Anda di halaman 1dari 25

KURSUS:

HNS2013 - KENEGARAAN
GROUP: EL-B14
PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR ISHAK BIN SAAT SOALAN: 2 TAJUK TUGASAN:

MALAYSIA MERUPAKAN SEBUAH NEGARA YANG TERDIRI DARIPADA PELBAGAI KAUM, BAHASA, AGAMA, EKONOMI DAN POLITIK BERASASKAN PERKAUMAN. DENGAN MERUJUK KEPADA DIMENSI INI HUBUNG KAITKAN FAKTOR SEJARAH DENGAN SENARIO MASYARAKAT MALAYSIA MASA KINI.

NAMA: BADRIAH BINTI JAAFAR NO. MATRIK: D20102042947

ISI KANDUNGAN

TAJUK KECIL

MUKA SURAT

1. Abstrak 2. Pengenalan 3. Definisi 4. Kaitan antara sejarah dengan masyarakat majmuk Malaysia 5. Kaitan Penjajahan dengan kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia dari sudut sejarah. 6. Dasar-dasar British dan kewujudan masyarakat majmuk 7. Faktor-faktor dan toeri etnik dalam masyarakat majmuk 8. Hubungan etnik mengikut acuan Malaysia 9. C abaran dalam perhubungan masyarakat majmuk di Malaysia 10. Penutup 11. Bibliografi

ABSTRAK Tugasan ini akan membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan masyarakat majmuk seperti maksud masyarakat majmuk, ciri-ciri masyarakat majmuk, keadaan masyarakat majmuk dahulu dan kini serta kaitan faktor sejarah yang mempengaruhi dalam pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia kini. Terdapat beberapa perkara dalam faktor sejarah itu sendiri yang mempengaruhi pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Masyarakat Malaysia yang unik ini juga dipengaruhi faktor-faktor yang unik juga. Untuk mengetahuinya selami hasil yang akan dipersembahkan di dalam tugasan ini.

PENGENALAN

Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat sejak mendapat kemerdekaan daripada British pada 1957 adalah sebuah negara gagasan aktif yang cuba untuk membangunkan nilai-nilai kendiri dan budaya bangsa dalam prospektif yang unik. Dengan kombinasi, pengisian dan kerjasama yang erat antara pelbagai kaum dalam masyarakat majmuknya, gagasan ini sedang pesat menuju kea arah sebuah pencapaian negara maju menjelang tahun 2020. Tahap kemajuan yang direncanakan pula bukan sekadar dari segi kebendaan malah meliputi sama nilai-nilai norma kehidupan masyarakatnya.

Secara ringkasnya Malaysia atau dahulunya yang dikenali sebagai Tanah Melayu dan kemudiannya Malaya telah dijajah lebih dari 100 tahun bermula dengan Portugis, Belanda, British dan Jepun sebelum kembali kepada tangan British pada era sebelum merdeka. Dalam fasa penjajahan inilah telah bermulanya langkah pertama secara besar-besaran pembentukan dan kewujudan masyarakat majmuk di Tanah Melayu, atau Malaya dahulunya dan Malaysia kini.

Kehadiran pelbagai kaum khususnya di Semenanjung Tanah Melayu bermula ketika era kegemilangan Melaka lagi. Tetapi kedatangan mereka ketika itu tidak boleh disifatkan sebagai punca utama kewujudan masyarakat majmuk. Istilah masyarakat majmuk itu sendiri wujud pada penghujung abad ke 18 selepas kedatangan pihak British. Walaupun sejarah kemasukan imigran ini bermula di zaman dagangan dunia timur dan barat dalam pasaran rempah dan kemudiannya ditambah dengan perkembangan idoelogi keagamaan, namun kemasukan secara signifikannya boleh dikatakan bermula pada era penjajahan.

Walaupun pada awal kemasukan imigran ini adalah bermotifkan ekonomi, ideologi keagamaan dan keselamatan, namun keselesaan hidup di tanah baru ini telah menjadikan imigran-imigran ini sukar untuk meninggalkannya untuk kembali ke tanah asal. Keadaan inilah yang boleh dikatakan permulaannya kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia.

DEFINISI

Secara umumnya tajuk perbincangan ini boleh dikelaskan kepada beberapa definisi yang tersendiri. Masyarakat pada umumnya adalah bermaksud komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di sesuatu tempat dengan cara dan aturan tertentu. Boleh juga didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan perhubungan sosial.

Tajuk perbincangan ini juga seharusnya digunapakai bersama definisi masyarakat satu bangsa iaitu bermaksud cara hidup yang diikuti oleh orang-orang yang menjadi anggota kumpulan tertentu yang meliputi sistem sosial, susunan organisasi, ekonomi, politik, agama dan kepercayaan, adat resam, nilai, sikap atau apa sahaja yang dihasilkan oleh anggota masyarakat tersebut.

Definisi konsep negara bangsa juga perlu diambil kira bagi meyokong definisi tajuk perbincangan. Konsep negara bangsa pada umumnya bermaksud semua ahli masyarakat mendukung satu konsep bangsa dan satu negara yang ditegakkan di atas satu identiti negara yang sama yang dimanifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi.

Dengan kefahaman terhadap definisi-definisi yang telah diperkatakan di atas tadi, barulah definisi khusus masyarakat majmuk boleh diperbincangkan secara lebih khusus. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka keluaran 2007, masyarakat majmuk secara khususnya didefinisikan sebagai masyarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang berdampingan dan bercampurgaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup secara berasingan dengan budaya dan identiti yang tersendiri.

KAITAN ANTARA SEJARAH DENGAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Sebagaimana yang telah dinyatakan di awal perbincangan tadi, masyarakat majmuk mula terbentuk di Malaysia dengan sejarah kemasukan imigran-imigran di era sebelum merdeka lagi. Kesengsaraan dan kesusahan hidup di tempat asal telah menjadikan imigran-imigran yang dibawa masuk atas alasan lonjakan ekonomi dan keselamatan ini terus membuat keputusan untuk menetap di sini. Ini disebabkan oleh tahap kehidupan yang lebih selesa dan terjamin yang ditawarkan oleh tanah baru ini.

Kestabilan politik selepas pendudukan British di negari-negeri Melayu telah dapat melonjakkan eksploitasi terhadap ekonomi dan politik. Tambahan lagi dengan sumber-sumber asli yang banyak terdapat di Tanah Melayu. Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah telah menyaksikan kemasukan imigran-imigran berbangsa Cina dan India.

Sekitar tahun 1840-an, banyak lombong-lombong bijih timah di sekitar Lembah Kintan dibuka ekoran Revolusi Perindustrian di Eropah. Kestabilan politik dan galakan dari kerajaan hasil campur tangan British yang memberi jaminan keamanan dan kemudahan infrastruktur terutama di negeri-negeri yang kaya dengan sumber-sumber asli ini telah menjadi pemangkin kepada perkembangan ini.

Keperluan kepada industri getah juga telah menjadikan negeri-negeri di Tanah Melayu yang kaya dengan sumber asli tersebut mendapat perhatian daripada British. Tahap keperluan terhadap tenaga kerja asing menjadi meningkat. Ini disebabkan oleh sikap masyarakat peribumi asal yang masih lagi menumpukan kepada cara hidup cukup makan atau sara diri dan pertanian tradisional. Rentetan daripada itulah pihak British terpaksa membawa masuk imigran-imigran dari tanah asing untuk memenuhi keperluan tenaga buruh tersebut.

Namun begitu, kelompok imigran yang terdahulu di Malaysia ini bukan sahaja terdiri daripada kaum Cina dan India semata-mata. Terdapat banyak kumpulan-kumpulan imigran yang datang dari Kepulauan Indonesia. Pergolakan Politik di Kepulauan Indonesia dan tekanan dari pihak Belanda telah menyebabkan penghijrahan orang-orang Bugis dan Sumatera. Tambahan

lagi dengan sifat pengembaraan dan ahli pelayaran mereka yang baik telah menyemarakkan lagi suasana ini.

Secara ringkasnya faktor-faktor penghijrahan imigran-imigran boleh diklasifikasikan secara berikut:-

i.

Faktor Tarikan (Luaran) Kekayaan dan sumber-sumber asli yang terdapat di negeri-negeri Tanah Melayu menjadi daya tarikan utama kemasukan para penjajah. Perkembangan industri perlombongan dan perladangan getah pula menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada imigran-imigran. Tambahan pula dengan keengganan masyarakat peribumi asal terhadap tawaran pekerjaan sebagai buruh dalam industri perlombongan dan perladangan membuka ruang yang banyak kepada imigran-imigran untuk memenuhi kekosongan tersebut. Sikap proaktif pihak British yang telah membuat perjanjian dengan kerajaan India mengenai kemasukan tenaga-tenaga buruh secara terancang bagi mengatasi masalah kelompongan tenaga buruh juga dilihat sebagai pencetus utama kemasukan imigran terutamanya dari kaum India.

Aktiviti agen-agen buruh (biasanya terdiri daripada kongsi gelap) dan para majikan yang cenderung untuk menggunakan tenaga kerja luar ini juga boleh dianggap sebagai penyebab. Ini kerana kuasa permintaan terhadap imbuhan, gaji dan upah daripada tenaga buruh luar ini jauh lebih rendah berbanding tenaga buruh tempatan. Terdapat ramai majikan/pengusaha industri-industri ini menguruskan pengambilan imigran-imigran ini sebagai tenaga buruh melalui Sistem Kanggani, Sistem Kredit Tiket dan Sin Kheh.

Bagi imigran-imigran dari Kepulauan Indonesia pula (malah ada juga imigranimigran dari tempat-tempat lain), faktor ikatan persaudaraan dan rakan-rakan yang telah berhijrah terlebih awal menjadi faktor utama.

ii.

Faktor Tolakan (Dalaman)

Ketidak stabilan politik, bencana alam dan keperitan kehidupan terutamanya di China, India dan Jawa dilihat menjadi faktor penghijrahan imigran-imigran ini ke Tanah Melayu. Kekurangan rangsangan ekonomi di tempat asal tidak dapat memberi jaminan kestabilan kehidupan. Dengan keadaan lebihan penduduk tetapi kekurangan dari segi keperluan asas kehidupan lebih mencetuskan lagi lonjakan penghijrahan imigran-imigran ini untuk mencari kesinambungan hidup yang lebih baik.

KAITAN PENJAJAHAN DENGAN KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA DARI SUDUT SEJARAH

1. Kedatangan Portugis di Melaka Sejarah kedatangan Portugis di Melaka adalah bermula pada 11 Mei 1509 yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira pada zaman Sultan Mahmud Syah sebagai gerombolan perdagangan. Namun akibat sedikit salah faham di kalangan pemerintah Melaka, telah berlaku insiden penahanan sebahagian anggota rombongan perdagangan tersebut. Hal ini telah menimbulkan kemarahan pihak Portugis. Pihak Pentadbiran Portugis di Goa, India telah menghantar satu pasukan serangan yang diketuai oleh Alfonso de Alburqaque pada 7 Mei 1511 dengan misi membebaskan tahanan dan meminta bayaran ganti rugi. Pihak pemerintah Melaka pada ketika itu enggan menurut tuntutan yang dibuat oleh Portugis. Kesan daripada itu Portugis telah melancarkan serangan terhadap Melaka dengan disertai oleh 800 orang Portugis dan 600 orang India. Pada 24 Mei 1511 Melaka telah ditakluk oleh Portugis. Bermula dengan kedatangan Portugis hasil dari penaklukan inilah telah mula mewujudkan kelompok-kelompok awal masyarakat majmuk di Melaka.

2. Rampasan kuasa oleh Belanda Pada tahun 1597, Belanda telah menyerang pertahanan Portugis di Kota Melaka. Namun serangan ini menemui kegagalan. Pada 1636, Kesultanan Johor telah berpakat dengan pihak Belanda untuk menyerang Melaka sekali lagi untuk menguasainya. Serangan yang dilancarkan Belanda kali kedua ini mencapai kejayaan. Pada 14 Januari 1641, Melaka telah jatuh ke tangan Belanda. Gabenor Portugis pada masa itu, Manuel de Souza Couthinko telah menyerahkan kuasanya kepada ketua serangan Belanda, Kapten Minne Williemson Kaartokoe. Episod penyerahan kuasa daripada Portugis kepada Belanda ini telah menambahkan keahlian kepada kewujudan sebuah masyarakat majmuk di Melaka.

3. Pendudukan British Sebelum Prang Dunia Kedua. Rentetan kedatangan British di Tanah Melayu adalah disebabkan oleh pergolakan politik dan perebutan kuasa di kalangan pembesar-pembesar Melayu di Kedah dan Johor. Peristiwa tersebut telah menjadi satu peluang untuk diambil kesempatan oleh British sebagai pintu masuk untuk campur tangan. Hasilnya British telah berjaya menakluk Pulau Pinang dan Singapura melalui Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, Melaka secara rasminya diserahkan kepada pentadbiran British.

Kemudian daripada itu, ketiga-tiga wilayah iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat.

Walaupun kedatangan British ke Tanah Melayu pada mulanya adalah bertujuan untuk mendapatkan sumber-sumber asli bagi memenuhi keperluan industri di Eropah selain mencari pasaran baru bagi barangan siap serta penyebaran ideologi dan kepercayaan tetapi secara tidak langsung telah menjadi punca kepada kewujudan masyarakat majmuk. Tanah Melayu pada masa itu mengalami kekurangan dalam tenaga buruh yang sanggup bekerja bagi industri

perlombongan dan perladangan menyebabkan pihak British berusaha mencari

sumber tenaga kerja luar dengan membawa masuk tenaga kerja dari China dan India. Namun kemasukan imigran-imigran tenaga kerja luar ini juga sebenarnya memberikan perubahan yang signifikan terhadap kemudahan infrastruktur, ekonomi dan demografi penduduk. Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh British juga membantu membentuk masyarakat majmuk yang pelbagai dengan ciri-ciri masing-masing. Demografi penduduk di bawah dasar ini sangat ketara di mana kaum Melayu telah menumpu kepada kehidupan tradisional di kampung-kampung dengan cara bertani sara diri dan dengan menjadi nelayan. Kaum Cina pula dilihat lebih mendominasi industri perlombongan manakala kaum India lebih terarah kepada industri perladangan. Walaupun dari segi sejarah, kaum Cina telah datang ke Tanah Melayu lebih awal dari kedatangan British tetapi cara pentadbiran British yang dilihat lebih menjaga kebajikan dan keselamatan tenaga kerja luar telah menggalakkan lagi kemasukan imigran dari China. Kaum India pula dibawa masuk dengan banyaknya selepas berlaku perkembangan dalam industri getah dan kopi pada abad ke-19. Menurut Lampiran Sejarah Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (2010), terdapat 8300 orang kaum Cina di Pulau Pinang, 1120 orang di Singapura dan 4100 orang di Melaka pada tahun 1800 1822. Jumlah ini meningkat dengan ketara pada tahun 1941, jumlahnya mencecah hampir 4 juta orang . Manakala kaum India pula, pada tahun 1911 adalah seramai 267 129 dan telah meningkat kepada 621 774 pada tahun 1931. Kaum India ini yang terdiri daripada etnik-etnik Tamil, Malavali, Telegu dan Sikh kebanyakannya bekerja di ladangladang getah, pelabuhan, sektor pembinaan jalan raya dan jalan kereta api. Pada tahun 1957, jumlah kaum India adalah 11.1% daripada penduduk Tanah Melayu.

4. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu Ketika di bawah pentadbiran Jepun, Tanah Melayu atau dikenali sebagai Malai Baru diletakkan di bawah pusat pentadbiran di Singapura. Tetapi Singapura atau Snoyan ditadbir di bawah pentadbiran sendiri. Negeri-negeri Melayu iaitu Pulau Pinang, Melaka, Perak, Pahang, Selangor, dan Negeri Sembilan diuruskan di bawah pentadbiran Jepun. Sementara negeri Perlis, Kelantan, Kedah dan Terengganu telah diserahkan kepada Siam pada tahun 1945 sebagai membalas jasa Siam membantu Jepun ketika era penaklukan terhadap negara-negara di Asia Tenggara.

Di bawah pentadbiran Jepun telah wujud kesan sosial antara pelbagai kaum iaitu golongan yang menentang Jepun (MPAJA) dan hubungan tegang antara kaum Melayu dan Cina yang ditindas oleh pihak Jepun. Akibat daripada itu, kaumkaum Cina telah membuka kawasan-kawasan penempatan yang baru bagi menjamin survival kaum mereka. Di sesetengah tempat berlaku pertembungan kawasan penempatan kaum Cina dan kaum Melayu di kawasan-kawasan kampung tradisi. Hasilnya telah berlaku pergaulan antara kaum hingga ke tahap perkahwinan campur. Kesan dari pertembungan itulah yang mewujudkan kaum Baba Nyonya yang ada sekarang.

Namun begitu, tekanan hebat yang diberikan oleh Jepun terhadap kaum Cina telah menyebabkan sedikit aliran keluar kaum Cina sekitar tahun 1947 hingga 1953. Tetapi kemasukan imigran dari India masih lagi berlaku walaupun pada kadar yang rendah.

5. Pendudukan British Selepas Pentadbiran Jepun

Pihak British telah kembali menguruskan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu selepas Jepun berundur pada tahun 1945. British telah memperkenalkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum untuk mengawal perhubungan kaumkaum yang ada di Tanah Melayu ketika itu. Namun jawatankuasa ini tidak

mendapat sokongan rakyat kerana mereka mendakwa British gagal melawan Jepun ketika menyerang Tanah Melayu dahulu.

Akibat daripada kelonggaran sokongan ini, telah mewujudkan satu tuntutan kemerdekaan oleh penduduk berbilang kaum di Tanah Melayu terhadap British. Tetapi British telah mentapkan syarat bagi pemberian taraf kemerdekaan tersebut. Syrat yang ditetapkan adalah kaum Melayu mesti bekerjasama dengan kaum Cina, India dan lain-lain dalam semua perkara sebagai satu warganegara.

Namun begitu, kaum Melayu dilihat sukar untuk menerima syarat tersebut terutamanya yang berkait dengan kaum Cina. Hasilnya telah berlaku ketegangan hubungan antara kaum Melayu dan Cina. Dalam masa yang sma kaum Cina telah memberikan sokongan kepada Parti Komunis Malaya (PKM) dan telah bertindak membalas dendam terhadap kaum Melayu akibat dendam lama pada zaman pemerintahan Jepun.

Akibat daripada itu, pihak kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada tahun 1948 bagi tujuan meningkatkan hubungan antara kaum dan mengekang pengaruh Komunis. Disebabkan oleh tindakan-tindakan subversif dari PKM juga telah menyebabkan British telah memberikan taraf kerakyatan kepada kaum Cina untuk meningkatkan tahap kesetiaan mereka kepada Malaya di samping menyekat sokongan mereka kepada PKM. Orang-orang Melayu terpaksa menerima tindakan British tersebut sebagai salah satu cara untuk menentang pengaruh Komunis.

Pada tahun 1957, British telah memberikan kemerdekaan kepada Malaya hasil usaha Rombongan Kemerdekaan pada 1956 yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Darurat telah dibubarkan pada tahun 1960. Namun bermula dari itulah secara rasminya kewujudan masyarakat majmuk di negeri-negeri Tanah Melayu.

DASAR-DASAR BRITISH DAN KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK

Terdapat beberapa dasar yang telah digunapakai oleh pihak British ketika mentadbir Tanag Melayu. Dasar-dasar tersebut telah memainkan peranan yang penting bukan sahaja dalam mewujudkan masyarakat majmuk tetapi merangkumi segala aspek termasuk politik dan sosial. Antara dasar-dasar tersebut adalah:-

Dasar Politik

Dasar Imigrasi, Jabatan Perlindungan Orang Asing dan undang-undang buruh yang diamalkan oleh British sejak tahun 1874 adalah berbentuk bebas dan tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan imigran luar. Imigran terutamanya buruh-buruh yang bekerja di sekitarsekitar perlombongan dan perlombongan dibenarkan masuk sama ada melalui Sistem Indenture, Kongeny, Kontrak atau bebas. Dasar ini berbeza dengan undang-undang imigrasi paa tahun 1930-an yang mengetatkan dan menghadkan kemasukan orang-orang asing.

Tetapi perkara ini boleh difahami kerana pada ketika itu British amat memerlukan lambakan tenaga buruh asing bagi mendapatkan hasil dari industri perladangan dan perlombongan. Jabatan Perlindungan Orang Asing pula diwujudkan bagi memberi perlindungan kepada tenaga buruh asing ini daripada apa-apa tindakan penganiayaan oleh majikan atau konsi gelap. Ini jelas membuktikan bahawa British dengan tegas cuba untuk menggalakkan kemasukan buruh asing dengan menawarkan jaminan keselamatan daripada pihak-pihak tertentu. Tindakan dan dasar British ini adalah bagi memastikan mereka tidak hilang tenaga buruh untuk menjana ekonomi yang dikaut dari Tanah Melayu.

Undang-undang Buruh pula menetapkan agar majikan memberikan kemudahan dan hakhak yang setimpal kepada buruh-buruh imigran ini. Penekanan ini bukan sahaja menggalakkan kemasukan tenaga burub dari luar malah menyekat hasrat mereka untuk pulang ke tanah asal seperti mana yang berlaku ketika zaman kemelesetan ekonomi pada tahun 1927 hingga tahun 1932.

Oleh itu, boleh dikatakan bahawa dasar-dasar yang dijalankan oleh British ini boleh dianggap sebagai pemangkin kepada kewujudan masyarakat majmuk melalui keperluan terhadap tenaga buruh asing dalam mengaut keuntungan ekonomi.

Dasar Ekonomi

British telah memperkenalkan Dasar Ekonomi bru yang berisfat lebih komersial iaitu ekonomi kapitalisme dan bebas sebagai menggantikan dasar ekonomi pertanian sara diri yang diamalkan di Tanah Melayu ketika itu. Pembukaan tanah-tanah baru dan kawasan perlombongan dan perladangan dipertingkatkan seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan Kelang dibuka. Banyak lombong-lombong bijih timah dibuka di Larut, Lembak Kinta dan Lukut. British juga memperkenalkan kaedah-kaedah baru dalam industri perlombongan bijih timah seperti kaedah lombong dedah dan pam.

Hampir kesemua sistem ekonomi baru ini adalah sistem yang berasaskan buruh. Sehubungan dengan itu juga perkembangan pembinaan prasarana bagi menyokong peningkatan industri perladangan dan perlombongan ini juga memerlukan tenaga buruh yang ramai.

Dasar Sosial

Aspek ini memjurus kepada Dasar Pendidikan yang diperkenalkan oleh British. Dasar Pendidikan yang berteraskan negara ibunda iaitu England telah menggalakkan lagi perbezaan kaum dan melebarkan lagi jurang perpaduan di kalangan kaum-kaum yang ada. Dengan sukatan pelajaran dan pendidikan guru yang lebih menjurus kepada keperluan setiap komuniti yang berbeza telah memburukkan lagi keadaan.

Orang-orang tempatan hanya dihadkan kepada ilmu sara diri tetapi orang-orang asing diajarkan ilmu-ilmu moden dan baru. Ini membuktikan bahawa Dasar Sosial yang diawalkan oleh British seolah-olah menjemput kedatangan imigran-imigran ke Tanah Melayu keana

imigran-imigran ini diberi jaminan bahawa kebajikan mereka akan tetap dijaga walaupun berada di tanah asing.

FAKTOR-FAKTOR DAN TEORI ENTIK DALAM MASYARAKAT MAJMUK

Terdapat banyak faktor dam keadaan yang mempengaruhi pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Menurut Kertas Latar Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) terbitan tahun 2008, UKM, antara faktor-faktor yang terlibat adalah seperti berikut:-

Komoditi

Faktor ini merujuk kepada komoditi sumber asli asal Tanah Melayu di suatu ketika dahulu iaitu getah dan bijih timah. Dengan adanya hasil bumi yang kaya dan iklim serta tanah yang sesuai untuk perladangan getah telah menjadikan Tanah Melayu sasaran pihak penjajah untuk menguasainya. Hasil dari pembukaan lombong-lombong dan ladang-ladang getah telah meningkatkan keperluan kepada tenaga buruh asing. Dari sinilah bermulanya pertambahan etniketnik yang menetap di sini.

Dasar British

Dasar-dasar yang dijalankan oleh British ketika menguasai Tanah Melayu telah memberikan galakan kepda kemasukan etnik-etnik yang baru sebagai mengimbangi keprluan tenega buruh yang wujud. Kemasukan etnik-etnik baru ini juga dijadikan pemangkin oleh British dalam penguasaan aspek ekonomi. Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan mewujudkan jurang perbezaan antara etnik yang ada. Dari situlah etnik-etnik yang berlainan ini dibentuk untuk menjadi masyarakat yang bercirikan identiti tersendiri.

Penempatan

Lokaliti dan demografi yang berbeza antara etnik-etnik yang ada sama ada etnik tempatan atau yang baru juga menggalakkan kewujudan ciri-ciri dalam masyarakat majmuk. Kaum-kaum Melayu tinggal di kampung-kampung tradisi, kaum Cina di bandar-bandar baru dan kawasan perlombongan serta kaum India di kawasan perladangan telah mewujudkan pemisahan yang ketara terhadap asimilasi antara etnik.

Kegiatan Ekonomi

Aktiviti-aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh setiap kaum juga berbeza sejak dari awal lagi. Kaum Melayu masih lagi menjalankan ekonomi sara diri. Sedangkan etnik-etnik yang baru diperkenalkan dengan ilmu ekonomi yang lebih moden. Kaum Cina menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan, sementara kaum India didedahkan dengan kaedah-kaedah pertanian yang baru dan lebih moden. Pemisahan aktiviti ekonomi ini juga menjadi penyebab kepada pembentukan ciri-ciri yang berbeza mengikut etnik yang menjadikan antara ciri utama masyarakat majmuk.

Sosio Budaya Dan Kepercayaan

Setiap kaum yang ada masih lagi mempertahankan dan mengamalkan budaya serta kepercayaan asal mereka. Pada ketika itu budaya dan kepercayaan bagi sesuatu kaum itu dianggap taboo bagi kaum yang lain. Sehingga kini walaupun ada sesetengahnya sudah dapat diterima oleh kaum-kaum yang berbeza tetapi setiap kaum masih mengamalkannya dengan bebas.

Tahap Pendidikan

Pada zaman pemerintahan penjajah dahulu lagi terutamanya ketika era British banyak institusi-institusi pendidikan yang berteraskan sesuatu kaum ditubuhkan. Silibus dan tahap pendidikan yang diamalkan juga berbeza mengikut keperluan komuniti kaum-kaum tertentu. Corak perbezaan ini menguatkan lagi identiti asal dan unik bagi setiap kaum.

Kesinambungan daripada kekalutan yang berpunca dari kekeruhan hubungan etnik dan kaum yang ada nampak lebih menonjol ketika zaman pasca kemerdekaan. Keadaan ini menjadi api dalam sekam sehingga terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969. Namun keadaan ini telah diredakan oleh pentadbiran Malaysia yang baru dengan memberi penekanan kepada perpaduan dan integrasi antara kaum. Penekanan ini telah dibentuk sebegitu rupa sehingga telah diangkat ke paras mantra sosial iaitu menjadi kebiasaan dikalangan antara setiap kaum dan etnik. Keadaan ini boleh mengelakkan keadaan tidak rasional akibat takut kepada kegagalan dan kebuntuan dalam perhubungan antara kaum dan etnik.

Konsep integrasi dan perpaduan antara kaum di Malaysia pada masa kini telah dibentuk dan dijalankan berpandukan kepada Teori-teori Hubungan Etnik. Teori-teori ini telah dikaji dan diperhalusi oleh Institut Kajian Etnik (KITA) mengikut acuan dan kesesuaian pelbagai kaum yang ada di Malaysia kini. Teori-teori hubungan etnik dan pelbagai kaum tersebut adalah:-

Segregasi

Mengikut teori ini, perhubungan antara kaum dan etnik adalah bersifat pemisah iaitu ada jurang perbezaan walaupun tinggal di sesuatu kawasan atau tempat yang sama. Perbezaan dan pemisah ini boleh disebabkan oleh demografi tempat tinggal, sistem pendidikan, ekonomi, pengangkutan dan sebagainya.

Akomodasi

Teori ini menekankan kepada proses setiap anggota kaum atau etnik menyelami norma dan nilai-nilai antara satu sma lain tetapi masih mempertahankan budaya hidup kaum atau etnik masing-masing tetapi boleh menjalani kehidupan secara harmoni serta saling menghormati. Kewujudan wakil-wakil dari setiap etnik dan kaum dalam satu sistem pemerintahan yang sama boleh dijadikan contoh kepada teori ini.

Akulturasi

Dalam teori ini, anggota etnik atau sesuatu kaum telah menerima unsur-unsur kebudayaan dan identiti kaum yang lain. Unsur-unsur dari kaum dan etnik yang berbeza ini diambil dan diadaptasi kepada budaya sendiri. Keadaan ini boleh dilihat dapa masa kini melalui penerimaan terhadap unsur dalam perayaan, pemakaian dan juga pemakanan kaum-kaum yang ada di Malaysia.

Asimilasi

Teori ini melihat kepada percantuman dan penyatuan antara etnik dan kaum yang berbeza sehingga telah membentuk satu kelompok yang mengamalkan kebudayaan tertentu dengan identiti yang sama. Proses asimilasi yang sempurna menyebabkan terhapusnya perbezaan antara etnik dan kaum yang berbeza. Hal ini boleh dilihat di dalam kelompok-kelompok seperti masyarakat Jawa yang telah berasimilasi dengan masyarakat Melayu tempatan, masyarakat Cina Kelantan serta masyarakat Baba Nyonya di Melaka.

Amalgamasi

Teori ini pula menyatakan mengenai proses yang terjadi apabila budaya serta identiti sesuatu kaum dan etnik telah diterima dan bercampur untuk membentuk budaya atau ciri-ciri etnik yang baru. Perkahwinan campur antara anggota kaum Cina dan India misalnya telah mewujudkan satu kelompok baru yang digelar Cindian.

HUBUNGAN ETNIK MENGIKUT ACUAN MALAYSIA

Sehingga kini Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat yang mempunyai masyarakat majmuk dengan pelbagai cabang sosio budaya dan identiti yang unik. Meskipun tiga kaum yang terbesar adalah Melayu, Cina dan India, namun etnik-etnik peribumi terutamanya yang tinggal di Malaysia Timur masih bebas untuk mengamalkan identiti kaum masing-masing tetapi masih menghormati identiti kaum-kaum yang lain. Perasaan muhibah dan saling mempercayai antara satu sama lain diperkuatkan dengan pelbagai kaedah sama ada melalui undang-undang atau cara hidup.

Pembentukan bangsa Malaysia yang baru boleh diukur dari segi beberapa aspek utama. Melalui aspek kenegaraan, setiap anggota masyarakat dipupuk dengan semangat baru demi keutuhan sebagai satu kumpulan sosial. Aspek ini menekankan kepada penggunaan alat-alat dan simbol-simbol yang sama seperti bendera, lagu kebangsaan, Rukun Negara dan sebagainya. Aspek kewarganegaraan pula menitik beratkan kepada kesamaan konsep dikalangan ahli masyarakat yang berbilang kaum dan etnik sebagai warganegara yang sama. Manakala melalui aspek kebangsaan anggota masyarakat dibentuk untuk memupuk semangat kebangsaan melalui ciri-ciri budaya yang unik sebagai asas kepada pembentukan bangsa Malaysia yang baru.

Hubungan etnik yang dibentuk mengikut acuan Malaysia adalah bersandarkan kepada 6 unsur asas iaitu:-

i.

Kehendak politik iaitu hubungan antara kaum diinstitusikan oleh kepimpinan kerajaan dengan niat dan kemahuan bersama tentang peripentingnya hubungan yang baik dan bersatu bagi membentuk sebuah negara yang lebih berjaya.

ii.

Pengwujudan khalayak lenitikal iaitu badan-badan induk yang bertindak sebagai pemangkin kepada kekuatan hubungan antara etnik sepeerti Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional, Kementerian Hal Ehwal dan Kebajikan Wanita dan sebagainya.

iii.

Pengukuhan sektor ekonomi bersama untuk memenuhi sekurang-kurangnya keperluan asas anggota masyarakat melalui rancangan-rancangan kemajuan, perkongsian perbendaharaan infrastruktur moden dan sebagainya.

iv.

Nilai-nilai kepercayaan dan kebudayaan setiap laum yang unik dihormati dan dijaga sama ada melalui undang-undang negara mahupun sensitiviti sesama anggota.

v.

Mereka bentuk dan bekerjasama dalam sesuatu wawasan atau tujuan membina untuk dinikmati hasilnya oleh setiap lapisan anggota masyarakat.

vi.

Perkongsian dalam penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan mutu kerja yang lebih baik dan terjamin.

CABARAN DALAM PERHUBUNGAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Dalam mencari kesamaan dan keutuhan sebuah perhubungan antara anggota etnik dan kaum yang berbeza sudah pasti akan menimbulkan cabaran-cabaran yang tidak kurang hebatnya. Cabaran-cabaran ini seandainya tidak dikawal dan dibentuk dengan cara yang baik dikhuatiri akan menimbulkan permasalahan yang besar suatu hari nanti. Namun sikap proaktif dari kerajaan Malaysia dilihat sebagai antara medium yang berkesan dalam mengawal cabarancabaran yang ada.

Antara cabaran-cabaran besar yang boleh dilihat mengancam tahap perhubungan antara kaum yang da di Malysia adalah aeperti berikut:i. Perbezaan dan pertentangan antara kaum Cabaran ini boleh diklasifikasikan kepada 3 aspek utama iaitu sosial, ekonomi dan politik. Masalah pemisahan penempatan dan sistem pendidikan yang terasing

yang wujud dari satu sudut sejarah pada awalnya boleh dikawal melalui pemecahan jurang demografi antara kaum dan kewujudan institusiinstitusi pendidikan yang sama seperti sekolah kebangsaan, universiti-universiti dan sebagainya. Dari sudut ekonomi, penekanan perlu dilihat kepada aspek perbezaan pekerjaan setiap anggota masyarakat dan dominasi sektor ekonomi oleh golongan-golongan tertentu. Manakala dari sudut politik, pengawalan yang rapi terhadap kemungkinan wujudnya politik perkauman perlu diambil kira. Pemantauan terhadap persatuan-persatuan, NGO dan parti politik perlu diberi perhatian yang serius.

ii.

Perbezaan dan pertentangan nilai antara etnik dan kaum Keanggotaan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum yang berbeza yang masih mempertahankan serta mengamalkan identiti masingmasing yang unik seperti bahasa, agama dan kepercayaan serta kebudayaan boleh menimbulkan polarisasi kaum. Keadaan ini boleh menjadi penyebab utama kepada kegagalan hubungan antara kaum dan etnik.

iii.

Cabaran globalisasi Permasalahan ini dilihat berasaskan kepada gagasan ekonomi dan politik sejagat. Campur tangan dari pihak ketiga dengan ideologi-ideologi yang salah boleh memburukkan keutuhan yang ada. Perjuangan hak kesamarataan dan hak asasi boleh menjadi barah kepada kekuatan muhibah yang ada. Pengaruh-pengaruh negatif seperti budaya hedonisme, ekonomi bebas serta penggunaan sains dan teknologi yang memusnahkan juga boleh menjadi batu api yang menyemarakkan tetapi kepentingan diri tanpa memikirkan orang lain.

PENUTUP

Masyarakat Malaysia atau lebih tepat lagi rakyat Malaysia adalah masyarakat yang unik. Ia terdiri dari pelbagai kaum yang membentuk masyarakat majmuk. Rakyat Malaysia pada masa kini hidup dengan aman dan damai serta bebas mengamalkan agama atau kepercayaan masingmasing. Masyarakat Malaysia terdiri daripada 3 kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu adalah kaum yang berasal dari sekitar kepulauan Melayu, manakala kaum Cina dari Tanah Besar China dan kaum India dari Negara India. Mereka ini adalah imigran yang berhijrah ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu atas desakan untuk memenuhi keperluan hidup. Penghijrahan mereka dibantu oleh kuasa-kuasa asing seperti Portugis dan British yang ingin mengeksploitasi sumber-sumber asli seperti bijih timah yang banyak di Tanah Melayu. Dasardasar yang dilaksanakan oleh penjajah-penjajah ini suatu ketika dahulu jelas telah mempengaruhi kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia. Semua yang dinyatakan ini adalah keadaan yang terjadi semasa era penjajahan.

Sebelum penjajahan, iaitu era kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka, masyarakat majmuk juga sudah mula terbentuk cuma ia tidaklah seketara pembentukan masyarakat semasa zaman pemerintahan penjajah. Masyarakat majmuk yang terbentuk semasa zaman kerajaan Melayu Melaka ialah melalui kahwin campur penduduk asal dengan pedagang dan para mubaligh yang datang ke Melaka. Ia cuma berlaku di Melaka.

Namun begitu, faktor utama yang mempengaruhi pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia ialah syarat yang dikenakan oleh British semasa penduduk Tanah Melayu menuntut kemerdekaan dari British. British mahu negara yang akan dibentuk terdiri daripada semua kaum yang terdapat di Tanah Melayu pada ketika itu iaitu Melayu, China dan India. Dan hasilnya ialah apa yang ada sekarang. Malaysia sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum , agama dan budaya tetapi hidup dengan harmoni. Walau bagaimanapun, suatu ketika dahulu wujud beberapa masalah seperti perbezaan yang ketara dari segi ekonomi telah menggugat keamanan buat seketika waktu. Untuk menghalang berulangnya peristiwa seperti itu, pentadbiran Malaysia kini telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengatasi perbezaan jurang antara kaum yang wujud.

Daripada huraian-huraian di atas, jelaslah sejarah mempengaruhi pembentukan masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia. Walaupun berbeza tetapi kaum-kaum yang terdapat di Malaysia dapat hidup dengan aman dan harmoni melalui penerimaan antara sendiri dan kuat kuasa undang-undang untuk menjamin kemakmuran Malaysia. Walaupun perjalanan Malaysia untuk mencapai taraf negara maju masih jauh, kerjasama antara rakyatnya yang berbilang bangsa, agama, bahasa, ekonomi dan politik akan memastikan Malaysia mampu menempuh cabaran yang mendatang hasil pentadbiran yang mementingkan perpaduan yang menjadi teras kejayaan Malaysia dahulu, kini dan akan datang.

RUJUKAN

Abdul Aziz Deraman. (2001). Masyarakat Majmuk dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai (M) Sdn Bhd Chong, K.K. (1985). Masyarakat Melayu Semenanjung Malaysia. Evolusi Sejarah in Masyarakat Malaysia. Zunaina Majid (Ed.). Pulau Pinang. USM

Ismail Hussein et. al. (2001). Tamadun Melayu Menyonsong Abad Kedua Puluh Satu (Edisi Kedua). Selangor. UKM.

J.S. Furnivall. (1939). Netherlands India. Cambridge: Cambridge University Press.

Kassim Ahmad. Soal Kebangsaan pada 19 Mei 2011. http://kassimahmad.blogspot.com

Leon Comber. (1983). A Historical Survey of Sino-Malay Relations. Hong Kong: Heinemam Educational Books (Asia) Ltd

Mc Gee, T.G., (1964). The population Of Malaysia, A survey. New York: Praeqer Press

Mohd Redzuan Othman et. Al. (2006). Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur: UM

Mohd Salleh Lebar. (1992). Perubahan dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise

Muhammad Haji Mmuhd Taib. (1996). Melayu Baru. Petaling Jaya: Visage Communication

Prinsip-prinsip

Pemerintahan

Dalam

Masyarakat

Majmuk

dari

http://

library.mod.gov.my/em/Brief Display Retviewer.jsp?311356 pada 9 Mei 2011

Zakaria Ariffin. (1990). Mengenal Budaya Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

________ (1969. Tragedi 13 Mei: Satu Laporan Majlis Gerakan Negara. Kuala Lumpur

Penjajahan dan Kewujudan Masyarakat Majmuk di Malaysia dari laman sesawang Hibatullah Yusof Al Haj pada 9 Mei 2011

Anda mungkin juga menyukai