Anda di halaman 1dari 14

JABATAN PELAJARAN JOHOR JALAN TUN ABDUL RAZAK

80604 JOHOR BAHRU

KERTAS CADANGAN PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM GURU GANTI TERANCANG(GGT) NEGERI JOHOR 2012

Disediakan oleh SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JABATAN PELAJARAN JOHOR

PROGRAM GURU GANTI TERANCANG ( GGT

A.

LATAR BELAKANG lsu pergerakan guru keluar semasa bertugas disebabkan kepentingan perkhidmatan, kewajiban, tanggungjawab, hal-hal peribadi seperti cuti, khidmat sosial.Terdapat juga kes di mana guru hadir tetapi tidak berlaku PdP disebabkan komitmen lain dan sebagainya. Keadaan yang tersebut sudah menjadi satu fenomena biasa sejak dahulu lagi. Perkara ini memerlukan satu kaedah penyelesaian yang lebih komprehensif untuk memastikan anak didik di bilik darjah memperoleh hak yang sepatutnya. Pihak Jabatan Pelajaran Johor memandang serius perkara ini dan ada ketikanya sangat bersimpati kepada pihak pengurusan sekolah ( Pengetua dan Guru besar) apabila bilangan guru yang keluar pada satu-satu masa, bilangannya luar jangkaan. Walau bagaimanapun kita berterima kasih kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kerana memberi beberapa panduan untuk menguruskan keadaan ini seperti yang terdapat di dalam SPI Bil 10/1995 ( Pelaksanaan JadualWaktu Anjal Bagi Sekotah Rendah dan Menengah) khususnya perkara Vll dan Standard Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) berkaitan pengurusan guru ganti

PENGENALAN
Pihak JPN Johor telah memikirkan satu garis pandu dengan tujuan membantu pihak sekolah mengenal pasti punca isu dan cara mengatasinya. Perkara yang perlu diutamakan ialah hak murid. Kemenjadian program ini sangat bergantung kepada pihak pentadbir dan semua guru. Mereka perlu memahami situasi yang dihadapi dan memerlukan komitmen yang bersepadu. Penyediaan bahan/modul-modul tertentu dan sebagainya adalah sangat penting bagi memastikan pembelajaran itu berlaku semasa ketiadaan guru. Antara punca ketidakhadiran guru semasa bertugas ialah;

1. Guru berkursus 2. Aktiviti ko-kurikulum 3. Aktiviti 5.


sosial dan Kemasyarakatan secara terancang/Tibatiba

4" Aktiviti luarjangka


Guru bercuti ( Cuti rehat, cutiganti, MC dan sebagainya)
Cuti bersalin Menghadiri mesyuarat Kes-kes kecemasan

6. 7. 8.

RASIONAL
Program Guru GantiTerancang amat perlu dilaksanakan walaupun proses menyediakan guru ganti ini agak kemas dan berjalan lancar tetapi kadang-kala terdapat beberapa perkara perlu dilihat. Terutama kesediaan guru ganti dan kualiti masa penggantian. Antara beberapa perkara yang dimaksudkan ialah,
1.

Guru ganti terlewat masuk ke kelas dan keluar awal. Mereka sekadar menjenguk dan kemungkinan tidak masuk ke kelas yang telah ditetapkan. Berlaku pembaziran waktu sekiranya guru ganti kurang kreatif ketika menggantikan kelas terutama kelas yang memerlukan perhatian khusus. Membebankan guru ganti bagi memikirkan aktiviti pembelajaran dan pengajaran kelas yang digantijika tiada bahan yang ditinggal/dibekalkan.

3.

4.

sukatan pelajaran yang dirangka oleh guru akan terganggu dan kesannya ialah penguasaan murid pada topik-topik tertentu kurang mantap.

MATLAMAT
Meningkatkan keberkesanan pelaksanaan kurikulum

murid diperoleh secara maksimum di samping mengatasi

dalam memastikan

hak

masalah pengurusan pentadbiran sekolah serta disiplin murid.

OBJEKTIF

1. Mewujudkan 2. 3.

perasaan sayang dan bertanggung jawab kepada murid dalam kalangan guru yang diganti mahupun kepada guru pengganti. Guru yang diganti dapat menyediakan tugasan untuk murid dengan lebih sempurna. Guru ganti tidak terasa terbeban. Murid mendapat hak belajar yang sepatutnya.

4.
5.

Pengurusan guru pengganti dirancang dan dilaksana dengan lebih sempurna dan lancar. Mengatasi masalah salah laku displin. Menggalakkan kreativiti dan inovasi guru terutama dalam pembetajaran dan pengajaran.

6. 7.

F.

STRATEGI PELAKSANAAN

Memandangkan terdapat situasi yang memerlukan pelaksanaan guru ganti, semua guru perlu bekerjasama memastikan pengisian yang bermakna dilaksana pada masa-masa yang berkenaan. Salah satu pendekatan adalah penyediaan bahan atau modul pengajaran untuk setiap guru mengikut mata pelajaran. Tiga fasa dicadangkan untuk memudahkan pelaksanaan strategi iaitu pra, semasa dan

selepas/pasca.

PRA PELAKSANAAN

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Guru Media menyediakan bahan bacaan Bahasa Melayu dan Bahasa lnggeris yang secukupnya untuk program NILAM. Ketua Panitia dan Guru Media menyediakan bahan-bahan rakaman dan CD Pembelajaran dan Pengajaran semasa ketiadaan guru. Merancang aktiviti bengkel mata pelajaran apabila ketiadaan guru dengan jumlah yang ramai. Penyediaan jadual guru ganti serta agihannya perlu mengambil kira permintaan guru, opsyen guru dan guru mata pelajaran kelas tersebut. Guru Penolong Kanan Pentadbiran menyediakan jadualwaktu guru ganti sehari sebelum, bagiguru yang diketahui akan meninggalkan sekolah. Guru yang diganti perlu menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) untuk setiap hariyang diganti (tidak termasuk Cuti Bersalih, bertugas luar atau bercuti dalam jangka masa yang panjang - berbincang dengan pengurusan sekolah) dan menyediakan bahan/maklumat yang berkaitan untuk guru ganti. Semua bentuk bahan, modul atau rakaman perlu dirancang, disedia dan diuruskan di awaltahun atau sebelum pegerakan seseorang guru dan setiap pergerakan hendaklah dimaklumkan dan mendapat kenbenaran pihak pentadbir sekolah.

7.

B.

Mewujudkan jawatankuasa guru ganti. Jawatankuasa ini boleh melibatkan ahli-ahliyang berada dalam AJK Jadual Waktu sekolah.

SEMASA PELAKSANAAN
1.

Guru ganti menerima Slip PK02 dan merujuk kepada Guru Kanan Pentadbiran/Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Guru ganti akan mengambil bahan yang disediakan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran/Guru Kanan Mata Pelajaran. Agihan guru ganti boleh dibuat berdasarkan permintaan guru yang hadir.

2.

4.

Bagi kes-kes tertentu, murid dikumpulkan di dewan atau tempat-tempat yang sesuai untuk dilaksanakan aktiviti pembelajaran secara bengkel dan diawasi oleh beberapa guru. Boleh juga diadakan tayangan daripada bahan rakaman ilmiah yang telah tersedia dirakam oleh guru media.

5.

"Tukar gantiwaktu" secara "Suka sama suka" adalah dibenarkan untuk mengatasiguru tidak hadir. Perkara ini adalah bersesuaian dengan SPI Bil 10/1995 (merujuk kepada perkara Vll). Walau bagaimanpun perkara ini perlu dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

SELEPAS / PASCA PELAKSANAAN

1
2. 3.

Borang PK02 dan hasil aktiviti hendaklah diserahkan kepada GKMP/Ketua Panitia untuk tindakan selanjutnya. GKMP/Ketua Panitia menyerahkan tugasan dan latihan kepada guru yang digantikan. Tugasan atau latihan yang diberi kepada murid perlu disemak dan diperiksa oleh guru yang diganti.

G. 1.

PEMANTAUAN
Pemantauan bagi pelaksanaan Guru Ganti Terancang akan dilakukan oleh Pengetua / Guru Besar, GPK (Pentadbiran, HEM, Ko-kurikulum dan Petang), Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)/ Ketua Panitia Mata pelajaran. Pemantauan perlu dilakukan bagi semua peringkat pelaksanaan iaitu di peringkat pra, semasa dan pasca pelaksanaan. Rekod bagi kekerapan penggantian seseorang guru dan juga senarai semak kekerapan guru keluar atau tidak hadir perlu dibuat. Senarai semak kekerapan guru kaunselor masuk ke kelas juga perlu dibuat bagi memastikan semua kelas mencapai matlamat program kaunselor. Pemantauan laporan pelaksanaan silibus dan Plan J.

2. 3. 4. 5. H.

CADANGAN MODEL
MODEL 1: Berorientasikan Situasi 1.1 Cutl kecemasan 1.2 Cuti jangka pendek 1.3 Cuti jangka panjang 1.4 Ketiadaan guru atau guru tidak hadir dengan bilangan yang
ramai.

Cadangan aktiviti bagi Model

1:

Pinjaman buku secara pukal (bulk loan) Aktiviti guru kaunselor Set latihan topikal Set aktiviti umum ( kuiz, sahiba dan lain-lain) Modul

Set pertandingan Bahan nteraktif Pembelajaran Bengkel Teknik menjawab soalan Latihan secara'on-line' Transkripsi
I

MODEL 2

Berorientasikan Maflamat

2.1 2.2 2.3

Menghabiskan silibus

Meningkatkanpenguasaansesuatukemahiran
Meningkatkan kecemerlangan

Cadangan aktiviti bagi Model 2: Bengkel mata pelajaran tertentu Teknik menjawab soalan Set soalan peperiksaan Set latihan aras tinggi Set latihan umum Bahan interaktif pembelajaran Latihan secara'on-line' Transkripsi mata pelajaran MODEL 3 : Berorientasikan Pemulihan / pengayaan

3.1 3.2 3.1

Pengayaan Pemulihan

Cadangan aktiviti Model 3: Pengayaan Pinjaman buku secara pukal Set Latihan Umum Set Topikal Set Peperiksaan Set Latihan Mengikut Aras Bahan nteraktif Pembelajaran Set Modul Pelajar Cemerlang
I

Pemulihan Set latihan 3M Transkripsi Latihan LINUS, PROTIM, HALUS Pertandingan ( Kuiz, mewarna dan lain-lain)

3.2

I.
1.

AKTIVITI.AKTIVITI YANG BOLEH DIGUNA PAKAI OLEH GURU GANTI


Set Latihan Topikal Guru menyediakan set-set latihan mengikut topik sesuatu mata pelajaran. Guru yang akan keluar perlu menyediakan set latihan topikal yang berkaitan dan berkesinambungan dengan sesuatu topik. Set Soalan Peperiksaan Menggunakan selset soalan peperiksaan sama ada ujian bulanan, pertengahan tahun, akhirtahun atau soalan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan sebagainya yang boleh diambil daripada bank soalan sesuatu mata pelajaran. Kaedah ini dapat meringankan tugas panitia/guru-guru subjek untuk menyediakan bahan-bahan yang boleh digunakan oleh guru ganti. Seterusnya dapat membiasakan murid kepada situasi peperiksaan. Set Latihan Mengikut Aras Menggunakan selset latihan yang dibina khas mengikut aras rendah, sederhana dan tinggi. Guru yang akan keluar mengenal pasti aras sesuatu kumpulan murid seterusnya memberikan set-set latihan mengikut aras murid tersebut supaya proses pemulihan atau pengayaan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif. Set Latihan Umum. Guru menyediakan seberapa banyak set latihan/aktiviti umum yang berbentuk ilmiah dan menyeronokan. Set-set ini adalah berbentuk menguji ingatan, kebijaksanaan dan kecerdasan seseorang murid. Contohnya kuiz, teka silang kata, soalan-soalan lQ, tekaleki, soduku, transkripsi dan sebagainya. Set latihan/aktiviti umum ini mudah disesuaikan dengan pelbagai situasi. Bahan-bahan Multimedia dan lnteraktif Menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang menarik dan tidak membosankan daripada pelbagai sumber seperti VCD, rancangan-rancangan pendidikan dan internet. Bagi kaedah ini, guru ganti perlu membawa pelajar ke makmal komputer atau ke bilik tayang.

2.

3.

4.

5.

6. 7.

Bengkel Menjawab Soalan


Guru berperanan memberikan penerangan dan berbincang dengan memberikan panduan serta tips bagi menjawab sesuatu soalan.

Motivasi Murid
Pembelajaran dilaksanakan oleh kaunselor/guru ganti dengan memberi penekanan untuk menguatkan semangat dan azam pelajar bertujuan mempertingkat prestasi akademik dan kecemerlangan.

B. Pinjaman Buku Secara Pukal (Bulk Loan)


Guru Media menyediakan buku-buku cerita Bahasa Melayu dan Bahasa lnggeris secukupnya. Buku-buku tersebut akan ditempatkan di kelas. Guru ganti mengarahkan murid membaca buku-buku tersebut sebagai aktiviti pembelajaran dan memastikan murid mencatat dalam buku NILAM. Kaedah inidapat meningkatkan pengetahuan murid seterusnya dapat memupuk budaya membaca murid.

9. Pertandingan
Menjalankan pertandingan sebagai aktiviti pembelajaran seperti pertandingan kuiz, melukis, mewarna, bercerita, berlakon dan sebagainya. Aktiviti ini dilaksanakan di dalam kelas atau dewan dan boleh juga diberikan ganjaran atau hadiah.
1

0. Latihan dalam talia nl" on-line"

Guru mengarahkan murid membuat latihan secara dalam talianlontine di dalam makmal komputer. Guru boleh menggunakan laman-laman sesawang yang menyediakan set-set latihan interaktif. Murid-murid yang tidak dapat menyiapkan latihan boleh menjadikan ianya sebagai kerja rumah dan menyiapkan di luar waktu PdP. 11. Latihan Berfokus Guru menjalankan latihan secara berfokus sama ada aktiviti pengayaan bagi murid cemerlang dan pemulihan bagi murid yang lemah.

J.

PENUTUP

sesuatu masalah itu tidak akan dapat diselesaikan dengan baik dan sempurna sekiranya kita hanya meratapinya tanpa berbuat apa-apa. Kita perlu masuk ke dalam masalah tersebut dan mengukur sejauh mana impaknya, mencari punca dan mengatur strategi penyelesaianya. semoga dengan usaha murni ini akan dapat membantu semua pihak terutamanya rakan pengetua dan guru besar di sekolah.

Disediakan:

Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Johor

JAWATANKUASA PROGRAM GURU GANTI TERANCANG

PENASIHAT : MOHD NOR BIN A.cHANl


(PENGARAH PELAJARAN JOHOR
)

PENGERUSI :
NAIB PENGERUSI

HAJAH SAADIAH BT SAID ( KETUA SEKTOR SPA


)

1 2

: TUAN HJ ABD JALIL BIN SATARI

(TIMBALAN KETUA SEKTOR SPA )

NAIB PENGERUSI

: EN SUJAK BIN MASKAN ( KETUA PENOLONG PENGARAH SAINS)

SETIAUSAHA

: EN ABU SAMAH BIN ZAINAL ABIDIN

( PENGELOLA CEMERLANG JPNJ)

AHLI JAWATAN KUASA

: : :
:

EN ZULKAPLI BIN AYOB (PENOLONG PENGARAH MATEMATIK JPNJ ) EN MOHD AZAM BIN ANUAR (PENOLONG PENGAMH SAINS JPNJ ) EN MOHD KHAIR BIN MOHAIDIN (PENOLONG PENGARAH SAINS JPNJ ) TN HJ SHAHILON B ABD HALIM (PENOLONG PENGARAH SAINS JPNJ ) EN HAMSANI BIN MOHD NOR (PENYELIA MATEMATIK JPNJ
)

: : :

PN HJH HANIM BT JANTAN ( PENGETUA SMK SENGGARANG BATU PAHAT) EN SADAN BIN KOSANON (GURU BESAR SK BANDAR PONTIAN( INTEGRASI)

:TN HJ MUSA BIN SALAN


(GURU BESAR SK FELDA MAOKIL 1 SEGAMAT)
: EN SULAIMAN

BIN SALLEH

(GURU BESAR SK TENGKU MAHMOOD 1 KLUANG)


: EN RAFIE BIN MD DALI

(GURU BESAR SK BANDAR MERSING)

CONTOH
PK

02. PENGURUSAN GURU PENGGANTI

SLIP GURU PENGGANTI

Tarikh

: :

Hari
NAMA GURU TIDAK
HADIR

NAMA GURU GANTI MASA GANTI

MATA PELAJARAN
AKTIVITI DIJALANKAN

slip guru ganti perlu ditampal dalam Buku Rekod Mengajar/Fail rekod menagalar

DAPATAN:

G. Modul Prosedur Kerja

1'

Guru mata pelajaran tidak hadir tetapi telah diketahui terlebih dahulu dan persediaan sempat dilakukan.

Guru mata pelajaran mengetahui tarikh penglibatan

Merancang dan menyediakan bahan / modur pdp secukupnya bagi setiap hari ketidakhadiran

Bahan atau moduryang disediakan perru diserahkan kepada Ketua Bidang / Guru Kanan Mata perajaran / Guru penorong
Kurikurum

Menyediakan RpH bagi setiap hariyang terribat dan diserah kepada Ketua Bidang / Guru kanan Mata perajaran / Guru penorong
Kanan

Guru pengganti menerima srip guru ganti dan ditampar daram Buku Rekod Pengajaran dan mengambil bahan / modul pdp

Guru Pengganti melaksanakan pdp

Guru pengganti mengumpur hasir kerja murid dan mengisi borang dapatan

Guru pengganti serahkan makrumat / bahan tersebut kepada Guru Kanan / Ketua Bidang untuk diserahkan kepada guru yang diganti kemudiannya.

Guru yang diganti menerima bahan / maklumat untuk diperiksa / ditanda dan tindakan lanjut

@
10

2.

Kes-kes kecemasan dan di luar jangka

Penyediaan bahan / modul umum di awal tahun secukupnya

Bahan / modul dilabel mengikut keperluan dan disimpan dengan baik atau

diserah kepada Ketua Bidang atau Guru Kanan Mata pelajaran

Bahan disimpan ditempat yang mudah dicapai

Guru penggantimengambil bahan berkaitan dan melaksanakan pdp setelah menerima slip guru ganti

Mengumpul hasil kerja murid dan modul serta melengkapkan borang dapatan kemudian diserah kepada Ketua bidang / Guru Kanan Mata Pelajaran

Hasil kerja murid dan borang dapatan diserah kepada guru yang diganti untuk disemak, ditanda dan tindakan lanjut, modulyang diguna disimpan semula ditempatnya

11

JABATANSEKOLAH

a.{HAcIAff$eKatA* .:

..

{sEr_arAi} I*Fl\: l qlgKrDA P USAT BA!}]}AR


5S604

I{EMEI.{-rEkL{-N FEN}I}Hi4N }IAT.AYSIA

KUALA

LrrtrUR

MAI\'SARA

Tcle{oa:0}.25569S6

Far: ' Ruj. Tuan:


Ruj. Kami

6.1.25JSt5$

trerd:*PEL&ARAN,

:Kp(Bppp)1ll 0A Jd:M /. t21) :30 Oldqbr lgSS

|Atua

AJAI.AYSI.A

Pengarah Peadidikaq Negeri


.

:i

',
.a:

Fekeliling lortisas Bir, srl9g0. hectarikh 1s Disember: 1990


.

t .l .z-

.
:

Pekeliling lkfiltsas Bit 6llS91.bErtffi(i {0 Jirhi.igSl

:.-

.Pek*Irtlng tkHisas Bfr.7r1gS4 bertffil*,

el Okto$er {S*4. .'.....

f .E '.t

*".*S1H*Iiffp*: g,'.:X fd*uru reser h1da\rarr mqrug.nr;kail uu* jd;r*d$;H#;ffi #'ffi $ffi :X["[ff m.g1l::,Tdi'anl,neilyus,ri ffifflI, giyusi,mau Hu* ura*u.r,ara;rdm dffi G;iil;fififfitbffi dala* rnenbuat f*::*g: S1g
lll; lll,
firaksirn*rn i*rangan

.*at"-F!sjaran dak* serraii lxatr


'i
..

ya*g digatakkan bagi sesr ses{r.atx mata Fela;aran ial*h? _rydffiu trardu. warau uaaainra*ipun e*k nda;-.

cu.biry*

-..'..... ..

ktteh dilaksarraka-n
PengEabung"n

..tk"-y, p"rfl.,'= ." - J.g;i'ffid;;'r:i"l' :

ffiij
.

j,:

tiga-ye perHr. dikksana*a. # Hjff1t.11111_fu;ryd. ear<il0"p*,pu"ar,"n';r[; "*o &t Grfi 9j y,qp !rympal dan_satu w*uu rer ii dit *l,IjJielfr?id waka Geir#,.da*, *.,a drr*i :ri*i ,**L*."^;11,y:g gan*igan *ga ,feegm d'* r(eiuiuh (basi !i_ *iuirlG& Affi;i=,.
_g.g.{r.u

ru:

Agihan waldu rnengajar guru, pqrru sei-mbgtg, -lg.rl-d-qrgm -ri*gkungan 4-6 vraktu (160-24o mi*lti. sehari tiagi'g;ru:frokh menengah dan c-8 watdu (1 5&240 nriniii seharibagi
.1

I
T

guru

drJlut,,#un.,

Agihan mata perajarafi juga perru serrnbang supaya tidak berraku keadaan di mana ada hari semui mat-a pe*a;aon-'&ix' dan ada hari sernua mata

Vl,

penjaduatan yang seftrga,R . (stardard/uniromii- oa.nT"*py1Yri "3.u.pota itu sekorah boteh memflih sa*la ada meraksanakan pora pusir*un situ mtngg* atau por.

Jaduat wat(u

a*jatl!.lf

ffil

puringgn dua mifig*u,

,IUI{TUK fiiEGARAI

DATUK DR WAhI MOHDZAHID BIIU M$HS

rah Perlctif*an Malaysia Perffiikan Mahysia .

NOoftnNI

Anda mungkin juga menyukai