Anda di halaman 1dari 43

Sharina Elisa

Prolog
AHIT menelan kenangan hitam yang memudarkan harapan. Dahulu, dia bukan seperti ini. Hidupnya penuh dengan pelangi. Bukan ralit diulit derita seperti ini. Bukan juga berteman sebak di dada. Memori mula terlayang pada kenangan semalam. Pertama kali berkenalan dengan jejaka idaman. Naik bosan rasanya. Manakan tidak? Jejaka di hadapannya itu sekadar membisu sejak tadi. Bukan seminit dua tapi sudah melebihi enam puluh minit! Mia Adyla menggoyang-goyang kakinya. Aduhai.... Membosankan sungguh mamat ni. Sudahlah tunduk aje, macam anak dara nak kena pinang. Erk! Ye ke anak dara nak kena pinang tunduk macam tu? Mia Adyla menggaru kepala. Uit! Berhemahnya lelaki itu menyuap makanan ke dalam mulutnya. Sopan santun betul. Aku, kalau makan macam ni, confirm! Kalau masuk pertandingan Gadis Melayu, semua peserta lain akan kalah! Wekkk! Perasan sendiri!

Bukan Bisikan

Awak... ooo awak.... Awak tak sakit tengkuk ke? Dari tadi menunduk aje? Sempoi sahaja soalannya. Irfad Hakimi angkat muka. Memandang tepat ke wajah kosong Mia Adyla. Saya tak berani nak pandang awak. Adesss! Apesal? Saya janji tak makan awaklah! Saya dah kenyang! Bukan setakat mi bandung je saya makan, sirap bandung pun saya dah minum. Cuma... belum pernah sampai ke Bandung je lagi, seloroh Mia Adyla. Saya takut nak pandang awak. Takut pulak dah! Saya takut nak pandang awak sebab awak... cantik sangat, puji Irfad Hakimi. Erk! Irfaq! Kalau saya ni cantik, dah lama saya join Miss World tu! Bukannya apa, nanti kalau saya masuk semua peserta lain kalah. Jadi, takpe la saya beri peluang kat ratu cantik yang lain dulu menang. Tahun depan, saya masuklah, seloroh Mia Adyla lagi. Awak, saya nak kahwin dengan awak. Saya suka awak. Awak cantik. Suka buat lawak. Kita kahwin nak? ajak Irfad Hakimi dengan tiba-tiba. Erk! Mamai ek? Tiba-tiba nak ajak saya kahwin? Tak takut saya ni orang jahat ke? Tak takut ke nak habiskan duit untuk saya? Saya guna pati minyak wangi tanpa alkohol All Star Perfumes or ASP. Ekstrak asli. Harumannya kuat. Guna sikit je, tapi tahan sampai tujuh puluh dua jam. Dompet pulak saya tak pakai yang murah-murah. Saya guna M. Vernis Viennois. Lagi?

Sharina Elisa

Cukuplah tu! Tak baik menipu, ujar lelaki itu. Siapa kata baik menipu? Dah awak menipu? Saya tak tipu, saya bohong je, ujar Mia Adyla dengan selamba. Awak, kahwin ngan saya, ya? pinta lelaki itu lagi. Kahwin tu apa? Awak nak kahwin dengan siapa ni? Dengan awak la. Awak nak ajak saya kahwin ni, awak kenal saya ke? Tak, tapi lepas kahwin nanti kita kenal-kenal la, kata lelaki itu lagi. Sorry to say! Saya tak berminat dengan soal kahwin-kahwin ni. So, saya rasa dah tak ada apa-apa lagi, kan? Saya dah kenyang. Saya nak balik. Nak tidur. Esok nak kerja, ujar Mia Adyla seraya bangun. Awak saya hantar. Jejaka itu menawarkan diri. Takpe la. Terima kasih. Kereta saya, saya dah isi minyak petrol. Tak guna diesel so, insya-Allah selamat sampai ke rumah. Erk! Hati-hati. Errr errr... saya nak nombor awak boleh? Saya tak pernah beli nombor. Nombor ekor tu haram. Erk! Bukanlah, errr your phone number? Oh! Nak buat apa? Supaya kita boleh berhubung lagi lepas ni.

Bukan Bisikan

Oh, 01. Sekejap. Saya nak ambil handphone. 01234567891011213. Awak kira sendiri la! Tak larat nak sebut semua nombor ni. Dalam banyak-banyak nombor tu, awak pilih je nombor mana yang awak berkenan. Terus Mia Adyla berlalu keluar. Aisey! Macam manalah mummy boleh suruh aku keluar dengan mamat tak cukup matang macam tu? Jumpa sekali dah ajak kahwin? Gila ke mental? Mia Adyla mengukir senyuman dalam keterpaksaan. Begitu indah kenangan itu. Saat pertama kali bertemu dengan lelaki yang bergelar suami. Begitu naif rasanya mengenal hubungan. Begitu gugup untuk berhadapan. Aturan keluarga telah membawa bibit-bibit cinta ke gerbang perkahwinan. Siapalah manusia ingin menentukan percaturan hidup?

Sharina Elisa

Bab 1
Bukan mudah untuk kutafsir isi hatimu Bukan mudah untukku fikirkan apa yang dirimu mahu Jika degupan jantungmu bukan lagi milikku Kenapa harus sebegitu? kasih suciku diperlaku Aku keliru... benar-benar keliru Apa yang kau mahu dariku sebenarnya? AJU jemarinya menari di dada keyboard sebelum butang create post ditekan. Mia Adyla mengeluh lemah. Terus lappy kesayangannya dimatikan. Bingung. Bingung apabila memikirkannya. Kenapalah hatinya begitu sukar melupakan lelaki yang hanya tahu permainkan hati wanita sepertinya? Mia Adyla tarik nafas dalam-dalam. Dia tekad. Kali ini dia mesti bertegas dengan hidupnya sendiri. Untuk apa

L
5

Bukan Bisikan

diseksa lagi diri sendiri andai merana yang menjadi upahnya?

PAGI-PAGI lagi, Aiman Haikal sudah posing di meja kaunter. Menunggu si gadis idaman mengorak langkah ke dalam kedainya. Masuk kali ini, sudah empat kali dia berulang-alik ke tandas. Semata-mata ingin memastikan penampilannya tampil kacak dan kemas. Sesekali mata Salina, pembantu kedainya melirik kurang senang melihatnya sebegitu. Ah! Bukannya dia tak sedar! Bukannya dia tak perasan tapi sengaja dibuatnya tak faham. Untuk apa dilayan kalau arah hatinya bukan untuk gadis itu tapi sudah lekat pada empunya badan yang masih jua tak diketahui namanya. Ya! Hari ini, dia akan pastikan nama insan pemilik senyuman manis dan menggoda itu diketahui juga. Aiman Haikal tanam hasrat. Salina berjalan melenggok apabila melintasinya. Dengan eye liner hitam pekat macam mafia. Dengan lipstik merah menyala persis buah delima. Dengan pemerah pipi yang dah macam opera sehingga membuatkan naik meluat jejaka itu melihatnya. Bukankah seorang gadis itu akan kelihatan lebih menawan andai mereka mempamerkan kecantikan semula jadi? Dengan tona wajah yang asli? Salina mengelap cermin-cermin kaca yang sudah mula tampak berhabuk. Welcome! ujar suara operator yang telah disetkan apabila pelanggan melangkah masuk ke dalam kedai. Aiman Terujanya! Haikal memaling sekilas. Gadis tu!

Sharina Elisa

Meleret senyuman Aiman Haikal tika itu. Setiap minggu dia menantikan kedatangan gadis berjean putih itu. Dengan wajahnya yang ayu bertudung litup. Sungguh manis dipandang. Gaya selamba gadis itu diperhatinya dengan penuh minat. Kali ini, gadis itu berkemeja merah jambu, bertudung putih dan seperti biasa... seluar jean putih. Suka benar awak pakai jean putih! Ralit matanya mengekori gerak-geri si gadis yang masih leka memilih. Sesekali jari telunjuk si gadis menyentuh dagu. Lagak memikirkan sesuatu. Aiman Haikal senyum sendiri. Diperbetulkan baju kemejanya supaya kelihatan lebih kacak dan bergaya. Aiman Haikal tersenyum lagi. Perlahan-lahan, dia menapak keluar dari meja kaunternya. Khusyuk benar gadis itu memilih warna manikmanik yang dipamerkan. Langsung tidak dihiraukan kerenah para pembeli yang lain. Boleh saya bantu, cik? Aiman Haikal menyoal. Suara yang dilontarkan kedengaran sungguh gentleman. Mia Adyla terperanjat lantas senyuman terukir di bibirnya. Secara tidak langsung, kadar denyutan jantung milik Aiman Haikal mula bertambah kencang. Saya terlupa warna manik yang customer saya pesan. Oh, jadi cik. Sengaja Aiman Haikal memberhentikan kata-katanya. Berniat untuk mengetahui nama si empunya diri sebenarnya. Mia panggil saya Mia sahaja, ujar Mia Adyla seraya mengukir senyuman. Manis sekali.

Bukan Bisikan

Oh, Mia. Mia aje? Nama panjang sikit? He he he ulat bulu dah naik daun. Mia Adyla. Bibir itu masih mengukir senyuman. Merah semula jadi tanpa sebarang olesan solekan. Memang gadis seperti inilah yang didambakan selama ini. Cantik nama tu. Secantik tuannya. Ringan sekali mulut Aiman Haikal memuji. Mia Adyla tersenyum malu. Jadi, Mia ni jual manik-manik ni semua dekat customer Mia pula? Maknanya jual atas beli? Mia Adyla angguk dan geleng. Aiman Haikal jongket kening. Tidak faham. Mia Adyla senyum lagi. Saya hasilkan gelang daripada manik. Siapa yang nak manik? seloroh gadis itu. Aiman Haikal teruja. Terkekeh dia ketawa. Wah, pandai awak ya! Tak ada la. Sikit-sikit bolehlah. So, siapa customer awak? Awak hantar kat mana? Semua pelayar Internet. Maksud saya, yang melawat blog saya. Oh, perniagaan Internet? Dahsyat tu. Tak ada la. Tak ada dahsyatnya pun. Bolehlah bagi saya alamat blog. Bila free, boleh saya jengah ke sana. Lagipun, saya ni memang suka sangat buat misi mengembara ke blog-blog, ujar Aiman Haikal terlebih ramah.

Sharina Elisa

Oh, boleh je! Miaadyla.blogspot.com erk, salah! Cute-cute.blogspot.com. Aiman Haikal tertawa kecil. Awak ni kelakarlah! Erk, kelakar ke? Mia Adyla garu kepalanya yang bertudung. Emmm okeylah, saya nak manik yang ni seratus biji, emmm... ambillah semua jenis, setiap satu nak seratus erk. Saya kena pergi pejabat pos pulak ni. Ada urusan. Boleh awak tolong bungkuskan sekarang? Mia Adyla teringat kotak-kotak bungkusan di dalam perut keretanya. Kalau macam tu, saya hantarkan jet kat rumah awak, memandangkan awak nak cepat. Hah? Hantar jet kat rumah saya? Saya nak manik, bukan jet, ujar Mia Adyla seraya ketawa kecil. Aiman Haikal menggaru tengkuknya. Bukan saja cantik, erk? Tersasul la, awak. Saya tolong hantarkan kat rumah awak. Erk, tak perlulah sehingga susahkan awak. Lembut gadis itu menolak. Mana ada susahnya. Tak ada hal la. Betul ni? Okeylah, ni kad saya. Saya pergi dulu. Terima kasih banyak-banyak. Tergesa-gesa Mia Adyla melangkah keluar. Menuju ke arah Perdana V6nya.

Bukan Bisikan

Bab 2
Saban hari hatiku merintih Desakan hidup buatku perit Kenapa aku diperlaku sebegini?

terkoyak.

OI!!! Irfad Hakimi menjerkah kasar. Tali leher direntap kuat hingga

Dari tingkat bawah suara jantannya kedengaran. Naik malu Mia Adyla kepada jiran-jiran yang mendengar. Bukan tak pernah telinganya disajikan dengan umpat cercaan jiran-jiran yang menuduhnya bukan-bukan. Tetapi ditebalkan saja telinganya. Bila penat mereka berbicara, diamlah mulut mereka itu. Terdengar bunyi tapak kaki lelaki itu berlari laju ke tingkat atas. Bagai bergegar rumah. Manakan tidak, jika dia masuk ke rumah dengan memakai kasut. Bagaikan tiada adab langsung.

10

Sharina Elisa

Lelaki mana kau bawak balik tu, hah? soal lelaki itu dengan lantang. Dengan mata terbeliak bulat dan merah menyala bagai penagih dadah itu, cukup membuatkan tubuh kecil itu menggigil ketakutan. Amukan si suami tak pernah mengenal siapa. Langsung tiada rasa belas. Hanyut terus dirasuk amarah. Tergamam Mia Adyla dibuatnya, terus jarinya menekan lock. Irfad Hakimi mendekat. Rambut separas bahu Mia Adyla direntap kasar. Menjerit gadis itu kesakitan. Cuba melawan. Cuba melepaskan pegangan kuat insan bernama lelaki. Sakitlah! Irfad Hakimi mencerlung garang. Disembam muka Mia Adyla ke meja komputer. Kuat! Pandangan Mia Adyla mula berpinar-pinar. Melawan lagi? Beroktaf-oktaf suara Irfad Hakimi naik. Air mata Mia Adyla sudah bergenang di kelopak mata tetapi ditahannya daripada merembas keluar. Rasa sakit di dahi diabaikan kerana sakit di hati terasa lebih parah. Dari hari ke hari sakitnya semakin bertambah dan membara bagaikan lava gunung berapi. Menunggu masa sahaja untuk meletup. Irfad Hakimi menarik kasar tangan gadis itu sehingga gadis itu terdorong ke depan lantas terhantuk ke dinding. Kasar. Auch, awak sakitlah! Lepaskan saya. Tolong lepaskan saya. Awak... lepas... kan sa... ya rayu Mia Adyla. Nadanya bergetar. Beginikah layanan seorang suami kepada seorang isteri? Dilayan sesuka hati?

11

Bukan Bisikan

Diheret kasar gadis itu ke pintu pagar. Puas Mia Adyla meronta. Awak, awak nak bawak saya ke mana ni, saya tak pakai tudung! Tak payah pakai tudung! Perempuan takde maruah macam kau ni, tak payah pakai tudung! Memerah lengan gadis itu dikerjakannya. Woi, lelaki tak guna! Ni isteri aku! Isteri aku kau tahu? So, jangan nak menggatal dengan isteri aku. Pergi balik sekarang! Ditunjal-tunjal dahi gadis yang digelarnya isteri itu. Awak! Lepaskan saya! pinta Mia Adyla lagi. Sekali lagi gadis itu meronta-ronta. Aiman Haikal memandang geram ke arah Irfad Hakimi. Kau ni lelaki ke? Kalau kau ni suami dia, kau takkan berkasar dengan dia. Aku datang bukan nak menggatal. Aku nak bagi barang-barang dia ni, hah! Satu beg yang dipenuhi manik-manik diunjukkan kepada Irfad Hakimi. Wow! Sekarang kau dah pandai tidur rumah lelaki lain? Pang! Satu tamparan hinggap di pipi Mia Adyla. Aiman Haikal terperanjat. Ditumbuk kuat lelaki durjana itu lantas, tangannya menerkam Mia Adyla. Menarik gadis itu, terus masuk ke dalam kereta. Woi! Kau nak bawak isteri aku pergi mana? Jeritnya lantang. Para jiran yang mendengar, menggeleng. Masak sudah dengan perangai si panas baran. Ada sahaja yang tidak kena dengan manusia yang dipanggil isteri.

12

Sharina Elisa

SEJAK tadi Mia Adyla menunduk. Malu, marah, geram dengan lelaki itu. Lelaki yang selama ini menabur sejuta rasa. Sejuta janji. Mahu membahagiakannya. Mahu menjadikannya ibarat bidadari di taman istana bahagia mereka. Tapi ke mana perginya semua itu? Janji hanya janji. Kenangan hanya tinggal kenangan. X5-01 di poket tangannya mencapai. seluarnya bergetar. Pantas,

Kau jangan ingat kau akan terlepas. Sampai mati, aku takkan ceraikan kau! Kau penipu! Kau layak terima hukuman macam ni! Gadis itu sebak. Apa saya dah buat kat awak? Saya dah tunaikan tanggungjawab saya sebagai isteri awak. Saya buat apa saja yang awak nak, awak suruh. Tapi apa yang saya dah buat kat awak sampai awak sanggup buat saya macam sampah? Apa saya dah buat kat awak sampai awak sanggup tuduh saya penipu? Tak ada maruah? Bagitau saya, tolong terangkan kepada saya! Aiman Hakimi sesekali mengerling ke arah gadis yang baru sahaja diselamatkannya itu. Mia, kalau awak nak nangis, nangislah. Mia Adyla berpaling. Memandang tepat ke arah lelaki itu sebelum ketawa plastik terhambur keluar.

13

Bukan Bisikan

Apa yang akan berubah kalau saya menangis? Membazir air mata saja. Tapi sekurang-kurangnya awak akan rasa lega. Buat sementara? Telefonnya berbunyi lagi. Butang read ditekan. Betul? Betul kau nak tahu sangat? Kau PENIPU! Kau ingat malam pertama kita? Kau tahu yang kau tu dah tak ada dara, kan? Tapi kau masih lagi pura-pura alim. Aku tahu, kau dah pernah tidur dengan lelaki lain, kan? Kau takut kau mengandung so, kau kahwin dengan aku. Nanti, bolehlah kau tutup malu, cakap yang tu anak aku? Bukannya anak haram? Terasa bagaikan tersekat nafasnya di kerongkong. Astaghfirullah... jadi, sebab ni kau layan aku macam ni? Bisik hati Mia Adyla.

14

Sharina Elisa

Bab 3
UDAH tiga hari, Mia Adyla bermalam di rumah itu. Sudahlah hanya mereka berdua sahaja. Pelbagai andaian mula berlegar di benaknya. Yalah, bukannya dia kenal sangat dengan si empunya nama, Aiman Haikal. Memang jejaka itu nampak baik. Tutur katanya selalu dijaga. Seolah-olah otaknya menapis dahulu setiap perkataan yang meniti di bibir. Mia Adyla mengerling ke sekeliling. Huh! Warga kota! Masing-masing tak nak ambil peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Bukannya seperti yang diamalkan oleh masyarakat pada zaman dahulu. Saya nak balik! Sebaris ayat tanpa nada dilontar keluar. Matanya mengarah ke arah luar. Aiman Haikal yang sedang mencoret sesuatu di atas buku notanya mengalih tumpuan. Dipandang wajah nan ayu itu sesaat. Tumpah rasa simpati di situ. Mia Adyla mengalihkan pandangan. Benci benar

15

Bukan Bisikan

dengan pandangan seperti itu. Dia tidak pernah berniat untuk menagih simpati orang. Apa? Awak dah gila ke apa? Nak balik ke rumah macam tu? Mia Adyla mengeluh kasar. Mamat ni tak takut kena tangkap basah ke? Tak fikir ke apa kesannya? Saya nak balik, muktamad! tegas Mia Adyla. Tempatnya bukan di situ. Awak.... Lembut sahaja Aiman Haikal memujuk. Bukannya dia tidak tahu hukum agama. Bukannya dia mahu menghalang perempuan itu kembali ke sisi insan yang tak layak bergelar suami, tetapi lihat sahaja beberapa hari yang lalu. Perbuatan lelaki itu terlalu kejam. Terlalu mengikut amarah yang tak berotak. Selaku kaum yang sepatutnya melindungi kaum yang lemah, dia tidak sanggup melihat seorang perempuan yang tidak bersalah dilayan sebegitu. Perempuan yang berstatus seorang isteri. Isteri yang sepatutnya dibahagiakan tetapi telah disiat rakus oleh si suami yang panas baran. Awak, saya nak balik. Saya kena selesaikan semua ni, jelas Mia Adyla. Awak nak selesaikan apa? Semuanya takkan selesai! Dia pukul awak macam awak ni barang tak berharga. Awak masih lagi nak setia dengan dia? Nada suara Aiman Haikal cuba dikawal. Tidak mahu wanita itu berkecil hati. Siapa cakap? Soal Mia Adyla sambil mendengus. Saya nak balik. Saya nak tuntut cerai. Terlopong Aiman Haikal.

16

Sharina Elisa

Bab 4
E hulu ke hilir kakinya melangkah. Menyampah pula dengan suasana dunia. Ketidakadilan sentiasa menerjah hidupnya. Seakan bala itu memang ditakdirkan untuknya. Astaghfirullah.... Apa yang aku merepek ni? Cepat-cepat dia beristighfar. Leka benar dihasut syaitan yang berbisik. Pandangan dilempar ke arah jendela. Cuba mencari sinar ketenangan. Bayu lembut membelai lembut di pipinya. Dingin. Nafas dihela keluar sambil ekor matanya melirik kasar ke arah gadget canggih di tangan. Naik lenguh jemarinya menekan punat redial. Panggilannya masih tidak disambut. Mia Adyla mengeluh. Dihempaskan badannya ke sofa. Kelopak mata dipejam celik untuk beberapa kali. Lap-top Dell di hadapannya dipandang sepi. Dua puluh tempahan gelang dan tiga puluh tempahan keychain diterimanya. Terus dia memanjatkan syukur di atas rezeki yang diberikan-Nya. Meskipun, dia tidak berpelajaran tinggi, tetapi berkat usaha gigihnya, dia berjaya dalam perniagaannya.

17

Bukan Bisikan

MIA nak quit! Puan Nadia dan Tuan Fairus yang sedang khusyuk membelek helaian akhbar terperanjat sakan. Bukankah anaknya itu yang beria-ia hendak menyambung pengajian? Kenapa nak berhenti? Lecturer tak bagus? soal Tuan Fairus. Mia Adyla menggeleng pantas. Mia tak boleh belajar dengan keadaan macam ni, daddy. Mia... Mia... trauma. Bila Mia nak study je, bayangbayang tu akan datang mengganggu Mia. Mia... Mia takut, mummy, luah Mia Adyla. Tuan Fairus terdiam. Puan Nadia menghampiri anak gadisnya lantas dipeluknya erat. Hanya tangisan yang berguguran menjadi bicara penghubung antara mereka. Ya Allah... kenapa Kau menguji anak gadisku dengan ujian sebesar ini? Detik hati Puan Nadia. X5-01 menjerit nyaring. Mengembalikan wanita itu ke alam realiti. Nafasnya ditarik dalam-dalam bila nickname husband tertera di skrin telefon bimbitnya. Kau nak apa, hah? Suara di hujung talian menjerkah lantang. Terus disergah manusia bergelar isteri tanpa sebarang ucapan salam. Terperanjat Mia Adyla. Digosok-gosok dadanya perlahan. Beginikah ciri-ciri seorang Islam berkata-kata? Sikap seorang ketua keluarga? Kalau awak tak nak saya berada di sisi awak lagi, pegang status isteri awak pada kertas lagi, bagi tahu awalawal. Taklah saya macam orang bodoh! Ceraikan saya, sekarang!

18

Sharina Elisa

Suka hati kau! Yang aku tahu, aku takkan ceraikan kau! Perempuan tak guna! Penipu! Marah Irfad Hakimi kepada Mia Adyla. Awak tak tahu cerita sebenar tapi awak tuduh saya macam-macam? Lantak kaulah! Aku tak nak peduli pasal kau lagi. Kau nak mampus ke nak hidup ke, tu kau punya pasal! Biar padan dengan muka kau. Orang macam kau ni tak layak langsung untuk dijadikan isteri. Hanya ada satu pekerjaan untuk orang macam kau ni, P-E-L-A-C-U-R. Kau tahu, kan taraf kau memang sama seperti seorang pelacur? Kalau manusia itu berada di depannya tentu sudah ditunjal-tunjal kepalanya. Irfad Hakimi geram. Fail yang menimbun di atas meja ditolak jatuh ke bawah. Bersepah. Irfad Hakimi! You are too much! Terus talian dimatikan. Dadanya berombak marah. Ke hulu ke hilir kakinya melangkah. Tabiat yang sering dilakukan ketika diri dilanda resah. Ligat otaknya berfikir untuk keluar dari semua permasalahan yang timbul. Sebolehnya dia mahu berenang ke daratan. Dia sudah penat melayan amukan ombak dalam rumah tangganya. Boleh karam di lautan jika dibiarkan terlalu lama. Mati tenggelam juga sudahnya. Skrin Dell yang riang menari-nari rentak screensaver bermain-main di kaca matanya. Terus komputer riba itu dihampiri. Diangkat mini Dell itu ke ribanya. Laju sahaja jemarinya menaip http://Miaadyla.blogspot.com. Kejamnya hati seorang lelaki yang bergelar suami Menghina dan mencaci isteri sendiri Yang dahulunya dicintai separuh mati.

19

Bukan Bisikan

Kenapakah kau tak mahu bertanya wahai insan bernama suami? Kenapa begitu menyakiti? mudah dan tega kau

Andai dulu, akulah yang dipuja, akulah maharani. Jiwaku merintih pilu Kenapa tidak pernah sesekali kau bertanya akan kenapa diriku sebegini? Untuk pengetahuanmu... untuk menjelaskan situasi. Saban hari kau menipiskan rasa sayang Saban kali kudilukai oleh rasa cinta yang semakin hilang. Biarlah aku titipkan ceritera di sini Kesucian diriku diragut ngeri Saat aku menuntut di IPT Sebab itu kuberhenti study....

AIMAN HAIKAL meraup mukanya kasar. Bingung dirinya apabila memikirkan pemilik sebaris nama Mia Adyla. Raut wajahnya yang jelita benar-benar memikat hati lelakinya. Saat pertama kali terpandang akan wajah itu, denyutan jantungnya mula menjadi tidak teratur. Dadanya berombak

20

Sharina Elisa

kencang. Turun naik nafasnya sudah tidak menentu. Saat mata bertentang mata, dunia seakan-akan berhenti berputar, masa seolah-olah membeku. Memberi ruang kepadanya untuk terus menikmati sepasang mata coklat milik wanita itu. Indah! Argh! Isteri orang tu, Aiman! Jiwanya berkecamuk sendiri. Persetankan lelaki tu! Dia tu bukan lelaki! Siap kau, tak guna! Aku akan rampas Mia daripada kau! Tekad Aiman Haikal dalam hati.

21

Bukan Bisikan

Bab 5
Perlukah aku diperlaku begini? Pulang dan keluar sesuka hati? Seumpama hotel, rumah ini. Walau diri ini kau sakiti Masih wujud sisa cinta bersemi Nun jauh di sudut hati. Namun tegarkah aku? Terus bermukim di daerah sunyi Berenang di lautan sepi Tanpa sebarang melodi. UNYI pintu dihempas kuat memeranjatkan Mia Adyla. Leka benar jemarinya menari di dada lappy kesayangannya. Wanita itu mengeluh. Dibuang jauh

22

Sharina Elisa

segala rasa benci, marah, sedih dan segala-galanya. Biar semuanya hilang untuk selamanya. Saya nak putuskan hubungan kita. Saya tak boleh kahwin dengan awak. Irfad Hakimi pantas menoleh. Memandang tepat ke arah si gadis yang disayangi sepenuh hati. Saya cintakan awak. Terlalu sayangkan awak. Kenapa saya tak boleh kahwini awak? Jadikan awak isteri saya yang sah. Yang saya boleh manjakan dan belai sepanjang masa. Saya sayangkan awak... percayalah. Setiap kali jantung saya berdenyut, ia bermakna setiap saat hati saya terukir nama awak. Bersungguh-sungguh Irfad Hakimi mengukir janji. Saya.... Jemari Mia Adyla digengam erat. I love you forever, sayang... bukan sekadar sekarang tapi pada masa akan datang. Saya janji dan saya jamin yang awak akan bahagia dengan saya. Saya akan pastikan yang awak takkan sesekali menyesal mengahwini saya. Tapi awak.... Tak perlu tapi-tapi... cukuplah kalau awak juga berkongsi perasaan yang sama dengan saya. Itu je yang saya perlukan. Segala yang lain tentang awak, saya dapat terima seadanya. Kerana awak adalah denyut nadi saya. Argh... gila!!! Cukup! Aku tak nak dengar! Hatinya meraung perit. Umpama belati tajam menoreh hatinya dalam. Luka berdarah. Andai plaster dapat menyembuhkan luka yang terpamer, sudah habis satu stok farmasi diborongnya. Namun, dia sudah benci. Benci mendengar semua itu. Kenangan yang dahulunya manis. Yang tak mungkin dirasakan pahit.

23

Bukan Bisikan

Kokus (Coccus) bakteria yang berbentuk bulat seperti bola dan mempunyai beberapa variasi. Mikrococcus, Diplococcus, Tetracoccus, Sarcina, Staphylococcus, Streptococcus, dam Basil (Bacillus). Hmmm... okey... macam mana nak ingat semua ni erk... hmmm... auch! Jerit Mia Adyla nyaring. Sakit badannya apabila dirinya yang khusyuk menelaah tiba-tiba ditolak ke bawah. Mia Adyla mendongak. Terus gadis itu menjerit apabila kelibat seorang lelaki yang langsung tidak dikenali memecah masuk ke biliknya. Imaaa... tolong! Menjerit si gadis itu apabila kedua-dua tangannya dipegang ketat. Arghhh! Binatang!!! Kau dah hancurkan hidup aku! Kau dah musnahkan maruah aku! Rambutnya yang berjuntai di dahi diselitkan ke sisi telinga. Kasar. Andai mampu dia menjerit saat itu, sudah lama dia berbuat begitu. Lepaskan tekanan yang bertandang. Mia Adyla bingkas bangun. Bergegas melangkah masuk ke dalam bilik air. Pili air dipulas kuat. Dibasuh mukanya berkali-kali. Disimbah air ke mukanya dengan kasar. Seakan melepaskan amarah yang bertandang. Rasa jengkel. Aku benci! Aku benci! Aku benci lelaki! Lelaki tak guna! Lelaki dah banyak menyusahkan aku! Lelaki dah banyak membuat aku menderita! Tangannya lantas mencapai tuala kecil lalu, mukanya yang dibasahi air dilap tanpa ada rasa belas pada pipi yang tak bersalah. Geram amat. Kenapa aku tak dapat lupakan semua ni? Kenapa aku terlalu lemah? Kenapa aku tak mampu hadapi semua ni? Tidak! Aku mesti bangkit! Sampai bila aku nak terus jadi

24

Sharina Elisa

lemah macam ni? Terus hanyut dalam apa yang dah tersurat dan tersirat untuk aku. Kau tak guna! ujar Ifrad Hakimi dalam keadaan terhuyung-hayang. Mia Adyla kaget. Terkaku di tempatnya berdiri. Ya Allah... lupa nak kunci pintu lagi! Irfad Hakimi yang sudah maju selangkah dari pintu masuk menghalakan jari telunjuknya tepat ke arah Mia Adyla. Terketar-ketar jarinya menuding. Mia Adyla sudah kecut perut. Ah, mabuk lagi! Entah kenapa, sejak hari itu perangai Irfad Hakimi benar-benar berubah. Balik ke rumah sesuka hati. Kadang-kadang, mabuk begini. Awak mabuk lagi ni! Biar saya hantar awak balik ke bilik awak. Kakinya dihala ke arah lelaki itu. Apabila dia sudah begitu hampir dengan lelaki itu, lelaki itu terus memeluk badannya dengan kuat. Awak! Awak buat apa ni? Lepaskan saya. Mia Adyla meronta-ronta. Sekuat hati cuba melepaskan diri. Irfad Hakimi ketawa kuat. Rakus, dia mencium pipi si isteri kemudian, beralih ke bibir. Mia Adyla menolak badan sasa milik Irfad Hakimi. Menjauhi lelaki itu. Terimbas kembali sejarah hitam itu. Segera Mia Adyla menekup kepalanya. Tidak mahu mengimbau lagi kenangan hitam itu. Betapa dirinya disakiti apabila si suami bertindak kasar. Memperkosa dirinya tanpa rasa bersalah. Mukanya didongakkan. Awak! Tolong! Tolong keluar dari sini. Saya merayu kepada awak. Irfad Hakimi ketawa berdekah-dekah. Kalau badan

25

Bukan Bisikan

kau, orang lain boleh rasa. Takkan aku, suami sendiri tak boleh buat sewenang-wenangnya? Awak jangan macam ni. Mengucap, awak. Cis! Diludah air liurnya ke tepi. Benci mendengar nasihat daripada perempuan berlagak alim itu. Mengucap hotak kau. Mengucap konon. Padahal kau dah berapa kali agaknya jadi makanan kat lelaki-lelaki lain. Malam ni, biar aku yang makan kau sepuas-puasnya. Lepas tu, kalau lelaki lain nak makan kau ke, nak telan kau ke, aku dah tak kisah! Bahu Mia Adyla terenjut-enjut menahan esakan. Air matanya menitis. Berundur badannya selangkah demi selangkah ke belakang bila lelaki itu semakin menghampiri. Awak, kalau awak nak saya boleh beri dengan cara baik tapi bukannya malam ni. Saya letih. Siang tadi, saya banyak urusan. Saya tak suka awak buat saya macam ni. Saya isteri awak. Saya boleh bagi apa yang awak nak. Tapi bukan dengan cara macam ni. Awak, tolong... saya merayu. Letih? Letih kenapa? Letih sebab kau layan berapa banyak lelaki? Sinis benar soalan yang dilontar oleh si suami. Terus diterkam Mia Adyla. Mia Adyla berlari keluar. Dia cuba untuk melarikan diri tetapi tidak berjaya apabila tangannya direntap kuat oleh suaminya. Baju yang dipakainya dikoyak rakus oleh si suami hingga menampakkan susuk tubuhnya yang menggiurkan itu.

LEBAM mata bundar itu akibat menangis. Sudah lama air mata itu tidak mengalir keluar. Sudah terlalu lama

26

Sharina Elisa

dia menahannya. Comforter tebal masih lagi membaluti tubuhnya. Dipandang lelaki durjana yang lena beradu di sebelahnya. Kuat badannya dipeluk. Hendak melepaskan diri, dirinya sudah tidak berdaya. Badannya sudah terlalu lemah. Kini dia hanya mampu menangis tersedu-sedu. Terpisat-pisat lenanya. Tidurlah! Bosan aku dengar sejak semalam kau menangis! Jerkah Irfad Hakimi. Mia Adlya buat tidak tahu. Malas menjawab atau memberi tindak balas. Benci dia kepada lelaki itu. Jika benar wujud benci di hati lelaki itu, kenapa dia diperlaku begini. Untuk apa? Irfad Hakimi terjaga daripada

27

Bukan Bisikan

Bab 6
Apa malangnya hidup aku? Dirogol suami sendiri berkali-kali. Irfad Hakimi, Tahukah kau betapa diri ini bertambah benci Berhentilah daripada menyakitiku lagi. IMAN HAIKAL muram sahaja. Dagunya ditongkat di atas meja kaunter. Sudah dua minggu, wanita itu tidak menjejakkan kaki ke kedai miliknya. Terus jemari kasarnya menari-nari di dada lappy. http://Miaadyla.blogspot.com Astaghfirullah! Apa yang kau dah buat ni tak guna?! Bentak Aiman Haikal dalam hati. Kau buat isteri kau macam... macam.... Ya Allah!

28

Sharina Elisa

Diraut mukanya berkali-kali. Tiada bicara yang mampu diungkapnya keluar. Apakah dosa yang Mia Adyla lakukan sehingga dilayan tak ubah seperti binatang? Lelaki tak guna! Bergegar meja yang ditumbuk oleh Aiman Haikal itu. Bengang dengan tindakan tak berperikemanusian lelaki tak guna itu.

MIA ADYLA mengeluh entah untuk keberapa kali. Berjalan selangkah dua, badannya sudah terasa penat. Dipusing badannya ke cermin solek. Sedikit berisi. Walhal, seleranya mati kebelakangan ini. Rambut yang sejak tadi dilepas, disanggul. Dia tekad. Petang ini, dia harus keluar dari rumah ni. Biar apa pun berlaku, kehidupan baharu harus dimulakan. Babak-babak luka yang bermain sandiwara harus ditamatkan segera. Dia bukannya pelakon air mata yang perlu mendera matanya untuk membengkak. Cepat-cepat dia mengemas barang-barang dan disusun ke dalam bagasi kecil. Tiba-tiba tekaknya terasa mual. Entah kenapa kebelakangan ini dia sering tidak sedap badan. Dia berlari menuju ke bilik air. Segala apa yang dimakannya tadi dikeluarkan semula. Kepalanya mulai pening. Berpusing-pusing bagai baru sahaja turun dari roller-coaster. Didongak mukanya menghadap cermin di singki. Pucat. Diraba pipi mulusnya. Kenapa dengan aku ni? Bisik hatinya dalam debaran. Selamat tinggal Malaysia.

29

Bukan Bisikan

Petang ini kisah terceritera tamat adanya Biar semuanya kekal rahsia Nantikan kehadiranku Australia. Peritku lalui... atas nama cinta yang sia-sia. Cinta... sebenarnya selamanya? wujudkah ia untuk

Adakah cinta itu hanya rasa sementara?

30

Sharina Elisa

Bab 7
CERAIKAN saya atau saya akan tuntut FASAKH. ERUS butang send ditekan. Kali ini dia akan bertegas. Nampaknya jika dia menggunakan cara berlembut, langsung tidak mendatangkan kebaikan. Malah, harga dirinya juga boleh dilambung dan dipijak dengan sewenang-wenangnya. Irfad Hakimi yang sedang leka dengan kerjakerjanya terperanjat apabila Sony Ericssonnya bergetar. What? Gila perempuan ni! Tiba-tiba tombol pintu biliknya dipulas kasar. Sekali lagi Irfad Hakimi terperanjat apabila melihat wajah bengis Aiman Haikal muncul di dalam biliknya. Huh! Budak miskin ni nak apa lagi ni? Terus dia bangun. Mendekati si jejaka yang membara mengalahkan panasnya gunung berapi. Kau datang sini, apehal? Terus disergahnya Aiman Haikal dengan kasar.

31

Bukan Bisikan

Aiman Haikal mencekak kasar kolar baju Irfad Hakimi tetapi direntap semula oleh lelaki itu dengan kuat. Diperbetulkan kedudukan bajunya. Kau datang sini kenapa? Nak cari pasal? Aku rasa aku tak pernah berurusan dengan orang macam kau! Orang miskin macam kau ni, tak layak pijak lantai pejabat aku ni! Buat kotor je! Ya, aku miskin harta! Tapi lebih baik daripada kau yang miskin segala-galanya! Miskin ilmu! Miskin budi bahasa! Miskin penglihatan pada kaca mata yang sebenar! Aku memang ada urusan dengan kau! Dahi Irfad Hakimi ditunjal kuat sehingga membuatkannya terundur ke belakang. Lelaki lawannya lelaki! Apehal nak tunjuk lelaki depan perempuan? Nak tunjuk hebat dengan perempuan? Omel Aiman Haikal dalam hati. Urusan apa? Urusan nak ganggu wife aku lagi? Wife? Apa ke lawaknya kau ni. Wife? Layak ke kau panggil dia isteri kau? Aiman Haikal ketawa mengejek. Irfad Hakimi panas. Kau nak apa, hah? soal Irfad Hakimi bengang. Kau ni bukan lelaki! Tapi binatang! kata Aiman Haikal sambil menumbuk perut Irfad Hakimi. Lelaki itu jatuh ke atas sofa. Dia mengerang kesakitan. Kalau kau tak reti nak jaga Mia, ceraikan dia. Aku akan jadikan dia isteri aku. Kalau dia tak mahu, jangan nak perkosa dia! Dia manusia! Lebih tepat lagi isteri kau! Dah pandai pompuan tu mengadu kat lelaki lain! Siap kau bila aku balik nanti! Pompuan tak guna! Marah Irfad Hakimi dalam hati.

32

Sharina Elisa

Kurang ajar kau! Irfad Hakimi menerkam Aiman Haikal. Mereka bergelut seketika. Aiman Haikal geram. Dia bertindak mengunci pergerakan lelaki itu. Kali ini dia tidak mahu memberi peluang kepada lelaki itu lagi. Kalau kau tak mahu kena lagi, kau ambil lap-top kau sekarang. Buka blog Mia a.k.a isteri kau tu, arah Aiman Haikal seraya melepaskan badan Irfad Hakimi dengan kasar. Cepat-cepat, Irfad Hakimi mencapai lap-topnya. Seminit kemudian, mukanya didongakkan. Memandang tepat ke muka Aiman Haikal. Cepatlah! Aiman Haikal menjerit. Terketar-ketar jari Irfad Hakimi. Gerun dengan wajah bengis Aiman Haikal. Erk... aku tak tahu link blog dia. Aiman Haikal membuntangkan matanya. Macam mana kau boleh jadi suami dia ni? ujar Aiman Haikal geram. http://Miaadyla.blogspot.com. Aiman memberikan alamat capaian ke blog Mia Adyla. Haikal

Dia keluar, this blog is open to invited readers only. If you are a reader of this blog, tell us who you are! Sign in using your Google account. Irfad Hakimi membaca ayat yang tertera di permukaan lap-topnya. Dah tu? Sign in jelah. Password? Kau nikan! Bikin aku panas je. Huh! Taip smile. Kejap! Loading.

33

Bukan Bisikan

Bab 8
IMAN HAIKAL mendengus kasar. Diam je? No respond? Reaksi daripada jejaka berkemeja putih kemas bertali leher coklat dikerlingnya tajam. So? soal Aiman Haikal sepatah. Malas membuang masa. Irfad Hakimi mengangkat mukanya. Memandang tepat ke muka Aiman Haikal yang sejak tadi menunggu bibirnya meluahkan bicara. Bergenang mutiara jernih di tubir matanya. Aku tak tahu apa yang aku dah buat selama ni. Kenapa aku kejam sangat? Ya Allah.... Aku bersalah dengan Mia. Aku dah banyak buat salah dekat dia. Aku dah banyak lukakan hatinya. A... aku... aku layan dia macam... macam perempuan murahan. Aku... aku tak tahu kenapa aku tak pernah nak tanya dia kenapa? Silap aku! Semua silap aku. Tadi... dia paksa aku ceraikan dia, luah Irfad Hakimi. Menitis air mata egonya selama ini. Senyuman sinis terukir di bibir Aiman Haikal.

34

Sharina Elisa

Tangan disilangkan ke dada lalu punggungnya dilabuhkan ke sofa. Dia menyilangkan kaki lagak seorang bos besar. Memang patut pun kau ceraikan dia. Dijeling jejaka yang masih lagi pegun di meja pejabatnya sebelum menyambung bicara. Lepas kau ceraikan dia, aku akan hantar rombongan meminang ke rumah parents dia. Kau tahu? Kau tak layak untuk perempuan sebaik dan secantik dia. Sinis sahaja nada Aiman Haikal. Kau yang tak layak untuk dia! Nada Irfad Hakimi naik seoktaf lagi. Berani Aiman Haikal menyatakan hasrat di hadapannya! Kau tahu tak? Taraf kau dengan dia ibarat langit dengan bumi. Setakat kau, pemilik kedai mana layak dengan anak tunggal jutawan hartanah macam dia! Lagipun, kau hanya tertarik pada paras rupanya, bentak Irfad Hakimi lagi. Kau tahu? Tahu dia anak tunggal? Anak orang kaya yang dimanja dengan kemewahan tapi melayannya dengan kasar dan selalu lukakan hati dia. Kau buat macam tu, kau fikir kau layak untuk terus jadi suami dia? Aku tahu, aku hanya ada sebuah kedai yang menampung hidup aku selama ini tapi aku rasa aku berganda-ganda lebih baik daripada kau yang bergunung-gunung hartanya. And one more thing... ya, aku jatuh cinta dengan dia bukan kerana paras rupanya yang jelita... tapi kau? Kau ikhlas ke cintakan dia? Ya. Memang aku ikhlas cintakan dia! Hotak kau ikhlas! Bila kau tahu yang dia bukannya anak dara kau layan dia macam mana? Kau dah lupa apa yang kau dah buat kat dia? Kau tahu tak yang kau dah buat dia tidak percayakan cinta lagi. Kau tahu? marah Aiman Haikal.

35

Bukan Bisikan

Dihentak kuat meja kaca di hadapannya sehingga pecah berderai. Terbeliak biji mata Irfad Hakimi memandang. Geram bermaharajalela namun, dia hanya mampu mendiamkan diri. Tidak berani untuk terus bersuara. Bimbang dirinya dipukul lagi. Aku nak cari dia! Aku nak minta maaf. Nak dia kembali di sisi aku, ujar Irfad Hakimi antara dengar dan tidak. Semangatnya tiba-tiba menjadi lemah. Aiman Haikal ketawa sinis. Nak ke dia kembali kepada kau? Ujar Aiman Haikal dengan sinis seraya mengatur langkah keluar. Tak guna! Gumam Irfad Hakimi dalam hati, bengang.

36

Sharina Elisa

Bab 9
Lima tahun berlalu.... IA ADYLA tarik nafas. Dalam. Kembali juga aku di sini, bisik hati kecilnya. Tudung di kepalanya diperbetulkan. Anak-anak kecil yang dipimpinnya dipandang sekilas. Kasihan budak-budak ni! Mama... adik penat. Adik nak tidur. Adik letih, rintih si kecil yang berumur lebih kurang empat tahun itu sebaik sahaja kakinya berpijak di bumi Malaysia. Adik ni, nantilah. Bila kita dah sampai rumah nenek, kita berehat okey. Si kakak pula memujuk. Mia Adyla memandang Ikram Hafiz seraya bertukar senyuman. Bangga Mia Adyla dengan keletah anak-anaknya. Okeylah, I minta diri dulu. Ikutkan hati, I nak ikut you balik tapi yelah. I ajak kahwin, you tak mau, ucap lelaki di sebelahnya itu. Mia Adyla tertawa. You ni suka main-main macam ni. Okeylah, Doktor Ikram Hafiz, thanks. Kalau tak kerana

37

Bukan Bisikan

you, rasanya tak tahu apa yang akan berlaku kat si kembar dua orang ni. Digosok-gosok kepala si adik dan kakak yang masing-masing sudah keletihan. Ikram Hafiz senyum lagi. I tak main-main. I serius. Okey... sebab you dah letih, otak you pun dah jadi miring. Ha ha ha! Okeylah, I nak cari my parents. I pergi dulu. Assalamualaikum, pamit Mia Adyla. Waalaikumussalam. Jawab Ikram Hafiz.

38

Sharina Elisa

Bab 10
LANGKAH terperanjatnya orang tua itu tatkala bicara selamba meluncur laju daripada bibir wanita muda itu. Lagaknya seperti tiada perkara memeritkan yang pernah berlaku. Tabah benar si anak menempuhi segala dugaan yang menimpanya. Langsung tidak menyangka bahawa kejadian itu telah menjadi penyebab sebenar pemergian si anak ke luar negara selama lima tahun ini. Air mata si tua yang melahirkannya mula menitis laju. Lencun lengan baju Puan Nadia dengan air mata. Kenapa Mia tak pernah cerita pada kami selama ni? Puan Nadia teresak-esak. Mia tak nak susahkan daddy dengan masalah Mia. Daddy sudahlah terpaksa fikir tentang syarikat lagi. Tak sanggup rasanya nak bebankan mummy dan daddy lagi. Cukuplah selama ni, Mia menyusahkan mummy dan daddy. Mia sayang, mummy dan daddy tak pernah anggap kamu macam beban. Mia, la jantung hati kami, nyawa kami dan juga pengukuh keluarga kita, sayang, luah Puan Nadia.

39

Bukan Bisikan

Kalau daddy tahu, dah lama daddy paksa Irfad ceraikan Mia. Sanggup dia buat anak daddy macam ni? Kurang ajar! Tuan Fairus bersuara geram. Akhbar Berita Harian di tangannya digumpal. Puan Nadia tersedu-sedu. Ekor matanya memerhati wajah kedua-dua orang cucunya yang lahir tanpa dipinta. Jadi, mereka ni.... Ya, mummy... anak dia. Kami bercerai sebaik sahaja budak-budak ni lahir. Irfad tahu yang budak-budak ni anak dia? Pantas Mia Adyla menggeleng. Mia tak pernah bagitau kat dia Mia mengandung. Mia dah sampai sana dua bulan, baru Mia tahu yang Mia mengandung. Cerita Mia Adyla. Sudahlah, sayang. Naik atas. Mandi dan berehat. Tak perlulah nak fikir apa-apa lagi. Kalau Irfad datang sini, taulah apa daddy nak buat nanti! Kesian daddy tengok budakbudak ni. Tertidur sejak tadi. Tuan Fairus tersenyum pahit. Tidak mahu merunsingkan hati si anak lagi.

40

No. ISBN:- 978-967-5067-73-0 Jumlah muka surat:- 376 Harga Runcit:- S/M: RM18, S/S: RM21 Harga Ahli:- S/M: RM14, S/S: RM17 Sinopsis:Wujudkah cinta itu sebenarnya? Atau cinta itu hanyalah fantasi dan imaginasi semata? Cinta buat dirinya merana tapi benarkah cinta itu hanya dusta? Benarkah cinta itu landasan bahagia andainya selimut cinta yang mengulit lena menjadi kelam bila diri dinodai kejam? Cinta dan sayang bertukar dendam? Kerana tiada lagi aset berharga, dirinya dipakai buang! Mia Adyla terpenjara dalam ikatan sebuah perkahwinan yang bertunjangkan amarah mula lemas dan hampir kalah. Lantak kaulah! Aku tak nak peduli pasal kau lagi. Kau nak mampus ke nak hidup ke, tu kau punya pasal! Biar padan muka kau! Orang macam kau ni tak layak langsung untuk dijadikan isteri! Tapi ada satu pekerjaan untuk orang macam kau, p.e.l.a.c.u.r . Kau tahu, kan taraf kau sama?

Dengan keberanian bersisa, dia tekad mahu melepaskan diri daripada kekejaman suami yang tidak tahu mengkaji situasi. Biarpun suami sendiri membenci, tingkah normalnya menyingkap tirai hati Aiman Haikal tanpa disedari. Nekadnya Mia Adyla membawa diri ke luar negara dengan perut berisi nyawa manusia. Di sana, keselamatan dan kebajikannya dijaga oleh insan bernama Ikram Hafiz, seorang doktor yang dalam diam menaruh hati dengannya. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri. Setelah lima tahun berada di Australia, dia bersama anak kembarnya kembali ke Malaysia untuk memulakan kehidupan baharu. Aiman Haikal dan Ikram Hakimi bertemu secara tidak sengaja di pejabat Mia Adyla sekali gus memulakan titik perkenalan antara mereka. Persaingan secara sihat membawa kedua-dua jejaka itu kepada istilah persahabatan sebenar tanpa memungkiri janji mereka. Bagaimana mungkin kita memiliki perempuan yang sama? Aiman Haikal. Best man wins. Ikram Hafiz. Maksud kau? Aiman Haikal. Yelah, kau suka dia. Aku suka dia. Kau beri aku peluang. Aku bagi kau peluang. Kau berjaya dapatkan hati dia, dia milik kau. Aku berjaya, aku miliki dia. Ikram Hafiz. Masih wujudkah istilah cinta sebenarnya? Atau cinta itu hanyalah suatu bisikan? Bisikan cintamu menggetar nadiku, lalu kutitipkan kata cinta buatmu.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan BUKAN BISIKAN di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196