Anda di halaman 1dari 12

1 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

Definisi Linguistik Perkataan linguistik dikatakan berasal daripada perkataan Latin lingua yang bermaksud bahasa. Perkataan itu digunakan dalam bahasa-bahasa lain menjadi langue (Perancis), lingua (Itali), lengua (Sepanyol) dan linguistics (Inggeris). Linguistics ditakrifkan sebagai the science of languages atau comparative grammar (Cassell Concise English Dictionary, 1995:790). Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:814) pula mentakrifkan linguistik sebagai kajian tentang bahasa. Dalam bahasa Melayu pula istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistik atau linguistik. Yang berikut ialah takrifan beberapa istilah linguistik:

linguistik (linguistics) Pengkajian saintifik terhadap bahasa, yang antara lain mencakupi linguistik antropologi, psikolinguistik, sosiolinguistik, dan

neurolinguistik. (Kamus Linguistik, 1997:148)

linguistik am (general linguistics)

Istilah umum bagi cabang-cabang

pengkajian linguistik yang menghasilkan konsep asas, teori, model dan kaedah, dan biasanya merangkumi prinsip analisis dan pemerian dalam pengkajian fonologi, tatabahasa, dan kosa kata, serta pengkajian grafemik, sejarawi, perbandingan, dan dialek. (linguistik teori) (Kamus Linguistik, 1997:149)

linguistik

antropologi

(anthropological

linguistics)

Linguistik

yang

menerapkan teknik penyelidikan antropologi dan linguistik untuk mengkaji bahasa komuniti bahasa yang tidak mempunyai sistem tulisan dan tradisi persuratan. Contohnya, teknik yang digunakan oleh F. Boas dan E. Sapir. (Kamus Linguistik, 1997:149)

psikolinguistik (psycholinguistics) Bidang yang menggabung usaha para ahli psikologi, yang cuba menerangkan sama ada hipotesis tertentu tentang pemerolehan bahasa dan kecekapan, seperti yang disarankan dalam teori

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

2 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

psikologi linguistik (psychological linguistics) Istilah umum untuk beberapa pendekatan yang berbeza terhadap bahasa, dari kaca mata psikologi. (Kamus Linguistik, 1997:193)

linguistik psikologi (psychological linguistics) Istilah umum untuk pelbagai pendekatan dalam pengkajian bahasa dari segi psikologi. (Kamus Linguistik, 1997:153)

sosiolinguistik (sociolinguistics)

Cabang linguistik yang mengkaji semua

aspek hubungan antara bahasa dan masyarakat. Dalam hal ini, linguistik menjadi satu cabang ilmu yang mempunyai disiplinnya yang tersendiri, sama tarafnya dengan disiplin-disiplin bidang ilmu yang lain. Dengan itu, linguistik mempunyai prinsip-prinsipnya yang tertentu. Sebagai satu bidang sains, ilmu linguistik mengkaji dan menganalisis sesuatu bahasa secara empirikal dan objektif, iaitu mengkaji sesuatu bahasa itu tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah yang tertentu. (Ab. Rahman, Yap dan Ab. Rahim, 1997:25--26).

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

3 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

Cabang- Cabang Linguistik. Ilmu linguistik mempunyai berbagai-bagai cabang yang erat antara satu sama lain. Antara cabang linguistik adalah seperti di bawah.

Linguistik Umum

Tumpuan hanya kepada perkara umum dan universal Linguistik ini membicarakan bidang linguistik secara am termasuk ilmu bahasa yang dikatakan sebagai lambang deretan bunyi yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan artikulasi manusia. Dikenali sebagai linguistik terapan. Cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskupsi, kaedah dan hasil kajian dalam pengajaran bahasa, penulisan bukubuku teks, leksikografi, penterjemahan, stilistik dan patologi bahasa. Disiplin linguistik yang bersangkutan dengan perkembangan sesuatu bahasa , iaitu dari zaman awal kemunculannya sehingga ke sesuatu tahap yang tertentu.

Linguistik Gunaan

Linguistik Sejarah

Linguistik Bandingan

Satu kajian yang menekankan perbandingan antara bahasa yang serumpun di sesuatu kawasan.

Linguistik Kontektual

Pengkajian bunyi, kata atau frasa dalam konteks ujaran yang tertentu bidang ini merangkumi sisiolinguistik, antropologi dan sains sosial.

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

4 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

LINGUISTIK KONTEKSTUAL DEFINISI: Menurut J. Lyons, 1968 ; Linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik

Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005); Linguistik ialah1. Kajian saintifik tentang bahasa. 2. Berkaitan dengan bahasa.

Menurut Kamus Dwibahasa (1981); Menjelaskan bahawa linguistik ialah pengajian ilmu bahasa.

Menurut John Lyons lagi (1968); Linguistik adalah suatu ilmu pengkajian bahasa yang dilakukan secara saintifik.

Definisi Kontektual Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005); Kontekstual ialahBerkaitan dengan atau menurut konteks: penyelidikan sastera dari segi ~dapat merencanakan perkembangan sastera Kontekstual membawa pengertian: 1. Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks. 2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).

Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplindisiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 4

5 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

KONTEKTUAL

LINGUISTIK

ANTROPOLOGI LINGUISTIK

LINGUISTIK ANTROPOLOGIKAL

SOSIOLINGUISTIK

Rajah 1 : Bidang-bidang Pengkajian Linguistik Kontektual

Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam disiplin linguistik. Nama sosiolinguistik terbentuk daripada dua istilah : sosio (kependekkan daripada sosiologi - disiplin yang meneliti masyarakat, dan linguistik disiplin yang meneliti bahasa. Bidang ini memberi tumpuan kepada dua entiti: bahasa dan masyarakat. Bidang ini juga menunjukkan hubungan sistematik yang wujud antara struktur bahasa dengan struktur sosial-sama ada sesuatu struktur bahasa itu menyebabkan sesuatu struktur sosial tertentu atau hal sebaliknya. Secara dasarnya Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara bahasa dan gejalanya dalam masyarakat. Pengkajiannya lebih cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang kebiasaannya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam masyarakat. Sosiolinguistik juga

merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi bermacam-macam perkara seperti fungsi bahasa, peranan bahasa, penerimaan istilah akuntasi di

kalangan ahli ekonomi, kata sapaan yang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak sosial di antara penutur, kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa, pelacakan bahasa rahsia bajak laut, pengungkapan jati diri secara sosial melalui grafiti, mantra dan pelbagai istilah lain lagi.

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

6 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

Fungsi

linguistik

memperkatakan

tentang

perkara-perkara

seperti

perbandingan di antara bahasa rasmi dengan bahasa vernakular yang tidak rasmi, iaitu satu perihal yang melibatkan apa yang dinamakan perancangan bahasa

dalam menegakkan identiti sesebuah negara. Sosiolinguistik mengkaji berbagai bahan sosio-budaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentukbentuk gaya yang dibezakan oleh perihal taraf pemakai-pemakainya
.

Antropologi Menurut etnologinya kata antropologi berasal dari kata yunani Antropo yang bererti manusia dan logy atau logos bererti ilmu yang mempelajari. Satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat. Adakala disebut etnolinguistik iaitu bidang yang dikatakan memberi penumpuan kepada perhubungan di antara bahasa dengan penyelidikan primitif, pertalian bahasa dengan kumpulan-kumpulan etnik. Salah satu cara atau kaedah yang dapat digunakan untuk melihat pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya secara terperinci adalah participant observation. Participant observation merujuk kepada seseorang yang dihantar kepada sesuatu etnik, menetap dan bergaul dengan etnik berkenaan sehingga kadangkadang membawa kepada perkahwinan dan jangka masa yang lama.

Kesimpulannya antropologi linguistik adalah satu cabang linguistik yang menelaah hubungan antara bahasa dan budaya terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat tindakan bermasyarakat. Disebut etnolinguistik kerana menelaah bahasa bukan hanya dari strukturnya semata tapi lebih pada fungsi pemakaiannya dalam konteks situasi sosial budaya. Bidang ini juga menelaah struktur dan hubungan kekeluargaan melalui istilah kekerabatan, konsep warna, pola pengasuhan anak, atau menelaah bagaimana anggota masyarakat saling

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

7 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

berkomunikasi

pada

situasi

tertentu

seperti

pada

upacara

adat

lalu

menghubungkannya dengan konsep budayanya. Sementara itu, linguistik antropologikal pula mengkaji hubungan di antara bahasa dan budaya. Pengkajian juga dibuat dalam aspek-aspek kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa.

LINGUISTIK GUNAAN ( TERAPAN ) Linguistik terapan = applied linguistics (BI), angewandte sprachwissenschaft (BJerman), linguistique appliquee (BPerancis) = linguistik Pendidikan (educational linguistics). Mula berkembang akhir abad ke-19 berasaskan andaian bahawa teori linguistik dapat diterapkan dalam pelbagai bidang pengetahuan. Di Eropah,

linguistik terapan dipopularkan oleh Fries dan Robert Lado melalui English Language Institute. Institut ini menerbitkan majalah language learning yang menyiarkan karya dalam bidang linguistik terapan. Pada tahun 1969, telah diadakan kongres ahli linguistik terapan. Dalam kongres ini, dibahaskan teks sastera, leksikografi, linguistik konstrastif dan sosiolinguistik. Objek linguistik terapan ialah bahasa. Pusat perhatian ialah bahasa, tetapi bahasa dalam kaitannya dengan keperluan praktis. Pengetahuan tentang aliran dan teori diterapkan dalam pemerian bahasa yang kemudian berkait pula dengan kepentingan praktis. Pengetahuan linguistik dapat diterapkan dalam proses pengajaran, pembelajaran, penyusunan kamus, dan sebagainya.

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

8 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

Ruang Lingkup Linguistik Terapan/Gunaan Pengajaran bahasa Bahasa dalam kehidupan bermasyarakat (Sosiolinguistik) Bahasa dalam kaitannya dengan gejolak jiwa manusia (Psikolinguistik). Penterjemahan Leksikografi Linguistik komputer Neurolinguistik Dialektologi (peta bahasa) Perancangan bahasa.

Hubungan Linguistik Terapan dengan Ilmu lain

Linguistik terapan memandang bahasa sebagai objek praktis, sedangkan linguistik memandang bahasa sebagai objek teoritis. Linguistik terapan memandang bahasa sebagai objek yang diajarkan, iaitu sebagai media, sedangkan linguistik

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

9 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

memandang bahasa sebagai bahasa. Linguistik terapan tidak menganalisis bahasa, iaitu tidak diperikan. Kesimpulannya Linguistik teori adalah berkenaan dengan mencari dan menghuraikan gambaran umum kedua-dua untuk bahasa-bahasa tertentu dan untuk antara semua bahasa. Sementara itu pula linguistik terapan/gunaan mengambil dapatan-dapatan ini dan menggunakannya untuk bidang-bidang yang lain. Linguistik terapan/gunaan merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam

pengajaran bahasa. Tetapi hasil-hasil penyelidikan linguistik juga telah digunakan untuk banyak bidang yang lain. Banyak bidang linguistik gunaan pada hari ini melibatkan penggunaan komputer secara eksplisit. Sebagai contoh apabila seorang pengkaji itu cuba, apatah lagi berusaha, menggunakan teori linguistik itu untuk menyatakan sumbangannya terhadap bidangbidang ilmu lain, maka teori linguistiknya akan seharusnya bersifat amalan bagi membantu bidang lain. Dalam hal ini,linguistik teoritis telah berpindah pengertiannya menjadi linguistik terapan/gunaan. Selain itu linguistik terapan/gunaan adalah bidang yang merupakan sekumpulan beberapa displin yang berhubungan . Istilah ini pada mulanya digunakan di dalam ilmu linguistik umum merujuk kepada bidang linguistik yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. Linguistik terapan/gunaan lebih berfokus pada pedagogi bahasa. Linguistik terapan mula berkembang pada akhir abad ke-19, dan objeknya ialah bahasa. Linguistik terapan amat erat hubungannya dengan guru bahasa kerana linguistik terapan berorientasikan penggunaan teori bukan penciptaan teori. Antara kaedah pengajaran bahasa yang popular ialah kaedah langsung, alamiah, psikologi, fonetik, membaca, tatabahasa, terjemahan, terjemahan tatabahasa, eklektik, unit dan kawalan bahasa.

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

10 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

LINGUISTIK DIAKRONIK Linguistik Diakronik atau linguistik sejarah berupaya mengkaji bahasa (atau bahasabahasa) pada masa tidak terbatas. Kajian linguistik diakronik ini biasanya bersifat historis dan komparatif. Tujuan linguistik diakronik ini terutama adalah untuk mengetahui sejarah struktural bahasa itu berserta dengan segala bentuk dan perubahannya.

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

10

11 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

11

12 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

Bibliografi. Buku Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Linguistik Am, Selangor, PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Open University Malaysia (OUM), Linguistik dan Sosiolinguistik, Selangor, Meteor Doc. Sdn. Bhd. Nota kuliah(2011), Institut Pendidikan Guru Malaysia, IPGM Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terngganu.

Internet http://www.scribd.com/doc/11589816/Laras-Bahasa http://witra.blogspot.com/2005/09/linguistik-tulen-suatu-pengenalan.html http://www.reocities.com/jpmmpks/sumber/linguistik01_pengenalan.htm

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

12

Anda mungkin juga menyukai