Anda di halaman 1dari 8

BIDANG TUGAS AJK

Kepegawaian Melantik referi, pengadil, hakim dan pegawai teknikal kejohanan Mengurus dan mengesahkan penyertaan pegawai teknikal kejohanan dan pasukan (buku rekod bertugas)

Kecemasan Mengagihkan tugas kepada pasukan-pasukan kawalan & keselamatan Memastikan kawasan kejohanan selamat daripada ganguan asing Menyediakan pasukan bantuan kecemasan di tempat kejohanan Menyediakan alatan perubatan Menyediakan tempat rawatan (khemah)

Publisiti dan Tajaan Menghebahkan semua maklumat mengenai kejohanan Menyediakan banner kejohanan Mengiklankan kejohanan di kawasan strategik IPG Berusaha mendapatkan tajaan dan derma

Buku Program Mengumpul semua bahan yang perlu untuk buku program (buku program) Menentukan kandungan buku program Membuat buku cenderamata Mendapatkan kata-kata aluan Menyemak istilah & ejaan serta menyiapkan buku program sebelum kejohanan Menguruskan percetakan dan mengedarkannya kepada pihak yang berkenaan Menyerahkan buku program kepada AJK Perasmian dan Penutupan

Hadiah dan Cenderamata Berbincang dengan AJK Pertandingan & Kepegawaian berhubung kriteria acara & bilangan hadiah & cenderamata Menyedia anggaran & menempah hadiah & cenderamata Menyedia semua hadiah & cenderamata yang diperlukan Bekerjasama dengan AJK upacara Perasmian & Penutupan bagi majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang & pegawai perasmi Menyedia borang penyampaian hadiah untuk pemenang dan nama VIP penyampai Menyusun hadiah & mengurus majlis penyampaian hadiah dan cenderamata secara sistematik Menyediakan dulang, lapik dan pegawai yang sesuai untuk majlis penyampaian hadiah

Siaraya Menguruskan urusan berkaitan P.A sistem kejohanan

Perasmian dan Penutupan Mengurus upacara pembukaan & Penutupan Rasmi Merangka perjalanan aturcara pembukaan & Penutupan Rasmi Mengatur & menyediakan persiapan dan peralatan serta personal yang diperlukan bagi upacara pembukaan dan penutupan rasmi Menguruskan raptai kedua dua upacara tersebut Mengaturkan tempat duduk para jemputan (VIP) dalam dua upacara tersebut mengikut protokol Menyediakan penyambut tetamu yang mencukupi untuk upacara pembukaan dan penutupan rasmi Menyediakan surat surat jemputan ke upacara pembukaan & penutupan rasmi Menguruskan perjalanan persembahan ketika majlis perasmian (sekiranya ada)

Kebersihan Memastikan kawasan persekitaran kejohanan bersih, menarik dan berseri

Perbarisan dan Lintas Hormat Menyelaraskan kontinjen yang mengambil bahagian dalam upacara lintas hormat pembukaan & penutupan rasmi Bertanggungjawab dalam aktiviti raptai Memastikan penyertaan pasukan rumah rumah sukan unit beruniform Menyediakan borang, kriteria penilaian dan hakim hakim jika upacara perbarisan dipertandingkan

Makanan Menguruskan hal-hal makanan para pegawai dan VIP semasa hari kejohanan

Pengankutan Menguruskan tempahan bas kepada pelajar asrama (sekiranya ada) Menguruskan tempahan lori untuk membawa peralatan ke stadium

Dokumentasi Merakam kejohanan, Perasmian, Penutup Mendapatkan pembekal untuk memberi khidmat sistem siaraya.. Mengadakan mesyuarat post-mortem selepasa kejohanan. Menyediakan laporan kejohanan untuk makluman Jawatankuasa Pengelola

AJK Kepegawaian

Teknik Bertanggungjawab menentukan balapan, landas lari, bulatan, lengkok, tempat mendarat bagi acara-acara padang dan semua alat dan peralatan mengikut peraturan dan spesifikasi Mennyediakan dan mengedarkan kepada Ketua-ketua Hakim, Penjaga masa dan Pegawai Statistik semua borang yang digunakan oleh pegawaipegawai balapan dan padang

Pertandingan Mengumpul dan merekodkan semua keputusan penuh bagi setiap acara, yang diberikan oleh Referi, Ketua Penjaga Masa dan Ketua Hakim Balapan. Menyampaikan keputusan-keputusan ini dengan segera kepada Juruhebah dan Pegawai Statistik. Menyediakan buku acara kejohanan

Statistik Mencetak dan mengedarkan salinan keputusan rasmi kepada semua pihak yang memerlukan Menerima keputusan rasmi bagi setiap acara balapan dan padang yang lengkap dari Referi Membukukan semua keputusan sebagai rujukan dalam mengemaskinikan pemegang rekod bagi kejohanan tahun-tahun berikutnya Mengisi borang-borang keputusan yang tertentu bagi acara-acara bukan balapan atau padang Mengira pungutan mata yang dicapai oleh setiap peserta bagi setiap acara dan menjumlahkannya kepada Rumah Sukan Menentukan Olahragawan dan Olahragawati dengan bantuan Setiausaha Pertandingan dan pensyarah yang dipertanggungjawabkan

Referi (padang dan balapan) Menentukan segala peraturan dipatuhi dan membuat keputusan terhadap sebarang perkara yang timbul (perkara yang tidak dijelaskan dalam peraturan) ketika kejohanan Menyemak semua keputusan akhir, menangani sebarang pertikaian dan menyelia pengukuran pencapaian yang membabitkan rekod

Hendaklah membuat keputusan tentang bantahan dan bangkangan terhadap pengendalian pertandingan. Mempunyai kuasa memberi amaran atau menyingkirkan dari pertandingan mana-mana peserta yang didapati berkelakuan tidak senonoh. Amaran boleh disampaikan dengan memperagakan kad kuning dan penyingkiran dengan kad merah kepada peserta yang berkenaan. Amaran dan penyingkiran hendaklah dicatatkan dalam kad keputusan. Jika, pada pendapat referi yang berkaitan, timbul keadaan yang, demi untuk keadilan, memerlukan sesuatu acara itu dijalankan semula, maka beliau mempunyai kuasa mengisytiharkan acara tersebut batal dan menjadualkannya semula, sama ada pada hari yang sama atau pada suatu masa yang lain. Setelah selesai sesuatu acara, kad (borang) keputusan hendaklah dilengkapkan segera, ditandatangani oleh Referi yang berkaitan dan diserahkan kepada AJK Pertandingan Tidak boleh berperanan sebagai Hakim atau Pengadil

Hakim Balapan/Penamat Ditempatkan pada bahagian balapan yang sama. Berada sekurangkurangnya 5m daripada dan sebaris dengan garisan penamat. Berada di atas platform (tangga) yang mendongak ke belakang. Menentukan keputusan perlumbaan (berdasarkan kedudukan tempat yang telah ditetapkan oleh Ketua Hakim). Sekiranya berlaku kes di mana Hakim-Hakim tidak dapat membuat keputusan, maka kes ini perlu dirujuk kepada Referi supaya keputusan dapat ditetapkan. Ketua Hakim akan mengumpul semua keputusan dari Hakim-Hakimnya dan menyerahkannya kepada Setiausaha Pertandingan.

Hakim Acara Padang Menghakimi dan merekodkan setiap percubaan dan mengukur setiap percubaan sah peserta-peserta. Bagi acara lompat tinggi, ukuran yang tepat hendaklah dilakukan setiap kali palang dinaikkan, lebih-lebih lagi bagi percubaan yang bersangkutan dengan rekod. Sekurang-kurangnya 2 orang Hakim akan membuat catatan bagi semua percubaan, menyemak catatan mereka pada akhir tiap-tiap pusingan.

Hakim yang ditugaskan untuk menentukan percubaan yang sah atau tidak akan mengangkat bendera putih bagi percubaan yang sah dan bendera merah bagi percubaan yang tidak sah. Ketua Hakim akan mengumpul semua keputusan dari Hakim-Hakimnya dan menyerahkannya kepada Setiausaha Pertandingan.

Hakim Bilik Panggilan Menentukan semua peserta memakai pakaian sukan yang sesuai dan nombor bib (peserta) dipakai dengan betul dan mengikut senarai mula (start list). Mempastikan kasut, bilangan paku dan ukuran pepaku (spikes) adalah mengikut peraturan. Menyelia pergerakan antara kawasan pemanasan (warm-up) dan kawasan pertandingan bagi mempastikan yang peserta-peserta yang telahpun diperiksa di bilik panggilan hadir dan bersiap sedia untuk memulakan acara mereka.

Marsyal Mempunyai kuasa penuh mengawasi arena dan tidak membenarkan sesiapa yang tidak berkenaan kecuali pegawai-pegawai yang bertugas dan pesertapeserta yang akan bertanding memasuki dan berada di arena

Juruhebah Hendaklah memaklumkan kepada para hadirin, nama dan nombor pesertapeserta yang mengambil bahagian bagi setiap acara dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan seperti saringan, lorong dan masa perantaraan. Keputusan (kedudukan, catatan masa / ketinggian / jarak) bagi setiap acara hendaklah dihebahkan seberapa segera yang boleh selepas menerima maklumat-maklumat tersebut

Penolong Pelepas Hendaklah mempastikan semua peserta yang bertanding dalam saringan atau akhir adalah betul dan sah, dan memakai nombor bib (peserta) mereka dengan betul. Menempatkan semua peserta di lorong atau di tempat permulaan masingmasing.

Memberi isyarat kepada Pelepas bahawa semua peserta sudah bersedia. Bertanggungjawab terhadap kesediaan baton-baton bagi pelari-pelari pertama acara lari berganti-ganti.

Penjaga Masa Ketua Penjaga Masa akan menyelaras dan mengagihkan tugas kepada setiap Penjaga Masa (8 orang). Ditempatkan sebaris dengan garisan penamat dari luar balapan. Berada sekurang-kurangnya 5m daripada lorong tepi balapan. Berada di atas platform (tangga) yang mendongak ke belakang. Pastikan jam randik dengan paparan digital berfungsi sebelum acara dimulakan. Masa bagi semua peserta yang menamatkan perlumbaan hendaklah dicatatkan. Masa hendaklah diambil dari kilat / asap yang terbit dari letupan pistol atau alat lain yang dibenarkan sehingga ke saat mana-mana bahagian peserta (torso/dada dan bukannya kepala, leher, lengan, betis, tangan atau kaki) jelas mencecah alur menegak bahagian terdekat garisan penamat. Setiap orang Penjaga Masa hendaklah bekerja sendirian tanpa menunjukkan jamnya kepada atau membincangkan catatannya dengan orang lain, merekodkan catatannya ke dalam borang rasmi dan setelah menandatanganinya, menyerahkannya kepada Ketua Penjaga Masa yang akan memeriksa jam-jam tadi bagi mengesahkan masa yang dilaporkan itu. Bagi semua masa catatan tangan perlumbaan di balapan, masa hendaklah dibaca dan dicatatkan ke 1/10 saat yang lebih tinggi (contoh: 12.32s = 12.4s). Ketua Penjaga Masa akan mencatatkan semua masa rasmi bagi setiap peserta dalam borangnya dan menyerahkannya kepada Setiausaha Pertandingan.

Pengadil Bertugas sebagai pembantu kepada Referi Balapan, tanpa mempunyai kuasa untuk membuat keputusan akhir. Dipastikan kedudukan masing-masing di balapan oleh Referi supaya mudah untuk memerhatikan pertandingan dengan teliti. Mengemukakan laporan bertulis dengan segera kepada Referi jika berlakunya kes perlanggaran peraturan atau pembatalan yang dilakukan oleh peserta/atlet. Sebarang perlanggaran peraturan atau pembatalan hendaklah ditunjukkan dengan mengangkat bendera kuning / merah.

Apabila seseorang pengadil mendapati seseorang pelari itu telah termasuk ke lorong lain yang bukan lorongnya, atau pertukaran baton berlaku di luar kawasan yang dibenarkan, beliau hendaklah dengan serta merta menanda di balapan tempat kesalahan tersebut dilakukan dengan menggunakan apa jua cara yang sesuai.