Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN ST GABRIEL JALAN PERWIRA 55100 KUALA LUMPUR

ETOS SEKOLAH BUAT SEHINGGA BERJAYA

VISI SEKOLAH SKSG CEMERLANG 5K MENJELANG 2014

MISI SEKOLAH Kami guru-guru SKSG berjanji dan beriltizam dengan semangat berpasukan kea rah pendidikan berkualiti bagi melahirkan generasi berteknologi maklumat selaras dengan FPK menjelang tahun 2014

MATLAMAT SEKOLAH 1. Melahirkan bangsa Malaysia yang sayangkan Negara. 2. Melahirkan modal insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berkeupayaan 3. Menyediakan persekitaran yang kondusif selaras dengan 3K untuk pengajaran dan pembelajaran

PENGENALAN KONSEP Penubuhan Jawatakuasa Program Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) di sekolah adalah satu strategi baru Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha mencapai visi Sekolah Bebas Dadah Program Pendidikan Pencegahan Dadah adalah merupakan program yang bertujuan menyalurkan maklumat berkaitan pendidikan pencegahan dadah kepada pelajar,guru, ibu bapa serta masyarakat sekitarnya. Maklumat dan bahan-bahan berkaitan dalam pelbagai medium boleh meningkatkan lagi pengetahuan mereka tentang bahaya penggunaan bahan terlarang terutama dadah. Selain itu, semua jenis maklumat yang boleh membantu melahirkan kumpulan sasaran yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pendidikan pencegahan dadah juga boleh dimuatkan bagi menambah nilai kepada bahan sedia ada.

Strategi KPM menggalakkan sudut PPDa di sekolah-sekolah ialah bagi memenuhi keperluan maklumat pendidikan pencegahan dadah dalam kalangan masyarakat sekolah. Sebelum ini, sekolah terpaksa bergantung kepada maklumat dan bahan pameran yang disediakan oleh pelbagai agensi berkaitan. Namun isunya ialah ia agak terbatas kerana tidak mampu menjangkau semua populasi yang ada di sesebuah sekolah. Ini disebabkan maklumat yang dipamerkan tersebut dibatasi limitasi masa, bahan maklumat yang dipamerkan dan sumber tenaga yang terhad. Seringkali berlaku agensi terlibat tidak dapat menampung permintaan sekolah disebabkan kekangan tersebut. Sekolah yang mempunyai bilik atau sudut khas yang disusun dengan maklumat-maklumat pendidikan pencegahan dadah akan lebih memberi kesan dalam penyampaian mesej kepada warga sekolah dan masyarakat sekitarnya. Warga sekolah terutamanya pelajar mudah mengakses maklumat yang disediakan sepanjang masa. Langkah ini diyakini mampu memberikan impak dan keuntungan jangka panjang kepada semua pihak.

Semua sekolah disarankan supaya mewujudkan pusat akses ini memandangkan banyak manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Ia bukan sahaja menjadi ruang pelajar mendapatkan maklumat tetapi juga sebagai tempat mereka berinteraksi dan mengasah bakat dan kepimpinan dalam kalangan mereka.

Tanggungjawab pihak pengurusan sekolah bagi memastikan ianya direalisasikan adalah sangat penting. Pengetua atau Guru Besar mesti menggerakkan pasukannya bagi menjayakan misi ini, jika tidak ia tidak mampu untuk dilaksanakan dengan berkesan.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENUBUHAN Sudut PPDa Sekolah diwujudkan untuk menyediakan satu pusat akses pendidikan pencegahan dadah yang lengkap bagi kemudahan semua pihak khususnya pelajar dalam usaha menyalurkan maklumat dan membimbing secara sistematik ke arah mewujudkan persekitaran sekolah yang bebas daripada pengaruh dan ancaman dadah. Ia memenuhi hasrat kerajaan yang meletakkan visi melahirkan Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012 dan Negara Bebas Dadah Tahun 2015. Visi tersebut boleh dicapai sekiranya setiap warganegara diberikan pendidikan pencegahan berhubung dengan kesan dan pengaruh dadah. Sebagai mendokong cita-cita tersebut, pencegahan awalan melalui strategi pewujudan pusat akses ini boleh dihuraikan melalui beberapa objektif penubuhannya iaitu :

Menyediakan satu pusat akses maklumat lengkap berkaitan Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah-sekolah. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah di kalangan murid secara lebih sistematik dan berkesan. Menjadi bilik gerakan kepada perancangan dan pelaksanaan program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah. Menjadi tempat interaksi murid-murid dalam usaha membangunkan karekter murid cemerlang.

FUNGSI DAN PERANAN Kewujudan Sudut PPDa Sekolah jika dilihat dalam konteks yang lebih luas mempunyai fungsi dan peranan seperti berikut : 1. Ia merupakan pusat operasi pendidikan pencegahan dadah di sesebuah sekolah. 2. Ia merupakan pusat sumber maklumat berkaitan kesan dan bahaya dadah, inhalan, rokok, alkohol dan juga HIV/Aids. 3. Ia merupakan ruang pameran antidadah dan karya pelajar yang kekal dan boleh diakses dengan mudah oleh semua warga sekolah tanpa limitasi masa. 4. Ia merupakan pusat aktiviti yang menyokong keberkesanan unit-unit lain di sekolah seperti Unit Kaunseling, Unit Disiplin, Unit Bina Insan, Unit Kokurikulum, Asrama dan sebagainya.

5. Ia merupakan ruang pelajar berinteraksi dan meningkatkan kemahiran pelbagai sesama mereka. 6. Ia merupakan ruang alternatif bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran tertentu seperti pendidikan seni, kemahiran bahasa, kesihatan, pendidikan moral dan sebagainya. 7. Ia merupakan ruang untuk aktiviti kokurikulum pelajar. 8. Ia merupakan ruang pameran kekal untuk dilawati semasa Hari Akademik, Hari Graduasi, Hari Anugerah Cemerlang dan sebagainya.

Kepelbagaian fungsi dan peranan Sudut PPDa Sekolah seperti yang dinyatakan di atas bukan bermakna ia tidak berfokus kepada matlamat asalnya sebagaimana yang digariskan. Namun ia adalah satu ruang yang bersifat anjal dan boleh disepadukan dengan pelbagai elemen yang sedia ada di sekolah. Dengan itu, secara tidak langsung ia akan membantu ke arah mewujudkan sekolah sebagai intitusi ilmu yang kondusif kepada warganya.

PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa SK ST. GABRIEL

Dalam memastikan program PPDa berjalan dengan mantap, pihak sekolah haruslah memastikan pengurusan PPDa berfungsi di sekolah masing-masing. Pengurusan yang berkualiti akan membantu perlaksanaan Program PPDa diterima oleh keseluruhan komuniti sekolah. Ia juga akan memberi kesan kepada diri pelajar agar tidak mudah terjebak dalam penagihan rokok dan dadah di peringkat awal lagi. Program PPDa yang diadakan adalah bagi mencegah beberapa perkara yang menjadi gerak kerja PPDa iaitu;

a) Pencegahan Rokok b) Pencegahan Inhalan c) Pencegahan Alkohol/Arak d) Pencegahan Dadah e) Pencegahan Seks Bebas/Zina Oleh yang demikian, sistem fail yang tersusun hendaklah diwujudkan. Ini bukan sahaja memudahkan proses pemantauan oleh KPM/JPN/PPD dan pihak sekolah sendiri, malah membantu pengurusan guru di sekolah. Beberapa perkara perlu diberi perhatian, antaranya; 1. Fail PPDa a. Fail putih yang didaftarkan melalui rekod fail b. Terkandung surat diterima dan surat keluar. c. Perlu sentiasa direkod/semak

2. Fail Pengurusan PPDa Fail ini amat penting bagi pengurusan dan pemantauan. Sekolah perlu memastikan fail ini diwujudkan dan aktif. Sila rujuk Buku Panduan Perlaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah dan Buku Perancangan Strategik 5 Tahun PPDa yang telah dibekalkan kepada semua sekolah. a. Misi, Visi , Objektif dan matlamat PPDa b. Jawatankuasa PPDa Sekolah c. Senarai tugas Jawatankuasa d. Perancangan / Takwim PPDa e. Pelan Tindakan f. Kertas kerja/ Aktiviti g. Pelaporan aktiviti h. Surat Pekeliling PPDa i. j. Perancangan Bilik Sumber/Lorong PPDa JK dan jadual Rakan/Pengawas PPDa

k. Kajian PPDa

3. Rekod-rekod PPDa a. Rekod Kes Murid Terlibat Dadah/Ujian Urin (SM) b. Rekod Kes Murid Terlibat Rokok (SM dan SR) c. Rekod Aktiviti PPDa d. Rekod Penggunaan Bilik Sumber/ Sudut PPDa e. Lain-lain rekod

4. Program/Aktiviti PPDa a. Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) i. Dilaksanakan oleh guru melalui P&P dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK). ii. Tajuk P&P boleh dirujuk kepada Buku Teks PJPK (Thn 1 -6) atau merujuk Buku Kit Pengajaran dan Pembelajaran PROSIDAR yang telah dibekal kepada sekolah. iii. Guru PJPK juga merupakan Guru PROSIDAR.

b. Sambutan Minggu Anti Dadah i. Wajib untuk semua sekolah. ii. Pelbagai aktiviti berteraskan PPDa iii. Dilaksanakan seminggu/hari.

c. Kempen/Pameran Anti Dadah i. Dapatkan kerjasama dengan AADK Daerah ii. Sewaktu Minggu Anti Dadah

d. Aktiviti Karnival/Pertandingan PPDa/Kuiz PPDa i. Pelbagai aktiviti termasuk kesenian dan kebudayaan

ii. Boleh dimasukkan dalam Minggu Anti Dadah

e. Mesej Anti Dadah Dalam Kelas/Perhimpunan i. Menggunakan buku 5 minit Mesej Anti Dadah ii. Perlu dijadualkan tajuk dan guru/pelajar bertugas

f. Program Perkembangan Staf i. Aktiviti membantu PPDa ii. Menaiktaraf Bilik Sumber/ Lorong PPDa iii. LDP/Ceramah PPDa

g. Program-program lain yang berkaitan. i. Kerjasama dengan Kelab PROSTAR atau Doktor Muda ii. Kerjasama dalam aktiviti peringkat komuniti/daerah

5. Buku-buku PPDa a. Perancangan Strategik 5 Tahun PPDa b. Panduan Perlaksanaan PPDa di Sekolah c. Pekeliling Ikhtisas PPDa d. Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) e. Jurnal PPDa f. Pelaporan PPa

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) SK ST GABRIEL 2013
PENASIHAT YBHG TUAN ABDULLAH BIN MAD YUNUS (PENGARAH PELAJARAN)

PENGERUSI TUAN HAJI HISHAM BIN HAJI MUHAMMAD (GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI PUAN HAJAH HAYATI BINTI HASAN (PEN. KANAN TADBIR & KURIKULUM)

SETIAUSAHA PUAN FARIDAH BINTI KERING (PEN. KANAN HAL EHWAL MURID)

PENOLONG SETIAUSAHA I PUAN HAJAH NURUSABAH BINTI HAJI DAUD (PEN. KANAN KOKURIKULUM)

PENOLONG SETIAUSAHA II PUAN SARIDA BINTI MOHAMAD HASHIM (PENYELARAS PPDa)

AHLI JAWATANKUASA

JABATAN KESIHAT AN

WAKIL PEMADA CARTA ORGANISASIAADK JAWATANKUASA PDRM PEKERJA PIBG M SEK PELAKSANA

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) SK ST GABRIEL 2013


PENGERUSI
TUAN HAJI HISHAM BIN HAJI MUHAMMAD ( GURU BESAR )

NAIB PENGERUSI
PUAN FARIDAH BINTI KERING ( PK HEM )

SETIAUSAHA
PUAN SARIDA BT MOHAMAD HASHIM

AHLI JAWATANKUASA

PN. NUR SYUHADA BINTI MOHAMAD NOOR

PUAN SUNITA BINTI HUSSAIN

EN. KHAIRUL NIZAM BIN AMINUDIN

EN. HALIMI BIN ABDU HAMID

CIK SITI HADIJAH BINTI TUMIRAN

PUAN NAJMULIZZAH BINTI MAT SALEH

Anda mungkin juga menyukai