Anda di halaman 1dari 8

RAHSIA EKSKLUSIF TINGKATKAN LIKE FAN PAGE FACEBOOK

Facebook fanpage.

Facebook fanpage boleh di lihat oleh semua pengguna facebook. Secara tidak langsung, ia merupakan kedai dalam dunia facebook. Adanya kedai, lebih senang untuk anda promosikan barang perniagaan anda.

Tugas anda selepas memiliki fanpage adalah mencari seramai mungkin bilangan like dan psiko pengguna facebook yang like untuk membeli apa yang anda jual. Ada dua cara untuk jual sesuatu melalui fanpage.

Pertama - anda bina fanpage berasaskan produk anda. Anda letakkan nama tajuk fanpage anda berdasarkan nama produk atau syarikat anda dan berniaga secara direct selling.

Kedua - anda bina fanpage berasaskan niche produk anda. Contohnya niche produk anda adalah pendidikan. Maka, anda boleh bina beberapa fanpage berkaitan dengan niche pendidikan seperti Tip Pelajar Pintar atau Klinik Bahasa Inggeris atau Strategi Belajar Sempoi tetapi cemerlang. Kemudian anda promosikan produk anda secara direct dan soft selling dengan di selangi beberapa maklumat berguna.

Cara bina facebook fanpage.

1. Anda pergi ke http://www.facebook.com/pages/create.php?ref_type=sitefooter

Di sana anda akan di minta untuk memilih kategori bagi fanpage anda. Jika anda gunakan teknik pertama, anda pilihlah pilihan brand or product manakala jika anda gunakan teknik kedua, anda pilihlah pilihan cause or community.

Selepas anda memilih, anda akan di minta untuk memasukkan nama fanpage anda dan ikut arahan seterusnya.

Pertama, anda perlu upload gambar bagi fanpage anda. Pilihlah gambar yang boleh menonjolkan fanpage anda. Gambar yang di pilih perlulah nampak professional, jelas, terang dan menarik.

Kedua, anda perlu masukan maklumat mengenai fanpage anda. Di sini anda tulis dengan jelas dan terang kenapa anda bina fanpage tersebut.

Di bahagian laman web, anda masukkan laman web jualan produk anda. Siapa tahu, pelanggan boleh datang dari fanpage yang anda sedang bina ini.

Seterusnya, anda perlu masukkan maklumat facebook web address. Pilihlah alamat yang sesuai dengan nama fan page anda. Contohnya jika nama fanpage anda adalah Doktor cinta, anda tulislah nama doktorcinta di bahagian web address.

Adalah penting untuk anda isi bahagian ini kerana mereka yang melakukan carian di enjin carian mungkin akan menemui fanpage anda. Seterusnya mereka mungkin akan jadi pelanggan anda.

Seterusnya anda letakkan cover photo yang menarik kerana semua fanpage di wajibkan menggunakan time line. Anda susun dan kemaskini data di https://www.facebook.com/pages/edit/?id=342226252514788&sk=basic mengikut visi dan misi perniagaan anda.

Selepas siap, anda sudah boleh mula mencari liker dan mula menjual pada pengguna facebook yang like fanpage anda.

Cara bina kredibiliti di fanpage.

Konsep bina kredibiliti adalah mudah iaitu buat sesuatu yang boleh datangkan rasa hormat orang terhadap diri kita.

Berpandukan konsep tersebut, berikut adalah cara cara hendak bina kredibiliti di fanpage.

Gunakan gambar yang sopan dan professional. Susun ayat di bahagian profail fanpage dengan baik. Pastikan setiap ayat yang anda taip adalah jelas, tidak ada kesilapan ejaan dan senang untuk di fahami. Sentiasa gunakan ayat yang mudah tetapi jelas.

Melayan comment pengguna facebook dengan nada professional. Bersikap matang dan jika diri anda salah, anda minta maaf.

Sentiasa berikan maklumat yang berguna dan tidak lokek berkongsi ilmu. Sentiasa postkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk fanpage anda sahaja. Sesekali, adakan perbincangan dengan pengguna facebook. Apabila anda rajin berinteraksi dengan pengguna facebook, mereka akan hormat anda.

Lebihkan memberi dan tidak sesekali memaksa mereka untuk membeli apa yang anda jual.

Konsisten memberi maklumat berguna. Selain melakukan promosi secara soft selling di wall status anda sendiri, kita juga boleh membuat perkara yang sama di fan page dan groups yang ada di Facebook. Antara dua ini, saya lebih sarankan groups kerana kebanyakkan ahliahli yang menyertainya lebih aktif berbanding di fan page. Lakukan promosi di groups tersebut HANYA setelah mendapat keizinan daripada tuan punya ataupun owner group terbabit. Groups yang mempunyai ahli yang ramai dan aktif merupakan tempat yang ideal untuk kita melakukan promosi. Lebih baik jika groups tersebut ada kena-mengena dengan produk/servis yang kita tawarkan.

Bagi fan page pula, oleh kerana ahli di situ tidak begitu aktif, anda boleh saja request atau mempelawa ahli di fan page tersebut supaya menjadi rakan Facebook anda. Perkara yang sama seperti groups, pilih fan page yang mempunyai kaitan dengan produk/servis yang anda sediakan. Sebagai contoh jika anda mempunyai produk berkenaan diet pemakanan sihat, anda boleh sasarkan ke peminat fanatik fan page makanan segera seperti pizza. Kemungkinan besar ahli-ahli fan page tersebut berminat dengan produk anda itu.

Suka saya ingatkan sekali lagi promosi secara zero cost hendaklah dilakukan secara soft selling supaya anda tidak dicop sebagai melakukan spam. Pelaku spam atau pun spammers sangat-sangat di benci di Facebook! Anda boleh sahaja ditendang keluar daripada satu-satu groups ataupun fan page jika didapati sentiasa melakukan spam. Anda juga mungkin akan kehilangan ramai rakan Facebook jika masih tegar melakukan aktivti negatif tersebut.

Lakukan secara ulang ulangan insyaALLAH , Jumlah like akan meningkat.. dengan viral yang berlaku..sama ada mereka klik LIKE mahupun followers memberi komen setiap post yang dibuat dalam fan page anda. Ingat. Fikir 1 perkara ini sahaja. PIKAT , PIKAT, PIKAT hati followers fan page anda terlebih dahulu, sebelum melakukan pemasaran.

Diharap panduan ini sedikit sebanyak membantu anda. insyaALLAH.