Anda di halaman 1dari 33

1 1. Melalui pembacaan anda, jelaskan erti kepemimpinan.

Bagaimanakah

kepimpinan mempengaruhi kejayaan sesorang pemimpin membuat keputusan. Merujuk kepada sesuatu program yang telah selesai dilaksanakan oleh istitusi pendidikan tempat anda bertugas, jelaskan bagaimana aspek-aspek kepimpinan ketua mempengaruhi tahap pencapaian pelaksanaan program ini.

1.1 1.2

Pendahuluan Pengenalan Kepemimpinan Kepemimpinan yang utuh dan mapan adalah satu isu yang sentiasa dibincangkan

oleh ahli akademik. Kepemimpinan yang unggul mempunyai ciri-ciri yang istimewa yang dibawa masuk oleh seorang pemimpin ke dalam organisasi disamping persediaan organisasi itu sendiri yang membolehkan ia bertindak dengan cemerlang. Kepemimpinan telah diterima sebagai faktor utama yang membezakan antara organisasi berkesan dan organisasi tidak berkesan. Kepemimpinan bukan ruang dan peluang untuk bertindak sesuka hati tetapi wadah untuk memberikan perkhidmatan dengan penuh kesabaran. Ia bukan satu keistemewaan tetapi satu tanggungjawab. Ia juga bukan satu kemudahan tetapi satu pengorbanan. Kepemimpinan berlaku apabila seseorang itu berupaya menolong, menunjuk dan mepengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif tertentu. Kepemimpinan yang dilambangkan dalam Islam bukan sahaja dalam amalan rohani malahan mencakupi alam sejagat yang akhirnya melahirkan umat yang kukuh dan kuat dengan asas kepemimpinan yang dipupuk dan diberi bimbingan sejak kecil lagi bagi menyedia dan membina pemimpin yang effektif dan bertanggungjawab. Pembentukan kepemimpinan dengan kaedah kepemimpinan secara tersusun dan terancang akan dapat mengesan kebolehan memimpin yang dimiliki dan membantunya untuk mengenali diri mereka dan kemampuan menjadi pemimpin.

2 1.3 Definisi Kepemimpinan .

Definisi yang biasa diterima pakai adalah bahawa kepemimpinan ialah sejenis tingkahlaku yang bertujuan mempengaruhi dan mendorong individu-individu lain supaya mereka sanggup melakukan apa yang dikehendaki oleh individu yang memimpin dengan relahati, mengubah sikap dan tindakan ahli ke arah mencapai tujuan dan matlamat kumpulan itu melalui proses-proses yang ditetapkan.. Saranan dari Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (1982) menyatakan: Peranan utama kepimpinan pengetua atau guru besar sekolah mestilah cekap dan banyak menghabiskan masa mengelolakan aktiviti pembelajaran di sekolah-sekolah. Mengekalkan penyeliaan sekolahnya dengan cara yang berkesan, bertindak sebagai pakar runding, penasihat dna coordinator bagi program-program pengajaran dan pembelajaran di sekolah, dan perlu juga menghabiskan masa yang lebih dalam aktivitiaktiviti professional guru dan pelajar dan jangan hanya semata-mata sebagai pentadbir yang berkurung di bilik mengeluarkan arahan dan surat-surat arahan dan surat-surat siaran. Saranan ini memperlihatkan dengan jelas aliran pengurusan sekolah itu ialah daripada pentadbir kepada pengurus dan seterusnya kepada pemimpin. Muhamad Zabri bin Min (2003) pula menyatakan kepimpinan juga merupakan satu seni kemahiran yang diidamkan oleh kebanyakan orang untuk mengubah manusia mencapai sesuatu objektif. Kemahiran memimpin secara baru adalah berdasarkan andaian, kepercayaan, keperluan pelanggan dan kemahuan yang ada dalam organisasi itu sendiri yang lebih praktikal dan menepati kehendak masa. Enam kemahiran memimpin terkini adalah : Kemahiran berfikir secara sistematik dan memimpin sistem.

3 Kemahiran memahami kepelbagaian kerja. Kemahiran belajar dalanm organisasi Kemahiran memahami pelakuan manusia. Kebergantungan antara sistem, variasi, pembelajaran dan pelakuan manusia. Kemahiran menetapkan visi, pengarahan dan fokus organisasi. Kenneth Blanchard seorang pengarang terkenal dunia , menurut Michael Yeoh (2003), menyarankan perkara utama dalam kepimpinan ialah wawasan dan nilai yang menentukan perkara yang wajar dilakukan, diikuti oleh pelaksanaan yang sebenar. Matlamat utama kepemimpinan beretika ialah meningkatkan taraf hidup pekerja dan kualiti organisasinya. Beliau mengemukakan methodologi 5P iaitu Purpose (Tujuan), Pride (kebanggaan). Patience (Kesabaran), Persistence (Kecekalan) dan Perspective (Perspektif) dan menyatakan bahawa dalam melaksanakan kepemimpinan beretika sesorang itu mestilah mempunyai misi dan tujuan yang jelas. Menurut Warren Bennis, Presiden Universiti Cincinnati di Simposiun Universiti Maryland pada 21Januari 1998, menyatakan mengenai kepemimpinan iaitu: The first job of a leader is to define a vision for the organization. Leadership is the capacity to translate vision into reality. Leadership is focused much more on the individual capability of the leader. Leadership is a function of knowing yourself, having a vision that is well communicated, building trust among colleagues, and taking effective action to realize your own leadership potential. Tugas utama pemimpin ialah mendefinisikan visi organisasinya. Kepemimpinan ialah keupayaan merealisasikan visi kepada kenyataan. Kepemimpinan difokuskan kepada kebolehan pemimpin yang berfungsi mengenali diri sendiri, mempunyai visi yang dihayati ramai, membina kepercayaan antara ahli dan mengambil tindakan yang efektif mengenali potensi dalam dirinya.

4 Kenneth Boulding dalam menyatakan: The Image: Knowledge in Life and Society

Leadership is a process by which a person influences others to accomplish an objective and directs the organization in a way that makes it more cohesive and coherent. Leaders carry out this process by applying their leadership attributes, such as beliefs, values, ethics, character, knowledge, and skills. Kepemimpinan ialah satu proses yang melibatkan seseorang mempengaruhi orang lain ke arah mencapai matlamat dan menerajui organisasi dengan lebih berkesan. Pemimpin menjalani proses ini dengan dengan mengaplikasikan nilai-nilai kepercayaan, etika, tingkahlaku, pengetahuan dan kemahiran. Kepemimpinan menurut Thomas Gordan (2005) pula: Kepemimpinan dapat dilihat sebagai proses interaksi diantara individu dengan kumpulan atau secara khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dalam proses interaksi ini boleh di anggap memegang watak-watak tertentu yang berbeza di antara satu sama lain. Asas yang membezakan pemimpin ialah dapat mempengaruhi dan pengikut akur mematuhi. Memimpin boleh diertikan sebagai : Memberansangkan orang-orang bawahan bekerja ke arah sesuatu matlamat Mempengaruhi kegiatan sesorang atau sesuatu kumpulan untuk mencapai Mempengaruhi orang dalam sesebuah organisasi untuk bekerja keras dengan Dua unsur penting dalam kepimpinan ialah pergerakan dan pencapaian .

sesuatu matlamat sukarela bagi mencapai matlamat organisasi matlamat

5 Kepimpinan menurut Bass, B & Stogdill, R (1990), boleh disimpulkan sebagai satu proses di mana individu mempengaruhi ahli kumpulannya bagi mencapai matlamat kumpulan atau matlamat organisasi dari satu keadaan kepada keadaan yang lain dengan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi yang ada padanya. Pemimpin biasanya bertumpu ke arah pengeluaran atau ke arah pengagihan tugas. Beliau perlu mempunyai kuasa, personaliti, tingkahlaku dan tindakbalas yang proaktif untuk membawa perubahan kepada organisasinya kerana pemimpin yang berkesan didapati tinggi dari segi keinginan untuk pencapaian, lurus dan boleh dipercayai, mempunyai motivasi kepemimpinan tinggi, yakin diri dan juga boleh berubah-ubah gaya apabila menghadapi situasi-situasi berlainan.

1.4

Konsep kepemimpinan Manusia dicipta atas konsep kepimpinan dan pengurusan. Tugas utama manusia

ialah memimpin dan mengurus apa saja denga adil dan saksama. Konsep kepemimpinan dalam Islam meliputi seluruh bentuk dimensi kepemimpinan. Kepemimpinan bermula daripada konsep kepemimpinan individu dengan individu dan kepemimpinan individu dengan masyarakat yang akhirnya mebina masyarat dan negara. Kepemimpinan Islam berdasarkan syarak, keadilan, kesederhanaan, kebebasan bersuara, pembela kebenaran dan keselamatan ummah. Menurut Yakob Md Som (1997) kepemimpinan yang berkualiti menurut Islam ialah: Penghayatan budaza ilmu. Pemilikan sahsiah yang mulia Sifat berani dan bersedia menanggung risiko Keterbukaan Motivator Dinamis iaitu bergerak sehaluan dengan matlamat kreatif dalam mengatur strategi. Inovatif lagi kreatif dalam mengatur langkah-langkah untuk menggerakkan dan memajukan tugas dan tanggungjawab.

6 Tegas iaitu tidak berkompromi pada prinsip tetapi terbuka dalam perkara cabangan dan ijtihad. Kesanggupan berkorban dan tidak ada kepentingan diri. Sentiasa berzikir. Konsep kepemimpinan di zaman globalisasi dan teknologi ini telah jauh berbeza dari konsep kepemimpinan yang dikemukakan oleh Max Weber (1947) yang menggariskan beberapa ciri dalam birokrasi yang dapat mencerminkan keberkesanan sesebuah organisasi atau Frederick Taylor di awal abad ke 20 kerana pemimpin bukannya lahir terjelma. (Leaders are not born but bred). Konsep kepemimpinan baru adalah hasil daripada program pembangunan staf yang dirancang dalam iklim dan situasi organisasi yang kondusif untuk kemahiran mereka bentuk kepelbagaian pemikiran.

1.5

Teori Kepemimpinan

Di masa hadapan sedikit sebanyak integrasi teori-teori kepemimpinan masa kini boleh diharapkan , dikembangkan dengan beberapa pendekatan baru . Menurut Bass (1989 & 1990) dalam teori kepemimpinannya menyatakan: theory of leadership states that there are three basic ways to explain how people become leaders. The first two explain the leadership development for a small number of people. These theories are:

Some personality traits may lead people naturally into leadership roles. This is the Trait Theory. A crisis or important event may cause a person to rise to the occasion, which brings out extraordinary leadership qualities in an ordinary person. This is the Great Events Theory.

People can choose to become leaders. People can learn leadership skills. This is the Transformational Leadership Theory. It is the most widely accepted theory today and the premise on which this guide is based. Menurut Bass, di dalam teori kepemimpinan ada tiga pendekatan bagaimana

seseorang itu boleh dikatakan seorang pemimpin. Pertama tingkahlaku kepemimpinan sesaorang itu yang datang semulajadi memainkan peranan dalam Teori Tingkahlaku. Kedua, dalam keadaan genting atau terdesak kualiti kepemimpinan sesaorang itu menjadi luarbiasa di luar dugaan dalam Great Event Theory. Ketiga, pemimpin boleh dipilih dan belajar kemahiran memimpin seperti dalam Teori Kepemimpinan Trasformasi yang telah diterima pakai pada masa ini. Teori Kontigensi Fiedler (1967) pula menumpukan perhatian kepada faktor-faktor dalam situasi yang berkesan dinamakan pendekatan kontegensi terhadap kepemimpinan. Fiedler berpendapat sumbangan pemimpin terhadap kejayaan prestasi kumpulannya ditentukan oleh kedua-dua sifat pemimpin dengan berbagai-bagai ciri situasi yang dihadapinya. Sifat pemimpin menjadi teras dalam kepepimpinan yang berasaskan interaksi antara personaliti dan keadaan. Teori Situasi terhadap kepemimpinan pula menyarankan bahawa gaya kepemimpinan hendaklah berbeza mengikut kematangan orang bawahan. Hubungan orang bawahan-pengurus bergerak melalui empat fasa iaitu apabila orang bawahan meningkatkan dorongan pencapaian dan pengalaman mereka. Sesuatu gaya kepemimpinan yang berlainan adalah bersesuaian untuk setiap fasa. Pendekatan Sifat terhadap Kepemimpinan yang digunakan oleh Kirkpatrick dan Locke (1991) mendapati bahawa terdapat sifat tertentu yang boleh digunakan untuk mengenalpasti pemimpin yang berjaya. Sifat seperti kebolehan kognitif, menjelaskan bahawa pemimpin yang berkesan harus bijak dan boleh menginteraksi dan menterjemah maklumat yang banyak.

8 Pendekatan Kelakuan terhadap pemimpin pula ialah fungsi kepemimpinan dan gaya kepemimpinan yang mengkaji dua aspek kelakuan pemimpin. Fungsi kepemimpinan berkaitan dengan tugas dan penyelesaian masalah dan berkaitan dengan fungsi sosial seperti penyelenggaraan kumpulan. Manakala dua jenis gaya adalah gaya yang berorientasikan tugas dan pekerja. Walaupun gaya kepemimpinan di pengaruhi oleh latar belakang seseorang tetapi ciri-ciri orang bawahannya akan memberi kesan ke atas gaya yang dipilih. ....a theory which states that the groups performance will be contigent upon the appropriate matching of leadership style and the degree of favourbleness of the group situation for the leader with influence over his group members. The model suggests that group performance can be improved either by modifying the leaders style or by the group- task situations (m.s 262)

1.6

Kesimpulan Kauzes & Posner (1987) menyatakan proses ke arah kepemimpinan yang berjaya

ialah : Challenge the process - First, find a process that you believe needs to be improved the most. Inspire a shared vision - Next, share you vision in words that can be understood by your followers. Enable others to act - Give them the tools and methods to solve the problem. Model the way - When the process gets tough, get your hands dirty. A boss tells others what to do...a leader shows that it can be done. Encourage the heart - Share the glory with your followers' heart, while keeping the pains within your own.

Prestasi sesebuah organisasi adalah tanggungjawab pemimpin .Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang dapat menyempurnakan tanggungjawabnya meransang dan mengembeling tenaga manusia di bawah kawalannya dengan halatuju dan matlamat yang jelas serta mendapat restu dan sokongan anggota. Kemampuan pemimpin menjalankan

9 tanggungjawabnya melalui proses mengikut keadaan dilihat melalui kepemimpinan yang cekap , komunikasi berkesan, pembangunan tenaga sumber manusia yang mantap serta perancangan yang strategik. Pemimpin tidak boleh terlalu terkongkong dengan tanggungjawab rutin dan konvensional kerana kejayaan juga disebabkan oleh sokongan para pengikut. Budaya dan etika kepemimpinan perlu bukan sahaja selepas digelar guru besar tetapi tuntutan itu meminta kita menghayai falsafah kepemimpinan dalam kehidupan seharian sekeliling. dengan menganalisis segala bentuk ilmu kepemimpinan supaya dapat menguasai seni kepemimpinan sehingga dapat menyentuh hati naluri orang-orang

10 2. Bagaimanakah kepimpinan mempengaruhi kejayaan seorang pemimpin membuat keputusan.

2.1

Pendahuluan Membuat keputusan adalah satu tindakan yang perlu diambil oleh setiap

pemimpin walaupun terpaksa menghadapi risiko yang tinggi. Pemimpin melakukan satu kesilapan yang besar sekiranya tidak dapat membuat keputusan. Berfikiran secara terbuka merupakan aspek penting untuk membuat keputusan. Hasil keputusan yang dibuat perlu diawasi dan diubahsuai apabila diperlukan. Pemilihan pelbagai alternatif dalam membuat keputusan merupakan satu proses yang dinamik. Hasil yang diinginkan daripada sesuatu keputusan ialah tindakan dan amalan orang yang terlibat. Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pemimpin membuat keputusan ialah seperti: Keperibadian, pengalaman lalu dan jangkaan Jangkaan dan perilaku ketua Keperluan tugas Jangkaan dan perilaku rakan-rakan sejawat Ciri-ciri jangkaan, dan perilaku para subordinat Kebudayaan dan polisi polisi organisasi

2.2

Proses Membuat Keputusan Elemen-elemen terpenting dalam membuat keputusan ialah mendefinisikan

masalah, menentukan samada sesuatu keputusan perlu dibuat dan apakah keputusan yang perlu dibuat. Proses memahami situasi yang sedang dihadapi dengan mengetahui segala

11 alternatif yang ada penting dalam membuat keputusan yang berkesan. Proses membuat keputusan yang biasa digunakan adalah yang meliputi proses-proses berikut: Mengenalpasti dan mendefinisikan masalah atau isu dalam segala tindakan organisasi yang tidak mencapai standard yang ditetapkan. Menganalisis kesukaran masalah dalam situasi semasa dengan mengambil kira data, kekangan masa, prosedur serta struktur yang sedia ada.. Mewujudkan kriteria untuk penyelesaian dengan menyenaraikan kriteria-kriteria dari yang paling minimum supaya boleh memenuhi kepuasan kehendak pembuat keputusan. Membuat perancangan atau strategi untuk tindakan yang melibatkan alternatifalternatif penyelesaian, meramal akibat dan tindakbalasnya dan memilih alternatif untuk tindakan. Keputusan yang diambil harus mengambilkira nilai-nilai kendiri individu, konteks budaya, kepentingan situasi semasa, tekanan ke atas pembuat keputusan dan juga matlamat yang hendak dicapai. Melaksanakan rancangan tindakan dengan membuat program , berkomunikasi, pengawasan dan penilaian.

2.3

Sumber-Sumber Yang Mempengaruhi Pemimpin Membuat Keputusan. Proses pengaruh adalah timbal balik para pemimpin dan para anggota kumpulan

mempengaruhi satu sama lain dan mempengaruhi juga keberkesanan kumpulan secara keseluruhannya.

12 Stail sesuatu kepemimpinan itu adalah hasil daripada gerak kuasa yang perlu dipertimbangkan oleh pemimpin-pemimpin untuk memastikan mereka memilih stail yang tepat dan bersesuaian untuk mempengaruhi kejayaan membuat keputusan. John French dan Bert Raven (1960) membahagikan kuasa kepada beberapa bahagian diantaranya: 2.3.1 Kuasa Sah Kuasa ini merujuk lepada pengikut yang menetapkan bahawa pemimpin mempunyai hak yang sah untuk mempengaruhinya dan dia sendiri atas obligasi untuk menerima pengaruh itu atas sebab-sebab status atau jawatannya yang dilantik secara sah oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi. 2.3.2 Kuasa Ganjaran Kuasa ini adalah keupayaan pemimpin memberi ganjaran lepada pengikutnya. Pengikut akan patuh kepada pemimpinnya yang memberi ganjaran dan akan memotivasikannya untuk meningkatkan mutu kerjanya. 2.3.3 Kuasa Paksaan Kuasa ini membabitkan sesorang pemimpin mengenakan paksaan ke atas pengikutnya yang gagal akur kepada pemimpin dan menyebabkan pengikutnya mengelakkan dirinya daripada dikenakan tindakan yang berupa hukuman atau denda. 2.3.4 Kuasa Pakar Kuasa ini menunjukkan kebolehan dan kepakaran pemimpin dalam satu bidang tertentu hingga menyebabkan orang bawahannya patuh kerana percaya bahawa pemimpinnya mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kemahiran konseptual, perhubungan manusia dan teknikal. Kuasa ini berkesan jika pengikutnya memerlukan kepakarannya.

13 2.3.5 Kuasa Rujukan Kuasa ini diasaskan kepada perasaan diantara pemimpin dan pengikutnya. Kalau pemimpin menjadi role model kepada pengikutnya dia akan dapat menarik pengikutnya melakukan sesuatu kerana hormat, tertarik, kagum, juga supaya dia diterima oleh pemimpin berkenaan.

2.4

Kesan penggunaan kuasa ke atas pengikut Kepuasan Kerja Tinggi Tinggi Dari sederhana ke rendah Dari sederhana ke rendah Rendah Prestasi Kerja Tinggi Tinggi Dari tinggi ke rendah Tiada perbezaan Tiada perbezaan

Kuasa yang digunakan Kuasa Rujukan Kuasa Pakar Kuasa Ganjaran Kuasa Sah Kuasa Paksaan

Rajah di atas jelas menunjukkan seseorang pemimpin tidak boleh menggunakan satu jenis kuasa sahaja ke atas pengikutnya untuk meningkatkan prestasi pengikut dan organisasinya. Kuasa yang digunakan perlulah di gabungkan mengikut situasi dan pengikutnya. Kuasa yang boleh diterima oleh pengikutnya untuk bekerja dengan relahati adalah kuasa rujukan dan kuasa pakar. Kuasa pakar perlu ada pada pemimpin supaya pengikut akan lebih yakin dengannya untuk melakukan tugas dan kuasa rujukan adalah yang berasaskan perasaan akan mendatangkan suasana yang harmoni dikalangan pengikut dan pekerja. Gerak kuasa ini bertindak dan berinteraksi serentak membentuk stail kepemimpinan yang menjadi pilihan mengikut kewajaran tempat, suasana dan keperluan. Pemimpin bukan semestinya seratus peratus autoratik dengan kuasa paksaan atau terlalu demokratik dengan kuasa ganjaran tetapi menggabungkan kedua-duanya mengikut kesusuaian.

14 Seperti kata Shetty (1976), Stail kepemimpinan seseorang pemimpin adalah hasil gabungan berbagai-bagai gerak kuasa dalam diri pemimpin, dalam diri orang bawahan, dalam sistem organisasi dan suasana dinamik sesuatu masyarakat itu. Stail kepemimpinan terbentuk melalui proses interaksi yang dinamik dan kompleks diantara sub-sistem ini. Oleh itu seseorang pemimpin perlulah memahami dan mendiagnosis gerak kuasa yang ada padanya, dalam diri pekerja bawahannya, dalam sistem organisasinya dan dalam suasana yang releven dengan gelagat-gelagat tertentu. Jadi pemimpin yang berkesan ialah seseorang yang dapat mengenalpasti batas kebebasan yang patut diberikan kepada pekerja bawahannya dan dengan masa yang bersesuaian untuk berbuat demikian.

2.4.1

Kepemimpinan Transfomasional Berasaskan andaian tersebut maka timbullah teori kepimpinan transformasional

(Bass 1985). Teori ini mengandaikan bahawa apabila keperluan di peringkat tinggi dapat dipenuhi, orang bawahan akan melaksanakan kerja dengan penuh kegembiraan dan kepuasan. Apabila seseorang dapat bekerja dengan penuh kepuasan, keberkesanan hasilnya lebih ketara berbanding dengan orang yang bekerja kerana keperluan fisiologi dan keselamatan. Pemimpin yang berjaya mengenalpasti keperluan peringkat tinggi orang bawahan dan berusaha memenuhkannya akan dapat melakukan perubahan sikap seta tingkah laku orang bawahan hingga menjadikan orang bawahan menggemari kepimpinannya. Menurut Ishak bin Sin (2002), dalam usaha untuk mempengaruh kejayaan seorang pemimpin membuat keputusan pemimpin tidak harus takut meniru amalan gaya transformasioanl kerana :

15 Pemimpin transformasional mempunyai timbangrasa secara individu, meransang intelektual, mencetus dan membangkit motivasi serta gaya karismatik iaitu gabungan sifat dan tingkahlaku yang unggul. Pemimpin yang mempunyai sifat ini juga menunjukkan tingkahlaku yang berdedikasi dan boleh diteladani kerana sanggup menanggung risiko, demi menyelamatkan orang bawahannya. Pemimpin transformasional juga adalah peransang intelektual dengan

memberikan bukti-bukti yang konkrit menjana pemikiran orang bawahannya ke arah menjelaskan misi dan visi organisasi yang dibawanya. Pemimpin ini juga sering meyakinkan orang bawahannya tentang betapa perlunya orang-orang bawahannya bekerja sebagai satu pasukan dan bukan secara individu untuk mencapai matlamat organisasi. Pemimpin transformasional memahami perbezaan orang-orang bawahannya , oleh itu beliau bersedia bertindak sebagai mentor mendengar dan menyelesaikan masalah apabila orang bawahan memerlukannya.

2.5

Taktik taktik mempengaruhi orang bawahan Kauzes dan Posner (2002) juga menyatakan bahawa kepimpinan transformasional

adalah yang paling digemari oleh orang ramai. Orang bawahan menggemari kepemimpinan ini kerana salah satu sifat penting yang dimiliki pemimpin transformasional ialah jujur. Oleh itu seorang pemimpin seharusnya mempunyai taktik yang boleh mempengaruhi orang bawahan ke arah kejayaan iaitu dengan : 2.5.1 Taktik Pujukan Rasional di mana pemimpin menggunakan hujah-hujah yang lojik dan bukti-bukti nyata untuk memujuk orang bawahan supaya matlamat yang

16 ditetapkannya tercapai. Pemimpin haruslah mempunyai sifat amanah, jujur dan mempunyai kemahiran berucap. 2.5.2 Taktik Daya Tarikan yang memberikan inspirasi dengan membangkitkan semangat dan emosi orang bawahan. Pemimpin perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi, daya imaginasi yang tinggi, suara yang menarik serta gerak geri yang menawan. 2.5.3 Taktik Perundingan digunakan dengan mengajak orang bawahan memberi pendapat untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. 2.5.4 Taktik Berbuat Baik membuat sesorang itu berasa dihargai dan apabila seseorang itu percaya kepada kejujuran pemimpinnya taktik ini akan menjadi berkesan. 2.5.5 Taktik Daya Tarikan Peribadi merujuk kepada pemimpin yang meminta orang bawahannya melaksanakan sesuatu atas sifat setiakawan atau ketaatan kepada pemimpin mereka. 2.5.6 Taktik Pertukaran ialah dengan membuat pertukaran sesuatu ganjaran dengan tugasan yang diminta oleh pemimpin membuatnya. Taktik ini berkesan jika orang bawahan percaya pemimpin mempunyai kuasa untuk memberi ganjaran dan orang bawahan memerlukan ganjaran. 2.5.7 2.5.8 Taktik Gabungan ialah menggunakan orang lain seperti rakan sejawat untuk mempengaruhi orang bawahan. Taktik Sah merujuk kepada pemimpin menggunakan aktiviti, polisi, peraturan. program dan tradisi yang perlu dipatuhi semua. 2.5.9 Taktik Tekanan adalah penggunaan amaran dan tingkahlaku seruan seperti membuat semakan dan permintaan yang kerap. Kaedah ini digunakan sebagai tindakan akhir setelah cara-cara lain gagal.

17

2.6

Kesimpulan Sesuatu perancangan tidak akan wujud jika keputusan-keputusan tidak dapat

dilakukan. Membuat keputusan untuk mencapai kejayaan memerlukan pemimpin yang benar-benar berkeupayaan. Matlamat utama dalam membuat keputusan ialah meredakan konflik yang timbul di antara keperluan organisasi dengan keperluan-keperluan individu dalam organisasi dan juga menentukan halatuju organisasi.

3. Merujuk kepada sesuatu program yang telah selesai dilakanakan oleh institusi pendidikan tempat anda bertugas, jelaskan bagaimanakah aspek-aspek kepemimpinan mempengaruhi tahap pencapaian pelaksanaan program ini.

3.1

Definisi Pemimpin

18

Para pemimpin pula adalah individu-individu yang mencipta perubahan, mencipta budaya baru dan mencipta nilai-nilai baru. Untuk tujuan itu mereka menentukan arah dan tujuan yang perlu dicapai oleh organisasi yang mereka pimpin, manakala pada waktu yang sama mereka membenarkan setiap individu memikirkan dengan sendiri bagaimana mereka boleh mencapainya. Menurut John Adair pula keberkesanan kepimpinan seseorang itu diukur dari sudut penyempurnaan tanggungjawab pemimpin dan subordinate, membina pasukan kerja yang padu dan menggilap kekuatan individu dalam organisasi .

3.2 Aspek kepemimpinan Tugas utama seorang pemimpin ialah untuk menyelenggara arah matlamat bagi membawa pengikutnya ke jalan yang betul dan mencapai matlamat. Kemudian menyediakan cara bagi mencapai matlamat dengan menggunakan strategi serta sumbersumber yang diperlukan. Seterusnya menyedia dan menyelenggara struktur kumpulan pengikut secara berkesan dan baik dengan memudahkan tindakan kumpulan serta interaksi mereka dalam mewujudkan keeratan kumpulan dan kepuasan ahli.Akhirnya pemimpin perlu menyokong pengikut, iaitu sokongan yang boleh menentukan kejayaan ahli. Untuk menjadi pemimpin yang dihormati, disanjung dan dikagumi oleh ramai orang pemimpin perlu memahami bidang tanggungjawabnya untuk meningkatkan prestasi organisasinya dalam proses-proses yang boleh dibahagikan kepada beberapa fungsi pemimpin mengikut Henry Fayol (1919) seperti berikut: Merancang Mengelola Mengarah Mengkordinasi

19 Mengawal

3.3

Latar Belakang Program Jejak Bahasa Sekolah Kebangsaan Kampong Raja, Pagoh.

3.3.1 3.3.2

Modul Pelan Tindakan Program. Isu Strategik 36% murid Sekolah Kebangsaan belum menguasai Bahasa Melayu Penulisan.

3.3.3

Matlamat Strategik Meningkatkan penguasaan penulisan Bahasa Melayu ke 100% .

3.3.4

Indikator prestasi

Kelulusan 100% lulus Bahasa Melayu Penulisan UPSR mulai 2005 berterusan.

3.3.5 3.3.6

Tajuk Program Objektif

Jejak Bahasa

Mengkaji dan menentukan tahap penguasaan penulisan karangan di kalangan murid-murid secara keseluruhan. Mengumpul data aspek kesilapan bahasa yang kerap dilakukan oleh murid-murid. Merancang dan melaksanakan pelbagai strategi meningkatkan peratus pencapaian penulisan Bahasa Melayu. Mengkaji pencapaian murid setelah diberi latihan-latihan penulisan Bahasa Melayu. Membandingkan perbezaan pencapaian Ujian Pra dan ujian Pos Bahasa Melayu Penulisan.

Meningkatkan tahap berkomunikasi dalam BM

20 Melibatkan ibubapa dalam program meningkatkan prestasi Bahasa Melayu Meningkatkan kesedaran dikalangan dengan bacaan tambahan. 3.3.7 3.3.8 3.3.9 Sasaran Kos Jawatankuasa Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha AJK PGB (HEM) PGB (Koko) Pengerusi BM Guru-guru BM Pn Hjh Azah bt Naman En Abbas b Kamsari Pn Ramlah bt Hassan Pn Norhayati bt Moen Pn Sahila bt Hassan Pn Norhayati bt Moen Pn Halimah bt Maeraj Guru Besar ( Pn Fawziah bt Kassim) PGB 1 (Cik Hjh Ramlah bt Ithnin) S/U Kurikulum (Pn Halimah bt Maeraj) Semua murid, guru dan ibubapa. RM500.00 ibu bapa dan warga sekolah

3.4

Modul Pelaksanaan Program Jejak Bahasa

21 3.4.1 Fasa 1

3.4.1.1 Ibubapa di panggil untuk taklimat dan Motivasi Keibubapaan bersempena dengan Pelancaran Program. 3.4.1.2 Murid memilih sekurang-kurangnya 10 thema dan membina 5 ayat setiap tema yang dipilih bersama keluarga . Contoh tema seperti berikut: Musim buah-buahan. Membantu Ibubapa. Pergi ke Pasar Malam. Pemimpin Negara Kita. Menziarahi Keluarga. Hari Terbuka Sekolah. Menyambut Perayaan. Kereta Buatan Malaysia. Pergi ke Majlis Perkahwinan Keluarga Saya kreativiti keluarga samada dengan dilukis,

3.3.2.1.3. Gambar disertakan mengikut

guntingan keratan akhbar/majalah atau gambar foto boleh di sertakan.

3.4.2

Fasa 2

3.4.2.1 Ujian Pos dijalankan. 3.4.2.2 Markah Ujian Pos dan Hasil kerja Fasa 1 yang tertinggi setiap kelas adalah pemenang Program Jejak Bahasa.

22 3.4.2.3 Perbandingan prestasi Ujian Pra (Ujian Setengah Tahun) dan Ujian Pos untuk menilai keberkesanan program. 3.4.2.4 :Post moterm program yang telah dijalankan. 3.4.2.5 Perulangan dan penambahbaikan program jika program tidak berkesan . 3.4.2.6 Anugerah kepada murid yang cemerlang dalam Program Jejak Bahasa dan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

3.5

Contoh Hasil Kerja Murid

23 Tema : Kereta buatan Malaysia.

1. 2. 3. 4. 5.

Kereta buatan Malaysia banyak kelihatan di jalanraya. Kereta buatan Malaysia diberi nama seperti Kancil dan Myvi. Bapa saya ada sebuah kereta kancil berwarna hijau. Saya selalu membantu bapa saya membasuh keretanya. Kita patut merasa bangga dengan kereta buatan negara kita sendiri.

3.6

Indikator Kejayaan Pelaksanaan Program

24 Indikator kejayaan bagi ansurmaju program dibuat dalam enam peringkat adalah mengikut seperti perancangan pelaksanaan. Aspek-aspek kepemimpinan ketua mempengaruhi tahap pencapaian pelaksanaan program ini .

3.6.1

Peringkat I Mengumpul data dan analisis keputusan keperiksaan Bahasa Melayu setengah tahun. Penubuhan Jawatankuasa Induk memperkasakan penguasaan penulisan Bahasa Melayu dan membuat kajian keperluan. Penubuhan Jawatankuasa Kerja dan mengagihkan tugas. Merancang menentukan aliran tindakan bagaimana hendak mencapai matlamat

dalam meningkatkan prestasi Bahasa Melayu Penulisan dengan mengenalpasti isu, analisis masalah, membuat perancangan strategik dan melaksanakan rancangan tindakan. Guru Besar, PGB, Pengerusi Panitia dan Panitia Bahasa Melayu berfungsi sepenuhnya dan faham akan tugas dan peranan masing-masing Pemimpin bertanggungjawab menjaga standard prestasi tinggi organisasinya. Beliau berupaya untuk menentukan keperluan tenaga manusia dengan melatih dan memilih jawatankuasa yang berpotensi . Selain dari itu adalah menjadi tugasnya untuk mengurus dan membangunkan sumber manusia dengan menjalin hubungan yang baik dengan individu-individu di bawah kawalannya, di sepanjang proses mengurus sumber manusia. Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin mengambil kira aspek-aspek yang tersirat yang perlu ditekankan dalam pengurusannya dari segi attitud, persepsi, norma organisasi tersebut, interaksi yang tidak formal dengan individu-individu di bawahnya serta menangani konflik antara individu dan kumpulan dalam organisasinya. Pemimpin telah mengamalkan prinsip pengurusan kurikulum melalui

pembangunan kurikulum berterusan yang secara semulajadinya bersifat penyertaan semua pihak dalam pasukannya. Mengurus kurikulum dengan pengetahuan yang tinggi

25 yang ada padanya supaya kejayaan boleh dicapai , terkini dan bermakna untuk membantu meningkatkan prestasi melalui penilaian data yang dilakukan secara kerap.

3.6.2

Peringkat II Pra Perancangan Program dengan menganalisis keputusan, menyemak

tahap kesediaan sekolah, guru, pendekatan dan menetapkan jadual kerja pelaksanaan. Menghayati definisi halatuju sekolah, misi, visi, piagam pelanggan, motto dan slogan sekolah dan memberi taklimat dan motivasi kepada semua staf sebagai persediaan minda. Tugas utama pemimpin ialah menetapkan arah dan hala tuju yang betul kepada organisasinya. Oleh itu pemimpin mengenal pasti status terkini organisasinya dengan mengkaji , meneroka dan memahami persekitaran . Dalam menghayati visi, misi dan objektif organisasinya pemimpin juga meramal situasi yang akan datang dan menentukan tindakan dan keperluan sumber sebelum menilai perancangan yang di buat. Kegagalan menitikberatkan aspek ini akan menyebabkan organisasi tidak dapat beroperasi dengan jayanya. Perkongsian visi dan misi sekolah dihayati bersama. Matlamat pencapaian sekolah dalam UPSR ditekankan dalam menerajui pelaksanaan perubahan dan inovasi kurikulum. teratur. Pemimpin menjelaskan piawaian prestasi yang ditentukan supaya dapat di fahami oleh pengikutnya untuk mempamerkan komitmen yang tinggi dan dapat mewujudkan hubungan baik dua hala. Kaedah melakukan motivasi terhadap orang-orang bawahan ke arah pencapaian matlamat bersama adalah pengukur utama bagi menentukan kejayaan seorang pemimpin. Pemimpin memainkan peranan dengan menyemak keberkesanan jawatankuasa untuk menentukan perancangan program akan berjalan dengan licin dan

26

3.6.3

Peringkat III Membuat analisis persekitaran pada kekuatan, kelemahan, peluang dan Hari Terbuka diadakan dengan taklimat dan perbincangan untuk

ancaman yang ada pada guru, murid, pentadbir, ibubapa dan stakeholder. membincangkan masalah pelajaran murid dengan ibubapa. Mengelola dengan membahagikan tugas dan menyusun serta menghubungkan kepada satu unit operasi yang berpadu dengan menentukan rangkakerja, kumpulankumpulan kerja, prosedur dan pemilihan jawatankuasa. Menetapkan target pelajar dari analisis Peperiksaan Setengah Tahun berasaskan Head count dan membuat program berkaitan. Pemimpin berpengetahuan dalam bidang teknikal supaya dapat menjalankan tugasnya mengenal pasti dan menjelaskan tugas, tanggungjawab dan peranan ahlinya mengikut kedudukan dan jawatan dan berupaya membuat pecahan tugas supaya boleh diuruskan hingga kepada aktiviti-aktiviti yang kecil. Beliau juga bertanggungjawab membuat keputusan yang tepat seperti keputusan yang melibatkan kewangan, individu, strategi dan idea-idea baru melalui rundingan untuk mendapat sokongan dan kerjasama individu-individu di bawahnya. Pemimpin menggunakan pendekatan pengurusan berkualiti untuk memastikan dasar kualiti sekolah difahami dan dipatuhi dengan menetapkan kuasa personel membuat analisis persekitaran mengkaji kehendak pelanggan dan stakeholders dengan mengkaji prosedur yang sedia ada. Salah satu kaedah adalah dengan mengadakan Hari Terbuka yang bukan sahaja untuk mendapatkan maklumbalas tetapi juga untuk mendekatkan ibubapa supaya mesra sekolah.

27 3.6.4. Peringkat IV Pembinaan plan strategi, tektikal dan operasi. Menetapkan objektif. Pembinaan strategik utama dalam Program Jejak Bahasa.

Memimpin ke arah hala tuju sasaran dengan menentukan kos, jangka waktu, arahan-arahan, panduan, dorongan dan ransangan serta memberi bimbingan , latihan, teguran dan tunjuk ajar dalam mencapai kejayaan. Mengembangkan potensi guru dengan membuat penyeliaan dan pencerapan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, menggalakkan penggunaan komputer dan media pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran serta memberi bimbingan dan ganjaran kepada murid dan guru. Pemimpin menyusun plan strategi, tektikal dan operasi dan mengaitkan tugas ke arah pencapaian objektif dengan program yang spesifik dan realistik mengandungi perincian pelan yang dipilih. Setiap individu mesti jelas dengan peranan yang dimainkan oleh mereka sendiri dan peranan orang lain supaya ada hubungan dan kerjasama diantara satu sama lain.

3.6.5 Peringkat V Melaksanakan program memperkasakan Bahasa Melayu. Majlis Pelancaran Program Jejak Bahasa oleh Profesor Madya Dr

Sapon bin Ibrahim.

28

Majlis Pelancaran Program Jejak Bahasa. Pemimpin bertanggungjawab memastikan semua aktiviti berjalan lancar seperti yang dirancangkan supaya setiap unit dalam organisasinya menunjukkan prestasi yang cemerlang selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan. Kawalan dan jaminan mutu wajar dilaksanakan, diselia, disemak dan diubahsuai di semua peringkat kerja . Pemimpin membuat pengesanan awal untuk mendapatkan sokongan ibubapa dalam program dibuat untuk memastikan ibubapa akan datang ke sekolah pada Majlis Pelancaran Program Jejak Bahasa seperti berikut Surat edaran jemputan diedarkan melalui murid. Notis jemputan ditampal di surau dan balai raya. Pengumuman dibuat didalam mesyuarat JKKK oleh Ketua Kampong. Pengumuman telah dibuat dalam Mesyuarat Perkumpulan Wanita . Pemeriksaan mata berkomputer percuma diadakan untuk menarik ibubapa datang ke sekolah.. Hubungan di antara pihak sekolah dan ibubapa adalah sangat penting dan perlu mendapat kerjasama yang lebih luas. Sekolah akan dapat memaksimakan aktivitinya sekiranya ia mendapat sumber manusia dan kewangan daripada pihak awam. Murid-

29 murid akan mendapat manafaat yang besar melalui hubungan erat pihak-pihak tersebut. Oleh itu kehadiran ibubapa adalah petanda yang baik kerana sekolah cemerlang biasanya mempunyai hubungan istimewa diantara ibubapa dan komuniti setempat. 3.6.6. Peringkat VI Ujian Pos dan analisis ujian dijalankan. Perbandingan Ujian Pra Post Moterm program dan tindakan susulan penambahbaikan Membuat laporan lengkap program yang telah dijalankan.

dan Pos dibuat untuk mengukur keberkesanan program. untuk proses yang berterusan sehingga beroleh kejayaan dijalankan.

Mengawal tugas dalam menentukan apa yang dirancang seperti membuat penyeliaan, pemerhatian, penilaian prestasi, laporan kemajuan, membetulkan kesalahan dan membuat penilaian peringkat-peringkat pelaksanaan perancangan. Mengawal selia melalui pemantauan bilik darjah, pemeriksaan buku latihan Bahasa Melayu murid serta perjumpaan dengan ibubapa murid. Laporan Pencapaian Murid dalam Ujian Pra dan Pos Markah 80-100 60-79 40-59 Menguasai 20-39 0-19 Belum Menguasai Jumlah Murid Gred A B C D E Ujian Pra Bilangan 26 34 45 105 29 52 56 161 Ujian Pos Bilangan 48 28 67 142 10 7 17 160

Peratus 16 21 28 65.2 18 32 34.8 100

Peratus 30 18 42 88.8 6 4 10.6 100

Berdasarkan jadual di atas analisis data menunjukkan pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Peratus murid yang mendapat gred A dalam Ujian Pra meningkat dari 16 peratus ke 30 peratus pada Ujian

30 Pos dan seterusnya menambah peratus murid sudah menguasai penulisan Bahasa Melayu dari 65.2 peratus ke 88.8 peratus. Murid yang belum menguasai kemahiran penulisan Bahasa Melayu sekolah ini menurun dari 34.8 peratus ke 10.6 peratus.

3.7

Rumusan

Pencapaian yang tinggi dalam akademik merupakan harapan dan ekspektasi ibubapa yang utama untuk dicapai oleh anak-anak mereka. Pemimpin memainkan peranan sebagai pemimpin instructional dengan mengawal selia proses pengajaran dan pengajaran dan membuat laporan penilaian prestasi. Post moterm program dijalankan dan penambahbaikan dijalankan sehingga beroleh kejayaan dengan : 3.7.1 Menggalakkan perkembangan akademik setiap murid dengan memberi

perhatian kepada kualiti pengajaran dan pengajaran di dalam kelas. 3.7.2 Sering memantau dan menilai pengajaran guru serta berusaha menyediakan

kemudahan untuk mereka. 3.7.3 Mengikuti kemajuan dan pencapaian akademik murid-murid serta meminta

kerjasama ibubapa untuk turut menyokong dan membantu anak-anak mereka 3.7.4 Berusaha meningkatkan tahap profesionalisme guru melalui bantuan

kepakaran dalaman dan dari luar sekolah.

RUJUKAN

31 Ayob Jantan (2004). Pengetua sekolah yang effektif. Bentong, Pahang: Utusan Publications & Distributions. m.s 22-24. Bass, Bernard (1990). From transactional to transformational leadership: learning to share the vision. Organizational Dynamics, Vol. 18, Issue 3, Winter, 1990, m.s. 19-31. Bass, B & Stogdill, R (1990). Handbook of leadership theory, research and managerial applications (3rd ed). New York: The Free Press.m.s. 11-31. Boulding, 2006. Buku panduan pengurusan professional sekolah menengah (1993). Kuala Lumpur: Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan. Fiedler, F.E.,(1978). Contigency model and the leadership process., dalam Berkowitz (ed.), Advances in experimental social psychology. New York: Academic Press. II. Fiedler, F. E.,(1967). A Theory of Leadership Effectiveness. New York: McGraw Hill Inc. m.s.34. Gordon, T.(1955). Centred leadership. New York: Houghton Mifflin. Gordon, T.(2005). Leaders effectiveness training (LET).. http://wik.ed.uiuc.edu/index.php/Thomas_Gordon retrieved 21 July 2006 K (1997) The image: Knowledge in life and society.

http://www.nwlink.com/~donclark/leader/leadcon.html.retrieved 12 Aug

John, R. & French, P. & Raven (1960). The basic of social power. Group dynamic: Research and theory. Cartwright, D. & Evanston, Z ed. Illinois: Harper & Row.

32

Hamzah Rahman bin Soriat (1996). Pendidikan kepimpinan. Jurnal guru ke arah pembinaan budaya ilmu. Ampang, Kuala Lumpur: Jawatankuasa Pengelola Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.m.s 526-527. Ishak bin Sin (2002). Gaya kepemimpinan yang digemari: Satu kajian kes hipotetikal. Prosiding seminar nasional pengurusan dan kepemimpinan pendidikan ke 11/2002. Genting Highland, Pahang: Institut Aminuddin Baki. M.s. 28-29. Kickpatrick, S.A dan Locke, E.A., (1991). Leadership: Do traits matter?. Academy of management excutive.5(2).m.s. 48-50. Kouzers, J. M. & Posner, B. Z. (2002). The leadership challenge. San Francisco : Jossey-Bass Publishers. Michael Yeoh (2003). Wawasan dan kepimpinan. Nilai dan strategi ke arah 2020. Petaling Jaya, Selangor: Pelanduk Publications. M.s.92-93. Muhamad Zabri bin Min (2003). Kemahiran memimpin. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors .m.s. 5-9. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum di sekolah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembang Kurikulum KPM. M.s.3. Razali Mat Zin (1990). Kepimpinan dalam pengurusan. Kuala Lumpur: Percetakan CS.m.s. 56-58. Shetty, Y.K (1976). Leadership and organizational structure dlm Henry L. Reading in management: Contigencies, structure and process. Chicago: St Glair Press.

33 Yakop Md Som (1997). Mengenali pengurusan dan kepimpinan. Berita Pengurusan dan kepimpinan. Genting Highlands, Pahang: Institut Aminuddin Baki. 3 Zainal Ariffin Ahmad (1998). Perlakuan organisasi. Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. m.s. 127-129.