Anda di halaman 1dari 14

Pantun Anti Dadah Suasana indah seri angkasa, Tidak terkira beribu batu, Dadah durjana perosak bangsa,

Remaja terleka mengapa begitu Cempaka indah disanggul kencana Cantik di pakai bersama sari Pendidikan diberi kesedaran dijana Terhapuskah dadah di dunia ini Burung merak burung merbah Bersama bersatu membina sarangnya Rosak akhlak kerana dadah Remaja begitu apa puncanya Buah delima dipecah kecil Diagih-agih ke dalam kotak Punca utama dadah diambil Pengaruh rakan sukar di tolak Ulam senduduk dan juga pegaga Enak dimakan di atas tikar Iman di pupuk takwa di jaga Barulah dadah boleh di hindar
HASIL KARYA: Nurmaisarah Bt. Bahtiar Kelas: 6 kreatif

DADAH DURJANA

Cikgu selalu berkata dadah itu merbahaya jauhilah dadah durjana dadah durjana pemusnah bangsa

Cikgu selalu berkata jangan sekali kamu dekatinya hidup yang indah pasti akan gelap gelita kerananya keluarga yang harmoni pasti hura hara Negara yang maju pasti akan mundur Kesihatan yang baik akan bertukar menjadi sengsara Semua hanya kerana dadah

Dadah kau pemusnah bangsa.. Aku berjanji tidak sekali ku dekatimu Dadah durjana

Hasil karya: M.Nur Amirul Aliff 6 Kreatif

D.A.D.A.H

Dadah itu pemusnah diri

Anda jauhi anda tak akan rugi Dalam diri kuatkan hati Agar tidak dinodai Hidup pasti diberkati dan dirahmati ILAHI.
HASIL KARYA: HAIQAL HAFIZIN KELAS: 4 WIBAWA

DADAH MUSUH NEGARA Dadah adalah musuh Negara. Penggunaan dadah adalah dilarang sama sekali. Dadah ialah satu bahan terkawal. Ia juga digunakan dalam perubatan tetapi hanya sedikit sahaja kuantitinya. Jika disalah gunakan dadah boleh

membinasakan diri. Antara contoh-contoh dadah ialah ganja, heroin , morfin dan sebagainya. Antara punca-punca pengambilan dadah adalah kerana pengaruh rakan sebaya atau masalah keluarga yang membuatkan tertekan atau dipinggirkan. Terdapat ramai belia yang terlibat dalam dadah. Oleh itu, kita harsulah memerangi dadah kerana itu tanggungjawab bersama. Selain daripada itu, golongan belia yang paling ramai mengambil dadah. Mereka yang mengambil dadah dianggap sampah masyarakat. Ia juga menjatuhkan martabat keluarga. Mereka juga mudah terkena jangkitan AIDS yang boleh membawa maut. Di samping itu, terdapat cara-cara menangani dadah dengan mengadakan kempen anti dadah. Ibu bapa juga haruslah memainkan peranan supaya anak-anak tidak terjebak dalam najis dadah dan pergaulan bebas. Oleh itu, kita mestilah memerangi dadah kerana ia musuh Negara.

Hasil karya: Nabilah Syahira Misbahaudin 6 kreatif