Anda di halaman 1dari 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

TUGASAN : HBMS 1103


PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

SEMESTER : SEPTEMBER 2012


NAMA NO. MATRIK EMEL NO.TELEFON : DIAN BINTI LINUS : 840416125950001 : dian.kaisara@oum.edu.my : 013- 8785842

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SANDAKAN

Pengenalan Maksud kemahiran berfikir Pemikiran ialah sesuatu proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.. Difinisi yang sesuai bagi konsep kemahiran berfikir masih menjadi pokok perbincangan kerana terdapat pendapat yang berbeza dikalangan tokoh-tokoh pemikiran antaranya ialah menurut Edward de Bono ( 1976 ) Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Manakala pendapat Dewey ( 1910 ) pula mengatakan pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi. Mayer (1977) pula melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolahan operasi operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang bagi tujuan untuk meyelesaikan masalah. Menurut Chafee ( 1988 ) pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Tokoh pemikir yang bernama George ( 1970 ) pula melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang sangat kompleks. Berdasarkan beberapa konsep difinisi kemahiran berfikir daripada beberapa tokoh pemikiran maka dapatlah kita simpulkan bahawa pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu , menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya menbuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. Prinsip kemahiran berfikir Kemahiran berfikir ini hanya akan berlaku jika kita mengikuti prinsip-prinsip yang telah di tetapkan antaranya ialah:

Sentiasa bersikap secara kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif dalam diri kita

Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah. Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya.

Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan.

Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir. Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.

Teori kemahiran berfikir Beberapa teori ada dinyatakan mengenai kemahiran berfikir ini anataranya ialah , Teori Robert Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk disamping perasaan,irama,muzikdan imaginasi. Berdasarkan kenyataan ini maka untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah dikembangkan Alat berfikir Penguasaan murid terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Contoh alat berfikir yang biasa digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda dan alat CORT. Ia

dapat membantu murid bagi mengimbas kembali maklumat berkaitan yang boleh digunakan untuk membantu mengabungkan maklumat-maklumat baru. Jenis-jenis kemahiran berfikir Didalam kemahiran berfikir terdapat beberapa jenis-jenis kemahiran berfikir anataranya ialah, Pemikiran Konvergen. Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya berfikir. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada. Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis. Jenis kemahiran berfikir yang kedua ialah Pemikiran Divergen ianya dikenali juga sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral dan mempunyai unsure intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa. Seterusnya ialah Pemikiran Reflektif

Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menimbang kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya. Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain. Model Kemahiran Berfikir Terdapat dua prinsip utama dalam model kemahiran berfikir, iaitu: Disusun berdasarkan keperluan prasyarat Disusun berdasarkan urutan dari mudah ke kompleks

MODUL KEMAHIRAN BERFIKIR

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MUZIK Tarikh : Hari : 6 Oktober 2012 Selasa 8.00-9.00 pagi ( 1 Jam )

Masa :

Mata pelajaran : Muzik Tahun : Bidang : Konsep: 4 Cerdik Nyanyian Irama : Pada akhir sesi pengajaran murid murid dapat 1. Menepuk tangan pada setiap detik bagi meter 2/4 2. Menyanyikan lagu naik kereta api dengan sebutan yang betul 3. Menyanyikan lagu naik kereta api degan postur berdiri yang betul. 4. Pengetahuan sedia ada : Murid murid pernah mendengar lagu naik kereta api sebelum ini. Kemahiran Berfikir : Membanding dan membezakan lagu yang mempunyai meter 2/4 dan 4/4 pada lagu naik kereta api. Alat bantu mengajar : Carta lirik lagu naik kereta api Radio CD lagu Penerapan nilai: Langkah Set induksi ( 5 minit ) : Berkerjasama Konsep Mengenal pasti unsurunsur irama dalam Strategi Main peranan Aktiviti P&P Murid murid membuat pergerakan dan bunyi Catatan

Objektif

muzik naik kereta api.

kereta api sedang berjalan dalam kelas yang

mempunyai keluasan yang sederhana. Murid-murid membuat

kiraan sambil membuat

bunyi sehingga sampai ke tempat masing. Murid-murid meluaskan duduk masing-

lagi pergerakan mereka dengan bergerak di

koridor kelas sambil di bombing dengan guru. Guru mengaitkan aktiviti dengan pengajaran pada hari ini iaitu mengira detik dan menyanyi dengan

postur badan yang betul. Langkah 1 ( 10 Minit ) Menamakan unsur- Sebutan Murid-murid diperdengarkan keseluruhan kereta api Murid- murid membaca dan memahami lirik lagu dengan naik BBM Lirik lagu radio CD lagu

unsur nyanyian dalam muzik yang terdapat

pada lagu.

keseluruhan lagu. Murid yang lemah dalam bacaan akan dibimbing

oleh guru supaya mereka tidak tertinggal dalam

aktiviti pada hari ini. Murid-murid diminta

untuk membaca dengan sebutan yang jelas dan tepat. Murid- murid membuat aktiviti latihan vocal

a,e,i,o,u dengan bukaan mulut yang sesuai dengan bunyi vocal. Muridmenyanyikan lagi murid baris

demi baris secara beramairamai. Murid yang lemah akan dibimbing secara individu. Langkah 2 ( 10 minit ) Membuat grafik . pengurusan Postur badan Murid- murid di minta untuk berdiri tegak membuat dengan ketika postur bentuk BBM Lirik lagu radio

tengah CD lagu naik

menyanyiakn lagu kereta api Seorang untuk untuk murid menjadi

dipilih model

menyanyikan

dengan lebih jelas lagi sambil memastikan postur berdiri betul dengan

bimbingan dari guru. Aktivitidiminta menyanyikan kereta secara api lagu sekali murid-murid untuk naik lagi

beramai-ramai

dengan sebutan yang jelas dan postur badan yang betul. Langkah 3 Memperkenalkan notasi Tepuk detik Murid-murid menyayikan

( 15 minit )

dan

sistem

nada

semula lagu naik kereta api secara kumpulan dan individu. Murid-murid menepuk

bermain alat muzik.

tangan pada setiap detik lagu iaitu detik 1 dan detik 2. Langkah 4 ( 15 minit ) Irama , detik , meter Latihan tepuk detik Secara berpasangan BBM Lirik lagu Radio CD

murid-murid menepuk : # tangan : petik 1 #tangan pasanagan : petik 2. Murid-murid aktiviti diatas membuat

sambil -nilai naik berkerjasaman Guru aktiviti

menyanyikan lagu kereta mengaitkan api

dengan apa yang muridmurid induksi. Murid- murid didedahkan dengan meter 2/4 setelah membuat aktiviti diatas. Penutup (5 minit ) Refleksi Murid-murid masih berada dengan pasangan masingmasing dan tangan buat pada set

diletakkan atas bahu . Secara murid-murid berkerjasama berpusing

setempat dan melangkah dengan menghantak kaki

mengikut kiraan detik lagu dengan iringan lagu naik kereta api

Refleksi pengajaran: Murid-murid dapat menepuk tangan pada setiap detik lagu. Namun demikian murid murid tidak dapat menyanyikan lagu dengan jelas kerana masalah sebutan dimana segelintir murid tidak pandai membaca. Sebagai langkah mengatasi dipengajaran akan datang saya akan memikirkan sesuatu aktiviti yang boleh membantu murid yang lemah dalam ejaan dan juga memikirkan apa aktiviti yang boleh mengawal tingkah-laku sebahagian pelajar yang aktif kerana terdapat pelajar yang aktif dan tidak serius semasa sesi pengajaran. Dipengajaran akan datang saya akan lebih fokus kepada nyanyian dan permainan atau aktiviti muzikal\

NAIK KERETA API

NAIK KERETA API CUS CUS CUS KERETA API CUS CUS CUS BUNYINYA LAJULA LAJU KEDEPAN HEBAT SEKALI

TAR TAR TAR BUNYI RODA PON PON PON BUNYI SEMBOYAN SAYA SANGAT GEMBIRA BERSAMA KAWAN-KAWAN

LIRIK LAGU KERETA API

Lirik lagu naik kereta api berserta encord lagu.

Kepentingan Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran dan Pembelajaran ( RPH )

Kemahiran berfikir sanggat penting untuk kita terapkan di dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH ) kita kerana ianya akan membantu guru dan murid untuk berfikir lebih kearah kreatif dan inovatif. Didalam pengajaran harian yang saya telah sediakan terdapat empat kemahiran berfikir yang saya telah terapkan antaranya ialah kemahiran berfikir kreatif iaitu menjana idea dimana murid memberi idea terhadap setiap pergerakan yang guru rancang untuk menjadikan pengajaran lebih menarik. Seterusnya kemahiran berfikir yang kedua yang saya sebatikan dalam RPH saya ialah Kemahiran berfikir secara kritis iaitu menerangkan sebab. Ianya sangat penting kita sebatikan dalam RPH kita membolehkan murid memahami, menilai serta mengaplikasikan maklumat yang diterima dalam pelbagai situasi. Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) adalah merupakan salah satu konsep yang diperkenalkan dalam situasi Pembelajaran Bestari. Ianya bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar berfikir dalam menentukan sesuatu cadangan atau jawapan. Beberapa alat pemikir (thinking tools) digunakan sebagai panduan kepada guru-guru dalam mengendalikan pembelajaran dalam kelas. Penguasaan oleh pelajar untuk kaedah kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif adalah penting kerana kemahiran berfikir yang terdapat dalam mata pelajaran muzik saya ini membolehkan mereka membanding dan membeza, iaitu membanding detik dan

tempoh laju dan lambat , meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan, menyusun mengikut

urutan, membuat inferens, menjana dan menghasilkan idea, dan mencipta analogi. Bahkan, penggunaan alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu. Akhir sekali, penggunaan soalan penyoalan di dalam strategi berfikir dapat membantu pelajar berfikir secara mendalam dan meluas. Bagi sebagai guru pula, pengetahuan mengenai soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan dan menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Teknik penyoalan juga haruslah sentiasa bercamba dan juga menguji kemahiran berfikir setiap murid . Ringkasnya, kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran sangat penting kerana ia membolehkan pelajar: 1. mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak; 2. mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik semasa belajar; 3. menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif; 4. mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit; 5. meningkatkan aspek kognitif, afektif, dan perkembangan intelek mereka; 6. bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

Kesimpulan Secara keseluruhan kemahiran berfikir ini sangat penting untuk kita sebatikan dalam pengajaran kita untuk membentuk pelajar yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Seseorang guru haruslah menguasai kemahiran berfikir ini untuk menjadikan mengajaran dan pembelajaran satu pengalaman yang menyeronokan dan bermakna. Penyepaduan teori kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memberi hasil yang menakjubkan serta skor pencapaian juga dapat ditingkatkan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kemahiran guru
menerapkan kemahiran berfikir adalah penting. Para guru seharusnya memahami situasi murid atau

pelajar dan juga kelasnya. Mengikut rajendran dalam bukunya HOTS berkata kanak-kanak mempunyai perbezaan antara satu sama lain, begitu juga dengan bilik darjah. Oleh yang demikian, pertimbangan tertentu haruslah dibuat sebelum proses berfikir dapat dilaksanakan. Seiring dengan kejayaan yang diharapkan iaitu memenuhi cabaran keenam dalam Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan prograsif , masyarakat yang inovatif dan memandang jauh kehadapan. Sesuai dengan perubahan itu elemen kemahiran berfikir harus di titik beratkan dan lebih diterapkan dalam sistem pendidikan kita untuk membentuk pelajar yang berfikiran maju dan mempunyai semangat berdaya saing yang tinggi. Seorang guru juga haruslah setiasa mencari idea dan langkah untuk sentiasa menyebatikan setiap elemen kemahiran berfikir dalam pengajarannya supaya setiap objektif yang ditetapkan akan sentiasa tercapai dan memuaskan semua orang iaitu guru dan pelajar. Untuk menjadi pemikir yang baik juga seseorang itu perlulah dilatih dari awal lagu iaitu sejak pra kanak-kanak hingga dewasa dan tua. Untuk menjalani proses latihan seseorang perlukan system perancangan yang lebih teliti dan lebih teratur. Dalam konteks pendidikan , cara yang terbaik ialah memuatkan proses latihan berfikir ini kedalam kurikulum. Dengan cara ini secara tidak langsung ianya menjadi satu bidang yang wajip dan bukannya tempelan. Pelaksanaannya dilakukan dalam masa yang sama sewaktu isi kandungan sesuatu pelajaran disampaikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

2214 PATAH PERKATAAN

RUJUKAN Choong Lean Keow. (2009). Siri Pendidikan Perguruan : Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Bdn Bhd.Tuan Jah, Faridah. ( 2011). Siri Pengajian Bahasa melayu : Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Dr.Ee Ah Meng. (2003).Ilmu Pendidikan,Pengetahuan Dan Ketrampilan Ikhtisas ,Fajar Bakti: Selangor,Darul Ehsan Mohd nizar Mohd Latib. (2010), Falsafah Pendidikan Kebangsaan Retrived October 9, 2011,from http://www.scribd.com/doc/47760112/FPK-Pendekatan-

Bersepadu.Mok Song Sang. (2001).