Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JALAN DATIN HALIMAH 80350 JOHOR BAHRU PROGRAM PENSISWAZAHAN

GURU (PPG) AMBILAN FEBRUARI 2012

TUGASAN 1 Takrifkan lima konsep perpaduan dan integrasi dalam hubungan etnik. Jelaskan maksud pluraliti dan masyarakat pluralistik

HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3106)

Nama Option No Indeks No K / P Sub jek dan Kod Name of Lecture Tarikh Hantar

: NEITIYAH A/P BALKRISHNAN : BAHASA TAMIL GROUP 2 : 2012121360128 : 850925 01 5118 : HUBUNGAN ETNIK ( WAJ 3106 ) : PN KHADIJAH : 16 Februari 2013

Takrifkan lima konsep perpaduan dan integrasi dalam hubungan etnik. Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Di Malaysia, apa yang berlaku keatas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi

Asimilasi

Segregasi

Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etniketnik dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan diantaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutandan kemudahan awam. Ia wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau tidak seperti Dasar Apatheid di Afrika Selatan.

Akulturasi

Akulturasi adalah suatu proses social yang timbul manakala suatu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihapkan dengan unsure dari suatu kebudayaan asing. Kebudayaan asing itu lambat laun diterima dan diolah ke dalam kebudayannya sendiri tanpa menyebabkan hilangnya unsur kebudayaan kelompok itu sendiri. Contoh Akulturasi : Saat budaya rap dari Negara asing digabungkan dengan bahasa Jawa sehingga mengerap dengan menggunakan bahasa Jawa. Ini terjadi di acara Simponi semesta Raya.

Amalgamasi

Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik.

Akomodasi

Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Nmun mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Di peringkat pemerintahan pusat etnik mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan mereka saling bergantungan Negara Switzerland adalah Negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik Jerman. Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.

Jelaskan maksud pluraliti dan masyarakat pluralistik

Pluraliti :
Pluraliti itu bermaksud sesebuah masyarakat itu boleh bercampur secara sukarela. Masyarakat majmuk yang berasal daripada latarbelakang yang pelbagai. Mampu hidup bersama secara aman meskipun perbezaan.

Contohnya: Pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, masyarakat yang berbilang latarbelakang dapat hidup dengan aman kerana masing-masing bebas menjalankan aktiviti demi kepentingan sendiri. Saudagar Cina menjalankan hubungan perdagangan dengan saudagar India dan Nusantara. Masing-masing bebas mengamalkan budaya yang tersendiri / kahwin

Pluralistik:

:
Pluralistik timbul apabila datangnya kuasa colonial dan imperial British. Tradisi awal dirombak dan segelintirnya dihapuskan. Masyarakat yang berbilang bangsa menebal sifat etnosentrisme mereka. Tidak dapat bergaul dengan baik akibat polisi Divide and Rule. Terbentuk akibat paksaan kuasa colonial. Ramai hilang hak dan keistimewaan.

Pada zaman pendudukan Jepun dan British, pelbagai polisi diambil yang banyak mengubah atau menyebabkan keadaan masyarakat kita sekarang. Penindasan kaum Cina semasa penjajahan Jepun. Penghapusan tradisi kaum Melayu (penghambaan) semasa pendudukan British. Dasar Divide and Rule British menyebabkan pemisahan antara kaum-kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India demi kepentingan ekonomi.

Anda mungkin juga menyukai