Anda di halaman 1dari 27

.::Syber-Mafia::.

~~>A Place
To Enjoy Powered by
vBulletin
Friday, August 01, 2008

4.0 MENYATUKAN INDIVIDU DAN


KITARAN HAYAT KELUARGA
Pada permulaannya, kelihatan agak sukar untuk
menyatukan individu dan kitaran hayat keluarga secara
lebih mendalam. Alasannya adalah kerana, pada lahirnya
peringkat-peringkat dalam kitaran hidup manusia
ataupun individu selalunya adalah tidak selari dan
menjadi pelengkap di dalam pembangunan sebuah
keluarga (e.g.,Ericson,1959; Levinson ,1978,1986;
Sheehy,1977). Dua konsep kitaran hayat ini adalah unik
disebabkan oleh jumlah orang yang terbabit didalamnya,
kepelbagaian dalam setiap tugas yang dikehendaki dan
juga perbezaan jantina. Walau bagaimanapun, perbezaan
dalam melihat kedua-dua kitaran ini berkemungkinan
menjadi tidak tepat dan berbeza daripada
kemunculannya kali pertama.
Penekanan pertama kepada penyatuan kedua-dua kitaran hidup keluarga
dan individu adalah fokus di dalam setiap pertumbuhan dan perkembangan. Dalam
kebanyakan pertumbuhan terdapat “perubahan besar dari aspek kesedaran ,
kecekapan, dan ketulenan” ( Jourard &Landsman , 1980,p.238). Dalam kitaran individu
dan keluarga, pertumbuhan merupakan satu proses sedar yang melibatkan keberanian
iaitu keupayaan untuk mengambil kira risiko-risiko tanpa mengetahui kesan yang tepat.
Apabila merancang strategi dan aktiviti digariskan dan mencapai kejayaan sebagai
sebahagian daripada pertumbuhan, orang-orang memahami masa lampau dengan lebih
sempurna, tinggal dengan cergas dan sepenuhnya dan mempunyai visi yang lebih jelas.
Penekanan kedua pula tentang kitaran hidup keluarga dan individu adalah
hakikat bahawa kedua-dua boleh dilihat dari satu perspektif yang sistemik. Sistem-
sistem teori menumpukan pada saling bergantungan bagi semua organisma hidup. Ia
berdasarkan kepada hasil kerja Ludwig von Bertalanffy (1968) seorang ahli Biologi, yang
mencadangkan bahawa untuk memahami sepenuhnya bagaimana satu makhluk hidup
beroperasi ia adalah perlu untuk melihat saling berfungsi seluruh unit. Individu dan
keluarga adalah lebih daripada bahagian terpisah yang mengubah mereka. Mereka
merupakan keseluruhan satu sistem. Mereka adalah keseluruhan satu sistem,
menjelaskan itu sendiri melalui sebuah organisasi , peraturan, dan corak-corak berulang.
Oleh itu , apabila bekerja dengan individu-individu dan keluarga, pakar-pakar terapi perlu
menegaskan bulatan kebersebaban, konsep bahawa tindakan-tindakan adalah
sebahagian daripada “satu akibat rangkaian, saling mempengaruhi dan dipengaruhi oleh
orang lain “(Goldenberg&Goldenberg,1990,p;37). Idea ini ialah bertentangan bagi
kebersebaban linear yang mana kuasa dilihat sebagai menguasai satu arah dengan
setiap tindakan mempengaruhi yang lain. Suatu contoh daripada kebersebaban linear
adalah penembakan sepucuk pistol supaya berhimpit picu mengeluarkan mekanisme
tukul, yang kemudiannya puntures kartrij dan menyebabkan ia untuk menembak sebutir
peluru.

Aspek penekanan ketiga tentang kitaran individu dan


keluarga adalah idea bahawa mereka kedua-duanya
adalah saling melengkapi dan saling bersaing
(McGoldrick&Gerson,1985). Orang di dalam lingkungan
setiap kitaran melalui pengalaman yang mana mereka
selalu dibesarkan. Contohnya, kanak-kanak memasuki
sekolah pada umur 5 hingga 6 tahun. Kebanyakan
pasangan menjadi ibu bapa pada lewat usia 20s hingga
30s. Tambahan pula, sebagai hasil interaksi dengan
persekitaran mereka, kebanyakan daripada individu dan
keluarga sedar akan kemahiran dan kebolehan mereka.
Oleh itu, hasil daripada bermain dengan rakan sebaya
semasa remaja boleh menyedarkannya bahawa dia
bukanlah seorang atlet berbakat seperti yang
difikirkannya sebelum ini. Begitu juga dengan ahli
keluarga akan lebih saling menghargai selepas
mengharungi trauma semulajadi seperti gempa bumi,
ribut, dan juga kebakaran ( Figley, 1989).
Dalam alam persaingan, keperluan dan keinginan
individu di dalam keluarga dan keperluan keluarga untuk
menampung keperluan sendiri selalunya adalah berbeza.
Contohnya, ibu bapa mungkin mahu melawat kawan-
kawan dan saudara mara sementara anak-anak mereka
akan memilih untuk bermain. Konflik kedua melibatkan
memperkenalkan golongan muda kepada dunia. Kadang-
kadang individu ini ragu-ragu untuk pergi dan
menentang meninggalkan rumah ( Haley,1980).
Akibatnya, kedua-dua golongan ini iaitu keluarga dan
anak-anak menderita.
4.1 Implikasi pengetahuan kitaran
kehidupan kepada kaunselor
Terdapat beberapa kesan ataupun implikasi pusingan
hidup yang berkaitan dengan kaunselor. Sesetengahnya
adalah lebih halus daripada yang lain, tetapi semuanya
adalah penting.
• Kesesuaian antara kitaran kehidupan keluarga dan kaunselor

Kesesuaian antara kitaran kehidupan keluarga dan kaunselor memainkan peranan yang
besar dalam proses membantu perubahan keluarga. Kesesuaian adalah sentiasa
berubah-ubah mengikut peringkat dan umur semua yang terlibat di dalam proses
teraputik. Pada asasnya, “ Kitaran kaunselor dan keluarga dapat di gabungkan dalam
tiga cara utama: (1) kaunselor belum berpengalaman dalam peringkat kitaran hayat
keluarga klien : (2) kaunselor sedang mengalami peringkat kitaran hayat yang sama
dengan keluarga: (3) kaunselor telah melalui peringkat kitaran hayat tersebut. Setiap
situasi mempunyai rasa yang tersendiri” (Simon,1988,p.108).
Empati , persefahaman dan hubungan baik mungkin sukar untuk dibina dalam kes-kes di
mana mungkin tidak lagi mengalami tahap perkembangan keluarga. Kebencian,
kebimbangan, atau cemburu boleh mengganggu kaunselor yang pusingan kehidupan
keluarganya selari dengan orang mereka bekerja. Melihat kepada sebaliknya,
“kesesuaian dengan keluarga menjadi lebih mudah sedikit” sebagai kaunselor menjadi
lebih tua dan peringkat kehidupan genting yang lepas (Simon,1988, p.110). Dalam
sesetengah keadaan, keluarga mungkin berasa yang kaunselor mengiktiraf dan
memahami masalah-masalah mereka lebih baik. Bagaimanapun, sesetengahnya pula,
kaunselor yang melebihi peringkat kehidupan keluarga mereka mungkin mengalami
kesulitan, seperti berlakon berpengetahuan , dihantui masa silam serta menjauhkan diri
dari orang lain bersikap “sinis, atau suka menyebabkan orang marah” (Simon,1988,
p.111).
Dengan tujuan mengganti rugi kekurangan kesesuaian antara mereka sendiri dan
keluarga dengan siapa mereka bekerja , kaunselor bagi semua umur boleh mengambil
beberapa tindakan. Pertama, mereka boleh meningkatkan kepekaan mereka untuk
keluarga khusus. Setiap keluarga berbeza, dan pakar-pakar terapi ,tanpa menghiraukan
umur, biasanya boleh membantu sekiranya mereka sudah biasa dengan isu-isu tertentu
sebuah keluarga. Kedua, kaunselor yang tidak serasi dengan keluarga tertentu boleh
mendapat penyeliaan bagi kerja mereka. Kerap kali melalui rakan-rakan dan penyelia,
pakar-pakar terapi keluarga belajar cara-cara mengatasi kekurangan yang mereka miliki.
Akhirnya , kekurangan kesesuaian boleh diganti dengan meneruskan program-program
yang memberikan pakar-pakar terapi pengetahuan dan kemahiran yang lebih dalam
berurusan dengan jenis-jenis yang keluarga khusus.

• Etnik dan kitaran kehidupan.

Latar belakang etnik sesebuah keluarga amat


mempengaruhi konsep kitaran hidup serta tingkah laku
mereka dalam kehidupan seharian. Perkara ini amat
penting kepada penyelidik untuk membuat taksiran
terhadap sesebuah keluarga dan hubungannya dengan
latar belakang etnik mereka dan bukannya membuat
penilaian dalam perspektif budaya kecil atau di
sekeliling mereka sahaja (McGoldrick, 1988a,p. 75).
Sebagai contohnya, perbezaan kawasan sesebuah
kumpulan etnik memperlihatkan banyak nilai dan
perbezaan upacara amal atau upacara yang bersifat ritual
seperti pengebumian, perkahwinan dan perkembangan
kanak-kanak kepada alam dewasa. Antara contoh
masyarakat yang dominan di dalam sesebuah kelompok
yang mana budaya mereka adalah paling besar dan
dominan adalah keturunan orang kulit putih Eropah di
United States. Apa yang hendak disampaikan di sini
ialah, mereka tidak akan mungkin bertolak ansur untuk
menerima atau menggunakan budaya masyarakat
minoroti sebagai contohnya masyarakat African America
dan Asian America.
Bagi situasi yang berkaitan cara merawat
penyakit pula, sesebuah keluarga lebih mudah
menyesuaikan sesuatu perkara dengan latar belakang dan
nilai etnik mereka. Di dalam terapi keluarga ‘ia amat
penting untuk menggalakkan sesebuah keluarga
menjadikan perubahan putaran hidup mereka dalam
memberikan kekuatan kepada individu, famili dan
identity budya mereka’ (McGoldrick, 1988a,p. 89).
Melalui proses ini, kesemua ahli keluarga memperolehi
penghargaan yang lebih tinggi dan lebih peka kepada
warisan mereka.
Merujuk kepada latar belakang budaya mereka,
ahli terapi keluarga mampu bekerja dengan pelbagai
jenis keluarga sekiranya mereka boleh menyesuaikan diri
mereka untuk belajar tentang budaya mereka dan
keadaan dari mana sesebuah keluarga itu datang. Ahli
terapi keluarga ini mestilah memiliki kemahiran yang
terbaik seperti latihan formal dan pembelajaran yang
berterusan.
• Penyakit dan kitaran kehidupan.

Apabila bermulanya kesakitan terhadap seseorang ahli


keluarga akan menyebabkan gangguan atau kekacaun
dalam putaran kehidupan untuk sementara waktu atau
secara kekal. Jika penyakit yang dialami adalah teruk
dalam jangkamasa yang pendek, invidu yang sakit atau
ahli keluarga tersebut akan menderita. Walau
bagaimanapun, jika kesakitan atau penyakit yang dialami
bertambah teruk, seluruh ahli keluarga akan turut
dijangkiti dengan teruk juga. Maka, Dalam meneliti
penyakit dan putaran hidup, therapist menentukan dari
mana dan bila sesuatu penyakit itu bermula kerana
sekiranya ia bermula dari pengaruh luar ia adalah sesuatu
yang tidak berkait dan tidak layak dijadikan sebagai
sebab. Sebagai contoh penyakit kronik dan sentiasa
bertambah kesanya dari semasa ke semasa seperti
penyakit Alzheimers, ia memerlukan penjagaan yang
rapi dari penjaga di dalam sesebuah keluarga secara
keseluruhannya. Akhirnya, ia mungkin akan
melambatkan proses perubahan putaran hidup seperti
perkahwinan dan akan menghalang sesuatu perkara yang
tidak belum selesai.
Secara teraputiknya, perkara ini amat mustahak dan
penting kepada mereka yang bekerja dengan keluarga
kerana membantu mereka menilai sesuatu fungsi dalam
perhubungan sekarang dibandingkan dengan apa yang
mereka tiru pada waktu dulu (Rolland, 1988). Sebagai
contohnya, ahli terapi boleh mendedahkan kepada ahli
keluarga bagaimana mereka telah menangani ahli
keluarga yang turut menghidap penyakit sebelum
mereka. Melalui cara ini, ahli terapi mungkin lebih
faham tentang tingkahlaku ahli keluarga dan individu
yang mempamerkan tingkahlaku seumpama ini. Ahli
terapi juga boleh membantu keluarga mengatasi dan
menyelesaikan gangguan yang dikaitkan dengan
penyakit. Perkara ini merupakan gerakan pertumbuhan
dalam terapi keluarga dengan memfokuskan terhadap isu
mental dan fizikal dalam keluarga (Wyne, Shields and
Sirkin, 1992). Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik
dalam domain ini, ahli terapi keluarga perlu
mempersiapkan diri dengan ilmu dan pengalaman yang
cukup.
• Alkohol, benda yang merosakkan dan kitaran kehidupan.

Alkohol dan dadah mempunyai kesan yang mendalam


terhadap putaran hidup. Ia akan mengubah peringkat
perkembangan hidup manusia. Realitinya, setiap
keluarga iti sendiri yang akan menguruskan berapa
banyak minuman beralkohol yang membolehkan setiap
ahli keluarga dapat minum dengan puas dan secara
melampau (Bateson, 1971:Steinglass, 1979).
Kebiasaannya keluarga penagih akan mengalami
gangguan dalam gaya hidup dan akan menghasilkan
identiti yang salah di kalangan anak muda atau disebut
juga sebagai kendiri palsu. Anak-anak muda yang berada
dalam keadaan ini akan mengambil dan meniru segala
kemahiran yang salah itu dan akhirnya gagal untuk
mencapai kendiri yang sebenar. Akhirnya mereka akan
lahir sebagai ‘competent within a framework of
incompetence’ (Stanton,et, al. 1982, p.a)
Penyelidik atau ahli klinik sedar akan ketidakgunaan
atau kesan buruk alcohol dan dadah di dalam keluarga
boleh berusaha membantu ahli keluarga dan
membincangkan perasaan seperti marah dan mekanisme
beladiri seperti penafian. Mereka juga boleh membantu
kesemua ahli dalam sebuah keluarga bertanggungjawab
terhadap tingkahlaku masing-masing (Kreston and
Bepko, 1985). Secara intipatinya, penyelidik atau ahli
klinik boleh membantu keluarga berada pada sistem
fungsi yang betul dengan ‘melibatkan proses rawatan’
dan ‘membantu mengatasi ketagihan ahli keluarga yang
terlibat dengan alcohol dan dadah. Dalam erti kata yang
lebih tepat lagi ialah cuba menstabilkan keadaan mereka
supaya tidak ketagih lebih teruk lagi (Van Deusen,
Stanton, Scott, Todd and Mowatt, 1982, p. 39). Di dalam
proses ini juga dapat membantu ahli keluarga melihat
perkembangan isu ini dengan baik.
<!--[if !supportLists]-->• <!--[endif]-->Kemiskinan,

golongan professional dan kitaran kehidupan.


Dalam membincangkan isu ini, individu dan keluarga
turut menerima kesan daripada faktor ekonomi dan
sosial. Dua kerjaya- keluarga yang berada dan keluarga
yang berpendapatan rendah tidak menjalani peringkat
peraturan hidup yang sama di antara kedua-duanya. Ia
merupakan proses yang lama dalam pembentukan
keluarga professional dan proses yang agak cepat dan
memecut dalam pembentukan keluarga yang
berpendapatan rendah (Fulmer, 1988, p. 548).
Terdapat beberapa kesan terhadap kemiskinan dan
keadaan taraf hidup yang baik di dalam terapi keluarga.
Antara perkara yang mula disedari oleh ahli terapi adalah
perbezaan struktur bagi kedua-dua jenis keluarga ini.
Kebiasaan bagi keluarga yang miskin memiliki saiz
keluarga yang besar dan ramai. Mereka lebih banyak
bergantung kepada sanak-saudara terutamanya mereka
yang bersifat keibuan. Berbeza dengan keluarga yang
berpendapatan baik atau agak berada adalah memiliki
saiz keluarga yang kecil. Mereka lebih banyak
bergantung kepada upah sewa yang dimiliki merujuk
kepada kerjaya individu.
Di dalam perbezaan struktur ini, kita dapat melihat
kepada perbezaan simptom pembentukannya. Bagi
keluarga yang miskin, mereka kebiasaannya sering
berpindah dan berubah putaran hidup manakala bagi
keluarga yang berada pula sering dikaitkan dengan
pencapaian kemajuan yang baik. Kajian perbandingan
peringkat hidup ini adalah di antara ahli keluarga yang
berumur daripada 12 hingga 35 tahun yang mana telah
dilakukan oleh Fulmer, 1988. Apabila bekerja dengan
jenis keluarga yang lain, ahli terapi mestilah
membiasakan diri mereka dengan isu-isu yang dihadapi
oleh keluarga tersebut. Ahli terapi juga perlu membantu
mereka jika pemikiran dan psikologi mereka ingin
belajar menghadapi masalah dan kemungkinan yang
mungkin timbul pada masa depan.

5.0 RINGKASAN DAN KESIMPULAN


Dalam bab ini, kita dapat melihat perbezaan antara
perkembangan hidup (life cyele) secara individu dan
sudah berkeluarga. Erik Erikson ialah pelopor pertama
idea tentang perkembangan hidup melalui kajian dan
penulisannya tentang 8 tahap kehidupan. Hasil kerjanya
ini mendapat pujian kerana telah membuat satu inovasi
tetapi dia turut mendapat kritikan kerana hasil kerjanya
ini kurang memfokuskan kepada lelaki. Kajian yang
telah dibuat oleh beliau telah diteruskan oleh pengkaji
seterusnya seperti Roger Gould, Daniel Lavinson, Gail
Sheely, dan Carole Gilligan yang menjana satu
perkembangan kepada model konseptual.
Idea tentang perkembangan hidup keluarga telah
dibuat oleh Evelyn Duvall pada tahun 1956, kira-kira
ketika model Erikson diperkenalkan. Model Duvall
berdasarkan keluarga nuklear pada sekitar tahun 1950-an
dan kebanyakan tahap perubahan yang ditekankan
adalah pada kematangan awal kanak-kanak sehingga
awal dewasa. Beberapa tahun kemudian, lebih banyak
model perkembangan keluarga diperkenalkan.
Perkembangan Carter dan Mcgoldrick (1988), yang telah
memasukkan pelbagai kriteria hidup keluarga adalah
antara yang berguna. Dalam bab ini, model tahap
keenam daripada keseluruhan model, keluarga nuklear
kelas pertengahan telah diberi penekanan. Dalam modul
ini juga, telah digabungkan kesemua model
perkembangan kehidupan. Jika kita membandingkan
model ini dengan model individu yang telah dibuat oleh
Erikson, ternyata ianya memag berbeza.
Perkembangan hidup secara individu dan
keluarga saling berhubungan antara satu sama lain.
Perkembangan hidup individu dan keluarga adalah sama
dari segi keutamaan dalam tumbesaran, perkembangan,
dan interaksi secara sistematik. Fokus perkembangan
hidup secara individu adalah lebih sempit berbanding
dengan hidup secara berkeluarga yang lebih sistematik.
Terapi keluarga perlu lebih mengutamakan isu individu
berbanding keluarga itu sendiri.
Sebagai peraturannya, ahli terapi keluarga perlu
peka tentang bagaimana cara hidup individu dan sudah
berkeluarga dan perlu membuat perbandingan. Ahli
terapi perlu sensitif tentang kesihatan, etnik/budaya, dan
isu sosioekonomi untuk dikaitkan dengan sesebuah
keluarga. Persepektif umum mengenai individu dan
keluarga juga harus diakui. Ini memberikan terapi untuk
melihat kedinamikan seseorang itu atau keluarga itu
tanpa melihat faktor yang kecil sahaja atau tidak penting.
Ahli terapi keluarga juga boleh mengkaji faktor-faktor
ini sebagai sesuatu yang membantu yang berlaku dalam
sesebuah keluarga. Secara keseluruhannya, kitaran hidup
keluarga dan faktor sekeliling yang membantu adalah
menarik untuk kita dalami.
Jadual 1.2
Perbandingan tahap perkembangan keluarga (life cycle)

Umur Keluarga profesional Keluarga


berpendapatan rendah
12-17 a. mencegah a. kandungan pertama
kehamilan b. cuba untuk ke
b. lepasan sekolah sekolah tinggi
tinggi c. ibu bapa cuba
c. ibu bapa mengawal ketat
menyokong untuk sebelum hamil. Selepas
sambung pelajaran hamil,
berhenti dari mengawal
sebaliknya memberi
sokongan
untuk ibu dan anak
18-21 a. mencegah a. kandungan kedua
kehamilan b. tidak menyambung
b. utamakan pelajaran
pembelajaran c. ibu muda
c. menyesuaikan diri memperolehi status
dengan dewasa dalam nilai
perpisahan dengan keibubapaan
ibubapa keseluruhannya.
22-25 a. mencegah a. kehamilan ketiga
kehamilan b. perkahwinan-
b. membina identiti tinggalkan
profesional dalam keluarga asal untuk
pengajian tinggi membentuk
c. berpisah dengan keluarga tiri
keluarga.mula c. hubungan kekal
hubungan lebih dengan sanak
serius saudara.
26-30 a. mencegah a. berpisah dengan
kehamilan suami
b. berkahwin- b. ibu ketua keluarga,
keluarga nuklear dan hubungan
c. kerjaya bermula dengan saudara mara
31-35 a. kandungan a. cucu pertama
pertama b. ibu menjadi nenek
b. berhubungan dan
semula dengan ibu bertanggungjawab
bapa sebagai datuk terhadap anak
dan nenek perempuan dan
c. membezakan cucunya.
antara anak dan
kerjaya-wujudkan
contoh antara
suami dan isteri
Sumber: daripada Betty Carter dan Monica Mc Goldrick.
The changing family life cycle: A framework for family
therapy, 2/e. copyright 1989 dari Altyn dan Bacon.
Dicetak semula dengan izin.
5.1 JADUAL RUMUSAN
• Kitaran hidup individu dan keluarga

<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]--


>Keluarga dilihat sebagai unsur penting
dalam pembangunan seseorang individu
dan Negara
<!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]--
>Kuasa ekonomi dan sosial, peperangan,
polisi negara, dan bencana alam
membentuk struktur dan pemerintahan
dalam keluarga.
<!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]--
>Keluarga berfungsi dengan
perkembangan, systemic, dan juga
perspektif sejarah selain faktor dalaman
dan luaran yang dinamik.
<!--[if !supportLists]-->• <!--[endif]-->Apa itu
keluarga?
<!--[if !supportLists]-->1.<!--[endif]--
>Definisi keluarga adalah pelbagai
mengikut budaya setempat dan selalu
berubah-ubah.
<!--[if !supportLists]-->2.<!--[endif]-->Di
US, Canses Bureau (1991, p. 5)
memberikan maksud umum mengenai
keluarga iaitu ‘kumpulan yang terdiri
daripada dua atau lebih yang berhubung
sama adamelaui kelahiran, perkahwinan,
atau keluarga angkat dan tinggal bersama
dalam satu rumah’.
<!--[if !supportLists]-->3.<!--[endif]--
>Secara keseluruhannya, keluarga adalah
unsur yang berkaitan sama ada dari segi
ekonomi, fizikal, sosial dan fungsi emosi.
Mereka memupuk pembangunan dan
kestabilan.
<!--[if !supportLists]-->4.<!--[endif]-->Di
antara perbezaan jenis keluaga ialah
keluarga nuclear, keluarga ibu atau bapa
tunggal, berkahwin semula, dual_career,
keluarga besar, dan keluarga yang tidak
mempunyai anak.
<!--[if !supportLists]-->• <!--[endif]--
>Perkembangan
individu dan
keluarga
<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]--
>Perkemba
ngan ialah
satu yang
tidak sama
antara
keluarga
dan
merupakan
faktor yang paling berkuasa dan keluarga.
<!--[if !supportLists]-->2 <!--[endif]-->3
faktor masa mempengaruhi kehidupan
keluarga dan peribadi iaitu masa
individu, masa sosial dan masa lampau.
<!--[if !supportLists]-->3 <!--[endif]--
>Perkataan ‘life cycle’ digunakan untuk
melambangkan perkembangan keluarga
dan individu. Kitaran kehidupan individu
dan keluarga berkaitan dan saling
berinteraksi dan tidak dapat dipidahkan.
<!--[if !supportLists]-->4 <!--[endif]--
>‘Cybernetics’ adalah perkataan yang
digunakan untuk menggambarkan sistem
sistematik yang saling bergantungan,
seperti ‘life cycle’, yang terbina melalui
peraturan dan maklumbalas.
<!--[if !supportLists]-->5 <!--[endif]--
>Perkembangan ‘life cycle’ individu
dipopularkan di tempat kerja Erikson dan
mereka yang menggambarkan kehidupan
manusia sebagai mempunyai tahap.
Manusia menghadapai krisis dalam setiap
tahap ini.
<!--[if !supportLists]-->6 <!--[endif]-->5
tahap pertama Erikson menggambarkan
individu yang cekap. 3 tahap yang
terakhir pula lebih menjuruskan ke arah
diri individu secara interpersonal.
<!--[if !supportLists]-->7 <!--[endif]-->Teori
perkembangan yang memfokuskan
kepada wanita adalah mudah untuk
dirumuskan berbanding dengan lelaki.
<!--[if !supportLists]-->8<!--[endif]--
>Kitaran hidup keluarga adalah fenomena
social/budaya yang pertama
diperkenalkan oleh Duvall pada 1956. Ia
diperbaharui sehingga tercetusnya
beberapa jenis keluarga.
<!--[if !supportLists]-->• <!--[endif]-->Kitaran
hidup keluarga nuklear kelas pertengahan
yang diperkenalkan oleh Carter dan
Mcgoldrick. Berikut adalah 6 tahapnya:
<!--[if !supportLists]-->1.<!--[endif]-->Single
young adult-tugas: untuk membina
autonomi diri, meninggalkan rumah,
membentuk kerjaya, membbina kumpulan
sokongan
<!--[if !supportLists]-->2.<!--[endif]-->The
new couple-tugas: untuk mengubah dan
menyesuaikan, belajar untuk berkongsi
dengan pasangan.
<!--[if !supportLists]-->3.<!--[endif]--
>Keluarga dengan kanak-kanak-tugas:
mengurus masa, tenaga dan masa peribadi
untuk menguruskan anak-anak, diri, dan
lain-lain
<!--[if !supportLists]-->4.<!--[endif]--
>Keluarga dengan anak remaja-tugas:
menjaga diri secara psikologi dan fizikal,
perhubungan dengan pasangan, anak-
anak, dan orang tua,mengawal konflik
dalan keluarga.
<!--[if !supportLists]-->5.<!--[endif]--
>Family launcing children-tugas: untuk
mengembalikan hubungan semula sebagai
paangan, menyesuaikan diri dengan
perkara yang berlaku pada usia
pertengahan, menerima bahaw anak akan
meninggalkan rumah dan tidak duduk lagi
sebumbung.
<!--[if !supportLists]-->6.<!--[endif]--
>Families in later life-tugas:
menyesuaikan diri dengan
umur,kehilangan suami/isteri, tenaga
semakin berkurang.
<!--[if !supportLists]-->• <!--[endif]-->Menyatukan
kitaran kehidupan individu dan
keluarga
<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]--
>Kitaran kehidupan
Individu keluarga
dicirikan sebagai:
<!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]--
>Tumbesaran dan
perkembangan
<!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->
Perhubungan bersistem
yang dialami manusia
<!--[if !supportLists]-->4. <!--[endif]--
>Pengalaman saling
melengkapi dan
kompetitif
<!--[if !supportLists]-->• <!--[endif]-->Implikasi
life cycle kepada
terapi keluarga
Life cyeles memberi impak kepada terapi
keluarga dengan :
<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]--
>Kesesuaian tahap terapi dengan keluarga
<!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]--
>Kefahaman atau kurang teori, diantara
budaya dan latar belakang ahli terapi dan
keluarga tersebut.
<!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]--
>Pengaruh daripada perkara yang tidak
dijangka berlaku, seperti sakit, dan
sebagainya pada tahap perkembangan
keluarga atau individu
<!--[if !supportLists]-->4. <!--[endif]--
>Pengaruh alkohol, dadah ke atas
perkembangan keluarga atau individu
<!--[if !supportLists]-->5. <!--[endif]--
>Unsur-unsur kemiskinan dan
keprofesionalan terhadap kekerapan
pemulihan dan daya usaha keluarga
sebagai tanda terapi tersebut berjalan
Posted by Syber Mafia at 20:54:02 | Permanent Link | Comments (0) |

Search

ok

my advertisement
Syber Mafia

• Age:23
• Location:Terengganu

• Interests:Malaysia

Family System Therapy Gestalt


Definition Of Teori

Therapy Hanya Pada Mu-Qiara Hit Counter


Kaunseling Keluarga Menyatukan Individu Dan Kitaran
Keluarga Oh My Darling iloveU Pengenalan

Teori Elektik
Satu Kajian Teori
Pemusatan
Perorangan
Teori Psikologi
Individu-Adler Teori
Realiti(William Glasser) Teori
Tingkahlaku(Behavioral Theory)
Teori Transactional Analysis
Ulasan Dan Komen join member chatter
Archives
• August - 2008
Syndication
• RSS

• atom
Albums
February, 2009
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28

Recent Comments
• gapodio tahu kakah ni blog boring.ore keno tulih ayat sedap
Galleries
Albums
• Member Chatter Kelantan 1

• Profile photos
Blogroll
• acikcomey~~

• Berita Harian

• bl4ck-djGCC-crew dj.pahang

• bl4ck-djGCC-crew dj.pahang<<BOOTER< a>

• booter

• ceramic2u

• CREATE YOUR OWN SOCIAL

• Downloads-booter

• ERA RENTAK MUZIK

• freeweblogger

• google/adsense

• huda86coconut_seven

• megatron

• member bnk 05

• muridnakal

• Sinar fm

• Utusan Malaysia

• y-lions

• youtube
• y-xtinction

Beri Nilai