Anda di halaman 1dari 25

Discovering Computers 2008

Fundamentals Fourth Edition

Hasil Pembelajaran
Definisi kemoralan sosial, ciri-ciri dan kelemahan teori ini. Ciri-ciri yang terkandung dalam teori teleologikal. Ciri-ciri teori keperibadian mulia dan kritikan terhadap teori ini.

Ciri-ciri teori deontologikal.


2

Kemoralan Sosial
Ethos = hukum, adat resam, kebiasaan & tradisi.
Mores = adab, sopan santun, tradisi yang menentukan piawaian sebuah kelompok.

Lahirnya teori kemoralan sosial (kemoralan konvensional/tradisionalisme).


Peraturan ditentukan oleh masyarakat sebagai undang-undang dan diberi autoriti dalam masyarakat. Masyarakat mesti menerima bagi menyekat segala perbuatan buruk seperti mencuri, tamak, dengki dan sebagainya Setiap masyarakat mempunyai adat resam dan pantang larangnya yang sendiri.

Ciri-ciri Teori Kemoralan Sosial


Dikuatkuasa Pentingkan masyarakat Kritik
Peraturan moral patut dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah supaya wajib dipatuhi. Peraturan ini lebih mementingkan masyarakat secara umum, bukan individu sebagai matlamat etika. Peraturan ini juga tidak membenarkan seseorang menilai dan mengkritik peraturan moral yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya.

5 Kelemahan Teori Kemoralan Sosial


Sekat Salah Faham Sesuaikan Diri
Menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yang dibuat oleh masyarakat Berlaku salah faham, konflik dan ketegangan kerana setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza. Kesukaran masyarakat baru menyesuaikan diri dengan sistem moral yang ada kerana masa dan keadaan telah berubah.

5 Kelemahan Teori Kemoralan Sosial

Kepatuhan

Mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun bertentangan dengan kehendak hati mereka.

Tidak Semua

Tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik, contohnya diskriminasi kaum.

Teori Keperibadian Mulia

Aristotle Contoh

Teori ini diperkenalkan oleh Aristotle : katanya kecenderungan untuk mencapai sesuatu tujuan, menjadikan seseorang itu manusia sempurna

Contoh-contoh teori ini ialah keadilan, murah hati, keberanian dan sebagainya.

Ciri ciri Keperibadian Mulia


Latihan Jalan Tengah Lebih /Kurang
Peribadi mulia tidak berlaku secara semulajadi, tetapi menerusi latihan hingga menjadi satu kebiasaan dan menyeronokkan.

Setiap keperibadian mulia merupakan jalan tengah (tidak keterlaluan dan tidak terlalu kurang).
Tindakan yang berlebihan dan terlalu kurang adalah tindakan yang salah dan tercela. Cara yang betul i: mengambil pendekatan secara sederhana dan pertengahan.

10

Teori-Teori Keperibadian Mulia


Teori Teleologikal
(Nilai selepas tindakan)

Teori Deontologi
(Nilai semasa tindakan)

Utilitirianisme

Prinsip Kewajipan Eksistensialisme


11

Egoisme

1. Teori Teleologikal
Teori ini menilai baik dan buruk sesuatu tindakan itu selepas ia dilakukan. Terbahagi kepada : (1) Utilitirianisme (2) Egoisme

12

Utilitirianisme (Menurut Jeremy Bentham & Quinton)


Diperkenalkan oleh Jeremy Bentham : manusia sentiasa berhadapan keseronokan dan kesakitan. Maka manusia yang bermoral hendaklah mencari keseronokan dan kebahagiaan. Seseorang itu sepatutnya melakukan tindakan yang banyak menghasilkan kebaikan atau keseronokan. Menurut Quinton, kebaikan dan keseronokan ditentukan hasil daripada tindakan itu sendiri.
13

Utilitirianisme (menurut John Stuart Mill)


John Stuart Mill pula berpendapat : sesuatu perbuatan itu dianggap benar adalah mengikut mengikut kadar kebahagiaan yang terhasil oleh perlakuan itu Tindakan bermoral apabila menghasilkan keseronokan maksimum & tindakan tidak bermoral apabila menghasilkan kesakitan atau penderitaan, contohnya, kes pengeboma. Hiroshima bertujuan menghentikan peperangan dunia yang telah banyak mengorbankan nyawa manusia.
14

Kelemahan Teori Utilitirianisme


Membenarkan seseorang melakukan kejahatan untuk mencapai keseronokan. Keseronokan dan kebahagiaan tidak boleh disama ertikan kerana dua sifat ini ada dalam keadaan tertentu bertentangan antara keduanya. Menghadkan keseronokan dan kebahagiaan sahaja tidak memadai untuk mencapai matlamat hidup. Terdapat nilai yang lebih baik seperti kebebasan, kesihatan, ilmu pengetahuan dan lain-lain. Ada keseronokan yang berbentuk jahat, seperti seronok mencuri, membunuh, menyiksa orang lain atau membakar harta benda orang.

15

Teori Utilitirianisme Tentang Isu Perang


Seseorang itu mesti mengimbangi kemudaratan dan kebaikan yang timbul hasil daripada peperangan. Jika hasilnya membawa kepada kebahagiaan dan kebaikan melebihi kesengsaraan, peperangan boleh dilakukan Contoh utilitarianisme berkenaan isu peperangan ialah, menyokong tindakan mengebom bandar-bandar di Jerman, walaupun ramai mangsa yang tidak berdosa menjadi korban untuk menamatkan Perang Dunia Kedua. Ini kerana, jika pihak Nazi menang, dunia akan hilang sifat kemanusiaannya dan kezaliman akan berleluasa .

16

Egoisme
Nilai itu baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu jahat jika ia merugikan diri sendiri. Contohnya, saya menolong kawan yang dalam kesusahan hanya jika saya mendapat keuntungan. Ia juga dikenali sebagai consequentalisme.

17

Ciri-ciri Egoisme
Individu mesti menentang pengorbanan diri dan diganti dengan pemeliharaan, pembesaran, pengasihan dan kepentingan diri dan ego. Peraturan mesti bersifat individualistik. Sesiapa yang mematuhi peraturannya sendiri akan menjadi kuat, maju, cekap dan berkuasa.

18

Kelemahan Teori Egoisme


Ditentang oleh golongan pendokong demokrasi dan mereka yang berjiwa kemasyarakatan. Penentang mengatakan Nietzsche jahil tentang agama dan kewujudan manusia. Beliau seorang atheis yang tidak bermoral.

19

2. Teori Deontologi
Mementingkan penilaian perbuatan semasa. Teori ini juga melihat proses perbuatan tersebut. Tindakan yang bersesuaian dengan undang-undang dan bertanggungjawab dikatakan bermoral, jika tidak sebaliknya. Sesuatu tindakan itu mungkin diterima oleh sesuatu masyarakat tetapi mungkin dianggap salah dan tidak diterima oleh masyarakat lain. Terbahagi kepada 2 kategori: Prinsip Kewajipan dan Eksistensialisme
20

Prinsip Kewajipan
Tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu satu tanggungjawab contohnya menunaikan janji. Seterusnya, prinsip kewajipan ini (menurut Immanual Kant) dapat dibahagikan kepada 2 bahagian pula, iaitu Good Will (tekad baik) dan Categorical Imperative (perintah mutlak tanpa syarat).
21

Good Will & Categorical Imperative


Good Will merupakan sesuatu tindakan yang datang daripada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab akan melahirkan perbuatan bermoral, contohnya seseorang yang menyambung pelajaran selepas mendapat keputusan SPM atas kesedaran diri sendiri keran memikirkan ianya satu tanggungjawab adalah satu perbuatan yang beretika. Categorical Imperative ialah apabila suatu peraturan dibentuk, setiap orang mesti mematuhinya setiap masa tanpa sebarang pengecualian dan persoalan, contohnya, menipu dalam peperiksaan adalah satu kesalahan kerana rasionalnya adalah walaupun menipu boleh membantu anda mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan, ia tetap dihina orang kerana ia adalah satu tindakan yang tidak adil.

22

Eksistensialisme
Eksistensialisme (i) Merupakan nilai baik buruk mesti berasaskan kepada pilihan individu secara bebas, contohnya, menderma kepada institusi agama adalah nilai baik jika dilakukan kerana pilihan sendiri tetapi menjadi nilai buruk jika kerana terpaksa.

23

Kritikan Terhadap Teori-Teori Ini


Grassian: terdapat tafsiran yang salah tentang konsep kewajipan, contohnya merotan anak sebagai kewajipan, jika tidak anak tersebut bersikap biadap. Perintah mutlak membimbing seseorang mematuhi prinsip atau peraturan moral tanpa kekecualian. Durkiem menganggap bahawa kita tidak boleh dan tidak patut melakukan sesuatu yang tidak bermakna pada diri kita hanya atas sebab telah diperintahkan berbuat demikian.
24

25