Anda di halaman 1dari 20

F a k u l t i P e n d i d i k a n , U n i v e r s i t i T e k n o l o g i M a l a y s i a 8 1 3 1 0 S k u d a i J o h o r D a r u l T a k z i m

ISU SEMASA DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK


PPS MINI RESEARCH
KEBERKESANAN MODUL PUJAJAM BERDASARKAN ANALISIS g KE ATAS PELAJAR LEMAH DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU
P r e p a r e d b y :

2873

TAJUK TUGASAN:

MOHD FAUZI BIN BAHARI WAN ADHA BIN WAN HANAFFEE MUHAMMAD SHAHID BIN SAHRI

MP091153 MP091259 MP091443

Seksyen
LECTURER :

01
DR. MOHINI

PROF. MADYA MOHAMED

ABSTRAK KAJIAN Putaran adalah salah satu konsep di dalam tajuk penjelmaan. Ia adalah kemahiran menjelmakan imej dan mencari titik pusat sesuatu objek secara putaran. Kemahiran ini perlu dikuasai oleh pelajar semasa tajuk ini mula diperkenalkan dalam tingkatan 2 dan tingkatan 3. Sekiranya pelajar tidak dapat menguasainya pada peringkat awal, maka pelajar-pelajar akan menganggap konsep putaran dalam tajuk Penjelmaan Tingkatan 5 adalah begitu sukar dan membosankan. Melalui kajian ini kami berharap dapat membantu para pelajar yang lemah dalam menguasai kemahiran penjelmaan di bawah konsep putaran. Kekeliruan arah putaran menyebabkan pelajar menganggap topik ini terlalu susah. Berdasarkan fenomena ini, kajian telah dilakukan untuk memberi panduan kepada pelajar-pelajar dalam mempermudahkan mereka melakukan sesuatu penjelmaan di bawah putaran. Kebanyakan kajian yang membincangkan tentang bagaimana untuk memotivasikan pelajar dalam menekankan pengajaran bagi tajuk transformasi menekankan kepentingan contoh yang baik. Contoh yang diberikan hendaklah berdasarkan masalah yang dikenalpasti dan membangkitkan perbincangan. Kebanyakan kursus berkaitan model berasaskan sistem sebelum perlaksanaannya dapat mengenalpasti sebarang ketidakfahaman pada peringkat awal.(P. Van Gorp *, H. Schippers, S. Demeyer, D. Janssens, 2008) Kajian ini telah dijalankan terhadap 10 orang pelajar Tingkatan 5 SS 2 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai, Johor. Mereka telah dipilih sebagai sampel kajian. Ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar Tingkatan 5 tersebut mencari imej dan titik pusat bagi sesuatu objek yang dijelmakan di bawah putaran.

Sebelum tindakan dilakukan, tinjauan menggunakan soalan latih tubi dan temubual telah dibuat berdasarkan tajuk penjelmaan di bawah konsep putaran. Ini bertujuan untuk memahami situasi pelajar. Dari teori ini, perancangan untuk tindakan telah dibina dengan membuat pengajaran dan pembelajaran secara langsung berdasarkan modul yang diguna bagi aspek putaran. Daripada tinjauan yang dilakukan, pelajar-pelajar ini tidak dapat menguasai konsep putaran di bawah Penjelmaan di Tingkatan 5 kerana mereka kurang menguasai kemahiran menjelmakan imej secara putaran semasa di Tingkatan 2 dan 3 lagi. Mereka juga kurang diberikan pendedahan dengan soalan yang berkaitan dengan putaran. Oleh itu, satu kaedah yang lebih baik dan memudahkan para pelajar telah diperkenalkan dalam kajian ini. Ia bertujuan untuk membantu pelajar menguasai kemahiran penjelmaan di bawah putaran dengan penggunakan Kaedah Putaran Jarum Jam (PuJaJam). 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Putaran merupakan salah satu konsep Penjelmaan dalam Matematik Tingkatan 5. Ianya berkaitan dengan konsep putaran di dalam penjelmaan semasa Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Kemahiran menjelmakan imej dan mencari titik pusat bagi sesuatu objek di bawah putaran merupakan asas penting yang perlu dikuasai pada peringkat awal. Sekiranya pada tahap awal pelajar tidak dapat menguasai kemahiran ini, adalah agak sukar untuk mereka menguasai konsep putaran di bawah tajuk Penjelmaan di dalam Tingkatan 5. Memandangkan, masalah ini berlarutan sehingga Tingkatan 5, maka kami mengetengahkan kajian kami bagi membantu pelajar-pelajar ini untuk menguasai asas putaran bagi penjelmaan sebelum mereka mempelajari di peringkat lebih tinggi. Selain daripada membantu pelajar menguasai asas putaran bagi penjelmaan ini, kami juga berharap dapat mengubah teknik atau strategi pengajaran dan pembelajaran ke arah teknik yang lebih berkesan dan ini juga dapat menimbulkan minat dan keseronokan pelajar dalam mempelajari konsep putaran ini.

2.0

FOKUS KAJIAN Kajian yang telah dijalankan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran pelajar

Tingkatan 5 mencari imej dan titik pusat yang dijelmakan di bawah putaran melalui Kaedah PuJaJam. Disamping itu juga, kajian ini secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ingatan pelajar-pelajar terhadap konsep putaran di dalam bab Penjelmaan yang pernah dipelajari semasa Tingakatan 2 dan Tingkatan 3. Pendekatan yang digunakan lebih menumpu kepada penjelmaan sesuatu objek dan pencarian titik pusat bagi putaran. Kaedah Putaran Jarum Jam (PuJaJam) telah digunakan dalam kajian ini.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Di antara objekti kajian yang ingin kami capai adalah seperti berikut: 3.1 Objektif Am Meningkatkan kemahiran pelajar Tingkatan 5 mencari imej dan titik pusat di bawah putaran melalui kaedah PuJaJam. 3.2 3.2.1 3.2.2 3.2.3 Objektik Khusus Meningkatkan kemahiran pelajar Tingkatan 5 dalam menyelesaikan masalah penjelmaan di bawah putaran. Membantu pelajar mengingati kembali konsep putaran pada pelajaran yang lepas. Menimbulkan minat dan keseronokan pelajar dalam mencari imej dan titik pusat berasaskan konsep putaran.

3.2.4

Mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran guru dengan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis.

4.0

KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran kami terdiri daripada 10 orang pelajar tingkatan 5 SS 2 yang

didapati mempunyai masalah mecari imej dan titik pusat bagi objek yang dijelmakan dibawah putaran. 5.0 5.1 5.1.1 MELAKSANAKAN TINDAKAN TINJAUAN MASALAH Mengutip Data Awal Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 10 orang pelajar lemah dalam tajuk putaran berdasarkan dari Ujian Penilaian Kurikulum 1 , 2011 yang lalu dan dipilih berdasarkan sampel bertujuan. Didapati bahawa pelajar-pelajar ini kurang mahir dalam mencari imej dan titik pusaran berdasarkan konsep putaran. Ini kerana pelajar kurang mahir dalam penggunaan jangka lukis untuk menentukan imej dan titik pusat putaran. Kekeliruan arah putaran juga merupakan faktor kesukaran pelajar menjawab soalan.

Oleh itu , kami mencadangkan agar satu Kaedah Putaran Jarum Jam ( PuJaJam ) digunakan bagi mengatasi masalah tersebut. Kami berharap kaedah ini dapat membantu semua pelajar yang lemah dalam menguasai konsep putaran. 5.1.2 Temubual dengan Pelajar

Analisis ini telah dijalankan ke atas pelajar selepas mereka diberikan 10 soalan putaran . Jadual 1 berikut adalah analisis temubual yang dibuat kepada 3 orang pelajar yang dipilih tanpa mengira jantina dan kaum.

Soalan 1

Susah ke tajuk putaran? Jadual 1: Jawapan Pelajar Terhadap Soalan 1 Jawapan pelajar Susah cikgu..tak tahu macam mana nak buat Sudah lupa cikgu...pasal tu tak boleh buat Boleh tahan susah..ada cara lagi senang?

Bil. Sampel 1. LM 2. PC 3. LI Petunjuk ; LM = Lelaki Melayu PC = Perempuan Cina LC = Lelaki Cina Soalan 2 Bil. 1. 2. 3.

Apa yang menyebabkan awak tidak faham dan tidak mahu buat ? Jadual 2: Jawapan Pelajar Terhadap Soalan 2 Jawapan pelajar Tak faham maksud clockwise dan anticlockwise Faham...tapi lupa caranya Boleh buat cikgu..tapi sikit ada lupa..

Sampel LM PC LI

Kesimpulan yang boleh dibuat oleh pengkaji adalah: i. Tidak memahami konsep putaran semasa di Tingkatan 2 dan 3 menyebabkan mereka tidak dapat menyelesaikan soalan yang diberikan dengan baik. ii. Konsep putaran untuk mencari titik pusat adalah susah dan tidak ada kaedah yang boleh diingati. iii. Pelajar-pelajar keliru untuk menentukan arah putaran sama ada ikut arah jam atau lawan jam .

5.2

AKTIVITI YANG DIJALANKAN Beberapa aktiviti telah dijalankan untuk mengatasi masalah yang telah pun

dikenalpasti pada peringkat tinjauan peringkat awal. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah :

5.2.1

Program Imbas Lalu Memberi tunjuk ajar seimbas lalu untuk merangsang minda pelajar mengingati kembali konsep putaran di bawah Penjelmaan semasa di Tingkatan 2 dan 3. Memilih dari kalangan pelajar secara rawak dan meminta mereka menyelesaikan soalan mudah berkonsepkan putaran .

5.2.2

Modul Sesi Rawatan Kaedah PuJaJam ( Rujuk Lampiran ) Menyediakan modul sendiri untuk memudahkan pelajar memahami konsep putaran. Memastikan pelajar hadir semasa tunjuk ajar penggunaan Kaedah PuJaJam dijalankan. Memastikan pelajar faham tentang putaran jarum jam sama mengikut arah jam atau lawan arah jam.

5.2.3

Normalize Learning Gain ( NLG ) NLG atau dalam bahasa Melayu didefinisikan sebagai pertambahan hasil

pembelajaran adalah hasil sebenar min (actual average gain) di mana % ujian

pos- % ujian pra dan dibahagikan oleh hasil pembelajaran yang maksimum (maximum possible gain) dimana 100 - % Ujian pra. Secara formula, ia boleh diwakili oleh persamaan seperti berikut ; g = % Ujian Pos- % Ujian Pra 100- % Ujian Pra Instrumen yang digunakan ini adalah biasa untuk mengukur hasil tambah nilai pembelajaran pelajar (Hake, 1994). Pengukuran ini akan berdasarkan kepada Jadual 3 di bawah; Jadual 3: Pengukuran hasil pembelajaran (g) Julat skor <0 0 >0 Takrifan Penurunan hasil pembelajaran Tiada perubahan hasil pembelajaran Pertambahan hasil pembelajaran signifikan

5.3

PERLAKSANAAN AKTIVITI Setelah perancangan dibuat dengan teliti , jadual perlaksanaan untuk kami menjalankan kajian tindakan ini adalah seperti berikut : Jadual 4: Perlaksanaan Kajian Aktiviti Menulis Proposal kajian Membuat soalan latih tubi dan beri kepada pelajar tanpa mereka berbincang ( Ujian Pra) Temu bual untuk mengenalpasti masalah yang dihadapai oleh pelajar Merancang perlaksanaan kajian Sesi rawatan Ujian Pra

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Tarikh 25 Feb 2011 7 Mac 2011 10 Mac 2011 12 -20 Mac 2011 21-25 Mac 2011 25 Mac 2011

7. 8.

Analisa Ujian Pra dan Ujian Pos Refleksi kajian

26 Mac 2011 26-28 Mac 2011

Sesi rawatan dengan menggunakan Kaedah PuJaJam ini dijalankan pada waktu petang selepas waktu pengajaran dan pembelajaran .

5.4 5.4.1

PENILAIAN DAN REFLEKSI Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos

Perbandingan pencapaian individu dalam ujian Pra dan Pos (N=10)


70 60 50 40 30 20 10 0
Pe la ja r1 Pe la ja r2 Pe la ja r3 Pe la ja r4 Pe la ja r5 Pe la ja r6 Pe la ja r7 Pe la ja r8 Pe la ja r9 Pe la ja r1 0

Peratus

Pra Pos

Sampel

Rajah 1 Daripada Rajah 1 di atas , amatlah sukar untuk menentukan kaedah PuJaJam berkesan terhadap pencapaian pelajar dalam ujian Pos . Secara purata , didapati taburan peningkatan pencapaian berlaku bagi semua pelajar. Oleh itu analisis g digunakan dan diproses mengunakan program Statistical Package for Social Sciences ( SPSS ) for Windows Version 16.0.

Jadual 5: Taburan markah individu dalam ujian Pra, Pos dan g iaitu hasil pembelajaran ( N = 10 )
Sampel Pelajar 1 Pelajar 2 Pelajar 3 Pelajar 4 Pelajar 5 Pelajar 6 Pelajar 7 Pelajar 8 Pelajar 9 Pelajar 10 Pra Pos g 0.18 -0.07 0.21 0.33 0.16 0.34 0.31 -0.10 0.24 0.15

50 30 20 30 0 10 30 40 30 0

60 20 40 60 30 50 50 30 50 20

Daripada Jadual 5 di atas , didapati 8 daripada 10 orang pelajar mempunyai nilai g positif manakala 2 orang pelajar nilai g adalah negatif. Ini menandakan bahawa kaedah PuJaJam adalah berkesan dan menunjukkan peningkatan yang signifikan terhadap hasil pembelajaran individu berdasarkan daripada analisis g. Soalan Ujian Pra dan soalan Ujian Pos adalah terdiri daripada soalan yang mempunyai aras soalan yang sama. Berdasarkan analisis. Ini menunjukkan Kaedah PuJaJam dapat membantu pelajarpelajar meningkatkan kemahiran mereka dalam mencari imej dan titik pusat putaran sekaligus menambah hasil pembelajaran mereka. Kaedah PuJaJam ini dapat mengurangkan peratus kegagalan pelajar dalam menjawab soalan berkonsepkan putaran. Dalam kajian yang dilakukan ini , 8 orang pelajar lulus dalam ujian Pos berbanding manakala dua orang pelajar masih gagal. Pelajar 6 menunjukkan peningkatan yang signifikan dengan nilai g tertinggi iaitu 0.34 manakala nilai g terendah adalah -0.07 dan diperolehi oleh pelajar 2. Namun begitu, seramai 4 orang pelajar masih mendapat markah rendah atau gagal tidak bermakna tidak berlaku hasil tambah pembelajaran atau g. Sebaliknya ,mereka ini adalah pelajar yang sangat lemah dalam kemahiran mencari imej dan titik pusat yang berkonsepkan putaran. Oleh itu, 4 orang pelajar ini memerlukan bimbingan yang selanjutnya.

5.4.2

Maklumbalas daripada pelaksanaan Program

Daripada kajian yang telah dijalankan, sememangnya telah menyerlah kelemahan pelajar yang agak sukar dilihat sekiranya tidak dikaji. Antara dapatan yang diperolehi ialah: i. Modul Sesi Rawatan (Kaedah PuJaJam) - Pelajar lebih mudah memahami dan mengingati konsep putaran. Ini memudahkan lagi mereka untuk menjawab soalan putaran. - Lebih seronok dan tidak membosankan untuk belajar kerana cepat faham dan ianya dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

5.4.3

Maklumbalas daripada temubual dengan pelajar Pelajar diingatkan supaya menguasai konsep putaran dahulu, sama ada

pergerakan ke kanan ikut jam atau ke kiri ikut arah lawan jam. Kesungguhan dan ketekuanan perlu ada dalam memahami konsep putaran ini, kerana jika tidak pelajar akan bosan dan menganggap konsep putaran ini adalah sesuatu yang sukar.

5.5

REFLEKSI KAJIAN Perancangan dan pelaksanaan yang dilakukan dengan rapi ini telah berjaya

membantu pelajar yang lemah dalam kemahiran menjelmakan objek secara putaran. Namun, tanpa adanya kesungguhan adalah sukar untuk membantu para pelajar ini memahami konsep putaran walaupun dengan kaedah yang ditunjukkan. Sikap tidak berkeyakinan dan sering melakukan kecuaian ketika menjawab soalan berkonsepkan putaran sewajarnya dikikis. Ini untuk menggalakkan para pelajar lebih

yakin dan lebih berdaya saing. oleh itu, guru sewajarnya sentiasa memberikan galakan kepada pelajar agar mereka sentiasa mencuba kaedah-kaedah baru untuk memudahkan pemahaman mereka terhadap konsep putaran. Guru dan pelajar adalah saling memerlukan antara satu sama lain. Sikap toleransi, bantu-membantu dapat mengelakkan perasaan takut untuk berjaya. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa, tanpa minat ,kemahuan, keyakinan diri, dan usaha untuk berjaya, kecemerlangan tidak akan hadir dengan sendirinya. Rujukan: P. Van Gorp *, H. Schippers, S. Demeyer, D. Janssens,( 2008). Transformation techniques can make students excited about formal methods. Retrieved 27 Mac 2011. Available : www.elsevier.com/locate/infsof

KAEDAH PUJAJAM PENGENALAN Kaedah ini merupakan suatu aktiviti pengukuhan kepada konsep putaran di dalam tajuk PENJELMAAN yang dipelajari di Tingkatan 2, 3 dan 5. Objektif kaedah ini ialah pelajar boleh menggunakan konsep putaran untuk mencari imej dan titik pusat putaran.

MENCARI IMEJ Kaedah : 1. Cantumkan plat A dan plat B

2. Tentukan pusat 0 pada pusat putaran dan garisan tengah menyentuh titik objek.

3. Tandakan titik objek di plat B menggunakan marker. 4. Putarkan plat B ke kanan bagi arah putaran ikut arah jam dan ke kiri ikut lawan arah jam.

Contoh : i) Putaran 90 ikut arah jam Putarkan plat B ke kanan sehingga kedua-dua garisan tengah plat A bersudut tepat dengan plat B dan sebaliknya.

ii)

Putaran 180 Putarkan plat B sehingga garisan tengah plat A dan plat B menjadi satu garisan

5. Tandakan titik imej yang memetakan tanda objek di (3) 6. Tuliskan titik imej

MENENTUKAN PUSAT PUTARAN Kaedah : 1. Tentukan titik objek dan titik imej 2. Bukakan kedua-dua plat supaya titik objek terletak di garisan tengah plat A, manakala titik imej terletak di garisan tengah plat B.

3. Laraskan bukaan sudut kedua-dua plat supaya menjadi 90 atau 180 mengikuti kesesuaian kehendak soalan.

4. pastikan jarak antara pusat putaran ke titik objek sama dengan jarah pusat ke titik imej. 5. Tetapkan arah, saiz sudut dan pusat putaran.

PENYEDIAAN BAHAN BANTUAN MENGAJAR ALATAN: GUNTING / PISAU PEMOTONG PLASTIK LUTSINAR PENEBUK PENA PENANDA PEMBARIS CARA MENYEDIAKAN: 1. Lakar dan ukur dua keping plastik lutsinar menjadi suatu bentuk seperti roket mengikut ukuran yang bersesuaian (Bagi kegunaan guru, saiz perlu bersesuaian dengan kombinasi terhadap papan putih, manakala pelajar mengikut saiz buku latihan). 2. Gunting atau potong lakaran/rekaan roket tadi dengan menggunakan gunting / pisau pemotong seperti dalam Rajah 1.

Rajah 1

3. Tebuk di titik O dengan menggunakan penebuk dan cantumkan kedua-dua plat menggunkaan klip yang sesuai seperti Rajah 2.

Rajah 2