itu. Mereka berdua tidak pernah kenal antara satu sama lain, apatah lagi mencintai satu sama lain. Sungguh, dia tidak yakin dengan itu semua. Sabarlah Nia, aku yakin kau dapat tempuhinya. Kau mesti tabah untuk menghadapi semua ni. Jangan lupa, aku sentiasa sokong. Dan aku harap jugak dia dapat membahagiakan kau. Aku akan selalu doakan kau bahagia dan mendapat yang terbaik... ujarnya lagi dengan senyuman

Syania Shaa

yang dimaniskan. Dia tidak mahu memperlihatkan kesayuannya kepada gadis ini. Pada hari bahagia sahabatnya ini, dia mahu turut sama meraikan penyatuan dua hati. Semoga dia bahagia, Ya Allah. Thanks Hanna. Aku tak tahu pada siapa lagi aku nak mengadu. Air mata di pipi diseka perlahan. Dia sungguh bertuah sekurang-kurangnya dia mempunyai seorang sahabat yang selalu menyokong dan menjadi tempat dia meluahkan perasaannya. Hanna selalu berada di sampingnya ketika susah dan senang. Syyy... kau ni. Dah la tu menangis, kang tak pasalpasal aku pulak yang meraung kat sini. Dah, cengeng la pengantin ni. Habis comot make up kat muka kau. Meh sini aku touch upkan sikit, ujar Hanna menceriakan suasana muram di dalam bilik yang semakin menghimpit perasaannya, lalu diambil bedak di atas meja solek milik Dannia untuk disapukan ke muka sahabatnya dengan berhatihati. Risau juga jika wajah cantik itu semakin comot dengan warna lain yang terpalit. Siapa yang cengeng? Kaulah.... Sempat Dannia membalas sebelum dia menepuk kuat bahu Hanna. Mengaduh kawan baiknya apabila tangannya singgah di bahu. Berkerut muka Hanna menahan pedih. Berbisa sungguh penangan Dannia. Adui, sakitlah! Ganas betul kau ni, eh? Macam mana la agaknya suami kau nanti. Hari-hari dia kena buli gamaknya. Malam nanti jangan ganas-ganas tau...! Hanna berseloroh nakal, sengaja mahu mengenakan Dannia. Bila lagi kan, mahu mengusik.... Jahat. Selepas ini pasti rumah sewanya sunyi. Tiada lagi gelak ketawa Dannia memenuhi ruangan rumah teres itu.

Kasihku Yang Satu

Pap! Bantal di atas katil sempat dibaling kepada Hanna dan tepat terkena muka dan rambutnya yang didandan rapi. Tidak sempat mahu mengelak, langsung tidak menjangka tangan Dannia mampu menggapai bantal yang agak jauh dari gadis itu. Ingatkan lepaslah dia daripada menjadi mangsa bantal seperti selalu. Kau ni... habis dah rosak rambut aku. Dah tak cantik. Hampir dia menjerit apabila rambutnya terjuntai dan tidak sekemas tadi. Panjang muncungnya tanda protes sambil tangannya memperbetulkan rambutnya. Disikat kembali rambutnya yang sedikit rosak dengan jemarinya. Wajah Hanna masam mencuka. Kalau tahu Dannia akan membuat serangan, pasti dia tidak akan bermulut celopar. Isy... geram sungguh! Padan muka. Otak kuning! Dannia tergelak lucu. Hanya untuk sementara Hanna merajuk, dia kembali menguntum senyuman apabila mendengar gelak Dannia. Gelak mereka berdua bergabung di ruang bilik. Sedikit sebanyak menghilangkan rasa sedih yang bertamu di hati Dannia. Nia, dah sedia sayang? Pengantin lelaki dah nak masuk. Puan Diana yang tiba-tiba muncul di ruangan itu bersuara. Serta-merta wajah Dannia yang tadinya ceria bertukar pucat tidak berdarah. Ada debar bertandang di hatinya. Dia kembali muram, takut akan penerimaan lelaki yang sudah bergelar suaminya itu. Hanna tergelak kecil melihat muka Dannia yang sedikit pucat. Tahu pun takut! Beberapa ketika, bunyi derap langkah seseorang yang memasuki bilik itu kedengaran semakin kuat. Dan

Syania Shaa

semakin kuat pula debaran di dadanya. Pemuda tersebut menghampirinya, membuatkan Dannia semakin menundukkan mukanya sehingga hampir mencecah dada. Sungguh dia tidak bersedia dengan ini semua. Hanna sudah melopong. Tidak menyangka suami Dannia begitu sempurna di matanya. Dia di situ sudah terpegun, apatah lagi jika gadis lain yang memandang. Pasti cair... desis hatinya. Untuk pertama kali dia merasakan Dannia sungguh bertuah memiliki lelaki itu. Padan sungguh Dannia dengan lelaki berbaju Melayu sedondon dengan sahabatnya itu. Sama cantik sama padan. Bagai pinang dibelah dua. Laju tangannya mencapai kamera yang dibawa untuk mengambil gambar. Wah! Handsomenya suami kau, Dannia.... Desis hatinya lagi apabila lelaki itu menghampiri Dannia. Sasa...! Bertuahnya kau, Dannia. Dapat lelaki handsome, anak orang kaya pulak tu. Pangkat Dato lagi, bisiknya ke telinga Dannia. Dannia sempat menjeling geram kepada Hanna. Pantang nampak lelaki kacak mulalah berbakul-bakul pujian yang diberikan. Entah apa-apa sahabatnya yang seorang ini. Dannia pantas menundukkan kepala kembali apabila melihat kelibat suaminya kian menghampiri sebelum berdiri berhadapan dengannya. Lelaki itu kemudiannya melutut di hadapan Dannia yang duduk di birai katil. Beberapa saat dia tidak berkutik di situ, mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Sudahnya tangannya ditarik sedikit kasar. Walaupun pada pandangan orang ramai tarikan itu hanya biasa sahaja, tetapi dia rasakan seperti rentapan sebelum sempat Dannia menghulurkan tangannya.

Kasihku Yang Satu

Wah, main kasar nampak! Dia menggumam dalam hati. Sungguh, dia tersentak amat dengan perlakuan pemuda itu. Usikan saudara-maranya langsung dibiarkan dek ditelan rasa takut dan gementar. Sewaktu upacara menyarung cincin, pemuda tersebut langsung tidak memberikan senyuman sedikit pun kepada Dannia. Gementar barangkali, itulah yang cuba difikirkan walaupun hatinya kuat menidakkan kenyataan itu. Wajahnya yang kelat menambahkan lagi rasa cuak di hati Dannia. Pemuda itu menghulurkan tangan dan pantas menarik tangannya kembali sebelum sempat Dannia mencium rapat tangan itu. Dannia mula berasa tidak enak. Terasa darah merah menyerbu ke muka. Malu dengan perlakuan pemuda yang telah menjadi suami bukan pilihan yang kurang sopan itu. Kemudian dahinya hanya dikucup secepat kilat. Wajah lelaki itu usah dicakap, masam mencuka. Langsung tidak menjaga maruahnya yang telah bergelar isteri. Kemudian lelaki itu pantas menapak keluar dari bilik meninggalkannya setelah cincin disarungkan ke jari manisnya. Dia ditinggalkan bersama dua tiga orang penghuni yang lain. Mujurlah tidak ramai yang menyaksikan upacara yang berlangsung di bilik kecil miliknya. Namun, dia cukup malu dengan situasi itu. Bimbang apa pula kata ibu saudaranya nanti. Kini tinggallah empat orang termasuk dirinya di situ. Ibunya juga telah keluar untuk menguruskan keadaan di luar dan meninggalkan dia bersama dua wajah yang baru pertama kali dilihatnya. Dannia meneka sendiri dua manusia di hadapannya. Adik ipar dan ibu mentuanya, itulah yang berada di fikirannya. Gadis di sebelah Hanna tersenyum gembira. Girang hatinya melihat sang abang telah menjadi suami orang. Girang kerana mempunyai kakak yang akan

Syania Shaa

berkongsi suka dan duka hidupnya, dan akan berkongsi masalah serta tempat mengadu. Wah, gembira sakan budak ni, kalah pengantin! Desis hatinya. Dannia hanya tersenyum hambar. Melihatkan senyuman manis yang terukir di bibir gadis itu mengurangkan sedikit rasa bimbang di hatinya. Atau apa mungkin gadis ini hanya berlakon di hadapan semua? Mungkin gadis ini turut sama tidak rela dirinya yang serba kekurangan menjadi ahli keluarganya. Akak, welcome to our family. Nice to meet you. Im Iman. Adik Abang Harith. Hari tu tak sempat jumpa, kan? Iman mengucup tangan dan kedua-dua pipi Dannia. Gembira kerana mempunyai kakak ipar yang begitu cantik. Dannia sedikit tersentak dengan perlakuan terlebih mesra yang ditunjukkan oleh gadis manis yang dikenali sebagai Iman a.k.a adik Harith. Dannia tersenyum membalas senyuman Iman. Yelah, orang berbudi kita berbahasa la, kan? You look so beutiful. Macam Barbie doll pun ada. Cantik, bisiknya namun masih didengari oleh mereka yang berada di bilik itu. Bertuah sungguh abang dapat isteri yang cantik. Macam model, kan ma? tambahnya lagi. Pujian itu membuatkan dirinya terasa segan, apatah lagi di hadapan ibu mentuanya. Haah, menantu mama memang cantik... sampuk Datin Rosmaria di sisi anak gadisnya. Kemudian wanita itu tersenyum mesra sambil memeluk erat tubuh Dannia yang kecil itu. Kemudian pipi Dannia menjadi mangsa kecupan Datin Rosmaria. Terima kasih kerana sudi menjadi menantu mama. Thanks, sayang. Datin Rosmaria sempat mengucup dahinya

Kasihku Yang Satu

sebelum melangkah keluar meninggalkan Dannia dan Hanna. Wah, kau Nia! Seronoklah ye? Dapat suami handsome nak mampus. Ala-ala model gitu. Mak mentua dan adik ipar kau pun baik je. Sayang benar kat kau ni. Bertuahlah badan. Hanna menggiat sakan. Sedikit sebanyak dia berasa senang hati melihat emak mentua Dannia yang tidak sombong, malah melayan Dannia dengan mesra walaupun kedudukan wanita separuh abad itu lebih tinggi daripada mereka sekeluarga. Ya, pangkat yang membezakan sesama manusia, meskipun semua manusia sama tarafnya di sisi Allah. Dannia tidak ambil pusing dengan pujian Hanna, sebaliknya dia mengeluh perlahan. Namun, riaknya yang suram tidak langsung mencacatkan wajahnya yang ayu. Wajahnya yang cantik dan berseri dikenakan solekan nipis itu bertambah menawan. Badannya yang ramping dan sedikit tinggi walaupun hanya separas bahu dengan Harith, disaluti kebaya moden putih satin yang bermanik, menyerlahkan lagi kecantikan ciptaan Allah. Namun, kecantikan itu tidak langsung dipandang oleh suaminya. Bagi lelaki itu, dirinya tidak mungkin dan tidak setanding dengan lelaki berpangkat dan berharta itu. Lihat sahaja sebentar tadi ketika upacara menyarung cincin, lelaki itu seperti endah tak endah sahaja.

10

Syania Shaa

Bab 2
ANNIA melepaskan penatnya sebentar di bawah kanopi yang didirikan berhampiran rumahnya, melepaskan penat lelahnya bergelar raja sehari. Harith... dia tidak tahu ke mana lelaki itu menghilang. Sejak tadi mereka langsung tidak berdiri dekat antara satu sama lain. Lelaki itu mengelak daripada berada dekat dengannya. Macamlah dia ini kotor sangat. Tengok sahaja waktu upacara persandingan yang diadakan tadi, lelaki itu sedaya upaya mengelak daripada berada rapat dengan Dannia. Ah, aku pun tak heran la! Hanya itu yang mampu diluahkan. Itu pun sekadar berkata dalam hati. Walaupun perkahwinan mereka sederhana, kemeriahan tetap terasa dengan kehadiran para tetamu yang ramai. Pada awalnya, Datin Rosmaria ingin menempah katering, namun ibunya menolak baik kerana menginginkan suasana yang lebih meriah dengan kehadiran jiran tetangga yang datang untuk menolong mereka memasak. Malah sudah lama mereka tidak bergotong-royong begini, kembali mengeratkan tali persaudaraan. Bila lagi mereka sekeluarga

11

Kasihku Yang Satu

mahu merasai suasana bergotong-royong begini memandangkan anak gadis tunggal dalam keluarga ini sudah melangsungkan perkahwinan. Selain Dannia, dia tidak mempunyai anak perempuan yang lain. Di suatu sudut, di bawah pohon yang rendang terdapat beberapa orang lelaki sedang rancak berbual dengan Harith. Agaknya kawan-kawan Harith. Lelaki itu langsung tidak menghiraukannya, jauh sekali mahu memperkenalkannya kepada rakan-rakan lelakinya yang hadir. Nampak sangat lelaki itu langsung tidak suka akan perkahwinan mereka ini. Cukup hanya dengan melihat riak wajahnya yang masam mencuka, menggambarkan lelaki itu tidak rela. Dannia mengeluh lagi. Lelaki itu langsung tiada adab sopan, sepatutnya kenalah melayan tetamu yang hadir. Ini dia dibiarkan sendirian melayan tetamu. Jika ada tetamu yang bertanyakan tentang suaminya, terpaksalah dia berbohong mengatakan suaminya sibuk melayan tetamu lain. Entah berapa banyak dosa yang telah dilakukan hari ini dalam sedarnya. Lelaki itu seperti sengaja mahu mengenakannya. Dannia hanya mampu bersabar dengan kerenah Harith. Ya, dia harus memupuk sebanyak-banyak kesabaran dalam mendepani lelaki yang telah bergelar suaminya itu. Rith, mana wife kau? Izzat tersenyum nakal melihat wajah tegang Harith. Bukannya dia tidak tahu rakan baiknya dipaksa kahwin demi pangkat dan harta. Buktinya lelaki itu langsung tidak menjemput rakan-rakan mereka yang lain, malah stafnya sendiri tidak langsung diundang. Hanya beberapa orang teman rapat sahaja yang diundang. Apatah lagi mahu mengadakan resepsi persandingan di Pulau Pinang. Itu adalah syarat yang dikenakan oleh Harith kepada Dato Iskandar. Kasihan gadis-gadis di syarikat Harith,

12

Syania Shaa

disangka bujang rupanya sudah beristeri. Pasti semuanya akan menggigit jari apabila mengetahui lelaki yang dipuja rupanya sudah berpunya. Dia sendiri terperanjat dengan berita perkahwinan itu. Angin tak ada, ribut tak ada... Harith menelefon untuk menjemputnya menghadiri majlis perkahwinan lelaki itu. Disangka Harith sekadar bergurau, tetapi apabila dihulurkan kad yang cantik bersampul barulah dia percaya. Tidak menyangka zaman moden ini masih ada lagi perkahwinan yang diatur oleh pihak keluarga. Simpang malaikat empat puluh empat, minta dijauhkan semua ini daripada menimpa dirinya. Huh, tak rela! Entah, mana aku tahu. Malas aku nak ambil tahu pasal perempuan kampung tu. Harith merengus geram. Semua temannya datang mahu melihat gadis yang telah menjadi isterinya. Entah apa yang istimewa dengan perempuan kampung itu. Ala kau ni, bila dah kahwin kenalah sepakat, jangan sorang ke hulu, sorang ke hilir. Izzat menggelengkan kepala. Entah perempuan macam mana yang mampu menundukkan sikap liar Harith. Jika mahu dilihat pada gadis yang telah terikat dengan lelaki itu, tidak kurang hebatnya. Berpelajaran, cantik, menawan, ayu dan semua memenuhi cita rasa untuk dibuat isteri. Yang kurang cumalah harta dan pangkat sahaja yang tidak setaraf. Baginya gadis yang bernama Dannia itu cukup cantik. Dirinya juga terpesona dengan kecantikan yang dimiliki oleh gadis itu. Itu memang niat aku, tak payah nak sepakat. Kalau nak sepakat pun tunggu depan family kitorang je. Perempuan tak sedar diri tu patut tahu kedudukan dia. Tak layak langsung dengan aku. Entah macam mana papa aku tu boleh jumpa dan kutip pompuan tu. Suaranya kedengaran sedikit

13

Kasihku Yang Satu

bergetar menahan marah. Sungguh tertekan dengan keputusan papa dan mamanya. Harith geram mengingatkan itu semua. Bukannya dia mahu sangat menikahi Dannia. Demi harta, dia sanggup bergadai apa sahaja. Tidak sanggup dirinya merempat dan bersusah payah. Selama ini dirinya dilimpahi kemewahan wang ringgit dan harta. Tidak mungkin dia akan melepaskan itu semua. Hanya dengan mengahwini gadis itu, dia dapat mengukuhkan kedudukannya sekarang. Tambahan pula janji papanya yang akan mewariskan syarikat itu kepadanya kelak. Apa yang penting sekarang ini adalah untuk mendapatkan harta yang bakal jatuh ke tangannya, soal gadis itu kemudian sahaja akan diuruskan. Dalam kepalanya kini sudah tersusun pelbagai rancangan untuk mengenakan gadis itu. Tengok sahaja, akan dikenakan gadis itu secukupnya. Relaks la Rith... dengar kat budak tu nanti, kecil hati pulak. Izzat yang mendengar cuma tersenyum. Menggeleng lagi. Perangai Harith seperti kanak-kanak. Langsung tidak bersyukur dengan apa yang dianugerahkan kepadanya. Mujur jugalah tinggal dia seorang di situ menemani Harith. Memang aku nak bagi dia dengar pun, baru puas hati aku. Baru la sedar diri sikit. Ada hati nak berdamping dengan aku. Harith menggumam dengan penuh perasaan. Sakit hatinya tidak tertanggung. Tergambar di wajah akan segala kebenciannya terhadap gadis itu. Perempuan tu kalau nak dibandingkan dengan Suzanne bagai langit dengan bumi. Suzanne cantik, seksi, bergaya up-to-date dan pandai bersosial. Amat sesuai dengan dirinya yang kaki sosial, bukan macam Dannia. Huh, sakit matanya melihat perwatakan Dannia yang sederhana dan ketinggalan zaman. Dasar perempuan kampung... kutuknya

14

Syania Shaa

lagi untuk kesekian kalinya. Jika dikumpulkan sumpah seranahnya kepada si isteri, mahu sudah penuh beberapa kontena. Terkejut sungguh apabila pertama kali dia melihat Dannia yang hanya berbaju kurung lusuh, itu pun melalui gambar. Sungguh kekampungan! Kau ni, dah la tu. Aku tengok dia tu okey je walaupun kekampungan sikit. Aku nak cau dulu, nanti lewat pulak sampai KL. Anyway, tahniah daripada aku. Tak sangka kau dah kahwin. Lagi satu aku tengok la kan, wife kau tu boleh tahan cantik. Tergoda aku. Bukan kau tak perasan, ramai betul jejaka pandang dia tak berkelip. Tak tergugat ke? Jangan benci sangat Rith, kang jatuh tergolek susah pulak. Tak pasal-pasal jilat ludah sendiri.... Izzat menggiat lagi sambil ketawa. Lebih kepada menyindir sebenarnya. Cuma mahu menyedarkan lelaki seego Harith. Lupakah dia, perempuan mampu menundukkan lelaki hanya dengan beberapa minit bersamanya? Tak ingin aku perempuan macam tu. Kalau kau nak, aku bagi free je nanti. Harith berkata dengan penuh riak. Kata-kata Izzat langsung tidak dihiraukan, malah mencebik tanda meluat. Takkanlah dia akan jatuh hati dengan gadis itu. Memang tak, la! Huish kau ni, tak sayang wife la. Jangan nanti kau yang jatuh tergolek sudah. Perempuan ni lain tau, sekejap je nak buat lelaki jatuh hati. Dia memberi nasihat. Izzat menggelengkan kepala beberapa kali. Ini sudah kali keberapa dia menggelengkan kepala, mahu terteleng juga nanti. Lancang betul mulut rakannya. Tahulah kena kahwin paksa, tak payah la nak tunjukkan sangat. Depan orang ramai pulak tu! Harith... Harith. Setelah meminta diri, Izzat melambaikan tangannya sebelum meninggalkan majlis Harith dan Dannia. Dia

15

Kasihku Yang Satu

berharap agar Harith akan membukakan hatinya untuk Dannia. Dirinya bukanlah sekejam Harith. Harith dilihatnya langsung tidak menghormati orang lain, dan secara terangterangan ditunjukkan sikapnya. Sikap panas baran dan playboy kawannya seakan sudah sebati dengan jiwanya. Dulu dilihat Harith tidaklah seburuk itu, namun perangainya terus berubah sebaik sahaja dihantar belajar ke luar negara. Dia sendiri terkejut dengan perubahan sikap Harith. Seboleh-bolehnya sebagai seorang rakan, dia mahu yang terbaik buat Harith. Dia yakin suatu hari nanti Harith akan berubah andai kata Harith berjumpa dengan seseorang yang benar-benar dicintainya. Dan dia juga berharap biarlah Dannia orangnya. Gadis itu tiada cacat celanya. Malah begitu serasi apabila dilihat dari jauh. Melihatkan kereta Izzat yang telah jauh dari pekarangan rumah mentuanya, Harith melangkah laju menuju ke bilik yang baru dihuninya. Panas punggung mahu berlama di situ, kelibat ibu bapanya langsung tidak kelihatan. Sudah pulang agaknya. Orang ramai yang menghadiri majlis itu juga sudah perlahan-lahan beransur pulang. Dari jauh Harith dapat melihat abang iparnya sedang menyental periuk yang telah digunakan. Langsung tidak ditolong abang-abang iparnya menyimpan dan mengemaskan barang-barang yang digunakan di majlis itu. Dannia hanya melihat dari jauh gelagat Harith. Tak bersopan! Sedikit sebanyak hatinya tergores apabila secara tidak sengaja terdengar akan perbualan Harith dan rakannya itu. Pilu hati apabila suami mencela dirinya di hadapan orang lain tanpa perasaan bersalah. Wajahnya bertukar mendung dan muram. Tanpa disedari, dua pasang mata turut melihat dan mendengar perbualan itu.

16

Syania Shaa

Adik, Harith mana? Syahmin yang perasan akan kehadiran Dannia segera bertanya akan perihal adik iparnya. Pertanyaan abang sulungnya hanya mampu dijawab dengan gelengan. Aik, suami sendiri tak tahu ada kat mana? Syahmin tersenyum dan membuat muka pelik. Sedikit sebanyak, hatinya turut terusik dengan layanan Harith. Langsung tidak mesra. Lelaki itu terlalu sombong, langsung tiada senyuman yang terukir jika mereka terpandang secara tidak sengaja. Di majlis tadi, Harith langsung tidak beramah mesra dengan orang kampung. Sengaja lelaki itu menyelit di celahan ibu bapa dan sahabat handainya yang hadir. Ada kat dalam bilik... berehat agaknya, along. Kenapa? soalnya ingin tahu apabila perihal Harith diutarakan. Tak adalah, baru nak buli sikit pengantin... dah hilang pulak, usik Syahmin dengan senyuman nakal. Letih agaknya, seharian layan tetamu. Dannia mengambil pinggan yang telah bersih dicuci untuk dilap. Barang-barang yang dipinjam seharusnya disimpan elok supaya dapat dikembalikan dalam keadaan baik seperti waktu dipinjam. Ye ke letih? Tak nampak layan tetamu pun tadi. Duk bersembang ada la. Syahmir yang entah dari mana datangnya membalas sinis. Dannia tahu sangat dengan perangai angahnya yang satu ini. Syahmir anti betul dengan Harith. Sejak tahu berita pertunangannya dengan pemuda itu, dia membantah sekeraskerasnya. Sanggup mogok kerananya. Dannia tahu Syahmir amat menyayangi dirinya. Malah Dannia amat rapat dengan Syahmir berbanding alongnya, Syahmin. Perbezaan yang

17

Kasihku Yang Satu

hanya dua tahun membuatkan mereka serasi berkongsi cerita. Semua tentang kehidupan Dannia diceritakan kepada Syahmir. Bagi Dannia, Syahmir amat memahami dirinya selain Hanna. Tempat dia berkongsi kegembiraan dan meminjam bahu ketika kedukaan. Angah, behave yourself. Syahmin memberi jelingan tajam. Kurang senang dengan kata-kata pedas yang terbit daripada mulut itu. Bimbang jika didengari oleh ibu dan abah. Nanti percuma sahaja kena sembur. Betullah apa yang aku cakap, along. Mana ada dia layan tetamu. Duk sembang dari petang tadi sampai member dia balik. Entah apa yang disembang. Macam tak jumpa setahun. Panjang lebar angah membela dirinya. Ingin sahaja dia memaki hamun lelaki yang menjadi adik iparnya itu. Sombong nak mampus! Dannia segera menggamit angahnya yang berada tidak jauh dari Syahmin. Melihatkan lambaian Dannia, Syahmir segera menuju ke arah adiknya. Dibiarkan alongnya sendirian membasuh periuk besar. Kenapa angah cakap macam tu? Dannia memandang tepat wajah angahnya. Dia kurang mengerti apa yang bermain di minda Syahmir. Jangan ingat angah tak tahu apa yang dibualkan Si Harith tu. Mendengarkan ayat angahnya, Dannia kaget. Angah dengarkah cacian daripada mulut Harith khas buat dirinya? Dia terdiam sebelum tersenyum kelat. Siapa lagi yang dengar? Dannia memperlahankan suara. Takut didengari oleh Syahmin. Angah je kut atau mungkin jugak along. Geram betul dengan Si Harith tu. Kurang ajar. Mulut longkang!

18

Syania Shaa

Dannia tergelak kecil mendengar cemuhan Syahmir. Macam kelakar pun ada apabila Syahmir mengatakan Harith bermulut longkang, sedangkan Syahmir pun apa kurangnya. Tak baik kata macam tu kat dia.... Angah cuma cakap apa yang angah nampak. Angah tak nak adik merana. Walaupun angah tak kenal sangat dengan Harith, tapi angah dapat rasa dia tu bukannya orang yang baik. Entah kenapa dari awal, dirasakan lelaki itu memang tidak sesuai berdampingan dengan Dannia. Terlalu kasar dan dingin percakapannya. Sombong dan angkuh sudah semestinya. Nak buat macam mana? Dia dah pun jadi suami adik. Baik buruk dia terpaksa adik terima. Harapnya selepas ni dapatlah dia berubah dan terima semua ni. Dannia menahan sebak. Melihatkan air muka Dannia yang keruh, Syahmir hanya mampu mengusap kepala Dannia dengan penuh kasih. Menghilangkan rasa hati yang terbuku. Sayangnya kepada Dannia terlalu menggunung. Dia rela berkorban apa sahaja untuk insan yang dikasihi. Kerana Dannialah satu-satunya adik perempuan yang dia miliki. Dik, bersabarlah. Cuba kenali hati budi dia dulu. Syahmin bersuara tiba-tiba. Suara itu membuatkan Dannia dan Syahmir berpaling serentak. Along dengarkah apa yang dibualkan bersama Dannia? Adik akan cuba, along. Dannia tersenyum tawar sebelum menundukkan wajahnya dan kembali mengelap pinggan. Cuba membuang rasa sedih dan terkilannya, juga rasa terharu apabila diberi perhatian oleh kedua-dua abangnya.

19

Kasihku Yang Satu

Kau tahu? suara Syahmir sedikit terkejut. Kedatangan Syahmin langsung tidak disedarinya. Kenapa? Korang ingat along tak tahu ke? Along nak tengok dulu macam mana Harith tu layan adik. Tahulah nanti macam mana along nak handle benda ni. Syahmin tegas bersuara. Perasaan marah cuba dikawal. Sebolehbolehnya dia tidak mahu bertindak melulu. Mungkin Harith tidak sedar perbualannya yang sedikit lantang itu didengarinya. Waktu itu, dia berada di belakang Harith yang hanya dilindungi oleh dua jirannya. Mungkin juga lelaki itu tidak perasan akan kehadirannya di situ. Lepas ni angah nak adik selalu inform kat angah. Kalau Si Harith tu buat apa-apa yang tak elok, bagitau angah. Tahulah angah macam mana nak ajar budak tu. Syahmir pula berpesan. Ah, untungnya wanita yang menjadi suri di hati Syahmin dan Syahmir. Pasti mereka dilindungi seperti dirinya ini... fikirnya bersama senyuman. Timbul pula rasa ingin mengusik kedua-dua abangnya itu. Angah dan along ni protective betul la. Bertuahnya adik dapat abang yang baik, handsome, memahami dan penyayang ni.... Dannia cuba menceriakan suasana dan juga hatinya. Ingin keluar daripada situasi dan isu tentang suaminya. Lagi? Pujilah banyak sikit, sejemputnya pujian. Juih mulut mereka berdua sedikit memuncung. Melayan usikan Dannia, lupa terus soal Harith tadi. Ceh, bagi betis nak paha pulak.... Apa lagi ye? Hah, ni yang paling umph! Senyuman nakal terbit di bibirnya. Bersedia untuk melarikan diri setelah melihat mata keduadua abangnya bersinar-sinar mahu mendengar pujian.

20

Syania Shaa

Suka jaga tepi kain orang, kalah Mak Joyah kat hujung kampung tu! Pantas Dannia melemparkan kain buruk yang berada di tangannya ke muka Syahmir dan Syahmin serentak. Dan sepantas itu juga Dannia bangun melarikan diri. Apa? Bulat mata mereka berdua. Disamakan kita dengan mulut Mak Joyah tu? Budak ni memanglah.... Mulut Mak Joyah yang jual kain jugak difikirkannya. Hish.... Syahmir mengejar Dannia. Apa lagi, mencicit adiknya berlari menyelamatkan diri. Mereka berdua berkejaran mengelilingi meja sebelum pinggang adiknya diraih dan tangannya pula pantas memaut tangan Dannia dan mengheret Dannia menuju ke arah tempat yang diduduki oleh Syahmin. Manakala Syahmin pula sudah bersedia dengan paip di tangan menunggu kedatangan Dannia dan Syahmir di sana. Apabila semakin dekat, pantas dia menghalakan batang paip itu ke arah Dannia. Disembur air paip yang laju mengalir persis menyiram bunga yang ditanam oleh Puan Diana di halaman rumah mereka. Apa lagi, basah kuyup baju Dannia. Gadis itu menjerit geram sambil tangannya menekup muka apabila disimbah pula dengan air sabun. Menambahkan lagi perisa di badannya. Riuh suasana petang itu dengan jeritan dan gelak ketawa mereka bertiga. Jiran-jiran mereka hanya ketawa dan menggelengkan kepala melihat telatah adik-beradik yang akrab itu. Hilang rasa marah terhadap Harith. Sepanjang petang, mereka bertiga bergelak ketawa dengan telatah dan gurau senda masing-masing. Langsung terlupa dengan kewujudan orang baru dalam keluarga

21

Kasihku Yang Satu

mereka. Yang mereka tahu, hanya mahu meluangkan masa bersama. Mungkin selepas ini agak susah untuk mereka kembali berkumpul. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.

22

Syania Shaa

Bab 3
INTU biliknya dikuak perlahan. Gelap. Hatinya tertanya-tanya di mana suaminya berada. Tangannya meraba-raba dinding mencari suis lampu. Setelah tangannya mencapai kotak suis, lalu ditekannya. Serentak itu, lampu biliknya menyala. Bilik yang gelap kini bertukar menjadi cerah dan terang-benderang. Matanya meliar, mencari kelibat suami yang menikahinya pagi tadi. Dannia terpandang sesusuk tubuh yang lena di atas katil peraduannya apabila matanya menangkap sekujur tubuh yang enak berbaring. Harith! Nyenyak sungguh tidurnya. Langsung tidak terganggu dengan silauan lampu yang menerangi ruang biliknya. Langkah kakinya menuju ke arah jendela. Maghrib begini banyak nyamuk, desis hatinya lalu ditutup jendela yang ternganga luas. Pergerakan Dannia di dalam bilik itu langsung tidak disedari oleh Harith yang enak beradu. Sesekali lelaki itu menggawangkan tangan, mungkin menghalau nyamuk yang menggigit tubuhnya. Dannia segera berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Tubuhnya terasa melekit dengan peluh

23

Kasihku Yang Satu

dan bajunya yang basah dengan simbahan air sabun membuatkan dirinya terasa amat tidak selesa. Dannia segera mencapai tuala yang baru dibeli oleh ibunya dan mengambil baju di dalam almari sebelum menuju ke bilik air. Selesai mandi, Dannia segera mengenakan sehelai T-shirt dan berkain batik. Rambutnya yang basah dilap dengan tuala di tangannya. Dikirai rambutnya supaya kering sebelum melangkah ke peraduannya. Dengan teragak-agak dia menghampiri Harith. Terasa ketar lututnya apabila dia berdiri dekat dengan lelaki itu. Maklum sahaja, dia kini berkongsi bilik dengan seorang lelaki yang bergelar suami. Abang.... Dannia cuba mengejutkan Harith yang lena. Dengan suara yang terketar-ketar, dia memanggil nama Harith. Hujung kaki lelaki itu disentuhnya perlahan dengan hujung jari. Kata ibu, jika mahu kejutkan seseorang eloklah jika menyentuh hujung kakinya sahaja. Berkali-kali dia mencuba, hampir lima minit dia menunggu, lelaki itu langsung tidak memberi sebarang reaksi. Betulkah petua yang diberitahu oleh ibu? Atau dia yang tersalah skill? Kalau benar, kenapa pula petua ini langsung tidak memberi sebarang kesan kepada Harith? Lelaki itu langsung tidak berkutik daripada tidurnya. Malah semakin nyenyak pula. Abang, bangunlah... dah maghrib ni. Dannia bergerak ke sebelah katil pula dan kali ini dia berdiri di sebelah katil di sisi Harith yang berbaring. Tangan kecilnya menunjal perlahan bahu Harith. Namun masih lagi tiada tindak balas. Malah Harith mengiringkan pula badannya membelakangi Dannia. Ditariknya selimut menutupi bahagian dadanya. Dannia mengetap bibir. Isy, susahnya nak kejutkan manusia ni. Ini dah lebih... siap tarik selimut!

24

Syania Shaa

Abang! Dannia meninggikan sedikit nada suaranya. Sedikit keras dan agak kuat. Tercabar juga mahu mengejutkan manusia di hadapannya saat ini. Kang aku simbah air, mengamuk pulak. Nasib baik suami aku, kalau orang lain... dah aku simbah dengan sebaldi air. Dalam kesabaran, mulutnya membebel geram. Emmm... jangan kacaulah, aku nak tidur. Suara Harith kasar dan sedikit keras menerjah gegendang telinganya. Matanya masih tertutup. Lelaki itu merengus apabila tidurnya diganggu. Mak aih...! Liatnya nak bangun. Macam ni ke anak orang kaya? Susah nak bangkit. Isy... isy.... Sempat lagi Dannia mengutuk suaminya dalam hati. Astaghfirullahalazim.... Dannia, tak baik mengutuk suami sendiri. Dia tersedar akan keterlanjurannya, cepatcepat dia beristighfar di dalam hati. Haish... terkutuk pulak! Bangun la, dah maghrib ni. Dannia masih tidak berputus asa mengejutkan Harith daripada tidur. Dia bertanggungjawab mengejutkan Harith supaya suaminya itu dapat mengerjakan kewajipan sebagai umat Islam kepada Yang Maha Esa. Sudah tugasnya sebagai isteri, saling menegur bila ada kesalahan dan kesilapan. Eh, kau nikan, suka hati aku la nak buat apa. Jangan nak menyibuk la. Mata Harith yang tertutup rapat pantas dibuka. Geram bila tidur lenanya diganggu. Kacau betul! Terkejut Dannia dengan kata-kata sopan yang keluar daripada mulut Harith. Disabarkan hatinya. Mulutnya terus terkunci rapat, dadanya diurut perlahan dek jeritan Harith yang agak kuat, namun masih terkawal itu. Nasib baik

25

Kasihku Yang Satu

biliknya agak jauh dari bilik yang lain. Bangunlah sembahyang dulu. Kita sembahyang jemaah, ya. Kalau nak mandi dulu pun pergilah. Lepas ni kita turun makan. Tanpa menghiraukan cemuhan Harith, Dannia kembali bersuara. Dikuatkan hatinya supaya tidak terasa dengan kata-kata kasar suaminya. Dia masih lagi memujuk lembut. Cuba mengambil hati sang suami. Hei pompuan, kau jangan nak buat baiklah dengan aku. Aku tak akan anggap dan takkan terima kau sebagai isteri aku. Kau tak layak dengan aku. Lagi satu, jangan kau nak berabang-abang dengan aku. Tak ingin! Kau tu bukannya adik aku nak panggil aku macam tu. Lagi satu, kau tu cuma isteri atas kertas je. So, jangan nak berangan dan perasan ya. So, mark my words. Harith mencerlung garang ke arah Dannia yang hanya diam membisu. Mungkin takutkan dirinya atau mungkin juga terkejut dengan jerkahannya. Dannia terus tunduk memandang ke bawah. Bohonglah kalau hatinya tidak tergores dengan kata-kata Harith. Sepanjang usianya, inilah kali pertama dia diperlakukan kasar seperti ini. Bukan dengan orang lain, tetapi oleh suaminya sendiri. Orang yang diharapkan membela dan melindunginya melalui denai-denai kehidupan. Tanpa rasa bersalah, Harith terus bangun dan segera berlalu menuju ke bilik air. Semasa melintasi gadis itu, sengaja dia merempuh kasar bahu Dannia sehingga gadis itu hampir jatuh terjelepok. Nasib baik tangannya sempat berpaut pada birai katil. Hai budak ni, aku cepuk jugak karang. Aku buat baik, dia main rempuh-rempuh pulak. Ingat aku ni apa? Pokok ke? Desis hati Dannia.

26

Syania Shaa

Sabar, relaks Dannia. Ingat, dia tu suami kau, jangan melawan.... Hatinya yang sebelah baik pula berbisik halus, memberi peringatan. Hah lagi satu, kau tak payah nak tunggu aku mengimamkan kau. Kau sembahyang sendiri, suruhnya sebelum memasuki bilik air dengan senyuman yang amat sinis. Berdentum pintu bilik air dihempas kuat. Dannia menggelengkan kepala mengenangkan sikap Harith. Baru sehari menjadi isterinya, sudah bermacammacam sindiran dan makian yang diterima. Dannia mengeluh lagi. Entah boleh ataupun tidak dia mempertahankan rumah tangganya yang sedikit pun tidak teguh ini. Dulu dirinya pantang mengeluh, namun sejak pertunangannya dengan Harith, keluhan itu sudah basah di bibirnya. Sabarlah wahai hati. Sebaik-baik wanita adalah taat dan patuh kepada perintah suaminya, Dannia mengingatkan diri sendiri. Seboleh-bolehnya, dia ingin menjadi isteri yang solehah buat sang suami. Dia tidak mahu menunjukkan sifat kasar dan suka melawan yang sudah sebati dengannya. Biarlah dia beralah dengan lelaki itu. Lelaki itu suaminya sendiri. Selepas menunaikan solat, kelibat Harith belum kelihatan, masih belum keluar dari bilik air. Dia menunggu Harith dengan sabar. Hajatnya mahu sahaja dia turun makan tanpa menunggu Harith. Namun, bimbang abah dan ibunya banyak soal, terpaksalah dia menunggu Harith untuk makan sekali. Sementara dia menunggu, sempat dia mengemas pakaian Harith dan diletakkan di atas katil untuk persalinan lelaki itu nanti. Sebaik sahaja pakaian yang dipilih terletak elok di atas katil, pintu bilik air dikuak dari dalam. Harith dengan lagak selamba menuju ke almari dan berpatah kembali

27

Kasihku Yang Satu

apabila melihat pakaiannya yang sudah tersedia di atas katil. Dia merampas dengan kasar pakaiannya. Wajahnya masih seperti tadi, langsung tiada senyuman yang terukir. Dannia sempat mengerling sekilas memandang Harith, wajah lelaki itu kelihatan lebih segar dan bertambah menarik di matanya. Air di rambut lelaki itu masih menitik ke lantai. Bertambah kacak lelaki itu walaupun dengan gaya selamba. Isy, apa yang kau merepek ni? Tersedar akan sesuatu, Dannia segera menundukkan wajahnya, malu melihat Harith yang hanya melilitkan tuala di pinggang. Harith menjeling wajah Dannia yang sudah merah menahan malu sambil tersenyum sinis. Cis, buat baik konon. Kekampungan betul! Ni baru dengan tuala, kalau pakai swimming trunk apa pulak reaksi perempuan ni? Memang dasar kampung, kampung jugaklah. Kutuknya lagi masih belum berpuas hati. Sengaja dia melambat-lambatkan diri untuk memakai baju. Biar terseksa perempuan ini menahan malu. Padan muka! Kalau perempuan bandar, mahu tertoleh dua tiga kali melihat dirinya. Dasar buta, kutuknya dengan senyuman sinis. Aduh, perasan betul Si Harith ni! Hoi! Tersentak Dannia. Badannya terangkat apabila disergah begitu. Langsung tidak sedar bahawa Harith sudah berada di muka pintu. Muka Harith yang tegang dipandang dengan sedikit gugup. Terlalu lama dia menundukkan kepala, sehingga sakit pangkal lehernya yang putih melepak. Mana taknya, dek malu dengan tubuh separuh berpakaian Harith, langsung dia tunduk, tidak menghiraukan gerak-geri Harith di bilik itu.

28

Syania Shaa

Errr... awak tak nak solat dulu? soalnya. Rasanya Harith langsung tidak menyentuh sejadah yang sengaja dibentangkan menghadap kiblat. Dia bertambah yakin Harith langsung tidak menyentuh apabila kain pelekat yang diletakkan di atas sejadah tersebut bersama songkok langsung tidak berkalih dari kedudukan asalnya. Tanpa menunggu dan menjawab pertanyaan Dannia, Harith melangkah menuju ke pintu dan keluar dengan selamba. Dannia mengekori Harith dari belakang. Setibanya di dapur, Harith melambatkan langkah untuk berjalan seiringan untuk mengelakkan curiga mentuanya. Di hadapan keluarga mentua haruslah dia berlakon, cuba memainkan watak walaupun dia sebenarnya benci dengan situasi ini. Bimbang juga jika mentuanya mengadu kepada papanya, pasti semua rancangannya untuk mewarisi harta nanti gagal. Melepaslah dia. Sia-sia sahaja dia berkahwin dengan gadis ini. Jangan lupa panggil aku abang depan diorang dan lagi satu, tak payah masuk campur dalam urusan peribadi aku. Mind your own business. Kita mati dengan kubur lainlain, pesannya. Wajah Dannia langsung tidak dipandang. Sampai sahaja di ruangan dapur, mukanya segera dimaniskan. Puan Diana segera tersenyum melihat Dannia dan Harith berjalan beriringan. Jarak antara mereka sengaja dirapatkan. Duduklah Harith. Jangan malu-malu. Kita dah jadi satu keluarga, kan. Encik Zamani menggamit Harith untuk duduk. Harith mengambil tempat berhadapan dengan Syahmin dan isterinya, Kak Zana. Sementara Dannia pula

29

Kasihku Yang Satu

duduk di sebelahnya berhadapan dengan angahnya, Syahmir. Harith kelihatan begitu canggung berada di tengah keluarga yang sederhana itu. Syahmir hanya memandang sekilas Harith di sebelah Dannia. Dihadiahi adik iparnya itu senyuman yang cukup sinis. Harith perasan akan senyuman itu. Wajahnya diselambakan. Namun dalam hati, dia menyumpah seranah dua lelaki yang bergelar abang iparnya walaupun Syahmin sebaya dengannya dan Syahmir pula muda beberapa tahun daripadanya. Dia menjadi sedikit gugup. Tambahan pula dengan jelingan tajam dan renungan Syahmin yang berada di hadapannya. Tak guna! Hampeh! Jemput makan, Harith. Maaflah, hanya lauk biasa yang ibu sempat hidang. Mesti berbeza dengan masakan di rumah Rith, kan? ujar Puan Diana sambil menghulurkan pinggan yang berisi nasi kepada menantunya. Kemudian mengarah Dannia supaya melayan suaminya makan. Dengan wajah yang kelat dan separuh rela, Dannia menyendukkan lauk-pauk ke pinggan Harith. Tak adalah ibu, lauk kat sana biasa aje, ujarnya sambil melihat sekilas semua lauk yang terhidang di hadapan. Cis, apa kelas makan macam ni. Macam apa aje. Kalau dekat rumah lagi best daripada masakan orang tua ni. Kutuknya dalam hati. Berbeza benar dengan kenyataan yang keluar daripada mulutnya. Syahmin segera menadah doa sebelum mereka sekeluarga makan malam dengan penuh berselera. Dengan penuh tertib, Harith menunjukkan bakat lakonannya sepanjang berada di meja makan.

30

Syania Shaa

Selesai makan malam, Dannia menyibukkan diri di dapur, menyediakan minuman untuk dibawa ke ruang tamu. Kak Zana sudah pun masuk ke biliknya untuk melihat anak perempuannya yang lena di bilik. Harith pula menyertai Encik Zamani di ruang tamu ditemani oleh Syahmin. Syahmir lesap entah ke mana. Selesai urusannya di dapur, Dannia segera masuk ke biliknya. Dirasakan badannya terlalu penat memandangkan sehari suntuk dia langsung tidak sempat berehat. Ingin meletakkan badannya di atas tilam yang empuk sebelum katilnya dirampas. Tanpa banyak fikir, segera direbahkan badannya di atas katil yang berhias indah. Terkebil-kebil matanya memandang siling, berfikir akan masa depannya. Bagaimanakah kehidupannya selepas ini? Adakah Harith akan membiarkan dia meneruskan pelajarannya nanti? Begitu banyak persoalan yang bermain di minda. Mentua serta ibu dan abah sudah memberi kata putus untuk membiarkan dia terus belajar. Yalah, umurnya baru dua puluh tahun. Umurnya setahun jagung dan cukup muda untuk menjadi seorang isteri sepenuh masa. Kawan-kawan seusia keluar bergembira dan menghayati dunia luar setelah bergelar pelajar universiti, dia pula terantai dengan ikatan perkahwinan. Terasa iri hati juga kepada rakan sebayanya yang bebas di luar sana. Alangkah seronoknya menjadi mereka di luar sana. Boleh bersuka ria dan menghabiskan masa remaja dengan melancong dan lepak bersama-sama. Bebas berkawan dengan sesiapa sahaja. Ah, banyaknya aktiviti yang boleh dilakukan jika dia tidak terikat dengan hubungan ini. Betapa gembira hidupnya jika dia tidak perlu melalui semua ini.

31

Kasihku Yang Satu

Baru beberapa bulan menjadi pelajar universiti semester ketiga, dia disuruh pulang untuk ditunangkan. Terkejutnya bukan kepalang apabila diberitahu dia bakal berkahwin dalam masa sebulan. Pelbagai alasan diberikan untuk memutuskan pertunangan ini, pujukan demi pujukan yang diasak kepada ibu dan abahnya. Mana mungkin untuk Dannia menolak apabila ibu terlalu mengharapkannya. Ibu terlalu ingin berbesan dengan rakan baiknya yang telah lama terpisah. Ingin dirapatkan hubungan mereka supaya menjadi keluarga, Dannia dijodohkan dengan anak lelaki tunggal mereka. Perit untuk dihadapi semua ini. Lelaki yang ditunangkan dengannya pula mengasak supaya pertunangan ini diputuskan. Dirinya tersepit di tengah-tengah. Masih teringat akan perbualan dengan tunangnya yang meminta dia memutuskan tali pertunangan mereka. Masih terngiang-ngiang nada tidak puas hati lelaki itu. Aku nak kau putuskan pertunangan mengarut ni. Tanpa salam dan pengenalan diri, suara di hujung sana menjerit. Pekak telinganya mendengar jerkah Harith ketika itu. Hampir sahaja terlepas telefon bimbitnya. Siapa ni? Dia sedikit panas mendengar jerkah lelaki itu, namun disabarkan hatinya untuk bertanya dahulu gerangan si pemanggil. Takkan orang gila kut...! Kalau diikutkan hatinya yang sudah panas, pasti lelaki itu disemburnya habis-habisan. Baru kau tahu siapa Kaseh Nur Dannia Danisha. Harith here. Tunang tersayang kau. Hampir sahaja terlepas telefon bimbit yang dipegangnya. Macam mana dia tahu nombor aku? Ah, ni mesti ibu yang bagi... ngomelnya dalam hati. Mulutnya mencebik meluat.

32

Syania Shaa

Oh...! Mulutnya membulat huruf O. Tersayang la sangat, mulutnya sengaja dibuat mahu muntah. Tersayang hotak kau! Malam sikit aku nak buat kau jadi kesayangan aku. Buang karan aje! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni? Biar aku ulang balik. Kau putuskan pertunangan ni! This is nonsense! Kasar sahaja nada suara itu. Langsung tiada mesranya. Deru nafas lelaki itu turun naik menahan rasa. Kenapa saya? Awaklah yang putuskan. Saya okey je, malah dengan berbesar hati kalau keluarga awak datang dengan penuh beradab memutuskan pertunangan kita. Selamba Dannia berkata. Dia ingat aku ni nak sangat bertunang dengan dia agaknya? Empunya suara di hujung sana sudah mendengus marah. Sakit hati bercampur geram dengan sikap selamba gadis di hujung talian, seolah-olah mempermainkannya. Aku nak kau yang buat semua ni. Aku tak nak ibu bapak aku yang syak semua ni berpunca daripada aku. Just do it! No way! Kalau awak yang nak putuskan, awak sendiri yang bagitau parents awak. Saya pun tak nak lukakan perasaan parents saya. Saya pun tak suka pertunangan ni. Saya harap awak datang ye putuskan pertunangan ni. A.S.A.P. Secepat yang mungkin. Okey ya. Bye. Assalamualaikum. Pantas tangannya menekan butang merah. Baru puas hatinya. Apa dia ingat boleh buli aku sesuka hati je? No way! Kau bukan lagi suami aku so, tak ada hak la nak suruh aku buat sesuatu yang akan menggores perasaan keluarga aku. Hilang minatnya untuk belajar malam itu. Garagara lelaki itu, dia tidak lena tidur memikirkan pernikahannya yang bakal berlangsung beberapa minggu lagi. Pintu bilik dikuak tiba-tiba. Terus lamunan Dannia

33

Kasihku Yang Satu

pecah berkecai, kemudian terjengul muka Harith yang masam mencuka apabila lelaki itu melangkah masuk. Hish... dia ni, asyik masam je muka bila tengok aku. Agaknya, time mak dia mengandungkan dia, suka makan asam kut! Sebab tu muka macam tu. Dannia bangun daripada perbaringan, dibetulbetulkan bajunya. Kekok rasanya mempunyai teman yang berlainan jantina berada di dalam satu bilik. Dia duduk di birai katil. Bantal peluk awal-awal lagi diletakkan di tengah-tengah, membuat garisan sempadan. Malah ditambah lagi bilangan bantal di tengah itu. Takut benar dia jika lelaki di hadapannya ini berbuat apa-apa. Resah hatinya apabila mengenangkan malam ini merupakan malam pertama. Dannia berdoa agar Harith tidak menuntut apa-apa daripadanya. Dannia tersenyum apabila pandangannya bertembung dengan Harith walaupun dirasakan senyumannya tawar. Dadanya berkocak hebat. Namun senyuman itu hanya dibiarkan sepi tanpa dibalas oleh suaminya. Harith mendekati katil lalu mengambil bantal dan selimut dan dicampakkan ke bawah. Dannia mengerutkan muka. Pelik melihat Harith yang bercekak pinggang di hadapannya. Nak bergusti pulak ke dia ni? Lain macam je aku tengok. Saya tak ada asas bergustilah awak! Kau tidur kat bawah, biar aku yang tidur kat atas ni. Apa lagi, turunlah! Tak ingin aku tidur sekatil dengan kau. Kau perempuan kotor! Lancang mulutnya mengutuk Dannia, tidak sedikit pun menghiraukan perasaan Dannia waktu itu. Asalkan hatinya puas dapat mengenakan dan menyakitkan hati Dannia. Dannia beristighfar dalam hati. Mengucap panjang dengan kelancangan mulut lelaki itu. Namun, dia hanya

34

Syania Shaa

diam. Dia menghormati lelaki itu sebagai suaminya. Mana mungkin dia melawan, ajaran agama harus dipatuhi walau sejahat mana, sejahil mana suami kita, asalkan tidak melanggar suruhan agama. Dannia langsung tidak bergerak dari tempatnya. Walau selancang mana mulut lelaki itu mengutuknya, Dannia masih tenang di situ. Tetapi hatinya mencebik geram menahan rasa. Amboi, mulut dia! Hei, geram betul aku dengan lelaki ni la. Sesuka hati, sesedap rasa dia mengata aku. Dannia cuba untuk bersabar lagi. Perangainya yang sebenar cuba dilindungi. Berdepan dengan suami, lain. Sedaya upaya dimaniskan mukanya yang kian cemberut menahan marah dan sakit hati. Rasa sendu di hati cuba dikikis. Harith pula sedikit bingung, betulkah dia bercakap dengan orang yang sama melalui telefon beberapa minggu yang lepas sebelum mereka diijabkabulkan? Gadis di talian suaranya sedikit tegas, berbeza dengan gadis yang dilihat di hadapannya kini. Lebih suka diam membisu daripada membalas kata-katanya. Namun, setenang mana wajah yang disembunyikan oleh gadis itu, dia perasan dan masih boleh melihat dengan jelas mata gadis itu sedikit sayu dan berkaca-kaca. Wajah keruh Dannia dipandang sekilas sebelum dibutakan matanya daripada memandang lakonan Dannia. Baru tahu aku siapa, jangan harap aku nak kesiankan kau, perempuan murah. Kau ingat bila menangis aku akan kesiankan kau ke? Silap oranglah.... Aku nak tanya kau satu soalan, kenapa kau tak putuskan pertunangan kita dulu? Kau tahu aku tak cintakan kau, malah aku takkan sesekali jatuhkan maruah aku untuk cinta dan sayangkan kau. Kenapa kau tak tolak? Harith mencengkam kuat bahu Dannia, membuatkan gadis itu

35

Kasihku Yang Satu

bangun. Berkerut mukanya menahan sakit. Kebisuan Dannia membuatkan hatinya semakin geram. Kau nakkan harta keluarga aku, ya? Kau ingat bila kau kahwin dengan aku, kau akan turut senang? Jangan haraplah perempuan, aku akan sedaya upaya singkirkan kau dari keluarga aku. Kau takkan dapat satu sen pun. Dasar perempuan murah, mata duitan! Perempuan macam kau ni memang tak layak untuk lelaki hebat macam aku! Harith berlagak angkuh. Hanya ego yang tinggi melangit menguasai dirinya kini. Abang, jangan buat macam ni. Sakit. Dannia menahan tangis. Tidak disangka malam pertamanya dihadiahkan dengan kata-kata keji sang suami. Dannia sedaya upaya cuba melepaskan cengkaman itu. Namun makin erat dirasakan, terasa beku darahnya di bahagian bahu. Ingin ditepis tetapi tidak berdaya kerana tangan kasar Harith yang kuat mencengkam bahunya membataskan pergerakannya. Hei pompuan, kan ke aku dah cakap kau tak layak panggil aku dengan panggilan macam tu? Kau tak faham bahasa ke perempuan tak guna? herdik Harith. Matanya sedikit merah menahan kemarahan yang meluap-luap. Kau dan keluarga kau sama je, kan? Bermata duitan. Sanggup jual anak gadis untuk mendapatkan harta. Orang miskin macam korang ni memang tak ada maruah diri. Sanggup memperhambakan diri untuk duit sematamata... sambungnya lagi dengan nada tidak puas hati. Panas sungguh hatinya melihat gadis itu hanya diam menunduk, menyepikan diri. Soalannya langsung tidak dijawab. Dihumban Dannia ke lantai sekuat hatinya. Nasib baik rumah mentuanya diperbuat daripada batu, kalau tidak pasti bising rumah.

36

Syania Shaa

Berkerut muka Dannia menahan punggungnya terhentak kuat di atas marmar.

sakit

saat

Awak, jangan kata macam tu pada keluarga saya. Mereka hanya nak rapatkan persaudaraan. Lagipun mama awak yang beria-ia nak kita bertunang dan berkahwin. Dannia sudah teresak menahan tangis dan sakit. Terasa retak punggungnya dek tolakan kuat Harith. Ya Allah, sakitnya! Jadi kau nak salahkan mama aku? Harith makin menyinga. Kemarahannya yang disimpan kepada papa dan mamanya selama ini dihamburkan kepada Dannia. Tidak cukup dengan itu, ditunjal-tunjal kepala Dannia. Langsung tiada perasaan bersalah dan simpati memperlakukan Dannia seperti itu. Asalkan hatinya puas. Hei, kau dengar sini. Perkahwinan ni takkan kekal lama. Tiba masanya aku akan lepaskan kau. Sebelum puas aku buat hidup kau merana, aku takkan lepaskan kau. Biar padan muka kau. Baru kau tahu macam mana rasanya jadi isteri yang tak diiktiraf oleh aku! Harith tersenyum sinis. Awak jangan buat saya macam ni. Tolong, kalau benar awak tak sukakan saya, lepaskan dengan cara baik. Dannia menangis hiba. Kaki Harith dipegangnya erat. Harith ketawa mendengar tangisan Dannia. Kakinya direntap kuat daripada pegangan Dannia. Pedih hatinya bagai disiat dengan kejam apabila diperlakukan begitu, apatah lagi apabila Harith tidak mengakuinya sebagai isteri. Ada aku kisah? Tulah padahnya. Kau nak sangat jadi isteri aku, kan? Sekarang jangan kau nak menyesal pulak. Aku akan buat apa saja untuk buat kau merana. Harith ketawa kuat lalu tubuhnya direbahkan di atas tilam. Dibiarkan Dannia teresak di tepi katil.

37

Kasihku Yang Satu

Ya Allah, tabahkanlah hatiku untuk menempuhi perjalanan hidup ini. Kau ampunkan segala perbuatan suamiku. Kau bukakanlah pintu hatinya untukku. Dengan linangan air mata, Dannia mengambil comforter lalu dibentangkan di atas lantai berhampiran katil sebelum dirinya direbahkan. Terenjut-enjut dia menahan tangis, ditekup kejap mulutnya dengan telapak tangan supaya tidak mengganggu tidur Harith. Entah pukul berapa Dannia terlena dengan linangan air mata di pipi.... Malam pertama merangkak pergi dengan sejuta kedukaan buat Dannia. Malam pertama yang sepatutnya dihiasi dengan bisikan cinta dan kehangatan kasih sayang tidak akan dikecapinya....

38

Syania Shaa

Bab 4
UNYI jam loceng yang dikunci di telefon bimbit mengejutkan Dannia daripada tidur. Dirinya terpisat-pisat menahan kantuk. Dia menggeliat kecil, meregangkan badan. Lenguh seluruh anggota badan dan uratnya kerana tidur dalam keadaan berlapikkan comforter. Tambahan pula dengan kesakitan semalam yang masih lagi terasa. Kelopak matanya perlahan-lahan cuba dibuka, matanya sedikit berpinar-pinar dengan cahaya lampu yang menerobos masuk sehingga ke biliknya. Tangannya mencapai telefon yang semakin membingitkan telinganya. Pukul lima tiga puluh minit pagi. Lantas dia bangun untuk membersihkan diri dan bersolat subuh. Sempat tangannya mencapai tuala sebelum berlalu ke bilik air. Ops... dia kembali semula ke almarinya apabila terlupa akan baju persalinannya. Terlupa sebentar akan dirinya sudah berkongsi bilik. Selesai mandi, dia bersolat subuh. Mahu menghadap pencipta-Nya memohon keredaan hidup. Kemudian dia membelek sekilas mukanya di cermin,

39

Kasihku Yang Satu

bimbang jika tangisan sepanjang malam akan memberikan kesan pada wajahnya. Mujurlah tiada tanda membengkak pada matanya, jika tidak pasti jenuh mahu diterangkan andai ibu dan ahli keluarganya yang lain bertanya. Dannia sempat membentangkan sejadah untuk suaminya sebelum keluar dari bilik. Harapnya Harith akan bangun dan bersolat. Pagi tadi baru Dannia teringat, dia tidak pernah nampak Harith bersolat sepanjang berada di rumahnya. Begitu liat lelaki itu mahu berdiri di atas sejadah. Begitukah kehidupan Harith selama ini? Lupakah dia kepada Penciptanya? Bolehkah dia bertahan selama menjadi isteri Harith? Mengingatkan itu semua, Dannia beristighfar panjang. Usai bersiap, Dannia menuju ke dapur. Hajatnya mahu menolong ibu menyediakan sarapan. Kasihan Puan Diana yang bangun seawal pagi dan bertungkus lumus menyediakan sarapan untuk mereka semua seorang diri. Tambahan pula kakak iparnya sudah pun pulang ke rumah ibunya malam tadi. Tepat jam enam tiga puluh minit pagi, Dannia turun ke dapur mahu menjenguk Puan Diana. Ehem, awal bangun pengantin kita. Entah dari mana abang sulungnya muncul. Tibatiba sahaja bersuara menegurnya. Syahmin menarik kerusi lalu duduk melepaskan lelahnya. Peluhnya yang merenikrenik di dahi diseka dengan tuala yang disangkut pada bahunya. Matanya melilau memandang sekeliling, entah apa yang dicarinya. Kemudian mata itu singgah kembali ke wajahnya yang sedang ralit menghidangkan makanan di atas meja. Kemudian Syahmin bangun berdiri di dinding yang memisahkan dapur dan ruang makan. Mahu masuk ke

40

Syania Shaa

biliknya. Sebelum menghilangkan diri ke bilik, dilihat alongnya tersengih-sengih bagaikan kerang busuk. Adalah tu mahu diusiknya, aura tanduk sudah tumbuh di atas kepala. Puan Diana pula tersenyum-senyum. Telatah anak sulungnya dibiarkan sepi. Dia meneruskan kerjanya menyiapkan nasi lemak untuk mereka bersarapan nanti. Malas mahu masuk campur. Jam sudah menunjukkan pukul enam empat puluh lima minit pagi. Sekejap lagi pasti suaminya turun ke dapur untuk minum. Yang tersengih macam kerang busuk tu kenapa? Menang loteri ke semalam? tanya Dannia berbaur sindiran. Dia menjeling geram. Tahu sangat perangai Syahmin yang kuat mengusik. Entah mimpi apa alongnya malam tadi, awal benar bangunnya pagi ini. Biasa kalau cuti, selagi belum pukul lapan jangan harap mukanya tersembul di dapur. Itu pun setelah jenuh Kak Zana kejutkan. Sajalah tu.... Tetapi pagi ini memang pelik, rajin benar alongnya berjoging. Entah sejak bila alongnya mempunyai hobi baru, kalau dulu bukan main liatnya. Jenuh dipaksa barulah hendak bersenam segala. Pelik bin ajaib! Haram tau main benda tu. Hai, takkan nak senyum pun tak boleh? Senyum kan satu sedekah. Pagi-pagi yang indah ni eloklah kita tersenyum, sambil tu buat senaman mulut sekali. Barulah awet muda. Orang tu pulak garang ya, sejak berpunya ni. Hah, kan aku dah kata... tak lain tak bukan, perli akulah tu! Pantang ada peluang, laju saja idea nak kenakan orang. Menyampah! Dannia mencebik. Dipandang Syahmin sekilas dengan ekor matanya. Bukan tak boleh. Tapi senyuman along tu menyakitkan hati, tahu tak? katanya, geram. Matanya

41

Kasihku Yang Satu

menjeling tajam menikam anak mata milik Syahmin. Sengaja menjegilkan matanya menjadi bertambah bulat. Amboi, tajamnya jelingan tu. Sakit jantung along ni. Rasa macam nak tercabut. Puan Diana tergelak kecil mendengar celoteh Syahmin. Anak lelakinya macam-macam, ada sahaja celoteh keluar daripada mulutnya. Ibu, tengok along ni, suka sangat kacau adik. Panjang muncung Dannia. Geram betul dengan Syahmin. Mulutnya bertambah muncung apabila melihat ibunya hanya tersenyum. Puan Diana sudah lali benar dengan keletah anak lelaki sulungnya. Tidak boleh duduk diam, pasti ada benda yang hendak dibuatnya. Kadang-kadang jika bukan Dannia, pasti dirinya yang disakat. Abahnya hanya sekali-sekala terkena, takut barangkali dengan ketegasan Encik Zamani. Tetapi kalau kena dengan anginnya, rajin pula suaminya membalas usikan Syahmin. Angah mana, bu? Dannia tercari-cari wajah Syahmir apabila angahnya tidak berada di dapur. Biasanya Syahmirlah yang tertenggek di ruang dapur menolong ibu. Walaupun lelaki, Syahmir tidak kekok berada di dapur, malah angahnya lebih pandai memasak berbanding Dannia dan Syahmin. Entah, tadi ibu dah kejutkan si angah tu. Dia tidur balik agaknya, ujar Puan Diana menjawab pertanyaan anak perempuannya. Tanpa membuang masa, Dannia menuju ke bilik angahnya. Sempat dia menunjal kuat bahu alongnya yang sedari tadi asyik tersenyum. Lelaki itu tergelak kecil. Ada-ada sahaja perangai Dannia yang lucu.

42

Syania Shaa

Laju kakinya menapak ke bilik Syahmir. Diketuk perlahan pintu bilik lelaki itu. Setelah diketuk berkali-kali dan tiada sahutan, Dannia segera memulas tombol pintu. Terbuntang matanya melihat Syahmir yang enak berselimut bergumpal di atas katil. Amboi sedapnya dia terbongkang tidur, langsung tak berkutik. Lenguh tangannya mengetuk pintu. Syahmir tidur begitu pulas. Ni dah solat ke belum budak ni? Dah hampir pukul lapan. Sejak bila dia ni suka tidur balik lepas subuh ni? Buruknya perangai.... Bisik hatinya. Angah, bangunlah. Dannia menggoncang badan Syahmir. Ditarik selimut lelaki itu. Semakin ditarik, semakin kuat pula Syahmir menariknya kembali menutupi badannya. Eh, liatnya nak bangun. Kenapa dengan angah ni? Kena sampuk ke apa hari ni? Liat bebenor ni! Angah!!! Dannia menjerit kuat di telinga Syahmir. Sengaja dia menjerit kuat di telinga abangnya supaya Syahmir bangun. Dek terkejut, Syahmir terlompat lalu terjun dari katilnya dan terjatuh menghempap badan Dannia. Adoi, sakitnya badan aku. Beratnya angah ni, macam anak gajah! Adoi, bangun cepat. Sakitlah! Dannia menolak kuat badan Syahmir yang elok landing di atasnya. Langsung tidak bergerak. Tidur balik ke dia ni? Apa adik ni.... Sakit telinga angah. Tangannya menenyeh mata, sisa mengantuk masih terasa. Itulah, tidur lewat lagi. Bersembang tak ingat dunia! Syahmir pantas berdiri apabila mendapati badannya menghempap tubuh kecil Dannia. Telinganya digosok beberapa kali. Gila kuat suara, cair tahi telinga aku. Guna microphone ke apa?

43

Kasihku Yang Satu

Aduh... sakit la, angah. Beratnya badan angah, keturunan apa ni? rungutnya berserta keluhan menahan sakit. Berat nak mampus! Tangan Dannia dicapai untuk membantu adiknya apabila gadis itu masih terkial-kial mahu berdiri. Dannia menggosok kepalanya yang terhantuk. Biul kepala aku.... Kuat kut terhantuk, mahu sebulan hilang ingatan. Mana ada berat, adik tu yang ringan sangat kut. Syahmir duduk di birai katil sebelum berbaring semula, ingin menyambung kembali tidurnya. Ditarik comforternya sehingga menutupi badan separas dada, lantas matanya kembali terpejam. Mana taknya, balik rumah pukul tiga pagi. Nasib baik abahnya tidak sedar, kalau tidak memang kenalah dia nanti. Langsung tak sedar asyik bersembang punya pasal. Eh, nak tidur lagi ke? Bangunlah, teman adik pergi pasar. Dannia menarik kuat tangan Syahmir supaya bangun. Terasa ingin keluar berjalan dengan Syahmir. Rindu benar dengan gurauan mesra abangnya itu. Harith, kan ada. Kenapa tak ajak dia? Bawaklah dia, mana tahu dia nak jalan-jalan kat kampung ni.... Matanya dipejam rapat. Malasnya nak bangun, buat taik mata lagi best ni.... Tak syok la pergi dengan dia. Dia letih lagi tu. Takkan dia nak pergi tempat-tempat macam tu. Boleh la, please? pujuknya dengan lembut. Angah letih la dik. Semalam tidur lewat. Ajak along la, eh? Syahmir cuba tawar-menawar. Terasa sayang pula mahu meninggalkan katil. Ala, along ada kerja la. Jom la angah temankan adik. Kesian adik nanti kena kacau dengan budak-budak

44

Syania Shaa

hujung kampung tu. Dannia membuat muka kesian. Mencuba cara psiko pula. Dia tahu angahnya cepat cair bila dia membuat wajah sedih. Syahmir masih lagi tidak menghiraukan rengekan Dannia yang memegang erat tangannya. Aik? Takde respons pulak. Tak boleh jadi ni! Fine, kalau angah tak nak teman adik, lepas ni kita jangan bercakap lagi. Adik tak nak tolong angah lagi. Jangan harap! Biar adik kena kacau kat bebudak tu. Angah memang tak sayang adik. Pantas tangan Syahmir dilepaskan. Dia ingin melangkah ingin keluar, Syahmir yang tersedar segera memaut tangan Dannia. Isy, yelah.... Tunggu angah mandi dulu, ujar Syahmir akhirnya mengalah. Siapa yang tidak sayang adik. Bukan dia tidak tahu perangai Dannia yang suka merajuk dengannya, namun dengan orang lain tak pulak. Geram aku, jenuh aku nak pujuk pulak. Hai la.... Dannia mengukir senyum. Berjaya juga akhirnya memujuk Syahmir. Kacang je nak pujuk.... He he he! Ni yang buat adik bertambah sayang ni. Dannia tersenyum manis. Dah, keluar dulu. Ke... nak tengok wayang free kat sini? Syahmir mengacah untuk menarik boxer yang dipakainya membuatkan Dannia terjerit. Apa lagi, mencicit adiknya berlari dengan pantas. Syahmir ketawa melihat Dannia. Macam budak kecil, tak padan dah jadi isteri orang. Apa yang bising sangat ni adik? Menjerit pagi-pagi, kamu tu dah jadi isteri orang, matang sikit, Dannia. Puan Diana sudah membebel. Pagi-pagi sudah menjerit, bising rumahnya dengan perangai Dannia yang riang dan kuat mengusik.

45

Kasihku Yang Satu

Angahlah ibu, ada ke patut nak buat wayang free. Tak senonoh betul dia tu. Dannia termengah-mengah kepenatan. Puan Diana hanya tersenyum. Itu lagi sorang anak terunanya, nakal sungguh. Kesian Dannia dapat abang-abang yang suka mengusik. Harith mana? Dah bangun belum? Panggil dia sarapan pagi. Panggil abah dan abang-abang kamu sekali. Dannia mengangguk mendengar arahan ibunya. Tangannya menabik tanda menerima arahan. Okey mam! Puan Diana menggeleng kepala. Dannia berlari untuk memanggil ahli keluarganya sarapan. Keanak-anakan sungguh Dannia. Wajah itulah yang membuatkan hidupnya menjadi tenang. Bahagia betul keluarganya dengan kehadiran Dannia. Dialah racun, dialah juga penawar hidup Puan Diana dan Encik Zamani. Memang dia amat menyayangi Dannia, malah sayangnya melebihi anak kandungnya sendiri. Maklumlah, Dannia seorang sahaja perempuan. Namun sedikit pun tidak menimbulkan cemburu di hati anak-anak lelakinya. Malah, anak lelakinya juga amat menyayangi dan mengasihi Dannia seperti adik kandung mereka sendiri. Tambahan pula mereka ialah saudara susuan. Tidak pernah timbul isu anak angkat dalam keluarganya. Dannia amat dilindungi oleh kedua-dua abangnya. Jika ada yang membuli Dannia, pasti orang itu akan menerima akibatnya. Pernah satu ketika, seorang budak menggelarnya anak haram. Apabila dia mengadu kepada abang-abangnya, teruk budak itu dibelasah. Sejak hari itu, tidak seorang pun berani mengatakan hal tersebut. Di sekolah pula dirinya dilindungi oleh Syahmir, memandangkan dia satu sekolah dengan abangnya yang

46

Syania Shaa

tengah. Bila ada pelajar lelaki yang ingin mendekati Dannia, Syahmir segera memberi sepatah dua kata, dan terus pelajar itu beredar. Di sekolah, pening juga angahnya itu hendak mengawal Dannia. Ramai betul peminat adiknya. Ada sahaja surat-surat yang diterima oleh Dannia. Nak dibuat adik angkat, keluarga angkat, abang angkat, semuanya berangkat. Namun surat itu langsung tidak dibaca, disimpan elok di dalam kotak. Kata Dannia lagi, sekadar dibuat kenangan tanda dirinya yang begitu popular. Adesss.... Ehem. Assalamualaikum! Harith memberi salam. Wajahnya dimaniskan, berlakon. Walaupun hatinya tidak menyenangi keluarga barunya, memandangkan dia sekarang berada di rumah itu, terpaksalah dimaniskan mukanya. Waalaikumussalam, duduklah Harith. Adik, layan suami kamu, tolong ambilkan makanan untuk Harith. Puan Diana yang sedang sibuk menghiris timun memberi arahan apabila melihat anak perempuannya itu hanya berdiri kaku di situ. Mendengarkan arahan itu, dengan berat hati dia mengambil pinggan yang dihulur oleh Harith kepadanya. Adik, tolong angah jugak. Huluran pinggan disambut setelah pinggan Harith yang penuh dengan sambal dan beberapa bahan sampingan lain nasi lemak diletakkan di hadapan lelaki itu. Along jugak.... Syahmin tersengih. Terangkat keningnya ala-ala Ziana Zain. Along dan angah ni pemalas betul. Nasib baik ada adik yang baik hati ni. Dannia perasan sendiri. Tak ada orang nak puji, baik puji diri sendiri. Perasan! Serentak kata-kata itu terkeluar daripada mulut abang-abangnya.

47

Kasihku Yang Satu

Dannia membulatkan matanya. Apa? Okey, takpe. Lepas ni jangan harap adik nak tolong korang berdua kalau ada masalah. Dannia memuncungkan bibirnya yang mungil. Kehadiran Harith di sisi langsung dilupakan. Amboi, merajuk pulak puteri ni! Meh sini along tolong ambilkan nasi untuk adik. Laju tangannya mencapai pinggan yang berdekatan. Along, bak sini pinggan tu, aku nak letak sambal pulak. Angahnya mencapai sambal di hadapannya kemudian dicapai pula beberapa hirisan timun. Mata Dannia bertambah bulat melihat along dan angahnya meletak bermacam-macam bahan di pinggannya, hampir penuh satu pinggan. Sudah membukit tingginya. Mulutnya ternganga luas. Oit... dah, dah! Ni nak bagi adik makan ke nak bagi siapa ni? Nak suruh mati kekenyangan ke? Dannia menjerit kecil, muncungnya bertambah panjang. Geram hatinya melihat kedua-dua abang mengenakannya. Ni siapa yang nak habiskan ni? Korang ni depan rezeki tak elok bercakap banyak. Syah, Mir, cuba kamu jangan nakal sangat. Tak kesian kat adik ke asyik kena buli? Puan Dania menggeleng. Tangannya pantas memulas telinga kedua-dua anak lelakinya. Tak padan dengan seorang itu sudah menjadi bapak orang! Abahnya pula menghadiahkan jelingan maut. Tersentak kedua-duanya. Dannia ketawa kecil, sempat menjelirkan lidahnya kepada mereka berdua. Padan muka! Dannia mengangkat ibu jarinya tanda thumbs-up.

48

Syania Shaa

Harith tersenyum kecil, ceria betul. Sedaya upaya dirinya menahan ketawa melihat gelagat abang-abang iparnya. Di sudut hati terbit sedikit perasaan senang dengan keluarga mentuanya. Perasaan tidak senang pada mulanya terhakis sedikit demi sedikit. Tersedar akan itu, cepat-cepat diusir perasaan yang ingin bercambah di hati. Benteng egonya tadi yang kian runtuh kembali terbina kukuh. Setelah sarapan, masing-masing membuat aktiviti sendiri. Syahmin ke pejabat kerana ada urusan yang hendak dilaksanakan. Terpaksalah turun padang walaupun pada hari cutinya. Maklum sahajalah, peguam memang tiada masa lapang. Sibuk memanjang. Banyak kes yang perlu diselesaikan, katanya. Walaupun mempunyai syarikat sendiri yang dikongsi bersama rakannya, dia tidak pernah goyang kaki. Syahmin amat komited dengan kerjayanya. Apa sahaja kes yang diterima, sedaya upaya diselesaikan dengan sebaik mungkin. Selepas itu dia akan singgah di rumah mentuanya pula untuk menjenguk isteri dan anaknya di sana. Tambahan pula emak mentuanya tidak begitu sihat. Syahmir pula bekerja sebagai eksekutif akauntan di sebuah syarikat pengeluaran barangan import dan eksport. Lelaki itu tidaklah begitu obses dengan kerjanya jika dibandingkan dengan Syahmin. Seboleh-bolehnya, Syahmir tidak akan membawa pulang kerja-kerja untuk disambung di rumah. Baginya waktu pejabat ialah masa untuk bekerja. Bila di rumah, kerja mesti dilupakan. Entah dari mana prinsip itu datang. Kerana itulah Dannia lebih rapat dengan angahnya berbanding si along. Apatah lagi Syahmin sudah mempunyai keluarga sendiri. Seperti yang dijanjikan, Dannia dan Syahmir bertolak ke pekan. Sudah diberitahu kepada ibunya dan juga Harith ketika di meja makan. Lelaki itu hanya diam,

49

Kasihku Yang Satu

mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Sudahnya hanya dibiarkan. Bagi la tu kut. Harith pula lebih suka menyendiri dan bersiar sendirian tanpa ditemani oleh Dannia. Jika terlalu bosan, dia akan menyusur ke tempat ternakan ikan keli milik mentuanya yang berada tidak jauh dari rumah. Melihat sendiri projek ikan yang diusahakan oleh Encik Zamani. Sapaan dan teguran orang yang berselisihan dengannya hanya disambut ala kadar dan diangguk sahaja, bak burung belatuk. Namun hendak menguntumkan senyum, harammm.... Banyak juga barang keperluan yang diborong oleh Dannia dan Syahmir. Penuh tangan lelaki itu menjinjit barang basah. Sebelah tangan lagi menjinjit plastik sayuran. Tepat matahari terpacak di atas kepala barulah mereka berdua pulang ke rumah. Itu pun setelah beberapa kali Syahmir merungut keletihan. Kau ke mana tadi? Suara kasar Harith menerpa gegendang telinganya. Ketika itu Dannia baru melangkah masuk ke bilik, mahu mandi setelah penat dan terasa badannya melekit kerana berperang di dapur menyediakan hidangan tengah hari. Pergerakannya di dalam bilik menjadi sedikit kaku apabila melihat wajah menyinga Harith. Kenapa pulak ni? Apa pulak salah aku kali ni? Hujan tak, ribut tak... berangin satu badan pulak! Dengan langkah yang malas dia menghampiri Harith yang sedang bercekak pinggang. Bila masa entah lelaki itu pulang. Sedar tak sedar suara lelaki itu menerjah ke gegendang telinganya. Saya ke pekan dengan angah. Beli sayur dan ikan untuk masak tengah hari. Dannia pelik. Rasanya bukankah sudah diberitahu kepada ibu, malah Harith ada sekali tadi?

50

Syania Shaa

Pekak agaknya mamat ni. Sengaja nak sakitkan hati aku la tu! Apa kena dengan lelaki di hadapannya ini? Apa yang dibuat semua tak kena pada mata Harith. Pening kepalanya. Ini baru sehari setengah hidup bersama lelaki ini, agaknya macam mana kalau sudah setahun? Boleh gila gamaknya! Hei pompuan, kau tu nak pergi mana-mana mesti dapat kebenaran aku, tahu tak? Kau nak jadi isteri derhaka ke? Kalau aku tak izinkan tadi macam mana? Harith melenting. Sengaja mahu menggertak. Pandangannya dihalakan ke batang tubuh Dannia. Sakit mata melihat pakaian yang dipakai oleh Dannia, kekampungan betul. Baju kurung? Sudahlah lusuh. Entah apa-apa, tak berfesyen betul! Macam ni nak jadi pendamping aku? Gila... memang tak la aku nak bawak kau kat majlis penting. Mahu malu seumur hidup, getus hati kecilnya. Sa... saya ingatkan awak dah tahu tadi. Awak, kan ada sekali tadi? Dannia tergagap-gagap menjawab dan sekali gus bertanyakan soalan kembali. Takkan tak perasan kut, aku beritahu tadi? Isy... biar betul dia ni! Kau ingat aku kebulur sangat ke nak dengar kau bercakap dengan keluarga tak guna kau tu? Kalau kau tak bagitau, macam mana aku nak tahu. Bodoh punya orang! Bukannya Harith tidak dengar perbualan Puan Diana dan Dannia. Dia dengar, malah sangat jelas di telinganya. Sengaja dia ingin menyakitkan hati Dannia. Hatinya cukup puas melihat air muka Dannia yang keruh. Rasakan! Maafkan saya. Lain kali saya bagitau kalau nak keluar. Dannia menunduk dan meminta maaf walaupun jelas bukan salahnya. Tidak berani memandang wajah marah Harith. Dia lebih rela memandang kakinya daripada muka Harith yang garang itu.

51

Kasihku Yang Satu

Ucapan maaf Dannia dibiarkan berlalu sepi. Langsung tidak diambil peduli, seolah-olah Dannia bercakap seorang diri. Tanpa memandang wajah Dannia, Harith keluar dari bilik itu dengan senyuman. Puas hatinya dapat melepaskan geram kepada Dannia, dapat menyakitkan hati Dannia dan juga melihat wajah itu bertukar keruh. Entah kenapa dia suka sangat melihat wajah itu bertukar merah padam. Kelakar pun ada melihat wajah itu. Ha ha ha... nampaknya selepas ini dia akan ada hobi baru. Apalah nasib kau lepas ni. Jangan harap aku nak kesiankan kau, apatah lagi jatuh hati pada perempuan seperti kau. Harith menggeleng berkali-kali. Terasa seram sejuk memikirkan jikalau Dannia yang menjadi pendampingnya seumur hidup. Malu besar aku nanti. Malam sikit! Jadi maid pun belum tentu aku terima. Yakah?

52

Syania Shaa

Bab 5
UZANNE masih ligat menari bersama teman lelakinya yang baru dua bulan dikenalinya. Muzik yang semakin rancak amat melekakannya. Dia tidak menghiraukan perlakuan lelaki di hadapannya yang begitu rakus meraba tubuhnya. Dia sudah tidak peduli itu semua. Bukannya tidak biasa, malah lebih daripada itu pun dia sudah alaminya. Berada dalam pelukan jejaka kacak di hadapannya amat mengasyikkan hati perempuannya. Begitu berbeza jika dirasakan kehangatannya ketika berada dalam pelukan Harith. Jika dengan Harith, mereka hanya bermesra sekadar biasa, malah tidak pernah dibawa sehingga ke kamar beradu. Izlan, lelaki kacak yang ditemuinya secara tidak sengaja ketika dia yang tergopoh-gapah mahu keluar dari kelab malam kerana panggilan Harith. Mujurlah ketika itu dia tidak minum. Baru beberapa jam di situ mahu menghangatkan badan, sudah ada yang datang mengganggu. Mujurlah tidak terkantoi dengan Harith. Lelaki itu amat menarik di matanya, kelihatan sungguh seksi. Dengan hanya perkenalan singkat antara mereka menghasilkan bibit-bibit

53

Kasihku Yang Satu

cinta. Kini sudah hampir sebulan lebih mereka menjalin cerita cinta tanpa pengetahuan Harith, namun dia tidak pula ingin memutuskan perhubungan dengan lelaki yang menampung kemewahannya selama ini. Cuma Harith tidak pernah tahu akan perihalnya itu. Di hadapan Harith dia menjaga tingkah lakunya. Harith tidak pernah meragui kesuciannya. Malah dengan sewenangwenangnya dia mempergunakan Harith untuk mendapatkan kemewahan. Di belakang Harith, Suzanne begitu ligat dengan teman lelakinya. Begitu licik dia memainkan peranan, malah teman lelakinya tidak pernah tahu akan kecurangannya dengan lelaki lain. Sayang jika mahu melepaskan Harith. Lelaki itu bagaikan lubuk emas buatnya. Begitu juga dengan Izlan, lelaki itu begitu dicintainya walaupun tidak sekaya Harith. Malah sanggup menyerahkan segala-galanya kepada Izlan. Sudah beberapa kali dia terlanjur dengan Izlan, namun dia tidak pernah menyesal. Izlan pernah berjanji dengannya untuk bertanggungjawab, dan dia mempercayai lelaki itu. Sayang, jomlah rehat dulu. I dah penat. Suzanne menarik tangan Izlan. Terasa hangat, walaupun suasana begitu dingin. Kenapa ni? Izlan mengucup sekilas leher Suzanne yang terdedah. Bahu perempuan itu dielus-elus lembut. Dipandang wajah perempuan itu dengan penuh minat. Perempuan yang membuatnya tidak tidur lena sejak kebelakangan ini. Walaupun sudah beberapa kali bersama, namun dia masih tidak jemu. Satu-satunya perempuan yang mampu buat dia bahagia. Nothing, I just penat. Suzanne memeluk Izlan yang kepalanya bersandar pada bahunya.

54

Syania Shaa

No, you dah janji tak nak sentuh air ni lagi, kan? Izlan mengambil gelas yang sudah berada di genggaman Suzanne. Diletakkan jauh dari mereka. Suzanne memasamkan mukanya. Sayang, please.... Izlan memujuknya. Sejahatjahatnya, belum pernah dia menyentuh air kencing syaitan itu. Dia mengucup dahi Suzanne sebelum membawa perempuan itu ke dalam pelukannya. Hmmm... okey. Dia tersenyum lagi. Pujukan Izlan begitu mudah mencairkan hatinya. Berbunga-bunga, terasa diri amat disayangi sepenuh hati. Ah, lelaki itu terlalu pandai mengambil dan mencuri perhatiannya. Kita balik, I dah mengantuk ni. Izlan mengajak Suzanne untuk pulang. Jelingan dan senyuman Izlan amat Suzanne fahami. Isyarat yang dimahukan oleh lelaki itu. Suzanne tersenyum manis membalas senyuman lelaki yang disayanginya sepenuh hati. Malam itu, sekali lagi mereka hanyut disaksikan bulan. Begitu bahagia menganyam mimpi buat sepasang kekasih yang dipenuhi noda dan dosa. Bunyi deringan handphone yang nyaring langsung tidak mengganggu pasangan itu memadu asmara.

HARITH menghempas kasar telefon bimbitnya ke atas katil. Sejak petang tadi sehinggalah malam, Suzanne tidak menjawab panggilannya. Malah SMS yang dihantar langsung tiada sebarang balasan. Dia memicit kepalanya, pening memikirkan

55

Kasihku Yang Satu

bagaimana mahu dipujuk Suzanne nanti. Ke manakah gadis itu? Dia tahu gadis itu marahkannya kerana pertengkaran mereka beberapa hari lepas. Dia memarahi Suzanne kerana mendesak ingin mengikutnya ke kampung Dannia. Kalau dibiarkan Suzanne ikut, itu menempah bala namanya. Gadis itu langsung tidak mengetahui akan kepulangannya ke kampung itu adalah untuk majlis perkahwinannya. Dia tidak mahu Suzanne membuat kecoh di majlis itu nanti. Malah, dia sudah diberi amaran keras oleh Dato Iskandar supaya jangan membuat onar di majlis perkahwinannya. Setelah gagal menghubungi Suzanne, dia nekad untuk pulang ke Pulau Pinang dan mencari gadis yang entah ke mana menyepikan diri dan menghilang. Risau juga hatinya kalau-kalau Suzanne telah berpaling arah kepada lelaki lain. Dia tidak boleh kehilangan gadis itu. Suzanne begitu terkenal di kalangan kawan-kawannya kerana kecantikan dan keseksiannya. Kerana itulah dia mengangkat Suzanne sebagai teman wanitanya. Malah dia begitu bangga apabila berdiri di sisi gadis itu. Ramai juga mencemburuinya kerana berjaya memiliki Suzanne. Gadis itu jugalah yang selalu menemaninya bersosial dan ke majlis-majlis penting di syarikatnya. Terasa begitu bangga apabila diberi perhatian oleh orang ramai... malah selalu sahaja dia menjadi perhatian usahawan yang ingin menjalinkan hubungan perniagaan dengan syarikatnya.

56

Syania Shaa

Bab 6
ARI ini genaplah tiga hari Harith berada di kampung Dannia. Sepanjang berada di sini, dia tidak betah. Bosan berada di kampung sudah tidak dapat dibendung lagi. Rindu pada rumah dan aktiviti hariannya sudah tidak dapat ditahan lagi. Mana mungkin dia berada di kampung yang serba kekurangan. Selama berada di sini, sudah dicuba beberapa kali pusing mengelilingi bandar kecil, manalah tahu jikalau terjumpa tempat yang menjadi kegemarannya. Namun hampa. Mana mungkin tempat seperti itu berada di kampung. Kalau ada pun, tidak memenuhi cita rasanya. Harith menggeleng kepala mengenangkan kebodohan diri. Kalau dah namanya kampung.... Dia nekad mahu pulang ke Pulau Pinang walau dengan apa cara sekalipun. Walaupun baki untuk tinggal di kampung masih tinggal beberapa hari, dia memang nekad. Papanya memang kejam, sanggup membiarkan anaknya tinggal di kampung yang serba kekurangan ini. Malah sempat pula berpesan bahawa dia dengan senang hati memberikan

57

Kasihku Yang Satu

cuti kepadanya jika mahu berada lebih lama di kampung. Papanya bagaikan sengaja mahu memerlinya. Tangannya pantas mencapai beg pakaian yang dibawanya beberapa hari yang lalu. Segera dia mengemas barang-barang untuk dibawa pulang. Sejak semalam lagi hatinya melonjak untuk pulang ke banglo papanya atau ke rumahnya sendiri. Sesekali dia menjengukkan kepalanya mencari Dannia. Apabila melihat kelibat Dannia di ruang tamu, segera dipanggil gadis itu. Tangannya masih lagi lincah mengambil baju yang disimpan di ruang almari dan menyumbatnya ke dalam beg. Kau kemas barang-barang sekarang, aku nak balik. Harith memberi arahan bersahaja apabila gadis itu sudah berdiri di sebelahnya. Dia terasa rindu kepada kawankawannya dan aktiviti yang biasa dilakukan. Rindunya kepada Suzanne sangat menggamit perasaannya. Hairan pula kerana Suzanne langsung tidak bertanya khabar. Masih merajukkah gadis itu? Sudah berkali-kali dia menghantar pesanan ringkas dan menelefon gadis itu, langsung tidak dijawab, malah dimatikan telefon bimbitnya. Harith mengeluh perlahan, pening memikirkan cara untuk memujuk gadis itu. Tapi... ada lagi dua tiga hari, kan sebelum kita balik Penang? Dannia pelik melihat Harith yang pantas memasukkan baju ke dalam beg mahalnya. Macam ada hal yang penting sahaja untuk meninggalkan rumahnya secepat itu. Apa yang dikejarkan? Dia masih belum puas berada di kampung. Belum puas bermesra bersama ahli keluarganya. Aku cakap kemas sekarang, kau jangan bagi alasan. Cepatlah... kalau tak, kau balik sendiri. Kalau mama aku tanya, pandai-pandailah kau jawab. Suaranya dikawal supaya tidak kedengaran seperti menengking. Teringat pintu bilik Dannia yang terbuka luas, bimbang juga jika secara tidak

58

Syania Shaa

sengaja orang di luar ataupun ahli keluarga Dannia mendengarnya. Dannia masih lagi membatu. Memerhatikan Harith yang sedang berkemas. Hendak ditolong, awal-awal lagi sudah ditegah. Keras kepala betul Si Harith ni. Mesti kena ikut kepala dia tu. Kakinya terasa berat mahu melangkah dan menurut segala perintah Harith. Hoi, yang kau tercegat lagi kat situ apesal? Lelaki itu mencerlung tajam, merah mukanya sama ada marah ataupun cuaca yang panas. Tapi... Tak ada tapi-tapi lagi. Kau ni memang menyakitkan hati akulah. Cepat kemas. I said now! jerkahnya. Dek terkejut bercampur takut, Dannia melangkah laju menuju ke almari bajunya untuk berkemas. Hanya baju yang penting sahaja diambil, selebihnya dibiarkan dahulu. Takkan nak angkut semua kut. Lagipun, kebanyakan bajunya berada di rumah sewanya di Pulau Pinang. Aku tunggu kau kat kereta. Kalau keluarga kau tanya, cakap aku ada hal pejabat. Urgent! pesannya sebelum melangkah keluar sambil menjinjit beg baju. Wajah Dannia sedikit pun tidak dipandang. Dannia mengeluh. Kenapalah dia dikahwinkan dengan lelaki ini? Untuk kesekian kalinya dia merintih. Tak baik menyalahkan takdir, Dannia.... Dia beristighfar sebaik sahaja teringatkan keluhannya tadi. Sebelum masuk ke dalam kereta mewah Harith, Dannia sempat menyalami semua ahli keluarganya. Wajah Syahmir masam mencuka melihat kedinginan Harith. Sebal hatinya melihat sikap Harith yang tergesa-gesa masuk ke

59

Kasihku Yang Satu

dalam kereta, seolah-olah mengelak daripada bersoal jawab dengan abah dan ibunya. Syahmin pula menggeleng kepala, kesal melihat sikap kurang ajar Harith. Dia tidak memahami perangai Harith. Sekejap sopan dan melayan baik abah dan ibunya, sekejap pula dilihat dingin dan tidak bersopan. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Abah cakap mungkin Harith mempunyai masalah pejabat. Syahmin hanya mengiakan sahaja, malas mahu menjawab. Nanti tidak fasal-fasal abah menyatakan dia sengaja mahu mencari kesalahan Harith. Jauh di sudut hati, Syahmin tahu abahnya terasa dengan sikap Harith walaupun tidak ditunjukkan. Namun, dia masih lagi bijak menebak apa yang berada di hati tua milik Encik Zamani. Dia bukan lagi budak kecil yang boleh dibohongi sesuka hati. Dannia hanya sempat mengenakan baju kurung berwarna merah jambu yang agak kusam. Dia tidak dapat berfikir dengan baik dalam keadaan takut bercampur kalut. Pakaiannya diganti tanpa berfikir panjang. Rambutnya yang panjang hanya diikat satu. Ini semua Harith punya fasal. Tidak sempat dirinya hendak bersiap sempurna. Alang-alang Harith mengatanya, lebih baik dia mengiakan sahaja katakata yang dihamburkan kepadanya sebentar tadi. Kau tak payah nak bersiap segala. Pakai je baju apa-apa pun. Kau tu bukan cantik sangat. Berdesing telinga Dannia mendengar kata-kata Harith itu. Sakit hatinya, Harith memang tidak sayang mulut. Bila bercakap tidak pernah memikirkan perasaannya. Okey. Awak tunggu kat luar dulu. Dannia menyabarkan hatinya. Nak tengok sangat, kan aku ni tak cantik. Nanti aku tunjuk.

60

Syania Shaa

Cepat sikit. perempuan kampung!

Terhegeh-hegeh,

lembab!

Dasar

Sabar Dannia.... Sedang Dannia menukar baju di bilik air, kedengaran bunyi hon yang bingit di luar rumah. Pasti Harith. Kelam-kabut Dannia menyarung baju kurung dan mengikat rambutnya yang panjang. Pantas tangannya mencapai beg bajunya. Hampir sahaja dia tersembam di hadapan tangga apabila hon kereta semakin kerap berbunyi dan membingitkan telinga seluruh penghuni di rumahnya dan juga jiran tetangga. Tak tahu malu betul lelaki tu. Adik, jaga diri baik-baik. Ingat, adik dah bersuami. Sebaik-baik isteri adalah di sisi suaminya. Patuh dan taatlah pada suami. Isteri yang solehah akan ditempatkan di syurga. Jangan sesekali melawan cakap suami. Puan Diana sempat menasihati anak gadis yang disayangi sepenuh hati. Sayu hati untuk melepaskan permata hati yang satu. Berat hatinya. Abah lepaskan tanggungjawab ni pada Harith. Dannia bukan lagi tanggungjawab abah dan hak kami. Sebaliknya dah jadi hak Harith. Syurga seorang isteri terletak pada telapak kaki suami. Jangan sesekali membelakangkan suami dalam apa jua keadaan. Baik dan buruk kita haruslah reda dengannya. Encik Zamani mengusap perlahan kepala anaknya. Matanya sayu dan berkaca-kaca. Sebak. Bahu Dannia terenjut-enjut menahan tangis. Sedih hatinya ingin meninggalkan keluarganya. Dannia memeluk erat ibu dan abahnya serentak. Kecupan di pipi dihadiahkan buat Dannia. Adik jangan nakal-nakal, ya. Along sayang adik along yang manja ni. Selalulah jenguk kitorang kat sini ya. Jangan lupakan kami kat sini. Hidung Dannia dicuit lalu dipeluk erat adik kesayangannya itu.

61

Kasihku Yang Satu

Dannia beralih pula kepada angahnya yang berdiri agak jauh dari ibu dan abah. Jangan lupa call angah selalu, okey? Ada apa-apa hal jangan rahsiakan daripada angah. Beritahu perkembangan adik, okey? Kalau Harith buat apa-apa kat adik, terus call, okey? Janji? Syahmir menghulurkan jari kelengkengnya untuk bertaut dengan jari kelengkeng Dannia. Dannia tersenyum hambar, tidak sanggup rasanya melihat wajah Syahmir yang keruh. Syahmir sedaya upaya menahan sebak yang bertandang di hati. Pasti bosan jika Dannia tiada. Dannia memeluk Syahmir dengan erat. Sebelum Dannia melepaskan pelukan, Syahmir sempat berbisik di telinga Dannia. Angah sayang adik sangat-sangat. Lalu dikucup dahi adiknya lama. Berat sungguh dia mahu melepaskan adiknya pada seseorang yang belum tentu ikhlas menjaganya. Kami selalu mendoakan kebahagiaan adik. Semoga gembira selalu. Tabahkan hati adikku untuk menghadapi dugaanMu. Angah akan sentiasa cuba melindungi adik... ucapnya dalam hati. Air mata yang ditahan sedari tadi terasa sudah ingin menitis ke pipi, lalu pantas tangan kasarnya mengesat pelupuk mata. Pemergian Dannia meninggalkan rasa sayu kepada setiap ahli keluarganya. Biarpun bukan keluarga kandung, Puan Diana tetap menganggap Dannia sebagai anak kandungnya. Kepada anak-anaknya dipesan supaya jangan pernah mengungkit asal usul Dannia. Rindunya kepada Dannia amat menggebu. Ah, baru beberapa jam Dannia meninggalkan keluarga, terasa sepi dan kosong rumah batu dua tingkat milik keluarga Puan Diana dan Encik Zamani.

62

Syania Shaa

SEPANJANG perjalanan menuju ke Pulau Pinang, Dannia hanya menyepikan diri. Tiada sepatah perkataan pun keluar daripada mulutnya. Langsung tiada hati untuk bercakap dengan Harith. Rindunya kepada keluarga amat menggunung. Masih terasa hangat pelukan ahli keluarganya. Dannia memalingkan wajahnya ke luar tingkap. Tiada niat untuk berbual dengan Harith, membiarkan lelaki itu memandu sendirian. Jika dia ingin bertanya, belum tentu Harith akan menjawab pertanyaannya. Kalau diberi peluang, Harith tentu akan menyakiti hatinya. Yang terkeluar daripada mulutnya pasti hinaan atau cacian yang menyakitkan telinga. Terlalu lancang. Sudahnya Dannia memejamkan mata, tidak sedar bila dia terlena. Bunyi dehem yang kuat mengejutkan Dannia daripada lena. Dengan mata yang terpisat-pisat, Dannia menoleh ke arah Harith. Terpinga-pinga dia melihat Harith yang sedang memandu. Matanya mahu dipejamkan kembali, namun suara Harith telah membantutkan niatnya. Aku nak depan family aku nanti, kau melakonkan watak yang baik. Kalau kau tak ikut kata aku, tahulah aku macam mana nak ajar kau, ujarnya sedikit kuat melawan bunyi bising suara DJ radio yang berkumandang. Hei, kau ni dengar tak? Pekak ke? Terkejut Dannia mendengar jeritan Harith yang bergema di ruang kereta. Keturunan Tarzan ke dia ni? Dua puluh empat jam asyik nak memekik aje. Aku tak pekak lagilah! Saya dengarlah. Perlahan suara Dannia kedengaran. Malas sebenarnya mahu bertekak dengan lelaki itu. Bosan sungguh asyik mendengar lelaki itu berdendang di telinganya hampir setiap jam. Cukup sebulan pasti pekak telinganya.

63

Kasihku Yang Satu

Dah tu tak reti nak jawab cepat sikit? Kau ingat aku ni tunggul ke? Sakit hatinya apabila Dannia hanya mendiamkan diri. Malas mahu melayan kerenah Harith, Dannia berpaling ke arah tingkap. Brek mengejut oleh Harith menyebabkan Dannia sedikit terhumban ke hadapan. Kecut perutnya melihat muka tegang Harith. Apa lagi yang tak kena dengan mamat separuh singa ni? Dannia berpaling ke belakang, fuh nasib baik tak ada kereta di belakang. Kalau tak, mesti dah masuk wad. Suka hati dia je nak berhenti, macam bapak dia punya jalan. Ops... bapak mentua aku jugak. Hai la.... Kau nikan... aku tak habis cakap dengan kau lagi. Apesal kau palingkan muka kau kat luar? Apa lagi yang awak nak cakap? Saya tengah dengar ni! Acuh tak acuh sahaja dia melayan perangai Harith yang menyinga. Kau!!! Harith menuding jari telunjuknya tepat ke arah Dannia. Geramnya aku kat perempuan ni. Sengaja nak menyindir aku. Kau jangan nak kurang ajar dengan aku, ya. Kalau kau berani nak kurang ajar dengan aku, tahulah aku macam mana nak buat. Jangan cabar aku. Dasar perempuan tak guna! Harith tidak jadi mahu berbicara. Hilang segala perkataan yang mahu diucapkan dek kegeraman yang terlampau. Memang melampau! Perempuan ini sudah berani menyindirnya. Jaga kau! Harith menjatuhkan brek tangan lalu memecut laju. Sepanjang perjalanan masing-masing mendiamkan diri.

64

Syania Shaa

Bab 7
ANNIA membuka matanya apabila dirasakan kereta itu sudah berhenti bergerak. Dannia mengerling, melihat ke sebelah pemandu dan ternyata Harith di sebelahnya sudah tiada. Matanya meliar, mencari kelibat Harith. Bunyi bising di belakang memaksa Dannia memandang ke arah tersebut. Melihatkan kelibat Harith, Dannia pantas keluar mendapatkan lelaki itu. Langsung tidak memandang sekelilingnya. Tatkala badannya dipusingkan, matanya terbuntang melihat keindahan di hadapannya. Tersergam sebuah banglo mewah dua tingkat dengan taman yang sangat luas dan cantik. Di kanannya terdapat sebuah kolam renang yang cantik. Di sebelah kirinya pula dihiasi dengan pokok bonsai dan bunga mawar. Di tengah-tengahnya terdapat beberapa buah kerusi dan sebuah buaian. Sungguh cantik, sejuk mata memandang. Damai rasanya hati. Wah! Tidak pernah disangka suaminya sekaya ini. Melihatkan Harith yang mula berjalan sambil membimbit begnya menjauhi kereta, Dannia terkial-kial

65

Kasihku Yang Satu

mengeluarkan barangnya dari bonet kereta dengan bersusah payah. Mujur juga begnya tidaklah seberat mana. Dalam hati dia mengutuk geram mengenangkan perangai lelaki itu yang tidak langsung menolongnya. Sebal sungguh dia dengan lelaki itu. Sekurang-kurangnya, kejutkanlah dia daripada tidur. Bagi tahu sepatah yang mereka sudah tiba. Kalaulah dia tidur lena tadi, tak ke tidur dalam kereta sampai ke esok jawabnya? Kejam betul. Hai, nasib akulah dapat suami macam ni.... Harith sudah menonong memasuki banglo tersebut tanpa menghiraukan isterinya yang terkontang-kanting di belakang. Huish... berlagak nak mampus! Apa punya suami la dia ni. Bajet kaya la ni... tapi memang kaya pun. Alah, bapak dia yang kaya... bukan dia! Hai la... yang tu pun nak angkuh semacam, kutuknya dalam hati lagi. Wajahnya mencemik geram, mulutnya terkumat-kamit membebel. Apabila Dannia menjejakkan kaki ke dalam rumah mewah itu, sekali lagi dirinya terpegun dengan reka bentuk rumah itu. Walaweh... rumah ke istana ni? Bapak kaya gila dia ni! Patutlah bongkak semacam je. Rumah mewah itu dihiasi dengan perabot buatan luar negara, ruang tamu dihiasi dengan TV plasma yang besar. Macam panggung wayang. Silingnya dihiasi chandelier dan lampu kristal yang besar. Benar-benar memukau hatinya yang sudah sedia terpukau dengan kecantikan dan kemewahan banglo itu. Kalau Hanna yang melihat semua ini, pasti gadis itu terpegun sakan. Mahu tersembul keluar biji matanya. Nia, masuklah sayang, sapa Datin Rosmaria, membuatkan Dannia berpaling pantas. Datin Rosmaria menjemput menantu tunggalnya masuk.

66

Syania Shaa

Dannia tersengih malu kerana terlalu asyik memerhatikan ruang banglo tersebut sehingga tidak menyedari kedatangan tuan rumah. Lantas dia mendapatkan Datin Rosmaria untuk bersalam. Bergayanya mak mentua aku ni, bisik hati kecilnya ketika melihat Datin Rosmaria memakai jubah yang dihiasi manik dan batu permata. Rambutnya pula disanggul tinggi. Kena benar dengan gelaran yang diberikan kepadanya. Mama apa khabar? Dannia berbasa-basi dengan Datin Rosmaria, takut dikatakan sombong pula nanti. Datin Rosmaria tersenyum manis sebelum mengangguk. Senang hatinya melihat Dannia yang sudah tiba. Sangkanya anak dan menantunya akan pulang dua tiga hari lagi. Terkejut besar dia apabila melihat wajah Harith yang bertembung dengannya di dapur tadi. Pantas dia mendapatkan Dannia apabila diberitahu oleh anak lelakinya mengenai menantunya itu. Mama sihat. Ibu dan abah Nia sihat? Duduklah Nia. Jangan segan la, nikan dah jadi rumah Nia jugak. Datin Rosmaria menarik tangan menantunya agar duduk di sebelahnya. Melihatkan Dannia, dia teringatkan anak gadisnya, Iman. Beria benar Iman apabila soal Dannia dibangkitkan. Gembira sangat dapat kakak ipar. Alhamdulillah. Mereka sihat. Dannia meletakkan beg yang dibawanya di tepi sofa. Tidak lama kemudian muncul seorang wanita yang sebaya dengan Datin Rosmaria. Wanita itu meletakkan dulang di atas meja kopi sebelum gelas diletakkan di hadapan Dannia dan Datin Rosmaria. Dannia mengangguk sekuntum senyuman. sambil menghadiahi

67

Kasihku Yang Satu

Dannia, kenalkan ni Mak Mah... pembantu rumah ni. Tapi mama dah anggap macam kakak mama sendiri. Mak Mah menghulurkan tangan lalu tangan tersebut dicium dengan sopan oleh Dannia. Terkedu Mak Mah dengan perbuatan sopan Dannia. Dia pula naik segan. Apa khabar Mak Mah? sapanya sopan bertanya khabar. Baik, eh... tak payah dicium tangan Mak Mah. Tangan Mak Mah berbau ni.... Segan betul apabila tangannya dicium oleh Dannia, sedangkan anak sendiri pun tidak berbuat begitu. Malah perbuatan itu pula di hadapan Datin Rosmaria. Terharu hatinya dilayan sebegitu rupa oleh menantu Dato dan Datin. Berbeza betul dengan teman wanita Harith yang sering diheret ke rumah ini. Macam langit dengan bumi. Gadis di hadapannya bukan sahaja sopan, malah berbudi bahasa dan cantik lagi. Cantiknya cantik asli tanpa mengenakan sebarang mekap. Kalau dibuat perbandingan dengan Suzanne dan teman wanita Harith yang lain, huh... simpang malaikat empat puluh empat la jawabnya. Berbeza betul! Tak apa, Mak Mah. Kan ke mama dah cakap Mak Mah pun macam kakak mama sendiri. Lagipun apa salahnya. Sopan Dannia menjawab. Tak apalah kalau macam tu, Mak Mah nak ke dapur dulu nak siapkan makan malam nanti. Mak Mah masuk dulu. Mak Mah kembali ke dapur, mahu menyiapkan juadah makan malam untuk dijamu kepada menantu baru Datin Rosmaria. Mama gembira sangat Nia dah jadi sebahagian daripada keluarga ni. Datin Rosmaria bersuara tiba-tiba,

68

Syania Shaa

memecahkan kesunyian yang sebelum ini tercipta antara mereka berdua. Dia berasa sangat gembira dengan kehadiran menantu tunggalnya. Tanggungjawabnya sudah selesai. Ternyata hasratnya untuk bermenantukan Dannia tercapai. Bangganya apabila menantu tunggal mendapat pujian daripada rakan-rakannya ketika gambar gadis itu ditunjukkan. Melambung-lambung pujian yang diberikan. Dia sendiri kembang kuncup mendengar itu semua. Hatinya sedikit sebanyak menjadi lapang. Tanggungjawab dia dan suaminya sudah sedikit kurang. Harith sudah berkeluarga. Dia amat berharap masjid yang baru terbina akan terus kukuh. Harapannya kini agar Harith akan lebih bertanggungjawab dalam memikul kewajipan sebagai suami. Kehadiran Dannia diharap akan menceriakan hari-hari mereka sekeluarga. Dalam hati dia berdoa supaya Dannia bisa membuatkan Harith berubah meninggalkan semua perangai buruknya itu.

DANNIA mengetuk pintu bilik yang bakal dihuninya. Setelah arahan masuk diberi, barulah dia memulas tombol pintu. Matanya meliar ke seluruh bilik. Untuk kesekian kali hatinya berdetik perasaan teruja dan kagum. Besarnya bilik ini, kalah ruang tamu rumahnya. Gila besar! Boleh duduk sekampung ni.... Dilihatnya Harith sedang tekun menghadap komputer ribanya. Entah apa yang ditengok, dia tidak mahu ambil pusing. Harith sekadar menjeling sekilas melihat Dannia memasuki biliknya. Langsung tidak ditegur. Dia meneruskan kerjanya yang tertangguh. Sengaja dia membawa pulang

69

Kasihku Yang Satu

kerja-kerja untuk disiapkan sebelum majlis perkahwinannya yang lalu. Meluat mahu melihat wajah Dannia. Sebolehbolehnya dia mahu berada jauh dari gadis itu. Kerana itulah dia sengaja menyibukkan dirinya di bilik. Dia sudah nekad, selepas ini dia akan membuat peraturan-peraturan yang perlu Dannia ikuti. Mesti gadis itu bengang. Memikirkan hal itu, Harith tersenyum. Seperti Harith, Dannia juga tidak mengambil pusing akan kehadiran lelaki itu di sudut bilik besar itu. Dia memenuhi masa luangnya ini dengan mengemas baju. Baju yang dibawa diletakkan di dalam almari yang sama dengan Harith, tetapi dia mengasingkannya, sebelah miliknya dan sebelah lagi milik Harith. Sesudah itu, dia lantas mengambil baju dan tuala lalu menuju ke bilik air. Terasa rimas dengan peluh yang mula merenik-renik walaupun bilik itu dipasang dengan pendingin hawa. Panas berada di situ ditambah pula dengan kehadiran Harith. Sakit jiwanya. Beberapa minit kemudian, Dannia keluar dari bilik air. Dia hanya mengenakan baju berlengan pendek berwarna ungu dan bahagian bawah hanya dibaluti tuala yang singkat separas betis, menyerlahkan lagi betis putih dan bunting padi miliknya. Harith yang tadinya tekun menghadap kerja di meja hujung tingkap, mengalihkan pandangan ke arah bunyi pintu bilik air yang dibuka. Kini dirinya pula terpaku melihatkan keadaan sebenar gadis yang sudah menjadi isterinya itu. Sepanjang berada di kampung Dannia, dia tidak pernah melihat gadis itu seperti sekarang. Selalunya apabila bangun sahaja daripada tidur, Dannia sudah siap mandi dan bersolat. Namun kini lain pula jadinya. Dia menelan liur melihat keadaan Dannia yang separuh siap, tambahan pula rambut basah gadis itu

70

Syania Shaa

membuatkan hati Harith bergelora hebat. Tak boleh jadi ni! Harith berdeham beberapa kali sebelum bersuara. Cuba meredakan hatinya yang berperasaan aneh. Heh! Kau ni tak reti nak pakai siap-siap ke kat bilik air, hah? Harith menengking kuat, menutup rasa gugup di hatinya yang bergelora. Hish, apa dah jadi dengan jantung aku ni? Macam apa je berdetak kuat ni. Jangan Harith, kau mesti kuat. Jangan tergoda dengan dia. Kau jangan buat gila, perempuan tu mesti nak goda kau. Bisik hatinya. Kau pergi pakai seluar sekarang. Aku nak bincang something dengan kau, arahnya sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain, tidak sanggup melihat Dannia. Takut hatinya menjadi goyah. Imannya memang tidak kuat untuk menangkis segala godaan Dannia walaupun gadis itu tidak berniat untuk menggoda. Bila-bila masa sahaja dia akan tumbang. Melihatkan Harith memandang ke arah lain, dia sedikit pelik. Apa punya oranglah, ingat aku ni seksi gamaknya? Kan dah pakai baju ni. Mengong. Dannia segera mencapai seluar trek lalu kembali semula ke bilik air untuk menukar pakaiannya. Tadi dia bukan sengaja mahu keluar dengan keadaan begitu, tetapi dia terlupa mahu bawa bersama seluar yang diletakkan di atas beg. Setelah lengkap berpakaian, dia keluar semula. Tualanya yang digunakan disangkut di tempat penyidai sebelum dia menghampiri lelaki tersebut yang asyik menaip. Leka lelaki itu menaip sebelum sehelai kertas keluar dari printer. Harith memegangnya sekilas sebelum menyerahkan kertas itu kepadanya. Nah, kontrak. Kau mesti ikut semua ni. Jangan

71

Kasihku Yang Satu

sesekali ingkar. Kalau tak, tahulah macam mana aku nak hukum kau nanti. Dannia menyambutnya dengan pantas. Bimbang dijerkah lagi. Berkerut mukanya apabila membaca isi yang terkandung dalam kontrak itu. Bulat matanya melihat syaratsyarat di atas kertas itu. Amboi, banyaknya! Macam nak pergi meminang Puteri Gunung Ledang. Main syarat segala lagi. Macam kanak-kanak Ribena. Perasan betul mamat singa ni. Apa punya syarat ni? Hatinya membebel lagi mengutuk Harith. 1. Panggilan untuk seorang suami apabila berhadapan dengan family, terutamanya family Daniel Harith Dato Iskandar. Amboi, tang nama dia bukan main! Siap berbin lagi. Tahulah anak Dato. Aku pun tak inginlah panggil kau dengan panggilan macam tu kalau tak ada orang, tak ada mama, papa dan yang lain di sekeliling. Aku dah ada abang tau. Dua orang lagi. 2. Tidur di bilik berasingan. Baguslah kalau macam tu. Kalau tak diberitahu pun aku tak inginlah. Tak ingin aku serahkan tubuh aku kat singa macam kau. Kirim salam sajalah. Pasti hidup aku susah kalau duduk sebilik dengan kau nanti. 3. Tidak dibenarkan untuk mengambil tahu

72

Syania Shaa

hal peribadi masing-masing. Maksud kata lain, bebas melakukan apa sahaja tanpa ada sekatan pasangannya. Harith bebas keluar dengan sesiapa sahaja yang disukai dan begitu juga sebaliknya. 4. Dilarang sama sekali menyentuh hak peribadi masing-masing dan juga barang milik Daniel Harith. Diharamkan sama sekali! Apa punya suami dia ni, nak lari dari tanggungjawablah tu. Eleh, aku pun tak heran la nak sentuh barang-barang kau. 5. Hidup dengan duit sendiri memandangkan masing-masing bekerja. Walaupun aku ni tak kaya macam kau, aku masih boleh kerja sendiri, masih lagi boleh guna tulang empat kerat aku ni nak kerja. Aku tak mahulah harta benda kau tu. Sikit pun aku tak nak. Bukan boleh bawak masuk ke lubang kubur pun. Ambik kau! Mulut Dannia terkumat-kamit mengejek syarat Harith. 6. Kontrak ini akan tamat apabila mencecah dua tahun perkahwinan, dan mana-mana pihak berhak mencari pasangan hidup dalam tempoh tersebut bergantung pada terma dan syarat.

73

Kasihku Yang Satu

Apa hal pulak keluar terma dan syarat segala ni? Ingat masuk peraduan beli dan menang ke apa? Dalam membebel dia sembunyi senyum. Kelakar betul syarat keenam ni. Lawak... lawak! Terma dan syarat? Adesss.... Harith mengetap bibirnya apabila perasan gadis itu menahan senyum. Apa yang kelakarnya kontrak tu? Rasanya tak ada lawak pun aku letak kat dalam tu. Apa yang kau duk tersenyum tu? soalnya dengan nada yang sengaja ditekankan. Sakit hati dengan senyuman yang cuba ditahan di bibir mungil milik gadis itu. Dannia hanya menggelengkan kepalanya sebelum meneruskan pembacaan pada syarat seterusnya. 7. Pihak yang membocorkan rahsia perkahwinan berhak untuk mendapatkan pampasan hidup sebagai ganti rugi. Kacang je nak ikut semua ni. Tapi pasal cerai tu, nak minta pampasan? Tak masuk akal betul. Sengaja nak menyusahkan aku. Mentang-mentanglah dia tahu aku tak mampu. What kind of pampasan? Dannia mengerutkan mukanya. Akan diberitahu kemudian. Lain-lain syarat aku akan update dari semasa ke semasa, ujarnya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Akalnya berfikiran jahat mahu mengenakan Dannia. Dia berjalan mendekati katilnya untuk berbaring. Dibiarkan Dannia berdiri di tengah ruang itu dengan wajah terpingapinga.

74

Syania Shaa

Jam sudah menunjukkan angka sebelas. Matanya sudah kuyu, penat seharian memandu masih belum hilang. Dannia melangkah menuju ke katil untuk mengambil bantal dan comforter untuk dijadikan selimut. Belum sempat Dannia melangkah kembali menuju ke sofa dengan bantal dan comforter, dia disergah oleh Harith. Hoi, kau dah lupa syarat aku tu eh? Syarat nombor empat. Hilang ingatan ke apa kau ni? jeritnya kuat sehingga hampir sahaja terlepas apa yang dipegang oleh Dannia. Alamak, start sekarang ke ni? Habis macam mana aku nak tidur? Dahlah pendingin hawa suhu rendah. Beku aku macam ni. Start sekarang ke syarat kontrak ni? Habis macam mana saya nak tidur? Muka tidak puas hatinya dihadapkan kepada Harith. Tidak habis-habis menyusahkannya. Hilang sudah azamnya mahu menjadi isteri solehah. Yup. Itu kau punya pasal. Ada aku kisah? Dah cukup baik aku bagi kau pinjam sofa tu untuk kau tidur. Bagi betis nak paha pulak. Harith berkata selamba. Dia menyembunyikan senyumnya melihat kerutan pada wajah itu. Padan muka! Hei, geram betul aku dengan mamat ni. Kalau ya pun janganlah start malam ni. Start la besok ke, minggu depan ke, tahun depan ke? Memang sengaja dia ni. Hatinya mendengus geram lalu dia melangkah kembali menuju ke sofa dengan hati yang geram. Mulutnya terkumat-kamit menyumpah Harith. Biarlah berdosa sekalipun, hatinya pada saat ini terlalu geram dengan perangai Harith yang macam budak-budak berumur sepuluh tahun. Belajar tinggi-tinggi tapi otak masya-Allah.... Malam itu dia terpaksa tidur dalam kesejukan.

75

Kasihku Yang Satu

Badannya sungguh tidak selesa dengan keadaan yang bagaikan dalam peti ais. Sepanjang malam, mulutnya terkumat-kamit membebel kepada lelaki yang menjengkelkannya. Tepat jam tiga pagi barulah dia dapat melelapkan matanya yang kian kuyu. Nasib baik dia membawa beberapa helai kain batik. Boleh juga dibuat selimut. Kau memang kejam, Harith!

76

Syania Shaa

Bab 8
ELAMAT PAGI, Puan Dannia. Mak Mah, pembantu rumah banglo itu menyapanya mesra. Tangannya masih lagi ligat mengacau mi goreng di dalam kuali. Tangkas tangannya memasukkan bahan tambahan ke dalam kuali sehingga bergoyang-goyang badannya mengikut alunan tangan. Boleh masuk Masterchef ni. Dannia tersenyum dalam hati, terasa lucu melihat Mah Mah yang bertungkus lumus menyediakan sarapan untuk mereka pada pagi itu. Pagi, Mak Mah. Kan ke Nia dah pesan jangan panggil puan. Panggil Nia je. Okey? Boleh ke? Nanti Tuan Harith marah pulak kat Mak Mah, jawabnya dengan nada perlahan. Takut didengari oleh majikannya. Tak apa, Mak Mah... jangan pedulikan dia. Mamat singa tu memang macam tu, dua puluh empat jam mengaum je kerjanya. Selamba Dannia berkata. Mendengarkan panggilan singa kepada anak

77

Kasihku Yang Satu

majikannya, dia ketawa kecil. Kelakar betul Dannia ni, baru sehari berada di rumah itu sudah memanggil Harith dengan panggilan itu. Tetapi memang ada betulnya, Harith memang panas baran. Dia sering sahaja dimarahi. Langsung tiada perasaan hormat kepada dirinya yang lebih tua. Namun, Mak Mah tidak ambil hati kerana sudah menganggap Harith macam anaknya sendiri. Walau macam mana pun Harith melayannya, dia tidak kisah. Alah bisa, tegal biasa. Awal Nia bangun? Mak Mah berbasa-basi menegur menantu majikannya itu. Mana ada, Mak Mah. Sekarang dah hampir pukul tujuh ni. Nak Nia tolong? Dannia mengambil mangkuk yang sedikit besar untuk memasukkan mi goreng yang hampir siap. Sambil itu, dia meregangkan badannya. Sungguh, pagi tadi terasa mahu patah pinggangnya kerana semalaman berada di sofa yang tidak berapa empuk. Cait! Kata anak orang kaya, beli sofa pun keras semacam. Takkan sofa murah kut? Tak payahlah Nia, dah nak siap pun. Nia duduklah dulu. Nanti Mak Mah buatkan air. Tangannya menghalang tangan Dannia yang sudah mahu mencapai bekas kaca mahu mengisi mi goreng. Jika dibiarkan, nanti apa pula kata Datin Rosmaria. Tak apa la, Nia buat sendiri saja. Mak Mah nak air tak, Nia buatkan sekali... pelawanya pula setelah gagal menolong Mak Mah menyediakan sarapan. Ingatkan dia sudah bangun awal untuk menolong, ternyata Mak Mah bangun lebih awal untuk menyiapkan semuanya. Eh, tak payah la susah-susah. Nanti Mak Mah buat sendiri... tolaknya. Segan dengan keramahan menantu majikannya itu.

78

Syania Shaa

Ala Mak Mah ni... tak sportinglah. Nia terror tau buat air! Dannia tergelak kecil. Entah apa yang lucu. Terror? Angahnya lagi terror, buat air kaw-kaw. Amboi, apa yang menantu mama buat kat dapur ni? Gelaknya sampai kat tangga boleh dengar, sapa Datin Rosmaria dari belakang, mematikan ketawa Dannia. Eh, mama. Selamat pagi. Tak ada apa-apa pun. Berbual kosong dengan Mak Mah tadi. Mama nak air, boleh Nia buatkan sekali sementara tunggu papa dan Harith turun makan. Dannia mengambil teko untuk membancuh air. Okey jugak tu. Lagipun masih awal ni. Papa kamu tu kalau hujung minggu macam ni pukul lapan memang tak tunjuk muka lagi. Datin Rosmaria memang sudah hafal setiap jadual suaminya itu. Orait ma. Kita minum-minum dulu, lepas ni boleh la kita borak-borak panjang. Nia nak berkenalan dan nak tahu jugak kisah silam Mak Mah. Boleh? Riang hatinya hari ini. Lupa sudah kepada suaminya yang masih nyenyak di atas. Mungkin selepas ini dia akan meluangkan masanya dengan Mak Mah. Isy, Mak Mah mana ada cerita yang menarik. Nialah cerita pasal keluarga Nia. Mak Mah teringin nak tahu pasal Dannia. Boleh, kan? Ada baiknya dia mendengar cerita gadis riang di hadapannya ini daripada menceritakan kehidupannya yang sedih. Keluarga Nia? Dannia menuding jarinya ke arah dirinya sendiri. Haiye.... Macam mana nak cerita ni ek, he he he.... Keluarga Nia biasa aje, tak kaya pun. Nia ada abah, ibu dan dua orang abang yang poyo. He he he. Dannia membawa air yang

79

Kasihku Yang Satu

dibuatnya tadi lalu menuangkan ke dalam mug yang berada di hadapan Datin Rosmaria dan Mak Mah. Sopan sekali perlakuannya. Dannia anak perempuan tunggal la ni. Patutlah.... Mak Mah meleret senyum. Dannia mengerutkan mukanya. Matanya membulat, menampakkan anak matanya yang bersinar-sinar. Alis matanya yang lentik mencantikkan lagi wajah itu. Datin Rosmaria tersenyum. Apa yang patut, Mak Mah? Dannia bingung mendengar kata-kata Mak Mah. Apa yang patut, ya? Manja.... Datin Rosmaria dan Mak Mah berkata serentak. Manja? Mana ada Nia manja. Isy, mengarut. Mak Mah, nanti tolong ajar Nia masak tau! Dannia merengek kepada Mak Mah. Dia begitu selesa apabila berbual dengan pembantu rumah mentuanya. Dilayan seperti ibunya melayan. Sedikit sebanyak kerinduan kepada ibunya terlerai dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh dua wanita di hadapannya. Hai... beria-ia nak belajar memasak ni kenapa ya? Datin Rosmaria pula menyampuk. Tidak sangka Dannia beriaia mahu memasak. Kalau perempuan lain jangan haraplah mahu memperhambakan diri di dapur. Susah mahu ketemu gadis sebaik dan sesopan Dannia, satu dalam seribu. Taklah ma, Nia nak beat angah ni. Dia tu selalu ejek Nia. Dia cakap Nia tak pandai masak. Mak Mah mesti tolong Nia tau! Biar angah tu melopong nanti tengok kehebatan Nia. Baru dia tahu, Nia ni bukan sembarangan orang tau. Dannia bersuara bangga.

80

Syania Shaa

Datin Rosmaria dan Mak Mah ketawa sakan melihat keletah Dannia yang manja dan peramah itu. Pagi itu gelak tawa mereka bergema di ruang dapur. Sudah lama rumah itu tidak riuh, semenjak Iman, anak perempuannya sambung belajar di Kuala Lumpur. Jarang anaknya itu pulang ke Pulau Pinang. Sekurang-kurangnya sekarang Dannia ada, hilang sedikit rindunya pada Iman. Oh, ni kira nak menunjuk la ni ya? duga Mak Mah yang masih ketawa dengan keletah Dannia. Tidak sangka dia dapat berjumpa dengan gadis sebaik, cantik dan peramah seperti Dannia. Mana ada! Nia buat semua ni sebab tak nak angah ejek Nia lagi, ujarnya menangkis kata-kata Mak Mah. Yelah tu.... Betul ni! Dannia muncung sedepa apabila keduadua wanita di hadapannya ini seakan meraguinya. Please.... Tangannya dicantumkan menjadi satu seolah-olah mengangkat daulat lagaknya, merayu. Sengaja membuat muka kasihan di hadapan mereka berdua. Jika Mak Mah sanggup, bolehlah dia berguru dengan wanita itu. Yalah... nanti Mak Mah ajarkan. Ujar Mak Mah mengalah dengan menantu baru Datin Rosmaria yang manja. Mana sanggup dia menghampakan Dannia yang beria-ia mahu belajar memasak. Yeah... sayang you lebihlah, Mak Mah. Muahhh! Dia bersorak gembira. Datin Rosmaria dan Mak Mah hanya menggeleng kepala melihat telatah gadis itu yang seperti keanak-anakan. Baru sehari bersama Dannia, dia sudah serasi dengan menantunya itu.

81

Kasihku Yang Satu

Bab 9
AKAN malam mereka dihiasi oleh gelak ketawa Datin Rosmaria dan Mak Mah. Harith dan Dato Iskandar hanya sesekali tumpang ketawa mendengar celoteh Datin Rosmaria. Mereka kelihatan ceria dan senang hati. Dannia pula hanya sesekali ketawa, ikut sama menyertai Datin Rosmaria dan Dato Iskandar bercerita. Segan dengan kehadiran Harith di situ. Dia terasa janggal sekali apabila berhadapan dengan lelaki itu. Sesekali mata Harith memandangnya tajam. Dannia pula menundukkan wajah, takut dengan mata tajam yang menikamnya. Hilang seleranya. Nasi yang dimakan terasa seperti pasir dan batu. Begitu payah mahu ditelan dan dirasakan begitu kesat di kerongkongnya. Mahu sahaja dia bangun dan beredar dari situ tetapi takut dikatakan kurang ajar pula. Sudahnya dia hanya menguis makanan yang ada di dalam pinggannya. Ini semua gara-gara mamat singa di hadapannya. Entah apa lagi yang dia ni tak puas hati dengan aku. Nia, kenapa tak makan nasi tu?

82

Syania Shaa

Teguran Puan Rosmaria mematikan lamunannya. Semua mata yang ada di situ memandangnya. Gulp! Errr... Nia dah kenyang la mama. Dannia tersengih malu. Nampak sangat dirinya sedang termenung. Langsung tidak sedar dirinya diperhatikan. Papa tengok sikit je Nia makan. Tambahlah lagi, janganlah segan. Dato Iskandar tersenyum sambil menegur. Lelaki itu sungguh pemurah dengan senyuman. Semenjak dia datang ke rumah itu, lelaki itu asyik menghadiahkannya dengan senyuman, malah bicaranya juga lembut walaupun sedikit tegas bunyinya. Bukan seperti Harith, asyik menjerit sahaja. Entah betul ke tidak Harith ni anak Dato Iskandar dan Datin Rosmaria. Jauh benar bezanya bagai langit dengan bumi. Betul. Nia dah kenyang. Dannia cuba meyakinkan Dato Iskandar. Dihadiahkan senyuman buat ayah mentuanya. Kalau macam tu, pergilah tunggu kami kat depan. Kejap lagi mama dan papa ada benda nak bincang dengan kamu berdua, ujarnya bersahaja sambil tangannya mula menolak pinggan menjauhinya. Terasa penuh dan sendat perutnya hari ini. Berselera benar menjamah makan malam mereka. Sedap sungguh masakan hari ini, mungkin kerana kehadiran Dannia lauk hari ini dimasak sedikit istimewa. Muka Dannia berkerut pelik. Nak bincang sesuatu? Dadanya mula berdebar, bimbang jika sesuatu yang buruk bakal terjadi. Bimbang juga jika Datin Rosmaria dan Dato Iskandar dapat menghidu perhubungannya dengan Harith yang tidak serupa suami isteri yang lain. Dalam bimbang, dia akur. Perlahan-lahan dia bangun dari kerusi dan mula mengambil pinggan mangkuk yang telah digunakan untuk dibawa ke dapur.

83

Kasihku Yang Satu

Tak usahlah Nia, nanti Mak Mah kemaskan, halang Mah Mah, menegur Dannia yang sudah mencapai pinggan di hadapannya. Mula melakukan rutin hariannya untuk mengemas dan menyimpan kembali lauk-pauk yang masih berbaki. Haah, Nia pergi depan, tunggu kat sana. Kejap lagi mama datang, tegas Datin Rosmaria pula. Mahu tak mahu terpaksalah dia mengikut arahan ibu mentuanya. Langkahnya dilambatkan. Sengaja membiarkan Harith dan Dato Iskandar mendahuluinya. Sesekali dia menoleh ke belakang melihat kelibat mereka yang berada di ruang makan. Datin Rosmaria bangun dari kerusi diikuti oleh Mak Mah. Dia segera melangkah ke hadapan manakala Mak Mah pula mengemas meja. Tunggu mama ke? tegur Datin Rosmaria dari belakang. Dannia hanya tersenyum hambar membalas pertanyaan Datin Rosmaria. Tiba di ruang tamu, kelihatan Dato Iskandar dan Harith sudah menunggu mereka. Tanpa membuang masa, dia menapak mendekati Harith. Dannia mengambil tempat di hadapan mentuanya, bersebelahan Harith. Lelaki itu, apabila melihat Dannia berada agak jauh darinya, segera merapati Dannia. Duduknya sengaja dirapatkan supaya nampak mesra. Tangannya sengaja diletakkan di belakang Dannia. Dato Iskandar dan Datin Rosmaria tersenyumsenyum melihat kemesraan di hadapan mereka. Muka Dannia sudah kelat. Menyampah dengan perlakuan Harith yang dirasakan keterlaluan menunjuk kemesraan itu. Teroverlah pulak mamat ni. Jilat ludah sendiri. Kata tak mahu sentuh aku, jijiklah, apalah. Huh!

84

Syania Shaa

Dannia membebel dalam hatinya. Mukanya masih lagi dikawal supaya tidak nampak ketara canggungnya. Apa ni papa? Tangan Harith menyambut huluran sampul surat daripada tangan Dato Iskandar. Bukalah. Tangan Harith laju membuka sampul itu. Dannia pula menjenguk sedikit kepalanya, mahu melihat isi kandungannya. Mereka berdua tertanya-tanya akan isi kandungan sampul tersebut. Dengan penuh debaran, Harith mengeluarkan sesuatu dari situ. Bagaikan mahu tersembul biji mata kedua-duanya apabila isi kandungan itu ditarik keluar. Pakej bulan madu? Mampus! Harith dan Dannia saling berpandangan. Masingmasing menunjukkan reaksi yang sukar ditafsirkan. Papa, kami tak perlukan semua ni. Kenapa sampai ke luar negara ni? ujarnya dengan wajah yang sudah kelat. Takkan mahu bercuti sampai ke luar negara? Dengan perempuan ni? Dahlah sejuk kat sana. Apa apa pun boleh jadi kalau macam ni. Tahan ke iman aku nanti? Harith menelan liur. Aik, bukan selama ni Rith memang suka ke luar negara ke? Lagipun apa salahnya? Menantu mama mesti tak pernah pergi ke sana, kan Nia? Datin Rosmaria mengarahkan pandangannya kepada menantu kesayangannya. Apa aku nak jawab ni? Dannia cemas. Think Dannia, think! Laju otaknya mencari jalan menjawab soalan Datin Rosmaria. Errr... memang tak pernah. Nia rasa tak perlulah ke luar negara. Rasanya Harith sibuk, kan abang? Dannia menolak dengan menggunakan alasan kesibukan. Terasa hendak termuntah memanggil Harith sebegitu. Yuks! Eee...

85

Kasihku Yang Satu

seram aku nak ke luar negara dengan lelaki ni. Nak mampus? Silap hari bulan penyakit gila mamat ni datang, tak ke naya aku. Tak berani aku. Jangan nak cari nahas, Dannia. Bukan boleh percaya dia ni! Harith tersentak. Terasa indah pula apabila Dannia memanggilnya dengan panggilan abang. Terbuai-buai.... Isy, apa yang kau fikir ni? Harith mengerling Dannia di sebelahnya. Hei, geram betul! Aku pulak disabitkan. Tapi betul jugak. Cuti aku, kan tinggal empat hari lagi. Lagipun takkan papa nak tambah cuti aku, kerja kat ofis mesti melambak. Suzanne pun pasti mengamuk. Betul jugak cakap Nia. Rith masih lagi banyak kerja kat pejabat tu. Lagipun cuti Rith tinggal lagi empat hari. Harith menggaru kepalanya. Aduh! Papa boleh lanjutkan cuti Rith kalau itu yang kamu runsingkan. Dato Iskandar memberi jalan keluar. Tak payahlah papa. Lagipun cuti semester Nia dah nak habis. Tinggal seminggu aje lagi. Kalau boleh, Nia nak buat preparation sebelum semester baru. Boleh batalkan ya mama, papa? Puh... bismillah, minta-mintalah mama dan papa setuju. Dia sudah tidak mempunyai alasan lain. Otaknya saat ini beku. Apatah lagi dengan kedudukan dirinya dengan Harith begitu rapat. Tangan mamat ni pulak boleh tahan gatalnya. Cubalah duduk diam kat situ, tak boleh ke? Datin Rosmaria mengeluh. Dia sedikit kecewa dengan penolakan Dannia dan Harith yang tidak mahu menerima hadiah daripada mereka. Kalau macam tu, mama tangguhkan dulu tiket ni. Tapi bulan madu tetap kamu berdua akan pergi. Full stop, putus Datin Rosmaria dengan tegas.

86

Syania Shaa

Apa??? Serentak Harith dan Dannia bersuara. Alamak, ingatkan dah habis isu ni. Haiya! Mati aku macam ni.... Apalah kamu berdua ni. Terkejut sampai macam tu sekali. Datin Rosmaria dan Dato Iskandar ketawa melihat wajah anak dan menantu mereka yang begitu terkejut. Harith dan Dannia tersenyum kambing dengan teguran Dato Iskandar dan Datin Rosmaria. Wajah masingmasing kelat. Yalah. Bukannya nak suruh kamu berdua buat apa pun. Suruh bercuti pun terkejut. Kalau ya pun excited, janganlah menjerit macam tu. Sakit telinga papa ni! Dato Iskandar mengusik dan ketawa. Eh, tapi... Tak ada tapi-tapi lagi. Kamu berdua pilih aje nak pergi mana dalam Malaysia ni. Papa dan mama yang sponsor. Tak ada bantahan lagi. Orang lain beria-ia nak pergi honeymoon, korang ni lain pulak. Macam tak suka pulak. Belum sempat Dannia ingin menghabiskan ayatnya, Datin Rosmaria laju mencelah. Bukan macam tu, mama. Kami betul-betul busy. Harith cuba berdalih. Walau bagaimana cara sekalipun, dia mesti memikirkan jalan keluar. Papa tak kira. Kamu ikut cakap papa, atau kamu pergi honeymoon luar negara. Korang berdua pilih sendiri. Dato Iskandar memberi kata putus. Mereka sudah tidak punya pilihan lain selain bersetuju sahaja. Okay, fine. Pulau Redang. Laju Harith membuat keputusan tanpa berbincang dengan Dannia. Sengaja dia

87

Kasihku Yang Satu

memilih tempat itu kerana dia mempunyai rencana lain. Rencana yang hanya dia seorang mengetahuinya. Mendengarkan jawapan Harith, Dannia sudah melopong sendiri. Hampir sahaja dia tersedak. Hah, biar betul dia ni! Adui! Masalah... masalah. Bimbang juga kalau sesuatu yang tidak diingininya bakal terjadi. Ya Allah, lindungilah hambaMu ini... doanya dalam diam.

YOU nak bercuti? Kenapa tiba-tiba? Suzanne mengelus manja pipi Harith. Tangannya sedari tadi tidak berhenti merayap di tangan Harith. Bangga dapat memiliki pemuda setampan dan sekaya Harith. Senang hatinya dapat menumpang kemewahan lelaki itu. Jadi, tidak perlulah dia bersusah mencari kerja lain. Maklumlah, model tempatan mana nak sama dengan model antarabangsa. Bunyi bising di sekelilingnya tidak dihiraukan. Dia hanya mendampingi Harith kerana lelaki itu kaya, dan bukan atas sebab cinta. Dia memaafkan lelaki itu kerana Harith menghadiahkannya seutas rantai emas. Cantik, mesti harganya pun cantik. Dia tersenyum sendiri. Papa I paksa pergi bulan madu. Selamba Harith berkata tanpa memandang wajah Suzanne yang sudah bertukar riak. Tetapi hatinya juga sedikit ragu. Bimbang jika gadis kesayangannya merajuk, pasti melayang lagi duitnya. Namun, dia seharusnya berlaku jujur kepada Suzanne dan gadis itu perlu tahu akan situasinya. Dia mahu berterus terang dengan Suzanne. Tidak sanggup untuk terus berbohong. Sudahlah papa dan mamanya juga ditipunya hidup-hidup.

88

Syania Shaa

Di dalam fikiran, dia merangka ayat terbaik untuk memberitahu khabar duka buat gadis itu. Matanya masih meliar melihat manusia-manusia di hadapannya meliuklentok berdansa mengikut rentak muzik yang begitu rancak. Sesekali mata nakalnya mencari kelibat gadis-gadis cantik, cuci mata.... Apa, honeymoon? You jangan nak bergurau dengan I. Gelak ketawa Suzanne kedengaran. Mustahil. Setahunya Harith belum berkahwin. Sudah hampir setahun usia perkenalan mereka. Malah secara tidak rasminya Suzanne telah diangkat menjadi teman wanita Harith. Lelaki itu telah melamarnya dan sanggup buat apa sahaja untuknya. I tak tipu. Papa I dah arrangekan semuanya. I cuma perlu bawa diri dan wife je. Gelak Suzanne terhenti tiba-tiba. Mulutnya melopong, tidak percaya dengan berita yang disampaikan oleh Harith. Hati yang tadi bagaikan taman, kini mulai layu, diganti dengan kawah yang panas membara. Tak guna! Macam mana pula dengannya selepas ini? Mesti kemewahannya terbatas. Bagaimana dia boleh tidak tahu tentang perkahwinan lelaki itu. Bila? Bila you kahwin? tekannya, kuat melawan bunyi muzik yang semakin rancak. Baru lagi, almost one week. What the...! You kahwin time balik kampung hari tu? Semakin meruap marahnya. Bulat matanya mencerlung tajam wajah Harith yang selamba. Look, semua ni bukan apa yang you fikirkan. I dengan perempuan tu dipaksa kahwin, okey. I tak cintakan dia pun. Never! terangnya apabila Suzanne sudah tidak senang duduk.

89

Kasihku Yang Satu

Merah padam wajah Suzanne menahan rasa sakit hati. Mungkin terasa dirinya ditipu. You tipu I, Rith. You cakap dulu, you takkan kahwin dengan perempuan lain, kan? Suzanne menjerkah Harith. Matanya mencerlung geram. Sakit hatinya dipermainkan sesuka hati. Mati-mati dia ingatkan Harith cintakannya separuh mati apabila Harith sanggup membuat apa sahaja demi memikatnya dahulu. Yup, time tu memanglah I cakap macam tu. Tapi sekarang Im a married man. I kahwin dengan perempuan tu bersebab. Nadanya masih tenang. Sedikit pun tidak gentar dengan suara Suzanne yang bagaikan halilintar itu. Bila dan kenapa I tak pernah tahu pun pasal ni? Habis I ni macam mana, Rith. Jawab?! soal Suzanne bertubitubi. Air matanya merembes keluar. Lakonan dimainkan. Dia tahu Harith akan kalah dengan pujukan dan air matanya. Dengar dulu apa I nak cakap ni.... Perkahwinan tu aturan keluarga. I tak pernah dan tak akan cintakan perempuan gila harta tu. I just sayang you sorang je. Lagipun I kahwin just untuk dapatkan harta. Sanggup ke nanti you hidup dengan I tanpa harta? I dont think so. Harith menarik perlahan tubuh gadis itu lalu dirangkulnya erat. Dia mengusap perlahan belakang gadis itu yang sedang diamuk kesedihan. Dia yakin, Suzanne takkan sanggup berdampingan dengannya apabila dia tidak mempunyai kemewahan seperti sekarang. Walaupun jawatannya kini bergelar timbalan pengarah syarikat, tetapi perasaan bimbang masih ada. Dia bimbang jika Dato Iskandar menarik balik kesemuanya apabila dia enggan menikahi Dannia. I tak percaya. Tapi you mesti tidur sebilik, kan? Suzanne menolak perlahan tubuh Harith. Rimas! Air matanya

90

Syania Shaa

diseka. Wajah muram tetap dipamerkan memohon simpati. Harith miliknya, takkan dilepaskan lombong emas yang memberikan segala kemewahan untuknya. Memang kami sebilik, tapi bukan sekatil, okey! And jauh sekali sebantal, tegasnya pula. Tapi I takut bila you berdua-duaan kat sana nanti. Apa-apa pun boleh terjadi. Tambahan pula hubungan you all dah halal. I tak mahu itu semua terjadi. Wajahnya dimuramkan. Halal? Dia ketawa sendiri. Harith mungkin akan menganggapnya sebagai gadis suci, biarpun sebaliknya yang berlaku. Sengaja dia menggunakan ayat sebegitu rupa untuk menjerat Harith. Dan dia yakin, Harith bukan lelaki yang selalu dijumpai di luar sana. Lelaki itu lain daripada yang lain. Mengutamakan perhubungan yang suci. Masih berpegang teguh dengan agamanya soal yang satu itu. Mana mungkin Harith menggauli seorang gadis yang masih belum mempunyai hubungan yang halal antara mereka. Banyak kali juga dia menggoda lelaki itu supaya bersamanya, namun semuanya menampakkan jalan kecewa. Dont worry, I akan sewa bilik lain nanti. Why dont you ikut I sekali. Boleh kita bercuti bersama. Harith memberi cadangan sekadar memujuk Suzanne. Betul ni, I boleh ikut you sekali? Seakan tidak percaya Harith sudi mengajaknya bercuti bersama. Hatinya girang. Tetapi apa pula alasan yang mahu diberikan kepada Izlan nanti? Ah, pandai-pandailah kau, Suzanne. Sebuah kecupan diberikan kepada Harith. Lelaki itu hanya tersenyum senang melihat buah hatinya kembali ceria. Senang je nak pujuk minah ni.... Ujar hatinya sendiri.

91

Kasihku Yang Satu

Jomlah menari. I nak menari sekarang ni. Suzanne mula ceria kembali sambil memaut tangan Harith supaya mengikut. Mereka menuju ke tengah ruang, lalu menari dengan rancaknya. Tubuh Suzanne dirangkul erat, sesekali leher gadis itu dicumbuinya. Begitu asyik mereka menari sehingga malam mula menginjak subuh. Jam empat pagi barulah Harith pulang membawa Suzanne yang sudah kemabukan. Dirinya pula sudah berasa sedikit pening lalat meneguk air haram itu, mujur dia masih boleh memandu pulang. Gila mahu minum sampai tak ingat dunia. Kalau Dato Iskandar tahu, mati dirinya dikerjakan. Papanya bukan boleh dikira, bila angin taufannya melanda mesti dia akan terseksa. Silap hari bulan dihalau keluar. Ketika tiba di pekarangan rumah, Harith memarkirkan keretanya lalu menghendap masuk ke dalam rumah. Lagaknya bagaikan pencuri. Nasib naik dia membawa kunci pendua, kalau tidak bermalam di luarlah jawabnya. Dengan berhati-hati dia menuju ke arah tangga, bimbang perlakuannya dapat dihidu oleh Dato Iskandar. Dannia sudah nyenyak dibuai mimpi. Langsung tidak sedar akan kepulangan Harith yang mabuk. Perlahanlahan Harith merebahkan dirinya di atas katil. Bajunya langsung tidak ditukar, dirinya sudah tidak bermaya dan terlalu mengantuk. Dia memerlukan rehat yang secukupnya. Lupa sudah pada sang isteri yang baru seminggu dinikahinya. Pada Harith, dia tidak ada kena-mengena langsung dengan Dannia. Apa yang gadis itu mahu lakukan, dia tidak akan masuk campur sama sekali. Itu tekadnya, asalkan mereka pandai melakonkan watak masing-masing di hadapan keluarga mereka. Hanya satu yang diimpikannya, harta Dato

92

Syania Shaa

Iskandar mesti jatuh ke tangannya. Selepas itu, hal Dannia akan jatuh ke tangga kedua. Dia akan menyingkirkan Dannia daripada hidupnya dan hidup bahagia dengan Suzanne. Dalam lena, Harith bermimpikan kemewahan yang bakal dikecapinya bersama senyuman kemenangan....

SUZANNE melangkah longlai menuju ke apartmennya. Pandangannya mulai kabur. Dia pening. Terlalu banyak minum. Tangannya meraba kunci di dalam tas tangannya. Kasutnya dihempas kasar ke lantai untuk mencari kunci. Isy... mana pulak kunci ni? Tadi ada, janganlah buat hal. Aku dah tak larat nak jalan ni. Hampeh! Saat tangannya mencapai sesuatu yang agak sejuk, lantas dikeluarkan. Tinggi tangannya diangkat untuk melihat benda di tangannya. Senyuman terukir di wajah apabila barang yang dicari dijumpainya. Lalu dimasukkan kunci itu ke lubang untuk membukanya. Langkahnya sedikit terhuyung-hayang apabila melangkah masuk, setelah pintu apartmen berjaya dibuka. Kasut tadi dikuis dengan kaki dan disepaknya perlahan melepasi pintu. Dan tiba-tiba... Where have you been? Satu suara yang cukup menyentakkan dirinya. Lan, why are you here? Bila sampai, sayang? Suzanne bertanya gugup. Sedaya upaya dia cuba untuk berdiri dengan betul. Pertanyaan Izlan dijawab dengan pertanyaan juga. Sepatutnya lelaki itu outstation selama tiga hari. Ini belum cukup tiga hari, lelaki itu sudah pulang. You tak jawab lagi soalan I tadi. You dari mana ni? Dengan perasaan marah dia menghamburkan pertanyaannya. Sudah hampir empat jam dia menunggu Suzanne di rumah.

93

Kasihku Yang Satu

Bila dihubungi langsung tidak berjawab. Sungguh sakit hatinya, dia sengaja pulang tanpa memberitahu perempuan itu. Niatnya untuk memberi kejutan. Tiba sahaja dia di rumah perempuan itu, dia kehampaan, perempuan itu tiada di rumah. Hilang mood gembiranya tadi, bertukar menjadi perasaan geram dan sakit hati. I... errr... well, I dari birthday party June. Suzanne melangkah mendekati Izlan. Cuba membelai lelaki itu untuk meredakan kemarahan. Sampai lewat macam ni? Izlan masih tidak berpuas hati dengan jawapan Suzanne. Hatinya sedikit ragu. Betulkah? Atau perempuan itu berpelesiran dengan lelaki lain? Terfikirkan hal itu, hatinya menjadi sakit. Dia tidak rela jika ada lelaki lain mendampingi gadis kesayangannya. Dia tidak suka. Benci. Nak buat macam mana? I nak balik awal, tapi June tu halang. You pun tahu I ni best friend dia. So, dia tak suka I tinggalkan dia kat situ. Suzanne merengek, manja. Tangannya mengelus lembut bahu Izlan, cuba meredakan perasaan marah lelaki itu. Sampai mabuk macam ni? Tangan Suzanne yang merayap di bahunya dicapai dan digenggam erat. Sorry, I tak sengaja. June beri I Coke yang bercampur alkohol. Tak perasan perbuatan dia. Please jangan marah I, rengeknya bernada manja. Ni last time I bagi warning. I takkan maafkan you kalau you ulangi perkara macam ni lagi. Faham? Izlan mengeluh lagi. Tidak mungkin dia memarahi Suzanne. Dia terlalu menyayangi perempuan ini. Terlalu cinta. Thanks, sayang. I janji. Lantas bibir Izlan dikucupnya dengan penuh kasih. Mujur sahaja lelaki itu sudi

94

Syania Shaa

memaafkannya. Suzanne memeluk erat tubuh Izlan yang sasa. Terasa damai apabila Izlan membalas pelukannya. Terasa bahagia di segenap ruang hatinya. Pergi mandi. I tunggu you. Izlan berbisik perlahan di telinga Suzanne sebelum melepaskan rangkulan di tubuh perempuan itu. Sempat dia menghadiahi kecupan di leher jenjang Suzanne. Izlan melangkah menuju ke bilik, dan mendekati balkoni mengambil udara segar sementara menunggu Suzanne. Sambil menghirup udara dinihari, dia termenung sendiri. Sesekali terbit keluhan di bibinya. Dia sendiri terfikir bagaimana dengan kehidupan yang dijalaninya kini. Kalaulah keluarganya tahu perangainya yang sebenar, pasti mereka kecewa. Lama dia memikirkan hal yang satu itu. Ibu... maafkan Iz.... Bagaimana dia harus meninggalkan itu semua yang kian sebati dengan dirinya? Seharusnya dia tidak terikut-ikut dengan perangai rakan-rakannya yang liar. Kalaulah dia mendengar nasihat rakan baiknya dahulu, pasti ini semua tidak akan terjadi. Untuk seketika dia insaf. Ya, dia seharusnya berubah menjadi Izlan yang baharu. Tetapi bagaimana dengan Suzanne? Dia begitu mencintai perempuan itu. Dia harus bertanggungjawab dengan apa yang telah terjadi. Tetapi mahukah perempuan itu? Izlan mengeluh perlahan. Sejak beberapa hari yang lepas, dia sering bermimpi perkara yang bukan-bukan. Mimpi yang seolah-olah mahu dia kembali menjadi Izlan yang dahulu. Mimpi tentang arwah ayahnya yang dihormati. Tentang ibunya yang sayu... dia sebak sendiri. Sudah lama dia tidak menjenguk mereka yang berada di kampung. Rindunya bertandang lagi. Ibu....

95

Kasihku Yang Satu

Bab 10
KEY, saya rasa itu sahaja yang perlu disampaikan setakat ini. Jika ada pertanyaan, sila rujuk pada anak kedua saya, Ezmiel. Tan Sri Raziff bangun dari kerusi yang didudukinya dan melangkah meninggalkan bilik mesyuarat yang luas itu diikuti oleh kakitangannya yang lain, meninggalkan Khairul Ezmiel, Khairul Zafrey dan seorang pegawai kanan yang lain. Zaf, kau rasa macam mana? Kita nak buat kat mana kali ni? Zafrey di hadapannya direnung. Dari semalam lagi dia berfikir tentang company event yang bakal diadakan tidak lama lagi. Kita buat lain la sikit tahun ni. Aku tak naklah buat kat hotel macam yang sebelum ni. Dah naik muak tau tak! Aku rasa, better kita pergi Terengganu nak? Kita pergi pulau... amacam? Zafrey memberi cadangan. Pulau? Pulau mana? Bajet kau dah kira ke? soal Ezmiel pula. Cadangan yang menarik perhatiannya. Tidak terfikir olehnya akan pulau-pulau cantik di pantai timur itu.

96

Syania Shaa

Pulau Redang. Bajet tu dont worrylah, no hal. Papa tak kisah. Lagipun kali ni kita buat two-in-one. Pilihlah tempat best sikit. Alang-alang boleh bercuti terus. Mama, kan dah lama nak bercuti kat Terengganu? Teringat akan Puan Sri Kamilia yang sudah lama ingin ke negeri pantai timur. Pulau Redang tu okey jugak Ez, Zaf. Aku dengar pulau tu cantik tau. Boleh aku bawak awek aku. Danny menyampuk tiba-tiba. Bayangan bersama gadis impiannya terlayar di ruang mata. Hanya sekejap sahaja apabila kepalanya diketuk dengan fail yang agak tebal. Potong stim betullah. Lama benar dia tidak menjejakkan kaki ke sana. Hampir berbelas tahun lamanya. Kali terakhir dia ke sana ketika masih lagi di bangku sekolah. Sakit kepala aku, bongok. Babylah kau ni.... Danny menggosok kepalanya. Biul sekejap. Ingat tak bayar zakat ke? Selamba badak kau nak babykan aku! Padanlah dengan muka kau. Dalam kepala takde benda lain ke nak fikir? Zafrey ketawa. Teman adiknya memang nakal, ada sahaja benda mengarut yang akan diutarakan walaupun tidak diminta pendapatnya yang tak berapa nak cerdik tu. Okey, stop. Sekarang ni serius, okey? Nak buat kat mana? Zafrey mencelah setelah ketawanya reda. Sesekali dia menoleh jam dinding di bilik itu. Kalau boleh dia mahu cepat, sebentar lagi dia perlu keluar untuk bertemu klien. Pulau Redanglah. Muktamad. Lagipun tempat dan bayaran aku boleh uruskan. Aku ada kawan kat sana, lagipun dia pemilik hotel tu. So, pandai-pandailah aku nak handle. Panjang lebar Ezmiel menerangkan. Okey, set. Apa-apa lepas ni kau inform kat aku. Aku nak bincang pulak dengan papa. Kalau tak ada apa-apa, aku

97

Kasihku Yang Satu

nak chow dulu. Aku ada hal. Zafrey bangun dari tempatnya. Tergesa-gesa menuju ke arah pintu. Hoi, walaweh... lajunya! Nak jumpa awek ke bro? laung Danny. Sengaja mahu mengusik Zafrey. Bukannya dia tidak tahu lelaki itu tidak berapa ngam dengan kaum Hawa. Awek hotak kau! Aku nak jumpa client ni. Dah lambat tau tak? Sempat Zafrey membalas laungan rakannya sebelum tubuhnya melolos keluar dari bilik mesyuarat. Ezmiel dan Danny menggelengkan kepala. Kenal sangat dengan perangai si abang yang terlalu komited dengan kerjaya. Gadis yang berminat dengan Zafrey langsung tidak dilayan. Bukan calang-calang gadis yang meminati Zafrey. Sebut sahaja namanya, pasti ramai gadis yang teruja. Apatah lagi kedudukan dan harta milik keluarga mereka. Pasti ramai yang tergila-gila. So, aku dengar kau still tak jumpa adik kau yang hilang tu. Betul ke? Soalan Danny membuatkan wajah Ezmiel sedikit keruh. Memikirkan hal itu, hatinya dipagut kecewa. Adik perempuannya masih tidak ditemui. Dia bimbangkan kesihatan mamanya yang terlalu rindukan anak perempuan tunggalnya. Satu-satunya puteri dalam keluarga mereka. Setakat ini, kesemua orang yang diupah langsung tidak berjaya menjejak adiknya itu. Emmm.... Akalnya sudah buntu mencari adiknya yang telah hampir dua puluh tahun tidak ditemui. Memikirkan mamanya, hati lelakinya menjadi sayu. Kesian mama, mesti terlalu rindukan adik. Ibu mana yang tidak sedih apabila anak yang baru beberapa hari dilahirkan terpisah. Keluarga neneknya begitu kejam, sanggup memisahkan mereka semata-mata kerana dendam.

98

Syania Shaa

Sabarlah, aku yakin suatu hari nanti kau pasti berjumpa dengan adik kau. Danny menepuk-nepuk bahu sahabat baiknya. Menyesal kerana mulutnya yang terlepas cakap menyoal soalan sensitif kepada Ezmiel. Muram sudah wajah yang ceria tadi. Aku harap macam tu, la. Lagipun aku buntu, sampai sekarang kami tak jumpa dia. Entah macam mana rupa dia sekarang. Dari kecil aku tak sempat jumpa adik aku. Entah-entah kami pernah berselisihan jalan, tapi tak kenal each other. Luahan terbit daripada mulut Ezmiel melepaskan apa yang terbuku dalam hati. Okeylah, aku blah dulu. Ada hal kejap lagi. Kau tolong handle guest list dan keperluan lain. Apa-apa hal, kau roger aku later. Ezmiel ingin lari daripada situasi yang menyesakkan dadanya. Dia perlu pulang ke rumah untuk menemani mamanya ke butik. Itulah janjinya semalam kepada Puan Sri Kamilia. Wanita itu berpesan supaya dia pulang tengah hari untuk menemaninya ke butik. Mahu mengharapkan Zafrey, abangnya itu sibuk memanjang. Hanya kadang-kadang sahaja dia dapat memenuhi permintaan mama tersayang. Papanya pula sibuk menghadiri mesyuarat tergempar yang bakal diadakan oleh ahli lembaga pengarah lain kerana projek besar telah berjaya mereka raih. Bunyi deringan telefon bimbitnya menyebabkan Ezmiel memperlahankan sedikit kereta yang dipandu sebelum diberhentikan di bahu jalan. Tangannya laju mencapai handphone di dalam poket seluarnya. Dipandang sekilas nama yang tertera sebelum bibirnya mengukir senyuman lebar. Assalamualaikum my sweetheart. Ya, Ez on the way balik la ni. Lagi setengah jam Ez sampailah. Mama tunggu je, okey? Mana ada Ez lupa date kita. Orait ma, bye... love you!

99

Kasihku Yang Satu

Mesti orang tidak percaya kalau mereka dengar perbualannya dengan mama. Manja sangat, kalau dengar dek orang lain, naya aku. Tak fasal-fasal kena gelak sampai terguling-guling dengar playboy macam aku ni cakap manja dengan mama aku. Ez... Ez... lantaklah! Lagipun apa salahnya hendak bermanja dengan mama sendiri. Bila lagi, kan? Kan? He he he....

PUAN SRI KAMILIA berjalan beriringan dengan Ezmiel menuju ke sebuah butik. Setiap manusia yang berselisihan dengan mereka pasti akan menoleh berkali-kali. Terpegun dengan keanggunan si pemakai bersesuaian dengan status yang dipegang oleh wanita itu. Anak terunanya pula tampil segak bergaya walaupun baju kerja yang dipakai oleh Ezmiel dengan lengan yang tersingsing separas siku, tanpa tali leher. Puan Sri Kamilia tersenyum bangga di samping Ezmiel, bukan mahu riak tetapi terselit perasaan bangga terhadap perhatian yang diberikan kepada anak terunanya itu. Hai Puan Sri, lama I tak nampak you, dah lama tak datang kat butik I. Makin anggun you sekarang ni. Jealous I tau! tegur Sally, meliuk-lentok tubuhnya bagaikan sotong. Ezmiel di sisi hanya memerhati lelaki separuh perempuan bercakap dengan ibunya. Meremang bulu romanya apabila melihat lelaki itu mengenyitkan mata kepadanya. Huish, mak aih! Merenyam betul. Bergetar badan Ezmiel ketakutan apabila melihat lelaki itu menghampirinya. Hi, handsome. Im Sally. Nice to meet you. Tangan dihulurkan kepada Ezmiel. Teragak-agak Ezmiel mahu menyambut huluran tangan itu.

100

Syania Shaa

Hi, nice to meet you too. Dia menyambut huluran Sally dan meleraikannya sepantas kilat. Eee... geli aku! Apa punya nama la kau guna. Agaknya nama Salleh dah jadi Sally kut. Nama mak bapak dah bagi elok duk pi tukaq buat pa. Huish, dahsyat manusia zaman sekarang ni. Mama ni pun satu, dalam banyak-banyak butik kat KL ni, yang sotong ni punya jugak dipilihnya. Trauma aku lepas ni nak datang sini. Segak la Puan Sri. Siapa tu? Anak kedua I. Kenapa, berkenan ke? Puan Sri Kamilia tersenyum memandang Sally di sebelahnya. Anak you? Segak mak! Kalau I dapat, mesti tak cari yang lain. Umph, gitu.... Sally ketawa kecil. Matanya masih lagi memandang Ezmiel yang sudah panas punggung sedari tadi. Tidak selesa dengan renungan mata lelaki separa suku itu. Kalau you berkenan boleh je. Tapi kena tanya tuan punya badan dulu la, kan? Puan Sri Kamilia tersenyum nakal, sengaja mahu mengusik Ezmiel yang sudah berpeluhpeluh. Macam kucing nak beranak sahaja lagaknya. Mak aih, ada ke patut mama mahu kenakan aku dengan mamat lembut ni? Simpang malaikat empat puluh empat, mintak dijauhkan. Gelilah...! Mama! Hampir terjerit dia mendengar ayat yang keluar daripada mulut mamanya. Nak mampus? Aku masih waras lagi tau! Aku normal, okey? Puan Sri Kamilia sudah ketawa sakan, mahu berguling-guling rasanya melihat wajah panik Ezmiel. Ha ha ha... memang kelakar. Ez ada hal la mama. Lambat lagi ke? Kejap lagi nak jumpa client ni. Segera dia mematikan ketawa Puan Sri Kamilia. Mukanya usah dikata, masam mencuka. Ni dah kes membuli namanya. Geramnya mama ni, sempat lagi nak

101

Kasihku Yang Satu

kenakan aku. Takpe... takpe... ada ubi ada batas, ada hari, ni hah tunggulah anakmu yang lagi maco ni balas. Wait and see, ya mama. Mukanya tersengih jahat, ligat otaknya mencari idea. Ha ha ha... tinggg! Dalam meredakan ketawanya, Puan Sri Kamilia terpandang kelibat seseorang yang amat menarik perhatian. Lantas, Puan Sri Kamilia keluar dari butik yang menghalang penglihatan ke arah gadis itu yang ralit membelek sehelai baju yang bertentangan dengannya. Tanpa mempedulikan Ezmiel yang nyata terpinga-pinga, dia mengayunkan langkah dengan agak laju, hatinya berdebar-debar ketika ini. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, semakin dekat melangkah, semakin kuat paluan di dadanya. Terasa air hangat bertakung di tubir mata. Panggilan Ezmiel dibiarkan tidak bersahut, kalau boleh sedikit pun dia tidak mahu mengalihkan pandangannya daripada tubuh itu. Pandangan tertanya-tanya orang di sekelilingnya dibiarkan sahaja. Semakin dekat, semakin laju langkahnya dan akhirnya bertukar kepada larian anak. Sampai sahaja di tempat yang dituju, bayangan gadis yang menjamu matanya hilang. Puan Sri Kamilia makin resah. Tak mungkin. Pasti dia... aku yakin. Ya Allah, bantulah hamba-Mu, Ya Allah.... Mama, whats going on? Nafas Ezmiel turun naik. Kelakuan Puan Sri Kamilia kelihatan pelik. Entah apa yang dicari oleh mama kesayangannya sehingga berlari anak menuju ke sini. Terpinga-pinga dirinya ditinggalkan macam orang bodoh di dalam butik nyah tadi. Mama.... Ezmiel menyentuh bahu Puan Sri Kamilia perlahan. Sentuhan Ezmiel agak memeranjatkan Puan Sri Kamilia, lantas tangan tua itu menyapu mukanya. Disapu air

102

Syania Shaa

hangat yang menodai pipinya. Puan Sri Kamilia menghela nafas panjang, cuba menenangkan diri. Namun, matanya masih lagi melilau mencari gerangan orang yang dicari. Ez nampak tak sorang gadis yang berdiri kat sini tadi? Suaranya ditahan. Sebak di dada cuba ditenangkan. Gadis? Ezmiel cuak. Janganlah mama nak kenenkan aku dengan gadis tu. Bukan boleh percaya mama ni. Kalau angin monsun dia datang, habislah aku. Tapi kenapa mama menangis? Hmmm... gadis yang pakai blaus ungu. Rambut paras pinggang, pakai hairclip. Kenapa dengan budak tu mama? Mak aih sempat lagi duk teliti budak tu. Cantik sangat ke? Kalau mama nak kenenkan Ez dengan budak tu, tak payahlah. Im not interested. Laju mulutnya menyanggah. Langsung tidak mendengar ayat yang seterusnya keluar daripada mulut mamanya itu. Apa yang kamu merepek ni, Ez? Kamu jangan nak perasan ya. Im serious. Puan Sri Kamilia mencebik. Tidak mahu melayan lawak anaknya. Gadis itu dicari lagi. Dia berdoa supaya gadis itu ditemukan lagi dengannya. Hah, Errr... Ez tak nampak pun. Tangannya digaru-garu di kepala. Aisemen, terperasan pulak. Malunya! Dia berdeham beberapa kali mengcover malunya. Nak buat macam mana kan, aku kan handsome. Adoyai, sempat lagi kau ni perasan, ya Ez! Dia kembali serius. Matanya juga melilau mencari gerangan yang dicari oleh Puan Sri Kamilia. Please Ez, tolong cari. Please, Im begging you, desak Puan Sri Kamilia lagi. Dia mengharapkan Ezmiel.

103

Kasihku Yang Satu

Okey ma, relaks okey, Ez cari. Mama jangan gelabah. Tunggu sini, Ez cari... arahnya sebelum meninggalkan Puan Sri Kamilia di situ. Adeh, mana aku nak cari budak ni, sehari pun belum pasti jumpa. Dahlah besar pasar raya ni. Mau seminggu kaki aku kebas. Dalam mencari, hatinya merungut perlahan. Mata manusia di sekelilingnya langsung tidak dihiraukan. Ezmiel mencari manusia yang dicirikan oleh mamanya sebentar tadi. Dari satu kedai ke kedai yang lain dia masuk. Hampir sejam mencari, Ezmiel kembali semula ke sisi Puan Sri Kamilia. Tercungap-cungap dirinya menahan nafas, dah boleh masuk maraton ni.... Macam mana? Jumpa tak? Laju Puan Sri Kamilia bertanya sebaik sahaja melihat Ezmiel menuju ke arahnya. Besar sungguh harapannya agar Ezmiel menemui gadis itu. Takdelah, mama. Siapa sebenarnya perempuan tu? Mama kenal ke? Bertubi-tubi pertanyaan keluar daripada mulutnya. Dia memerlukan penjelasan yang membuatkan dirinya terkejar-kejar mencari orang yang dia sendiri tidak pasti akan gerangannya. Your little sister. Sebaris ayat itu membuatkan Ezmiel terkejut dan terkaku. Dia tidak salah dengarkah? Masakan adiknya itu berada di Kuala Lumpur? Tak mungkin! Kalau gadis itu berada di kota ini masakan orang upahannya itu gagal menjejaki adiknya itu. What? Mama pasti ke? Mama tak tahu. Tapi menyatakan she is your sister. firasat mama kuat

Ezmiel menepuk dahinya kuat. Mama... mama. Hatinya sedikit terusik melihat wajah mamanya yang begitu redup dan sayu. Dia faham akan kerinduan itu. Mama....

104

Syania Shaa

Mama yakin, Ez. Please, percayakan mama.... Redup matanya memandang anak terunanya itu. Mama salah tengok agaknya. Kita balik, ya. Dah lama kita kat sini. Pujuk Ezmiel. Serba salah apabila melihat Puan Sri Kamilia yang sudah berubah muram dan sedih. Hilang wajah ceria mamanya sebentar tadi. Mama nak cari adik. Tolong mama, mama terlalu rindukan dia. Matanya berkaca-kaca menahan sebak. Rindu kepada Isya tidak tertanggung rasanya. We will find her someday. Trust me. Kami semua pun rindukan dia. Kita balik dulu. Ez dan Zaf akan usahakan, ya ma. Apa yang penting, mama kena jaga kesihatan mama. Come. Ezmiel menarik tangan Puan Sri Kamilia supaya mengikutinya. Tangannya menggenggam erat menghulurkan sejuta semangat buat wanita kesayangannya itu.

CUBA yang ni pulak. Datin Rosmaria menunjukkan dress yang agak labuh untuk Dannia. Dress untuk dipakai apabila bersiar pada waktu petang. Fabrik yang cukup ringan dan warna yang agak sesuai dengan tempat percutian Dannia dan Harith nanti. Dia mahukan yang terbaik untuk anak dan menantunya itu. Ma, dah banyak la. Cukuplah tu. Okey? Lagipun Nia dah ada banyak baju kat rumah. Dannia menolak dengan baik cadangan ibu mentuanya yang masih lagi bersemangat untuk membeli-belah. Semua kedai mahu disinggahnya. Kakinya sudah naik lenguh menurut semua kemahuan Datin Rosmaria. Terasa mahu tercabut kakinya. Ala, cuba la dulu. Mama berkenan sangat. Cuba

105

Kasihku Yang Satu

dulu, ya sayang? Datin Rosmaria tidak berputus asa memujuk menantu kesayangannya. Sayangnya kepada Dannia melebihi sayangnya kepada Harith. Selepas ini dia mahu belikan untuk Iman pula. Sengaja dia tidak memaklumkan kepada Iman untuk ke Kuala Lumpur, sekali gus melawat anak bongsunya itu. Pasti Iman akan gembira. Apatah lagi apabila membawa bersama kakak iparnya yang sering ditanya siang dan malam. Dannia mengeluh perlahan. Kalah lagi dengan pujukan ibu mentuanya. Dia terpaksa akur dengan kehendak Datin Rosmaria. Bimbang jika dia menolak, wanita itu akan berkecil hati pula. Sebelum ini sudah banyak yang ditolak, itu dan ini semuanya ditolak. Nampaknya kali ini dia terpaksa menerima walaupun hatinya menegah. Dia tidak mahu Harith menghinanya atau mengatanya di kemudian hari apabila tahu mamanya banyak berbelanja untuk dirinya. Okey. Datin Rosmaria tersenyum senang dengan kepatuhan Dannia. Setelah mendapat kesemua barang yang dikehendaki, mereka menuju ke medan selera di tingkat atas. Perut mereka sudah berkeroncong minta diisi. Sampai sahaja di sana, Dannia memilih tempat berdekatan dengan dinding kaca melepaskan penat lelahnya berjalan seharian. Mama nak makan apa? Nanti Nia order. Nasi putih, tomyam dan fresh orange ya. Thanks, sayang. Datin Rosmaria juga melakukan yang sama, melepaskan penat. Barang yang dibelinya diletakkan ke tepi. Dannia tersenyum mengangguk sebelum beredar menuju ke kaunter untuk membuat pesanan dan memilih makanan lain. Datin Rosmaria pula sibuk membelek barang-

106

Syania Shaa

barang yang dibeli tadi. Sesekali matanya melilau, melihat sekeliling memandang keletah anak muda zaman sekarang yang tanpa segan-silu berpelukan dan bercumbuan. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Kalaulah anaknya serupa dengan mereka semua, mahu dipelangkung dengan pinggan mangkuk kat rumah. Biar benjol di kepala. Buat malukan keluarga sahaja! Bunyi pinggan yang diletakkan di hadapannya memaksa Datin Rosmaria memandang ke hadapan kembali. Senyuman dihadiahkan kepada Dannia sebaik sahaja matanya singgah pada seraut wajah tenang di hadapannya. Hati tuanya sudah terpaut pertama kali dia terpandang wajah itu di rumah kawannya. Hajat mahu bermenantukan Dannia akhirnya tercapai, walaupun bagi pihak anak lelakinya agak tidak adil. Dia mahukan yang terbaik buat Harith, dan saat itulah dia tidak ragu-ragu mahu memilih Dannia sebagai pendamping Harith. Dia yakin Harith akan berubah dan bahagia dengan Dannia. Nia dah ready ke nak pergi honeymoon? soalnya apabila masing-masing menyepikan diri. Dah, ma. Dannia tersenyum sumbing. Kelat wajahnya pada saat soalan itu keluar daripada mulut Datin Rosmaria. Aisemen, janganlah tanya yang bukan-bukan lagi. Aku tak nak tambah dosa.... Tolong aku! Emmm... harap-harap hujung tahun dapatlah mama dan papa menimang cucu. Mendengarkan bunga-bunga harapan yang meluncur daripada mulut itu, Dannia tersedak dan terus terbatuk-batuk. Peritnya! Laju tangannya mencapai air di atas meja lalu disedutnya dengan rakus. Perit sungguh tekaknya. Merah muka dan hidungnya menahan sakit.

107

Kasihku Yang Satu

Hai, kenapa ni? Mama sebut cucu sampai macam tu sekali? Datin Rosmaria tergelak kecil. Muka Dannia yang sudah merah ditatapnya. Comel! Entah untuk yang keberapa kali dia memuji Dannia, dia sendiri tidak terkira. Ehem... insya-Allah, ma. Kalau ada rezeki ada la. Hentam ajelah. Aku takde idea ni. Alahai, macam mana ni! Hatinya cemas. Kalau dituntutnya, tak ke mampus? Idea oh idea... datanglah padaku.... Kuseru dikau.... Eh, apa yang aku merepek meraban ni? Pukul berapa nak pergi kolej Iman? soal Dannia laju. Sengaja mengubah topik. Hatinya tidak tenang selagi terpaksa menipu. Untuk mengelak, dia terpaksa memesong ke topik yang jauh mengenai alam perkahwinannya. Sekejap lagilah. Lepas zuhur kut. Petang nanti dah nak bertolak balik. Dannia mengangguk perlahan. Sebaik sahaja makanan yang dipesan tiba, mereka menjamu selera. Kadangkadang diselitkan juga cerita mengenai persatuan Datin Rosmaria. Aktif sungguh ibu mentuanya menyertai beberapa persatuan. Katanya hanya dengan menyertai persatuan tersebut barulah dia dapat menghilangkan rasa sunyinya. Kerana itulah dia mahukan Dannia melahirkan anak secepat yang mungkin. Sekali lagi apabila soal itu diutarakan, Dannia tersenyum kelat. Okeylah ma, jomlah kita balik atau mama ada lagi barang yang nak dibeli? Sengaja melencong ke topik lain. Semput nafas aku kalau ditanya isu sensitif ni. Takde. Baliklah, dah dekat pukul tiga ni. Solat pun belum. Kita singgah dulu mana-mana masjid. Then, baru bertolak ke kolej. Kejap, mama call Iman dulu. Orait, mam!

108

Syania Shaa

Tangannya diangkat ke paras kepala, tabik hormat. Sengaja mahu mengusik Datin Rosmaria. Tergelak Datin Rosmaria dengan perangai keanakanakan menantu sulungnya itu. Macam-macam la kau ni, Dannia. Dah, jangan nak usik mama. Jom! Mereka melangkah keluar dengan barang yang sarat di tangan. Sesekali mereka bergelak ketawa dengan kenakalan Dannia yang tidak habis-habis bercerita tentang abangabangnya yang lucu. Ya Allah, semoga keluargaku sentiasa dilimpahi dengan kegembiraan. Amin... doa Datin Rosmaria dalam hati. Datin Rosmaria sudah penat seharian berjalan di sekitar Kuala Lumpur. Sengaja dia mengajak Dannia mengikuti suaminya ke Kuala Lumpur. Mulanya ditegah oleh Dato Iskandar, namun apabila dipujuk, suaminya itu bersetuju. Malah Harith sendiri yang membenarkan Dannia mengikut mama dan papanya ke Kuala Lumpur. Dia sudah merancang sesuatu semasa ketiadaan papa dan mamanya dan juga ketiadaan Dannia. Ya, masa inilah peluangnya untuk berjumpa dan menghabiskan masa dengan Suzanne. Gadis idamannya....

109

No. ISBN:- 978-967-5067-75-4 Jumlah muka surat:- 1,128 Harga Runcit:- S/M: RM37, S/S: RM40 Harga Ahli:- S/M: RM33, S/S: RM36 Sinopsis:Perkahwinan yang diatur oleh pihak keluarga amat menyeksakan. Daniel Harith terpaksa kerana harta dan Dannia pula terpaksa kerana budi pada keluarga. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Namun, di sebalik perkahwinan yang disangka bahagia sebenarnya membawa duka kepada Dannia. Semua itu hanya dipendam keseorangan. Semakin hari perangai Harith semakin melampau. Kerana satu kejadian yang melukakan hati, Dannia tega membawa diri membiarkan Harith terkapaikapai sendirian. Ketiadaan Dannia membuatkan dirinya digamit rindu yang mencengkam hati lelakinya. Setelah bertahun Dannia kembali, dirinya

ditemukan kembali dengan lelaki yang pernah menggores luka di hatinya. Sedaya upaya Dannia melarikan diri semakin dekat lelaki itu menghampiri. Sejauh mana pun dia melarikan diri namun ikatan antara mereka tersimpul mati. Setelah beberapa lama mencuba, gadis mana tidak cair dengan ayatayat manis, begitu juga dengan Dannia. Dirinya akur turut sama mencintai suaminya. Hubungan mereka kembali rapat. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hubungan mereka kembali bergolak angkara orang ketiga yang begitu mendendami Dannia sejak dahulu. Sekali lagi Dannia membawa diri kerana kecewa dengan perkahwinan kedua Daniel Harith. Kehamilannya dirahsiakan daripada suami, Harith pula tercari cari si isteri kerana ia hanyalah salah faham dan perangkap semata-mata. Setelah hampir dua tahun menghilang Dannia pulang ke pangkuan keluarga dengan anak kecil. Daniel Harith yang berjaya menjejaki Dannia cuba mengadakan sebuah pertemuan dengan wanita kesayangannya. Berjayakah Harith bertemu Dannia apabila orang ketiga mengadakan pelbagai fitnah demi menghalang mereka berdua bersatu kembali? Kuatkah Harith dan Dannia melawan dugaan yang kian mencabar mereka? Tabahkah Dannia mengharunginya? Sekali aku melafazkan cinta, selama itulah hatiku milikmu kerana kaulah Kasihku Yang Satu. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan KASIHKU YANG SATU di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami.

Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196

Anda mungkin juga menyukai