Anda di halaman 1dari 3

Ciri-ciri Kepentingan Peribahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu Peribahasa merupakan salah satu unsur Bahasa Melayu yang

unik kerana ia merupakan ungkapan indah di mana perkataan-perkataan dalam ungkapan tersebut telah disusun aturkan dengan cantik yang berupaya menyerlahkan maksud di sebalik perkataan tersebut dengan lebih bermakna dan sedap didengar. Oleh yang demikian, kepentingan pertama peribahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah meningkatkan keupaya penilaian estetika pada pelajar. Perkataan-perkataan yang mendirikan sesuatu

peribahasa selalunya saling berkaitan tetapi menpunyai corak padanan perkataan yang tersendiri. Contohnya peribahasa cincin dengan permata. Cincin merupakan barang kemas dan permata juga merupakan barang kemas yang amat berharga. Padanan kedua-dua bahan ini telah menonjolkan maksud peribahasa ini iaitu jodoh yang paling sesuai antara satu sama lain. Kecantikkan padanan perkataan peribahasa ini adalah aspek estetika yang harus dinilai oleh para pelajar kerana tidak berkemungkinan untuk memadankan cincin dengan lembu atau cincin dengan baju. Oleh itu, semasa pelajar mengaji maksud yang dibawa oleh peribahasa mereka juga boleh mengaji perhubungkaitan antara perkataan-perkataan yang terdapat dalam sesuatu peribahasa. Ini secara tidak langsung juga boleh mendidik para pelajar mengenai kecantikkan bahasa yang terkandung dalam peribahasa tersebut. Kepentingan kedua peribahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah meningkatkan tahap keupayaan berbahas dalam kalangan pelajar. Keupayaan berbahas ini merangkumi kebolehan pelajar membaca, menulis dan menggunakan tatabahasa dengan betul dalam kehidupan seharian mereka. Biasanya untuk meningkatkan keindahan penulisan karangan, kita sering menitikberatkan penggunaan gaya bahasa serta penggunaan

peribahasa. Hal ini kerana peribahasa juga menpunyai gaya bahasa yang tertentu seperti simile, metafora dan sebagainya dengan pembawaan maksud yang benar dan logik. Oleh yang demikian, jika pelajar berupaya menguasai peribahasa dan mengaplikasikannya, maka ini akan menjadikan tuturan dan penulisan mereka lebih bermutu dan sedap didengar. Ini secara tidak

langsung telah menunjukkan bahawa pelajar tersebut telah menguasai dan menghayati keindahan Bahasa Melayu dengan baik sekali. Kepentingan ketiga ialah penggunaan peribahasa dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi para pelajar. Hal ini disebabkan mereka berupaya meluahkan pandangan mereka dengan lebih tepat dan ringkas jika mereka mengaplikasikan peribahasa. Contohnya, apabila seseorang pelajar telah menguasai peribahasa, jadi apabila dia bertanggungjawab sebagai ketua kumpulan untuk menyelesaikan perselisihan fahaman antara rakan sekumpulan, dia boleh menyedarkan rakan sekumpulannya bertapa

pentingnya untuk mengekalkan perpaduan untuk menca[ai kemenangan dengan peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Dengan ini rakan sekumpulan akan memahami mesej yang ingin disampaikan oleh ketua kumpulan mereka tanpa perlu beliau memberi penjelasan yang berpanjang lebar. Ciri kepentingan peribahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu yang keempat ialah menperkembangkan daya pemikiran pelajar. Hal ini kerana dalam setiap ungkapan peribahasa menpunyai maksud-maksud yang tersirat di sebalik perkataannya. Pelajar cuba untuk menghubungkaitakan perkataanperkataan dalam ungkapan peribahasa tersebut dan cuba untuk memahami apa yang ingin dimaksudkan di sebalik peribahasa tersebut. contohnya, peribahasa bagai aur dengan tebing. Pelajar terlebih dahulu perlu mengetahui perkaitan antara aur dan tebing, pelajar juga perlu mengetahui mengapakah pencipta peribahasa memadankan aur dengan tebing tetapi bukannya aur dengan rumput atau tebing dengan batu. Hal ini kerana aur perlu menumpang pada tebing untuk mendapatkan sumber air dan tebing memerlukan gengaman akar aur supaya tebing tidak mudah terhakis. Akhirnya barulah pelajar memahami maksud yang dibawa oleh peribahasa ini iaitu tolong-menolong antara satu sama lain. Ciri kepentingan peribahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah sebagai suatu usaha untuk mendekatkan pelajar dengan warisan budaya sendiri seterusnya pelajar akan mencintai dan menpertahankan warisan budaya sendiri. Biasanya peribahasa yang telah dicipta adalah mendasarkan

kepada pengalaman kehidupan terutamanya kehidupan rakyat biasa. Oleh itu, guru mengajar pelajar mengenai peribahasa, ini secara tidak langsung telah memberi peluang tambahan untuk pelajar lebih mengetahui corak-corak kehidupan nenek moyang serta corak pemikiran rakyat pada zaman tertentu. Contohnya peribahasa yang lama dikelek, yang baharu didukung. Ini telah menunjukkan masyarakat yang sedang mengalami perubahan budaya hidup dalam kehidupan mereka tetapi masyarakat pada masa tersebut masih tekat menpertahankan adat lama mereka yang tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai