Anda di halaman 1dari 24

Gulai Darat Klate

by LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE on Monday, 30 August 2010 at 00:02 ni kito nok buwi respi gulai darat hok asas la deh..

bhn2:

suku kilo daging lembu tempate..(daging kuba buleh jugok) 1 inci lengkuah 1 inci kunyit 5 ulas bwg merah 5 sudu besar cili boh santan secukupnyer satu sumpit repoh gulai darat cap langgar (kalu ado cap lain buh la tp kalu takdok buh jah repoh kari daging) satu sudu budu (jange hirup deh) gare, gulo, peraso (atah masing2 la nok bubuh ko dok..tp gare wojib tuh..) ubi kentang (buleh bubuh kalu suko)

cara2:

-daging di siang2 ikut suka la..biasenye hiris lawe urat baru dok kerah.. -kuah, kunyit, bawe, lado dimesin hingga halus.. -capur daging, bahan2 mesin, gn sate n budu.jere sekaligus..kaca la takut hanguh..keno jago skit takut sate buok pulok.. -jerang sampai masak.. -sedia utk dihidang..

respi asas jah..sapo2 hok raso nok tamboh gak, tambohla..maahla kalu lain dr respi adik kakok.. sekian, trimas..

gulai darat klate

AYAM PERCIK KELANTAN


by LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE on Tuesday, 04 May 2010 at 12:29 BAHAN-BAHANNYA: 1 EKOR AYAM DIPOTONG 12 BAHAGIAN SANTAN PEKAT DARI 1 BIJI KELAPA

I BATANG SERAI DIKETUK SEDIKIT AIR ASAM JAWA SEDIKIT JINTAN MANIS BAHAN A: 3 ULAS BAWANG PUTIH 1 INCI HALIA SEDIKIT GARAM BAHAN B: 4 ULAS BAWANG MERAH 1 INCI HALIA 2 BIJI BUAH KERAS GULA DAN GARAM CARA-CARA MENYEDIAKANNYA: 1.tumbuk bahan A dan gaulkan bersama potongan ayam dan perap seketika 2.tumbuk bahan B dan masukkan kedalam santan yang telah dipanaskan 3.masukkan serai,air asam jawa dan jintan manis ke dalam santan dan kacau 4.masak sehingga kuah menjadi pekat dan masukkan garam dan gula secukup rasa 5.bakar ayam kira-kira 1/2 masak 6.setelah 1/2 masak lumurkan ayam dengan kuah percik 7.bakar semula ayam sehingga benar-benar masak 8.setelah ayam masak lumurkan sekali lagi dengan lebihan kuah percik 9.sedia untuk dihidangkan SELAMAT MENCUBA

Gulai Darat
by LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE on Friday, 09 April 2010 at 21:37 Bahan-bahan : 1 kati daging 1 biji kelapa 3 sudu makan ketumbar 2 sudu makan jintan manis 10 ulas bawang merah 6 hiris lengkuas 6 hiris halia 4 sudu makan kelapa goreng (kerisik) 6 biji lada kering 1 keping asam keping

gula melaka (gula) secukup rasa garam secukup rasa 1 hiris kunyit

Cara Membuatnya : 1.Ketumbar, jintan manis, lengkuas, halia, kunyit, bawang merah, bawang putih dan kerisik digiling halus dan digaul dengan daging. 2.Jerang ke api sekejap, kemudian masukkan santan, asam, garam dan gula masakkan sehingga daging empuk. 3.Bila sudah elok masaknya rasalah masam masinnya, kemudian hidangkan. 4.Kalau suka boleh juga dimasukkan lada hijau di dalamnya sebagai hiasan. ihsan: resepiizzini.blogspot.com

Gulai Darat (Daging)

Roti jala
by LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE on Wednesday, 07 April 2010 at 16:49 1/2 kg tepung 2 biji telur ayam secubit garam 1/2 tin susu cair (lebih pun boleh) 1 sudu teh air kapur (petua utk hilangkan bau telur) air secukupnya pewarna kuning cara : campur semua bahan, kemudian blend hingga adunan halus dan sebati.. kalau tak diblender, adunan kena tapis dulu, takut ada yg bergentil, nanti susah nak

menjalanya.. adunan jgn terlalu pekat atau terlalu cair..agak2 senang nak keluar dari acuan tu kira oklah.. panaskan kuali leper (biar betul2 panas, kalau tidak roti jala akan melekat) sapu sedikit minyak masak (gunakan daun pandan yg dilipat2 kemudian gunting sedikit hujungnya (mcm berus). bolehlah terus menjala smpai habis adunan. roti jala yang dah siap boleh dilipat atau digulung.. hidangkan dengan kari /serawa..

resepi oleh: PN.Nonie

Roti Jala

GULAI NASI BELAUK IKAE AYA/TONGKOL


by LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE on Saturday, 06 March 2010 at 07:05 Bahan-bahan ( 4-5 orang makan ) 1 kg ikan tongkol 2-3 ekor ikan kering 2-3 ulas asam keping 4 ulas bawang merah 2-3 ulas bawang putih 4-5 biji cili padi 3 cm lengkuas 2 sudu kecil serbuk kunyit 3 sudu makan cili giling 1 biji kelapa 1 batang timun 1 biji cili merah 1 biji cili hijau garam secukup rasa Cara-cara ikan tongkol dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...untuk menghilangkan hanyir,ikan tongkol direbus bersama asam keping...ketepikan ikan tongkol rebus ini... kisarkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, cili padi, serbuk kunyit dan sedikit kelapa parut...timun dibelah dua dan dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana

besar...sediakan santan daripada sebiji kelapa... masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk...kemudian, masukkan santan dan cili giling...panaskan periuk menggunakan api sederhana...masukkan timun... kemudian, masukkan ikan tongkol rebus tadi bersama ikan kering...masukkan pula cili merah dan cili hijau... kacau perlahan-lahan...jangan biar pecah minyak...biarkan sampai mendidih...bubuhkan garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan :P untuk sambal nasi berlauk yang ringkas: kisar kasar 3-4 biji cili merah bersama sedikit cili jeruk dan secubit garam...

ROTI JALA by Ummi 2 cawan tepung gandum 2 cawan air 1 bj telur 1 sudu kecik garam halus beberapa titik pewarna kuning

Tart Crust / Shell


By : Azita Kitchen Bahan-bahan : 170gm marjerin 50gm gula aising 1 biji telur Gred C 290gm tepung gandum 1 sudu kecil esen vanilla Cara-cara : 1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat. 2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh. 4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. 5. Tuang filling kastart tadi dan bakar sehingga masak. Nota :

Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat. - ira ikut cara ni Filling kastard/isi tard: 1 cawan susu cair 4 biji telur 1 cawan gula 1 cawan air biasa 1 sudu besar tepung kastard 1/2 sudu teh vanila esen sedikit pewarna kuning Cara-caranya - Campurkan semua dan kacau

PUDING KARAMEL LAPIS SPECIAL resipi : K.Nor@SecubitGaram K.Nor guna casserole saiz 22cm x 22cm Bahan utk puding: 1 tin susu cair

1/4 tin air (tin susu cair) 5 sudu besar gula castor 4 biji telor gred A 1 sudu kecil esen vanila 1 sudu besar serbuk coklat 1/2 sudu kecil coklat emulco Bahan utk gula hangus: 6 sudu besar gula 2 sudu besar air panas Bahagian utk puding buih: 1 paket serbuk agar2 (12gm) 2 biji telur 500ml air 5sudu besar gula 1 sudu teh esen vanila chocolate rice secukupnya Utk membuat gula hangus: Masak gula dgn air dengan api sederhana hingga gula cair dan bahagian tepi gula

menjadi perang/keemasan. Kacau perlahan2 dan teruskan masak hingga gula bertukar menjadi perang/keemasan keseluruhannya. Padamkan api dan tuang ke dalam kaserol/casserol (atau mangkuk tahan panas) utk membuat Puding Karamel Lapis. Utk membuat puding karamel: Panaskan air dalam periuk pengukus hingga mendidih. Satukan susu, air, telur, gula dan esen vanila kedalam sebuah mangkuk. Kacau perlahan2 hingga sebati (jgn kacau terlalu kuat dan lama) dan tapiskan. Bahagi dua adunan. Satu bahagian hendaklah dimasukkan serbuk coklat dan coklat emulco. Kacau sebati dan tapis. Masukkan aduan puding yg pertama (tanpa dimasukkan serbuk koko) ke dalam kaserol/casserole. Kukus lebih kurang 10 minit. Keluarkan dari periuk pengukus dan tuangkan adunan puding yg dicampur dgn serbuk coklat secara perlahan2. Masukkan kembali ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi selama 10 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari dari pengkukus dan biarkan sejuk. Masukkan ke dalam peti ais agar puding betul2 sejuk sebelum dituangkan adunan puding buih.

Utk membuat puding buih: Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan esen vanila. Kacau sebati. Biarkan sebentar hingga adunan agar2 menjadi suam. Bila adunan agar2 dah menjadi suam panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Keluarkan Puding Karamel Lapis dr peti ais dan cucuk2/gores2 sket bahagian atas puding dgn garfu (supaya adunan puding buih melekat pd puding karamel bila dah sejuk nanti) Tuangkan adunan puding buih ke atasnya.

Sejukkan kembali dalam peti ais. Tabur dgn chocolate rice sebelum dihidangkan..

AYAM LADA HITAM BERAMPAI resipi : Yatie Memories sumber : K.Nor@SecubitGaram Bahan-Bahan: 1/2 ekor ayam 2 sudu besar kicap pekat 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar tepung jagung, di bancuh dngn 1/2 cwn air 1 sudu besar lada hitam , di tumbuk minyak untuk menumis garam dan gula secukup rasa Bahan Tumis (mayangkan/hiriskan) 5 biji bawang merah/kecil 3 ulas bawang putih 1 inci halia Bahan Hiasan- di hiris2 1/4 biji lada benggala hijau 1/4 biji lada benggala kuning 1/4 biji lada benggala merah 1 labu bawang besar Cara Menyediakannya Ayam dibuangkan kulit, potong kecil, bersihkan dan toskan. Gaulkan ayam bersama serbuk lada hitam, sos tiram, sos tomato dan kicap pekat. Biarkan sebentar. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan ayam yg di perap tadi dan gorengkan sehingga separuh masak. Masukkan ketiga2 jenis lada benggala dan bawang besar... gaul lagi. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan gaul sebati. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa tak perlu tambah garam dan gula. Bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan lauk kegemaran.

PUDING KEJU resipi : AlongRoz sumber : K.Nor@SecubitGaram

Saiz 8" persegi BAHAN2: 13g Serbuk Agar-Agar 1 liter Air 120g Gula 3 biji Telur 120-150g Biskut Cheese - blend halus 1 sb Tepung Kastad 400ml Susu Cair 200g Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer 50g Mentega CARA2: 1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu. Masukkan gula & kacau sehingga sebati. 2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad. Masukkan susu & kacau sebati. Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih. Masukkan mentega sehingga sebati. 3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik. Sejukkan sebelum di hidangkan. * Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender. Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang) ** utk menghasilkan Puding Keju (Lapis Coklat), bahagi dua adunan dan satu bahagian dimasukkan 1 1/2 sudu besar choc emulco/chocolate paste dan mix hingga sebati. Kemudian bolehlah melapis adunan tu secara selang seli.

PUDING ROSE resipi asal : K.Nor@SecubitGaram Bahan: 1 paket (10gm) agar2 serbuk 1 liter/4 cawan air 9 sudu besar gula 4 keping roti (gardenia) ~ dibuang kulit 300 ml susu cair 1 biji telur (A) 2 sudu besar mentega 2 helai daun pandan 2 sudu besar sirap ros pewarna merah Cara: Masak air bersama serbuk agar2 dan daun pandan sehingga agar2 larut kemudian masukkan gula.

Masak lagi hingga mendidih. Kisar roti bersama susu cair dan telur hinggal halus. Tuangkan ke dalam adunan agar2 tadi dan masak lagi hingga mendidih (jgn lupa buang dulu daun pandan) Masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair dan sebati. Masukkan sirap ros dan sedikit pewarna merah utk menaikkan warna bagi puding ini. Tuangkan ke dalam loyang yg disukai. Biarkan puding sejuk/mengeras sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. Bila puding dah betul2 sejuk, bolehlah dihidangkan. *1 cawan metrik yg K.Nor gunakan menyamai 250ml cecair (air/susu cair)

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL resepi asal : rosaliza@embunkasih sumber : Lina.pg & Hana Bahan-bahan 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus 4 keping roti gardenia 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam) 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan esen vanilla (1sk) Cara-cara Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je.

KEK ALUNAN KASIH (Sumber : Pn. Mastura Yasak - FB {Kongsi Resepi}) sumber : AmFlora sumber: K.Nor@SecubitGaram Bahan: 5 Biji Telur 1 cwn Planta atau (250g) - akak ltk 250g butter 2 cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder) 2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 cwn je) 1 sudu kecil baking powder cwn susu cair** 1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga) *Sebuk koko (secukupnya) *Pewarna ( ikut citarasa masing2..) *sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara2: Pukul planta/butter dan gula smpai kembang... Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang Masukan *esen vanilla, susu cairgaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit.. Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertamaayak nipis2 jer.. Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)ayak serbuk koko di atas lapisan kedua.. Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2

Pengalaman sendiri : Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik. ** gula K.Nor guna 11/2 cawan jer susu cair K.Nor letak 1 cawan adunan kuning + vanila adunan hijau + paste pandan adunan merah + paste strawberry.

DAGING KICAP PEDAS 300gm daging (kalau daging batang pinang lg baik) 1 labu bawang besar ~ dipotong dadu 3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang 1 sudu besar cili mesih 2 sudu sos tiram 1 sudu kicap pekat 1 sudu kicap manis 1 sudu teh serbuk lada hitam sedikit gula capsicum merah/kuning/oren ~ dipotong dadu air secukupnya Tumis bawang besar hingga wangi dan masukkan bawang putih. Kacau lg hingga bawang putih menjadi perang. Masukkan cili mesin dan masaklah hingga pecah minyak dan masukkan daging. Kacau sekejap dan biarkan hingga daging kecut sedikit dan mengeluarkan airnya (Pastikan menggunakan api yg sederhana, kalau tidak daging kita liat) Masukkan sos tiram, kedua2 kicap dan serbuk lada hitam, kacau seketika baru la dimasukkan air secukupnya. Kalau daging liat, lebihkan skit air. Masaklah sehingga kuah hampir kering barulah dimasukkan capsicum. Masukkan sedikit gula bg mengimbangi rasa masin kicap/sos tiram dan pedas. Kacau2 kejap, padamkan api dan boleh dihidangkan dgn nasi putih..

Bahan-bahan ( loyang 5" x 9" atau bekas berbentuk/bercorak )


10 g serbuk agar-agar 2 cawan air (500 ml) 1 cawan susu segar (250 ml) 3/4 cawan serbuk minuman coklat(less sugar) + sedikit air panas (dibancuh) 3/4 cawan gula pasir (kalau serbuk coklat dah manis, kurangkan sukatan gula) 1 sk esen vanilla @ 1/4 sk serbuk kulit kayu manis (optional)

Cara-cara
1. Didihkan air bersama serbuk agar-agar dan gula.

2. Masukkan susu segar dan bancuhan serbuk coklat. Didih dgn api kecil. gambar menunjukkan contoh serbuk minuman coklat. Ada satu lg serbuk coklat yg slalu dyg guna utk buat puding ni ialah 'Cocoa Rich 365 days'. 3. Masukkan serbuk kulit kayu manis atau esen vanilla. Kacau sebati. Tutup api. Tapiskan dan tuangkan ke dalam bekas/loyang yg bersesuaian. Sejukkan seketika sebelum disimpan ke dlm peti sejuk. 4. untuk topping/ganache jika suka bolehlah cuba resepi ini :40 gm coklat masakan + 1 sudu besar butter + 1/4 cawan susu segar/air. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan sambil dikacau sehingga pekat.

5. Keluarkan puding dari peti sejuk. Tuangkan ganache di atasnya. Bila dah sejuk, bolehlah dipotong. Selamat Mencuba! 6. ***kalau xde serbuk minuman coklat, bolehlah digantikan dgn milo, serbuk coklat biasa, atau koko. Ikutlah ape yg ade dlm stok. Tapi kenalah adjust dgn gula yer supaya tak terlebih pahit, tawar dsb.

Iced Chocolate

maya_zakry@myresipi.com Ala-ala iced chocolate with whipped cream kat secret recipe :P

Created on : 14-10-2006 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan

100Share

Bahan-bahan ( 1 )

Hersheys chocolate syrup Magnolia fresh milk

Cara-cara
1. Masukkan hersheys syrup ke dlm gelas. Biarkan dia mendap. 2. Tuang fresh milk slow2. Masukkan ice cubes. 3. Kalau ade whiped cream semburkan. Barula sebijik cam secret resipe. tak pecaya pi selongkar die nye kitchen, mesti ade magnolia fresh milk.

4. Inilah die hersheys choloate syrup. price RM9.60

Ayam goreng spicy

cahayer@myresipi.com Cara pembuatan sahaja copy cara Mcd, tanpa guna telur sebagai agent utk tepung melekat (snap pakai hp, pic kabur)

Created on : 12-11-2008 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan

4Share

Bahan-bahan ( 6 ketul ayam )


Ayam 6 ketul diperap dgn serbuk cili atau cili kasar (coarses chili) 2 tbsp... perap 1-2 jam - saya guna cili kasar beli kat giant 1 kotak tepung goreng ayam ape2 brand, saya guna tepung kentucky. 4 tbsp cili kasar (semua total 6 tsb termasuk utk perap ayam) 1 cawan tepung gandum Garam sedikit jek Air sejuk semangkuk yg kalau masukkan seketul ayam.. ia tenggelam. Air sejuk ada air batu yg terbaik. Minyak utk deep fried...

Cara-cara
1. Campurkan tepung ayam goreng, tepung gandum, cili kasar, garam sedikit, kacau kasi dia mesra (tepung grg ayam perlu kerana campuran herb dlm tepung selalunya kita tak tahu ape, kalau tepung semata, tak rasa ape2), 2. Ambil seketul ayam yg telah diperap tadi... golek2 kan atas tepung, tepung tebal melekat pun tak pe, angkat dan celup2 kan sebyk 3 kali di air ais or sejuk tu, angkat dan golekkan semula pada tepung, kalau tepung macam banyk.. kembur2 kan ayam tu lagi best.... dah tu asingkan pada pinggan lain. 3. Goreng minyak yg penuh... sehingga masak dan golden brown...

MOIST CHOC. CAKE


250gm butter 1 cawan gula castor 1 cawan gula perang 4 biji telur (A) 1 sudu teh esen vanila

1 cawan susu segar suam 1 1/4 cawan tepung naik sendiri 3/4 cawan serbuk koko Utk choc ganache: 150gm coklat masakan 1 sudu besar susu pekat 1/4 cawan air panas 1 sudu besar butter Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais. Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.

Peach 1 1 paket flan ~ liter boleh dibeli kat susu kedai

Flan bakeri fresh

1/2 buah 1 400ml

sudu peach kotak

teh jelly

serbuk ~ NONA

agar2 dihiris air

Panaskan susu dan serbuk agar2 hingga mendidih dan masukkan vanila flan. Kacau2 dan padamkan api. Biarkan seketika dan masukkan ke dalam bekas yg disukai. Biarkan bahagian atas mengeras sedikit, baru la disusun buah peach kat atasnya. Dlm periuk yg lain, masukkan serbuk jelly dan 400ml air. Panaskan hingga mendidih. Padamkan api dan tuang perlahan2 keatas flan td. Biarkan hingga sejuk baru la dimasukkan ke dalam peti ais. Hidangkan sejuk2. # boleh gantikan peach dgn fruit cocktail ## peach flan ni sifat dia lembik cam triffle, so kalau nak makan kena scoop jer dr bekas ### mizan, k.nor tambah 1/2 sudu teh serbuk agar2 setelah bertanya pendapat tokey mee soya (kedai bakeri) supaya flan ni lebih pejal, tak terlalu lembik..

OK.. utk makluman semua ni rupa vanilla flan. Dia dlm bentuk serbuk, dah siap dgn gula dan dah siap pack gini masa beli. Kita cuma perlu

masak dgn 1 liter susu fresh. Dan untuk Ummi, berat dia lebih kurang 120gm sepeket. Sori la ya, gambar kurang clear :)

Chicken Blackpepper

Ni menu utk org tak puasa, utk org puasa, menu lain lak karang. Chicken Blackpepper by CtZura. Sedap kata org yg makan td, maknanya boleh buat lagi la tu..

Zura, K.Nor kopipes dr rumah Zura la ya, sbb MyR tak kebah lagi hingga la 1 Ogos ni. TQ CHICKEN BLACKPEPPER

300g ayam dipotong kecil *3 ulas bawang putih *1 inci halia * 2 sk lada hitam & garam Kuah 1/2 cawan sos cili 1/2 cawan air 1 sb sos tomato 1 sb kicap tomato ceri -optional salad, timun & daun sup sebagai hiasan 1 sk lada hitam tumbuk 1 biji bawang besar dihiris bulat

1. Perap ayam dengan bahan* yang ditumbuk & juga garam Perap berapa lama pun boleh.. 1j, 2 j... 5j.. heheh..ikut kesukaan yer.. 2. Panaskan minyak, goreng ayam yang dah diperap tu agak2 3/4 masak...Tak perlukan minyak yg banyak. 3. Kurangkan minyak gorengan ayam, terus masukkan bawang besar. Gaul rata, sampai bawang agak2 layu. 4. Masukkan 1/2 cawan sos cili, air, sos tomato & kicap. Kacau rata..Masukkan lada hitam tumbuk. Rasa nak lagi cair, leh tambah air.. 5. Masak hingga ayam betul2 masak & kuah pekat.. Masukkan tomato. Perasakan ikut citarasa memasing. ( Bg saya dah x payah tambah perasa apa2, sebab sos & kicap dah lengkapkan rasanya.)

Mee Goreng Basah 1 paket mee kuning

isi ayam ~ tepulang la nak letak banyak mana udang ~ " 3 ulas bawang putih ~ dicincang 1in halia ~ dicincang 1 sudu besar cili mesin 1 sudu besar serbuk lada hitam ~ kurangkan kalau tak mau pedas 2 sudu besar sos cili/tomato 3 sudu besar sos tiram 3 sudu besar kicap pekat 2 biji telur daun sawi/sawi manis (pak choy ke nama, lupa) ~ nak letak kobis pun tak per carrot cendawan tiram ~ optional garam dan gula secukup rasa air panas mendidih minyak daun saderi limau kasturi/limau nipis Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan cili mesin dan serbuk lada hitam. Masak hingga garing dan masukkan isi ayam. Masukkan sos cili/sos tomato, sos tiram dan kicap pekat. Kacau. Masukkan udang dan air panas didih, ikut banyak mana kita nak kuah tu. Bila kuah mendidih, masukkan garam dan gula, carrot, sawi dan cendawan serta masukkan telur. Masukkan mee dan biarkan mendidih kejap baru la dipadamkan api dan kena segera hidangkan dlm pinggan. Tabur daun saderi dan perahkan limau kasturi/nipis masa nak makan. Jgn biarkan mee dlm kuali, nanti kuah akan kering. # nak letak serbuk pati ayam pun boleh, terpulang.. # nak letak bahan2 lain spt fishball ke, tomato buah ke, taugeh ke, boleh aje, terpulang pd cita rasa masing2.. slmt mencuba, semoga kena dgn selera danishahumaira :)