Anda di halaman 1dari 32

Istilah semantik berasal dari perkataan Yunani semantickos yang bermaksud penting; bererti.

Semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Semantik merupakan bidang studi linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer,1994). Kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. (Kamus Dewan, 1997: 1228) Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat. Secara umumnya ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. Kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. Setiap perkataan perlu diperhatikan 3 perkara berikut: Makna leksikal makna kamus. Bagaimana perkataan itu bermula. Sebab berlaku perubahan pada makna. Semantik dapat diteliti dalam beberapa sudut, iaitu: -Makna dan rujukan -perkataan -Ayat -Jenis-jenis makna -Perubahan makna -Peribahasa, dan Nahu.

TEORI ANALISIS KOMPONEN Teori ini adalah berdasarkan kaedah yang digunakan oleh ahli antropologi dalam menentukan hubungan kekeluargaan. Analisis komponen ialah satu teknik menganalisis makna dan pertalian yang terdapat antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Makna-makna yang terkandung pada setiap perkataan itu dapat dianalisis dan didefinisikan melalui komponen makna perkataan itu. Misalnya istilah anak, bapa dan datuk dapat dijelaskan dengan menganalisis komponen-komponen yang berkaitan. datuk adalah lelaki, dewasa, ayah kepada bapa adalah lelaki, dewasa, anak kepada. anak adalah lelaki/perempuan, bayi/kanak-kanak/dewasa, anak kepada. Melalui teknik ini, setiap konsep dipecahkan ke dalam komponen atau fitur yang terkecil dipanggil fitur distingtif (diperkenalkan Jacobson, 1938). Bagi menghuraikan status seseorang manusia, kata kekerabatan digunakan berdasarkan jantina, perbezaan generasi dan darjah pertalian. Teori ini perbaharui oleh Katz dan Fodor (1963). Teori ini menganalisis menggunakan kata-kata kekerabatan. Contoh bagi set kata: man, woman, boy dan girl yang tergolong dalam medan makna manusia. Teori ini menggunakan fitur yang ditandai dengan (+) dan (-) untuk menandakan ada atau tiada fitur pada perkataan itu. TEORI IMEJAN Teori ini bermaksud makna dapat dihuraikan berdasarkan gambaran atau imej yang ada dalam fikiran seseorang. Bila sesuatu perkataan disebut, didengar atau dibaca, maka mental atau fikiran akan menggambarkan maksud perkataan tersebut. Fikiran akan memberi tafsiran-tafsiran tertentu terhadap perkataan itu. Teori ini merupakan pendekatan saintifik dalam penghuraian makna yang digunakan secara meluas oleh pengkaji-pengkaji linguistik tradisional.

Mereka bersetuju bahawa setiap perkataan yang disebut, didengar dan dibaca akan dapat ditafsirkan secara otomatik oleh fikiran masing-masing. Masalah teori ini: Apabila seseorang itu tidak dapat menentukan bentuk imej dengan tepat apa yang disebut oleh perkataan. Imej yang muncul di dalam otak seseorang itu tidak dapat ditunjukkan oleh gambar atau lambang-lambang yang nyata dan objektif. Imej yang muncul dalam otak seseorang itu tidak dapat ditunjukkan oleh gambar atau lambang-lambang yang nyata dan objektif. Satu contoh umum ialah mengenai rajah segi tiga. Adalah sukar bagi kita hendak menentukan apakah imej segi tiga yang ada pada otak seseorang itu.
TEORI-TEORI DALAM KAJIAN SEMANTIK Teori adalah pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Ia merupakan prinsip atau dasar pembentukan sesuatu ilmu. Teori linguistik merupakan prinsip dan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa. Manakala teori semantik adalah teori yang dapat meletakkan makna pada setiap perkataan dan ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa. Kempson (1991:2) telah membicarakan tentang teori semantik yang merupakan sebahagian daripada teori linguistik am. Teori-teori tersebut termasuklah seperti Teori Imejan, Teori Behaviorisme, Teori Analisis Komponen dan Teori Logik Simbolik. Bagaimanapun, untuk memenuhi tuntutan kepadaan, satu-satu teori semantik itu mestilah memenuhi sekurang-kurangnya tiga syarat, iaitu : i) Mesti mencerap bagi mana-mana bahasa sifat makna perkataan dan makna ayat, dan menjelaskan sifat hubungan antara unsur tersebut. ii) Mesti berupaya meramalkan ketaksaan dalam bentuk-bentuk unsur bahasa, samada perkataan atau ayat. iii) Mesti mencirikan dan menjelaskan hubungan sistematik antara perkataan dan antara ayat sesuatu bahasa, iaitu teori tersebut mesti member huraian yang agak jelas hubungan sinonim, perangkuman logik, penaabiran, pertentangan dan sebagainya. Mana-mana teori yang gagal menepati ketiga-tiga syarat di atas, samada antaranya atau semuanya sekali, pastilah tidak memadai samada dari segi prinsipnya atau pada bahagian tertentu teori itu (Kempson 1991:3-5). a) Teori Imejan Teori ini merupakan pendekatan saintifik dalam penghuraian makna yang digunakan secara meluas oleh pengkaji-pengkaji linguistik tradisional. Mereka bersetuju bahawa setiap perkataan yang disebut, didengar dan dibaca akan dapat ditafsirkan secara automatik oleh fikiran masingmasing. Teori yang juga dikenali sebagai Teori Imej Makna ini didefinisikan sebagai imej makna yang tergambar dalam minda penutur atau pendengar apabila sesuatu benda atau perkara disebut. Dalam erti kata lain, makna kata dihuraikan berdasarkan gambaran yang ada dalam fikiran seseorang. Sesuatu perkataan yang dibaca, didengar dan disebut tergambar dalam fikiran dan ditafsir sehingga memberi makna yang abstrak Imej yang dimaksudkan ini bagaimanapun tidak bersifat visual kerana ia tidak menepati gambaran sebenar yang dimaksudkan secara tepat. Hal ini bergantung kepada keluasan pengalaman dan ilmu yang dimiliki oleh individu itu sendiri. Justeru, kekurangan teori ini adalah

imej yang tergambar dalam fikiran seseorang itu betul atau salah. Individu itu mungkin mempunyai beberapa imej bagi satu ungkapan atau pun dalam situasi yang lain mungkin wujud pula beberapa ungkapan yang berkongsi imej yang sama. Pada hakikatnya, satu nama boleh mempunyai lebih daripada satu pengertian dan juga sebaliknya. Misalnya frasa bunga di jambangan. Farid yang kurang membaca dan tinggal di kawasan pedalaman mungkin hanya memahami frasa ini sebagai beberapa kuntum bunga di dalam pasu yang dijadikan sebagai hiasan di atas meja. Sebaliknya bagi Asiah yang rajin menelaah buku dan majalah mungkin memahami bahawa frasa itu mempunyai dua maksud, iaitu bunga hiasan dan anak gadis yang diibaratkan seperti bunga dalam masyarakat Melayu. Contoh kedua ialah tok mudim. Bagi golongan orang dewasa khususnya pada zaman dahulu, tok mudim ini dihormati kerana jasanya mengkhatankan anak-anak kecil di kampung. Khidmat yang diberikan kepada masyarakat setempat ini amat dihargai kerana kemudahan pada zaman itu adalah sukar didapati dan bayaran yang dikenakan untuk berkhatan di klinik kebanyakannya di luar kemampuan masyarakat. Situasi yang berbeza berlaku jika panggilan tok mudim ini disebut kepada kanak-kanak lelaki. Semerta, akan terbayanglah dalam fikiran mereka imej lelaki tua yang mempunyai raut wajah yang garang, dihiasi misai lebat dan melingkung di hujungnya sambil memegang pisau yang tajam berkilat. Oleh yang demikian, tidak hairanlah apabila terjadi kes kanak-kanak yang bakal berkhatan menghilangkan diri apabila masa untuk upacara itu sudah tiba. b)Teori Behaviorisme Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner ini berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Bahasa dianggap wujud hasil daripada operasi rangsangan (R) dan gerak balas/stimulus (S) ini. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Dalam bidang semantik pula, Leonard Bloomfield (1933) menggunakan teori ini dengan cara menganalisis makna berdasarkan tingkah laku yang dapat diperhatikan dan jika tidak ia hanya akan dianggap sebagai andaian sahaja. Dalam erti kata lain,individu akan dapat menggunakan dan membezakan perkataan yang digunakannya dengan betul hasil daripada tindak balas yang diberi oleh orang lain kepadanya. Empat ciri umum teori behaviorisme ialah menolak konsep mentalisme yang mengkaji pemikiran dan konsep abstrak data yang dapat disahkan, mempercayai bahawa tingkah laku manusia dan haiwan mempunyai persamaan, tingkah laku manusia dalam berbahasa disebabkan keperluan untuk bersosialisasi dan perlakuan manusia ada hubungan dengan rangsangan (stimulus) dan gerak balas. Menurut teori ini, makna merupakan bentuk tindak balas yang terhasil daripada rangsangan yang diperoleh oleh penutur dan pendengar dalam komunikasi yang berlangsung antara mereka. Rangsangan tersebut berlaku samada melalui proses perkaitan antara proses mendengar dengan bertutur atau hasil pembelajaran. Osgood (1980) telah menjalankan kajian semantik yang lebih menekankan proses penutur menghasilkan ujaran dan tindak balas pendengar untuk memahami ujaran tersebut. Hal ini bermaksud perlu wujudnya situasi saling memahami makna yang sama bagi kata-kata yang digunakan.

Contohnya seseorang itu akan marah jika dikatakan Engkau lambat seperti siput kerana dia mampu mengaitkan makna kata lambat seperti siput itu dengan ciri haiwan siput yang dimaksudkan. Sebaliknya, kita tidak menggunakan ujaran Engkau lambat seperti kumbang kerana makna kata lambat seperti kumbang itu tidak dapat dikaitkan dengan ciri atau sifat haiwan yang dimaksudkan. Contoh mudah lain adalah Emak, saya lapar. Nak makan kata Hafiz. Hafiz yang berasa lapar meminta makanan daripada emaknya. Lapar ialah rangsangan, manakala perbuatan meminta makanan daripada emak ialah gerak balasnya. Kedua-dua unsur ini didapati berturutan. Justeru, adalah dapat disimpulkan di sini bahawa hubungan operasi R-------------S ini adalah mampu menghuraikan makna ujaran dalam aspek semantik. c) Teori Analisis Komponen Teori ini menghuraikan kata-kata yang mempunyai hubungan makna antara satu dengan yang lain. Hubungan ini dikenali sebagai struktur leksikal. Makna bagi sesuatu perkataan bukan dianalisis sebagai satu unit, tetapi secara terperinci sebagai satu komponen-komponen yang kompleks. Komponen tersebut dinamakan sebagai komponen semantik yang terdiri dari perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Secara ringkasnya teori ini digunakan untuk menentukan istilah berdasarkan hubungan kekeluargaan sesuatu perkataan/ujaran. Di samping itu teori ini turut menghuraikan makna perkataan dengan memasukkan unsur pertentangan. Misalnya teruna dara dan suami isteri. Antara perkara yang diperhatikan dalam mengkaji makna melalui teori ini ialah melihat sejumlah ciri rujukan bagi sesuatu perkataan, melihat kemungkinan adanya hubungan rujukan antara sesuatu kata dengan kata yang lain dan melihat ciri khusus bagi kata yang mempunyai hubungan rujukan, iaitu yang membezakan fitur semantik kata itu dengan kata yang lain. Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk memperlihatkan elemen semantik dalam ayat, iaitu yang pertama ialah dengan menganalisis komponen kata yang diberikan, misalnya bunga. Huraian boleh dilihat dalam rajah di bawah:

Analisis komponen bagi kata bunga Kata bunga telah dianalisis komponennya sehingga boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu berduri dan tidak berduri. Bunga berduri mempunyai ciri-ciri seperti berbatang keras dan daunnya lebar. Bunga mawar adalah contoh bunga jenis ini. Manakala untuk jenis bunga tidak berduri, antara ciri-cirinya termasuklah berbatang kecil dan lembut, misalnya bunga kekwa dan bunga orkid. Cara kedua untuk mengenal pasti kewujudan elemen semantik ialah dengan melakukan analisis fitur atau ciri semantik. Fitur atau ciri semantik merupakan hubungan makna bagi sejumlah kata yang masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri. Tanda (+) dan (-) digunakan dalam analisis ini. Tanda (+) bermaksud ciri tersebut hadir atau wujud pada perkataan yang hendak dianalisis maknanya, manakala tanda (-) pula membawa makna kata itu tidak mempunyai ciri itu. Contoh perkataan seperti makanan boleh dianalisis fiturnya seperti berikut : Nasi Aiskrim Buah-buahan Sayur-sayuran + berkhasiat - berkhasiat + berkhasiat + berkhasiat - lemak + lemak - lemak - lemak + tenaga - tenaga + tenaga + tenaga Analisis fitur semantik bagi kata makanan.

Huraiannya ialah nasi, buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai khasiat dan memberi tenaga, tetapi tidak mengandungi lemak. Sebaliknya aiskrim merupakan hidangan yang tidak mempunyai khasiat atau pun tenaga, bahkan mengandungi lemak yang boleh menjejaskan kesihatan badan. Analisis terperinci sedemikian memberikan faedah kepada pengguna bahasa kerana dapat membantu memahami makna semantik sesuatu perkataan yang berhubung dengan makna rujukan. Setelah mengetahui ciri semantik sesuatu perkataan itu juga dapat membantu kita memilih perkataan yang tepat dalam ayat atau sesuatu ujaran, di samping memahami pelbagai kemungkinan makna bagi sesuatu perkataan. Bagaimanapun antara kekurangan teori ini termasuklah memerlukan proses yang panjang untuk menghuraikan sesuatu makna, makna dianalisis pada peringkat perkataan,bukannya ayat, sukar menentukan komponen-komponen semantik yang khusus untuk menghuraikan makna sesuatu perkataan dan sering terikat dengan hiponim. d) Teori Logik Simbolik Teori yang juga dikenali sebagai Analisis Logik atau Analisis Linguistik ini adalah lebih lengkap dan menyeluruh jika dibandingkan dengan ketiga-tiga teori sebelumnya. Hal ini adalah kerana teori ini cuba mengkaji makna bukan sahaja dari peringkat perkataan, malahan juga pada peringkat ayat dan perlakuan manusia, sebagai reaksi kepada tanggapan yang mereka terima mengenai sesuatu perkataan. Bahasa menurut definisi teori ini ialah sejenis sistem lambang. Menurut teori ini, ciri-ciri situasi dan tingkah laku yang mengiringi bahasa adalah sebahagian makna perkataan itu. Takrif makna seperti ini adalah takrif fungsional. Ia adalah pendekatan yang lebih berkesan untuk mengkaji makna kerana ia mengambil kira proses bagaimana sesuatu perkara itu mendapat maknanya. Teori logik simbolik mengatakan sesuatu perkataan memperoleh maknanya melalui apa yang disebut dengan istilah keperihalan keadaan atau konteks situasi yang wujud semasa perkataan itu digunakan. Kajian makna yang mengutamakan tingkah laku melihat bahasa sebagai sejenis tingkah laku. Oleh itu, bagi teori ini, bahasa bukan setakat petunjuk apa yang ada dalam fikiran manusia sematamata. Terdapat tiga sub bahagian dalam kajian yang diteliti oleh teori ini, iaitu semantik, sintaktik dan pragmatik. Semantik dalam teori ini didefinisikan sebagai kajian tentang hubungan di antara simbol dengan rujukan atau boleh juga dikatakan sebagai hubungan antara perkataan dengan benda. Rujukan atau benda tidak terhad bilangannya di dalam sesuatu bahasa kerana sesuatu lambang itu mewakili sekumpulan benda atau pun peristiwa yang mempunyai persamaan antara satu dengan lain. Manakala simbol pula biasanya dirujuk kepada kumpulan benda yang mempunyai persamaan. Sintaktik pula merupakan bidang kajian yang mengkaji hubungan di antara perkataan dengan perkataan lain untuk menentukan makna. Makna sesuatu ayat bukan hanya diperoleh dengan mencampurkan makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam ayat itu. Sebaliknya, makna ayat juga bergantung kepada susunan perkataan dalam ayat. Contohnya istilah orang kecil boleh membawa maksud orang yang saiz badannya kecil atau juga orang yang berpangkat rendah atau biasa sahaja. Selain itu misalan seperti rantai tangan dengan tangan rantai, itik telur dengan telur itik dan Korea Selatan dengan Selatan Korea mempunyai tafsiran yang berbeza. Manakala pragmatik pula ialah bidang kajian yang mengkaji hubungan antara lambang dengan tingkah laku. Jika dibandingkan dengan kedua-dua sub bahagian teori Logik Simbolik di atas, pragmatik didapati lebih menarik kerana dalam proses komunikasi, makna dalam sesuatu perkataan itu dinilai daripada sudut adakah makna itu sampai kepada penerimanya atau tidak. Justeru, kajian makna jenis ini bergantung kepada bagaimana perkataan menyebabkan manusia bertindak balas melalui tingkah laku. Contohnya seperti panggilan perempuan, wanita dan betina. Wanita ialah perkataan paling manis untuk seorang perempuan, manakala betina ialah panggilan untuk seorang perempuan yang rendah akhlaknya. Ketiga-tiga panggilan ini merujuk kepada makna yang sama, iaitu

seseorang yang mempunyai jantina perempuan. Bagaimanapun, konteks keadaan individu itu mempengaruhi cara ia dipanggil. Reaksi yang diberi tentulah berbeza-beza apabila dipanggil sebagai wanita, perempuan atau betina. Tamsilan seterusnya ialah perkataan yang mempunyai unsur keagamaan seperti babi. Bagi masyarakat bukan Islam, haiwan ini tidak diharamkan dalam agama mereka. Bagaimanapun hal yang sebaliknya berlaku dalam masyarakat Islam kerana haiwan itu adalah dilarang sama sekali untuk disentuh, apatah lagi dijadikan makanan. Oleh yang demikian, adalah lebih elok dan sopan jika ia disebut sebagai khinzir sahaja. Selain itu perkataan jamban yang merujuk kepada tempat membuang air adalah lebih sopan disebut sebagai tandas atau bilik air.
Ini adalan versi html bagi fail http://www.ppl.upm.edu.my/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=5462&Itemid=176. G o o g l e secara otomatik menjana versi html semasa kita melayari laman web.

BBM 3206 SEMANTIK 0LEH : PROF. MADYA DR. AHMAD MAHMOOD BIN MUSANIF Sesi Bersemuka Pertama Konsep Semantik

Kajian tentang makna Berasal daripada bahasa Yunani sema yang menerbitkan kata semainein yang bermaksud menunjukkan, bererti, dan bermakna

Sudut Pengertian Semantik


Makna luas: sintaksis, semantik, pragmatik Makna sempit: teori referensi, teori makna

KONSEP MAKNA

Aristotle menyatakan bahawa unit terkecil yang bermakna atau the smallest significant unit of speech ialah perkataan.

Dalam linguistik sekarang, unit tatabahasa terkecil yang bermakna adalah morfem.

Menurut Ullmann (1962:55), ada dua aliran pemikiran tentang konsep makna: aliran anatikal @ referensial dan aliran operasional @

kontekstual.

PENGERTIAN MAKNA SECARA ANATIKAL

Menurut de Saussure (1959:67),bahasa terdiri daripada bunyi atau penanda (signifiant) dan makna atau petanda (signifie).

Penanda adalah bayangan akustik, misalnya urutan bunyi m+e+j+a. Petanda adalah gambaran atau makna yang melambangkan bunyi meja.
Oleh itu, kata atau lambang linguistik adalah bayangan akustik atau bunyi + gambaran atau makna.

Ogden dan Richards (1949:11) pula menerangkan makna dengan memecahkannya kepada tiga komponen melalui rajah tiga segi semiotik. Ullmann (1962:57) telah mempermudah teori segi tiga semiotik dengan melihat makna sebagai hubungan resiprokal antara nama dengan pengertian. Pada hakikatnya, satu nama boleh mempunyai lebih daripada satu pengertian dan juga sebaliknya. PENGERTIAN MAKNA SECARA OPERASIONAL

Stuart Chase (1938:7) menerangkan makna secara operasional, iaitu

The true meaning of word is to be found by observing what the man does with it, not what he says about it.

Wittgenstein (1953) menegaskan bahawa makna perkataan adalah penggunaan perkataan dalam bahasa (the meaning of word is its use

in the language).
TEORI SEMANTIK

Teori adalah pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Ia merupakan prinsip atau dasar pembentukan sesuatu ilmu.

Teori linguistik merupakan prinsip dan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa.

Teori semantik adalah teori yang dapat meletakkan makna pada setiap perkataan dan ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa.

TEORI SEMANTIK MESTI MEMENUHI 3 SYARAT:

Mesti mencerap setiap makna perkataan dan ayat, dan hubungan antara unsur tersebut.

Mesti dapat meramalkan ketaksaan pada perkataan dan ayat. Mesti mencirikan dan menjelaskan hubungan sistematis antara perkataan dan antara ayat, iaitu hubungan sinonim, perangkuman logis, penaabiran, pertentangan, dan sebagainya.

Teori Imej Makna


Menurut teori ini makna diterangkan berdasarkan imej yang terbayang dalam akal penutur @ pendengar. Dalam pengaplikasiannya, teori ini menghadapi beberapa masalah: Bentuk imej yang terbayang pada penutur dan pendengar. Satu ungkapan mempunyai lebih dari satu imej. Satu imej mempunyai lebih dari satu ungkapan. Imej bergantung kepada pengalaman.

Teori Analisis Komponen


Teori ini pada awalnya digunakan oleh ahli antropologi dalam menentukan istilah hubungan kekeluargaan. Teori ini diaplikasikan dalam linguistik untuk menjelaskan makna perkataan. Menurut teori ini, makna perkataan dianalisis bukan secara satu unit, tetapi dalam hubungan komponen yang kompleks. Komponen tersebut dinamakan sebagai komponen semantik yang terdiri dari perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Teori ini menghuraikan makna perkataan dengan memasukkan unsur pertentangan. Dalam pengaplikasiannya, teori ini juga menghadapi masalah:

Komponen semantik untuk sesuatu perkataan mempunyai makna tersendiri dan perlu dihuraikan. Huraian makna dalam teori ini tertumpu pada perkataan dan tidak pada ayat. Makna yang tepat sukar diperolehi kerana terikat dengan ciri hiponim.

Makna Perkataan dan Faktor Perubahannya

Sinonim: Kata-kata yang mempunyai makna yang sama. Maksud sama tidak perlu seratus peratus sama. Misalnya:
jemput = undang kereta = motokar iktisad = ekonomi siasah = politik mangkat = mati biduan = penyanyi seniman = pelakon

Antonim: Perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan dengan


perkataan yang lain. Misalnya: malam lwn siang laut lwn darat menjual lwn membeli memberi lwn menerima tua lwn muda baru lwn lama Antonim juga dapat dibentuk dengan cara pengimbuhan, misalnya: progresif lwn regresif prasejarah lwn pascasejarah

induktif lwn deduktif seniman lwn seniwati Dari sudut ragamnya, antonim dapat digolongkan kepada beberapa jenis: 1. Antonim komplementar 2. Antonim gradabel 3. Antonim relasional 4. Antonim resiprokal POLISEM, HOMONIM, DAN HIPONIM

Polisem: Satu kata @ frasa yg mempunyai dua @ lebih makna yg berbeza. Bunyi dan bentuk ejaan sama tetapi berbeza makna dalam konteks berbeza. Misalnya, badan (tubuh @ yayasan), luka (cedera @ tersinggung), beradu (berlawan @ tidur). Homonim: Kata-kata yang sama ejaan dan bunyi, tetapi berbeza makna, misalnya daki memanjat dengan daki kotoran.

Dalam penyusunan kamus polisem dijelaskan di bawah satu kata masukan, misalnya berat 1. tekanan, 2. sukar, 3. sangat Homonim dalam kamus dijelaskan sebagai dua kata masukan yang berasingan, misalnya daki I kotoran dan daki II memanjat.

Misalnya, menonton dengan menuntun, dan golongan dengan gulungan. Misalnya, semak periksa dengan semak belukar atau kusut.

Homofon: Kata-kata yang sama bunyi, tetapi berbeza ejaan dan maknanya. Homograf: Kata-kata yang sama ejaan, tetapi berbeza bunyi dan maknanya.

Hiponim: Kata-kata yg mempunyai hubungan inklusif @ pengelompokan dalam satu jenis @ himpunan golongan perkataan.

Ini menunjukkan kata bunga merupakan penggolong dan cempaka, melur merupakan anggota kepada penggolong tsbt. Dlm BI adalah katasheep.

Perubahan Makna

Makna sesuatu perkataan atau ungkapan boleh berubah daripada yang asal kepada makna yang baharu. Namun antara unsur-unsur bahasa, maknalah yang paling kuat bertahan terhadap gejala perubahan (Hashim Musa, 1994:77). Antara faktor-faktor perubahan makna adalah :

Perubahan makna kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Perubahan makna kerana perubahan tanggapan penutur. Perubahan makna kerana perluasan maksud. Perubahan makna kerana pembatasan maksud. Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik.

TERIMA KASIH
Ini adalan versi html bagi fail http://www.ideal.upm.edu.my/~ideal/tugasan/bacelor/BBM3201_minggu13.ppt. G o o g l e secara otomatik menjana versi html semasa kita melayari laman web.

Semantik MINGGU 13

SEMANTIK

Ujaran mempunyai pelbagai tafsiran, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.

Secara mudah, semantik dianggap sebagai kajian tentang makna.

Mengikut tafsiran luas, semantik ialah kajian sintaksis, proposisi dan pragmatik (kajian lakuan linguistik).

Mengikut tafsiran sempit, semantik ialah kajian tentang teori referensi (denotatif, ekstensi), dan teori makna (konotasi, intensi).

RUJUKAN

Rujukan ialah benda, konsep atau perlakuan yang dirujuk. Rujukan ditambah dengan kata atau istilah yang sesuai. Misalnya gabungan fonem: / k /, / b /, / c /, / d /, / g /, / h /, / n /, / m /,

/ r /, / t /, / s /, / w /, / y /, / i /, / a /, / e /, / o /, / u / akan menerbitkan bunyi yang bermakna. [ kertas ], [ bangku ], [ wanita ], [ rumah ], [ bangunan ], [ cahaya ], [ budak ]

kertas: bahan tipis yang diperbuat daripada kayu bangku: papan panjang yang berkaki (tempat duduk) wanita: perempuan dewasa cahaya: benda terang yang memancar daripada matahari, rumah: binaan untuk tempat tinggal budak: anak, kanak-kanak bangunan: sesuatu yang didirikan, seperti rumah, gedung, menara

bulan

LAMBANG Kata wanita diberi lambang: Merujuk bentuk tulisan yang mewakili perkataan yang diujarkan. Kata rumah diberi lambang: Kata harimau diberi lambang:

LAMBANG

Berikut ialah hubungan antara rujukan, kata, makna dan lambang.

rujukan

kata

(benda / konsep) (ujaran)

Lambang (tulisan)

makna (tafsiran)

LAMBANG

Rajah itu merumuskan:

rujukan benda / konsep sesuatu yang dirujuk kata unsur bahasa yang merujuk bentuk makna tafsiran bagi benda atau konsep

ujaran

Hubungan antara benda dengan makna secara langsung.

Hubungan antara benda dengan kata, kata dengan makna, makna dengan lambang, dan lambang dengan benda secara tidak langsung.

JENIS MAKNA

Secara umum, jenis makna dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu makna leksikal, makna ketatabahasaan, dan makna konteks.

Makna leksikal ialah makna yang dimiliki atau yang ada pada perkataan dengan tidak mengambil kira konteks, iaitu makna sebenar. Contoh:

perdu = kelompok pokok, rumpun percik = titik air yang berserak-serak di sana-sini malakut = alam atau tempat malaikat atau roh

jerat = tali pencerut untuk menangkap satwa lugas = tentang yang perlu sahaja

JENIS MAKNA

Makna ketatabahasaan wujud melalui proses gramatis seperti pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Contoh:

maksud = tujuan, hajat, kehendak, niat bermaksud = bertujuan, berhajat, berniat, berkehendak = mengandung erti

Makna konteks ialah makna kata yang wujud dalam suatu konteks, dengan mengambil kira tempat, waktu, dan lingkungan peristiwa. Contoh:

* Rambut di kepalanya sudah putih * Sultan ialah kepala negeri * Kepala surat itu sudah pudar * Kepala lututnya masih kuat * Kepala kainnya sudah tidak kemas

MAKNA RUJUKAN DAN MAKNA BUKAN RUJUKAN

Makna rujukan ialah makna yang ada rujukan atau acuannya. Misalnya kata rumah, hujan dan lukisan ialah kata yang bermakna rujukan kerana wujud acuannya di dunia nyata. Makna bukan rujukan ialah makna yang tidak mempunyai rujukan seperti dan, atau, di samping, kerana Terdapat sejumlah kata yang dinamakan deiktik, iaitu acuannya tidak menetap pada satu maujud, tetapi bergantung pada konteks. Contohnya:

Kata ganti nama: dia, saya, kami, kita, beliau Kata menyatakan ruang: di sini, di sana Kata menyatakan waktu: kini, dini, esok, nanti Kata tunjuk: ini, itu.

MAKNA DENOTATIF DAN MAKNA KONOTATIF

Makna denotatif ialah makna asli, asal, atau makna sebenarnya. Oleh itu, makna denotatif sama dengan makna leksikal. Contoh: berkulit tebal, dan

babi = satwa menyusui yang bermuncung panjang, berbulu kasar, serta diharamkan bagi orang Islam gerombolan = kumpulan, kelompok atau kawanan

perempuan = orang yang dapat hamil, melahirkan anak menyusui

dan

Makna konotatif ialah makna lain yang ditambahkan pada makna denotatif, yang ada hubungannya dengan nilai rasa orang yang menggunakan kata itu. Contoh:

babi = jijik dan kotor, rasa marah dan menyampah.

gerombolan = kawanan perusuh atau penjahat perempuan = unsur negatif

MAKNA DENOTATIF DAN MAKNA KONOTATIF

Kata yang bermakna konotatif juga bergantung pada konteks. Kata babi, jijik bagi orang Islam, tetapi tidak jijik bagi orang bukan Islam. Begitu juga dengan kata perempuan, mengancam, kurus, rombongan, dan wanita. Contoh:

> Perempuan itu buah hati saya / Memang dasar perempuan! > Dadah mengancam keselamatan negara. / Hai, mengancam nampak! > Orang gemuk itu sudah kurus / Badannya kurus kering > Rombongan pengantin telah tiba / Rombongan alternatif akan menyerahkan > Wanita korporat / Wanita penggoda

MAKNA KONSEPTUAL

Makna konseptual ialah makna yang dimiliki oleh leksikon yang terlepas daripada apa-apa konteks atau asosiasi. Contoh:

inayat: pertolongan, bantuan, pemberian Tuhan. kukuh: kuat terpancang pada tempatnya. logika: pengetahuan tentang kaedah berfikir. nafsu: keinginan hati yang kuat. gelombang: ombak panjang yang bergulung-gulung andal: dapat dipercayai andika: kehormatan tertinggi yang diberikan atau dimiliki oleh raja atau penguasa yang tidak beragama Islam.

Oleh itu, makna konseptual samalah juga dengan makna leksikal, makna denotatif atau makna rujukan.

MAKNA ASOSIATIF

Makna asosiatif ialah makna yang dimiliki oleh leksikon akibat wujudnya hubungan leksikon itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa. Contoh:

melati: tumbuhan perdu suku rubiaceace, sering ditanam di halaman rumah, warna bunganya putih berbentuk bintang, terletak pada tandan kecil, berbau sangat harum, sering digunakan di pelbagai upacara adat seperti perkahwinan, juga pada waktu kematian. - Sesuatu yang suci / kesucian putih: warna dasar yang serupa dengan warna kapas - bersih, suci dan murni

merah: warna dasar yang serupa dengan warna darah - berani atau faham komunis

MAKNA ASOSIATIF

buaya: binatang berdarah dingin yang merangkak (reptilia), bertubuh besar dan berkaki keras, bernafas dengan paru-paru, dan hidup di air (sungai atau muara sungai). - Jahat atau kejahatan

Kerbau: binatang memamah rumput, yang biasanya diternak untuk diambil dagingnya, atau digunakan untuk membajak, rupanya seperti lembu, tanduknya panjang, suka berkubang, umumnya berbulu kelabu kehitaman. - bebal, bodoh dan dungu.

Makna asosiatif juga merangkumi makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, dan makna kolokatif. Makna konotatif bermaksud kata tertentu berasosiasi dengan nilai rasa terhadap kata itu, seperti kata babi, anjing, ramping

MAKNA STILISTIK, AFEKTIF DAN KOLOKATIF

Makna stilistik bermaksud penggunaan kata berasaskan perbedaan sosial atau bidang kegiatan, seperti kata rumah, kediaman, tempat tinggal, pondok, istana, banglo, teratak, panti, gedung, pejabat,

wisma, balai, dewan, bangunan, asrama, pangsapuri, iglu, dangau, cungkup, bumbung, khemah, reban, sarang, sangkar

Makna afektif bermaksud perasaan penutur terhadap pendengar atau objek yang dibicarakan. Contoh:

> Tutup mulut kamu! > Harap diam sebentar!

Makna kolokatif bermaksud ciri makna tertentu yang dimilki oleh kata daripada sejumlah kata yang bersinonim sehingga kata itu sesuai dengan pasangan tertentu sahaja. Contoh:

> Tampan untuk lelaki > Cantik untuk wanita.

MAKNA KATA

Setiap kata mempunyai makna, iaitu makna leksikal, denotatif atau konseptual. Semua makna ini masih bersifat umum, kasar dan kurang tepat. Makna yang lebih tepat terjelma apabila kata itu berada dalam konteks situasinya. Misalnya kata membawa.

membawa: memegang atau mengangkat sesuatu sambil berjalan atau bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Apabila digunakan kata membawa dalam konteksnya barulah jelas, apakah kata yang lebih tepat:

membawa, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung, menjinjing, membimbit, menggendong, menggalas, menanggung, mengangkat, mengusung, menatang, memimpin, mengiringi, menemani, mengakibatkan, mendatangkan, menyebabkan, menghasilkan, melibatkan, memasukkan, menarik, menyeret

MAKNA ISTILAH

Makna istilah ialah makna yang pasti, jelas, tidak meragukan walau dalam konteks apa pun. Istilah bersifat bebas konteks, dan digunakan dalam didiplin ilmu khusus. Misalnya makna kata khayal dalam bidang perubatan berbeda dengan makna khayal dalam penggunaan biasa. Contoh lain: spasmodik, KKJT maksudnya,

gagap: Kecacatan pertuturan, lazimnya disebabkan gangguan psikofisiologi. Bunyi konsonan diulang secara khusunya pada ujaran dini. ergatif: Nama kasus tatabahasa untuk menandakan subjek epigram: Ungkapan atau kata ringkas, bernas dan tajam serta mengandung unsur bertentangan.

Dalam perkembangan bahasa, terdapat istilah khusus yang digunakan sebagai kata umum, seperti kata teknologi, psikologi, virus, kalimat, gatra

MAKNA IDIOM

Makna idiom ialah satuan ujaran yang maknanya tidak dapat diramal daripada makna unsurnya, sama ada secara ketatabahasaan atau leksikal.

Secara ketatabahasaan, menjual kereta bermaksud penjual menerima wang, dan pembeli menerima kereta. Namun, bentuk menjual suara tidaklah bermakna penjual menerima wang, dan pembeli menerima suara, tetapi bermaksud orang yang menggunakan suaranya secara total untuk mendapatkan wang pembiayaan hidupnya sehari-hari.

Contoh lain: membanting tulang, meja hijau (keadilan), sudah senja, masih dini

MAKNA IDIOM

Bentuk idiom dapat dibahagikan kepada dua, iaitu idiom penuh dan idiom sebahagian. Idiom penuh ialah idiom yang semua unsurnya terserap menjadi satu kesatuan makna.

Idiom sebahagian ialah idiom yang salah satu unsurnya masih memiliki makna leksikalnya. Contoh:

Kertas putih: Kertas yang memuatkan keterangan rasmi secara jelas dan benar tentang sesuatu perkara / peristiwa. Daftar hitam: Daftar yang di dalamnya tersenarai nama orang yang disyaki melakukan kejahatan.

Filem biru: Filem yang mengandung adegan lucah yang keterlaluan. Rumah panas: Rumah yang kerap berlaku bencana.

MAKNA PERIBAHASA

Peribahasa memiliki makna yang masih dapat dilacak daripada makna unsurnya kerana kewujudan asosiasi antara yang tersurat dengan yang tersirat. Contoh:

Seperti ilmu padi, kian berisi, kian merunduk. Seperti kacang lupa akan kulit. Seperti mentimun dengan durian. Seperti merak mengigal di hutan Seperti penyapu diikat dengan benang sutera Seperti tikus membaiki labu Seperti golok kayu, ditetak tak lut, dijual tak laku

Idiom dan peribahasa terdapat pada semua bahasa, terutama pada bahasa yang mempunyai tahap ketamadunan yang tinggi. Kedua-dua makna ini dapat ditelesuri dengan tuntas melalui kamus.

RELASI MAKNA

Relasi makna bermaksud hubungan semantik yang terdapat antara satuan bahasa yang satu dengan satuan bahasa yang lain. Satuan bahasa mungkin berupa kata, frasa, dan ayat.

Relasi makna dapat menyatakan:

> kesamaan makna > pertentangan makna > jangkauan makna, > kegandaan makna. > kelebihan makna

Relasi makna dapat dilihat dari aspek sinonim, antonim, polisem, homonim, hiponim, ambiguiti dan pertindanan makna.

SINONIM

Dua kata atau lebih yang mempunyai makna kognitif atau makna konsep yang sama, yang juga merupakan implikasi dua hala. Contoh:

betul : benar mati : korban fall : autumn freedom : liberty wide : broad

Mati korban

SINONIM

Semua kata yang bersinonim tidak persis sama. Ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya:

waktu: laksamana (dini) komandan (kini) tempat: saya (di mana-mana) - beta (istana) formal: wang (rasmi) - duit (tidak rasmi) sosial: saya (sesiapa sahaja) - aku (sebaya) laras : matahari (umum) - surya (sastera)

Setiap kata mempunyai nuansa makna yang berbeda. Contoh:

lihat, melihat, menonton, nampak, melirik, pandang, tengok, jenguk, tenung, renung, tilik, jegil, imbas, belek, perhati, tumpu, tatap, awasi, tinjau, intai, amati, teliti, kenyit, intip, jeling, kerling, teropong, menziarahi, melawat, menjenguk, mengunjungi, mengendap

ANTONIM

Kata yang menyatakan pertentangan makna atau kontras makna antara satu kata dengan satu kata yang lain. Hubungan antara kata itu juga bersifat dua hala. Contoh:

amanah - curang asli - tiruan bantah - setuju pasang - surut teruna - dara lelaki - perempuan jantan - betina tekun malas

ANTONIM

Antonim dapat dibahagikan kepada beberapa jenis berasaskan sifat tertentu. Bersifat mutlak: batas antara satu dengan lain dapat ditentukan dengan jelas. hidup mati, diam bergerak Bersifat relatif: batas antara satu dengan lain tidak dapat ditentukan dengan jelas. besar kecil, jauh dekat, tebal nipis, panjang pendek Bersifat relasional: kewujudan yang satu perlu disertai oleh yang lain. suami isteri, membeli menjual, guru murid. Bersifat hierarki: kedua-dua satuan ujaran yang bertentangan itu berada dalam satu garis hierarki. gram kilogram

Dalam setengah bahasa, terdapat ujaran yang memiliki pasangan antonim lebih daripada satu. Keadaan ini dinamakan antonim majmuk. Contoh:

Jauh: dekat, hampir, rapat, sebelah, akrab, karib, samping, sanding, intim, damping

POLISEM

Kata atau satuan ujaran yang mempunyai makna lebih daripada satu. Contoh:

kepala: bahagian tubuh (manusia / binatang) dari leher ke atas ke hadapan (tempat terdapatnya mata, mulut, telinga)

atau

kepala: bahagian sesuatu yang di sebelah atas (hadapan atau hulu) kepala: ketua (pejabat, perkumpulan, tertubuhan), pemimpin penghulu kepala: otak, fikiran, akal. kepala: orang (digunakan dalam perhitungan / perkiraan)

negara,

Makna pertama ialah makna sebenar. Makna lain ialah makna yang dikembangkan berasaskan salah satu komponen makna yang dimiliki oleh kata atau satuan ujaran itu.

HIPONIM

Hiponim bermaksud ungkapan yang maknanya dianggap sebahagian daripada makna suatu ungkapan lain.

Umpamanya kata mawar ialah hiponim terhadap kata bunga kerana mawar termasuk dalam kata bunga. Mawar memanglah bunga tetapi bunga bukan hanya mawar, melainkan termasuk tanjung, matahari, tahi ayam, cempaka, melur, raya, kasturi, ros, melati

Contoh lain:

Ikan: tenggiri, tongkol, bawal, kembung, bilis, belanak, buntal, parang, tambang, merah, emas, kelisa, kelisi, gelama, duri

HOMONIM

Homonim bermaksud ungkapan yang bentuknya sama dengan ungkapan lain, tetapi maknanya tidak sama. Contoh:

pacar : inai pacar : kekasih bisa : racun bisa : sanggup, dapat

bandar : pelabuhan bandar : kota perdagangan bandar : parit bandar : pemegang wang dalam perjudian bang : azan bang : singkatan kata abang nya : Yang di sana itu kekasihnya (KGND) ingin berkahwin, tetapi kekasihnya belum tertentu) ada (orang

AMBIGUITI

Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud kata yang bermakna ganda atau mendua makna. Kegandaan makna ini berlaku pada satuan ketatabahasaan yang lebih besar, iaitu frasa, klausa atau kalimat, dan terjadi akibat pentafsiran struktur ketatabahasaan yang berbeda. Contoh: Buku sejarah baru

(Buku sejarah itu baru / Buku itu berisi sejarah zaman baru)

Orang malas lalu di sana

(Jarang ada orang yang mahu lalu di sana / Orang malas sahaja lalu di sana)

Menteri baru kahwin

(Menteri yang baru dilantik itu kahwin / Menteri yang sudah lama jadi menteri, tetapi kahwinnya baru)

PERTINDANAN MAKNA

Pertindanan makna bermaksud berlebih-lebihan penggunaan unsur segmental dalam suatu bentuk ujaran. Contoh:

> Burung ditembak oleh Halim > Burung ditembak Halim


Kata oleh dalam ayat di atas dianggap yang berlebih-lebihan dan mubazir, kerana kata oleh itu sebenarnya tidak perlu. contoh lain:

> Perawan ini memakai baju berwarna merah. > Perawan ini berbaju merah. > Dia membelah kayu dengan menggunakan kapak. > Dia membelah kayu dengan kapak.

RUMUSAN

Semantik ialah kajian tentang teori referensi dan teori makna.

Rujukan ialah benda, konsep atau perlakuan yang dirujuk dan lambang merujuk bentuk tulisan yang mewakili perkataan yang diujarkan.

Jenis makna dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu makna leksikal, makna ketatabahasaan dan makna konteks.

Bidang makna yang lain termasuklah makna rujukan dan makna bukan rujukan, makna denotatif dan makna konotatif, makna kontekstual, makna asosiatif, makna stilistik, afektif dan kolokatif, makna istilah, makna idiom, dan makna peribahasa.

Relasi makna dapat diperincikan dari aspek sinonim, antonim, polisem, hiponim, homonim, ambiguiti dan pertindanan makna.