Anda di halaman 1dari 15

Praktikal 5: Memahami Ttrenda Populasi TUJUAN Untuk menyiasat mengenai trenda populasi.

PENGENALAN/ TEORI

Pertumbuhan penduduk merupakan perubahan dalam bilangan penduduk sepanjang masa, yang boleh dikira sebagai perubahan bilangan individu dalam sesebuah populasi melalui sukatan secara sepanjang suatu tempoh. Walaupun boleh digunakan untuk mana-mana spesis, namun istilah pertumbuhan penduduk sentiasa melibatkan kaum manusia. Istilah ini juga selalu digunakan untuk memaksudkan istilah demografi khusus berbunyi kadar pertumbuhan penduduk , yang merujuk kepada kadar pertumbuhan penduduk dunia.

Pertumbuhan adalah perubahan dari segi saiz populasi (N) dari semasa ke semasa, dan ini ditentukan oleh kelahiran, kematian, dan emigrasi. Pertumbuhan boleh dimodelkan oleh lengkung geometri iaitu lengkung tak linear yang berbentuk S-(sigmodial) keluk atau lengkung eksponen. Jika saiz populasi ialah dua kali ganda antara setiap sela masa, maka bentuk pertumbuhan geometri ini akan dipanggil pertumbuhan eksponen.

Saiz penduduk hanya boleh ditukar oleh empat faktor. Kelahiran menambah individu baru kepada penduduk manakala kematian

membuang individu daripada penduduk. Begitu juga, imigresen kepada penduduk menambah individu baru sedangkan penghijrahan keluar penduduk membuang individu. Kadar pertumbuhan penduduk yang positif apabila lebih ramai individu ditambah daripada penduduk yang keluar, negatif apabila lebih ramai individu yang keluark daripada ditambah, dan adalah sama dengan sifar apabila dengan jumlah yang sama individu yang bertambah dan dikeluarkan. Saiz penduduk ini dikenali sebagai kapasiti bawa.

KEPUTUSAN

TUGASAN 1 Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh badak dan mengapa saiz populasi akhir berbeza?

Jadual 1 menunjukkan anggaran populasi bagi dua jenis populasi badak di dalam persekitaran yang sama, bagi selang masa ( generasi).

Selang masa (t) = generasi

Populasi Badak A Saiz populasi (N) Faktor peryumbuhan (R)

Populasi Badak B Saiz populasi (N) Faktor pertumbuhan (R) N0 = 20

0 1 2 3 4 5

N0 = 30 58 123 236 484 955 (58/30)=1.9 (123/58)=2.1 (236/123)=1.9 (484/236)=2.0 (955/484)=2.0 Jadual 1

39 82 161 318 643

(39/20)=2.0 (82/39)=2.1 (161/82)=2.0 (318/161)=2.0 (643/318)=2.0

Langkah: 1. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama. Masa,t sebagai pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pembolehubah bergerak balas pada paksi-Y. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan data yang diberikan. 2. Bentuk graf dikenalpasti. 3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan ke dalam Jadual 1. 4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.

Populasi badak A: Purata R = (1.9 + 2.1 + 1.9 + 2.0 + 2.0) / 5 = 9.9/5 = 1.98 ~2.0

Populasi badak B: Purata R = (2.0 + 2.1 + 2.0 + 2.0 + 2.0) / 5 = 10.1 / 5 = 2.02 ~ 2.0

Soalan: Semak ketiga-tiga faktor yang mempengaruhi pertumbuhan. Mengapa terdapat perbezaan dari segi saiz penduduk antara kedua-dua penduduk pada selang masa ke-5? Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz penduduk awal, faktor pertumbuhan, atau alam sekitar?

Graf menunjukkan bentuk ekspone. Populasi badak B mempunyai kadar pertumbuhan, R yang tinggi. Saiz penduduk bagi selang masa ke-5 berbeza bagi kedua-dua populasi badak disebabkan oleh saiz awal populasi. Bilangan saiz populasi awal bagi badak A sebanyak 30 adalah lebih tinggi daripada saiz populasi awal badak B yang mempunyai 20 sahaja. Disebabkan itu, ahli baru lebih banyak dihasilkan di populasi badak B.

TUGASAN 2 Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh Koala dan mengapa saiz populasi akhir berbeza? Jadual 2 mengandungi anggaran bagi dua jenis populasi Koala di dalam persekitaran yang sama bagi 5 selang masa ( generasi). Selang masa (t) = generasi Populasi Koala A Saiz populasi (N) Faktor Pertumbuhan (R) O 1 2 3 4 5 N0 = 20 36 63 118 212 375 (36/20)=1.8 (63/36)=1.8 (118/630=1.9 (212/118)=1.8 (375/212)=1.8 Jadual 2 Langkah: 1. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pemboleh ubah bergerak pada paksi-Y. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan data yang diberikan. 2. Bentuk graf dikenalpasti. 3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setipa populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan ke dalam ke dalam Jadual 2. 4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi. N0 = 20 31 47 66 103 150 (31/20)=1.5 (47/63)=1.5 (66/47)=1.4 (103/66)=1.6 (150/103)=1.5 Populasi Koala B Saiz Populasi (N) Faktor pertumbuhan (R)

Purata Koala A: Purata R = (1.8 + 1.8 + 1.9 + 1.8 + 1.8) / 5 = 9.1 / 5 = 1.82 ~ 1.8 Populasi Koala B: Purata R = (1.5 + 1.5 + 1.4 + 1.6 + 1.5) / 5 = 7.5 / 5 = 1.5 Soalan: 1. Bagi kedua-dua populasi koala, mengapa terdapat perbezaan dari segi saiz penduduk pada selang masa ke-5? Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz penduduk awal, faktor pertumbuhan atau alam sekitar?

Graf menunjukkan bentuk eksponen. Apabila saiz populasi semakin meningkat, ia akan mempengaruhi faktor pertumbuhan. Populasi koala A dan koala B meningkat dari semasa ke semasa, namun disebabkan berlakunya persaingan dari segi keperluan makanan dan tempat tinggal, populasi koala B berkurangan daripada populasi koala A.

2. Di dalam Jadual 2, jika data bagi populasi Koala A adalah sama tetapi di bawah keadaan hujan yang sedikit dan data bagi populasi Koala B adalah di bawah keadaan kemarau, mengapa adanya perubahan bagi faktor pertumbuhan, R populasi tersebut? (Faktor pertumbuhan, R = Kelahiran - Kematian).

Perubahan alam sekitar seperti kemarau dan keadaan hujan boleh mempengaruhi populasi sesuatu spesis. Semua faktor-faktor tersebut sangat berpengaruh terhadap kelahiran, kematian dan migrasi yang berlaku bagi memenuhi keperluan asas bagi sesuatu individu.

TUGASAN 3 Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh kuda belang dan bagaimana keupayaan muatan (carrying capacity) mempengaruhi saiz populasi akhir?

Jadual 3 menunjukkan anggaran populasi oleh dua jenis kuda belang di dalam persekitaran yang berbeza bagi 10 selang masa (generasi).

Selang masa (t) = generasi

Populasi Kuda Belang A Saiz Populasi (N) Faktor Pertumbuhan (R)

Populasi Kuda Belang B Saiz populasi (N) Faktor Pertumbuhan (R) N0 = 20

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

N0 = 20 80 230 400 500 550 580 590 595 600 600 (80/20)=4.0 (230/80)=2.9 (400/230)=1.8 (500/400)=1.3 (550/500)=1.1 (580/550)=1.1 (590/580)=1.0 (595/590)=1.0 (600/595)=1.0 (600/600)=1.0 Jadual 3

50 100 220 360 460 520 550 570 580 600

(50/20)=2.5 (100/50)=2.0 (220/100)=2.2 (360/220)=1.6 (460/360)=1.3 (520/460)=1.4 (550/520)=1.0 (570/550)=1.0 (580/570)=1.0 (600/580)=1.0

Langkah:

1. Pertumbuhan populasi

diplot menggunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai

pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pemboleh ubah bergerak balas pada paksi-Y. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan data yang diberikan. 2. Bentuk graf dikenalpasti. 3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan ke dalam Jadual 3. 4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.

Populasi Kuda Belang A: Purata R = (4.0 + 2.9 + 1.8 + 1.3 + 1.1 + 1.1 + 1.0 + 1.0 + 1.0 + 1.0) / 10 = 16.2/10 = 1.62 ~ 1.6 Populasi Kuda Belang B; Purata R = (2.5 + 2.0 + 2.2 + 1.6 + 1.3 + 1.4 + 1.0 + 1.0 + 1.0 + 1.0) / 10 = 15/10 = 1.5 Soalan :

1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan yang paling tinggi?

Graf menunjukkan bentuk eksponen. pertumbuhan yang paling tinggi.

Populasi kuda belang A mempunyai faktor

2. Adakah faktor pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan yang berlaku pada R.

Faktor pertumbuhan, R semakin berkurangan pada selang masa 2 hingga selang masa 6, dan tetap pada selang masa ke 7 hingga ke 10

3. Apakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi setiap populasi?

Keupayaan muatan bagi populasi kuda belang A ialah 4.0, manakala keupayaan muatan bagi populasi kuda belang B ialah 2.5.

TUGASAN 4 Bagaimanakah persaingan di antara kedua-dua populasi kuda belang mempengaruhi keupayaan muatan (carrying capacity)?

Jadual 4 menunjukkan anggaran bagi dua jenis populasi di kawasan persekitaran yang sama bagi 10 selang masa (generasi).

Selang masa (t) = generasi

Populasi Kuda Belang A Saiz Populasi (N) Faktor Pertumbuhan (R)

Populasi Kuda Belang B Saiz Populasi (N) Faktor Pertumbuhan (R) N0 = 20

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

N0 = 20 90 220 340 410 440 450 450 440 460 450 (90/20)=4.5 (220/90)=2.5 (340/220)=1.6 (410/430)=1.2 (440/410)=1.1 (450/440)=1.0 (450/450)=1.0 (440/450)=1.0 (460/440)=1.0 (450/450)=1.0 Jadual 4

50 120 210 260 260 230 200 170 150 150

(50/20)=2.5 (120/50)=2.4 (210/120)=1.8 (260/210)=1.2 (260/260)=1.0 (230/260)=1.0 (200/230)=1.0 (170/200)=1.0 (150/170)=1.0 (150/150)=1.0

Langkah: 1. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai

pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pemboleh ubah bergerak balas pada paksi-Y. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan data yang diiberikan. 2. Bentuk graf dikenalpasti. 3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan ke dalam Jadual 4. 4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.

Populasi Kuda Belang A: Purata R = (4.5 + 2.5 + 1.6 + 1.2 + 1.1 + 1.0 + 1.0 + 1.0 + 1.0 + 1.0) / 10 = 15.9 /10 = 1.59 ~ 1.6 Populasi Kuda Belang B; Purata R = (2.5 + 2.4 + 1.8 + 1.2 + 1.0 + 1.0 + 1.0 + 1.0 + 1.0 + 1.0) / 10 = 13.9 /10 = 1.38 ~ 1.4 Soalan :

1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan yang paling tinggi?

Graf menunjukkan bentuk sigmodial. Populasi kuda belang A mempunyai faktor pertumbuhan yang paling tinggi.

2. Adakah faktor pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan yang berlaku pada R.

Faktor pertumbuhan, R semakin berkurangan pada selang masa 2 hingga selang masa 5, dan tetap pada selang masa ke 6 hingga ke 11

3. Adakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi populasi A berubah? Nyatakan mengapa.

Ya, keupayaan muatan bagi populasi A berubah kerana berlakunya penurunan yang mendadak pada selang masa 1 dan 2

4. Kedua-dua populasi kuda belang mempunyai populasi saiz awal yang sama. Mengapakah satu populasi tidak bersaing dengan yang lain? Kenalpasti tiga faktor yang mengawal pertumbuhan populasi.

Antara faktor yang mengawal pertumbuhan populasi ialah kepelbagaian genetik, persaingan dan kemampuan untuk adaptasi dengan persekitaran.

5. Jika data di dalam Jadual 3 menunjukkan dua populasi yang hidup berasingan dan di dalam Jadual 4 menunjukkan dua populasi yang hidup bersama, apakah kesan persaingan bagi R untuk kedua-dua populasi kuda belang?

Bagi Jadual 3, persaingan bagi R untuk populasi kuda belang adalah rendah kerana perbezaan persekitaran. Bagi jadual 4, persaingan bagi R untuk populasi kuda belang adalah tinggi kerana kesemua individu memerlukan keperluan asas yang serupa di kawasan yang sama.

PERBINCANGAN

TRENDA PERTUMBUHAN POPULASI Pertumbuhan penduduk merupakan perubahan dalam bilangan penduduk sepanjang masa, yang boleh dikira sebagai perubahan bilangan individu dalam sesebuah populasi melalui sukatan secara sepanjang suatu tempoh. Pertumbuhan adalah perubahan dari segi saiz populasi (N) dari semasa ke semasa, dan ini ditentukan oleh kelahiran, kematian, dan emigrasi. Pertumbuhan boleh dimodelkan oleh lengkung geometri iaitu lengkung tak linear yang berbentuk S-(sigmodial) keluk atau lengkung eksponen. Jika saiz populasi ialah dua kali ganda antara setiap sela masa, maka bentuk pertumbuhan geometri ini akan dipanggil pertumbuhan eksponen. Pertumbuhan eksponen dan logistik atau sigmiodial adalah berbeza. Pertumbuhan logistik ataupun sigmiodal menyatakan kadar pertumbuhan adalah bergantung kepada kepadatan penduduk dan terhad dengan keupayaan muatan ( had kepada pertumbuhan). Manakala, pertumbuhan eksponen merupakan istilah yang biasanya diberikan kepada hasil

pertumbuhan penduduk yang positif pada kadar malar. Pertumbuhan eksponen tidak mempunyai had atas dan populasi berkembang dengan cepat. Pertumbuhan penduduk adalah perubahan dalam bilangan penduduk sepanjang masa, yang boleh dikira sebagai perubahan bilangan individu dalam sesebuah populasi melalui sukatan secara sepanjang suatu tempoh. Bilangan individu biasanya bertambah melalui proses kelahiran dan imigrasi, dan mengalami kehilangan individu melalui kematian dan emigrasi. Antara ciri-ciri populasi yang mempunyai kadar intrinsik yang tinggi ialah populasi yang mampu bersaing dan beradaptasi dengan persekitaran. Faktor yang bertindak pada peningkatan populasi ialah ahli populasi, faktor fizikal dan kapasiti pembiakan. Faktor yang mempengaruhi penurunan pertumbuhan populasi ialah faktor abiotik seperti suhu dan iklim, sumber yang diperlukan untuk hidup dan kehadiran organisma lain dalam persekitaran yang berinteraksi dengan populasi tersebut.

Saiz populasi melebihi keupayaan muatan (carrying capacity) akan terjadi jika berlaku peningkatan di dalam sesuatu populasi seterusnya populasi tersebut akan mencapai keupayaan muatan pada tahap tertentu. Keupayaan muatan, K sesuatu spesis berubah bagi setiap tahun. Apabila sesetangah individu telah diburu, maka akan berlaku penurunan bagi saiz ahli di dalam populasi tersebut. Individu yang tidak berpeluang untuk membesar juga berkemungkinan akan menjadi mangsa tangkapan dan mengakibatkan pengurangan bilangan individu yang wujud. Kuota yang tetap sapanjang tahun akan mengakibatkan individu ini sentiasa diburu di dalam kuantiti yang sama, sedangkan bilangan individu semakin menurun. Justeru, penangkapan individu untuk tujuan komersial akan terjejas berikutan kekurangan ahli. Keupayaan muatan boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa. Jika keupayaan muatan tinggi untuk beberapa tahun, dan dalam beberapa tahun kemudian ia adalah rendah, ini berlaku disebabkan oleh perubahan dalam keadaan alam sekitar yang tidak dapat diramalkan. Pengeksploitasian bergantung kepada hasil tangkapan yang diperolehi. Bagi pemburu komersial berlesen, untuk memburu rusa, mereka perlu mengikut kuota yang tetap setiap tahun. Kuota ditentukan dengan membahagikan jumlah biojisim atau berat hasil buruan, dengan bilangan pemburu (atau lesen). SOALAN DAN JAWAPAN 1. Apakah perbezaan diantara pertumbuhan eksponen dan logistik ( sigmoidal)?. Pertumbuhan logistik menyatakan bahawa kadar pertumbuhan adalah bergantung kepada kepadatan penduduk dan terhad dengan keupayaan muatan (had kepada pertumbuhan). Pertumbuhan yang biasanya diwakili oleh lengkung S, di mana kadar penurunan pertumbuhan sebagai kenaikan penduduk. Pertumbuhan eksponen

merupakan istilah yang biasanya diberikan kepada hasil pertumbuhan penduduk yang positif pada kadar malar. Pertumbuhan eksponen tidak mempunyai had atas dan populasi berkembang dengan cepat.

2. Bagaimanakah populasi individu bertambah dan berkurang? Pertumbuhan penduduk adalah perubahan dalam bilangan penduduk sepanjang masa, yang boleh dikira sebagai perubahan bilangan individu dalam sesebuah populasi melalui sukatan secara sepanjang suatu tempoh. Bilangan individu bertambah melalui proses kelahiran dan imigrasi, dan mengalami kehilangan individu

melalui kematian dan emigrasi.

3. Apakah kriteria sesuatu populasi yang mempunyai peningkatan kadar intrinsik yang tinggi?

Populasi yang mampu bersaing dan beradaptasi dengan persekitaran.

4. Apakah faktor persekitaran yang bertindak pada (1) peningkatan pertumbuhan populasi dan (2) penerunan pertumbuhan populasi?

Faktor yang bertindak pada peningkatan populasi ialah ahli populasi, faktor fizikal dan kapasiti pembiakan. Faktor yang mempengaruhi penurunan pertumbuhan populasi ialah faktor abiotik seperti suhu dan iklim, sumber yang diperlukan untuk hidup dan kehadiran organisma lain dalam persekitaran yang berinteraksi dengan populasi tersebut.

5. Apakah yang akan berlaku jika saiz populasi melebihi keupayaan muatan (carrying capacity)?

Setelah berlakunya peningkatan di dalam sesuatu populasi, populasi tersebut akan mencapai keupayaan muatan pada tahap tertentu.

6. Keupayaan muatan (K) boleh berubah-ubah dari tahun ke tahun (lihat Miller 2001 angka 7,5). Dalam beberapa tahun K tinggi dan dalam beberapa tahun, ia adalah rendah disebabkan perubahan dalam keadaan alam sekitar yang tidak dapat diramalkan. Pengeksploitasian secara perdagangan penduduk, seperti pemburuan ikan atau rusa, bergantung kepada hasil yang diperolehi. Sebagai contoh, nelayan komersial berlesen boleh manangkap ikan mengikut berat tertentu ("kuota" mereka) setiap tahun. Oleh itu, mengapa perubahan rawak di K dari tahun ke tahun menjadi masalah untuk pengurusan populasi eksploitasi komersial liar?

Keupayaan muatan, K sesuatu spesis berubah bagi setiap tahun. Apabila sesetangah individu telah diburu, maka akan berlaku penurunan bagi saiz ahli di dalam populasi

tersebut. Individu yang tidak berpeluang untuk membesar juga berkemungkinan akan menjadi mangsa tangkapan dan mengakibatkan pengurangan bilangan individu yang wujud. Kuota yang tetap sapanjang tahun akan mengakibatkan individu ini sentiasa diburu di dalam kuantiti yang sama, sedangkan bilangan individu semakin menurun. Justeru, penangkapan individu untuk tujuan komersial akan terjejas berikutan kekurangan ahli.

7. Pihak kerajaan menjual 10 lesen untuk memburu rusa pada setiap tahun dan pemburuan adalah berdasarkan 20% daripada kapasiti keupayaan muatan (kuota masing-masing ialah 2% daripada penduduk). Setelah memahami konsep yang membawa kapasiti dan kadar pertumbuhan penduduk, apa yang anda akan lakukan jika populasi rusa untuk musim akan datang diramalkan melebihi 20%?

Keupayaan muatan boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa. Jika keupayaan muatan tinggi untuk beberapa tahun, dan dalam beberapa tahun kemudian ia adalah rendah, ini berlaku disebabkan oleh perubahan dalam keadaan alam sekitar yang tidak dapat diramalkan. Pengeksploitasian bergantung kepada hasil tangkapan yang diperolehi. Bagi pemburu komersial berlesen, untuk memburu rusa, mereka perlu mengikut kuota yang tetap setiap tahun. Kuota ditentukan dengan membahagikan jumlah biojisim atau berat hasil buruan, dengan bilangan pemburu (atau lesen). BIBLIOGRAFI Pollock. S. (1997). Ekologi. Sasbadi Sdn Bhd : Selangor G. W. Yeat. (2007). Biology SPM. Oxford Fajar Sdn Bhd : Selangor Peter H.Raven. (2005). Biology for Matriculation. Malaysia: The McGraw- Hill Companies Mang, C.N. et al. (1997). Kuasai Peperiksaan : Biologi STPM Jilid II. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (n.d.). Retrieved from http://www.ipsah.edu.my:8008/moodle/course/info.php?id=79 (n.d.).Retrieved from http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_1/PKU3101_Pengenal an_Kepada_Pendidikan_Khas.pdf (n.d.). Retrieved from https://www.unfpa.org/pds/trends.htm

Anda mungkin juga menyukai