Anda di halaman 1dari 11

KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) INDERA MAHKOTA JAYA KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA KARNIVAL INDERA MAHKOTA JAYA 2012, KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

1.0

PENGENALAN

Mesyuarat Jawatankuasa KRT Indera Mahkota Jaya pada 26 September 2012 telah bersetuju pada dasarnya untuk menganjurkan program KARNIVAL INDERA MAHKOTA JAYA 2012. Jawatankuasa juga akan meminta kerjasama Jabatan Perpaduan Daerah Kuantan (Zon-B) untuk membantu menjayakan program ini agar dapat memupuk perhubungan yang lebih baik dikalangan mereka yang terlibat. Karnival ini akan melibatkan semua komuniti & keluarga di KRT Indera Mahkota Jaya. Oleh itu, semua pihak yang terbabit perlu memberikan sepenuh komitmen untuk memastikan penganjuran karnival ini dapat dijayakan dengan sempurna. 1.1 Tujuan Tujuan utama karnival ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan kejiranan antara ahli jawatankuasa KRT dan masyarakat/ penduduk setempat. Disamping mengadakan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan, KRT juga berperanan mengekalkan keharmonian, perpaduan dan keselamatan di persekitaran kawasan Taman Perumahan Indera Mahkota Jaya. Objektif 1. Mengukuhkan tali silaturrahim, semangat kejiranan dan perpaduan dikalangan masyarakat penduduk Indera Mahkota Jaya, Kuantan. 2. Menganjurkan aktiviti Sukan dan Rekreasi yang menyihatkan fizikal dan mental. 3. Memberi ruang pergaulan dan berkenalan dikalangan mereka yang terlibat. 4. Mengambil peduli tentang persekitaran Indera Mahkota Jaya. 5. Memberi fasa hiburan, pengetahuan dan perkhidmatan kepada masyarakat Indera Mahkota Jaya.

1.2

1.3

Tema Karnival Tema KARNIVAL INDERA MAHKOTA JAYA 2012 diputuskan di dalam mesyuarat Khas KRT IMJ:

Komuniti Harmoni KRT-IMJ Gemilang


2.0 TARIKH & TEMPAT KARNIVAL Tarikh: Masa: 22 DISEMBER 2012 (SABTU) JAM 0700 JAM 2300

Tempat: PADANG BOLA IMJ, DEWAN IM2 DAN SEKITARNYA. Karnival ini akan berlangsung selama sehari suntuk bermula dengan senamrobik jam 7:00 pagi dan berakhir dengan ceramah/ forum agama di sebelah malam jam 11:00 malam. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa acara yang perlu dijalankan secara pusingan awal yang akan bermula sebelum hari Karnival. Tetapi pertandingan akhir bagi acara-acara ini akan dilangsungkan pada hari KARNIVAL INDERA MAHKOTA JAYA.

3.0

PENGLIBATAN BADAN-BADAN DAN AGENSI KERAJAAN Badan-badan dan agensi yang dijangka boleh membantu untuk menjayakan KARNIVAL INDERA MAHKOTA JAYA 2012 kali ini adalah seperti berikut: 1. Jabatan Perpaduan Daerah (Zon B, Kuantan) 2. Jabatan Penerangan Negeri Pahang 3. Jabatan Kesihatan Daerah Kuantan 4. Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 5. Tadika KEMAS, Perpaduan, Indera Pintar dll. sekitar IMJ 6. Polis Di Raja Malaysia, Bandar Indera Mahkota, Kuantan 7. Jabatan Bomba & Penyelamat, Daerah Kuantan. 8. Jabatan Agama Islam Pahang/ Masjid Al Makmur IM2/ UMP 9. Universiti Islam AntaraBangsa Malaysia, UIAM-Kampus Kuantan. 10. Para Sponsor - CELCOM - Nestle-Milo - Bank Rakyat/ Agro Bank/ BSN/ T.Haji - Mc Donald etc.

10. Jabatan-Jabatan Kerajaan Daerah Kuantan yang berminat mengadakan pameran atau membuka kaunter khas. 11. Peniaga-peniaga yang berminat menjalankan perniagaan semasa karnival. 4.0 PROGRAM YANG DICADANGKAN Tentatif: a. b. c. d. e. f. g. h. Senamrobik Sukan dan Sukaneka Mewarna@ Melukis Pertandingan Memasak Pertandingan Hiasan & Gubahan Acara Pentas - Persembahan Ceramah Agama/ Forum Penghargaan/ penyampaian Hadiah

4.1

ACARA-ACARA KARNIVAL i. Acara-acara iaitu:i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. yang dicadangkan adalah dibahagikan kepada beberapa kategori Kanak-kanak Lelaki (12 tahun kebawah) Kanak-kanak Perempuan (12 tahun kebawah) Remaja Lelaki (13 21 tahun) Remaja Perempuan (13 19 tahun) Lelaki (22 45 tahun) Wanita (20 39 tahun) Veteran Lelaki (46 tahun keatas) Veteran Perempuan (40 tahun keatas)

Bagi setiap kategori, dua (2) acara sukan/sukaneka akan di jalankan bermakna jumlah maksima sukan/sukaneka bagi setiap orang adalah dua (2) jenis sahaja.

4.2

Senarai Acara Mengikut Kumpulan dan Individu

a. Senarai Penuh Acara Individu. o o o o o Tiup Belon Mewarna Bawah 6 Tahun Melukis Bawah 12 Tahun Anyam Ketupat Pancing Botol

b. Senarai Penuh Acara Berkumpulan. o o o o o o o o o o o Futsal - 7 orang setiap kumpulan Bolasepak kain pelikat 5 sebelah Ping pong Isi Air Dalam Botol - 4 orang setiap kumpulan Lari Bawa Bola Atas Sudu 4 orang setiap kumpulan Sepak Bola Dalam Gol - 4 orang setiap kumpulan Boling Padang Guna Buah Kelapa - 4 orang setiap kumpulan Badminton (Bergu) - 2 orang setiap kumpulan Sepaktakraw - 3 orang setiap kumpulan Bola Jaring - 9 orang setiap kumpulan pertandingan menganyam ketupat, kopek kelapa dan boling kelapa

Senarai Acara Khas Bagi Kategori Wanita o Gubahan/ hiasan o Pertandingan Memasak

4.3 a. 1. 2. 3. 4. 5. 6. b.

Senarai Acara Mengikut Kategori Acara Kanak-kanak Lelaki (12 tahun kebawah)

Mewarna Bawah 6 Tahun Mewarna Bawah 12 Tahun Tiup Belon Isi Air Dalam Botol Lari Bawa Bola Atas Sudu Sukaneka, kerusi irama, baling belon, tiup tepung Acara Kanak-kanak Perempuan (12 tahun kebawah)

1. Mewarna Bawah 6 Tahun 2. Mewarna Bawah 12 Tahun 3. Tiup Belon

4. Isi Air Dalam Botol 5. Lari Bawa Bola Atas Sudu 6. Sukaneka, kerusi irama, baling belon, tiup tepung c. 1. 2. 3. 4. d. Acara Remaja Lelaki (13 21 tahun): Futsal Sepaktakraw Badminton Sepak Bola Dalam Gol Acara Remaja Perempuan (13 19 tahun)

1. Bola Jaring 2. Boling Padang Guna Buah Kelapa 3. Isi Air Dalam Botol e. 1. 2. 3. 4. f. Acara Lelaki (22 45 tahun) Futsal Sepaktakraw Badminton Sepak Bola Dalam Gol Acara Wanita (20 39 tahun)

1. Bola Jaring 2. Boling Padang Guna Buah Kelapa 3. Isi Air Dalam Botol g. 1. 2. 3. 1. 2. 3. 4. h. 1. 2. 3. 4. 5. Acara Lelaki Veteran (46 tahun keatas) Pancing Botol Boling Padang Guna Buah Kelapa Sepak Bola Dalam Gol Futsal Sepaktakraw Badminton Sepak Bola Dalam Gol Acara Wanita Veteran (40 tahun keatas) Anyam Ketupat Boling Padang Guna Buah Kelapa Isi Air Dalam Botol Sepak Bola Dalam Gol Congkak

6. gubahan bunga, 7. pertandingan memasak 8. gubahan tuala etc.

5.0

HADIAH-HADIAH & PENGHARGAAN hadiah-hadiah akan diberikan

Bagi acara-acara individu dan berkumpulan, berdasarkan kedudukan seperti berikut: Johan Naib Johan Ketiga Nilai Hadiah-hadiah yang disediakan adalah: Johan: RM 30.00 Naib Johan: RM 20.00 Ketiga: RM 15.00

Para peserta pertandingan di dalam kategori ini perlu mengeluarkan modal mereka sendiri bagi menyediakan bahan-bahan untuk acara-acara yang disertai oleh mereka.

6.0

BAJET KARNIVAL

KRT-IMJ menganggarkan bajet yang diperlukan untuk menganjurkan karnival ini adalah disekitar RM20,000. Kos in termasuk untuk mengadakan peralatan-peralatan yang perlu untuk karnival tersebut. Dianggarkan 70% daripada kos tersebut akan digunakan untuk membeli hadiah-hadiah pertandingan serta cenderahati kepada para juri dan pengadil serta tetamu khas.

6.1

ASPEK KEWANGAN DAN BELANJAWAN

6.1.1 PERBELANJAAN/ KOS Anggaran awal bagi Kos Penganjuran Karnival Sukan ini adalah sekitar RM21,000/=. Walaubagaimanapun, anggaran sebenar kos penganjuran ini akan ditentukan di dalam Mesyuarat Khas KRT-IMJ nanti. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 5. 6. 6. Kos Hadiah Kos Cenderahati Kos Peralatan/ Khemah Kos Pengangkutan & Utiliti Bayaran Pengadil Makanan & Minuman Ceramah/ Forum Siaraya Kos Kontigensi (10%) JUMLAH RM5,500.00 RM1,500.00 RM3,000.00 RM3,000.00 RM 500.00 RM7,500.00 RM1,500.00 RM1,000.00 RM1,500.00 RM25,000.00

6.1.2 PEMBIAYAAN/ PENDAPATAN Difahamkan bahawa sumbangan akan menyediakan kos penganjuran Karnival Sukan ini. 1. 2. 3. 4. ADUN Semambu RM 1,000.00 Pej. MB Pahang RM15,000.00 Jab. Perpaduan Daerah Kuantan RM 2,000.00 Syarikat-syarikat Bank Rakyat RM 500.00 Agro Bank RM 500.00 BSN RM 500.00 5. KRT-IMJ RM 3,500.00

6. Individu/ Penduduk 7. Jualan Gerai JUMLAH Defisit

RM 1,000.00 RM 500.00 RM24,500.00 RM 500.00

Jumlah sebenar belanjawan program ini akan ditetapkan pada mesyuarat Khas JK KRT-IMJ.

7.0

MAJLIS PERASMIAN, PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH

Majlis Perasmian Penutup KARNIVAL INDERA MAHKOTA JAYA akan disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang/ Exco Perpaduan Negeri Pahang dan hadiah-hadiah akan disampaikan oleh YB Dato Seri Wan Razali Wan Mahusin, Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang dan YB Phang Sui Meng, ADUN Semambu etc.

8.0

RUANG NIAGA

JK Penganjur mencadangkan dibuka kawasan khas untuk membolehkan para peniaga menjalankan aktiviti perniagaan. Tapak tersebut akan disewa kepada para peniaga yang berminat. Ini akan dapat menjadi sumber dana tambahan kepada KRT-IMJ. Jumlah tapak yang dicadangkan adalah di antara 15 tapak yang berkeluasan 10kaki x 10 kaki ruang dibawah kanopi dan kadar sewa yang dikenakan adalah sebanyak RM100.00 seunit untuk sehari berniaga. Para peniaga perlu membawa peralatan mereka sendiri seperti meja dan kerusi.

9.0

PERLANTIKAN URUSETIA

Mesyuarat Khas KRT-IMJ juga perlu membincangkan dan melantik Jawatankuasa Pelaksana KARNIVAL INDERA MAHKOTA JAYA ini bagi memastikan kelancaran program yang akan dijalankan. Mesyuarat akan membincangkan jenis-jenis urusetia yang perlu dilantik. Jawatankuasa Urusetia yang akan dibentuk ini adalah berdasarkan struktur berikut: Penaung: Pengerusi: Tim. Pengerusi: Tim. Pengerusi II: Setiausaha: Bendahari: Tn Hj. Kamaruzzaman Hj. Mohd Noor Nawi En. Che Wan Saufi Che Wan Khalid Pn. Kamariah Pn. Noriha Hj. Wan Hanafiah/ Azman En. Misdar/ Pn. Wan Fauziah En. Masardin/ Pn Anisah En. Thamotharan/ En Zam Hj. Danial Mamat/ En. Zulkifli Hj. Islahuddin & Pn. Hartini Wan Noreha/ Pn Shaidatul Akma En. Yahya A. Rashid Cikgu Zuraidi En. Nizam/ Che Mat/ Hj Ruslin En. Khadri Tn. Hj. Zaki Khamsan

Ketua Penyelaras Urusetia Kecil: o Ruang Niaga: o Sukan: o Keselamatan & Trafik: o Peralatan dan Khemah: o Makanan & Jamuan: o Hadiah dan Cenderahati: o Pengadil/ Juri: o Ceramah/ Forum: o Publisiti/ promosi & ICT: o Kebersihan: o Majlis Perasmian: 10.0 PENUTUP

Satu Mesyuarat Khas akan dipanggil dalam masa terdekat untuk membincangkan secara terperinci aspek-aspek penganjuran KARNIVAL INDERA MAHKOTA JAYA ini termasuk segala keperluan penganjuran, peralatan dan belanjawan. Kertas kerja ini dibuat sebagai panduan asas penganjuran KARNIVAL INDERA MAHKOTA JAYA.
Disediakan oleh: Hj. M Noor Nawi, Timbalan Pengerusi, KRT- Indera Mahkota Jaya, Zon-B Kuantan, Pahang DM. /021212

Program Penuh KARNIVAL INDERA MAHKOTA JAYA 2012 Tempat: Padang Bola/ Dewan IM2, Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Tarikh: Sabtu 22 Disember 2012.

A. Program Pagi 07.30: 08.00: 08.30: Senamrobik IMJ Style Rehat dan Sarapan Pagi Sukan Kategori A - Kanak-kanak Lelaki (12 tahun kebawah) Sukan Kategori B - Kanak-kanak Perempuan (12 tahun kebawah) Sukan Kategori C - Remaja Lelaki (13 21 tahun) Sukan Kategori D Remaja Perempuan (13 19 tahun) Sukan Kategori E Lelaki (22 45 tahun) Sukan Kategori F Wanita (20 39 tahun) Sukan Kategori G Veteran Lelaki (46 tahun keatas) Sukan kategori H Veteran Perempuan (40 tahun keatas) Pertandingan Mewarna Kategori Kanak-kanak (6 tahun kebawah) Pertandingan Melukis Kategori Kanak-kanak (12 tahun kebawah) 11.00: Pertandingan Memasak Pertandingan Gubahan 12.00: Majlis Perasmian Penutup oleh; YH Dato Norhayad binti Hj. Ahmad/ Wakil, Pegawai Daerah Kuantan, Pahang. Majlis Penyampaian Hadiah dan Cenderahati 13.00 Makan Tengahari

09.00:

B. Program Petang 14.30 Persembahan/ Demonstrasi: PDRM BOMBA SILAT

C. Program Malam 2100: Ceramah Agama/ Forum Maal Hijrah 1. Ust. Mahmud Mat (Pendakwah Bebas). 2. Ust. Azhar Jaafar, Pengarah Pusat Pengajian Islam, IKIP International College, Kuantan. 3. Persembahan Nasyid 4. Puisi untuk Palestin-Gaza. 2300: Penutup.

Lampiran/ Tindakan I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX. Aturcara program - Noreha Senarai Sukan & Peralatan - En. Masardin/ Hj. Danial Mamat Senarai Pasukan dan Peserta - En. Masardin/ Pn Anisah Cadangan Perbelanjaan dan Pendapatan - Hj. Wan Hanafiah/ Azman Senarai VIP dan Jemputan - TH Kamaruzzaman/ TH Zaki Khamsan Senarai Jawatankuasa Pelaksana - Pn. Noriha Senarai Penghargaan - TH Zaki Khamsan Senarai Gerai Jualan - En. Misdar/ Pn. Wan Fauziah Senarai Penaja - En. Che Wan Saufi Che Wan Khalid

Anda mungkin juga menyukai