Anda di halaman 1dari 13

Pendahuluan

Malaysia telah memilih visi sebagai sebuah Negara dan bangsa industri moden. Namun, dari segi kewangan dan teknikal Malaysia banyak bergantung kepada bantuan Negara luar terutamanya Barat. Demi mengubah dasar daripada sebuah Negara pertanian kepada sebuah Negara perindustrian, kerajaan mula berpaling kepada Negara-negara timur khususnya Jepun, Korea, dan Taiwan. Seperti yang kita sedia maklum, Jepun dan Korea merupakan dua buah negara yang begitu pesat membangun di Asia Timur. Dalam bidang tertentu, negara ini lebih maju daripada beberapa negara Barat sendiri. Kejayaan kedua-dua buah negara ini boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia dan seterusnya dipraktikan bagi mencapai matlamat pembangunan negara dengan meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan sektor awam dan swasta. Dari peningkatan inilah wujudnya Dasar Pandang ke Timur yang bagi memacu kemajuan negara Malaysia. Dasar Pandang ke Timur merupakan satu inisiatif serta sebuah dasar yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 8 Ferbruari 1982. Ia telah diperkenalkan semasa berlangsungnya persidangan 5th Join Annual Conference of MAJECA di hotel mewah Hilton, Kuala Lumpur. Dengan pengenalan dasar ini, kerajaan akan membuat beberapa penelitian dan pemilihan berkenaan contoh-contoh mahupun teladan murni daripada Negara Jepun dan Korea serta mengubahsuaikannya agar bersesuaian dipraktikkan dalam masyarakat di Malaysia. Dalam mencapai status Negara maju, nilai kerja serta etika yang dipraktikkan di Timur dapat menjadi contoh terbaik dalam pelbagai sudut. Ini juga berupaya meningkatkan mutu kerja serta melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa. Selain itu, penubuhan dasar ini juga bertujuan mencipta masyarakat yang progresif serta berinovasi.
1

Latar Belakang Dasar Luar Negara


Secara umumnya, pembentukan sesuatu dasar luar itu amat berkait rapat dengan suasana politik serta ekonomi sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, ia merujuk kepada semua yang berlaku di luar batasan sempadan nasional tetapi masih di bawah kedaulatan Malaysia. Kepentingan nasional seperti yang dinyatakan tadi merupakan asas utama terhadap setiap pembentukan sesuatu dasar luar, ini juga termasuklah aspek keselamatan, kedaulatan, dan kepentingan ekonomi negara. Dasar luar mula mennjadi aspek penting dalam gagasan hubungan antara negara selepas Perang Dunia Kedua (1939-1945), apabila kedaulatan negara diberikan kepada kuasa besar dunia ketika itu yang dimonopoli kuasa Barat. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menetapkan suatu ketetapan dimana hubungan antara negara hendaklah dilandaskan satu peraturan yang sah, bukan bersifat anarki. Justeru itu, apabila dilihat serta dipertimbangkan segala aspek, Dasar Pandang ke Timur merupakan salah satu langkah yang bernas serta member impak yang positif berikutan segala aspek yang ditetapkan mengikut kesesuaian serta ciri-ciri sebuah negara yang patut dicontohi seperti Jepun, Korea di mana dari segi politik serta ekonominya dalam keadaan yang stabil dan baik.

Objektif Perlaksanaan.
Objektif utama Dasar Pandang ke Timur ini diperkenalkan ialah untuk meningkatkan prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan budaya kerja yang lebih

produktif. Ini juga berupaya memberi nilai-nilai serta etika kerja yang lebih positif dalam meningkatkan pengeluaran serta kualiti kerja ke satu tahap yang lebih baik. Selain itu, tujuan dasar ini juga diperkenalkan ialah bagi mencapai kemajuan yang pesat dalam jangka waktu yang singkat di samping memelihara nilai ketimuran iaitu mencontohi teknologi tinggi yang terdapat di negara timur berdasarkan stu kebudayaan dan cara hidup yang hampir sama antara satu sama lain. Melalui dasar ini, penumpuan ditumpukan kepada pengaplikasian nilai kerajinan dan disiplin bekerja, kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja, keutamaan kepada kumpulan, dan tidak mementingkan diri sendiri, tekanan daya pengeluaran serta mutu yang tinggi dalam pekerjaan,peningkatan kecekapan, pengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am, sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka pendek, dan lain-lain lagi yang berupaya menyumbang kepada kemajuan bagi negara kita. Dasar Pandang ke Timur ini tidak bermakna hanya mengutamakan hubungan diplomatik diantara negara Jepun serta Korea sahaja sebaliknya meluaskan lagi hubungan perdagangannya di samping terus mengekalkan dan memajukan hubungan perdagangan yang sedia ada dengan negara lainya.

Dalam mengecapi kemajuan sejagat, nilai-nilai serta etika yang dinyatakan di atas perlu diaplikasikan bertujuan menghasilkan budaya kerja yang lebih positif memajukan Negara serta meningkatkan taraf pembangunan sosio-ekonomi. serta berupaya

Perlaksanaan Dasar Pandang ke Timur


Dengan perlaksanaan dasar ini, kerajaan telah menyusun strategi dan program bagi

meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan penghasilan kerja yang lebih baik di kalangan kakitangan. Pegawai-pegawai serta pelajar Malaysia telah dihantar ke Jepun dan Korea bagi tujuan mempelajari kemahiran teknikal di sana serta cara pengurusan di kedua-dua Negara tersebut. Di antara program yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

a) Perubahan Stuktur b) Perubahan Sikap c) Latihan dan Kursus

a) Perubahan Struktur

i. ii. iii. iv. v. vi.

Kad Perakam Waktu Kerja( Punch Kad) Penggunaan Tanda Nama (Name Tag) Penubuhan Pasukan Meningkat Mutu Kerja (QCC) Konsep Pejabat Terbuka Perkhidmatan Kaunter/Perkhidmatan Pembayaran Bil Setempat Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja

b) Perubahan Sikap

i. ii. iii.

Perkhidmatan Cemerlang Konsep Bersih, Cekap dan Amanah (BCA) Kepimpinan Melalui Teladan (KMT)

c) Latihan dan Kursus

Latihan dan kursus yang dijalankan di bawah Dasar Pandang ke Timur adalah seperti berikut:

i.

Latihan Perindustrian dan Teknikal

Tujuan program ini adalah untuk melatih pekerja dalam bidang teknikal dalam usaha meningkatkan kecekapan dan menerap nilai kerja yang positif dari Jepun dan Korea dalam meninggikan penghasilan kerja serta kualiti.

Program Pengajian Akademik

Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar Malaysia untuk menuntut ilmu sains dan teknikal di Jepun dan Republik Korea.

ii.

Program Pengajian Teknikal

Program ini adalah menyediakan peluang latihan teknikal lanjutan pada pelajar-pelajar lepasan SPVM, dan Politeknik.

iii.

Program Kemajuan Eksekutif

Objektif program ini adalah menyediakan ruang serta latihan kepada bakal eksekutif mahupun eksekutif dalam mempelajari kaedah pengurusan dan pentadbiran kerajaan dan swasta di Jepun dan Korea. Mereka akan ditempatkan di beberapa firma dan agensi kerajaan di kedua buah negara tersebut . Format latihan diguna pakai ialah latihan-latihan dalam bidang pengurusan Sogosha, Perjawatan, Q.C.C dan pengurusan am.

iv.

Hubungan di antara Institusi-institusi

Objektif utama diwujudkan program ini adalah bertujuan menyalurkan permohonan latihan yang diperlukan oleh Malaysia kepada institusi pengajian tinggi di Jepun dan Korea

v.

Skim Latihan Pembangunan Usahawan

Program ini adalah merupakan program yang dikelolakan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan. Jabatan Perdana Menteri memberi peluang dan pendedahan kepada usahawan-usahawan bumiputera terhadap idea baru dan teknologi. Pengaplikasian teknologi seharian mampu memajukan urusniaga mereka. Ini juga bertujuan memberi peluang kepada mereka untuk mewujudkan peluang rakan kongsi dengan rakan-rakan perniagaan di luar.

Kesan Pelaksanaan
Pelaksanaan dasar ini menyumbang ke arah pembangunan yang lebih positif perkembangannya dengan bertambahnya pelaburan dari luar terutamanya negara Timur seperti Jepun dan Korea di negara ini. Pertambahan pelaburan ini dapat mengurangkan pengangguran kerana bertambahnya peluang pekerjaan. Salah satu kejayaan yang paling besar ialah negara kita mampu mengeluarkan produk sendiri seperti kereta nasional iaitu Proton Saga dan kejayaan ini merupakan satu langkah serta perintis kepada industri jentera nasional dalam mengeluarkan produk menggunakan hasil keluaran tempatan dengan sepenuhnya pada masa akan datang. Kualiti pengeluaran juga standing dengan kereta-kereta lain dan kereta Proton Saga ini juga mula dikenali di negara-negara luar melalui promosi yang telah dijalankan oleh kerajaan bagi meningkatkan hasil penjualannya dan meraih sambutan luar.

Hasrat bagi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju diteruskan lagi dengan penubuhan Lembaga Industri Berat Malaysia(HICOM). Ia ditubuhkan hasil usahasama antara Malaysia dengan Jepun dan secara tidak langsung, kelengkapan teknologi moden dapat disalurkan ke negara ini. Malaui dasar ini juga telah wujudnya beberapa projek infrastruktur yang bercirikan ketimuran seperti Jambatana Pulau Pinang, bangunan Dayabumi, dan Lebuhraya Utara-Selatan. Selain itu, terdapat juga kemudahan social yang wujud iaitu kompleks dan pasaraya seperti Yoahan, Hankyu dan Kimisawa dan ini dapat mengurangkan pengaliran keluar wang ke negara luar.

Rumusan
Malaysia mengorak langkah untuk memperbaiki sistem pentadbiran Negara melalui pengalaman Negara-negara timur disebabkan Negara Barat telah kehilangan keupayaan mereka dalam pembangunan ekonomi. Dasar Pandang ke Timur merupakan satu usaha baik dan positif dari pihak Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan lagi prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini. Melalui kajian yang telah dibuat oleh pihak INTAN, dasar ini telah memberi kesan yang besar terhadap usaha-usaha di atas seterusnya dasar ini mampu membantu usaha kerajaan untuk meninggikan prestasi daya pengeluaran negara ini. Di samping itu, ia boleh menjadi asas pengwujudan sebuah masyarakat yang dinamik dan progresif.

10

Lampiran

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengikat kerjasama bersama Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dalam satu sidang media.

Najib Tun Razak berjabat tangan dengan rakan sejawatannya, Dr. Yukio Hatoyama pada majlis kunjungan hormat di Rumah Kerajaan di Tokyo, semalam. Turut sama Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Perdana Menteri Jepun, Miyuki Hatoyama.

DRB HICOM, syarikat jentera berat milik Malaysia yang menerima kemasukan teknologi dari luar terutamanya Jepun dan Korea.

Perlancaran kereta pertama Nasional, Saga. Hasil sentuhan teknologi Timur serta produk keluaran pemotoran pertama negara.

11

Rujukan

Ruslan Zainuddin, Mohd.Mahadee Ismail, Zaini Othman(2004). Kenegaraan Malaysia. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Rujukan laman web http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/88-dasar-dasar-negara/240dasar-pandang-ke-timur.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Pandang_ke_Timur http://malaysianewsnet.com/index.php?option=com_content&view=article&id=276:eddymenulis-dasar-pandang-ke-timur&catid=36:beritanasional&Itemid=27 http://natranadea.blogspot.com/2010/08/dasar-pandang-ke-timur.html

12

13