Anda di halaman 1dari 18

NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180

_______________________________________________________________________________________________________

1.0

Pengenalan

Bilik Seni seharusnya menjadi salah satu lokasi penting yang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh pihak sekolah. Hal ini kerana persekitaran bilik seni yang sihat, ceria, selesa dan kondusif memberi impak yang positif, dalam menentukan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan apa juga program yang berkaitan dengan seni visual dapat dilaksanakan dengan berkesan. Oleh itu, bilik seni harus sentiasa diuruskan dengan sempurna supaya dapat mewujudkan suasana yang bersih, indah dan menarik minat seluruh warga sekolah terutamanya murid-murid untuk melakukan aktiviti seni. Bagi merealisasikan dan melicinkan lagi pengurusan Bilik Seni, satu organisasi perlu dibentuk, yang terdiri daripada Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual, setiausaha dan guruguru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Organisasi ini bertanggungjawab memastikan bilik seni sentiasa diurus dengan baik di samping memastikan kemudahan yang disediakan di dalam bilik seni dapat dimanafaatkan oleh guru-guru dan murid-murid. Menurut Marjorie Schiller (1995), bilik dan studio seni melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana kita memberikan makna kepada kehidupan kita. Jesteru, kaedah penyusunan dan kebersihan bilik dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik yang bermakna. Persekitaran yang meransang deria memberikan tenaga kepada minda untuk belajar (Koster, 2001).1 Sekolah Kebangsaan Penaga terletak kira-kira 500 meter dari Pekan Penaga dan 5.5 kilometer dari Titi Mukim iaitu simpang masuk ke Penaga melalui Jalan Penaga. Sekolah ini tidak terletak di jalan utama iaitu Jalan Permatang Bendahari tetapi melalui jalan belakang iaitu Jalan Penaga Bawah. Jalan Penaga Bawah agak sibuk pada waktu pagi kerana ramai orang datang membeli barang-barang mentah dari Pasar Penaga. Pada hari Khamis dan hari Ahad, jalan ini ditutup untuk lalu lintas kerana di sini, aktiviti berjual beli barang-barang keperluan harian dan makanan sedang rancak diadakan. Pada hari ini, tempat ini dipanggil Pekan Hari dan Pekan Ahad. Secara tidak langsung, ramai orang berpusu-pusu datang ke sini, menjadikan pekan ini terlalu sibuk pada hari-hari tersebut. Pada kebiasaannya kita akan melalui Jalan Permatang Bendahari untuk ke Sekolah Kebangsaan Penaga. Oleh itu, apabila
1

Prof. Dr. Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat, Zuraimi Zakaria (2009). HBAE 1203 Perkembangan Seni dan Kanak-kanak. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd. halaman 125
SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF 1403

NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180


_______________________________________________________________________________________________________

sampai ke Klinik Penaga, anda harus berhati-hati kerana simpang masuk ke sekolah ini agak kecil. Namun begitu, di tepi simpang ini ada dipamerkan papan tanda Sekolah Kebangsaan Penaga. Pastikan anda tidak terlepas simpang ini kerana jika terlepas, anda terpaksa berpatah balik. Sekolah Kebangsaan Penaga mempunyai tiga bangunan. Satu bangunan empat tingkat iaitu Blok Saidina Omar dan dua bangunan tiga tingkat iaitu Blok Saidina Abu Bakar dan Blok Saidina Ali. Blok Saidina Abu Bakar merupakan blok utama kerana di blok inilah terdapat pejabat, bilik guru, pusat sumber sekolah dan bilik gerakan. Manakala bilik seni yang dicadangkan ini terletak di tingkat bawah, blok Saidina Omar yang ditandakan dengan anak panah berwarna merah. Blok Saidina Omar merupakan bangunan baru dan keluasan setiap bilik atau kelas lebih luas berbanding dengan kelas di Blok Saidina Ali dan di Blok Saidina Abu Bakar. Sekolah ini juga ada makmal komputer, makmal Sains, bilik Muzik, prasekolah, bilik Kemahiran Hidup, Bilik Pemulihan dan surau. 1.1 Pelan Lokasi Sekolah

Rajah 1 menunjukkan Pelan lokasi Sekolah Kebangsaan Penaga. Pelan ini memaparkan perjalanan dari Kepala Batas atau dari Butterworth ke sekolah ini. Berdasarkan pelan ini, anda mempunyai banyak pilihan simpang masuk menuju ke Penaga sama ada melalui Jalan Padang Benggali, Jalan Penaga, Jalan Permatang Kuala dan Jalan Permatang Rambai. Jika anda terlepas Jalan Padang Benggali, anda tidak perlu bimbang kerana anda masih boleh melalui Jalan Penaga, Jalan Permatang Kuala dan Jalan Permatang Rambai. Jalan Penaga merupakan jalan utama ke Pekan Penaga. Jalan ini lebih dekat berbanding jalan-jalan yang lain. Jarak di antara Titi Mukim dengan Sekolah Kebangsaan Penaga lebih kurang 5.5 kilometer. Selepas Pekan Penaga terdapat sebatang sungai iaitu Sungai Lahar Endin. Sungai ini menjadi laluan utama para nelayan di kawasan Penaga ke laut untuk menangkap ikan. Dari Pekan Penaga, anda perlu melalui Jalan Permatang Bendahari sehingga anda menemui simpang sebelah kiri yang ada dipaparkan papan tanda Sekolah Kebangsaan Penaga. Sekolah ini terletak di Jalan Penaga Bawah, agak tersorok dari jalan utama. Sekolah ini tidak kelihatan sehingga anda melalui simpang masuk menuju ke sekolah ini. Pelawat yang hadir ke sekolah ini biasanya menggunakan pintu utama untuk masuk ke kawasan sekolah.

SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF 1403

NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180


_______________________________________________________________________________________________________

1.2

Pelan Bangunan Sekolah

Rajah 2 menunjukkan pelan bangunan Sekolah Kebangsaan Penaga. Sekolah ini mempunyai tiga bangunan iaitu Blok Saidina Omar terletak di sebelah kiri tapak perhimpunan, Blok Saidina Abu Bakar terletak di hadapan tapak perhimpunan dan Blok Saidina Ali terletak bertentangan dengan Blok Saidina Abu Bakar. Bilik Seni yang dicadangkan terletak di tingkat bawah Blok Saidina Omar iaitu yang ditandakan dengan anak panah berwarna merah. Bilik atau kelas ini dipilih kerana kedudukannya yang strategik, menjadi laluan utama murid-murid dan guru-guru sekolah ini ke kelas di antara ketiga-tiga bangunan ini dan ke bilik guru. Kedudukan yang sebegini membolehkan bilik seni ini menjadi tumpuan utama murid-murid, guru-guru dan para pelawat. Oleh itu, bilik seni yang dicadangkan ini perlulah lengkap dengan kemudahan asas, diurus dengan baik serta nampak ceria, indah, bersih dan mampu menarik perhatian dan minat murid untuk menjalankan aktiviti seni di bilik ini. Bilik seni ini juga berhampiran dengan tandas murid perempuan dan tandas murid lelaki. Jadi murid-murid tidak perlu berjalan jauh untuk ke tandas. Bilik seni ini mempunyai keluasan 2400 kaki persegi atau dua buah kelas biasa.

SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF 1403

NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180


_______________________________________________________________________________________________________

Rajah 1: Pelan Lokasi Sekolah Kebangsaan Penaga, 13100 Penaga, Seberang Perai Utara.

SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF 1403

NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180


_______________________________________________________________________________________________________

Rajah 2: Pelan Bangunan Sekolah Kebangsaan Penaga

2. 1 RUMUSAN HASIL KAJIAN KEBERKESANAN PENGURUSAN BILIK

SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF 1403

NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180


_______________________________________________________________________________________________________

1.3

Pelan Lantai Bilik Seni Visual

Rajah 4 menunjukkan pelan lantai Bilik Seni Visual yang dicadangkan. Bilik seni ini mempunyai banyak sudut pameran yang merangkumi empat bidang seni visual sekolah rendah iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan memperkenal kraf tradisional. Sudut pameran ini penting untuk memberi pendedahan kepada murid-murid bahawa bidang seni visual tidak hanya melukis semata-mata tetapi juga merangkumi aktiviti lain seperti yang dinyatakan untuk memberi pengalaman dan kemahiran kepada murid-murid. Di bahagian belakang bilik seni ini, dihiasi dengan landskap untuk menyediakan permandangan yang indah dan ceria. Beberapa jenis pokok renek yang berbunga dan tidak berbunga yang ditanam di dalam pasu disusun di tepi kolam buatan supaya kelihatan seperti suasana semula jadi. Landskap ini juga dilengkapi dengan pancuran air yang memberikan suasana seperti berada di tepi sungai. Di dalam kolam juga dimasukkan beberapa ekor ikan untuk menarik minat murid-murid yang gemar melihat ikan berenang-renang di air. Suasana yang sebegini memberi ketenangan dan motivasi kepada murid melahirkan idea untuk menghasil dan menyiapkan karya seni mereka.

Rajah 3 : Lanskap kolam di bahagian belakang bilik seni.

SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF 1403

NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180


_______________________________________________________________________________________________________

Rajah 4: Pelan Lantai Bilik Seni Visual yang dicadangkan


DAPUR

SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF 1403

NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180


_______________________________________________________________________________________________________

Bilik ini juga disediakan dengan kemudahan kipas dan lampu yang cukup untuk memberi keselesaan kepada murid-murid melakukan aktiviti pembelajaran di sini. Di samping itu juga, tingkap yang banyak di dinding kiri dan kanan bilik ini cukup menerangi bilik ini dengan cahaya semula jadi yang datang dari luar kelas.

Rajah 5 : Bilik Guru Seni Bilik guru seni terletak di sebelah kiri bahagian hadapan. Bilik ini menjadi tempat pertemuan guru-guru seni visual di sekolah ini untuk berbincang segala permasalahan seni yang timbul. Di bilik guru ini juga disediakan kemudahan peti ubat/ peti bantu mula untuk meningkatkan tahap keselamatan murid-murid semasa berada di sini. Seperti kata perpatah, Malang tidak berbau. Persediaan penting untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Dengan adanya peti ini, pertolongan cemas dapat diberi kepada murid yang mengalami kecederaan sebelum dihantar ke klinik yang berhampiran. Peti ubat ini diletakkan di bilik ini bagi memudahkan guru mengemaskini ubat-ubatan dan mudah diambil semasa diperlukan. Seterusnya mewujudkan sudut pameran bahan binaan murid yang disusun dengan kemas di dalam almari cermin di tengah kelas. Bahan ini perlu disusun mengikut jenis, saiz dan ketinggian sesuatu objek. Sudut ini penting untuk membolehkan murid-murid mengenal objek dengan lebih dekat dan tepat dari segi rupa, bentuk, jenis dan warna. Bahan binaan seperti kenderaan, model rumah, bangunan, perabot, permainan dan sebagainya dapat memberi gambaran yang jelas kepada murid semasa berimaginasi tentang sesuatu persekitaran atau objek yang hendak dilukis. Hal ini kerana bahan-bahan binaan ini menyerupai rupa, bentuk dan warna benda maujud yang sebenar. Jadi masalah murid untuk menggambarkan rupa, bentuk dan warna benda atau objek yang hendak dilukis tidak akan timbul.

SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF 1403

NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180


_______________________________________________________________________________________________________

Ruang cetakan, ruang tembikar dan ruang tekstil juga diwujudkan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid untuk mempelajari bidang ini. Di ruang tembikar misalnya, murid dapat mempelajari cara-cara membuat tembikar dengan menggunakan tanah liat. Selain itu, di ruang tekstil, murid boleh mempelajari cara-cara membuat batik sama ada batik blok atau batik canting dan membuat banner sempena sesuatu acara atau majlis yang diadakan di sekolah seperti sukan tahunan, Hari Keluarga dan sebagainya. 2.0 Iklim Bilik Seni Visual

Iklim di bilik seni, dalam konteks pengajaran dan pembelajaran merangkumi aspek fizikal, sosial dan emosi yang sesuai dan kondusif perlu diwujudkan untuk meningkatkan tahap kecemerlangan murid-murid. 2.1 Aspek Fizikal

Dari aspek fizikal, bilik seni ini sentiasa bersih kerana guru mata pelajaran seni yang membawa murid-murid ke bilik ini dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebersihan bilik ini selepas menggunakannya. Susunan perabot seperti bangku dan meja murid-murid adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. Susunan bangku dan meja murid diatur secara berkumpulan iaitu satu kumpulan terdiri daripada lapan orang murid.

Rajah 6 : Susunan bangku dan meja mengikut kumpulan Sudut-sudut pameran seni turut diwujudkan untuk mempamerkan contoh-contoh hasil kerja murid dan diuruskan dengan baik dan kemaskini. Di bilik seni, pengurusan sudut seni adalah tanggungjawab guru kanan mata pelajaran dan dibantu oleh guru mata pelajaran Pendidikan
SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF 1403

NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180


_______________________________________________________________________________________________________

Seni Visual. Kemudahan dan kelengkapan yang terdapat di bilik seni turut diuruskan dengan sempurna. Saiz bilik seni ini besar, lebih kurang 2400 kaki persegi atau dua buah kelas biasa dan mempunyai ruangan yang cukup untuk bergerak dan dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan. Pencahayaan memainkan peranan yang penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan karya. 2 Bilik seni ini telah disediakan enam set lampu kalimantang dan cukup untuk menerangi bilik ini walaupun cuaca di luar suram. Tingkap-tingkap dan pintu di bilik seni ini juga mencukupi untuk membolehkan cahaya masuk dan udara beredar bebas. Kemudahan kipas angin yang mencukupi juga disediakan untuk mengurangkan kepanasan.

Rajah 7 : Kemudahan singki di sediakan di kiri dan kanan bilik seni. Di dalam bilik seni ini ada disediakan kemudahan singki di bahagian kiri dan kanan bilik untuk mencuci tangan dan peralatan seni yang digunakan.

Rajah 8 : Stor Seni


2

Ibid. Lihat Prof. Dr. Haji Abdul Shukor Hashim. Halaman 126

SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF 1403

10

NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180


_______________________________________________________________________________________________________

Stor Seni juga disediakan untuk menyimpan alatan, dilengkapi dengan rak-rak simpanan dan rak carta di mana bahan dan peralatan seni disusun dengan rapi. Bilik stor turut diurus dengan baik bagi memastikan peralatan dan bahan seni mencukupi dan senang diambil apabila diperlukan. Bilik stor ini terletak di ruang hadapan bilik seni bagi memudahkan guru mengambil bahan dan peralatan yang hendak digunakan.

Rajah 9 : Papan Kenyataan Pengurusan Di ruangan papan kenyataan pengurusan bilik ini pula, dihiasi dengan carta-carta pengurusan seperti carta organisasi, panduan kebersihan dan peraturan dan jadual waktu penggunaan. Bilik ini ada peraturan yang sering diwarwarkan kepada murid-murid sebagai panduan supaya lebih berhati-hati ketika berada di sini. Di samping itu juga, terdapat banyak papan pameran di bahagian hadapan dan belakang bilik ini. Di sinilah hasil kerja murid yang baik dan kurang baik dipamerkan mengikut ruang yang telah ditetapkan. Pameran ini bertujuan untuk menimbulkan minat murid untuk terus mempelajari seni, di samping memperbaiki kelemahan dalam menghasilkan karya seni. 2.2 Aspek Sosial

Susunan bangku dan meja murid di bilik seni ini yang disusun secara berkumpulan mampu menggalakkan interaksi sosial yang positif dalam kalangan murid di mana murid bebas bergerak dan berhubung dengan rakan-rakan yang lain dan juga guru semasa pembelajaran. Komunikasi sesama murid dan antara murid dengan guru yang wujud akan memudahkan murid menguasai ilmu yang dipelajari di samping mendapatkan idea untuk menghasilkan
SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF 1403

11

NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180


_______________________________________________________________________________________________________

sesuatu karya seni melalui perbincangan. Murid-murid lebih terdedah kepada kepelbagaian budaya yang menjadikan mereka saling bekerjasama dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Interaksi sosial dapat mengeratkan hubungan sesama mereka sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif murid.

Rajah 10 : Murid duduk dalam kumpulan menggalakkan interaksi sosial 2.3 Aspek Emosi

Susun atur perabot, peralatan dan hiasan dalaman yang kemas dan menarik di dalam bilik ini dapat mewujudkan emosi yang seimbang kepada murid-murid. Suasana bilik seni yang selesa dan kondusif serta dihiasi dengan lukisan-lukisan yang menarik, binaan-binaan yang direka menyerupai benda maujud serta landskap yang indah menjadikan murid berasa tenang dan seronok bila berada di bilik ini. Tambahan pula, jika karya murid dipilih untuk dipamerkan di ruangan tertentu, sudah tentu mereka akan berasa bangga dan gembira serta rasa dihargai. Murid akan lebih terdorong untuk menghasilkan karya seni yang lebih kreatif. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Guru boleh mewujudkan suasana rapport dan disenangi oleh murid dengan memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria; memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir; membentuk suasana yang meransang kreativiti dan menghasilkan suasana persekitaran yang memberi keyakinan untuk berkarya.3

Imann Qhayra. (2012). Bilik Pendidikan Seni Visual. Dimuat turun dari laman sesawang: http://imann9969.blogspot.com/2012_02_01_archive.html
SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF 1403

12

NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180


_______________________________________________________________________________________________________

3.0

Bidang-bidang Dalam Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah

Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang iaitu melukis dan membuat gambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan memperkenalkan kraf tradisional. 3.1 Melukis dan Membuat Gambar

Bidang menggambar menumpukan kepada perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan. Di dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, kandungan subjek atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada murid untuk merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresi mereka sendiri. Ini membantu perkembangan murid dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi murid. Di dalam bilik seni visual ini wujud sudut-sudut pameran yang dihiasi dengan pelbagai teknik lukisan murid melalui aktiviti melukis dan membuat gambar seperti lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek.

Rajah 11 : Pebagai jenis lukisan dipamerkan di ruang hadapan

SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF 1403

13

NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180


_______________________________________________________________________________________________________

Lukisan-lukisan ini dipilih berdasarkan hasil yang terbaik dan kurang baik bagi memberi dorongan dan menjadi panduan kepada murid menghasilkan lukisan menepati perspektif yang diingini. Begitu juga peralatan dan bahan untuk semua teknik menggambar disediakan dan mudah diambil dari stor seni yang berdekatan. Ruang cetakan diwujudkan dalam bilik seni ini untuk memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti mencetak yang pelbagai teknik sama ada pada kertas lukisan atau pada kanvas. Contoh mencetak gambar atau logo pada baju kemeja T, membuat capan dengan menggunakan bahan semula jadi seperti kentang, bendi, bawang, daun dan sebagainya. Hasil cetakan atau capan dipamerkan di papan pameran yang disediakan. 3.2 Membuat Rekaan dan Corak

Bidang membuat rekaan dan corak memberi peluang kepada murid-murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan corak yang lain. Corak terjadi dengan pelbagai teknik dan cara. Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif dibuat secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan; bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting; geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat; dan rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris. Jenis susunan corak pula terdiri daripada susunan penuh, turun satu suku, turun separa, sisik ikan, selang seli, batu-bata, tunggal, berpusat, berombak, berjalur, cerminan, orgee, sendeng dan sebagainya. Di bahagian belakang bilik seni ini juga disediakan ruang untuk mempamerkan hasil kerja rekaan dan corak yang pelbagai teknik seperti corak tidak terancang iaitu titisan, renjisan, ikatan dan celupan, pualaman, tiupan, lipatan dan tarikan. Manakala corak terancang pula ialah lukisan, catan, cetakan, capan, lipatan dan guntingan, resis, kolaj dan kaligrafi. Di ruangan tekstil, murid didedahkan membuat corak dengan menggunakan kanvas seperti ikatan dan celupan, lipatan, tarikan dan resis dan dikeringkan di atas para penggantung tekstil. Semua alatan yang diperlukan disediakan dan boleh diambil dari stor seni bersebelahan dengan ruang tekstil.

SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF 1403

14

NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180


_______________________________________________________________________________________________________

3.3

Membentuk dan Membuat Binaan

Bidang membentuk dan membuat binaan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Bidang kegiatan ini juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Hal ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah merangkumi arca timbul, arca assemblaj, arca mobail, arca stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Tema yang sering dipelajari melalui bidang ini ialah alam semulajadi; perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis; aliran dan tema sejagat; dan keperluan dan pengalaman harian.

Rajah 12 : Pameran di ruangan 3D Di ruang tengah bilik seni ini disediakan dua buah almari cermin untuk mempamerkan hasil membentuk dan membuat binaan yang telah siap. Arca yang pelbagai jenis disusun dengan rapi mengikut jenis di dalam almari ini menjadi tarikan kepada murid untuk melihatnya. Di ruang tembikar, murid boleh mempelajari membentuk pelbagai jenis benda seperti pasu, mangkuk, teko, cawan dan sebagainya dengan menggunakan tanah liat. Di ruangan tiga demensi (3D) pula pelbagai jenis arca, model, boneka, diorama yang dihasilkan oleh murid dipamerkan untuk memberi penghargaan kepada murid.
SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF 1403

15

NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180


_______________________________________________________________________________________________________

3.4

Kraf Tradisional 1 Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.4 Jenis-jenis kraf tradisional ialah alat domestik iaitu alat yang digunakan untuk aktiviti seharian seperti senduk, kukur kelapa dan sebagainya. Alat permainan lazimnya dimainkan selepas musim menuai seperti wau. Manakala alat mempertahankan diri pula ialah keris, tombak, tumbuk lada, lawi ayam, lembing dan sumpit. Perhiasan diri seperti manik, rantai, hiasan kepala dan tali pinggang. Jenis-jenis kraf tradisional yang lain ialah batik, seni tekat, tembikar, anyaman, dan ukiran.

Rajah 13 : Pelbagai jenis kraf tradisional dipamerkan Di sebelah kiri ruang belakang bilik ini disediakan tempat untuk mempamerkan pelbagai jenis kraf tradisional. Di ruang tekstil pula, murid boleh mempelajari cara membuat batik di mana dapur disediakan untuk meleburkan lilin bagi tujuan mencanting. Di ruang tembikar pula, murid boleh mempelajari seni membuat pelbagai bentuk tembikar dengan adanya kemudahan mesin membentuk tembikar.

Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail. (2011). HBEF 1403 Seni Dalam Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Ms. 66.
SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF 1403

16

NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180


_______________________________________________________________________________________________________

4.0

RUMUSAN

Suasana yang kondusif di bilik seni amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran seni. Kedudukan bilik ini dijarakkan daripada kebisingan suasana kantin, padang dan pejabat. Situasi teraputik ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kejauhan daripada kebisingan tadi dapat mewujudkan mood atau suasana pembelajaran yang memberangsangkan. Pengurusan Bilik Seni termasuk menyediakan kelengkapan keperluan asas, langkah-langkah menjaga kebersihan dan keselamatan, mewujudkan sudut-sudut pameran yang menarik dan terkini serta penyediaan alat dan bahan yang mencukupi merupakan satu tanggungjawab yang besar bagi seseorang guru. Jadi sebagai seorang Ketua Panitia atau guru Pendidikan Seni Visual, tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya untuk menghidupkan suasana persekitaran bilik seni yang indah, menarik, bersih dan selamat di bilik seni. Bilik seni yang ceria, indah dan bersih serta disediakan dengan kemudahan asas atau prasarana yang lengkap, dapat mewujudkan suasana yang selesa dan menarik minat murid untuk mempelajari Pendidikan Seni Visual. Ruang-ruang pameran yang berasaskan kepada empat bidang seni visual sekolah rendah seperti menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional dapat memberi pendedahan kepada murid bahawa seni bukan hanya melukis semata-mata tetapi lebih daripada itu. Hasil karya yang dipamerkan memberi dorongan kepada murid untuk menghasilkan karya seni yang lebih baik. Aktiviti seni yang dilaksanakan di dalam bilik seni juga mampu mengembangkan daya kreatif serta menajamkan daya pengamatan dan diskriminasi murid serta meningkatkan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu, di samping penyerapan nilai-nilai murni dan kemasyarakatan hendaklah diberi keutamaan dalam pelajaran Pendidikan Seni.5

(3150 patah perkataan)

Md. Nasir Ibrahim. (2009). Pengurusan Kurikulum. Dicapai dari laman sesawang : http://pengurusan seni.blogspot.com/
SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF 1403

17

NOREHAN BINTI HAMZAH 660525-05-5180


_______________________________________________________________________________________________________

RUJUKAN DARI BUKU : Art Students. (2009). Ciri-ciri Bilik Darjah yang Kondusif. Dicapai dari laman sesawang: http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/11/ciri-ciri-iklim-bilik-darjah-yang.html Dr. Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat, Zuraimi Zakaria. (2009). HBAE 1203 Perkembangan Seni dan Kanak-kanak. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Dr. Mansor Fadzil, Prof. Dr. Abd. Razak Habib, Prof. Dr. Ansar Ahmad. (2007). HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Imann Qhayra. (2012). Bilik Pendidikan Seni Visual. Dimuat turun dari laman sesawang: http://imann9969.blogspot.com/2012_02_01_archive.html

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual, KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual, KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mazlan. M. (1997). Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Md. Nasir Ibrahim. (2009). Pengurusan Kurikulum. Dicapai dari laman sesawang : http://pengurusan seni.blogspot.com/ Mohd. Sawari. (2008). Empat Bidang Pendidikan seni Visual KBSR. Dimuat turun dari laman sesawang: http://wareyzseni.blogspot.com/2008/11/4-bidang-psv-kbsr.html Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail. (2011). HBEF 1403 Seni Dalam Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF 1403

18

Anda mungkin juga menyukai