Anda di halaman 1dari 3

Rancangan Pengajaran Harian DST Kelas/ Masa/ Matapelajaran 3 Raya/8.00-9.

00/DST Tema/ Tajuk: Bumi dan Sains Angkasa/ Tanah Masa: 60 minit Jumlah Murid: 35 Orang Kps : memerhati,mengukur, menggunakan nombor dan berkomunikasi. Standard Pembelajaran: 7.1.2 Objektif Pembelajaran: Pada akhir P&P murid dapat: -Membuat urutan jenis tanah mengikut keupayaan air mengalir melaluinya dengan menjalankan penyiasatan. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran: 1. Label ketiga-tiga gelas sebagai tanah kebun, tanah liat dan tanah pasir. 2. Letak kapas di dalam setiap corong turas. 3. Masukkan satu sudu tanah kebun ke dalam satu corong turas. 4. Pegang corong turas berisi tanah kebun di atas satu gelas kosong. Tuang secawan air pada tanah kebun itu. 5. Minta rakan anda menjaga masa. Biarkan air itu mengalir melalui tanah selama satu minit. Rujuk Gambarajah 1 6. Sukat air terkumpul di dalam gelas dengan menggunakan sudu. 7. Ulang langkah 3 5 dengan menggunakan tanah liat dan pasir. 8. Catatkan pemerhatian anda. EMK: Kreativiti dan inovasi ( Menggunakan botol minuman untuk menggantikan bikar dan corong) Bahan Bantu Belajar: tanah kebun, tanah liat, pasir, air, corong turas, gelas, sudu besar Penilaian P&P:

Refleksi:

Gambarajah 1

Tanah Pasir

Tanah Kebun

Tanah Liat

Pemerhatian

Jenis tanah

Tanah kebun Jumlah air yang terkumpul

Tanah liat

Pasir

Bilangan sudu

______ sudu air

______ sudu air

______ sudu air

1. Jumlah air yang mengalir melalui _______________________ adalah paling banyak diikuti oleh ____________________ dan tanah liat. 2. Jumlah air yang mengalir melalui tanah liat adalah __________________________ .

B4D3E1: Membuat urutan jenis bahan mengikut keupayaan menyerap air dengan menjalankan penyiasatan

Tema: Bumi dan Sains Angkasa Tajuk: Tanah

1. Susun jenis tanah bermula dengan jenis tanah yang membenarkan pengaliran air dengan baik.

2. Dalam aktiviti ini; (a) Apakah yang perlu anda tetapkan? ___________________________________________________________ (b) Apakah yang perlu anda ubah? ___________________________________________________________ (c) Apakah yang perlu anda ukur? ___________________________________________________________ 3. Air mengalir sangat cepat melalui________________________________. 4. Air mengalir sangat perlahan melalui _____________________________.