Anda di halaman 1dari 13

Isu Penggunaan Kalimah ALLAH bagi Orang-orang Kafir (Terutmanya Orang-orang Kristian) Oleh : Ustaz Raja

Ahmad Mukhlis Penggunaan Kalimah ALLAH Bagi Orang-orang Kafir Soalan: Adakah Islam membenarkan orang-orang kafir termasuk ahli-kitab menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada tuhan-tuhan mereka? Jawapan: Dari satu sudut, kita dapati, pelbagai pandangan diutarakan dengan melihat dari pelbagai sudut. Secara asasnya, apa yang paling penting adalah, prinsip Islam itu sendiri dalam menilai isu sebegini. Berdasarkan pengamatan dari segenap aspek, baik dari hujah mereka yang membenarkan mahupun hujah mereka yang melarang, kesimpulan umum yang dapat dibuat adalah, ianya lahir (samada bersetuju atau menolak) daripada hujah-hujah yang zhonniyyah atau tidak muktamad. Namun, ketika berhadapan dengan sesuatu isu setempat, pendirian seseorang ahli ilmu atau ulama‟ selalunya dibina atas timbangan keilmuan yang teliti, setelah melihat segenap sudut yang perlu diperhatikan termasuklah maslahat sesebuah masyarakat Islam di tempat tersebut. Oleh yang demikian, dalam isu penggunaan kalimah “Allah” bagi orang-orang Kristian ataupun orang-orang kafir yang lain, pendirian seseorang ahli ilmu itu hanyalah berbentuk tarjih (menguatkan salah satu pendapat) setelah menilai isu ini dari pelbagai sudut. Penggunaan Kalimah Allah dan Toleransi Beragama Allah s.w.t. mengakui kebenaran Islam bahkan mengiktiraf hanya Islam sebagai suatu kebenaran dan hanya Islam merupakan agama yang benar yang mengandungi segala ajaran yang benar dalam segenap sudut samada dari sudut aqidah, hukum-hakam dan akhlak. Berdasarkan ajaran Islam juga, hanya dengan aqidah murni Islam sahaja, seseorang dapat selamat daripada api neraka. Walaupun Islam memberi kebebasan beragama kepada sesiapa sahaja dari kalangan orang-orang kafir, namun Islam tetap mengajak umat manusia kepada menerima ajaran Islam yang murni dan tidak pernah mengiktiraf agama-agama mereka sebagai kebenaran. Ini kerana, hanya Islam sahaja merupakan agama yang boleh menjamin kesejahteraan manusia di dunia dan di akhirat. Maka, konsep toleransi dalam Islam tidak membawa kepada sama-rata atau persamaan secara mutlak, tetapi masih wujud konsep eksklusifnya seperti hanya Islam sahaja diterima sebagai agama di sisi Allah s.w.t., hanya penyembahan kepada Allah s.w.t. sahaja secara tauhid, yang diterima di sisi Allah s.w.t. dan selain konsep kehambaan ini, tidak menyelamatkan seseorang daripada kekal dalam neraka. Penggunaan Kalimah ALLAH Menurut Islam Kalimah ALLAH adalah satu nama khas bagi merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa, Maha Agung lagi Maha Sempurna. Kalimah ALLAH dalam Islam merujuk kepada zat Tuhan yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan keesaan serta berlepas dari sebarang sifat kekurangan. Dalam Islam, kalimah “ALLAH” bukan sekadar suatu kata nama, tetapi merangkumi konsep ketuhanan yang bersifat dengan kesempurnaan dan keesaan. Maka, apabila kita berkata bahawasanya, Tuhan yang kami sembah adalah Allah, bererti, Allah s.w.t. yang disembah tersebut bersifat dengan sifat-sifat yang telah disebutkan terutamanya aspek kesempurnaan dan keesaan-Nya.

Allah s.t.” [Tafsir Al-Khazin pada tafsir Surah AlFatihah] Sheikh Muhammad Ali As-Shobuni juga ketika menjelaskan tentang kalimah ALLAH dalam Shofwah At-Tafasir pada surah Al-Fatihah berkata: “((ALLAH)) Suatu nama khusus bagi Zat Maha Agung yang .w.w. maka ianya suatu yang menyalahi “dasar dan prinsip” Islam sebenar.Kalau seseorang berkata: “Saya menyembah Allah” tetapi yang dimaksudkan adalah tuhan yang terdiri daripada tiga oknum atau salah satu daripada oknum tuhan trinity. Adakah prinsip ajaran Islam yang menolak kepercayaan triniti orang-orang Kristian dalam konsep ketuhanan. kerana hanya agama Islam yang menjelaskan konsep ketuhanan dengan intipati tauhid yang murni ini. Dalilnya adalah firman Allah: “Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah)?” iaitu: tidak dikatakan kepada selainNya dengan nama ALLAH. (2) Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan." (Surah Al-Ikhlas: 1.AS-SHOMAD (Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu) . termasuklah agama Kristian..MAHA ESA (Al-Ahad) .4) Ayat ini merupakan pendirian Islam yang jelas menunjukkan Islam menolak sebarang kepercayaan ketuhanan selain daripada konsep ketuhanan Allah s. yang Maha Esa. Konsep ketuhanan yang sebenar yang merujuk kepada Tuhan yang sebenar yang bernama Allah mempunyai sifat-sifat berikut: . maka bolehlah memanggil tuhan tersebut dengan nama Allah ataupun tidak dibenarkan menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada tuhan triniti mereka.. Inilah pegangan yang sahih dan terpilih. Ia (nama) itu bukan terbit dari mana-mana kata terbitan dan tidak ada sesiapa berkongsi nama tersebut denganNya.t.s.t. sebagai anak tuhan. maka Islam secara jelas menolak konsep ketuhanan mereka yang mereka rujuk sebagai “Allah” tersebut.w. dalam penyembahan dan menafikan Nabi Isa a.w. dalam masa yang sama tidak menolak penggunaan nama Allah (nama Tuhan yang Maha Benar) kepada tuhan yang mempunyai konsep ketuhanan yang salah? Orang-orang Kristian samada memilih untuk mengesakan Allah s.t..Tidak beranak dan tidak diperanakkan.. (3) Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia..t.w.” Imam Al-Khazin pula berkata yang bermaksud: “((ALLAH)) ialah kata nama khusus bagi Allah yang hanya khusus untukNya s. Adakah “Allah” yang ingin dimaksudkan oleh orang-orang Kristian bersifat dengan keseluruhan sifatsifat yang telah disebutkan dalam surah Al-Ikhlas tersebut? Kalau tidak. Allah s.Tidak ada yang serupa denganNya.t. tiada agama lain selain Islam yang boleh menamakan tuhan mereka sebagai “ALLAH” menurut agama Islam. . Imam As-Syirbini dalam Tafsir As-Siraj Al-Munir menafsirkan kalimah ALLAH dalam surah Al-Ikhlas tersebut dengan berkata: “ALLAH ialah Tuhan yang bersifat dengan ketuhanan dan keesaanNya. berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: "Dia-lah Allah. Daripada penjelasan surah Al-Ikhlas ini menunjukkan secara jelas bahawa.w. sendiri sudah menjelaskan bahawa kalimah “Allah” adalah suatu nama bagi merujuk kepada satu-satunya Tuhan yang Maha Benar dengan sifat-sifat yang disebutkan. Kekhususan Nama Allah s. (1) Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

t. Agama Kristianiti dan Kalimah ALLAH Sememangnya Allah s.” Kalau kita rujuk kepada tulisan-tulisan para ulama‟ Islam. yang merujuk kepada Tuhan yang sama. berfirman yang bermaksud: “Maka (Zat yang demikian) itulah Allah. Oleh kerana Ahlul-Kitab yang hidup dalam masyarakat Arab yang menggunakan kalimah “Allah” bagi merujuk kepada Tuhan Maha Pencipta. yang disembah oleh orang-orang Islam dengan konsep ketuhanan yang murni (keesaan dan kesucian).w. ALLAH bermaksud TUHAN yang MAHA ESA dan ia sangat berkaitan dengan konsep keesaan Tuhan itu sendiri. Ada juga yang menyebut tuhan mereka sebagai Jehovah. Maka tidak ada sesudah kebenaran itu. nama ALLAH tersebut tidak dinamakan kepada selain ALLAH (Tuhan yang disembah oleh umat Islam). nama tuhan dalam bahasa Ibrani atau Hebrew (bahasa asal Old Testement) adalah seperti berikut jika diterjemah ke dalam bahasa Inggeris: YHVH atau YHWH tanpa ada huruf vokal. Maka. maka mereka juga menggunakan kalimah “Allah” bagi merujuk kepada Tuhan Maha Pencipta. Ada juga menyebut Tuhan sebagai HaShem. maka sudah jelas tuhan mereka (Kristian) berbeza .w. Menurut kebanyakan cendikiawan Kristian sendiri. Kemudian... hampir kesemuanya tidak membenarkan lafaz ALLAH digunakan bagi merujuk kepada tuhan-tuhan lain selain Allah atau kepada konsep ketuhanan yang bercanggah dengan tauhid. kata nama “Allah” khusus untuk Allah s. namun dari sudut aqidah orang-orang Islam dengan orang-orang Kristian.t. sebahagian cendikiawan Kristian yang awal menetapkan sebutannya sebagai Yahweh. Nama lain bagi tuhan sembahan mereka adalah Elohim dalam bahasa Hebrew. bukan dalam bentuk mengakui penggunaan kalimah ALLAH bagi merujuk kepada tuhan mereka. Secara dasarnya. Inilah secara prinsip dalam Islam di mana tidak boleh menamakan kepada tuhan-tuhan selain Allah dengan nama Allah s.w.w. melainkan kesesatan. ada menyebutkan kalimah ALLAH bagi menceritakan tentang aqidah agama Kristian namun dalam bentuk penafian terhadap aqidah mereka yang sesat. berdasarkan penerangan para kebanyakan ulama‟ sendiri. Ini kerana. Asalnya. sifat. itu bukanlah tradisi asal orang-orang Kristian sebagaimana dijelaskan oleh orang-orang Krisitan sendiri. Elohim atau Yahwah (Yhwh). Kemudian. bagi orang-orang Kristian. Tuhan kamu yang sebenarnya. Adapun nama-nama yang lain merujuk kepada sifatsifaNya. nama-nama dan perbuatan-perbuatan Allah s.t. mereka merujuk kepada New Testament yang dikatakan berbahasa Yunani (Greek) lalu menyebut tuhan mereka dalam bahasa Greek iaitu “Ho Theos”.w.t. Namun. mereka menyebut tuhan mereka sebagai El. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan (dari kebenaran)?” (Surah Yunus: 32) Nama Tuhan. Walaupun ada ahli ilmu cuba mengaitkan kalimah “Allah” dalam bahasa Arab hampir dengan kalimah “Eloah” dalam bahasa Hebrew. Allah s.t. Ini kembali kepada penggunaan mereka (orang-orang kafir termasuk ahlul-kitab) yang hidup dalam masyarakat Arab yang juga menggunakan kalimah “Allah” bagi merujuk kepada tuhan yang menciptakan alam ini.mana tidak ada yang berkongsi nama tersebut denganNya…” [1/18] Sheikh Sa‟id Hawa dalam kitab Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah pada menjelaskan zikir dengan Ism Mufrad berkata yang bermaksud: “(Allah) adalah satu-satunya nama yang merujuk kepada segenap zat.

apa lagi menamakan tuhan triniti ini sebagai ALLAH. orang-orang Kristian percaya bahawasanya tuhan adalah: . cukuplah Allah menjadi Pemelihara. yang sememangnya adalah ALLAH s. Ini kerana. berhentilah (dari ucapan itu).w.TUHAN ANAK (Jesus/Nabi Isa) . adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam. Daripada ayat ini dapat difahami bahawa. Tuhan Anak dan Tuhan Roh Qudus) tertolak dalam Islam. Kesimpulannya. (itu) lebih baik bagimu. hampir tiada orang-orang Kristian yang mampu memahami konsep triniti dengan kefahaman yang tepat kerana setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza tentang konsep trinity mereka. Isyarat pertama daripada ayat ini di mana Allah s. secara batil.dengan Tuhan yang disembah oleh orang-orang Islam.t. di mana tuhan itu bukan Maha Esa seperti kepercayaan orang-orang Islam dan bukan juga berbilang-bilang sebagaimana kepercayaan orangorang kafir. Kalimah ALLAH yang cuba digunakan oleh orang-orang Krisitian merujuk kepada yang mana satu? Andaian Pertama: Tuhan Ayah + Tuhan Anak + Tuhan Roh Quds = TUHAN TRINITI = Inilah ALLAH) Andaian Kedua: Tuhan Ayah = Inilah ALLAH + Tuhan Anak + Tuhan Roh Quds = TUHAN TRINITI Allah pada bentuk (andaian) pertama iaitu TUHAN TRINITI (gabungan Tuhan Ayah. dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar.w..t. segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. menegaskan:“…janganlah kamu berkata terhadap Allah melainkan yang benar…”. Mereka bertuhankan tuhan yang satu dalam tiga dan tiga dalam satu. Ketiga-tiga (oknum) itu bukan tiga tuhan tetapi satu tuhan. Bahkan. Pendirian Islam terhadap Konsep Ketuhanan Kristian Orang-orang Kristian menyembah tuhan dalam bentuk triniti.t. (Surah An-Nisa‟: 171) Ayat ini secara jelas menunjukkan pendirian agama Islam yang menolak kepercayaan triniti dalam konsep ketuhanan. Sesungguhnya Al Masih. orang-orang Kristian tidak menyembah tuhan Nabi Isa dan Nabi Musa a.w. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga (trinity)". apatah lagi menamakan “Allah” kepada tuhan yang batil sebagaimana . Allah s. berfirman secara jelas dalam al-Qur‟an yang bermaksud: “Wahai ahli kitab.t. janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu. Maha Suci Allah dari mempunyai anak.t.w. Allah s. Isa putera Maryam itu. tetapi menyembah tuhan triniti. tidak membenarkan seseorang berkata tentang “Allah” s.s.w.TUHAN AYAH (Yahweh) .TUHAN ROH QUDS (Holy Spirit) Ketiga-tiga tersebut bukanlah tiga individu yang berbeza tetapi satu tuhan yang berbeza personalitinya. dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang Maha Esa.

” Imam Al-Alusi juga menyebut dalam kitab Ruh Al-Ma‟ani pada ayat tersebut pada perkataan Intahu: “Berhentilah daripada mengatakan Triniti…” [Ruh Al-Ma‟ani] Jika penggunaan kalimah ALLAH merujuk kepada bentuk (andaian) kedua iaitu: Allah ialah Tuhan Ayah di samping Tuhan Anak dan Tuhan Roh Quds yang mana ketiga-tiganya adalah satu TUHAN TRINITI. mereka yang menamakan Allah sebagai salah satu daripada tiga oknum tuhan triniti adalah suatu kekufuran. ((Berhentilah)) dari kekufuran dan dari perkataan tersebut (Tuhan itu trinity). bukan kerana Islam meraikan istilah tersebut atau menerima konsep tersebut.w.t. berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang mengatakan: "Bahwasanya Allah salah satu (oknum) daripada yang tiga (oknum triniti)". kerana bagi kamu (orang-orang Kristian) dari Allah (terhadap ucapan tersebut). Ini suatu peringatan yang jelas dalam Islam agar orang-orang kafir khususnya dari kalangan orangorang Kristian agar tidak mengatakan bahawa ALLAH adalah salah satu oknum daripada tuhan triniti. (Surah Al-Ma‟idah: 73) Ayat ini secara jelas mempunyai ketegasan dalam bentuk membantah orang-orang kafir menjadikan Allah sebagai salah satu daripada tiga oknum tuhan triniti. maka ianya juga turut disebut di dalam Al-Qur‟an tetapi sekadar merujuk kepada “penggunaan mereka” terhadap istilah tersebut. [rujuk Tafsir Al-Qurtubi] .difahami oleh orang-orang Kristian.w. Ayat yang berbentuk ancaman sebegini jelas menunjukkan ketegasan al-Qur‟an bagi menolak konsep ini. pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih. Imam At-Tabari ketika menafsirkan perkataan intahu “berhentilah…” dalam ayat tersebut dengan berkata yang bermaksud: “Bahawasanya berhenti (orang-orang Kristian) daripada yang demikian (berkata Allah itu salah satu daripada triniti atau triniti secara keseluruhan) lebih baik daripada berkata sedemikian. Al-Qur‟an secara jelas mengatakan bahawa. Kebanyakan orang-orang Kristian memahaminya begitu. pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih…” dengan berkata: “((jika mereka tidak berhenti…)) tidak berhenti daripada berkata tentang triniti tersebut.” [rujuk Tafsir AtTabari pada ayat tersebut] Imam At-Tabrani pula ketika menafsirkan perkataan firman Allah s. mereka akan disiksa di dunia dan di akhirat”. siksa yang akan datang terhadap apa yang telah dikatakan tersebut (iaitu Allah itu tuhan triniti). adakah Islam meredhai kekufuran dengan membenarkan lafaz Allah digunakan pada salah satu daripada oknum tuhan triniti? Imam Al-Qurtubi menafsirkan seruan Al-Qur‟an yang bermaksud: “…Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu. Ini secara tidak langsung menunjukkan larangan terhadap menggunakan kalimah ALLAH bagi merujuk kepada salah satu daripada oknum tuhan triniti tersebut. iaitu Allah bagi mereka merujuk kepada Tuhan Bapa atau Tuhan Ayah yang merupakan salah satu daripada tiga oknum tuhan triniti. tuhan anak dan roh quds. Jika kalimah ALLAH yang cuba digunakan oleh orang-orang Kristian bagi merujuk kepada TUHAN AYAH (God The Father) dalam konsep trinity. Allah s. menjelaskan lagi: “((Jangan kata tiga)) iaitu jangan kamu katakan tuhan-tuhan kami tiga (atau triniti) yang merangkumi: tuhan bapa.t. padahal sekali-kali tidak ada tuhan selain dari Tuhan yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu.

w. bahkan menjelaskan bahawa Maha Suci Allah s. Jadi. apatah lagi demi menjaga maslahat umat Islam yang awam daripada tipu daya musuh-musuh Islam yang cuba menyebarkan kesesatan aqidah mereka kepada umat Islam.. walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai. dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya.w. walaupun orangorang yang kafir tidak menyukai. Pendirian Islam terhadap Orang-orang Kristian Secara Umum Allah s.t. berfirman dalam Al-Qur‟an yang bermaksud: . melaknat perbuatan mereka dengan menisbahkan anak kepada diri-Nya yang Maha Esa.Asas-asas ajaran Islam berkenaan kalimah ALLAH ini harus diutamakan dalam berinteraksi dengan orang-orang kafir dari kalangan musyrikin dan ahlul-kitab. (33) [Surah At-Taubah: 30-33] Ayat ini secara jelas menceritakan betapa Allah s. Jadi.w. ada ayat yang menceritakan bahawa Ahlul-Kitab sudah tersesat dalam menisbahkan anak kepada ALLAH. Maka. tidak ada sebab seseorang perlu membenarkan orang-orang Kristian khususnya yang masih mempercayai Nabi Isa a. mereka meniru perkataan orangorang kafir yang terdahulu. Demikianlah itu ucapan mereka dengan mulut mereka. sebagai anak Allah menamakan tuhan versi triniti mereka sebagai Allah sedangkan Allah s.t. berfirman yang bermaksud: “Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih itu anak Allah". ia juga sebagai sandaran bagi larangan ke atas orang-orang kafir khususnya orang-orang Kristian yang baru ingin menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka dalam masyarakat awam Melayu yang tidak memahami perbezaan penggunaan Allah dari sudut bahasa dan istilah syarak sebagaimana difahami oleh masyarakat awam Islam Arab. (32) Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama. berdasarkan seruan asas Al-Qur‟an sendiri yang menyuruh mereka (orang-orang Kristian) yang sudah menisbahkan anak atau triniti kepada Tuhan yang Sebenar iaitu Allah.t.t.w.w. bagaimana mereka sampai berpaling? (30) Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih anak kepada Maryam. daripada apa yang mereka sekutukan. Penjelasan Bagi Surah al-Taubah Memang benar. kerana ada juga kisah-kisah yang disebut sebagai pengingkaran terutamanya dengan penolakan yang jelas dalam ayat-ayat berikutnya. menyucikan zatNya daripada penyekutuan tersebut. tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia.t.s. agar berhenti daripada memperkatakan sedemikian. masyarakat Islam mempunyai asas untuk melarang orang-orang Kristian daripada menggunakan kalimah “Allah” bagi merujuk kepada tuhan-tuhan mereka.t.w. Dilaknati Allah mereka .w. (31) Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapanucapan) mereka. namun ianya bukan dalam bentuk pengiktirafan terhadap konsep anak bagi Allah s. Bukan semua ayat yang menceritakan perihal sesuatu golongan dianggap pengiktirafan daripada Allah s.t. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. dan menerima konsep tuhan beranak. ayat ini juga secara jelas menolak sebarang konsep yang bercanggah dengan tauhid untuk dinisbahkan kepada Allah s.w. padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa. Bahkan.t. Allah s.

(juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menymbongkan diri…(Surah Al-Ma‟idah: 82) Apabila berkaitan dengan penggunaan sesuatu kalimah yang digunakan oleh masyarakat Islam. Maka. marilah kepada satu Kalimah yang membawa persamaan antara kami dengan kamu. dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun. yang digelar sebagai ahlul-kitab. kerana merangkumi maksud yang besar dalam kefahaman mereka terhadap agama Islam secara menyeluruh. Islam turut mengakui ketinggian moral sebahagian penganut agama Kristian dengan ayat yang berbunyi: …dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani". tetapi merangkumi keseluruhan kefahaman terhadap perkataan dan kalimah tersebut. oleh sebab itulah masyarakat Islam berdiri mempertahankan kalimah Allah ini.Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian). (Surah Ali Imran: 64) Islam menjelaskan bahawasanya. fiqhnya mahupun akhlaknya. Istilah dan Pengaruhnya dalam Masyarakat Istilah memainkan peranan yang penting. Masyarakat khususnya di Malaysia sudah lama mengkhususnya penggunaan kalimah Allah kepada Tuhan yang disembah oleh orang-orang Islam sahaja. agar mereka kembali kepada ajaran tauhid dengan berpegang kepada ajaran Islam samada aqidahnya. maka Islam membenarkan mereka mengamalkan ajaran agama mereka secara bebas selagimana tidak membawa kepada tertegahnya perlaksanaan ajaran-ajaran agama Islam khususnya dalam negara Islam. agama Islam mengajak orang-orang Kristian dan Yahudi. Jika orang-orang Kristian tidak mahu menerima kebenaran Islam. iaitu Nabi Muhammad SAW. maka ianya bukan sekadar berkaitan penggunaan perkataan. dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Tidak timbul suatu tradisi seperti orang-orang Kristian Arab yang sudah lama menggunakan kalimah Allah bagi merujuk salah satu oknum daripada tuhan bersifat trinity yang mereka sembah. yang demikian itu disebabkan kerana di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahibrahib. Orang-orang Kristian di Malaysia khususnya tidak rugi jika tidak menggunakan kalimah “Allah” . Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". Oleh yang demikian. Jadi. Hal ini jelas khususnya ketika ianya digunakan dalam sesebuah masyarakat. Oleh sebab itulah. isu penggunaan kalimah Allah tidak wajar dilihat sebagai masalah perkataan semata-mata kerana ianya mempunyai pengaruh yang lebih luas dalam sesebuah masyarakat. iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah. para penganut agama yang digelar ahlul-kitab seperti agama Judaisme (bagi orang-orang Yahudi) dan Kristianiti (bagi orang-orang Kristian) telah dipesongkan daripada ajaran para rasul mereka terdahulu yang pada asalnya merupakan ajaran tauhid yang murni juga. istilah-istilah yang menjadi penggunaan khusus bagi sesebuah kumpulan penganut sesebuah agama perlu diraikan khususnya apabila perkongsian istilah boleh membawa kepada fitnah yang lebih besar. dan mengikuti rasul yang terakhir.

bukan keesaan. Ini menunjukkan betapa Islam menitik beratkan tentang kemurnian aqidah Islam daripada kesesatan triniti tersebut. tradisi sebegini tidak difahami secara asas oleh masyarakat awam Islam di Malaysia sehingga dapat membezakan pengunaan sesuatu kalimah samada di tempat yang salah ataupun betul. Kalimah “ALLAH” perlu merujuk kepada Tuhan yang sama sebagaimana yang diimani oleh orangorang Islam sedangkan penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan orang-orang Kristian merujuk kepada tuhan lain yang bersifat triniti.w.w. orang-orang Kristian juga mengaku sebagai “believer”. Ini secara tidak langsung menunjukkan Islam juga menolak sebarang usaha untuk menggunakan kalimah ALLAH yang pada asalnya merujuk kepada TUHAN yang MAHA ESA kepada suatu tuhan versi triniti.. Ini secara tidak langsung juga menunjukkan betapa Islam melarang sebarang bentuk pencemaran terhadap konsep ketuhanan ALLAH dalam aqidah murni umat Islam termasuklah mencemarkan konsep tauhid dalam bab ketuhanan dengan idea triniti. sesuatu kalimah itu mempunyai makna yang berbeza berdasarkan dua sudut penggunaan yang berbeza iaitu. Oleh itu. dalam perbahasan “penggunaan” bahasa. dari sudut penggunaan bahasa dan dari sudut istilah syarak. Ini tertolak sama sekali. iaitu mempercayai ketuhanan Jesus. istilah “beriman” juga secara dasarnya dikhususkan kepada orang-orang Islam dalam penggunaan masyarakat yang tertentu. larangan menggunakan kalimah Allah bagi orang-orang Kristian juga merujuk kepada suasana masyarakat awam Islam di Malaysia berdasarkan penggunaan bahasa Melayu dan kedudukan agama Islam yang menjadi agama Persekutuan. kita telah kemukakan sebelum ini di mana secara jelas Islam tidak mengakui konsep Triniti yang dipegang oleh orang-orang Kristian dan menafikannya daripada sifat kesempurnaan ALLAH s. mereka adalah orang-orang yang kafir dan syirik kerana menjadikan tuhan selain daripada Allah s. Ini kerana. . Jadi. penggunaan sesuatu istilah berdasarkan tasawwur yang khusus bagi sesetengah pihak sangat dipentingkan. Sebahagian orang membahaskan pengkhususan istilah bagi masyarakat Islam ini berdasarkan pandangan sarwa Islam (Islamic worldview). para ulama‟ Islam sering membahaskan bahawa. jadi tiada bezanya orang-orang Islam beragama Kristian kerana menyembah tuhan yang sama. Memang benar.. namun jika mereka cuba menterjemahkannya sebagai beriman lalu mengaku mereka sebagai orang-orang beriman. Namun.t. Sebagai contoh. jika orang-orang Kristian pun menyembah Allah sebagaimana orang-orang Islam.bagi merujuk kepada tuhan sembahan mereka. Ini adalah suatu kekeliruan yang boleh merosakkan aqidah sesetengah masyarakat awam Islam. Tasawwur dan Mafhum kalimah berbeza dari sudut penggunaannya. Jadi. Dalam Surah An-Nisa‟ ayat ke-171 dan Surah Al-Ma‟idah ayat ke-73 secara jelas menolak konsep trinit yang cuba dinisbahkan kepada ALLAH. Padahal. maka dari ukuran Islam.t. Larangan Penggunaan Kalimah ALLAH bagi Bahan Penerbitan Kristian: Suatu Prinsip Islam dalam Memelihara Aqidah Umat Islam Pada prinsip ajaran Islam. di pihak masyarakat awam Islam di Malaysia pula. ianya boleh membawa kepada kekeliruan. Kita juga tidak bersetuju jika orang Kristian mengaku sebagai Mu‟min kerana beriman dengan ketuhanan Jesus dan kita juga tidak dapat menerima orang-orang Kristian mengaku sebagai Muslim kerana kepatuhan mereka kepada Paul. Sebahagian masyarakat awam mungkin membuat andaian.

Seruan yang sebegitu juga boleh dijadikan hujah bagi melarang penggunaan kalimah Allah bagi orang-orang Kristian secara tidak langsung. Namun.w. sibuk juga menggunakan kalimah ALLAH bagi merujuk kepada tuhan mereka sedangkan pada dasarnya ia menyalahi prinsip Islam dan menyalahi kepercayaan mereka sendiri kerana tuhan mereka bukanlah ALLAH sebagaimana yang disembah oleh orang-orang Islam. Sedangkan menurut ajaran Islam. penggunaan kalimah “Allah” dalam bahasa Arab boleh merujuk kepada maksud tuhan yang disembah secara mutlak (ma‟bud) menurut sebahagian ahli bahasa walaupun kata “Allah” khusus merujuk kepada Allah s. maka mereka secara tidak langsung mendakwa berpegang kepada kalimah bahagian pertama daripada syahadah iaitu La ilaha illaLlah (yang Tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan ALLAH). toleransi dalam dunia Arab-Islam hanyalah kerana latar belakang sejarah yang sudah sekian lama malah tidak lagi membawa kekeliruan kepada orang-orang Islam di Arab. Ia sebenarnya kembali kepada penggunaan istilah ALLAH dalam konteks bahasa Arab yang mana sebahagian daripada ahli ilmu bahasa Arab mengatakan bahawasanya ALLAH adalah kata nama daripada Illah yang bermaksud tuhan yang disembah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Munziri daripada Ibi Al-Haitham yang disebut dalam kitab Lisan Al-Arab. Ahlul-Kitab di dunia arab yang hidup dalam masyarakat Arab tersebut sudah terbiasa menggunakan kalimah Allah sebagai merujuk kepada tuhan mereka walaupun disaluti fahaman yang batil. kerana mereka juga mendakwa tidak menyembah melainkan Allah tetapi dalam bentuk kepercayaan mereka yang sesat (yakni. sahaja di sisi majoriti ahli bahasa. tidak dinafikan adanya seruan agar mereka berhenti daripada memperkatakan bahawa Allah itu salah satu daripada tuhan triniti. Oleh kerana itu juga. Apa yang menghairankan. . ada usaha pihak-pihak Kristian yang menggunakan bahasa selain bahasa Arab dalam penulisan-penulisan mereka. Maka. Ahlul-Kitab yang tinggal dalam masyarakat Arab juga menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan-tuhan sembahan mereka. tetapi ianya sebagai suatu penolakan terhadap ajaran syirik agama-agama lain yang mana sebahagian daripadanya telah menggunakan kalimah ALLAH bagi merujuk kepada tuhan dengan konsep yang salah. dengan keluasan bahasa Arab inilah. hanya orang-orang Islam sahaja yang berpegang dengan kalimah syahadah. Kalau mereka pun menyembah tuhan dengan konsep ketuhanan triniti. biarpun Islam tidak mengiktiraf konsep ketuhanan triniti Kristian tersebut. namun tidak ada dalil qat‟ie melarang orang-orang Kristian khususnya Arab yang sudah terbiasa dengan kalimah Allah.t. sebahagian ulama‟ masih lagi memberi ruang kepada penggunaan kalimah ALLAH bagi orang-orang Kristian Arab khususnya kerana ianya secara adatnya sudah dimaklumi secara umum bahawasanya ALLAH yang dimaksudkan oleh orang Kristian Arab berbeza dengan ALLAH yang dimaksudkan oleh orang-orang Islam. dalam masa yang sama. triniti). sebelum kedatangan Islam lagi. Maka. menggunakan kalimah tersebut berdasarkan keluasan ilmu bahasa Arab itu sendiri. Jadi. Ini kerana. Ini kerana. salah guna istilah “ALLAH” itu berlaku sejak sebelum kedatangan Islam lagi di mana orang-orang musryikin tetap turut mengakui menyembah ALLAH namun mereka menjadikan tuhan-tuhan lain sebagai perantaraan antara mereka dengan ALLAH menurut mereka.Adapun penggunaan Al-Qur‟an dalam menggambarkan sesetengah pihak mempersekutukan ALLAH dengan menjadikan tuhan-tuhan lain selain Allah bukan menunjukkan ianya suatu galakan kepada menggunakan kalimah ALLAH bagi agama-agama lain. namun masih mengaku tuhan yang mereka sembah adalah ALLAH. terutamanya dalam kalangan orang-orang musyrikin Arab dan Ahlul-Kitab yang hidup di tanah Arab. Dari sinilah timbulnya toleransi dalam masyarakat Arab dengan orang-orang Kristian Arab.

yang berpaksikan aqidah tauhid. Kesimpulan: Asas-asas Umum Larangan Penggunaan Kalimah Allah bagi Orang-orang Kristian Orang-orang bukan Islam samada dari kalangan orang-orang Kristian khususnya atau selainnya. kerana keputusan hukum pemerintah itu mengangkat perselisihan.aspx?cari=Allah&domain=PRPM ] Larangan penggunaan kalimah ALLAH kepada agama-agama lain (termasuklah kepada agama Kristian) selain agama Islam di Malaysia adalah suatu dasar yang menepati maqosid syar‟iayyah Islam yang menjaga agama masyarakat Islam daripada kekeliruan itu sendiri. majoriti ulama‟ Islam menegaskan bahawasanya lafaz ALLAH adalah suatu nama yang khas yang tidak terbit dari mana-mana kata terbitan yang mana ianya suatu nama khusus bagi zat TUHAN yang MAHA ESA. kalimah Allah merujuk kepada kata nama khusus bagi Tuhan yang Maha Esa. Boleh didapati secara online dihttp://prpm. samada dalam Hebrew atau Greek. Kalau penterjemahan perkataan tuhan kepada bahasa Arab. Namun. El. Pedirian bahawasanya kalimah ALLAH tidak boleh digunakan bagi merujuk kepada konsep ketuhanan selain daripada aqidah Islam adalah merujuk kepada beberapa asas: Pertama: Nas-nas daripada Al-Qur‟an dan hadith menunjukkan konsep kemurnian aqidah Islam yang menolak sebarang pencemaran bagi konsep ketuhanan ALLAH s. perlu menghormati prinsip ajaran Islam dan maslahat umat Islam di Malaysia khususnya berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Yahweh. ianya sepatutnya sudah selesai.dbp. Oleh yang demikian. Bahkan. Konsep keesaan Tuhan itu adalah intipati utama bagi kalimah ALLAH itu sendiri. Jehovah atau Ho Theos. sejak fatwa umum di Malaysia atau di negeri-negeri tertentu melarangnya. maka ada ruang kepada menterjemahkannya kepada Allah jika memilih pendapat sebahagian ahli bahasa Arab di mana Allah itu adalah terbitan dari kata Ilah yang bermaksud “tuhan” (riwayat Ibn Haitham dalam Lisan al-„Arab). Ia juga merupakan suatu dasar yang menutup ruang fitnah yang lebih besar. Kalau mereka mahu kekalkan penggunaan bahasa asal bible. Mengapa perlu menggunakan kalimah “Allah” sedangkan ianya bukan bertujuan untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Arab. Oleh yang demikian.my/carian. [rujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua. Ia juga dalam rangka untuk mempertahankan Perkara 11 (4) yang bertujuan menjaga aqidah umat Islam yang awam khususnya daripada kepercayaankepercayaan agama lain. Jadi. Konsep ketuhanan triniti bagi orang-orang Kristian jelas tidak merujuk kepada konsep tauhid yang menjadi inti bagi konsep ketuhanan di sebalik nama ALLAH itu sendiri. maka mereka boleh memanggil tuhan mereka sebagai Elohim. pelbagai kaedah-kaedah fiqhiyyah yang sesuai digunakan dalam larangan penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam seperti kaedah Sad Az-Zari‟ah dan sebagainya. jika ingin terjemahkan god kepada bahasa Melayu.gov. kalimah ALLAH yang merujuk kepada tuhan yang berpaksikan trinit dan .Oleh yang demikian. iaitulah Tuhan yang disembah oleh orangorang Islam sahaja. bukan tuhan dalam bentuk umum. tidak pernah membawa kepada kalimah “Allah” kerana dalam penggunaan bahasa Melayu. atau bahasa Inggeris.w. tidak selayaknya kalimah ALLAH digunakan oleh orang-orang Kristian merujuk kepada tuhan mereka yang tidak bersifat “keesaan”.t.

lalu mereka juga akan menghormati larangan penggunaan kalimah ALLAH yang mana ianya berteraskan ajaran Islam yang merupakan agama Persekutuan dan agama bagi Ketua Umum Negara. kerana god dalam bahasa Melayu adalah tuhan. mereka (orang-orang Kristian) juga tidak menulis tulisan mereka dalam bahasa Arab sehingga perlu menggunakan kalimah ALLAH bagi merujuk perkataan tuhan atau god. ada kaedah-kaedah tertentu dalam qawa‟id fiqhiyyah untuk mencegah kemudaratan yang lebih besar dan fitnah yang lebih bahaya dalam masyarakat Islam.sebagainya yang sesat adalah menyalahi prinsip ajaran aqidah Islam yang murni itu sendiri. Ia demi menjaga maslahat umat Islam itu sendiri. Sebarang usaha atau amalan oleh penganut-penganut agama lain yang boleh membawa kepada mencemarkan prinsip dan roh agama Islam adalah ditolak kerana konsep kebebasan itu sendiri tidak boleh menjangkau kepada hak-hak pihak lain. . Kedua: Ia bercanggah dengan kemurnian konsep kalimah syahadah yang menunjukkan hanya orangorang Islam sahaja yang menyembah ALLAH s. mereka boleh gunakan nama-nama yang lebih dekat dengan tradisi Bible seperti elohim (bahasa Ibrani). Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan [Perkara 3 (1) dan Perkara 11 (4)]. Mengapa mereka tidak menggunakan perkataan tuhan. Maka.w. pendirian larangan tersebut adalah wajar kerana prinsip ajaran Islam tidak boleh dihalang oleh kebebasan beragama dengan agama-agama lain. kerana Malaysia adalah negara yang meletakkan Islam sebagai agama negara. yahweh dan sebagainya yang sering digunakan oleh mereka sebelum ini. ia suatu yang tertolak dari sudut kemurnian kalimah syahadah ajaran Islam itu sendiri. Maka. maka mereka juga mendakwa tidak menyembah melainkan ALLAH tetapi Allah yang bersifat triniti. adalah wajar larangan kalimah ALLAH digunakan bagi orang-orang kafir atau bukan Islam. kalaulah orang-orang Kristian pun menyembah ALLAH dengan konsep triniti. Ini membuka pintu kepada murtad yang dicela oleh Islam itu sendiri. Adapun penggunaan kalimah ALLAH bagi orang-orang bukan Islam dalam penulisan dan penerbitan khususnya. pasti mereka akan menghormati kedudukan tinggi agama Islam di negara ini serta kedudukan Raja-raja dan Yang diPertuan Agung sebagai Ketua Umum Negara dan Ketua Agama. Surah Al-Ma‟idah ayat ke-73 dan sebagainya.t. untuk menterjemahkan kalimah tuhan yang mereka gunakan. sudah menjangkau daripada sempadannya kerana ianya mencemarkan kemurnian ajaran agama Islam yang merupakan agama Persekutuan dalam konteks di Malaysia.. Dalil-dalil yang menolaknya adalah seperti surah Al-Ikhlas. Surah An-Nisa‟ ayat ke-171. Malah. Kelima: Larangan penggunaan kalimah ALLAH bagi orang-orang bukan Islam bagi merujuk kepada tuhan-tuhan mereka adalah suatu yang wajar di Malaysia khususnya. Bahkan. jika berpegang teguh dengan ajaran mereka. Ketiga: Ia boleh membawa kepada kekeliruan kepada masyarakat awam Islam khususnya di Malaysia. Ia boleh menimbulkan prasangka seolah-olah tuhan yang disembah oleh orang-orang Kristian adalah sama dengan Tuhan yang disembah oleh orang-orang Islam. maka larangan menggunakan kalimah Allah kepada orang-orang Kristian di Malaysia khususnya boleh digunakan. Hal ini justeru menafikan pengkhususan kepada orang-orang Islam dalam berpegang dengan kalimah syahadah (La ilaha illaLlah). Keempat: Orang-orang Krisitian di Malaysia khususnya juga tidak mempunyai sebab yang kuat untuk menggunakan kalimah ALLAH bagi merujuk kepada tuhan mereka kerana penggunaan istilah ALLAH di Malaysia (penggunaannya secara adat dan dari sudut bahasa Melayu itu sendiri) khusus merujuk kepada Tuhan orang-orang Islam sahaja. Orang-orang Kristian khususnya. Daripada inilah. Berdasarkan peruntukan Perkara 11 (4). sedangkan Islam pula menolak konsep pencemaran terhadap kemurnian aqidah Islam termasuklah penggunaan kalimah ALLAH bagi orang-orang bukan Islam.

Dalam surat Paul kepada orang-orang Rom (iaitu Romans: 13) menceritakan tentang suruhan agar orang-orang Kristian khususnya. setelah dinilai secara dasarnya. Maka.w. secara tidak langsung. dengan alasan mereka sudah menyembah „Allah‟. Namun. mereka (orang-orang kristian) juga menyembah tuhan yang Maha Esa tetapi dalam bentuk triniti.s. Kita melihat pengecualian atau toleransi para ulama‟ Islam di dalam masyarakat Arab khususnya terhadap penganut agama Kristian Arab kerana mereka sudah biasa menggunakan kalimah “Allah” bagi merujuk kepada “Al-Ilah” atau “Tuhan”. Di sisi orang-orang Kristian. agar mentaati raja-raja yang memerintah di sesuatu tempat tersebut. toleransi terhadap penggunaan kalimah Allah kepada orang-orang Kristian dalam masyarakat Melayu di Malaysia khususnya boleh menimbulkan kesamaran dan tidak menepati penggunaan bahasa yang sebenar. Ini juga memberi makna bahawa tidak boleh menamakan sesuatu tuhan yang berteraskan konsep ketuhanan yang salah dengan nama “Allah” yang merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Benar. mereka tidak perlu lagi untuk menganut agama Islam kerana beza antara orang-orang Islam dengan orang-orang Kristian di sisi mereka hanyalah. Justeru. Bahkan. dengan membenarkan orang-orang Kristian menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan sembahan mereka merupakan antara hambatan dalam “dakwah islamiyyah” kerana mereka (orang-orang Kristian) secara asasnya sudah mengganggap bahawa mereka sudahpun menyembah Allah sebagaimana orang-orang Islam menyembah Allah.w. seharusnya tidak terdedah kepada kekeliruan yang lebih besar seperti berkongsi nama tuhan yang sama dengan penganut agama-agama lain. secara prinsipnya. masyarakat Islam sewajarnya tidak meredhai orang-orang Kristian menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka kerana tuhan mereka tidak bersifat keesaan tetapi sebaliknya bersifat triniti. anak dan sebagainya kepada “Allah” yang Maha Esa. Apatah lagi. orang-orang Islam mengikut Nabi Muhammad s.. sekiranya larangan menggunakan kalimah Allah bagi orang-orang Kristian digubal. Jadi. larangan penggunaan kalimah Allah kepada orang-orang Kristian dan bukan Islam adalah suatu yang praktikal. maka mereka perlu menerimanya atas semangat mematuhi ajaran Bible (Romans: 13) itu sendiri. sedangkan orang-orang Kristian mengikut Nabi Isa a. Allah s. Maka. sebab itulah mereka juga mahu menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka agar masyarakat Islam awam khususnya faham bahawa. mereka cuba membuktikan bahawasanya konsep triniti adalah konsep tauhid (atau monotheism). triniti.a. sedangkan kedua-dua agama mengajar konsep ketuhanan yang sama.t. bahawasanya agama mereka juga adalah agama kebenaran dan orang-orang Kristian juga menyembah „Allah‟ seperti orang-orang Islam. Jadi. Oleh kerana penggunaan kalimah “Allah” dalam bahasa Melayu atau dalam penggunaan umum . dasar dan prisinp asas Islam secara umum sememangnya membawa kepada tidak memberi ruang untuk menisbahkan konsep ketuhanan yang salah kepada Allah s. penggunaan itu tidak berlaku samada dalam bahasa Inggeris mahupun bahasa Melayu. sendiri menyucikan zatNya dan sifat-sifatNya daripada perkataan-perkataan seperti konsep triniti dan sebagainya yang menyeleweng tersebut. Inilah alasan mereka yang cuba dijelaskan kepada masyarakat awam Islam khususnya. Maka. Jadi. Islam sememangnya menyeru ke arah tidak menisbahkan kesyirikan.w. Umat Islam di Malaysia yang mempunyai banyak ruang kelemahan dari sudut pendidikan agama dan sebagainya. tetapi mereka memahami „Allah‟ mereka dengan kefahaman yang berbeza.t.. dari sudut menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat di Malaysia secara umumnya sahaja.

Di samping beberapa sudut lain seperti keharmonian aqidah umat Islam dan sebagainya. Mudah-mudahan ianya dapat membantu dalam menjaga aqidah umat Islam yang semakin terdedah kepada pelbagai serangan fahaman yang sesat samada dari dalam mahupun luar. kerana Islam sama sekali tidak mengiktiraf konsep triniti tersebut sebagai konsep tauhid.masyarakat di Malaysia merujuk kepada “Tuhan yang Maha Esa” (sebagaimana disebutkan dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua). maka tidak wajar orang-orang Kristian dibenarkan menggunakan kalimah tersebut bagi merujuk kepada tuhan triniti mereka. Amiin… Wallahu a‟lam Al-Faqir ila RabbiHi Al-Jalil Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin „AmalahuLlahu bi LutfiHi Al-Khafiy . maka pendirian yang melarang penggunaan kalimah Allah bagi orang-orang Kristian khususnya dan bagi orang-orang bukan Islam amnya. adalah suatu pendirian yang tepat dan kukuh khususnya di Malaysia.