Anda di halaman 1dari 7

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS MURID SINDROM DOWN MENGGUNAKAN KAEDAH TERAPI MOTOR HALUS

oleh:

Mohamad Hasbi Bin Berhannordin & Tuan Haji Abdullah Kamal Bin A.Bakar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran menulis seorang murid masalah pembelajaran (Sindrom Down). Beliau merupakan seorang murid kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong. Kajian ini dijalankan berdasarkan kajian terdahulu yang dilaksanakan oleh Levine (1987) serta Pressey (1926). Hasil tinjauan awal yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa murid Sindrom Down ini mempunyai masalah dalam kemahiran motor halus iaitu menulis. Faktor utama yang mengawal kemahiran motor iaitu sikap atau persikataran dan fakto genetik, termasuk perkembangan sistem saraf pusat dan fungsi neurologikal (Arasoo, 1989). Oleh itu, Pengkaji telah melaksanakan beberapa tindakan iaitu menjalankan beberapa latihan motor halus bagi meningkatkan penguasaan kefungsian jari beliau dalam menulis, serta menyediakan latihan menulis. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah senarai semak, pemerhatian dan temu bual. Setelah menjalankan bimbingan selama sebelas minggu, pengkaji mendapati responden menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menulis beliau. Kesimpulannya, kaedah Terapi Motor Halus dapat meningkatkan kemahiran menulis murid Sindrom Down.

PENGENALAN

Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran menulis murid masalah pembelajaran (Sindrom Down) menggunkan terapi motor halus. Pemerhatian yang dijalankan mendapati ada segelintir murid-murid menulis dengan tidak kemas, tidak betul dan sukar dibaca. Hal ini menyebabkan pengkaji tidak dapat membaca jawapan yang ditulis. Pengkaji juga melihat kebanyakan murid-murid Sindrom Down cuba mengelak apabila diarahkan menulis di papan putih.

Selain itu, pengakaji juga mendapati kebanyakan murid Sindrom Down di kelas tersebut memegang alat tulis dengan cara yang salah, menulis huruf mengikut pergerakan yang tidak betul dan sukar menentukan huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Murid- murid ini juga mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan kerja penulisan yang diberi meskipun dengan menggunakan kaedah menyalin semula perkataan. Mereka juga sering berhenti menulis dan bercerita dengan rakan sekelas yang lain sebelum meneruskan semula kerja penulisan yang diberi.

Kesimpulan yang dapat dibuat sepanjang pemerhatian, pengkaji mendapati kebanyakan murid-murid Sindrom Down di Kelas Cendekiawan mempunyai masalah menulis kerana pergerakan motor halus yang lemah dan terhad. Murid-murid Sindrom Down sering dikaitkan dengan kesukaran dalam mengeja, tulisan tangan yang tidak kemas, tidak betul dan sukar

dibaca serta bermasalah dalam memindahkan maklumat pada kertas. Hal ini kerana menulis memerlukan satu set kemahiran motor halus dan kemahiran memperoses maklumat.

Jesteru itu, pengkaji akan memberi penekanan kepada pengajaran menulis di kelas khususnya serta meningkatkan tahap kemahiran motor halus murid. Melihat kepada situasi ini, pengkaji berpendapat satu langkah penyelesaian perlu dijalankan untuk menangani masalah ini. Hal ini bagi memastikan murid dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran menulis.

METODOLOGI

Pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan berdasarkan Model Model Kurt Lewin (1948). Model ini menerangkan bahawa dalam 1 lingkaran terdiri daripada 4 peringkat iaitu merancang, bertindak, memerhati, dan refleksi. Apabila masalah atau isu dapat dikenalpasti, pelan tindakan akan dirancangkan untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Perancangan berkenaan dilaksanakan dan menentukan hasil yang diperoleh selepas memberikan tindakan atau intervensi. Selepas mengambil tindakan dan mengenal pasti hasil dapatan, refleksi dibuat untuk menentukan sama ada tindakan yang dilaksanakan menunjukkan hasil yang baik.

DAPATAN KAJIAN

Terdapat beberapa fasa yang perlu dilakukan semasa berlakunya proses ini. Dalam kajian tindakan ini, terdapat enam fasa yang dilaksanakan. Fasa-fasa tersebut hendaklah dilakukan mengikut urutan agar setiap perancangan yang dilakukan berjalan dengan lancar dan licin. Setiap fasa terdiri daripada empat kali latihan menulis dan satu kali rawatan terapi motor halus. Selepas menjalankan rawatan kepada responden, pengkaji akan memberikan latihan menulis sebagai aktiviti pengukuhan.

Fasa 1 ( menulis huruf ‘a’ dengan bantuan guru )

Topik

Sub topik

Kemahiran

: Kemahiran Manipulatif

: Manipulasi - Kefungsian jari / motor halus

: Meramas, membentuk dan memotong doh

jari / motor halus : Meramas, membentuk dan memotong doh Rajah 1 : Hasil kerja murid

Rajah 1 : Hasil kerja murid selepas rawatan

Hasil daripada empat (4) kali sesi aktiviti pengukuhan dijalankan, responden berjaya menunjukkan peningkatan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Daripada temubual yang dijalankan ke atas responden, Ain menyatakan dia dapat menulis huruf ‘a’ dengan bantuan

pengkaji. Dia juga menyatakan pengkaji dapat membetulkan cara untuk memegang pensil dengan betul. Pengkaji mendapati, berlaku ansur maju dalam pergerakan tangan responden semasa aktiviti yang seterusnya sepanjang sesi intervensi ini.

Fasa 2 (menyambung titik huruf ‘C l’ )

Topik

Sub topik

Kemahiran

: Kemahiran Manipulatif

: Manipulasi - Kefungsian jari / motor halus

: Melekat dan menabur serbuk warna menggunakan jari

halus : Melekat dan menabur serbuk warna menggunakan jari Rajah 2 : Hasil kerja murid selepas

Rajah 2 : Hasil kerja murid selepas sesi rawatan

Berlaku peningkatan semasa aktiviti kedua selepas aktiviti pertama. Responden juga mengekalkan pencapaiannya semasa aktiviti ketiga. Daripada pemerhatian yang dilaksanakan, pengkaji mendapati pergerakan tangan Ain lebih lembut untuk menulis berbanding sebelumnya. Hasil penulisannya juga lebih kemas berbanding sesi pertama. Walaubagaimanapun, terdapat penurunan dalam graf di atas di mana responden hanya berjaya mendapat skor 1 sahaja. Daripada pemerhatian yang dilakukan, pengkaji mendapati responden ini mengalami gangguan emosi berikutan masalah ‘syndrome down’ yang dialaminya. Responden juga menunjukkan sikap kurang berminat terhadap aktiviti ini.

Fasa 3 (Menyambung titik huruf ‘a’ yang bersaiz besar)

Topik

Sub topik

Kemahiran

: Kemahiran Manipulatif

: Manipulasi koordinasi mata dan tangan

: Memasukkan tali ke dalam lubang manik

Rajah 3 : Hasil kerja murid selepas sesi rawatan Pengkaji dapat membuktikan berlaku peningkatan dalam

Rajah 3 : Hasil kerja murid selepas sesi rawatan

Pengkaji dapat membuktikan berlaku peningkatan dalam intervensi ini. Daripada pemerhatian yang dilaksanakan, pengkaji dapat melihat pergerakan jari responden semasa menulis huruf ‘alebih baik dan lembut. Cara memegang pensil semakin baik dan hasil tulisan yang lebih kemas. Dalam temubual yang dijalankan, responden menyatakan dia dapat menulis dengan lebih baik berdasarkan garisan putus-putus yang diberi. Dia juga menyatakan kaedah ini dapat membantunya dalam menulis huruf ‘a’ dengan lebih baik. Peningkatan yang berlaku menunjukkan satu elemen yang positif dalam membina minat responden untuk menulis.

Fasa 4 (Menyambung titik huruf ‘a’ yang bersaiz kecil)

Topik

Sub topik

Kemahiran

: Kemahiran Manipulatif

: Manipulasi - Koordinasi mata dan tangan

: Menyepit objek pelbagai saiz

- Koordinasi mata dan tangan : Menyepit objek pelbagai saiz Rajah 4 : hasil kerja murid

Rajah 4 : hasil kerja murid selepas sesi intervensi

Responden menunjukkan peningkatan dalam latihan intervensi keempat iaitu fungsi jari untuk menyambung titik huruf ‘ayang bersaiz besar. Berdasarkan graf di atas, pengkaji dapat membuktikan berlaku peningkatan dalam intervensi ini. Daripada pemerhatian yang dilaksanakan, pengkaji dapat melihat pergerakan jari responden semasa menulis huruf ‘a’ lebih baik dan lembut. Cara memegang pensil semakin baik dan hasil tulisan yang lebih kemas. Dalam temubual yang dijalankan, responden menyatakan dia dapat menulis dengan lebih baik berdasarkan garisan putus-putus yang diberi. Dia juga menyatakan kaedah ini dapat membantunya dalam menulis huruf ‘a’ dengan lebih baik. Di akhir aktiviti ini, responden menunjukkan peningkatan yang lebih baik di mana skor bagi sesi ini adalah 4 daripada 5.

Fasa 5 ( Menulis huruf ‘a’ menggunakan buku garis tiga )

Topik

Sub topik

Kemahiran

: Kemahiran Manipulatif

: Multisensori - Melakar

: Melakar di atas permukaan tepung

: Multisensori - Melakar : Melakar di atas permukaan tepung Rajah 5 : Hasil kerja murid

Rajah 5 : Hasil kerja murid selepas sesi rawatan

Pengkaji dapat membuktikan berlaku peningkatan dalam intervensi ini. Daripada pemerhatian yang dilaksanakan, pengkaji dapat melihat pergerakan jari responden semasa menulis huruf ‘alebih baik dan lembut. Cara memegang pensil semakin baik dan hasil tulisan yang lebih kemas. Dalam temubual yang dijalankan, responden menyatakan dia dapat menulis dengan lebih baik berdasarkan garisan putus-putus yang diberi. Dia juga menyatakan kaedah ini dapat membantunya dalam menulis huruf ‘a’ dengan lebih baik. Peningkatan yang berlaku menunjukkan satu elemen yang positif dalam membina minat responden untuk menulis.

Fasa 6 ( Menulis huruf ‘a’)

Topik

Sub topik

Kemahiran

: Kemahiran Manipulatif

: Manipulasi - Koordinasi mata dan tangan

: Menjahit dan mengait

- Koordinasi mata dan tangan : Menjahit dan mengait Rajah 4 : hasil kerja murid selepas

Rajah 4 : hasil kerja murid selepas sesi intervensi

Daripada pemerhatian yang dilaksanakan, pengkaji dapat melihat pergerakan jari responden semasa menulis huruf ‘a’ lebih baik dan lembut. Cara memegang pensil semakin baik dan hasil tulisan yang lebih kemas. Dalam temubual yang dijalankan, responden menyatakan dia dapat menulis dengan lebih baik berpandukan buku garis tiga yang diberi. Dia juga menyatakan kaedah ini dapat membantunya dalam menulis huruf ‘a’ dengan lebih baik. Di akhir aktiviti ini, responden menunjukkan peningkatan yang lebih baik di mana skor bagi sesi ini adalah 1 daripada 4.

PERBINCANGAN

Selepas menjalani kajian tindakan ini, saya telah dapat membaiki mutu pengajaran dan pembelajaran saya. Saya berjaya membimbing pelajar saya menguasai kemahiran menulis dengan betul, teratur, dan kemas. Dari segi pelajar-pelajar itu pula, mereka berasa gembira. Semasa saya berbual-bual dengan mereka, mereka melahirkan perasaan cukup gembira kerana mereka tidak lagi dimarahi oleh guru-guru lain kerana tulisan mereka cakar ayam. Malah, ada yang dipuji kerana berjaya menulis dengan baik.Dari segi minat terhadap pengajaran dan pembelajaran , mereka lebih berminat untuk belajar berbanding dengan dahulu. Namun, pencapaian akademik mereka masih belum ada menunjukkan kemajuan yang ketara. Ini kerana mereka agak lemah dalam akademik sejak sekolah rendah. Saya sarankan kajian tindakan ini perlu lagi didedahkan kepada mereka untuk membantu mereka menguasai kemahiran membaca, mengira, dan sebagainya. Dari segi pelajar pula, mereka melahirkan perasaan cukup gembira kerana berjaya menulis dengan kemas, teratur dan mudah dibaca berbanding dengan tulisan mereka dahulu. Dari segi, minat terhadap pengajaran dan pembelajaran, mereka lebih berminat untuk menulis berbanding dengan sikap mereka dahulu. Melalui penggunaan kaedah ini, responden dapat menjalankan aktiviti menulis tanpa sebarang masalah yang kritikal. Responden juga dapat mengikut setiap langkah dan teknik yang diperlukan dalam kaedah ini. Kesimpulan dari kajian tindakan ini menunjukkan bahawa melalui kaedah yang diajarkan dapat membantu murid di sekolah mengatasi masalah tulisan cakar ayam atau tidak kemas. Hasil dari analisis dapatan yang dilakukan menunjukkan bahawa kesan positif ditunjukkan oleh responden berbanding dengan prestasi mereka sebelum kaedah ini diperkenalkan.

CADANGAN KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan kerana kemahiran menulis didapati kurang dititikberatkan dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran. Kemahiran tulisan mekanis tidak diberi penekanan secara formal di sekolah sehingga tulisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak semakin tidak cantik dan sukar dibaca. Kajian ini juga dapat membantu dalam memahami masalah menulis dengan lebih baik seterusnya dapat membantu dalam merangka kaedah-kaedah tindakan yang praktikal dan boleh diaplikasi dalam menangani masalah kemahiran tulisan mekanis ini. Walaupun banyak kajian telah dijalankan tentang murid-murid sekolah, namun kajian yang lebih meluas perlu dilakukan tentang murid berkeperluan khas seperti kanak-kanak autistik, hiperaktif,sindrom down, lembam dan sebagainya. Dengan adanya kajian ini, maka pengkaji berupaya melihat senario sebenar dalam masalah tulisan mekanis yang pelbagai dan cuba mencari satu kaedah yang sesuai untuk digunakan oleh murid pendidikan khas agar mereka mendapat satu hasil yang sempurna dalam kemahiran tulisan mekanis. Penekanan terhadap kaedah pemulihan dan pengawasan adalah elemen yang penting dalam memulihkan murid daripada masalah disgrafia ini. Tindakan pada peringkat awal dapat membantu murid terutamanya dalam teknik latihan menulis. Teknik penulisan yang betul terhadap huruf-huruf, koordinasi tangan dan mata yang sesuai serta ingatan jangka pendek murid boleh membantu murid secara tidak langsung. Menulis juga merupakan medium utama kepada murid pendidikan khas terutamanya kepada murid yang menghadapi masalah komunikasi lisan. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih mudah dengan keupayaan murid menulis dengan baik bagi menyampaikan mesej dan pemahaman mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru.

RUJUKAN Abdullah bin Yusof. (2006). Pengenalan kepada Pendidikan Khas. Open University Malaysia:

Unitem.

Adi-Japha, E., Landau, Y.E., Frenkle, L., Teicher, M.,Gross-Tsur, V., & Shalev, R.S. (2007). ADHD and dysgraphia: Underlying mechanisms. Cortex, 43, 700-709.

Auclair, L., Sieroff, E., & Kocer, S. (2008). A case of spatial neglect dysgraphia in Wilson’s disease. Archive of Clinical Neuropsychology, 23, 47-62.

Deuel, Ruthmary K., (1995). Developmental dysgraphia and motor skills disorders. Journal of Child Neurology, 10, Supp.1, S6-S8. Graves, D. (1983). Writing: Teachers and children at work. New Hampshire: Heinemann.

Graham, S. & Harris, K.R. (l989). Improving learning disabled students’ skills at composing essays: Self instructional strategy training. Exceptional Children, 56,

201-214.

Morrocco, C.C. & Newman, S.B. (l986). Learning disabled students’ difficulties in learning to use work processor: Implication for instruction and software evaluation. Journal of Learning Disabilities, 19, 248-253.