Anda di halaman 1dari 21

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KAMPUS JOHOR BAHRU

NAMA . AMINAH BINTI ABDULLAH (700814015306) INDEX NUMBER : 1CBM1106007

KUMPULAN/UNIT

PPG BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2011

PENGENALAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH (RBT3117)


NAMA PENSYARAH

NAMA MATA PELAJARAN DAN KOD MATA PELAJARAN

PN.HJH NAEMAS BT.TAIB JABATAN KEMAHIRAN HIDUP

TARIKH SERAHAN

1 SEPTEMBER 2012

HALAMAN PENGAKUAN:

Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya.

Tandatangan

: ... AMINAH BINTI ABDULLAH NO K.P (700814015306)

Nama Penulis :

Tarikh

: 1 SEPTEMBER 2012

ii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami mengucapkan sepenuh penghargaan kepada pensyarah Pembimbing yang banyak membantu.

Tugasan yang diberikan kepada saya ialah menerangkan falsafah dan dasarkurikulum KHSR di Malaysia.Saya juga menjelaskan pengurusan pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup yang sedang dilaksanakan di sekolah rendah. Saya juga menyediakan satu Rancangan Pelajaran Harian bagi

menyampaikan satu sesi pengajaran 2 waktu(1jam) dalam kelas di sekolah rendah. Saya juga dikehendaki menghujah tentang pendekatan strategi, kaedah dan teknik yang sesuai untuk RPH yang disediakan. Bagi menjayakan tugasan ini , pensyarah membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini. Pelbagai ilmu yang dapat kami terokai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya pendidik di negara ini untuk menerokai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini terutama berkaitan pengurusan makmal/bengkel/ bilik darjah. Sejuta penghargaan kepada keluarga, ibu bapa, suami, anak-anak , rakanrakan yang memahami dan banyak memberikan sokongan moral bagi menyempurnakan tugasan ini.

iii

HALAMAN TUGASAN

TAJUK TUGASAN:

Semua Kerja kursus ini dilaksanakan secara individu.

Tajuk Tugasan : 1. Anda dikehendaki menerangkan perkara-perkara seperti berikut: a) Huraikan falsafah dan dasar kurikulum KHSR di Malaysia b) Jelaskan pengurusan pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup yang sedang dilaksanakan di sekolah rendah. 2. Berdasarkan salah satu tajuk daripada Sukatan Pelajaran KHSR Tahap 2 yang dipilih, sediakan satu RPH bagi menyampaikan satu sesi pengajaran 2 waktu(1jam) dalam kelas di sekolah rendah.

Anda dikehendaki menghujah tentang pendekatan strategi, kaedah dan teknik yang sesuai untuk RPH yang disediakan.

iv

********* I S I K A N D U N G A N *********

MUKA SURAT HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN TAJUK TUGASAN ISI KANDUNGAN 1.0 2.0 3.0 4.0 PENDAHULUAN PENGENALAN Falsafah Dan Dasar Kurikulum KHSR di Malaysia Pengurusan Pentadbiran Dan Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup 4.1 Organisasi
4.2 Pengurusan & Pentadbiran Bengkel 4.3. Peraturan Keselamatan Makmal 4.4 Penyimpanan dan Pensetoran 4.5. Penyenggaraan 4.6 Prosedur Tindakan Kemalangan

i ii iii iv 1 2-3 4

5
6 7 8 9-10 11 12

5.0. Rancangan Pengajaran Harian 6.0 Pendekatan,strategi , Kaedah dan Teknik Refleksi Lampiran

13

1.0 PENDAHULUAN:
Saya menjalankan tugasan ini bagi memenuhi keperluan kerja kursus Pengenalan Kemahiran hidup Sekolah Rendah (RBT 3117) Program Pensiswazahan Guru secara jarak jauh. Kajian yang dijalankan ialah ,saya dikehendaki menerangkan falsafah dan dasar kurikulum KHSR di Malaysia. Saya juga perlu menjelaskan pengurusan pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup yang sedang dilaksanakan di sekolah rendah. Selain itu, saya juga perlu menyediakan satu RPH bagi menyampaikan satu sesi pengajaran dan pembelajaran 2 waktu(1 jam) dalam kelas di sekolah rendah. Seterusnya, saya perlu menghujah tentang pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai untuk RPH yang disediakan. Pada mulanya, saya mula mencari dan mengumpul maklumat tentang falsafah dan dasar kurikulum KHSR di Malaysia. Melalui internet dan buku saya dapat maklumat yang diperlukan. Selepas itu, saya perlu menjelaskan tentang pengurusan pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup yang sedang dijalankan di sekolah rendah berdasarkan sekolah tempat saya bertugas.Kemudian, saya menyediakan satu RPH untuk tahun 5 bagi 1 jam . Saya juga turut menerangkan tentang pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai untuk RPH yang disediakan.Proses yang terakhir ialah pendokumentasian kajian kerja kursus dan penghasilan dapatan dan implikasi dalam penggunaan strategi dan pendekatan.Kami membuat kajian ini untuk mencari kekuatan dan kelemahan pembelajaran di sekolah. Alhamdulillah, kami telah dapat melaksanakan kajian ini setelah bekerja keras di samping kerjasama antara semua rakan pelatih dalam kumpulan ini. Kami menggunakan data dan maklumat yang diperoleh untuk menulis esei lengkap serta saranan penambahbaikan kerja kursus ini.

2.0 PENGENALAN
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu matapelajaran dalam Mata pelajaran ini

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar pada Tahap II. digubal untuk menanam kesedaran

celik teknologi melalui penguasaan kemahiran

praktisdan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Pembentukan sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi dan keusahawanan ini adalah selaras dengan hasrat negara danbersesuaian dengan perkembangan teknologi dan keusahawanan yang pesat pada masa ini. Oleh itu usaha yang dibuat melalui pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran. Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung ke arah ini, kemahiran praktis berasaskan reka bentuk dan teknologi serta keusahawanan didedahkan kepada murid melalui mata pelajaran ini. Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Murid menjalankan aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi produk serta menghasilkan projek dengan menggunakan pelbagai bahanseperti kayu, logam, bahan kitar semula, dan komponen elektrik dan elektronik. Di samping itu, murid berupaya menyenggara serta membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah dan perabot. Murid juga dilatih menjahit, membaiki pakaian, menanam dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan serta menanam sayur-sayuran. Bidang Perniagaan dan Keusahawanan pula menitikberatkan unsur-unsur keusahawanan semasa menjalankan aktiviti jual-beli. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada murid mengamalkan sikap pengguna yang bijak. Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat membantu murid memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnya mengenai alatan, bahan dan mesin yang ada di sekeliling mereka.

Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba, mereka cipta, mengubah suai, mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi yang sesuai dengan perkembangan intelek

mereka. Murid juga berpeluang menjalankan aktiviti jual beli.Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr. Melalui mata pelajaran ini juga sikap yang positif di kalangan murid dapat dipupuk. Dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan, bekerja secara bersistematik,bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin. Selain itu KHSR juga dapat memberikan murid ruang untuk

mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. Mata pelajaran ini juga memberi murid kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar dan penghargaan terhadap kerja dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk dan perniagaan. Kesemua ini akan menyumbang kepada hasrat untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.0 Falsafah Dan Dasar Kurikulum KHSR di Malaysia


Falsafah pendidikan kebangsaan menjadi dasar dan panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan bukan sahaja untuk masyarakat dan negara malah untuk individu itu sendiri. Ini kerana individu yang baik akan menjadi warganegara yang baik.Kurikulum Kemahiran Hidup direkabentuk untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jika sebelum 1979, pendidikan hanya difokuskan kepada pendidikan akademik dan peperiksaan tetapi setelah menyedari sistem itu tidak dapat merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan, kurikulum kemahiran hidup telah direkabentuk dan dijadikan satu matapelajaran wajib bagi semua pelajar tahap dua di sekolah rendah. Objektif utama kurikulum kemahiran hidup adalah memastikan setiap pelajar memperolehi kemahiran asas rekacipta, pertukangan, jahitan, tanaman dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buatsendiri, merekacipta dan cenderung berurusniaga serta mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik. Ini adalah langkah pertama sebelum individu ini menjejakkan kaki ke dunia industri. Ini juga merupakan platform untuk individu tersebut mengembangkan bakat dan potensi diri sebagai persediaan awal menyediakan diri untuk menjalani kehidupan yang bermakna. Pembelajaran Kemahiran hidup secara jelas melatih pelajar mempertingkatkan kemahiran kognitif, psikomotor dan efektif secara bersepadu, dan ini sangat penting demi menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjurus kepada pembinaan insan yang harmoni dan dapat memberikan sumbangan kepada negara, masyarakat dan keluarga. Abdul Shukor bin Abdullah (2000), menyatakan bahawa pendidikan KH yang dijalankan di sekolah memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, beretika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Ini selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

4.0 Pengurusan pentadbiran dan pengurusan bengkel kemahiran hidup yang dilaksanakan di sekolah rendah.
Makmal Kemahiran Hidup merupakan pusat kelas amali dan teori pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup (KH). Di dalam setiap makmal terdapat pelbagai Peraturan tertentu yang perlu dipatuhi oleh setiap pelajar dan guru agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancer dan menepati sasaran pendidikan.Di samping itu juga , guru-guru KH boleh meningkatkan kecenderungan pelajar terhadap mata pelajaran KH.Pentadbiran yang baik ini bukan sahaja dapat menghasilkan satu orgnisasi yang mudah dijalankan serta terkawal , ia juga dapat mengemaskini maklumat dan data termasuk stok dan inventori serta pemantauan keadaan fizikal makmal bagi tujuan penyelenggaraan dan penyenggaraan.Terdapat beberapa bahagian bagi memastikan keberkesanan pentadbiran dan pengurusan Bengkel antaranya: 4.1 Organisasi 4.1.1 Strtuktur Organisasi Struktur organisasi adalah seperti dalam Rajah 1
Rajah 1

GURU BESAR

GURU PENOLONG KANAN

KETUA PANITIA

GURU KEMAHIRAN HIDUP


6

6 4.1.2. Panitia Panitia Kemahiran Hidup adalah sekumpulan guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ketua Panitia bertanggungjawab menggurus, merancang dan memastikan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Di antara tanggungjawab ketua panitia ialah : i) Menyelaraskan sukatan dan rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan semester. ii) Membuat anggaran belanjawan tahunan untuk diserahkan kepada Guru Penolong Kanan iii) iv) Membuat pesanan bahan dan alatan melalui boring pesanan. Mengagihkan tugasan mengajar serta tanggungjawab pengurusan ,penyelenggaraan dan keselamatan bengkel kepada guru-guru KH v) Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah mengajar yang kemaskini. vi) vii) Menjalankan mesyuarat panitia Menguruskan sesi perkembangan staf.

4.1.3 Pengurusan Pelajar i) Menyediakan Peraturan keselamatan makmal yang perlu dipatui oleh pelajar. ii) Memastikan pelajar sentiasa mematuhi arahan guru dan bekerja secara bersistematik dan selamat. iii) Panitia bertanggungjawab bagi menguruskan sistem kepegawaian kepada pelajar seperti dalam Rajah di bawah.

Ketua Formen

Ketua kebersihan kebersihan

Ketua alatan

Ketua projek

Ketua keselamatan

7 4.2. Pengurusan & Pentadbiran Bengkel /Makmal 4.2.1 Ruang Saiz makmal /bengkel/bilik darjah adalah bergantung kepada jenis kerja yang akan dilakukan di dalamnya.Ciri-ciri bengkel adalah seperti berikut: a) Boleh menampung bilangan pelajar seramai 20 orang atau lebih. b) Membolehkan seseorang bergerak dengan bebas. c) Lantai mestilah dari bahan yang tahan lasak,mudah dibersihkan dan tidak menampung habuk dan tidak licin. d) Tingkap yang besar untuk membenarkan cahaya masuk sebanyak mungkin serta pengedaran udara yang bebas. e) Mempunyai daun pintu yang besar bagi memudahkan jalan keluar semasa kecemasan. f) Meja kerja yang tahan lasak yang berukuran di antara 1.2 meter x 1.5 meter dan tinggi 0.9 meter. g) Mempunyai bekalan asas seperti elektrik bagi pencahayaan dan soket kuasa, dan bekalan air siap dengan pili dan singki, bagi pencucian. h) Sebuah stor atau bilik bagi menyimpan bahan-bahan, alatan dan projek.

4.2.2 Susun Atur Kita hendaklah memastikan susun atur bengkel diperkemas dan diperlengkap dengan kriteria-kriteria tertentu supaya kerja-kerja dapat dijalankan dengan sempurna dan mengelakkan daripada berlakunya sebarang kemalangan diri dan kerosakan harta benda.kriteria-kriteria tersebut adalah : a) Rak-rak panel alatan dan kelengkapan mudah digunakan. b) Rak-rak simpanan bahan binaan projek boleh menempatkan bahan yang baik c) Rak-rak bahan bantu mengajar yang kemas kini dan pelbagai. d) Jarak susun atur ruang dibuat hendaklah sekurang-kurangnya 1.5 meter di antara pelajar. e) Memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.

8 4.2.3 . Keselamatan UTAMAKAN KESELAMATAN menjadi teras amalan kita semua bagi setiap kerja yang berkaitan dengan kendalian ketukangan supaya segala aktiviti dapat berjalan dengan lancer dan selamat serta tidak mengabaikan perkara-perkara berikut: a) Kawasan kerja atau petak kerja yang ditanda dengan garisan menggunakan cat merah, hijau atau kuning bagi menandakan kawasan kerja selamat. b) Menyedia dan menggunakaan bahan perlindungan dan pakaian kerja bagi melindungi muka dan mata, pernafasan, badan dan lengan, tangan, rambut dan kaki. c) Menyediakan peti pertolongan cemas dan tempat rawatan. d) Mengadakan alat pemadam api yang berfungsi. e) Memaparkan carta atau nombor telefon panggilan kecemasan seperti bomba,ambulan,polis dan lain-lain.

4.3. Peraturan Keselamatan Makmal Berikut adalah peraturan keselamatan makmal a) Jangan masuk ke dalam makmal sebelum diarah oleh guru. b) Pakai kasut bertapak getah apabila bekerja di makmal. c) Jangan bermain-main di dalam makmal d) Gunakan pakaian seperti apron atau overall e) Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja, lengan baju yang panjang perlu digulung atau dilipat hingga ke atas siku. f) Gunakan alat yang betul untuk sesuatu tugas.

g) Jangan menggunakan alatan yang tumpul ,hulu pecah atau longgar. h) Pastikan pelajar mendapat kebenaran dari guru semasa menggunakan alatan berkuasa elektrik. i) j) Tanggalkan tali leher, rambut yang panjang perlu diikat atau disepit. Dilarang memakai barang-barang kemas.

k) Pakai gogle atau cermin mata semasa menggerudi atau mencanai. l) Laporkan sebarang kerosakan atau keadaan bahaya serta merta kepada guru.

9 4.4 Penyimpanan dan Pensetoran 4.4.1 Organisasi Stor a) Bahagian Kawalan Stok b) Bahagian Legar(akaun) c) Bahagian Penstoran d) Bahagian Pembungkusan dan Penghantaran. e) Bahagian Akaun 4.4.2 Sistem Penyimpanan Stok Stok yang terdiri daripada pelbagai jenis barang perlulah disimpan di tempat khas dan dengan cara yang betul.Terdapat beberapa cara untuk menyimpan stok dengan betul bagi mengelakkan kerosakan iaitu: a) Lokasi stok Lokasi stok bagi semua barang-barang hendaklah direkodkan di dalam lejar atau kad kawalan stok dank ad petak. Sekiranya perlu dibuat simpanan rambang, lokasinya hendaklah ditunjukkan di dalam satu carta lokasi stok yang kemas kini. b) Penggunaan Maksima Ruang Usaha hendaklah dibuat supaya setiap ruang stor digunakan sepenuhnya tertakluk kepada faktor-faktor keselamatan, kemudahan pengeluaran verifikasi dan kekemasan stor. c) Sistem Lokasi Stok System lokasi stok hendaklah dirangka semudah mungkin dan setiap stor hendaklah mempunyai satu system lokasi stok yang tetap. d) Penggunaan rak yang boleh diubah Penggunaan rak yang boleh diubah-ubah digunakan untuk membolehkan penyimpanan berbagai jenis barang dengan lebih baik dan cekap, terutama bagi bangunan-bangunan stor yang baru e) Keteguhan rak-rak f) Peraturan am penstoran

10 Bergantung pada umumnya bergantung kepada jenis barang-barang yang disimpan dan ruang stor yang ada, tertakluk kepada peraturan-peraturan . g) Kandungan sesuatu bekas Setiap bekas hendaklah mengandungi hanya barang-barang yang bernombor kod dan berupa bentuk yang sama saja.

4.4.3 Kawalan Stok Setiap stok yang dipesan/dibeli haruslah sentiasa dipantau bagi mengelak pembaziran dan kerugian.Antara cara untuk mengawal stok ialah; a) Mengelakkan stok berlebihan Elakkan pembelian barang-barang yang berlebihan dan mengakibatkan pembaziran modal dan penggunaan ruang stor yang luas hendaklah dielakkan. b) Senarai barang-barang standard(catalog) c) Barang yang kerap digunakan d) Pengeluaran daripada senarai barang-barang standard e) Butir-butir yang harus ditunjukkan dalam lejar Setiap folio lejar stor hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut; i)Kuantiti stok maksima ii) angka menokok stok iii) kuantiti stok minima f) Pengiraan kadar penggunaan bulanan

g) Angka pesanan barang-barang baru h) Asas pegangan stok oleh stor pusat

11 4.5. Penyenggaraan 4.5.1. Cara-cara Senggaraan Terdapat empat perkara penting yang sentiasa memerlukan senggaraan iaitu: a) senggaraan Mesin dan peralatan unsur-unsur di bawah ini perlu dicatatkan di dalam buku rekod senggaraan: i. nama mesin/peralatan ii. tarikh diperbuat dan nama pengeluar iii. tarikh dibeli dan nama pembekal iv. kos pembelian v. nombor siri vi. jumlah mesin/peralatan vii. kekerapan pemeriksaan viii. jumlah kos dan jenis senggaraan ix. anggaran masa sebelum mesin mesin/peralatan jadi rosak dan tidak boleh digunakan lagi

b) senggaraan peralatan tangan c) senggaraan alat-alat pembekal kuasa d) senggaraan bangunan 4.5.2. Jenis-jenis senggaraan a) senggaraan kawalan senggaraan ini dilakukan sebelum sesebuah peralatan ,mesin dan bangunan menjadi rosak. Ia dilakukan berterusan dari masa ke semasa mengikut jadual senggaraan yang ditetapkan. b) senggaraan pembetulan senggaraan ini dilakukan selepas sesuatu peralatan itu rosak .Kerjakerja senggaraan ini tidak akan dilakukan selagi tiada kerosakan yang berlaku.

12 c) senggaraan ramalan Senggaraan dijalankan mengikut jangkaan kerosakan.Biasanya ramalan tentang kemungkinan berlakunya kerosakan pada peralatan dibuat dengan menggunakan alatan sensitive. 4.6 Prosedur Tindakan Kemalangan Berikut adalah langkah-langkah keselamtan yang boleh dilakukan semasa bekerja untuk mengelak kemalangan berlaku: a) Elakkan daripada memegang atau menyentuh bahagian mesin/benda kerja yang tajam semasa ia sedang beroperasi. b) Pastikan mesin mempunyai system pembumian yang sempurna. c) Matikan suiz kuasa sepenuhnya apabila mesin tidak digunakan atau dibersihkan. d) Pastikan mesin mempunyai suis keselamatan saling mengunci. e) Laporkan kepada penyelia jika terdapat sebarang kerosakan pada mesin. f) Keadaan fius mestilah betul untuk mengelakkan beban melampau yang boleh mengakibatkan kebakaran. g) Pastikan bahagian-bahagian mesin yang merbahaya dipasang dengan peralatan perlindungan seperti pengadang.

13 5.0 Rancangan Pengajaran Harian Penyediaan rancangan pengajaran harian oleh guru-guru dilakukan mengikut sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

6.0 Pendekatan , strategi , kaedah dan teknik yang sesuai untuk Rancangan Pelajaran Harian yang disediakan

7.0 Refleksi

Pada interaksi pada 23 Julai 2012 yang lalu, kami pelajar PPG BMM5 ambilan Jun 2012 telah diberi satu tugasan kerja kursus pendek yang perlu disiapkan dalam masa beberapa minggu untuk tugasan ini. Dalam masa yang agak singkat itu, saya bersama rakan-rakan dikehendaki mendapatkan menghuraikan falsafah dan dasar kurikulum KHSR di Malaysia.Di samping itu, kami juga perlu menjelaskan pengurusan pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup yang sedang dilaksanakan di sekolah rendah.

Selepas mendapat tugasan ini saya mula mencari maklumat melalui internet dan juga buku rujukan . Berdasarkan maklumat yang diperolehi

melalui rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan saya mendapat gambaran untuk membuat tugasan ini. Setelah itu, saya juga ditugaskan

untuk membuat RPH bagi menyampaikan pengajaran 2 waktu (1 jam) dalam kelas di sekolah rendah. Di samping itu, saya turut dikehendaki menghujah tentang pendekatan stategi, kaedah dan teknik yang sesuai untuk RPH yang disediakan itu.

.Namum begitu, terdapat banyak masalah bagi menyiapkan tugasan ini .Beban tugas sebagai pendidik, ditambah tanggungjawab kepada keluarga dan rumahtangga menghalang saya menyiapkan tugasan ini dengan cepat. Akibat faktor kekangan masa ini di tambah dengan tugas sebagai pendidik untuk persediaan UPSR membuatkan saya sering kali mencuri masa yang terluang untuk melakukan tugasan ini.

Sepanjang melakukan tugasan ini,saya bersama turut berhubung dan berbincang dengan rakan-rakan melalui telefon, facebook dan email. Melalui bantuan rakan-rakan sekerja, rakan-rakan sekuliah, keluarga dapat juga saya menyiapkan tugasan ini.

Sekiranya terdapat masalah, kami sentiasa berbincang agar setiap masalah dapat diselesaikan. Alhamdullillah, berkat kerjasama, sabar dan keazaman yang tinggi ,akhirnya kami berjaya menyiapkan tugasan ini.

Pelbagai pengalaman baru yang saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Antaranya, saya dapat mengetahui cara mengurus dan mentadbir bengkel Kemahiran Hidup.Di samping itu juga, saya turut mengetahui aspekaspek keselamatan yang perlu diambil kira semasa mengendalikan bengkel.

Harapan saya, semoga semangat bekerjasama, keazaman yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti,sokongan semua pihak termasuk ahli keluarga, rakan-rakan sekerja ,rakan-rakan sekuliah dan majikan terus berkekalan.

Bibliografi www.cerdik.com.my Products KBSM PMR kemahiran.wordpress.com/bahan/ www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/khrc/hsp_kh_y5.pdf www.kemahiranhidup2u.com/.../rancangan-pelajar.. www.khskpt.com/hsp-a-rancangan-mengajar-tahu.. www.staripoh.com/muat_turun/.../sp_kh_kbsr.pdf