Anda di halaman 1dari 6

TUTORIAL MINGGU 6 Soalan : Bincang dalam kumpulan kecil berkaitan dengan perancangan,

pelaksanaan serta kesan Program Kelas Intervensi Awal (KIA2M) dan LINUS. PENGENALAN KIA2M Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu yang terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka terdiri daripada murid pemulihan khas dan murid memerlukan pemulihan dalam kelas. PERANCANGAN KIA2M Strategi pengajaran dan pembelajaran Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) melibatkan beberapa langkah berikut: 1. Pencalonan 2. Ujian penapisan 3. Perancangan 4. Pengajaran 5. Penilaian 6. Tindakan susulan KESAN 1. Murid mula menunjukkan minat untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis. 2. Penguasaan murid dalam kemahiran membaca dan menulis meningkat. 3. Murid menunjukkan sikap positif dan mula berani untuk bertanya dan berinteraksi dengan guru.

Bermula pada tahun 2010, KIA2M telah digantikan dengan program LINUS.

PENGENALAN LINUS LINUS ialah akronim kepada saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening). LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk bagi memastikan murid untuk menguasai kemhiran asas literasi ( Bahasa Malaysia ) dan numerasi ( Matematik ) di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah. Program ini disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.

PERANCANGAN 1. Literasi asas Keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (menggunakan kata hubung) dalam Bahasa Malaysia dan mengaplikasikan pengetahuan dalam pembelajaran dan komunikasi harian. Kemahiran Membaca, menulis memahami dan Tahun 1 Minima 500 perkataan umum yang mudah. Ayat tunggal Tahun 2 Minima perkataan umum mudah. Ayat mudah & majmuk yang 800 Tahun 3 Minimum 1000 perkataan umum mudah. Ayat mudah & majmuk yang

dengan hubung

kata

dengan

kata

hubung dalam perenggan pendek.

2. Numerasi Asas Keupayaan menyelesai operasi asas matematik, serta memahami idea matematik yang mudah dan berupaya mengaplikasi pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian. Kemahiran Membaca, menulis, mengira dan menyusun (ikut susunan) nombor bulat Operasi asas Fakta untuk asas tembah Fakta untuk dan darab dan (2,5,10) asas tambah tolak, (2,5,10) bahagi Fakta untuk dan darab (3,4,6,7,8 & 9) dan bahagi asas tambah tolak, Tahun 1 Nombor sehingga 50 Tahun 2 Nombor sehingga 100 Tahun 3 Nombor sehingga 1000

dan tolak

(3,4,6,7,8&9) Aplikasi Mengira sehingga RM10 Menyatakan waktu sehari dalam duit Mengira duit Mengira sehingga RM100 Menentukan masa sejam dalam pada wang

sehingga RM50 Menyatakan waktu jam analog dalam secara

Mengukur panjang sesuatu objek

Mengukur panjang sesuatu dalam yang betul. objek unit

jam analog. Mengukur panjang dalam yang objek unit betul

dalam unit-unit relative.

(dalam cm)

6 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM LINUS UNTUK MENCAPAI SASARAN 90% BERMULA PADA TAHUN 2010 1. Saringan murid ( Tahun 1, Tahun 2, dan Tahun 3 2. Pembangunan bahan 3. Pengukuhan kemahiran pedagogi guru 4. Program kesedaran sekolah & komuniti 5. Pemantauan, penyeliaan & penilaian 6. Pembentukan FasiLINUS (Fasilitator LINUS)

Kesan LINUS 1. Pencapaian murid meningkat dalam pembelajaran. 2. Murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dapat dikesan dengan lebih awal. 3. Guru dapat memantapkan lagi kaedah, teknik dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran. 4. Dapat mencapai hasrat kerajaan dalam aspek pendidikan.

Rujukan : http://nkrapendidikan.moe.gov.my/mainpage.php?module=nkra&id=122 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelaksanaanLINUSberiimpakpositif/Articl e/index_html http://jeramteguh.blogspot.com/2009/11/program-peningkatan.html http://id.scribd.com/doc/44027999/Tutorial-5