Anda di halaman 1dari 6

MODUL AKTIVITI DALAMAN

Emergency Boat Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Komunikasi Berkesan, Pengurusan Konflik, Menyelesaikan Masalah dan Kepimpinan, Kemahiran Berunding. Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : Suatu ketika berlakunya peristiwa sebuah kapal yang dilanda ombak besar yang menyebabkan ia terbalik. Semua penumpang kapal telah mati kecuali 10 orang penumpang kapal yang terselamat bersama-sama kapten kapal. Hanya terdapat sebuah bot penyelamat sahaja yang boleh dinaiki oleh 2 orang. Bagaimana menyelesaikan konflik ini, kerana kapal akan karam dalama masa 30 minit sahaja.

Red Blue Chip Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Pengurusan Risiko, Analisis, Kepimpinan Organisasi Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : 10 kumpulan, 10 pusingan, pasaran saham sangat aktif, ekonomi yang turun naik, namun risiko harus diambil juga. Pasaran saham biru dan merah yang berisiko tinggi, keputusan untuk membuat pelaburan dengan jumlah tertentu memberi risiko kepada pelabur jika berlaku kerugian yang mungkin boleh mengakibatkan mereka menjadi muflis.

Cast Away Bentuk Aktiviti : Individu Jangkamasa : 1 jam 30 minit Kesesuaian Untuk : Pemikiran Kreatif, Pemikirian Kritis, Komunikasi Berkesan Sinopsis : Terdampar di sebuah pulau tidak berpenghuni dengan hanya ada satu barang sahaja bersama-sama yang harus digunakan untuk menyelamatkan anda selama 30 hari terdampar dipulau tersebut. Bayangkan jika anda hanya mempunyai beberapa keeping duit siling sahaja, apa yang boleh dilakukan oleh anda daripada duit siling tersebut ?

Epilog Silam

Bentuk Aktiviti : Individu Jangkamasa : 1 jam 30 minit Kesesuaian Untuk : EQ, Hubungan Interpersonal dan Intrapersonal, Motivasi diri Sinopsis : Gumpalan tanah liat yang dibentuk menjadikan arca kisah silam dapat membantu menceritakan kisah silam yang tak pernah diceritakan atau dikongsi dengan orang lain. selain dapat meredakan keluh kesah yang lama terpendam ianya dapat menjadi pengajaran kepada orang lain juga.

Roller Coaster Project Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Jangkamasa : 1 jam 30 minit Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Pemikiran Kreatif, Pengurusan Strategik Sinopsis : Membina projek mega bukanlah sesuatu yang mudah tanpa perancangan yang baik, kreativiti dan kerjasama dari ahli kumpulan. Namun begitu jika dilakukan dengan berkesan ianya pasti memuaskan hati dan menyeronokan.

Save our Soul ( S.O.S ) Bentuk Aktiviti : Individu Kesesuaian Untuk : Pengurusan Konflik, Menyelesaikan Masalah, EQ, Motivasi Diri, Kemahiran Berunding Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : Suatu ketika berlakunya peristiwa sebuah kapal yang terlanggar batu karang yang mengakibatkan kebocoran besar yang akan menyebabkan kapal akan karam. Malangnya hanya ada sebuah bot penyelamat sahaja yang boleh digunakan. 100 penumpang kapal, 10 penumpang bot penyelamat, bagaimana membuat keputusan.

Death Trap Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Pengurusan Konflik, Menyelesaikan Masalah, Kepimpinan, Berfikiran Kritis Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : Sekumpulan peserta ekspedisi terperangkap dalam gua di dalam satu ekspedisi gua di sebuah pulau. Kesilapan dilakukan oleh pemandu ekspedisi mereka apabila

menyangkakan pada hari itu air laut akan pasang pada sebelah petang. Setelah kesemua peserta berada di dalam gua, tiba-tiba air laut mula masuk kedalam pintu keluar yang sepatutnya menjadi jalan keluar mereka pada pagi tersebut.

Pulau Impian Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Pengurusan Berkesan, Keusahawanan, Kepimpinan, Pengurusan Masa. Jangkamasa : 3 hari Sinopsis : Pegawai tanah yang meminta habuan atas kelulusan, pegawai bank yang lewat memberi pinjaman, masa yang sangat singkat untuk menyiapkan projek, harga barang yang tidak menentu, keadaan ekonomi yang tidak stabil dan ahli kumpulan yang bermasalah. Inilah cabaran yang harus ditempuhi anda dalam menyiap projek pulau impian.

MODUL AKTIVITI LUARAN

Reef Knot Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Komunikasi Berkesan, Kepimpinan Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : Membuat simpulan buku sila menggunakan seutas tali amat mudah dan boleh disiapkan dalam masa kurang 10 saat. Bagaimana jika simpulan tersebut harus dibuat menggunakan selembar tali jerami ( tali kapal ) sebesar lengan orang dewasa beramairamai, mungkin mengambil masa lebih dari 1 jam, bayangkan jika dilaksanakan dibawah terik matahari jam 2 petang !

Town Game Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama bBerpasukan, Motivasi Diri, Kreativiti Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : Dalam usaha seseorang mencari sumber rezeki, banyak rintangan yang harus ditempuhi yang kadangkala tanpa disedari, ada yang mengadai maruah dan membahayakan diri. Walau apa jua rintangannya, pasti seseorang itu harus juga berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan mereka.

War Game Bentuk Aktiviti : Berkumpulan ( Malam ) Keseuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Strategi dan Perancangan, Kepimpinan dan komunikasi. Jangkamasa : 2 jam Sinopsis : Di dalam peperangan ada pepatah menyatakan Samada anda membunuh atau anda terbunuh . Pepatah tersebut jelas menunjukkan di dalam peperangan aka nada yang menang dan yang tewas. Strategi dan perancangan rapi serta semangat kerjasama harus di digunajan diperingkat yang semaksimum mungkin bagi mengelakkan anda terbunuh atau tewas di dalam peperangan !

Benderaku Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Strategi, Kepimpinan dan Komunikasi Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : Menaikkan bendera dengan menggunakan paip berdiameter 2 cm dengan ketinggian lebih dari 15 meter bukan sesuatu yang mudah jika tidak mendapat kerjasama dari semua ahli pasukan.

Kunang-kunang Bentuk Aktiviti : Berkumpulan ( Malam ) Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan,Memelihara Amanah, Kreativiti. Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : Api lilin adalah amanah yang harus dibawa dan dijaga oleh peserta, sukar apabila amanah tersebut hanya dipegang oleh 6 utas benang disamping gangguan luar seperti angin yang boleh menyebabkan api lilin terpadam.

Night Port Bentuk Aktiviti : Berkumpulan ( Malam ) Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Komunikasi Berkesan Jangkamasa : 1 jam 30 minit

Sinopsis : Alat komunikasi yang sudah jarang digunakan adalah Kod Morse. Bagaimana sebuah kapal harus sampai ke pelabuhan dalam keadaan gelap hanya dengan berpandukan arahan menggunakan kod morse ?

Multiway Tug of War Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kemahiran Perundingan, Strategi dan Perancangan Jangkamasa : 1 jam Sinopsis : Pertandingan tarik tali empat penjuru dengan hanya satu pemenang, suatu yang pelik tetapi boleh menjadi realiti bukan berlandaskan kekuatan tetapi strategi yang berkesan.

Black Box Orienteering Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kepimpinan Jangkamasa : 2 jam Sinopsis : Mencari arah menggunakan kompas ( orienteering ) merupakan sesuatu yang seronok untuk dipelajari. Jika ianya dijadikan sebagai panduan untuk mencari arah tempat tersembunyinya barang yang diperlukan untuk melengkapkan puzzle dalam aktiviti ala xplorerace , pastinya lebih menyeronokkan dan mencabar.

Chest Key Hunt Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kepimpinan, Komunikasi Berkesan Jangkamasa : 2 jam Sinopsis : Habuan yang akan diperolehi oleh pasukan yang menang adalah stok barang makanan dan minuman. Ianya merupakan klimaks dalam pencarian kunci peti yang mencabar ini. Strategi dan kadangkala nasib juga memainkan peranan dalam aktiviti ini. Awas, anda harus mampu berfikir secara kreatif dan berfikir diluar kotak pemikiran anda jika tidak mahu kumpulan lain merampas kunci peti yang menjadi rebutan.

Xplore Race Bentuk Aktiviti : Berkumpulan ( Berkereta )

Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan Jangkamasa : 3 jam Sinopsis : Aktiviti xplorerace diluar kawasan latihan dimana peserta bergerak dalam kumpulan ( 4 orang ) menggunkan kenderaan. Setiap hentian ( check point ) mempunyai tugasan masing-masing yang mencabar minda, fizikal dan emosi peserta.

Wacky Boat Race Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kreativiti dan Pengurusan Masa Berkesan Jangkamasa : 2 jam Sinopsis : Perlumbaan bot yang diperbuat dari kotak memang sesuatu yang menyeronokkan. Kreativiti peserta untuk membina bot yang kalis air amat penting kerana kotak tidak dapat bertahan lama dalam perlumbaan di atas air sejauh 50 meter !

JBA Pak Pandir Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kreativiti Jangkamasa : 2 jam Sinopsis : Membina empangan dan sistem saliran untuk mengalirkan air sungai ke rumah. Mudah sahaja, tetapi bagaimana jika paip-paip yang disediakan tidak sama saiz dan ada pula yang bocor.

Alamak ! Paip Bocor Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kreativiti, Menyelesaikan Masalah Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : Mengeluarkan bola pingpong dari sebatang paip yang bocor dengan menggunakan air. Suatu kerja yang memenatkan jika tidak menyelesaikan terlebih dahulu permasalahan utama iaitu paip yang bocor !