Anda di halaman 1dari 15

( LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS )

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP PPG MAC / 2012

OUMH 1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

820718135312001 820718 13 - 5312 019 8674727 nurainsyamilasoboi@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN SARAWAK

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

OUMH 1103

SENARAI KANDUNGAN KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 2.0 KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN OLEH MAJIKAN DI KALANGAN GRADUAN 2.1 KEMAHIRAN KOMUNIKASI 2.2 KEMAHIRAN BERKOMPUTER 2.3 KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN 2.4 KEMAHIRAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN PENGURUSAN MAKLUMAT 2.5 ETIKA DAN PROFESIONAL 2.6 KEMAHIRAN KEPIMPINAN 3.0 CADANGAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN INSANIAH 3.1 GRADUAN 3.2 KAKI TANGAN KERAJAAN 3.3 INTITUSI PENDIDIKAN 7-8 8 9 6 6-7 7 3-4 5 5-6 MUKA SURAT 2 2-3

4.0 PENUTUP

RUJUKAN

10 - 11

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

OUMH 1103

1.0 Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun dan sedang melalui transformasi ekonomi dan pantas memasuki zaman perindustrian. Malaysia sentiasa bersaing dengan negara-negara maju tidak kira dalam bidang akademik,sosial atau ekonomi. Justeru, Malaysia amat memerlukan lebih ramai golongan tenaga kerja mahir bagi memenuhi pelbagai jenis peluang pekerjaan telah dibuka dalam sektor swasta mahupun di dalam sektor kerajaan. Dengan pembangunan ilmiah yang semakin moden, pelbagai pusat pengajian atau pendidikan telah dibuka bagi melatih graduan kita untuk mempelajari serta menguasai kemahiran-kemahiran dalam bidang masing-masing sehingga mereka mahir. Namun begitu, apabila tamat pengajian masih terdapat ramai di kalangan graduan kita yang masih menganggur walaupun peluang begitu terbuka luas untuk mereka. Para graduan semakin runsing memikirkan status pekerjaan mereka walaupun mereka telah mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam pengajian mereka. Masih terdapat kekurangan yang menyebabkan para graduan tidak diambil oleh majikan untuk memenuhi kekosongan jawatan di syarikat-syarikat swasta atau jabatan-jabatan kerajaan. Malah ada di antara mereka bekerja di pusat-pusat membeli belah dalam masa yang sama mereka terus mengintai peluang pekerjaan yang lebih lumayan gaji dan menjamin masa depan mereka. Tambahan lagi jumlah graduan yang terlalu ramai telah membuatkan para majikan meletakkan satu garis panduan untuk mencari graduan yang benar-benar berkualiti dan sanggup memikul tanggungjawab besar yang akan diberikan nanti.

2.0 Kemahiran yang diperlukan oleh majikan di kalangan graduan Kemahiran atau pun skill didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian yang diketahui oleh seseorang dalam sesuatu perkara.( Kamus Dewan Edisi ke-3). Merujuk kepada Kamus Dwibahasa (2008) kemahiran membawa maksud kepakaran seseorang individu dalam apa jua bidang mereka ceburi. Kemahiran yang diperlukan bukan sahaj merujuk kepada kepakaran seseorang individu mengendali sebuah mesin atau bendabenda maujud, malah kemahiran yang diperlukan turut merangkumi kemahiran dalam atau mental graduan. Terdapat beberapa kemahiran yang dititikberatkan oleh majikan 3

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

OUMH 1103

untuk mengambil graduan sebagai pekerja mereka. Kemahiran yang diperlukan ialah kemahiran insaniah yang sering dikaitkan dengan personaliti diri, komunikasi yang berkesan,berdaya tahan, berinovatif, bersemangat pasukan dan sentiasa mempunyai etika yang tinggi. Menurut Megat Aman Zahiri (2007), menyatakan bahawa kemahiran insaniah berkembang melalui proses semulajadi seperti perubahan tumbesaran, kematangan dan penuaan. Pusat-pusat pengajian yang berkualiti bukan sahaja menghasilkan graduan yang berkualiti dalam akademik malah mempunyai kemahiran teknikal dan praktiksl, professional, kemahiran komunikasi, kemahiran pengurusan maklumat serta kemahiran sepanjang hayat.

2.1 Kemahiran komunikasi Ciri yang pertama perlu ada pada seorang graduan ialah mempunyai kemahiran komunikasi. Menurut French (1993) komunikasi adalah salah satu proses minda yang berlaku di dalam usaha untuk mewujudkan suasana dan situasi saling memahami ke atas maklumat dan buah fikiran yang disampaikan. Sesuatu komunikasi yang berkesan boleh berlaku apabila mesej atau maklumat yang hendak disampaikan kepada penerima itu berjaya disampaikan dan difahami seperti maklumat yang dikehendaki. Justeru, pencapaian dan kualiti kehidupan seharian kita akan ditentukan melalui kualiti serta cara kemahiran kita berkomunikasi diamalkan. Menurut James A.F. Stoner & Charles Wankel (1989) pula, komunikasi merupakan satu cara menausia berhubung di mana ianya melibatkan pengertian atau maksud yang dikongsi, dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi dan istilah yang digunakan berlandaskan sesuatu perkara yang simbolik seperti isyarat, huruf, nombor dan perkataan yang melambangkan atau menyamai idea atau maklumat yang ingin disampaikan. Kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam pebagai cara dan teknik. Jika dilihat graduan pada zaman ini tidak mempunyai masalah dalam menguasai Bahasa Melayu memandangkan bahasa ini merupakan bahasa rasmi di sekolah dan juga di jabatanjabatan kerajaan dan swasta. Namun, apa yang membingungkan, graduan mempunyai masalah dalam menguasai bahasa Inggeris. Ada di antara graduan kurang berkemahiran untuk bertutur dan menulis dalam bahasa inggeris dengan baik. Perkara 4

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

OUMH 1103

ini menyebabkan mereka gagal menyampaikan idea-idea mereka yang bernas kerana kurangnya penguasaan bahasa inggeris. Menurut sumber (http;//mstar.com.my Kerjaya

Idaman Hanya Untuk Orang Yang Pandai Berkomunikasi) berdasarkan kepada maklum balas yang diperolehi daripada syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa, maklum balas mengenai kriteria utama yang diperlukan oleh majikan daripada graduan ialah menunjukkan kemahiran berkomunikasi secara lisan dan menulis dalam Bahasa Inggeris. Menurut pendapat yang dinyatakan oleh Pengarah MEF, Shamsudin Bardan mengatakan bahawa globalisasi telah merubah faktor pemilihan pekerja, di mana kemahiran komunikasi terutamanya Bahasa Inggeris merupakan aset bernilai yang perlu ada pada setiap pekerja. Manakala Presiden Persekutuan Pengilang Malaysia, Tan Sri Mustafa Masnsur juga berpendapat bahawa golongan muda yang tidak mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris tidak akan mampu untuk berunding bagi mendapatkan persetujuan terbaik dalam urusan perniagaan atau pelaburan yang dijalankan. DatoRafeah Salim, Bekas Naib Canselor Universiti Malaya di dalam satu temubual oleh International Herald Tribune dipetik sebagai berkata, The cause of the underemployment Ill give you one reason for it: English. The only industry thats really using Bahasa is the government service. ( Punca pengangguran saya berikan satu sebab iaitu Bahasa Inggeris. Industri yang menggunakan bahasa melayu hanyalah perkhidmatan kerajaan). Tetapi, pada hari ini bukan sahaja sektor swasta yang memerlukan graduan atau pekerja yang fasih dalam berbahasa inggeris malahan sektor kerajaan juga meletakkan Bahasa Inggeris sebagai salah satu syarat untuk bekerja di bawah mereka. Akhir-akhir ini, Malaysia giat mempromosikan lokasi-lokasi pelancongan yang sangat menarik dan indah. Pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia untuk menarik minat pelancong-pelancong asing untuk dating melancong ke Negara kita. Di sini kita dapat melihartkan kepentingan penguasaan bahasa inggeris yang amat diperlukan bagi mempromosi dan memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Para pemandu pelancong amat memerlukan kemahiran berbahasa inggeris yang sangat tinggi dan diiringi dengan sikap yakin diri dan berpengetahuan untuk menyampaikan maklumat-maklumat mengenai kawasan pelancongan di Malaysia. Oleh itu, komunikasi yang berkesan antara majikan dan pekerja bawahan adalah sangat penting dalam memastikan kecemerlangan dan pencapaian sesebuah organisasi. Walau fasih bagaimana sekali pun seseorang itu berbahasa inggeris , jika kemahiran yang digunakan untuk menyampaikan maklumat tidak jelas dan kurang 5

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

OUMH 1103

difahami, maka komunikasi tersebut adalah gagal. Memandang persaingan yang terlalu tinggi di kalangan graduan yang memohon pekerjaan, bagi seorang majikan mereka sudah pasti akan memilih bakal pekerja yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

2.2 Kemahiran berkomputer Kemahiran kedua yang diperlukan oleh majikan daripada graduan ialah kemahiran berkomputer. Kemahiran berkomputer amat penting dan harus dipelajari oleh setiap orang. Peredaran zaman yang semakin canggih dan perubahan globalisasi banyak member peluang pekerjaan kepada graduan kita. Kemahiran berkomputer ini bukan sahaja berguna kepada mereka yang bekerja di pejabat-pejabat malahan kemahiran ini turut diguna pakai di dalam bidang pekerjaan lain termasuk kerja di pusat-pusat membeli-belah. Kecanggihan alat komunikasi ini juga memberikan kita satu sebab mengapa kita perlu mendalami kemahiran berkomputer. Ianya bukan setakat menaip malah ianya juga perlukan kemahiran terutama dalam Microsoft Office. Bagi syarikat-syarikat di peringkat antarabangsa, kemahiran komputer amat diperlukan dalam perluasan perniagaan dan pelaburan mereka. Laporan daripada Arkib Utusan Malaysia bertarikh 04 Januari 2000, satu kajian telah dilakukan oleh Dr Rahmah Ismail, Zaini Mahbar dan Razak Dan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkenaan dengan graduan ekonomi. Mereka bertiga menyatakan bahawa kemahiran komputer akan menjadi nilai tambah kepada graduan, selain menulis laporan. Hal ini adalah kerana zaman semakin moden di mana permintaan di pihak atasan semakin pelbagai dan rumit. Pihak atasan akan meminta agar pekerja bawahannya untuk membuat laporan dalam bentuk yang lebih cantik dan bergrafik. Laporan-laporan ini akan disimpan dalam bentuk soft copy atau hard copy untuk simpanan pejabat. Selain daripada itu, pihak atasan kemungkinan akan meminta graduan untuk mempersembahkan hasil laporan kepada rakan pekerja yang lain untuk tindakan seterusnya ataupun sekadar sebagai maklumat. Di sinilah, kemahiran berkomputer amat diperlukan di mana graduan perlu menyediakan persembahan dalam bentuk powerpoint. Persembahan yang disediakan dan ditunjukkan perlulah 6

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

OUMH 1103

mampu menarik minat audiens dengan bunyi-bunyian, gambar-gambar yang dipaparkan dan penggunaan latar powerpoint yang cantik. Dalam masa yang sama, graduan harus menggabungkan kemahiran komunikasi dan kemahiran komputer untuk menyampaikan maklumat kepada audiens mereka.

2.3 Kemahiran Kerja Berpasukan

Kriteria ketiga yang dititikberatkan oleh majikan ialah mencari graduan yang mempunyai kemahiran kerja berpasukan yang tinggi. Kemahiran kerja berpasukan berbeza jika dibandingkan dengan kerja berkumpulan. Ini kerana, kemahiran kerja berpasukan ini bertujuan untuk mencapai kesepakatan dalam satu-satu kerja atau projek. Dalam satu pasukan,ianya melibatkan anggota-anggota dalam satu-satu organisasi yang bekerjasama ke arah matlamat yang sama. Bagi graduan yang biasa berada di pusat pengajian, segala pengalaman dan kemahiran yang mereka perolehi semasa di pusat pengajian banyak membantu mereka untuk untuk bekerjasama dalam menyelesaikan satu-satu kerja. Banyak kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa kerja berpasukan telah membantu menonjolkan lagi potensi dan dapat membantu meningkatkan prestasi apabila tugasan yang melibatkan pelbagai kemahiran, pengalaman dan penilaian digabungkan sekali. Melalui kerja berpasukan kumpulan serta membantu mencapai matlamat yang ditetapkan. maka sesebuah organisasi memaksimumkan bakat dan kemahiran anggota-anggota

2.4 Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat Kemahiran keempat yang diperlukan oleh majikan ialah seorang graduan yang sentiasa mempunyai keinginan dan kemahuan untuk belajar dan mampu menguruskan satu-satu maklumat dengan baik. Graduan haruslah mampu berusaha untuk meningkatkan diri sendiri dengan mempelajari kemahiran-kemahiran baru yang belum pernah mereka lalui semasa di dunia luar dari pekerjaan yang akan mereka lakukan. Kebanyakan para graduan akan terus memegang jawatan tertinggi syarikat tanpa bermula daripada peringkat bawahan. Oleh itu, mereka perlu mempelajari selok belok syarikat daripada pekerja bawahan tanpa rasa malu atau memikirkan tentang pangkat dan jawatan yang dipegang oleh mereka. 7 Mereka harus mempunyai

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

OUMH 1103

keinginnan untuk terus maju dan sentiasa mengembangkan minda mereka untuk mempelajari ilmu-ilmu dalam bidang yang mereka ceburi.

2.5 Etika dan Moral Profesional Kriteria kelima yang diperlukan seorang majikan ialah seorang graduan yang mempunyai etika dan moral professional yang tinggi. Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995) etika membawa maksud satu system dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Pengertian dari sudut Islam pula, menyatakan bahawa etika adalah akhlak di mana ianya merujuk kepada tingkah laku yang baik dan dituntut syarak. Definisi etika professional ialah merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan bidang yang professional. Profesional membawa maksud keupayaan dan kecekekapan dalam melakukan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada ilmu, latihan serta kepakaran yang dimiliki. Etika professional pula diertikan sebagai satu panduan dan tatacara menentukan kualiti moral, professional dan nilai. Seorang graduan yang mempunyai etika yang tinggi mampu mengatasi masalah yang akan timbul tidak kira di pejabat ataupun di luar. Mereka juga mempunyai pertimbangan yang baik dengan tidak mencampuradukkan masalah peribadi dengan masalah di pejabat. Tahap disiplin yang tinggi dan sentiasa berfikiran positif akan mampu menjadikan seseorang itu seorang individu yang beretika tinggi dan dihormati oleh rakan sekerja.

2.6 Kemahiran Kepimpinan Kemahiran yang seterusnya diperlukan oleh majikan ialah kemahiran kepimpinan. Kemahiran kepimpinan ini melibatkan keupayaan untuk mengamalkan ciri-ciri kepimpinan dalam pelbagai aktiviti yang akan dianjurkan di tempat kerja mereka. Bagi seorang graduan yang mempunyai sifat kepimpinan, mereka secara automatiki dapat membimbing atau menjadi ketua yang baik kepada pekerja bawahan mereka. Mereka juga akan lebih berkeyakinan dalam menerajui satu-satu projek dan sentiasa memahami kehendak serta keselesaan pekerja bawahan mereka. Mereka juga dapat menyampaikan arahan dengan jelas, tepat dan mudah difahami. Kepimpinan biasa dinyatakan sebagai peranan sosial yang dimainkan oleh seorang pemimpin dan akan diterima oleh masyarakat sekeliling secara langsung dan tidak langsung. Para 8

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

OUMH 1103

pemimpin akan berinteraksi dengan kedua belah pihak iaitu menjadi orang tengah bagi mengutarakan masalah orang bawahan mereka. Oleh itu, dapat kita rumuskan bahawa seseorang pemimpin bukan sahaja menjadi ketua dalam satu-satu organisasi, malah pemimpin ini juga adalah orang tengah di dalam satu organisasi untuk membantu menyelesaikan masalah yang timbul.

3.0 Cara-cara meningkatkan kemahiran insaniah

3.1 Graduan Dalam menerapkan amalan kerja berpasukan para graduan boleh didedahkan dengan melibatkan diri dengan kerja-kerja amal seperti gotong royong, mengadakan ceramah dan aktiviti sukan dan permainan. Pelbagai majlis atau aktiviti yang mereka anjurkan bersama-sama dan pengalaman ini sebenarnya banyak membantu mereka agar menilai setiap hasil kerja yang mereka lakukan secara bersama-sama. Sikap tolak ansur di antara rakan sepasukan juga perlu ada dan tingkatkan sikap kesederhanaan tanpa menyakiti hati sesiapa pun dalam pasukan. Sebagai contohnya, bagi pekerja yang diamanahkan untuk menyelesaikan satu-satu projek yang besar dalam masa yang singkat. Pekerja harus mempunyai sikap bekerjasama di antara satu sama lain dalam pasukan atau dengan rakan sekerja mereka. Kerjasama tersebut akan banyak membantu dari segi idea, tenaga dan perkongsian maklumat yang boleh mempercepatkan projek itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin dalam jangka masa yang pendek. Kesan daripada mengamalkan sikap kerja berpasukan juga banyak membantu meningkatkan prestasi syarikat atau jabatan yang disertai. Selain itu, Skim Latihan Graduan (SLG) juga perlu diikuti. SLG bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan teknologi maklumat (ICT). Kini, Malaysia telah mengambil pendekatan mudah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar di sekolah menengah dengan mengedarkan Laptop 1 Malaysia. Hal ini sangat banyak membantu masyarakat di luar untuk mendalami ilmu perkomputeran. Walaupun kemahiran asas seperti menaip, mencetak, menyalin dokumen dan sebagai telah diketahui, namun masyarakat perlu meningkatkan lagi kemahiran berkomputer dengan cara mengikuti kursuskursus yang berkaitan dengan computer seterusnya memiliki sijil yang sahkan 9

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

OUMH 1103

bagi memudahkan permohonan kerja pada masa akan datang. Kemahiran ICT menjadi salah satu bidang yang dipandang tinggi pada masa kini kerana hampir semua maklumat dan bahan dilakukan berasaskan komputer. Dengan adanya SLG ini telah membuktikan sebanyak 16,000 graduan telah berjaya mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka. Oleh itu, graduan perlu mengikuti SLG ini semasa graduan dalam pengajian.

3.2 Kakitangan Kerajaan Seperti yang telah diutarakan masalah penguasaan Bahasa Inggeris sememangnya terlalu lemah di kalangan masyarakat kita. Bagi meningkatkan kemahiran berbahasa inggeris, para graduan hendaklah membiasakan diri berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Amalan ini juga boleh dibiasakan semasa di rumah. Bagi ibu bapa yang mahir bertutur dalam bahasa inggeris boleh membiasa anak-anak mendengar atau berkomunikasi menggunakan perbendaharaan kata yang mudah sebagai pendedahan awal. Masyarakat sekeliling tidak boleh meletakkan pemikiran bahawa seseorang yang bertutur dalam bahasa inggeris di khalayak ramai sekadar untuk menunjuk-nunjuk. Syarat kelayakan pekerjaan dalam sektor kerajaan mungkin akan dipertingkatkan lagi dengan memberi kepentingan kepada penguasaan bahasa inggeris. Oleh itu, pelbagai kempen dan pertandingan boleh dianjurkan bagi menggalakkan generasi muda mampu menguasai bahasa inggeris di peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh pertandingan Spell it Right yang ditaja oleh RHB Bank dan ditayangkan di dalam televisyen. Rancangan ini sebenar telah banyak membantu pelajar agar menguasai ejaan dan perbendaharaan kata dalam bahasa inggeris. Kerajaan perlu lebih aktif dan mempelbagaikan corak kempen dan pertandingan agar pelajar kita lebih tertarik untuk menyertai program yang berkaitan dengan peningkatan penguasaan bahasa inggeris.

3.3 Institusi Pendidikan Institusi pendidikan merupakan salah satu badan yang memainkan peranan penting dalam menerapkan kemahiran insaniah di kalangan pelajar. Penerapan kemahiran insaniah bukan sahaja melibatkan peringkat menengah dan rendah, malahan pihak di institusi pengajian tinggi awam dan swasta juga perlu 10

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

OUMH 1103

mengambil bahagian. Sebagai persediaan ke alam pekerjaan, pihak sekolah memainkan peranan untuk mendedahkan pelajar dengan penguasaan kemahiran insaniah. Penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum dalam membantu meningkatkan jati diri pelajar di mana pelajar akan menggunakan kemahiran insaniah yang tinggi seperti berkomunikasi dan bekerja dalam pasukan. Kemahiran insaniah turut diterapkan semasa pelajar melakukan aktiviti di dalam bengkel atau makmal di mana pelajar perlu berkomunikasi dengan berkesan agar tugasan mereka dapat disiapkan dengan sempurna. Guru pula memainkan peranan aktif agar melahirkan pelajar yang bukan sahaja mencatatkan keputusan yang cemerlang di dalam akademik sahaja, bahkan pelajar juga harus menguasai kemahiran insaniah.

4.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya, ciri-ciri penting yang diingini oleh majikan di kalangan graduan adalah disebabkan persaingan pasaran global yang semakin tinggi. Apatah lagi dalam sehari beratus ribu masyarakat di Malaysia yang bergelar graduan keluar mencari pekerjaan. Walaupun para graduan mempunyai keptusan yang cemerlang, namun hanya kerana beberapa ciri-ciri yang telah diutarakan tadi tidak dimiliki, maka tipislah peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan idaman mereka. Justeru, bermula saat ini masyarakat harus memandang jauh ke hadapan untuk menambah nilai kemahiran yang sedia ada dengan kemahiran yang lebbih canggih dan pelbagai. Bak kata pepatah kalau nak seribu daya, kalau tak nak, seribu dalih. ( 2514 patah perkataan ) Rujukan

Abdul Rahman Embong. (2006). Pembangunan Insan Dalam Agenda Pembangunan Negara. Tidak Diterbitkan, Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia.

11

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

OUMH 1103

Berita Harian Online. (05.07.2011). Transformasi Ekonomi Tuntut Gaya Hidup Insan Bermutu.

Berita Harian Online. (29.07.2010). Tip Kerjaya:Kemahiran InsaniahTingkat Kualiti Pelajar.

Bernama (14 Julai 2007). Ketiadaan Kemahiran Insaniah Punca Siswazah Menganggur.

Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan (Edisi Keempat). (2010). Kuala Lumpur.

Ee Ah Meng.(1997). Amalan Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur. Syarikat Fajar Bakti Sdn Bhd.

Esa Samad. (2000) .Pencapaian Akademik Bukan Jaminan Kerjaya-Siswa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harian Metro. (n.d). Jangan Salahkan Majikan Jika Graduan Menganggur.

Ibrahim Mamat dan Zaiton Hassan.(2008). Pengurusan Sumber Manusia:Perspektif Modal Insan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Journal of Edupres, Volume 1 September 2011, pages 342-349

Kamus Dwibahasa Longman. (2008). Selangor. Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 12

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

OUMH 1103

Megat Zakaria, Megat Aman Zahiri. (2007). Hubungan antara Kemahiran Generik Dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-guru Pelatih UTM. Satu Tinjauan.

Muhammad Abdul Hadi Bunyamin. (2009). Penguasaan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan UTM.

Norani Mohd Noor & Sazalie Sahimin. (n.d) Penerapan Kemahiran Generik Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Kolej Yayasan Sabah. Universiti Teknologi Malaysia.

eprints.utm.my/2235/1/7_8.pdf

djabarudinsyahroni.blogspot.com/2011/04/definisi-komputer.html

http://berita-harian-online.com/graduan-perlu-bina-ketrampilan/ http://hdl.handle.net/123456789/444 http://mstar.com.my. ( 05.03.2010). Khaled: Sediakan latihan untuk graduan perolehi

kemahiran insaniah
Sunday@thestar.com.my

13

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

OUMH 1103

ARAHAN Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN (ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Fakulti bagi tugasan kursus berkenaan. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan TIDAK termasuk rujukan. Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda. Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar. Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat APENDIKS.

14

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

OUMH 1103

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

15