Anda di halaman 1dari 19

Bantahan Hukum Leverage

Forex : Ulasan Saya


Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Dalam jawapan hukum forex trading yang saya sediakan sebelum ini, telah saya
nyatakan secara jelas di ruangan bawah sekali seperti berikut :-

Semua pemain forex, nota dan jawapan saya inin adalah jawapan yang
dipermudah agar ia boleh difahami orang awam. Jika terdapat kesilapan
teknik carajual dan beli, boleh dimaklumkan kepada di ruangan komentar
kerana info tentang tatacara di atas juga saya perolehi dari yang terlibat.
Saya tiada masa untuk membuat pembacaan dan kajian sendiri di ketika
ini. Sekian .

Hasilnya Alhamdulillah saya mendapat beberapa komentar melalui pelbagai


cara. Namun dari banyak-banyak info yang saya tuliskan, hanya satu isu sahaja
yang cuba diulas oleh pemain-pemain forex tegar, iaitu bab Leverage.

Mereka mendakwa pandangan saya tentang leverage adalah kurang tepat,


sebahagian mereka dalam ayat mengutuk menyuruh saya kerja bank terlebih
dahulu untuk faham (agak lucu juga permintaan ini), dan disamping
menyatakan saya tidak faham.
Tidak mengapalah, memang kita semua sedang belajar. saya tidak menafikan
saya juga sedang belajar dari hujjah mereka.

Namun perlu diingat, leverage yang saya huraikan bukan secara umum tetapi
adalah leverage dalam bab forex trading yang terbabit sahaja. Justeru perlu
dibaca dalam konteksnya.

Hakikatnya, saya memang mengharapkan respon mereka untuk memahamkan


saya dengan lebih mendalam kerana saya sebenarnya tidak punyai masa dan
sukar untuk menyemak sendiri kerana saya tidak pernah terlibat sertai apa
yang mereka sertai. Justeru saya bergantung kepada penerangan mereka yang
terlibat.

Hujah Forex Trader & Ulasan Saya

Namun, setelah membaca guru-guru dan ahli rujuk FOREX trading yang
berhujjah menolak artikel asal saya berkenaan leverage, nampaknya hujjah
mereka GAGAL MENGUBAH FIKIRAN DAN KEPUTUSAN AWAL SAYA, malah saya
semakin yakin dengan hipotesis awal saya, namun masih terbuka untuk
perbincangan ilmiah jika ada hujjah atau fakta kukuh diberikan selepas ini.
Mari kita sama-sama menyelusuri hujjah mereka dan pandangan Islam tentang
‘ijtihad' mereka ini.

Hujjah FOREX TRADER 1 : Menyamakan leverage dengan deposit beli rumah


dan jual sebelum bayar penuh.

Anda hanya perlu membayar 10% deposit (adakalanya zero deposit) dan
selebihnya anda meminjam daripada bank. Selepas selesai segala urusan
guaman dan lain-lain, anda mempunyai kawalan terhadap rumah tersebut
sama ada untuk menyewa, mengubah suai malah menjualnya kembali.

Sekiranya rumah tersebut bernilai RM 100,000 , maka dengan RM 10,000


sahaja ia sudah mencukupi untuk anda memiliki rumah tersebut. Inilah
yang dinamakan leverage dan konsep ini adalah sama digunakan dalam
saham (short selling), pasaran hadapan dan options.

Sumber
Respond UZAR

1) Menyamakan pembelian rumah secara deposit dengan leverage


gandaan 1:100 dalam forex trading adalah perbandingan yang kurang tepat.

Ini kerana bagi pembelian rumah itu perjanjian jual dan beli (S &P) telah
ditandatangani antara pembeli dan penjual. Menurut Fiqh Islam dengan
termeterainya aqad itu, pembeli sudah memiliki penuh hak ke atas rumah
tersebut walaupun ia masih tidak membayar penuh lagi harga rumah, Islam
mengiktiraf pembelian secara bayaran tangguh yang dinamakan Bai' at-Taqsit .

Lalu dalam tempoh bayaran masih belum dilunaskan itu pembeli sememangnya
dibenarkan untuk menjualnya kepada pihak ketiga dan mengambil untung. Bai
at-Taqsit adalah harus menurut majoriti sahabat nabi s.a.w, tabien, ulama
silam dan kontemporari (Al-Umm, 3/15; Nailul Awtar, 5/173, Al-Halal Wal
Haram Fil Islam, Al-Qaradawi, hlm 259)

Ia berbeza dengan leverage, tiada jual beli termeterai. Hanya pinjaman dari
pihak syarikat forex kepada pesertanya. Ini terbukti apabila seorang ia
disebutkan seorang blogger bab pelaburan yang kerap dirujuk oleh pemain
forex trading menyatakan dalam webnya, takrif leverage sebagai :

The use of credit or borrowed funds to improve one's speculative capacity


and increase the rate of return from an investment, as in buying securities
on margin.

sumber : disini

Borrowed fund, beerti ia dipinjamkan oleh syarikat. Justeru isu penting di sini
; dalam hal jual beli rumah, ia jenis leverage yang harus kerana asasnya
kontrak jual beli dan asset telah menjadi milik pembeli.

Isu dalam konsep pinjaman dari proses leverage

Dalam hal leverage forex, ia hanya PINJAMAN DARI SYARIKAT FOREX KEPADA
AHLINYA. Oleh kerana ia hanya pinjaman, wujud pula isu hukum kedua di sini
iaitu :-

a- Pertama : Tiada pemindahan sebenar wang ke akauan peserta sebelum


dijual.

Katalah wang asal si pemain forex hanyalah USD 100, maka di leverage
sehingga menjadi USD 100,000 melalui kontrak pinjaman. Masalah di sini
adalah pemilikan ke atas wang yang diberi pinjam tadi tidak dibuat dalam
bentuk yang sebenar, tapi hanya atas angin sahaja, tiada sebarang jumlah
sebenar yang wujud. Justeru. Tiada sebarang ‘transfer of real money' berlaku
dalam account pemain forex, hasilnya tiada pemilikan fizikal (hakiki) dan
'hukmi' ke atas wang, tetapi ia telah dijual sehingga mendapat untung. Inilah
yang saya maksudkan bercanggah dengan dalil larangan menjual sesuatu yang
belum menjadi sebenarnya samada secara hakiki atau hukmi.

Ia dinyatakan dengan terang oleh forex trader dalam ruang komentar di artikel
saya iaitu :-

Saya seorang pemain forex (demo account shj,bknnya real). Berkenaan


dengan leverage itu, saya bersetuju dengan kenyataan "broker memberi
pinjam untuk pelaburan forex", tapi yang saya faham pinjaman itu
bukannya secara kekal.

Maknanya duit dalam akaun kita masih sama (kalau deposit 1k, maka akan
tertulis 1k, bukannya 100k).

Jelas dari ayat ini menunjukkan pinjaamn itu bukan pemindahan dan bukan
wang sebenar, ia hanya wang HANTU yang tidak dimilki secara sah hakiki atau
hukmi oleh si forex trader.

Ia berbeza dengan kes jual rumah tadi, kerana pemilikan dan aqad "sell &
Purchase" telah termeterai. Pemilikan secara hukmi telah terpindah kepada
pembeli walaupun ia belum membayar sepenuhnya.

JIKA PEMAIN FOREX masih berdegil dan mendakwa pemindahan sebenar telah
berlaku, baiklah boleh abaikan ulasan pertama saya ini, namun pinjaman akan
tersangkut dalam isu seterusnya di bawah.
b- Kedua : Jika benar pinjaman dimiliki dengan sah , mengapa jika tiada
risiko?

Pihak pemain forex memberikan komen di ruangan komentar saya dengan kata
mereka :-

Dengan USD 100 trader boleh berjual beli dengan kuasa USD 100,000. Jika
berlaku kerugian dalam urusniaga, jumlah maksima yang trader rugi hanya
USD 100. USD 100,000 tersebut lansung tidak terusik

Ini tanpa sengaja sebenarnya adalah seolah satu pengakuan tentang hukum
haramnya leverage forex dalam bentuk sebegini, ia menunjukkan bahawa
jumlah USD 100,000 yang KONONNYA telah dipinjamkan kepada pemain forex
dan masuk ke dalam pemilikan trader hanyalah omongan kosong.

Jika benar-benar ia tepat mengikut hukum Shariah, sepatutnya jumlah


pinjaman USD 100,000 telah masuk sepenuhnya dalam milik si trader dan jika
berlaku kerugian sepatutnya semuanya terkesan dan bukan hanya USD 100
modal asal sahaja. Bila ia disebutkan tidak terkesan, ini bermakna, si trader
sebenar TIDAK MILIKI USD 100,000, kerana itu ia tidak hilang kerana ia bukan
wang miliknya.

Hasilnya, pinjaman yang dikatakan dalam leverage ini hanyalah bayang-bayang


sahaja, dan trader menjual sesuatu yang bukan miliknya yang diharamkan oleh
baginda Nabi s.a.w. Ia juga BERBEZA DENGAN LEVERAGE RUMAH TADI

c- Ketiga : Isu Memberi Pinjaman Dengan Syarat Menjual

Isu seterusnya dalam bab syarikat FOREX memberi pinjam wang melalui
leverage sehingga USD 100,000 adalah;

Syarikat forex sebenarnya memberikan ‘pinjaman bersyarat' iaitu dengan


mengikat pinjaman USD 100,000 yang diberikan hanya dikhaskan untuk berjual
beli matawang melalui syarikat mereka.

Maka ini adalah haram kerana riba iaitu si pemberi pinjaman mengambil
manfaat atas si peminjam (pemain forex) dengan mensyaratkannya mesti jual
beli guna mereka,. Jika pemain FOREX ingin menyatakankannya halal,
sepatutnya sebagai peminjam kita bebas menggunakan wang yang diperolehi
untuk apa jua tujuan yang kita sukai malah kita boleh keluarkan semua wang
pinjaman yang diberi melalui leverage itu.
Namun dalam hal pinjaman leverage ini, semua kemudahan tersebut pastikan
TIADA!. Inilah bercanggah dengan nas

‫آ ض  ّ ً  ا‬
Ertinya : Setiap pinjaman yang (mensyaratkan) manfaat kepada pemberi
pinjam adalah riba. (Naylul Awtar, As-Syawkani, 5/232 ; Nasb ar-Rayah, az-
Zayla'ie, 4/60 ) [1]

Dalam konteks di atas, syarikat forex telah mensyaratkan manfaat baginya.

Lebih dahsyat dari ityu, ia juga bercanggah dengan dalil ini :-

$      ‫" ! ا  و‬#‫ ! ا‬


Ertinya : "Nabi s.a.w melarang dari menjalankan dua urusniga dalam satu" (
Riwayat Abu Daud, 2/246 ; Al-Hakim, Ibn Hibban ; Al-Hakim & Ibn Hazm :
Sohih ; Ahmad : Perawinya Thiqat , Majma Az-Zawaid, 4/84)

Para ulama hadis dan fiqh berbeza pandangan dalam menghuraikan erti hadis
ini TETAPI mereka bersepakat bahawa yang termasuk dalam kategori haram
dari hadis di atas adalah memberikan pinjam sambil mensyaratkan membeli
aset darinya. Contohnya si pemberi pinjam berkata :-

"Saya pinjamkan duit USD 100,000 ini kepada kamu dengan syarat kamu mesti
beli computer saya"

Sebagaimana di sebutkan oleh Imam Al-Mawardi

‫ ا") ا(ي &ط  ض‬#‫* ا‬+


Ertinya : "tempat yang haramnya adalah setiap jualan dan mensyaratkan
pinjaman ( atau sebaliknya)" ( Al-Hawi, hlm 431)

Iaitu menggabungkan aqad pinjam dan aqad jual beli, ini disepakati haramnya
oleh ulama. (Bidayatul Mujtahid, 2/162 ; Al-Mughni, 6/334; Majmu' al-fatawa,
Ibn Taymiah, 4/39)

Inilah yang berlaku dalam leverage forex atas dasar pinjam dan syarat mesti
jual dan trader tiada kebebasan untuk tiba-tiba keluarkan duit USD 100,000 itu
untuk digunakan bagi perkara lain. Mereka diberi pinjam dengan syarat
melaksanakan jual beli melalui syarikat pemberi pinjam sahaja.
Hujjah FOREX TRADER 2 : Qiyas Kepada fadhilat Lailatul Qadr & Pahala Solat
Jemaah

Seorang individu yang kerap dirujuki oleh forex trader berkata bahawa asas
leverage boleh dilihat dalam beberapa bentuk ibadah khusus, ia berkata :-

Malah dalam Islam, sudah disebut dalam Quran, ada satu malam yang
ganjaran ibadah pada malam itu adalah lebih baik dari beribadah 1000
bulan. Seorang yang bersolat berjemaah mendapat pahala 27 kali ganda.
Inilah antara contoh leverage dalam ibadah.

Ulasan UZAR

Itu adalah pandangan penulis blog itu secara umum di dalam ibadah, tiada
sebarang masalah dalam hal ibadah yang disebut khusus kelebihannya oleh
Allah dan RasulNya, NAMUN jika terdapat mana-mana forex trader cuba
menggunakan hujjah ini serta menyamakan atau men'qias'kan leverage dalam
ibadah itu dengan leverage dalam forex.

Maaf saya katakan, hujah sebegini adalah terlalu amat lemah dan sebenarnya
tidak relevan dalam isu yang sedang dibincangkan ini.

Dianalogikan dan disamakan gandaan pahala dengan gandaan duit ?

Bagaimana boleh disamakan gandaan pahala yang ditentukan khas oleh Allah
swt dengan gandaan leverage menggunakan duit pinjaman bersyarata tanpa
hak milik jelas bagi gandakan untung duit sedangkan ianya bentuk transaki yang
bertentangan dengan hukum Shariah, Adakah ia sama dan apakah illatnya ???

Ia terlalu lemah dan malah salah dalam penggunaan, terutamanya apabila bab
fadhilat dan pahala tidak boleh dianalogikan dan` diqiyaskan menurut sepakat
ulama Usul Fiqh, kerana tiada illah yang bersifat muta'adi dalam hal fadhilat
dan pahala. Percubaan qiyas fadhilat bagi satu amalan ibadah khusus yang
disebut secara specific oleh Nabi kepada satu ibadah lain adalah tertolak
menurut ulama Usul Fiqh kerana ia adalah fadhilat yang dari jenis tidak ‘ma'qul
al-ma'na' (Syar al-Talwih ‘ala at-Tawdih, 2/122; Al-Mahsul, Ibn Arabi, 1/95)
Apatah lagi ingin diqiyaskan kepada leveraging oleh forex trader. Ia amat-amat
tertolak.

Ia disebutkan dengan jelas di dalam kitab Usul Fiqh

‫ه‬4  ‫س‬- 6 , ‫ه‬# +  - . ‫ ا‬$* /0‫ ا‬$/0‫ة ا‬2‫ا‬


 C ; #+ =  ‫? أ‬# + ‫ إذ‬, ‫زا‬89 ‫! ;ر  اس‬0/ $ ‫م ا‬2 
‫! ;ر  اس‬#D/0‫! ا‬0/- !E ‫ء‬#D‫ ا‬.‫م س و‬0 G"/- 
‫آات‬L‫ ا‬MN ‫ و‬, ‫اد اآ ت‬2‫رات  أ‬20‫ ا‬: D+‫ د;ل  ; و‬2 
!# +  ‫ح‬2#- . ‫أة ا‬2"0‫ت ا‬0P*‫) ا‬0‫ رات و‬P‫ود وا‬2*‫ ا‬-‫د‬+‫و‬
  9 .  C ; ‫ه‬4  ‫س‬- 6 ,
Hujjah FOREX TRADER 1 : Jika tidak boleh leverage lebih dari 1:1, maka
hanya bank yang boleh buat

Ulasan UZAR

Ia bukan hujjah yang perlu dibincang dan tidak ada kena mengena dengan
perbincangan hukum, jika tak mampu untuk berforex dengan duit sendiri iaitu
1 : 1. maka jangan berforex, ketidakmampuan individu untuk menyertai forex
tidak mengubah hukum leverage 1:20, 1:100, 1:1000 yang bermasalah di atas.
Ini kerana forex bukan makanan asasi yang akan mati tanpanya.

Kalau sebelum ini saya utarakan jawapan oleh Syeikh Taqi Uthmani, kali ini
say acpy paste pula soalan dan jawapan dari Prof. Dr Monzer Kahf, pakar
ekonomi Islam

Question

I have heard that online trading with broker either in currency or stocks is
prohibited on margin, but why is that so, as it is on spot, and borrowing
money is not prohibited, so if one borrows money to buy currency without
paying interest, as the brokers offer Muslims interest-free accounts for
Muslims, instead they charge a small commission for the service on each open
position, as otherwise the interest is payable if the position is not closed before
5 pm EST. Thus, for Muslims the commission is charged even if the position
is opened after 5 pm EST, but there is no physical delivery of the borrowed
money, as its through the broker, and the trader doesn't receive it, but is liable
for it and all risks of profit and loss are of the trader, and it makes it easier as a
trader may open a position and close within 10 minutes, if he has taken a
quick profit, so otherwise, if he waits for delivery and return,it may take days,
so due to the development of technology, if we can trade online, with
convenience, what's wrong with it? Because when we open a position, we
actually borrow money on contract, but don't get a physical delivery, as it will
take time, what I don't get in my hands, but is really given to me through
contract, so is it not acceptable and online trading through margin is haram?
Then how Muslims can make money, because otherwise one does need
100,000$ actually to buy those stocks or currencies, but in this way, the
problem is solved, so is online trading on margin haram?
Answer

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon
His Messenger.

For trading currencies, please refer to the answer given to brother ‘Arqam' in
this session.

Trading currencies on margins is not permitted in the Shari`ah.


.
Trading stocks (only those stocks that satisfy the known criteria for
permissibility of owning and trading) on margins, if no interest is involved,
then it is permissible.

I am afraid that this commission you mentioned hides interest charge, I


therefore, need more information about the commission structure and
component t to make sure that it does not hide any interest

open :
http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=Ta4O7M

Question

Is online forex trading allowed? The procedure of a normal interest-based trade is: you
buy one currency against dollar (electronically through a broker) for instance buy pound
and sell dollar. Your account is in dollars and you deposit $500 and get to trade on a
margin. Each trade is for 100000 currency units- in our case we buy 100000 pounds for
$500 margin.

You don't get a physical delivery, but you are liable for the payment and will enjoy all the
risks and benefits. You realize your profit or loss by selling back the pounds you bought.
If the buy and sell takes place the same day, you don't get charged any interest. If you
don't close your position, everyday you are charged $5 per 100,000 currency units. To
normal customers, these trades have no commission or charges. Now, for Muslim
investors, what the companies do, instead of charging daily interest, they charge a $20
per trade( buy and sell ) as a commission.

This commission allows the investor to have a grace period of 3 days for closing the trade
instead of 1 day in the normal scenario. However, after the 3rd day, everyday the
commission is charged for all open positions.

1. Please tell, whether or not the procedure for Muslim investor devised by these
companies is halal?

2. Can we only day trade (buying and selling the same day) so no interest is involved.

3. What does Islam says about trading forex on margin? In what circumstance would a
Muslim be allowed to perform margin-based trade?

Answer by Prof Dr Monzer Kahf

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His
Messenger.

Online forex trading is essentially forbidden because of the requirement of full delivery
or both currencies at the time of the contract. This requirement is mentioned in a correct
saying of the Prophet. Consequently, any contract in which you pay an amount that is
smaller than the exact value of the other currency (margin) is not permitted.

Also, any contract that has a time lag in the delivery of either currency is not permitted.
This leaves out, as permissible, day trading and spot trading if they are done with full
cash payment.

Allah Almighty knows best.

Sekian

Zaharuddin Abd rahman

http://www.zaharuddin.net/
Pelaburan Dan Meniaga FOREX
Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Soalan

Saya ingin minta pihak ustaz untuk menerangkan tentang pelaburan tukaran
matawang asing dan juga perniagaan Forex. Bagaimana pula jika saya
melakukan transaksi sendiri dengan berbekalkan analisa sendiri atau yang
disediakan oleh broker dengan melayari internet. Kemudian memperolehi
untung dari jualan dan belian matawang asing ini. Terima kasih

Jawapan

Bagi menjawab soalan ini, anda perlu memahami dua jenis perkara iaitu :-

1- Melabur wang ringgit anda ke dalam satu syarikat yang memperolehi untung
melalui FOREX.

2- Melantik satu platform atau syarikat untuk menjalankan jual beli wang asing
dan simpan. Semua transaksi dijalankan oleh anda sendiri, syarikat hanya
menyediakan platform dan mengambil upah perkhidmatan sahaja.

Pertama : Hukum bagi melabur dalam syarikat yang menjalankan


FOREX :

Forex (Foreign Exchange) atau yang lebih dikenal dengan Perdagangan Mata
wang Asing; Ia merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang
memperdagangkan matawang suatu negara terhadap matawang negara lainnya
yang melibatkan pasar-pasar matawang utama di dunia selama 24 jam secara
berterusan.

Benar, memang FOREX matawang adalah diharuskan, tetapi keharusannya


tertakluk kepada sejauh mana ia menurut garis panduan yang dikeluarkan dari
hadith Nabi yang sohih. Iaitu :-

a- Ditukar (serah dan terima) dalam waktu yang sama ia disebut dalam hadis
sebagai "yadan bi yadin". Dalam bahasa Inggerisnya adalah "on the spot basis".
Ia datang banyak hadis antara yang paling utama adalah :'

‫ وا‬,  ‫ وا‬,



‫ وا‬, ‫اه ه‬
‫ اء‬,  
ً  ,  ‫ وا‬,  ‫ وا‬, 
"‫ا آ‬$ ‫ * ه) ا('&ف‬+‫ذا ا‬-$ ,  ‫ ! ًا‬, ‫اء‬
./0
Ertinya : Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak,
gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah
sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa)
dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang
disukai" ( Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9 ) .

b- Nabi bersabda :-

‫ هَ َء َوهَ َء‬9‫ ِرً إ‬


ِ ‫ َه‬4 ِ ‫ق‬
ُ ‫ =ل ا ْ َ ِر‬3ِ 4‫ل ا‬
َ ُ‫ن َر‬-$
Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata : Pertukaran antara perak
dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima
dalam satu masa)" (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209)

c- Manakala pembelian secara hutang dari salah satu antara dua pihak adalah
haram berdasarkan hadis :-

ً&!ْ ‫ق َد‬
ِ ‫ ِ ْ َ ِر‬
ِ ‫ َه‬4 ‫ ا‬Bِ ْ َ CD 3ِ 4‫@?> رل ا‬
Ertinya : "Rasulullah s.a.w melarang dari menjual emas dan perak secara
berhutang"( Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762)
Hadis-hadis di atas menyebut perihal displin Islam dalam pertukaran emas dan
perak. Untuk informasi, ulama bersepakat bahawa matawang (bank note) juga
adalah sama displinnya dengan emas dan perak disebabkankan nilai dan
fungsinya sebagai 'medium of exchange'. Justeru setiap displin dan syarat
transaksi yang melibatkan emas dan perak juga TERPAKAI pada urusan
transaksi matwang. Demikian keputusan Majlis Fiqh Antrabangsa dan juga
Majlis Kewangan Islam Antarabangsa di bawah AAOIFI.

FOREX dalam matawang yang diuruskan oleh syarikat konvensional sudah


pasti tidak akan menjaga syarat ini kerana kebanyakan FOREX yang dijalankan
oleh institusi Konvensional adalah ‘Forward FOREX' atau Forex yang
menggunakan ‘Value forward' (nilai masa hadapan) yang tergolong dalam Riba
Nasiah. Mereka juga kerap menggunakan SWAP, Options dan lain-lain
instrument yang tidak halal di sisi Shariah.

Instrumen-instrumen tadi tidak memenuhi syarat Islam iaitu serah terima atau
disebut "qabadh" dalam Islam secara benar "hakiki" atau "hukmi" pada waktu
yang sama. Masalah dalam implementasi FOREX adalah bertangguh dalam
penyerahan dari kedua-dua pihak. Tatkala itu aqad menjadi batal (Radd al-
Muhtar ala ad-durr, 4/531).

Tidak saya nafikan, bahawa terdapat sesetengah Institusi Kewangan Islam yang
melakukan forex ini setelah mendapatkan kelulusan Majlis Penasihat Shariah
mereka, Namun semua mereka hanya terlibat dalam FOREX jenis SPOT dan
bukannya jenis ‘Forward' ; jika adapun jenis forward ia menggunakan konsep
Al-WA'D atau 'Unilateral Promise' dan ia telah disepakati keharusannya. Apa
yang pasti, Majlis Shariah mereka telah meletakkan beberapa syarat dan
bukannya secara bebas begitu sahaja.

Justeru MELABUR MODAL ( BEERTI ANDA MELABUR DAN


KEMUDIAN TUNGGU UNTUNG SAHAJA) dan di dalam institusi kewangan
konvensional yang memperolehi untung melalui cara FOREX adalah tidak
halal di sisi Islam.

Ia adalah keputusan Panel Penasihat Shariah dunia yang bernaung di bawah


nama Accounting & Auditing Organization For Islamic Institutions (AAOIFI).
Antara panel penasihat Shariahnya adalah Syeikh Mufti Taqi Uthmani, Prof.
Dr. Syeikh Wahbah Zuhayli, Prof. Dr. Syeikh Siddiq Dharir, Syeikh Abdullah
al-Mani', Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah, Syeikh Dr. Nazih Hammad, Syeikh Dr.
Hussain Hamid Hassan, Syeikh Nizam Ya'quby, Dr. Mohd Daud Bakar, Syeikh
Al-Ayashi al-Sadiq Faddad, Syeikh Dr. Ajil Nashmi dan ramai lagi.
KEDUA : Hukum FOREX TRADING yang dijalankan sendiri-

Bagi mengetahui hukum bagi bentuk kedua ini, pertama-tamanya ia tertakluk


kepada :-

a- Kesohihan dan kewibawaan syarikat platform dari sudut lesennya dan


pengenalannya. Ia diperlukan bagi mengelak anda ditipu oleh platform syarikat
yang tidak sebenar. Butiran terperinci berkenaan platform ini mestilah diteliti
dan boleh diperolehi. Jika tidak, transaksi anda adalah syubhat dari awal lagi
keran terdapat unsur gharar.

b- Jika platform tersebut punyai wibawa dan lessen serta info yang sangat
mencukupi, perkara kedua adalah menilai akta-akata berkaiatan dengan aktiviti
ini dari badan berwajib di Malaysia. Ini perlu bagi memastikan anda tidak
terlibat dengan aktiviti menyalahi undang-undang Negara.

Jika yang kedua juga lulus, saya kira transaksi jual matawang asing dan simpan
dan kemudian jual semula apabila harga tukarannya naik adalah harus kerana ia
secara automatiknya dilaksanakan menurut kaedah ‘spot'. Namun mari kita
sama-sama cuba mehami dan menyemak bagaimana proses ini dilakukan
secara ringkas dan melihat pandangan Islam tentangnya.

Setakat apa yang diterangkan oleh individu yang terlibat dan yang tahu
berkenaan cara forex trading memlali internet ini. Ia seperti berikut :-

1) Ia mempunyai minimum modal. Sebagai contoh USD 1, USD 100 dan lain-
lain, ia berbeza mengikut polisi syarikat forex trading masing-masing.

2) Dengan modal itu, pihak syarikat platform forex trading ini akan
membukakan satu akaun khas buat peserta.

Setelah itu, pihak peserta akan menentukan samada untuk membuka kaunter
jualan matawangnya di dalam akaun atau membuka kaunter belian.

Gambaran mudahnya adalah :-

Katalah modalnya USD 100 yang dibeli dengan tukaran semasa hari tersebut
USD 1 = RM 3.6, dan dibuka kaunter ‘selling' melalui platform syarikat
tersebut.
Sebagai contoh, pada esok harinya apabila dilakukan analisa terhadap
pegerakan nilai matawang, didapati nilai USD mengukuh berbanding Ringgit
iaitu USD 1 = RM 4

Tatkala itu, ia akan menekan button jual USD 100 dan memperolehi RM 400.
Ini bermakna ia telah beroleh keuntungan sebanyak RM 40 berbanding harga
belian asalnya tadi.

Pihak syarikat FOREX ini MESTILAH memasukkan seluruh RM 400 itu


sebaik sahaja transaksi jual beli dilakukan, TIDAK DIBENARKAN
DILEWATKAN ATAU DIMASUKKAN SEBAHAGIAN SAHAJA, jika
dalam contoh di atas, hanya RM 40 dimasukkan, manakala baki modal
sebanyak RM 360 hanya akan dimasukkan sejurus peserta menutup akaun pada
hari tersebut.

Isu Shariah : Jika ini tidak berlaku, maka ia lulus dari sudut Shariah, namun
jika kelewatan berlaku, isu Shariah di sini adalah berlaku penangguhan dalam
penyerahan matawang ringgit. Ini menjadikan ia bercangah dengan arahan Nabi
s.a.w :-

Dalam menukar wang dengan wang, Nabi telah menyebut garis panduan yang
mesti dipatuhi iaitu:

‫ هَ َء َوهَ َء‬9‫ ِرً إ‬


ِ ‫ َه‬4 ِ ‫ق‬
ُ ‫ =ل ا ْ َ ِر‬3ِ 4‫ل ا‬
َ ُ‫ن َر‬-$
Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata : Pertukaran antara perak
dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima
dalam satu masa)" (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209)

Manakala pembelian secara hutang dari salah satu antara dua pihak adalah
haram berdasarkan hadis :-

ً&!ْ ‫ق َد‬
ِ ‫ ِ ْ َ ِر‬
ِ ‫ َه‬4 ‫ ا‬Bِ ْ َ CD 3ِ 4‫@?> رل ا‬
Ertinya : "Rasulullah s.a.w melarang dari menjual emas dan perak secara
berhutang"( Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762)

Imam An-Nawawi telah menyebut dengan terang bahawa para ulama telah
bersepakat wajibnya syarat serah terima dalam satu masa atau ‘Taqabud'
samada secara hakiki (fizikal) atau hukmi (melalui mediuam internet tetapi
punyai bukti seperti resit atau nota elektronik yang menunjukkan transaski sah)
( Syarah Sohih Muslim)

Cadangan : Mesti dipastikan bahawa semasa transkasi jual beli dilakukan,


kesemua modal dicampur untung dimasukkan di dalam akaun kita tanpa
sebarang tangguh, dan secara automatik juga kita boleh mengeluarkan wang
tersebut tanpa sebarang halangan.

3) Terdapat syarikat yang mensyaratkan minimum modal yang tinggi seperti


USD 1000 dan lain-lain jumlah. Untuk itu mereka menawarkan apa yang
dinamakan 'leverage' yangmana modal peserta akan digandakan.

Sebagai contoh, katalah modal sebenar anda adalah USD 100. Maka anda
dikehendaki memilih atau secara pilihan memlih gandaan yang dikehendaki.
Seperti 1 : 10 beerti modal anda akan digandakan kepada 10 kali menjadi USD
1000 atau jika memilih 1:100, beerti modal anda menjadi USD 10000. Dengan
jumlah baru inilah matawang anda akan di pasarkan di pasaran.

Hukum Leverage :

Takrif Leverage :

The use of various financial instruments or borrowed capital, such as


margin, to increase the potential return of an investment.

Leverage can be created through options, futures, margin and other financial
instruments. For example, say you have $1,000 to invest. This amount could
be invested in 10 shares of Microsoft stock, but to increase leverage, you
could invest the $1,000 in five options contracts. You would then control 500
shares instead of just 10. (Rujukan)

Jika benarlah apa yang saya gambarkan ini, transaksi forex menggunakan
Leverage ini adalah HARAM kerana ia dikira menjual matawang yang tidak di
dalam milik anda. Milik sebenar anda hanyalah USD 100 tetapi yang dijual
adalah 10,000. Ia berdasarkan apa yang disebut oleh Nabi s.a.w :

‫ك‬
َ َ &ْ D
ِ F  ْBِ Gَ َ
Ertinya : Janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak di dalam milikmu" (
Riwayat Abu Daud, no 3504, 3/283)
Malah saya juga hampir pasti, wang yang digandakan oleh syarikat itu dikira
sebagai pemberian pinjaman dan sudah tentu mereka akan mengambil sedikit
keuntungan samada diketahui atau tidak diketahui oleh peserta. Jika ini berlaku,
sekali lagi riba telah berlaku.

Bagi mengelakkan perkara yang ditegah oleh Islam dari berlaku di sini,
penggunaan leverage 1:1 sahaja yang dibenarkan. Wallahu'alam.

4) Diberitakan juga pihak syarikat menasihatkan peserta agar menggunakan


modalnya kurang dari 30 % bagi mengurangkan risiko semasa trading
dijalankan.

Dan jika terdapat masalah kemungkinan rugi atau apa yang dinamakan 'margin
call', pihak peserta dibenarkan untuk membuka kaunter satu lagi samada jual
atau beli bagi menyeimbangkan kemungkinan rugi.

Pandangan : Wallahu'alam, jika semunya dilaksanakan dengan jelas dan


perancangan yang betul. Setakat ini saya tidak nampak adanya masalah Shariah
dalam tindakan ini, kerana apa yag dilakukan adalah membuka kaunter baru,
kalau sebelum ini ia membuka kaunter jual sahaja, maka apabila di posisi jual
didapati boleh membawa kerugian, ia dengan segera mebuka kaunter beli, bagi
memperolehi keuntungan pula. Semuanya adalah harus jika dilaksanakan
menurut syarat di atas tadi, tiada leverage, tiada tangguh, dan wang yang telah
diperolehi boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Wallahu'alam.

Kesimpulan

Walaupun berniaga sendiri forex dan memenuhi syarat ini boleh dikira halal,
namun ia bukanlah sesuatu yang disukai oleh polisi ekonomi di dalam Islam,
pertamanya kerana menurut pandangan ekonomi dalam Islam, matawang
adalah 'medium of exchange' sahaja dan ia bukanlah komoditi yang wajar
diniagakan bagi memperolehi untung dari perbezaan nilainya. Kita tahu nilai
matwang kini tidak lagi bersandarkan emas atau perak, wang kertas hari ini
(fiat money) tidak mempunyai nilai tersendiri (seperti logam emas dan perak)
kecuali nilainya datang dari pasaran global yang ditentukan oleh 'demand and
supply' di pasaran dunia.

Justeru, menjadikan cara ini bagi memberikan anak dan isteri makan bukanlah
satu bentuk kerjaya yang terpuji di dalam Islam. Malah ia sebenarnya
membantu sistem kapitalis dan menguatkan sistem ekonomi yang mereka
anjurkan. Justeru, fikirkanlah....
Jika anda tidak ingin menerima padnagan saya, tidak mengapa tetapi bacalah
pendapat ulama besar kewangan Islam sedunia iaitu Syeikh Mufti Taqi
Uthmani dalam hal ini:

Forex Currency Trading

By Mufti Muhammad Taqi Usmani


Posted: 11 Zul Qa'Dah 1424, 22 November 2007

Q.) Is Forex Currency Trading halal? I have attached a document detailing the aspects of
the business.

A.) I went throught the papers sent by you. I am of the opinion that these transactions are
not compliant with Shariah. The very condition that you cannot take delivery of the
purchased currency makes it impermissible. Morever, there are other elements according
to my knowledge that makes this trade unlawful in Shariah, such as, forward sales, short
sales etc. This is in addition to the fact that the currencies are originally a medium of
exchange and should only be exchanged for personal use in different countries. To make
them a tradable commodity only for earning a profit is also against the basic philosophy
of Islamic economics. I would therefore not advise you to indulge in this trade.

Sila Buka Sumber : Forex Trading

Adakah anda mengenali siapa Syeikh Mufti Taqi Uthmani, sila buka di sini
untuk mengenalinya .

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

7 Januari 2008
28 Zulhijjah 1428

p/s : Semua pemain forex, nota dan jawpaan saya inin adalah jawapan yang
dipermudah agar ia boleh difahami orang awam. Jika terdapat kesilapan teknik
carajual dan beli, boleh dimaklumakn kepada di ruangan komentar kerana info
tentang tatacara di atas juga saya perolehi dari yang terlibat. Syaa tiada masa
untuk membuat pembacaan dan kajian sendiri di ketika ini. Sekian

SUMBER:
http://www.zaharuddin.net/content/view/655/100/

http://www.zaharuddin.net/content/view/649/101/