Anda di halaman 1dari 7

Kadet Remaja Sekolah

REFLEKSI PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM


KADET REMAJA SEKOLAH

Nama: Krishnaveny A/P Visuvanathan No. Kad Pengenalan: 790210-07-5502 Kursus: DPLI Muzik Ambilan : Januari 2012

Sebagai mukadimah saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua rakan-rakan saya yang terlibat dalam Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform. Kami berjaya menempuhi segala halangan dan kekangan dengan berjaya sekali. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam mengendalikan program ini.

Kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa dan peserta Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform ini merupakan tunggak utama kejayaan program ini. Dalam pada ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada Unit Gerko Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan yang telah menganjurkan program ini bagi melahirkan guru yang berdisplin dan berkeyakinan diri yang tinggi. Sekalung penghargaan kepada pensyarah yang sudi hadir bersama kami di sepanjang perkhemahan ini. Segala maklumat yang disampaikan dapat dijadikan sebagai pedoman dan ilmu pada masa akan datang. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu perkhemahan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Kami telah menjalani satu perkhemahan selama 4 hari 3 malam di Kem Taman Pertanian, Semambu, Kuantan,Pahang pada 27 hingga 30 Ogos 2012. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksanakan sepanjang saya berada disana. Disana saya dapat mempraktikkan ilmu yang telah diajar oleh pensyarah kami sepenuhnya dalam pelbagai
Refleksi Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform DPLI Page 1

Kadet Remaja Sekolah


hal. Perkhemahan ini adalah wajib disertai oleh semua guru pelatihDiploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI). Semua guru pelatih DPLI menyertai dua unit uniform yang berlainan iaitu badan beruniform Kadet Remaja Sekolah dan Pengkap. Selain itu, guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) semester 4 juga turut mengambil bahagian dalam perkhemahan ini.

Secara jujur, sebelum perkhemahan saya berasa takut dan kurang berkeyakinan untuk pergi berkhemah dengan keadaan akan dihadapi di sana nanti. Namun persepsi saya telah bertukar apabila saya telah berada di kem tersebut dan merasakan perkhemahan ini sangat menyeronokkan dan memberi pengalaman yang cukup manis buat saya. Di samping itu, saya juga telah mengeratkan hubungan silaturrahim dengan rakan-rakan yang lain. Kami yang kurang rapat sepanjang jam interaksi kokurikulum telah menjadi rapat di kem Taman Pertanian. Ia telah membina semangat setiakawan di antara satu sama lain.

Sebelum perkhemahan ini diadakan, suatu ahli jawatankuasa telah dilantik untuk mengendalikan perkhemahan kami di Kem Taman Pertanian Semambu. Perkhemahan ini telah diketuai oleh Saudara KL Wong. Kami telah berbincang mengenai perkaraperkara penting yang perlu disiapkan untuk perkhemahan tersebut sebelum kami bertolak dari IPGKTAA, Kuala Lipis. Kami meneliti perkara-perkara yang diperlukan satu persatu sebelum perkhemahan ini. Setiap ahli jawatankuasa telah melakukan tugas masing-masing dengan sikap penuh bertanggungjawab. Saya sangat

menghormati sikap kawan-kawan Kadet Remaja Sekolah yang menguruskan perkhemahan ini kerana mereka sangat bertanggungjawab dan berkaliber.

Saya telah dilantik sebagai Ketua AJK Aktiviti dimana saya perlu menguruskan aktiviti-aktiviti kumpulan yang akan dijalankan oleh para peserta di kem tersebut. Sebelum perkhemahan dimulakan, AJK Aktiviti telah membuat perbincangan dimana kami meneliti aktiviti yang perlu dijalankan di kem Taman Pertanian Semambu dan juga menguruskan jadual aktiviti untuk Kadet Remaja Sekolah. Di sini, saya telah mendapati

Refleksi Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform DPLI

Page 2

Kadet Remaja Sekolah


kerjasama antara semua rakan-rakan seperjuangan sangat erat dan kukuh untuk menjayakan perkhemahan ini.

Saya sebagai Ketua Ahli Jawatankuasa Aktiviti telah mengadakan perjumpaan bersama semua ahli-ahli KRS untuk mendapatkan penyertaan ahli pasukan. Ahli-ahli KRS yang berminat telah memasuki pertandingan orentaring dan masakan rimba. Bagi station pertandingan ikatan dan simpulan, pertandingan KIM dan pertandingan pandu arah pula, semua guru pelatih perlu mengambil bahagin kerana ia adalah aktiviti wajib.Setiap orang pelatih dibekalkan dengan satu boring khas yang menunjukkan mereka mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Markah juga akan diambil bagi pertandingan ini. Seterusnya bagi menyeimbangi kemasukan ahli-ahli dalam pertandingan yang diadakan saya mencadangkan agar semua ahli KRS perlu mengambil bahagian dalam acara Malam Kebudayaan yang akan diadakan pada hari khamis di sebelah malam.

Saya berasa sangat mudah untuk berkomunikasi dengan semua ahli KRS apabila saya dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Ahli Jawatankuasa Aktiviti. Tidak banyak masalah yang timbul semasa saya membahagikan tugas kepada semua ahli KRS mengikuti aktiviti yang akan diadakan. Semua ahli memberikan komitmen yang tinggi apabila diberikan satu tanggungjawab kepada mereka. Menguruskan jadual aktiviti menjadi satu pengalaman yang berguna kepada saya dan apabila saya berada di sekolah kelak saya dapat mengaplikasi ilmu yang saya perolehi. Cara menguruskan sebuah ahli kumpulan dengan mengambil kira keperluan semua orang tanpa menyinggung perasaan mana-mana ahli juga turut saya pelajari.

Pada 27 Ogos 2012 Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform telah bermula secara rasminya. Pada pukul 8 pagi semua guru pelatih DPLI telah diminta untuk berkumpul di hadapan Astaka Khalid Al- Walid. Saya telah bersiap dengan beg galas dan berkumpul di hadapan astaka. Kemudian semua ahli yang berkumpul di astaka telah bergegas ke Unit Kokurikulam untuk mengambil barang-barang perkhemahan yang telah dipinjam dari unit itu. Dengan kebenaran pensyarah kami
Refleksi Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform DPLI Page 3

Kadet Remaja Sekolah


telah menyimpan barang-barang di biliknya. Oleh itu, kami ke bilik pensyarah untuk memungah semula semua barang-barang tersebut ke astaka.

Selepas memeriksa semua barang-barang yang diperlukan telah diambil kami menyusun semua barang-barang tersebut di dalam bakul yang disediakan. Kemudian kami menunggu kedatangan bas dengan penuh rasa sabar. Bas telah sampai pada pukul lebih kurang 11 pagi. Selepas itu, kami telah menyusun semua barang-barang perkhemahan di dalam bas. Seterusnya saya menaiki bas dan mendapatkan tempat duduk bersebelahan tingkap. Pada pukul 11.30 pagi bas yang ditempah khas itu telah mula beredar dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Perjalanan selama 5 jam telah diambil untuk sampai ke tapak Perkhemahan Taman Pertanian Semambu, Kuantan.

Selepas sahaja sampai ke tapak Perkhemahan Taman Pertanian Semambu, Kuantan kami telah mendapat arahan untuk memilih khemah yang telah siap dipasang. Selepas khemah telah dipilih oleh semua guru pelatih DPLI kami telah membersihkan khemah tersebut dengan menyapu dan lap kotoran yang terdapat. Di dalam khemah kami terdapat 6 orang guru pelatih DPLI yang tinggal pada mulanya. Mereka terdiri daripada saya Krishnaveny, Kasthuribai, Vanitha, Rogani, Malini dan Mogana. Kemudiannya adik dari Kadet Remaja Sekolah semester 4 datang untuk bertanya supaya dapat tinggal bersama di khemah kami bersama kawannya.

Saya telah meminta mereka tinggal sekali di dalam khemah tersebut kerana kami faham khemah tidak mencukupi untuk menampung semua guru pelatih. Ahli dalam khemah kami telah meningkat kepada 8 orang. Shalini dari Kadet Remaja Sekolah dan Mary dari Bulan Sabit Merah turut berada dalam khemah kami. Walaupun kami tidak kenal mereka pada mulanya tetapi kami menjadi begitu rapat dengan mereka kemudiannya. Kami dapat berkerjasama dengan mereka sepanjang tempoh perkhemahan ini diadakan. Kebersihan khemah yang kami tinggal sentiasa dijaga dengan baik. Semangat tolong-menolong antara satu sama lain juga turut dipraktikan.

Refleksi Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform DPLI

Page 4

Kadet Remaja Sekolah


Selepas khemah dibersihkan semua guru pelatih telah dipanggil oleh En. Ahmad Yani untuk memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan, memperkenalkan Komenden Kem dan peraturan-peraturan yang perlu diikuti semasa mengikuti perkhemahan ini. Penerangan yang terperinci telah diberikan kepada semua guru pelatih. Selepas selesai perjumpaan itu, semua guru pelatih telah pergi untuk menyiapkan diri untuk perjumpaan pada pukul 9 malam. Saya bersama rakan-rakan yang lain telah bergegas ke kawasan memasak untuk menyediakan makan malam untuk rakan-rakan KRS yang lain. Selepas menyediakan makan malam kami telah mandi dan bersiap sedia untuk makan dan seterusnya pergi ke dewan terbuka untuk mendengar taklimat malam itu.

Acara rasmi pertama yang diadakan pada hari pertama ialah perjumpaan semua ahli unit beruniform yang diadakan serentak. Dalam taklimat yang diberikan En. Ahmad Yani memperkenalkan Komenden Kem secara rasmi kepada semua guru pelatih. Semua guru pelatih diberi nasihat agar mendengar segala arahan Komenden Kem dan mematuhi arahan tersebut. Selain itu, penerangan tentang tugas rondaan malam dan kawalan keselamatan juga turut diberi. Semua ahli unit beruniform tertakluk kepada undang-undang kem dan tindakan akan diambil jika ada guru pelatih yang engkar mendengar arahan. Talimat pada malam itu tamat pada pukul 11.30 malam dan semua guru pelatih dibenarkan balik ke khemah masing-masing untuk berehat.

Acara pertama pada pagi hari kedua ialah upacara menaikan bendera diadakan. Kadet Remaja Sekolah Diploma Perguruan Lepasan Ijazah telah mengetuai upacara menaikan bendera pada pagi itu. Kami telah menyanyikan lagi Negara Ku dengan penuh semangat. Selapas upacara menaikan bendera pada pagi hari kedua tamat, kami telah dibahagikan kepada kepada beberapa kumpulan dan mempelajari untuk membuat ikatan dan simpulan yang berlainan. Saya dapat mempelajari 10 jenis ikatan dalam tempoh waktu 2 jam sahaja. Seronok rasanya dapat mempraktikkan ilmu ikatan dan simpulan di sana. Dalam waktu itu, saya belajar tentang erti semangat berpasukan. Jika kami tidak bekerjasama tidak mungkin kami dapat menyiapkan tugasan yang
Refleksi Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform DPLI Page 5

Kadet Remaja Sekolah


diberikan. Kami membahagikan tugas dengan adil dan kami melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh amanah sekali.

Seterusnya aktiviti yang amat mencabar saya bagi saya berlangsung. Iaitu aktiviti Orentering untuk masuk ke hutan. Letih sekali rasanya kerana kami terpaksa memasuki hutan yang tebal yang dan trak laluannya adalah panjang. Memasuki hutan ialah satu pengalaman yang amat bermakna sekali ini kerana ini adalah pengalaman pertama saya memasuki hutan. Sungguh indah ciptaan tuhan dan ini membautkan saya rasa bersyukur sekali. Tidak cukup dengan itu, aktiviti didalam hutan adalah amat terkesan sekali di hati saya.

Pada malam terakhir aktiviti kami diteruskan lagi dengan aktiviti malam kebudayaan. Malam kebudayaan ini boleh dianggap sebagai acara kemuncak bagi Perkhemahan Unit Beruniform kali ini. Majlis kami pada malam itu dihadiri oleh semua unit beruniform dan pensyarah pembimbing. Majlis kami pada malam itu dirasmikan dengan gemilangnya oleh Ketua Unit Gerko Institut Pendidikan Guru kami iaitu Encik Ahmad Yani. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik sebelum upacara perasmian ini. Kami dikehendaki mereka tepukan semangat bagi setiap kumpulan. Ianya akan menambahkan lagi kehangatan majlis pada malam itu.

Tema pada pada malam itu adalah bebas tetapi hendaklah mempunyai unsurunsur alam sesuai dengan tempat perkhemahan kami. Terdapat 7 kumpulan yang membuat persembahan pada malam itu. Persembahan yang pertama ialah daripada unit beruniform Pandu Puteri. Sesungguhnya persembahan mereka pada malam itu sungguh memberikan pengajaran yang berguna kepada semua guru pelatih. Persembahan yang lain pula ialah dari kumpulan pengakap dengan dikir yang sangat kreatif dan menghiburkan hati. Walaupun berunsurkan hiburan tetapi terdapat pelbagai mesej yang ingin disampaikan oleh mereka terutamanya hal-hal yang berkaitan moral. Seterusnya, guru pelatih disajikan dengan sedikit lakonan dan tarian yang sungguh indah dan mengasyikkan oleh unit Pandu Puteri. Tarian yang lemah gemalai
Refleksi Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform DPLI Page 6

Kadet Remaja Sekolah


dan tidak ada kecacatan langsung amat mengasyikkan para guru pelatih. Kadet Remaja Sekolah dan juga PBSM pula tampil dengan lakonan yang memberi banyak pengajaran kepada semua tetapi dibuat dalam suasana yang cukup santai dan menghiburkan. Kesimpulannya, kesemua guru pelatih dapat menghiburkan diri disamping mengambil banyak pengajaran daripada persembahan-persembahan oleh unit-unit beruniform.

Kesimpulannya, pelbagai manfaat yang saya dapat daripada mengikuti perkhemahan ini. Saya melihat perkhemahan ini memberi impak yang positif kepada diri saya dimana saya telah mempelajari banyak perkara dan benda baru dalam hidup. Walaupun saya mengikut perkhemahan ini buat kali pertama tetapi saya suka akan perkhemahan ini kerana memberi makna dan mengisi ilmu dalam dada. Memang pada mulanya, saya tidak suka dan tidak berminat dengan perkhemahan ini namun setelah berada di kem ini saya menjadi sangat berminat dengan aktiviti perkhemahan ini. Tidak ada langsung rasa menyesal saya selama mengikuti perkhemahan ini.

Perkara yang paling menggembirakan adalah saya telah berjaya mempelajari ikatan dan simpulan. Saya akan bawa ilmu ini kepada anak-anak murid saya di sekolah kelak. Banyak perkara yang telah saya pelajari dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial semasa perkhemahan ini. Saya dapat memupuk sikap bertolak ansur, sifat sabar, setiakawan, bekerjasama dan bekerjasama antara ahli pasukan ialah antara perkara yang dapat saya pelajari disini dan saya percaya ianya tidak boleh dijual beli. Saya akan gunakan ia untuk menjadi insan yang lebih baik dimasa hadapan dan juga guru yang cemerlang. Saya bangga menjadi ahli Kadet Remaja Sekolah. Sekian, terima kasih.

Refleksi Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform DPLI

Page 7

Anda mungkin juga menyukai