Anda di halaman 1dari 3

15.7 SENI HALUS Kehidupan orang India lebih terikat pada alam semula jadi dan kesenian.

Dalam bidang seni halus, India telah mencapai kecemerlangan pada awal tahun-tahun masihilagi. Bidang muzik,tarian dan drama berkembangmaju. Asimilasi budaya Hindu dan Muslim memberikan sumbangan yang tidak ternilai dalam bidang sent bina, seni ukir dan lukisan di benua kecil India. 15.7.1 Seni Muzik Dalam seni muzik India, tala atau corak, metrik menjadi asas teori irama. Raga atau corak melodi pula menjadi asas teori melodi. Pemain dram biasanya menjelaskan rangka tala dengan menggunakan pelbagai paluan dengan tangan dan jari di bahagian-bahagian gendang untuk memperbaiki irama yang kompleks. Dalam muzik India, walaupun teori harmoni tidak begitu meluas, mereka mempunyai raga yang lebih kompleks daripada corak melodi Barat. Pada zaman pertengahan, raga telah mempunyai skala komplementari yang disebut ragini. Raga dan ragini digunakan untuk menggambarkan waktu (kala) atau sesuatu musim, perayaan dan emosi. Alat-alat muzik India terbahagi kepada empat kategori iaitu pertama, tata (tali); kedua, avanaddha (dram); ketiga, ghana (solid atau ideophone); dan keempat, susira (angin). Alat muzik India Utara adalah berbeza dengan alat muzik India Selatan. Di India Utara, sitar, sahnai, dan tabala merupakan alat muzik utama. Vinai, natasvaram dan mrdanga, menjadi alat muzik yang penting di India Selatan. Muzik India Utara (Hindustani) dan muzik India Selatan (Karnataka) mempunyai asal-usul dalam teks asas Natya-Sastra dan Sangita Ratnakara. 15.7.2 Seni Tarian Tradisi kesenian India juga menunjukkan bahawa seni tarian dan sent muzik mempunyai hubungan yang erat. Misalnya tarian Kathak dan muzik Hindustani (India Utara), dan Bharata Natyam dan muzik Karnataka (India Selatan). Manakala taridra pula biasanya dimainkan berdasarkan tradisi-tradisi sastera, misalnya taridra Katakkali yang berdasarkan bahan-bahan epik Purana dan taridra Manipuri pula berdasarkan tema-tema dari Bhagavata Purana dan Gita Govinda. Natya Sastra merupakan teks tarian India dan dicipta oleh Bharata antara kurun kedua dan keenam Masihi. lanya membincangkan secara keseluruhan tentang drama, cara dan teknik mengatur pentas, bahasa persajakan, emosi dramatik (dari mana munculnya aliran-aliran estetik seperti ala.mka.ra dan rasa). Sanggita Ratnakara, karya ciptaan Sangadeva pada kurun ke-13, walaupun mementingkan muzik, mempunyai satu bab tentang tarian. Jenis-jenis tarian yang menjadi popular di sesuatu kawasan akhirnya telah diakui oleh keseluruhan masyarakat India dan menjadi warisan bersama. Antara tarian-tarian utama ialah seperti Manipuri iaitu dipersembahkan oleh artis-artis wanita sebagai taridra. Berasal dari Manipur di sempadan India-Burma pada akhir kurun ke-18 dan disebarkan ke seluruh India oleh Rabindranath Tagore padatahun-tahun 1920-an. Bharata Natyam iaitu satu jenis tarian tulen disifatkan sebagai penuh dengan gerakan kompleks, gaya tangan, pernyataan perasaan pada muka, gerakan kaki dan tangan. Bentuk yang

terdapat sekarang berasal dari kurun ke-17. lanya dipersembahkan oleh penari-penari istana (rajasadasi) dan penari-penari di kuil (deva dasi). Katakkali iaitu dipersembahkan oleh artis- artis lelaki berasal dari Kerala pada kurun ke-16 dan taridra ini dilambangkan dengan pakaian berwarna-warni. Kathak yang dipersembahkan oleh artis lelaki atau wanita secara solo dan kadang-kadang dipersembahkan oleh dua atau tiga orang penari. la berasal dari India Utara pada kurun ke-14. Tarian-tarian lain seperti Orissi, Mokiniyattam, Bhagavata Mela Nataka, Kutiyattam dan Yaksagana dianggap sebagai tarian-tarian minor. 15.7.3 Seni Drama Dalam arena drama, ciptaan karya berjudul Natya Sastra merupakan teks drama, muzik dan tarian yang menyumbangkan kepada perkembangan bidang drama. Ciri awal seni drama India berbentuk taridra. Teks ini membincangkan seni

bina teater, konvensi-konvensi pentas, teknik-teknik produksi, persembahan dan artis-artis. Misalnya, teknik koreografi dan pergerakan pentas dapat dilihat dalam sistem-sistem pelbagai pergerakan fizikal dan menyebutkan 13 gerakan untuk kepala, 36 untuk mata, 10 untuk badan dan lain-lain. Tujuan drama Sanskrit adalah untuk menghiburkan para hadirin (ananda) dengan menyampaikan rasa melalui lapan emosi (Sthay ibhava). Contoh drama- drama seperti ini ialah drama Sakuntala (menggambarkan cinta dan belas kasihan), dan Mudraraksasa (menggambarkan kama). Unsur-unsur falsafah dan dramatik yang dimuatkan menyebabkan sesuatu drama yang dipersembahkan itu mengambil masa tiga hingga lapan belas hari. Misalnya Mattavilasa, drama babak solo kurun ke-7 Masihi dipersembahkan selama lapan belas hari. 15.7.4 Seni Bina dan Seni Ukir Pada zaman Maurya, bidang seni bina dan seni ukir India berkembang maju. Tiang Asoka merupakan contoh terbaik kemegahan seni bina dan seni ukir India. Pada zaman Gupta, senibina dan seni ukir mencapai kegemilangannya. Di India Utara, Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva adalah antara lambang kemegahan seni bina India. Ukiran Gua Ajanta dan Ellora serta duit syiling India zaman Gupta membuktikan seni ukir India yang tinggi nilainya. Di India Selatan, kuil batu Mamallapuram yang dibina oleh raja Pallava menunjukkan corak seni bina dan seni ukir kompleks yang mengagumkan. Pada zaman Chola, kuil Brigathiswarar yang dibina di Thanjavur menunjukkan keunikan corak seni bina bangunan kuil ini, dan masih menjadi misteri dalam seni bina India. Dalam bidang seni ukir, India maju dalam seni ukir logam. Pada zaman Muslim (Islam) di India, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang dalam bidang seni bina dan seni ukir. Pembinaan dasar menampakkan sepenuhnya ciri-ciri seni bina Islam tetapi kerja-kerja pengindahan sesuatu bangunan banyak melibatkan ciri-ciri Hindu. Bangunan kuil dewa Govinda; istana Fathpur (dibina pada zaman Akhbar); Taj Mahal danJami Masjid (1644- 58) yang dibina semasa ShahJahan merupakan contoh terbaik yang menunjukkan gaya seni bina dan seni ukir Indo-Parsi.

15.7.5 Seni Lukis Kesusasteraan India awal menunjukkan bahawa bidang seni lukis India mencapai kemajuan pada zaman tersebut. Dinding Istana dan ruang dalaman rumah golongan berada dihiasi dengan lukisan-lukisan yang menarik. Kebanyakan kuil gua (cave temples) India dihiasi dengan lukisan bersifat agama. Para pelukis mendapat ilham daripada epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabharata. Gua Ellora, Badami dan Bagh adalah di antara contoh bagi lukisan bersifat agama. Walaupun tujuan utama lukisan Gua Ajanta adalah agama tetapi ianya turut memuatkan unsur-unsur lukisan bersifat sekular.

Dalam zaman Islam pemulihan seni lukisan berlaku di India dan asimilasi seni lukisan menghasilkan gaya lukisan Indo-Sino-Parsi. Akbar telah menubuhkan institusi lukisan untuk menggabungkan gaya lukisan Islam dengan Hindu.