Anda di halaman 1dari 18

Perkembangan di Eropah

http://rosleyasin.blogspot.com

1 Perubahan Masyarakat dan Budaya Eropah

Eropah mengalami zaman mundurnya yang dikenali sebagai zaman gelap selepas kejatuhan tamadun Rom. Zaman gelap merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan. Zaman Pertengahan dapat di bahagi kepada beberapa peringkat:i. ii. iii. Peringkat awal tahun 476 1050 M Peringkat kemuncak kira-kira tahun 1050 1300 M Peringkat Akhir kira-kira tahun 1300 1450 M.

Pada peringkat akhir zaman pertengahan ini muncul zaman Renaissance sekitar tahun 1350 1600 M. Pada zaman ini berlaku kegiatan penjelajahan, penerokaan dan perkembangan ilmu serta menyebarkan pengaruh mereka ke dunia luar.

Zaman Gelap, Eropah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, Zaman Gelap dan Ciri-cirinya perdagangan dan kehidupan. Pada masa itu juga tidak Pemerintahan pusat yang lemah. terdapat system pentadbiran Ilmu pengetahuan tidak berkembang. pusat yang berkesan. Kegiatan ekonomi terhad. Keruntuhan empayar Rom Sifat Gereja yang mengongkong Barat menyebabkan kuasa pusat yang mentadbir wilayah turut musnah. Muncul golongan tuan tanah (Baron) . Pada zaman pertengahan di Eropah, Gereja Tuan Tanah menjadi pelindung Katolik merupakan institusi yang sangat kepada petani. berkuasa dan memiliki harta yang banyak. Sebagai pertukaran petani Fokus utama gereja adalah kepada kegiatan terpaksa membayar cukai agama dan tentang akhirat. kepada tuan tanah. Gereja dianggap sebagai mengongkong Petani yang tidak SMK Danau menyerahkan Kota, Jalan Genting Klang, Kualakehidupan masyarakat Eropah. Lumpur berkemampuan, tanah mereka kepada tuan tanah dan menjadi hamba.

Kegiatan perdagangan tidak meluas. Perdagangan di perairan pantai Utara dan Barat sering diserang oleh orang gasar seperti Viking dan Magyar. Orang Eropah tidak berdagang di Timur jauh kerana kawasan Mediteranean dikuasai oleh orang Islam. Mereka menumpukan dalam bidang pertanian dan perniagaan pertanian secara tukar barang.

Tuan tanah pula mendapat perlindungan daripada raja. Sebagai tukaran, golongan tuan tanah dikehendaki memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja. Ikatan di antara golongan rakyat dengan tuan tanah serta raja menjadi asas kepada pembentukan system feudal di Eropah.

http://rosleyasin.blogspot.com

Zaman Peralihan Zaman Kemuncak Pertengahan

Pada zaman ini, Gereja mula memainkan peranannya dan menjadi ejen penyatu masyarakat. Berlaku perubahan ekonomi akibat daripada pertambahan penduduk, peningkatan aktiviti pertanian dan kemunculan kegiatan perdagangan. Muncul bandar-bandar seperti Venice, Milan dan Florence kesan daripada kegiatan ekonomi. Pada masa yang sama muncul golongan kelas pertengahan yang terdiri daripada artisan, pedagang dan ahli perbankan. Dengan perubahan yang wujud ini, status sosial seseorang tidak lagi ditentukan oleh pemilikan tanah tetapi berasaskan kekayaan. Dalam bidang politik masyarakat mula terlibat dalam kegiatan politik, menerusi institusi seperti parlimen yang diwujudkan bagi memenuhi tuntutan rakyat. Rakyat mempunyai hak berpolitik dan terjalinlah hubungan di antara rakyat dengan pemerintah.

Zaman Renaissance

Renaissance berasal daripada perkataan Itali iaitu renisciment yang membawa maksud kelahiran semula. Istilah ini merujuk kepada penghargaan terhadap ilmu yang dihasilkan oleh golongan cendekiawan dan pejuang seni dalam tamadun Yunani dan Rom.. Pada asasnya zaman Renaissance memberi tumpuan kepada keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahan mereka. Aliran pemikiran yang meletakkan manusia sebagai subjek penentu dan perkembangan hidupnya dikenali sebagai humanisme Francesco Petrarch dikenali sebagai bapa Humanisme, di samping tokoh Renasissane lain seperti Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio.

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

Semangat Inkuiri http://rosleyasin.blogspot.com Peningkatan semangat inkuiri meningkat dan mereka lebih bersedia menggunakan daya intelek. Kesungguhan manusia mencari penyelesaian hidup dan kesediaan meneroka bidang dan kawasan baru. Membawa kemunculan bandarbandar terkenal seperti Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa.

Pertembungan budaya Bandar-bandar pelabuhan terkenal seperti Venice dan Genoa menjadi pusat pertembungan budaya, bahasa dan agama. Itali muncul menjadi pusat perkembangan idea baru.

Pedagang kaya

Sebab-sebab Perkembangan Zaman Renaissance

Aktiviti perdagangan di Itali melahirkan golongan pedagang yang kaya dan menjadikan kekayaan mereka untuk mengindahkan Bandar. Bandar menjadi pusat tumpuan para seniman dan cendekiawan. Pedagang juga menjadi penaung kepada para pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis. Bandar-bandar bersaing untuk mendapatkan tokoh-tokoh cendekiawan. Dalam menyiapkan tugasan seniman dan cendekiawan sering bergerak dari Bandar ke Bandar, secara tidak langsung membantu menyebarkan idea Renaissance.

Golongan Gereja Paus di Rom dan golongan gereja turut menjadi penaung kepada para seniman dan cendekiawan. Penguasa gereja Rom berhasrat untuk menjadikan Rom cantik dan menarik seperti Florence. Bagaimanapun pihak gereja bermasalah dengan ahli sains dan matematik kerana bimbang saintis akan mencabar pemikiran yang didokong oleh gereja. Penguasa gereja memberikan tumpuan kepada kegiatan seni lukis dan seni ukir sahaja. Paus Julius II mengupah pelukis dan pengukir terkenal Leonardo da Vinci, Raphael dan Michelangelo menghiasi gereja dan katedral St Peter di Rom.. Usaha Paus menyebabkan pusat seni Renaissance telah berpindah dari Florence ke SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur Rom.

Individu Pada zaman pertengahan, sumbangan penulis dan pelukis secara individu tidak terserlah kerana mereka bekerja secara kumpulan Apabila mereka mula bekerja secara individu, bakat mereka jelas dan dinilai dari segi nilai seni Pelukis seperti Leonardo da Vinci, Raphael dan Micelangelo mahu dikenali secara individu, ini telah melahirkan semangat individualisme.

Pendidikan Perubahan kepada konsep pendidikan. Penekanan pada zaman Renaissance lebih kepada pembinaan kemahiran dalam semua aspek intelektual serta fizikal individu. Leonardo da Vinci dan Michelangelo bukan sahaja dikenali sebagai pelukis dan dan pengukir agung tetapi mahir dalam bidang ilmu pengetahuan lain. Walaupun Renaissance berpusat di Itali namun lahir tokoh Renaissance dari negara lain seperti Thomas More, Francis Bacon dan William Shakespeare (England).

http://rosleyasin.blogspot.com

4 Pendidikan Semangat Renaissance yang menekankan cirri-ciri inkuiri, keobjektifan, dan eksperimen telah bertanggungjawab merintis kepada perkembangan pelbagai bidang ilmu sains seperti biologi, fizik, kimia dan perubatan.

Politik Kesan penting zaman Renaissance ialah kemunculan golongan monarki baru. Kekuatan dan kekuasaan monarki baru terletak kepada kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan. Sistem monarki diperkukuhkan dengan amalan pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan. Apabila kuasa raja semakin kukuh, pengaruh gereja dan kuasa golongan bangsawan semakin berkurangan. Kerajaan monarki baru terdapat di Portugal, Castile dan Aragon (Sepanyol), England, Perancis dan Belanda. Kesan Zaman Renaissance

Sosial Berlaku perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup. Manusia zaman Renaissance menzahirkan emosi dan perasaan melalui muzik, lukisan dan ukiran yang dihasilkan. Perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logic, saintifik, falsafah dan metafizik. Zaman Renaissance telah melahirkan manusia Renaissance yang menggunakan seluruh keupayaan minda mereka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang memajukan manusia.

Ekonomi Kegiatan ekonomi sara diri kian pupus, sebaliknya system perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang luas. Kegiatan ekonomi membawa kepada kegiatan penjelajahan dan penerokaan berkembang seiring dengan kemajuan dalam bidang matematik, geografi, kartografi dan astronomi.

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

http://rosleyasin.blogspot.com

5 Zaman Reformation

Gerakan yang berlaku di Eropah Barat pada kurun ke-16 Berasal daripada perkataan Reform yang membawa maksud pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang baik. Gerakan Refomation mempunyai kaitan dengan pembaharuan agama kristian di Eropah Barat.

Sebab-sebab Perkembangan

Kritikan terhadap gereja Katolik kerana meningkatkan usaha pembangunan keduniaan untuk menjadikan Rom sebagai pusat kekuasaan terkuat di Itali. Kepincangan, rasuah dan penyelewengan menyebabkan masyarakat mempersoalkan kedudukan dan amalan gereja Katolik. Penguasa Gereja dikatakan cenderung mengamalkan gaya hidup pemerintah dan bangsawan yang tidak mencerminkan kehidupan beragama. Berlaku penyelewengan termasuklah penjualan sijil Indulgences (surat pengampunan kepada penganut Kristian yang telah melakukan dosa). Penjualan sijil pengampunan ini telah SMK keseluruh Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur merebak Danau Kota,Eropah.

Zaman Reformation bermula di Jerman. Kejayaan zaman Reformation dibantu oleh penciptaan mesin cetak yang dicipta oleh Johann Guternberg. Penciptaan mesin cetak membolehkan bible dicetak dalam masa yang singkat dengan harga yang murah. Martin Luther (Prof. Ilmu teologi) menentang amalan indulgences. Luther percaya manusia seharusnya bergantung kepada kekuatan rohaninya semasa beribadat. Pendirian dan ajaran Luther dikenali sebagai mazhab Protestan yang berasal daripada perkataanprotesting yang bermaksud membantah.

Tindakan Luther mempersoalkan gereja Katolik dan golongan paderi telah mewujudkan mazhab Protestant dan menandakan bermulanya zaman Reformation. Mazhab Protestan pimpinan Luther (mazhab Lutheran) telah berkembang di Sweden, Denmark, Norway dan England. Di Switzerland, gerakan ini dipimpin oleh Zwingli kemudian dipimpin oleh John Calvin selepas kematian Zwingli. Terdapat golongan Katolik mengendalikan Counter Reformation (bertindak menentang) sebagai jawapan persoalan yang dikemukakan oleh golongan Protestan.

http://rosleyasin.blogspot.com

Kesan Zaman Reformation

Agama Menyebabkan Eropah berpecah kepada Mazhab Katolik dan Protestan. Zaman ini telah menyebabkan masyarakat Eropah berperang mengikut mazhab masingmasing seperti perang keagamaan yang berlaku di Perancis (1562-1598) dan perang 30 tahun (1618-1648) yang melibatkan Sepanyol, Jerman, Bohemia, Denmark dan Sweden. Perbalahan agama menyebabkan peperangan dan kemusnahan. Masyarakat Eropah tidak dikuasai oleh satu mazhab sahaja.

Pendidikan Jangka masa panjang timbul sikap toleransi antara penganut pelbagai mazhab Kristian. Mereka mempergiatkan pendidikan dalam penyebaran fahaman mereka.

Kuasa Gereja Kuasa Gereja telah dicabar secara terbuka. Kuasa Gereja terhadap kerajaan berkurangan disebabkan monarki ingin membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom. Contohnya Raja Henry VIII, memutuskan hubungannya dengan Gereja Roman Katolik kerana ingin berkahwin dengan Anne Boleyn, dan mengisytiharkan Raja England menjadi ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican.

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

http://rosleyasin.blogspot.com

Penjelajahan dan Penerokaan

Merupakan kegiatan para pelaut Eropah mencari laluan baru untuk ke Timur. Para pelaut aktif menjelajah ke beberepa kawasan luar Eropah sejak kurun ke-16. Kemajuan sains dan teknologi pada zaman Renaissance membantu kegiatan penerokaan dan penjajahan. Eropah terpaksa mencari laluan alternatif ke Timur setelah Turki menguasai Istanbul pada tahun 1453, menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan barangan dari Timur yang diperoleh dari Istanbul.. Ini mendorong mereka meneroka lautan Atlantik sebagai laluan mereka ke Timur.

Sebab-sebab Penjelajahan

Persaingan Potugal dan Sepanyol Sepanyol menumpukan penerokaan ke Amerika Latin walaupun menjelajah ke Timur. Pelaut Portugal lebih awal sampai di Timur. Portugal juga mempunyai kepentingan di Amerika Latin.

Ekonomi Orang Eropah ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera dan rempah ratus di Timur.

Galakan Raja Sepanyol dan Raja Portugal pemerintah yang banyak memberi galakan kepada pelaut-pelaut.

Monarki baru Perdagangan Waktu perdagangan rempah dan sutera mendatangkan keuntungan yang besar kepada pedagang dan raja. Faktor penting mendorong Sepanyol dan Portugal untuk menjelajah ke Timur. Keagamaan Monarki baru menggalakan penjelajahan dan penerokaan seberang laut Semangat kebanggaan bangsa juga mendorong penjelajahan dan penerokaan. Penjelajahan dan penerokaan Eropah kerap juga dirumuskan sebagai bermatlamatkan Gold, Glory dan Gospel.

Sepanyol dan Portugal merupakan dua buah Negara Katolik menekankan usaha untuk menyebarkan ajaran Kristian ke Sebarang laut. Sepanyol yang pernah dikuasai oleh orang Islam berhasrat untuk menyebarkan ajaran SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur Kristian pula

http://rosleyasin.blogspot.com

Perjanjian Tordesillas Persaingan ini menyebabkan Paus di Rom menggesa kedua-dua kuasa menetapkan kawasan pengaruh masingmasing. Pada tahun 1494, PerjanjianTordesillas di tandatangani. Kawasan Perjanjian Tordesillas telah membahagikan kawasan ke Timur dari kepulauan TanjungVerde dan Hindia Barat di Lautan Atlantik dianggap kawasanPortugal. Kawasan ke Barat dianggap sebagai kawasan Sepanyol.

Pelaut Unggul Persaingan Sepanyol dan Portugal Christopher Columbus pelaut unggul pada waktu itu. Merupakan pelaut pertama sampai di Amerika. Ferdinand Magellan, belayar ke Timur dan terbunuh di sebuah pulau di Filipina dalam perjalanannya di Kepulauan Maluku.

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

http://rosleyasin.blogspot.com

Ekonomi Daerah luar Amerika telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah. Pusat emporium dunia Goa dan Melaka telah dikuasai oleh Portugal. Barangan yang dibawa dari Timur telah memperkaya ekonomi dan gaya hidup masyarakat Eropah. Jalan pelayaran di lautan Hindi dan Asia Tenggara telah dikuasai oleh Portugal. Mereka juga menguasai jalan di laut China Selatan iaitu China dan Jepun.

Politik Penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil tempatan. Perjanjian ini secara langsung atau tidak telah mengiktiraf kekuatan kuasa Eropah. Wakil kuasa Eropah terdiri daripada Syarikat berpiagam yang telah diwujudkan di Belanda, British, Perancis dan Denmark. Syarikat-syarikat berpiagam ini telah berdagang dari Eropah hingga ke Carribean, Latin Amerika, Afrika, India, Asia Tenggara dan Asia Timur.

Sosial Masyarakat setempat mula terpengaruh dengan gaya hidup masyarakat Eropah. Ada di daerah tertentu masyarakat peribumi menerima agama Kristian yang dibawa oleh Mubaligh Kristian.. Di Amerika Tengah dan Selatan, Sepanyol telah berperang dan menakluk Mexico dengan menundukkan tamadun Aztec dan menakluk Peru dan menghapuskan tamadun inca. Penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin telah mewujudkan sebuah masyarakat baru di kawasan tersebut.

Kesan-Kesan Penjelajahan Terhadap Masyarakat Setempat.

Dunia Baru

Sepanyol melihat dunia baru (Amerika Latin) sebagai tempat untuk mendapatkan emas dan perak. Golongan gereja pula, mengenggap dunia baru sebagai tempat untuk menyebarkan agama Kristian. Penyebaran berlaku berleluasa di kalangan masyarakat setempat. Pemodal Sepanyol pula mengeksploitasi buruh peribumi untuk bekerja di lombong dan di ladang mereka. Di Timur tidak terdapat penempatan orang Sepanyol atau Portugal secara besar-besaran. Filipina amat dipengaruhi kuasa Sepanyol, SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur manakala Melaka dan Goa diduduki oleh Portugal.

http://rosleyasin.blogspot.com

10

Perkembangan bidang pertanian . R E V O L U S I P E R T A N I A N Sebelum revolusi pertanian, pengeluaran makanan dijalakan secara kecil-kecilan. Semasa Revolusi Pertanian, makanan dapat dihasilkan secarabesar-besaran kerana:a) terdapat perubahan dalam system pemilikan tanah. b) Terdapat penggunaan kaedah atau teknik saintifik merangkumi penanaman yang lebih efisien, penggunaan peralatan baru serta penggunaan baja. c) Terdapat kaedah pemasaran produk pertanian secara lebih meluas dan berkesan.

Pemilikan Tanah Persendirian Sebelum revolusi pertanian terdapat dua system pemilikan tanah iaitu tanah persendirian dan tanah awam. Tanah milik persendirian dipunyai oleh golongan kaya. Tanah milik awam juga sebenarnya tanah yang dimiliki oleh orang perseorangan. Bagaimanapun, rakyat biasa di Britain dibenarkan menggunakan tanah untuk bercucuk tanam secara kecil-kecilan,memelihara binatang ternakan atau memburu binatang. Akibat pertambahan penduduk, tuan tanah mahu memanfaatkan tanah awam untuk tujuan pertanian secara besar-besaran ditambah lagi pada waktu itu harga gandum kian meningkat. Tuan tanah mendesak Parlimen meluluskan akta bagi memagar tanah dan di antara tahun 1761 hingga tahun 1792 hampir 500,000 ekar tanah telah dipagar mengikut Akta Pemagaran Tanah. Terdapat beberapa implikasi penting daripada Akta Pemagaran Tanah;a) Tersedia kawasan yang lebih luas untuk digunakan bagi penanaman secara besar-besaran b) Rakyat biasa yang bergantung kepada tanah awam untuk menampung keperluan hidup mereka kehilangan punca rezeki. c) Golongan petani menjadi buruh di ladang dan apabila berlaku Revolusi Perindustrian mereka berhijrah ke bandar dan menjadi buruh kilang.

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

http://rosleyasin.blogspot.com

11 Kaedah dan Ciptaan Baru dalam Pertanian

Sistem Penggiliran Tanaman Lord Townshend telah memperkenalkan teknik penggiliran tanaman. Mengikut kaedah ini, tanah digunakan secara berterusan sepanjang tahun dengan menanam jenis tanaman yang berbeza mengikut musim. Kaedah ini membolehkan semua tanaman hidup dengan subur, tanpa meninggalkan ruang tanah yang kosong seperti sebelumnya. Thomas William Coke telah memperbaiki system penggiliran tanaman dan mendapati hasil pertanian dan pulangannya berlipat ganda.

Peralatan Terdapat alatan pertanian yang dicipta oleh Jethro Tull untuk kegunaan menggali dan menugal. Alat ini membolehkan banyak lubang digali secara serentak. Secara tidak langsung membolehkan penugalan serta penanaman biji benih dijalankan dengan lebih pantas.

Pertanian Komersial Baja asli telah digunakan secara meluas dan menjadikan tanaman lebih subur dan hasil pertanian bertambah. Peningkatan kuantiti dan kualiti hasil pertanian ini telah membawa kepada lebihan produk. Hasil daripada lebihan perdagangan ini telah diperdagangkan secara komersial.

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

http://rosleyasin.blogspot.com

12 Perkembangan Bidang Perindustrian

Modal Revolusi Pertanian memberi sumbangan kepada pertumbuhan dan perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain dari segi penyediaan modal. Peladang kaya telah melabur lebihan modal mereka dalam bidang perindustrian. Kesediaan mereka melabur modal melambangkan perubahan sikap yang sanggup menanggung risiko melabur modal dalam bidang baru yang belum menjanjikan pulangan.

Makanan Revolusi pertanian menyediakan makanan untuk menampung keperluan pekerja kilang yang kian meningkat. Britain tidak perlu lagi mengimport makanan dari luar. Modal dari pengurangan import makanan dapat dilaburkan bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain.

Rekaan Baru Rekaan dalam bidang sains dan teknologi serta semangat dan kegiatan usahawan. Gabungan kedua-dua factor tersebut dapat dikesan daripada kegiatan James Watt dan Boulton. Daya kreativiti, semangat inovatif dan kegiatan usahawan ini terdapat pada ramai lagi tokoh di Britain sepanjang Revolusi Perindustrian yang menjadi asas kemajuan di Britain pada masa itu.

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

http://rosleyasin.blogspot.com

13 Peralihan Daripada Industri Desa Kepada Perkilangan

Sebelum Revolusi Perindustrian , barangan dihasilkan secara kecil-kecilan dengan menggunakan tenaga manusia. Ciptaan mesin telah menambahkan hasil pengeluaran barangan secara besar-besaran. Lebihan produk ini kemudiannya telah diperdagangankan. Rumusannya Revolusi Perindustrian merangkumi perubahan teknik, skala pengeluaran yangbertambah besar dan aktiviti mengkomersialkan barangan yang dihasilkan.

Pengkhususan Pengeluaran

Pembelian mesin memerlukan modal yang tinggi. Bagi mengawal kos, para pemodal tidak melibatkan kegiatan industri mereka dalam terlalu banyak bidang.. Mereka mengkhusus dalam bidang tertentu misalnya dalam bidang tekstil. Pengkhususan kerja mendatangkan keuntungan kepada majikan dan juga kepada pekerja kerana mereka semakin mahir dan dapat menimba pengalaman untuk memperbaiki prestasi. Akibatnya kuantiti dan kualiti barangan dapat dipertingkatkan, seterusnya membolehkan produk tersebut bukan sahaja dapat dipasarkan di dalam negeri malahan dipasarkan secara meluas ke luar Negara.

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

http://rosleyasin.blogspot.com

14

Penggunaan Teknologi

Sebelum teknologi baru Peralatan bagi aktiviti pengeluaran dikendalikan oleh tenaga manusia, binatang atau air. Sebelum enjin berkuasa wap, bot menggunakan tenaga manusia untuk mendayung dan kuda digunakan untuk menarik gerabak. Apabila manusia atau binatang penat kerja tidak dapat diteruskan. Bagi mengawal kos, para pemodal

Penggunaan Mesin Berkuasa Wap Penggunaan mesin berkuasa wap membolehkan para pengusaha dapat mengeluarkan barangan dalam kuantiti yang banyak. Penggunaan mesin menyebabkan kos pengeluaran rendah dan menyebabkan harga barangan murah. Barangan tersebut dapat dipasarkan kepada masyarakat umum termasuk yang tidak mempunyai kuasa beli yangtinggi.

Peningkatan aktiviti Pengeluaran Barangan yang dikomersialkan di pasaran antarabangsa, membolehkan para usahawan mendapat keuntungan yang besar. Keuntungan ini membolehkan para usahawan untuk mempertingkatkan lagi aktiviti pengeluaran dan perdagangan.

Sumber Tenaga James Watt membaiki enjin berkuasa wap Thomas Newcomen. Hasilnya mesin itu dapat mengeluarkan tenaga yang lebih efisien. Salah sumber tenaga awal ialah ialah tenaga wap dengan kaedah pembakaran arang batu. Thomas Newcomen telah mencipta enjin berkuasa wap yang kemudian digunakan secara meluas dalam dalam perlombongan arangbatu. Penggunaan kuasa wap membantu perkembangan system pengangkutan kereta api dan kapal laut pada zaman Revolusi Perindustrian. James Watt menubuhkan syarikat bersama Matthew Boulton berjaya mengeluarkan enjin berkuasa wap yang lebih baik untuk pasaran dalam negeri dan antarabangsa.

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

http://rosleyasin.blogspot.com

15 Kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian

Pertanian Sebagai Punca ekonomi Kegiatan ekonomi pada waktu itu menanam bijirin seperti gandum. Lebihan pertanian yang dihasilkan telah dieksport dan peladang besar menjadi pedagang antarabangsa. Kesan Revolusi Perindustrian telah membawa perubahan dalam bidang social dan ekonomi. Kegiatan pembuatan dan pengilangan telah mula menggantikan kegiatan pertanian sebagai bidang utama ekonomi Negara. Perindustrian telah menjadi sumber ekonomi baru dan lebih ramai rakyat Britain menjadi buruh industri berbanding buruh pertanian. Berlaku perubahan social iaitu kedudukan tuan-tuan tanah sebagai tokoh utama dalam masyarakat digantikan oleh para pengusaha atau pemilik kilang.

Peningkatan Perdagangan Antarabangsa Lebihan produk menyebabkan mereka terpaksa memasarkan pada peringkat antarabangsa kerana tidak dapat dipasarkan semuanya di dalam Negara. Britain dapat mengendalikan perdagangan antarabangsa kerana merupakan Negara penjajah dan kuasa maritime yang ulung pada abad ke-18 dan ke-19. Britain memerlukan bahan mentah yang banyak untuk industrinya berkembang pesat. Britain telah mempertingkatkan system pengangkutan dalam Negara dan antarabangsa untuk menampung keperluan perdagangan import-eksport. Britain juga mengeksport modal ke seberang laut.

Kemajuan Bidang Pengangkutan Peringkat awal pengangkutan di Britain bergantung kepada kereta kuda dan baj. Bagi memudahkan perjalanan darat, system pembikanan jalan raya telah dibaiki dari masa ke semasa. Kilang-kilang didirikan berhampiran sungai kerana penggunaan baj. Perubahan besar berlaku dalam system pengangkutan domestic dengan rekaan dan penggunaan kereta api. Rekaan enjin berkuasa wap membolehkan gerabak dipacu lebih laju dan menarik lebih banyak gerabak untuk mengangkut barangan dan pekerja kilang. Sistem pengangkutan laut telah direvolusikan dengan kemunculan dan penggunaan kapal laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap.

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

http://rosleyasin.blogspot.com

16 Kemunculan Golongan Buruh dan Majikan

Revolusi Perindustrian telah memperkenalkan system perkilangan. Pada peringkat awal kilang yang paling banyak ialah kilang tekstil.

Peringkat awal Revolusi Perindustrian buruh tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Penciptaan mesin tekstil telah menyebabkan kemahiran pekerja penenunan dan tukang jahit tradisional tidak diperlukan. Peringkat awal Revolusi Perindustrian buruh tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Para pekerja mahir telah memprotes dan memusnahkan mesin-mesin pemidang yang digunakan dalam industri tekstil. Pergerakan ini dikenali sebagai Pergerakan Luddite. Bagaimanapun pada akhirnya penggunaan mesin dalam industri pembuatan tidak dapat disekat.

Pada permulaan zaman Revolusi Perindustrian terdapat akta kombinasi yang melarang para pekerja bergabung dan bermuafakat untuk mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik daripada majikan. Pada masa itu kanak-kanak bawah umur, 10 tahun sering dieksploitasi di kilang tekstil dan di lombong arang batu. Masa bekerja biasanya melebih 10 jam. Pada waktu itu, majikan sangat terpengaruh dengan system ekonomi bebas yang menghalang campur tangan kerajaan. Akta lombong diperkenalkan pada tahun 1842. Akta ini telah melarang penglibatan kanak-kanak perempuan dan wanita dalam perusahaan arang batu. Akta 10 jam diperkenalkan Pada tahun 1847, melarang buruh wanita bekerja lebih daripada 10 jam.

Pada tahun 1833, akta kilang telah digubal. Mengikut akta ini, kanak-kanak berumur 9 tahun dilarang bekerja dan mereka dimestikan ke sekolah. Kanak-kanak yang layak bekerja, had masa bekerja tidak melebihi 9 jam. Majikan mesti menjamin keselamatan pekerja mereka di kilang.

Keadaan perburuhan bertambah baik dengan pemansuhan akta anti penggabungan pada tahun 1824. Penubuhan kesatuan sekerja buat pertama kalinya telah diizinkan. Kemudiannya pelbagai akta telah diluluskan oleh parlimen untuk memastikan kesejahteraan pekerja.

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

http://rosleyasin.blogspot.com

17 Imperialisme Barat di Asia

Imperialisme boleh diertikan sebagai penguasaan sesebuah Negara ke atas sesebuah Negara yang lain. Penguasaan ini bertujuan untuk mendapat keuntungan ekonomi dan politik. Pada kurun ke-15 dan kurun ke-16, Sepanyol dan Portugal telah menakluk daerah di Asia dan Amerika Latin. Selepas Revolusi Perindustrian kegiatan Negara kuat mengeksploitasi Negara yang lemah semakin rancak. Kuasa Barat pada masa ini berminat untuk mendapatkan bahan mentah seperti rempah ratus, emas dan perak. Pada zaman Revolusi Perindustrian Negara seperti Britain, Belanda dan Negara Eropah lain mempunyai matlamat untuk mengubah dasar ekonomi Negara yang dijajah supaya secocok dengan keperluan perindustrian mereka.

Faktor-faktor yang mendorong kedatangan

Untuk mendapatkan bahan mentah bagi kilang perindustrian mereka.

Perkembangan system pengangkutan yang berlaku akibat kewujudan system jalan kereta api dan ciptaan kapal wap telah memudahkan perhubungan dan dan mempercepatkan perjalanan.

Untuk mendapatkan pasaran bagi hasil pengeluaran industri mereka. Negara Eropah saling berlumba dan bersaing untuk mendapat daerah di Afrika dan Asia. Menjelang tahun 1830, Britain terpaksa bersaing dengan Negara Eropah dan Amerika kerana Negara-negara tersebut melindungi industri mereka dengan peraturan tarif. Britain terpaksa mencari pasaran di Asia dan Afrika kerana barang Britain tidak lagi dapat dieksport ke Amerika dan Eropah secara mudah seperti dahulu.

Ada di kalangan masyarakat Barat berhasrat untuk menyebarkan tamadun dan agama mereka ke seberang laut. Terdapat semangat perlumbaan di kalangan masyarakat di Eropah untuk saling mengatasi antara satu sama lain dalam kegiatan menakluk kawasan luar. Sesetengah beranggapan, pemilikan tanah jajahan sebagai symbol yang menandakan mereka telah menjadi kuasa yang kuat. Orang Barat beranggapan menjadi tanggungjawab mereka untuk mengembangkan tamadun mereka di luar Eropah. Orang Inggeris menggunakan istilah the white mans burden, orang Perancis sebagai mission civilisatrice, orang Jerman sebagai tugas menyebarkan budaya dan orang Amerika sebagai the blessings of the Anglo-Saxon protection.

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

http://rosleyasin.blogspot.com

18

Politik Komposisi etnik Kuasa Barat telah membawa masuk buruh dari Negara asing untuk kegiatan ekonomi komersial. Dasar Barat ini membawa perubahan demografi dan komposisi etnik di banyak Negara yang dijajah. Penjajah tidak memainkan peranan untuk mengharmonikan hubungan antara kaum semasa pemerintahan mereka. Pemerintah peribumi terpaksa menjalinkan hubungan baik di kalangan pelbagai kaum selepas merdeka. Sistem pemerintahan dan pentadbiran menerima perubahan drastic. Pemerintah tempatan terpaksa menerima penasihat dan juga pentadbir barat. Sistem perundangan peribumi juga telah ditukar agar menyerupai system barat. Kuasa Barat bersaing untuk menguasai Negara-negara Asia.

Pendidikan Pertapakan Barat di Tanah Melayu telah memperkenalkan system pendidikan Inggeris. Sistem pendidikan tersebut tidak disebarkan secara meluas dan terhad di kawasan Bandar. Sistem pendidikan ini hanya memberi pendidikan asas dan melatih golongan pentadbir rendah bagi keperluan pentadbiran British. Kepincangan dan ketidaksempurnaan system pendidikan menyebabkan kerajaan peribumi terpaksa memperbaiki keadaan selepas mencapai kemerdekaan.

Kesan-Kesan Imperialisme Terhadap Asia Tenggara

Ekonomi Kegiatan ekonomi pribumi telah distruktur agar memberi manfaat kepada ekonomi penjajah. Contohnya kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu telah dikomersialkan bagi memastikan bahan tersebut dapat menampung keperluan industri di Britain.

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur