Anda di halaman 1dari 19

THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY?

Assignment 1

CARA MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL DENGAN BERKESAN DI SEKOLAH? Pengenalan Penggunaan teknologi dalam pendidikan bukan suatu perkara yang asing lagi pada masa kini. Penggunaanya boleh membantu untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran, di samping dapat mewujudkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih menarik dan berkesan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan menggunakan pendekatan perbincangan dalam kumpulan merupakan salah satu kaedah yang sering digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran. Hal ini kerana ia dapat menggalakkan pelajar untuk mengemukakan idea dan pendapat secara bebas. Jesteru pembentangan ini akan membincangkan bagaimana cara menggunakan menggunakan media sosial dengan berkesan di sekolah.

Media Sosial Penggunaan Media sosial dalam pembelajaran adalah konsep yang mengunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam sistem pendidikan. Ia adalah satu perkembangan pendidikan hasil daripada proses ledakan Information and Communication Technologies (ICT) yang merujuk kepada penggunaan teknologi tersebut dalam membuat penyelesaian mendapatkan maklumat ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi. Dalam konteks dunia hari ini teknologi maklumat konvensional seperti akhbar, televisyen dan radio telah menjadi agen utama kepada perhubungan dan penyebaran berita masayarakat. Namun dengan perkembangan arus globalisasi dan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) sekitar tahun 1960-an, jaringan internet mula menjadi media alternatif menggantikan yang arus perdana seperti televisyen dan radio. Internet atau lebih spesifik dikenali sebagai World Wide Web (www) yang ditawarkan melalui komputer telah membawa implikasi yang besar dalam perkembangan dunia komunikasi malah diklasifikasi sebagai media sosial yang pantas berkembang (Nur Azween Zakaria & Nidzam Sulaiman, 2008).

Penggunaan komputer dan internet mula bertapak di arena pendidikan dengan memperkenalkan alat pandang dengar, radio pendidikan dan TV pendidikan. Alat pandang dengar mula diperkenalkan pada tahun 1949. Tujuannya ialah untuk
1

THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY?

Assignment 1

pembinaan dan penerbitan bahan bantuan mengajar, membekalkan maklumat dan lain-lain. Namun begitu radio pendidikan lebih awal mempeloporinya iaitu pada tahun 1946 di bawah Jabatan Penyiaran, Kementerian Penerangan. Pada tahun 1972 Kementerian Pendidikan telah mengadakan stesyen atau siaran televisyen pendidikan bagi tujuan memodenkan pengajaran sehinggalah penggunaan

komputer dan internet diperluaskan pada tahun awal 1990-an (V. Pang, 1992 ). Teknologi komunikasi dan maklumat dianggap sebagai media sosial yang

menyalurkan serta menyediakan pelbagai maklumat kepada massa. Menurut Shaikh Mohd Saifudden (2002), teknologi yang dikenali sebagai ICT ini sebenarnya adalah rangkuman dua kompenen teknologi iaitu teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat merujuk kepada kaedah untuk menyimpan, memproses dan menganalisis data sehingga menjadi maklumat yang berguna. Manakala teknologi komunikasi pula ialah sebagai kaedah untuk menyampaikan data dan maklumat dari seseorang kepada seseorang yang lain dan dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh itu, jelaslah berdasarkan huraian ini ICT adalah teknologi yang memberi kemudahan kepada pengguna untuk berkomunikasi dan memperolehi maklumat.Teknologi maklumat dan komunikasi semakin berkembang dengan adanya pelbagai aplikasi berasaskan Internet. Media sosial ini bukan hanya perpustakaan maklumat untuk memudahkan pengedaran maklumat kepada khalayak global, malah lebih daripada itu. Media ini juga merupakan alat yang berpengaruh bagi aktiviti komunikasi. Tambahan pula, dengan teknologi Web 2.0, bentuk penggunaan Internet telah berubah dan banyak yang boleh dilakukan dengan media sosial ini (Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah, 2010). Ini secara tidak langsung menunjukkan media sosial sekarang lebih bersikap mudah untuk menggunakannya atau mesra pelanggan. Secara tidak langsung, perkembangan ini berjaya menarik lebih ramai pengguna mengaplikasikannya. Oleh sebab itu Levinson (2009) menyebutnya sebagai new new media lebih sosial daripada media sosial yang menunjukkan perbezaan berbanding media sosial klasik seperti e-mel dan laman web. Media ini bukan hanya alat bagi kemudahan pengedaran, pengarkiban dan berasaskan teks, tetapi kini menjadi alat bagi media sosial yang berkeupayaan untuk menyampaikan kandungan media dan menyediakan kemudahan interaksi antara pembaca dengan penulis.
2

THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY?

Assignment 1

Data daripada Internet World Statatistic (www.internetworldstats.com) menunjukkan jumlah pengguna media sosial ini meningkat saban tahun. Antara tahun 2000 hingga 2009, statistik menunjukkan peningkatan pengguna Internet di seluruh dunia 339.3% dan 42.4% pengguna Internet adalah dari Asia. Malaysia tergolong dalam Top 10 di Asia dengan 16.9 juta pengguna pada tahun 2009. Mengikut data yang diberikan oleh Alexa.com (syarikat pemerhati laman web yang berpengkalan di U.S), terdapat senarai 100 laman web yang sering dilawati oleh pengguna-pengguna Internet di Malaysia. Untuk pemerhatian ini,

penulis hanya paparkan 10 laman web teratas sahaja :

Ranking 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Senarai Laman Web facebook.com google.com.my yahoo.com google.com youtube.com blogger.com live.com wikipedia.org msn.com myspace.com

Jadual 1 : Paparan 10 laman web teratas yang sering dilawati oleh penggunapengguna Internet di Malaysia

Berdasarkan kepada jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa penggunapengguna internet di Malaysia lebih cenderung melayari laman-laman web yang berunsurkan media sosial. Perkara ini lebih jelas lagi apabila statistik dari laman web socialbakers.com melaporkan, jumlah pengguna laman sosial facebook di Malaysia kini melebihi 12 juta orang. Jumlah ini semakin meningkat dari semasa ke semasa.

THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY?

Assignment 1

Menurut Kajian Norizan et al (2010) penggunaan laman sosial facebook menjadi semakin popular di Malaysia sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar. Ini kerana, kewujudan alat mudah alih tanpa wayar seperti broadband, Streamyx, P1 Wimax dan Unifi semakin meluas dikalangan masyarakat telah berkembang kepada peningkatan pengguna di negara ini.

Jesteru pihak sekolah melalui para pendidik harus memanfaatkan peluang ini dengan mempelbagaikan bahan-bahan ilmiah dalam media sosial agar dapat dimanfaatkan oleh pengguna bagi tujuan pembelajaran. Para pendidik juga harus memanfaatkan ruang-ruang perbincangan dalam media sosial supaya dapat digunakan sebagai kaedah P&P bersama dengan pelajar. Perkara ini disokong oleh Wan Zah Wan Ali (2009) dengan menyatakan bahawa dalam perkembangan ICT masa kini, tidak dapat dinafikan komputer dan

internet mempunyai kesan yang besar kepada sesebuah negara. Perkembangan yang berlaku ini tidak harus disia-siakan oleh guru dan pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi pengajaran mereka seterusnya mempelbagaikan bahan bantu mengajar bagi menarik minat pelajar terhadap Pendidikan.

Teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah cara manusia bekerja. Ia juga dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Becker (1991) menyatakan empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda. Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar.

Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya di kikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat. Menurut Ab. Halim et al. (2006), sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diintergrasi dengan penggunaan komputer membolehkan pelajar menggunakan pengkalan atau hamparan elektronik untuk mencari penyelesaian kepada pelbagai masalah. Data
4

THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY?

Assignment 1

dapat di manipulasi dengan mudah, diuji daripada beberapa perspektif, membuat tekaan serta mengujinya. Keupayaan multimedia membolehkan pelajar menerokai idea mereka dengan menggabungkan grafik, animasi, video dan bunyi dalam dokumen mereka. Menurut Ab. Halim et al. (2006) lagi, pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan jika guru menggunakan media Melalui teknologi terkini, pelbagai laman web tempatan yang dibangunkan khusus untuk pengajaran dan pembelajaran.

Cara Berkesan Penggunaan Media Sosial Dalam Pembelajaran Di Sekolah

Cara yang paling berkesan untuk memanfaatkan keupayaan komputer adalah dengan menjadikannya alat untuk membantu kerja-kerja pendidik supaya menjadi lebih mudah dan berkesan. Secara tidak langsung, produktiviti dapat dipertingkatkan serta pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik. Komputer juga mampu melakukan banyak perkara di luar kemampuan manusia (Musa Muhamad. 2001). Kehadiran teknologi multimedia dan

internet adalah anugerah istimewa kepada dunia Pendidikan. Aktiviti pendidikan menjadi lebih berkembang, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi seumpama ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajarnya sahaja, malah boleh dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilikbilik kelas bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya boleh dilakukan menerusi alam maya. Hal ini kerana, masyarakat sekarang banyak bergantung kepada alat-alat elektronik dalam kehidupan mereka.

Penggunaan komputer

dan

Internet

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran juga memberi satu suasana yang fleksibel. Pelajar boleh berhubung dengan guru dan rakan dalam bentuk serentak (synchronous) dan tertangguh (asynchronous) melalui ruangan perbualan (chat) atau surat eletronik (email). Ini bermakna pelajar mempunyai ruang untuk berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dengan mudah. Perbincangan secara maya membantu pelajar bertukar-tukar pendapat dengan selesa tanpa kekangan masa dan ruang. Pangkalan data di dalam komputer boleh menyimpan pelbagai maklumat yang mudah untuk dicapai oleh
5

THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY?

Assignment 1

para pelajar pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada sama ada di dalam atau di luar bilik darjah (Jamaludin, 2005).

Terdapat

beberapa

kelebihan penggunaan

media

sosial dalam

pembelajaran antaranya menjadikan pelajar tidak hanya perlu bergantung kepada pembelajaran dalam kelas sahaja. Pelajar masih boleh berhubung dengan guru di luar waktu kelas melalui forum-forum perbincangan, email, facebook dan sebagainya. Selain itu, pelajar juga mudah menghubungi rakan sekelas mereka serta membincangkan masalah serta kekeliruan yang mereka hadapi

secara online terutamanya melalui forum perbincangan dalam facebook dan email group. Selain itu, pelajar juga boleh berhubung atau berkomunikasi dengan rakanrakan mereka dari sekolah-sekolah lain serta berkongsi pendapat dan idea dengan mereka dengan menggunakan kemudahan web. Menurut Muhammad Haron Husaini et al. (2010) penggunaan teknologi menjana minat pelajar terhadap apa jua yang disampaikan dalam kelas, lebih-lebih lagi pelajar yang mempunyai kelemahan dalam aspek pelajaran yang tertentu.

Pembelajaran dan pengajaran menggunakan media sosial adalah konsep yang mengunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam sistem pendidikan. Ia adalah satu perkembangan pendidikan hasil daripada proses ledakan Information and Communication Technologies (ICT) yang merujuk kepada penggunaan teknologi tersebut dalam membuat penyelesaian mendapatkan maklumat ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi. Perkara Ini disokong oleh (Abdul Razak Abdul Mutalib & Ezry Fahmy Eddy Yusuf, 2009) yang menyatakan bahawa Media massa bentuk baru ini telah diiktiraf sebagai salah satu medium untuk menyampaukan maklumat pada masa terkini. Gambaran maklumat dan informasi yang dipaparkan berupaya mempengaruhi minda, pemikiran dan seterusnya kepada tindakan tertentu. Dalam dunia pendidikan semua ahli akademik mesti menguasai teknologi maklumat terkini dan para guru digalakkan untuk mengintegrasikan ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Robiah & Nor Sakinah (2007) berpendapat perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menuntut agar perubahan dibuat ke atas kaedah mengajar dan belajar. Hal ini memberikan pendedahan kepada guru tentang
6

THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY?

Assignment 1

proses pembelajaran dan pengajaran menggunakan teknologi masa kini khususnya media sosial yang seringkali menjadi media yang popular generasi masa kini.

Sidek Ab Aziz (2009) menjelaskan e-pembelajaran juga didefinasikan sebagai penggunaan teknologi berinovasi dan model pembelajaran yang dapat menukar cara seseorang memperolehi kemahiran dan menambahkan pengetahuan yang baru dan ia juga dapat dikatakan sebagai integrasi teknologi maklumat kedalam sistem pembelajaran yang dapat digunakan tanpa terhad kepada faktor tempat dan masa. Pengajaran berasaskan laman web merupakan alternatif atau cara baru pengajaran yang mempunyai potensi untuk menghasilkan pengajaran yang lebih bermakna.Ciri-ciri antara muka dan fizikal laman web mempunyai impak yang berlainan berbanding pengajaran konvensional dan penggunaannya melalui laman web yang berkaitan dengan maklumat topik akan memudahkan sesiapa sahaja untuk membuat rujukan tanpa mengira masa dan waktu. Lambakan maklumat yang terdapat didalam internet boleh dimanafaatkan oleh guru dan pelajar dalam kebijaksanaan memilih bahan-bahan yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (Md Yusuff Daud et al,2006).

Kaedah

pembelajaran

dengan

mengaplikasikan

media

sosial

membolehkan pelajar mencari maklumat serta artikel yang berkaitan dengan pelajaran dengan lebih cepat dan mudah. Nota atau maklumat yang berkaitan dengan kelas juga boleh disebarkan dan diperoleh melalui Web dan media sosial di mana semua pelajar boleh mengaksesnya dalam satu masa serta dapat meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi dlam ingatan. Ini kerana pengunaan media sosial dan pelbagai media yang dinamik membolehkan sesorang memahami sesuatu isi kandungan dengan lebih pantas dan seterusnya menyimpan informasi yang diterima ke ingatan untuk jangka masa yang panjang. Kajian saintifik membuktikan proses ingatan yang berlaku dalam otak manusia mudah dilaksanakan apabila manusia menerima pelbagai pengukuhan dengan mengunakan pelbagai jenis media seperti audio,grafik terutamanya laman web sebagaimana dinyatakan oleh Latifah Sidek et al.(2010).

THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY?

Assignment 1

Penggunaan aplikasi Internet memberikan wadah baru atau inovasi baru kepada guru untuk menarik minat pelajar membaca dan mengumpulkan maklumat. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Descy (1998), terdapat empat kelebihan penggunaan laman web dalam menyampaikan pengajaran dan

pembelajaran: i. Penghantaran maklumat menjadi mudah dan membolehkan pelajar yang memerlukan maklumat menyalin dan menyimpannya. ii. Bahan yang ditawarkan melalui laman web mudah untuk dikemaskini berdasarkan perkembangan semasa. iii. Bahan yang diberi kepada para pelajar mudah untuk dikawal melalui kata laluan tertentu. iv. Perisian yang menggunakan laman web tidak memerlukan platform yang khusus. Pengguna boleh menggunakan komputer biasa

berdasarkan aplikasi windows.

Antara kelebihan penggunaan media sosial untuk pembelajaran kepada pelajar adalah seperti berikut : i. Menggalakkan pembelajaran secara bebas dan aktif serta meningkatkan tanggungjawab kendiri di kalangan pelajar. ii. Pelajar dapat mengakses internet atau media sosial tanpa mengira masa dan tempat. iii. Dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk menggetahui maklumat secara lebih mendalam dan tidak hanya terikat kepada kurikulum sahaja. iv. Dapat memperkembangkan gaya pembelajaran aras tinggi. v. Pelajar dapat mencari pelbagai sumber maklumat tanpa batasan dengan tempoh waktu yang singkat. vi. Dapat mempertingkatkan keyakinan, kefahaman serta kemahiran analitikal dikalangan pelajar. vii. Dapat mewujudkan persaingan sihat dikalangan pelajar supaya berlumbalumba mencari maklumat sebanyak mungkin. viii. Pelajar dapat menghubungi guru atau rakan sekelas mereka serta membincangkan masalah serta kekeliruan yang mereka hadapi secara online terutamanya melalui forum perbincangan.
8

THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY?

Assignment 1

Bagi menjayakan penggunaan ICT dan aplikasi media sosial dalam bidang pendidikan, penglibatan semua pihak dari pihak pentadbiran atasan hinggalah peringkat bawahan perlu memainkan peranan serta haruslah bekerjasama dan berusaha dengan gigih untuk mengatasi halangan-halangan yang timbul dalam usaha-usaha untuk menjayakan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan. Sekarang sudah tiba masanya guru menggunakan kemudahan internet yang ada di sekolah atau di rumah, untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Janganlah kita membiarkan sahaja teknologi tersebut digunakan untuk tujuan hiburan semata-mata. Pembelajaran di sekolah menggunakan media sosial amat sesuai dengan paradigma konstruktif. Kita seharusnya sudah bersedia untuk merubah fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Maka tidak boleh disangkal lagi penggunaan media sosial adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat sesuai pada masa ini, berbanding dengan pendekatan konvensional yang lazim digunakan.

Contoh Media Sosial: Cara Sekolah menjadikan Aplikasi Facebook berkesan dalam pendidikan

Apakah Itu Facebook?

Platform Facebook membolehkan pembangun web membina aplikasi yang bersepadu dengan rangkaian sosial Facebook dan disampaikan melalui laman Web Facebook. Aplikasi tersebut dijalankan di pelayan pembangun web, dan apa sahaja data yang unik kepada aplikasi tersebut disimpan dalam pangkalan data pembangun web. Walaupun berfungsi di pelayan tersendiri, aplikasi Facebook boleh mencari datanya bagi memperoleh manfaat daripada rangkaian sosial Facebook yang sedia ada. Pengguna Facebook boleh melayari aplikasi yang ada dan mengaktifkan manamana aplikasi yang dimahukan, yang memberi mereka kebenaran untuk mengakses sebarang subset data akaun mereka (PennState 2007).

THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY?

Assignment 1

Kelebihan Facebook

Menurut Caroline dan Terri (2009), terdapat pelbagai ciri-ciri unik yang menjadikan Facebook sesuai untuk aktiviti pendidikan. Contohnya, Facebook dilengkapi dengan: i. Papan buletin,

ii. Pemesejan segera, iii. E-mel, iv. Kebolehan untuk menyiarkan video dan gambar, v. Kebolehan untuk menyiarkan maklumat dan bekerjasama dalam lingkungan sistem.

Selain itu, dengan kadar penggunaan yang tinggi dan beberapa kelebihan teknologi, rangkaian sosial seperti Facebook boleh menyediakan: i. Pelbagai manfaat pedagogi lain kepada guru dan juga pelajar.

ii. Menghubungkan sesama pelajar yang secara tidak langsung membina komuniti pembelajaran-satu komponen penting untuk pendidikan pelajar (Baker 1999). iii. Menyediakan peluang dan struktur kepada pengajar untuk membolehkan pelajar membantu dan menyokong satu sama lain dengan membina kursuskursus melalui komuniti yang telah diwujudkan oleh pelajar sendiri. iv. Modul pembelajaran berasaskan Internet akan menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza daripada kelas kuliah biasa. v. Meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar dan juga sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web. Membantu pengajar berhubung dengan pelajar mereka mengenai tugasan, kegiatan akan datang, pautan berguna dan contoh-contoh tugasan di luar kelas. vi. Pelajar boleh menggunakan Facebook untuk menghubungi rakan sekelas tentang tugasan kelas atau peperiksaan serta bekerjasama melakukan tugasan dan projek kumpulan dalam persekitaran Internet. vii. Rangkaian sosial yang dibina berasaskan konsep interaksi secara bersemuka antara guru dengan pelajar ini membenarkan pelajar untuk melihat profil pengajar yang mengandungi maklumat peribadi, minat, latar belakang dan
10

THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY?

Assignment 1

rakan-rakan yang boleh meningkatkan motivasi pelajar, pembelajaran berkesan dan juga iklim bilik darjah (Mazer et al.2007).

Bagaimana Cara Pihak Sekolah Menggunakan Facebook Dalam Pendidikan

Amat penting bagi pihak sekolah untuk memperkenalkan rangkaian sosial kepada pelajar. Menurut Caroline dan Terri (2009), sebagai tugasan elektif, guru boleh meminta pelajar untuk: i. Membuka akaun Facebook mereka sendiri dan menjadi kawan kepada sekurang-kurangnya seorang daripada rakan sekelas mereka. ii. Menyiarkan gambar yang bersesuaian dan berkaitan dengan kelas, pesanan mengenai tugasan kursus, serta permohonan kursus. iii. Mencuba penggunaan ciri-ciri yang berbeza.

Penggunaan Facebook Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Dengan membina peralatan dalam struktur sosial Facebook, anda akan menggalakkan lebih banyak interaksi antara peserta. Misalnya melalui aplikasi perpustakaan, pelajar yang menghadapi kesukaran untuk mencari katalog perpustakaan elektronik atau mempelajari cara penggunaan sistem perpustakaan universiti mungkin lebih selesa bertanya kepada rakan di dalam kumpulan atau menggunakan fungsi butang Tanya Pustakawan, bukannya terus kecewa dan berputus asa. Pustakawan boleh menggunakan aplikasi perpustakaan melalui Facebook sebagai satu cara untuk berhubung rapat dengan pelajar yang selalunya diajar sekali gus dalam sesi perpustakaan.

Aplikasi Facebook yang telah dibina oleh perpustakaan boleh menyediakan satu ruang untuk pelajar bertanyakan soalan rujukan. Walau bagaimanapun, penambahan ciri-ciri tertentu mungkin boleh membantu meningkatkan perkhidmatan seperti ini. Secara keseluruhannya, platform sebegini boleh membantu untuk menjadikan suasana perpustakaan lebih terbuka dan mudah dicapai, sekali gus menggalakkan lebih banyak interaksi dan peluang pengajaran. Jika kita pindahkan senario perpustakaan ini kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,
11

THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY?

Assignment 1

pelajar mungkin akan mula berkongsi tip-tip belajar sewaktu mereka menemui modul/nota yang paling berguna. Mereka mungkin mencadangkan modul/nota kepada rakan mereka berdasarkan keperluan yang dinyatakan sewaktu interaksi sosial. Kesemua aktiviti ini boleh membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran belajar mereka, seterusnya memperkaya pengalaman dan kepuasan akademik mereka (PennState 2007).

Contoh Media Sosial: Cara Sekolah menjadikan Aplikasi Twitter berkesan dalam pendidikan

Apakah Itu Twitter?

Penulisan blog mikro ialah salah satu teknologi Web 2.0 dan bentuk baharu penulisan blog yang membolehkan pengguna menerbitkan catatan ringkas terkini atau gambar secara dalam talian dengan hanya 140-200 jumlah aksara. Catatan ini boleh disunting dan diakses dalam talian, atau dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel atau khidmat pemesejan segera (IM). Penulis blog mikro biasanya memasukkan catatan mereka sebagai satu widget pada blog atau laman web mereka. Penulisan blog mikro membolehkan interaksi masa nyata sesama pengguna menggunakan alat, teknologi dan aplikasi yang berbeza-beza. Khidmat blog mikro yang paling terkenal ialah Twitter (Carmen & Gabriela 2008).

Laman web Twitter, yang dimiliki dan diusahakan oleh Twitter Inc., menawarkan perangkaian sosial dan penulisan blog mikro yang membolehkan pengguna menghantar dan membaca pesanan yang dipanggil tweet. Tweet ialah siaran teks dengan jumlah maksimum 140 aksara yang dipaparkan pada profil pengguna. Format tweet yang ringkas ialah ciri khusus perkhidmatan ini, yang membolehkan kerjasama tidak rasmi dan perkongsian maklumat dengan pantas bagi melegakan kelesuan akibat penggunaan e-mel dan IM yang semakin meningkat. Penulisan di Twitter juga merupakan cara komunikasi yang kurang berhalangan: anda boleh berkongsi maklumat dengan orang yang biasanya tidak akan saling berutus e-mel atau pesanan IM dengan anda, dan ini akan memperluas

12

THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY?

Assignment 1

lingkungan hubungan anda untuk merangkumi komuniti yang terdiri daripada mereka yang sehaluan dengan anda (http://en.wikipedia.org/wiki/Twitter).

Kelebihan Twitter

Antara kelebihan Twitter adalah: i. Twitter mudah digunakan. Pendaftaran mengambil masa tidak sampai seminit dan tiada e-mel pengesahan diperlukan. ii. Anda boleh membuka sebanyak mana akaun yang diingini. Pengikut dianggap sebagai rakan. Setelah mereka mengikuti tweet anda, anda juga boleh mengikuti mereka dan terus dianggap sebagai rakan mereka. iii. Papan pesanan atau tweet itu sendiri boleh dilihat oleh orang ramai sama ada mereka rakan penyiar ataupun bukan, dan anda juga boleh menyertakan URL anda yang boleh diklik. iv. Templat profil Twitter juga unik, yang boleh dibina melalui HTML atau dibeli melalui pengedar-pengedar sah di beberapa laman web lelong yang berkaitan dengan templat. (Sumber: http://unblocked.me/twitter_faq/advantages-anddisadvantages-oftwitter.php)

Bagaimana Cara Pihak Sekolah Menggunakan Twitter Dalam Pendidikan

Berikut adalah beberapa cara menggunakan Twitter dalam pendidikan: i. Papan Twit: Maklumkan kepada pelajar tentang perubahan kandungan kursus, jadual, tempat atau maklumat penting lain. ii. Membuat Ringkasan: Minta pelajar untuk membaca satu artikel atau bab dan kemudian menerbitkan ringkasan isi-isi penting artikel atau bab tersebut. Had 140 aksara memerlukan disiplin akademik yang kukuh. iii. Pautan Twit: Kongsi hiperpautan. Arahkan setiap pelajar untuk berkongsi satu hiperpautan baharu kepada laman web berfaedah yang ditemui dari semasa ke semasa. iv. Mengekori di Twitter: Ikuti personaliti terkenal dan catatkan perkembangan mereka. Lebih baik jika aktiviti ini dapat dikaitkan dengan suatu acara (seperti

13

THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY?

Assignment 1

semasa pemilihan Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini, ramai yang mengikuti @ BarackObama untuk mengetahui ucapan terkini beliau, dsb.) v. Tweet Masa Silam: Pilih seorang individu terkenal pada zaman dahulu dan buka akaun Twitter untuk mereka. Pilih seorang tokoh sejarah dan tulis tweet dengan kerap seolah-olah anda adalah mereka, dengan mengunakan gaya bahasa dan perbendaharaan kata yang dirasakan mungkin digunakan oleh mereka. vi. Perbincangan Mikro: Adakan perbincangan yang melibatkan semua pelajar yang mempunyai akaun Twitter. Asalkan semua orang mengikuti keseluruhan ahli kumpulan, tiada sesiapa pun yang akan ketinggalan aliran Twitter. Semua pelajar akan mengambil bahagian kerana urutan penyumbang tweet telah dipersetujui terlebih dahulu. vii. Penulisan Mikro: Penulisan kolaboratif secara progresif di Twitter. Pelajar bersetuju untuk bergilir-gilir menulis cerita dalam tempoh waktu tertentu. viii. Lingua Tweeta: Sesuai bagi pembelajaran bahasa moden. Hantar tweet dalam bahasa asing dan minta pelajar membalasnya dalam bahasa yang sama atau menterjemahkan tweet tersebut ke dalam bahasa ibunda mereka. ix. Tweming: Mulakan satu meme (idea yang tersebar melalui Internet)-capai persetujuan tentang satu tanda hash sepunya supaya semua kandungan yang dimasukkan akan direkodkan secara automatik oleh Twemes (satu aplikasi yang mengikuti tweet melalui tag yang dimasukkan dan

memaklumkan perkara yang sedang dibualkan di Twitter) atau aplikasi pengumpulan lain. x. Sahabat Twitter: Galakkan pelajar mencari sahabat pena di Twitter dan selalulah berbual dengan mereka untuk suatu tempoh tertentu bagi mengetahui tentang kebudayaan, hobi, rakan-rakan, keluarga mereka, dsb. Sesuai untuk belajar tentang pengamal budaya lain.

14

THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY?

Assignment 1

Implikasi Media Sosial Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Perkembangan teknologi Internet ini telah mengubah model pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada (Kuang-Wu, 2000). Pelajar tidak lagi hanya menerima maklumat daripada guru dan buku teks sahaja, malah boleh membuat pelbagai pilihan sumber melalui Internet. Perolehan maklumat menerusi dunia maya sebegini boleh disifatkan sebagai kedai buku yang terbesar sehingga Ghandi (2001), mengkategorikannya sebagai perpustakaan maya. Penggunaan alatan rangkaian sosial menyokong pembentukan pelajar kreatif dan kolektif. Pemikiran kreatif yang maju ke hadapan selalunya merupakan hasil daripada pengetahuan yang kolektif yang terbentuk melalui perkongsian idea dan pengetahuan antara individu-individu secara bebas bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Pengetahuan yang dikongsi secara kolektif ini terus berkembang dan berubah hasil pertanyaan dan penambahbaikan berterusan bersama-sama para penyumbangnya. Kreativiti,

pemikiran aras tinggi dan pembinaan pengetahuan boleh digalakkan menerusi aplikasi, produksi dan penerbitan yang direka bentuk dengan baik (Nelson et. al, 2009)

Pembelajaran akan menjadi lebih bermakna apabila pelajar mencipta dan membina pengetahuan mereka sendiri. Menurut Batchelder (2010), aktiviti-aktiviti dalam rangkaian sosial menyediakan pelajar dengan proses aktif yang memberi makna signifikan kepada mereka. Pelajar dimotivasikan secara semulajadi melalui amalan pedagogi yang berkesan dan penggunaan teknologi. Internet dan alatan rangkaian sosial mampu memberi peluang kepada pelajar untuk mencari maklumat, mengumpul bahan mereka sendiri, berkomunikasi, membina makna, dan menilai hasil akhir. Pelajar dengan amalan pembelajaran terarah kendiri akan mewujudkan suasana pembelajaran aktif. Jelas menunjukkan media sosial memberi impak yang penting dalam terhadap proses pembelajaran. Jesteru ianya haruslah dimanfaatkan oleh pihak sekolah terutamanya oleh pendidik supaya menggalakkan pelajarpelajar mereka memanfaatkan media sosial bagi tujuan pembelajaran. Perkara ini ditegaskan oleh Cox ( 1997 ) penggunaan ICT yang merentasi kurikulum secara berterusan akan dapat meningkatkan motivasi pelajar.

15

THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY?

Assignment 1

Pendidikan bukanlah sekadar menjadikan murid pandai membaca, tetapi untuk membolehkannya berfikir secara rasional, pandai mencari ilmu dan pandai membawa diri. Untuk mencapai objektif ini kaedah pengajaran dan pembelajaran mestilah bersifat inovatif dan berkesan bagi menghadapi murid dalam era digital ini. Guru mestilah bijak menggunakan multimedia untuk menghadapi murid yang bijak digital ini. Guru mestilah berupaya menggabungkan teknik pengajaran dan multimedia supaya subjek ini menjadi lebih menarik dan kompetitif (Khairul Nizam Mohd Khalid, 2012). Kepelbagaian pendekatan, strategi dan kaedah pedagogi era teknologi ini secara dasarnya didapati mampu meningkatkan keupayaan dan penguasaan prestasi akademik pelajar serta mampu bertindak sebagai medium agen memupuk minat dan sikap positif pelajar terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang pada dahulunya dilabelkan sebagai suasana yang

membosankan. Secara kesimpulanya, Guru harus mengambil iniasitif dan peluang kecanggihan teknologi yang sedang dinikmati masyarakat dunia hari ini dengan berusaha mengabungjalinkan diantara kaedah tradisional dan kaedah kontempori bagi menghasilkan kualiti P&P yang baik, berteknologi, inovatif, kreatif dan lebik berkesan.

Penutup

Penggunaan teknologi sememangnya memberi implikasi sosial yang lebih efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekaligus akan menyumbang kepada kelancaran dalam pendidikan yang melibatkan semua subjek. Dengan positifnya perkembangan internet ketika ini maka penggunaan internet merupakan salah satu kaedah dalam proses pembelajaran yang sangat penting, ini kerana ia dapat membantu menjana pelajar berfikiran minda yang lebih kritis dan inovatif selaras dengan perkembangan dunia pendidikan pada masa kini.

16

THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY?

Assignment 1

Rujukan Abdul Razak Abdul Mutalib &Ezry Fahmy Eddy Yusuf 2009, Media massa dan serangan pemikiran. Kertas kerja dibentangkan di National seminar 2009: Media & Islamic Thinking (MIST09): Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan. Baker, P. 1999. Creating learning communities: The unfinished agenda. In B. A. Pescosolido & R. Aminzade (Eds.), The social works of higher education (pp. 95-109). Thousand Oaks, CA: Pine Forge Press. Becker, H.J. 1991. How computer are used in United State Schools. Basic data from the 1989 1-E-A. Computer in education survey. Journal at Educational Computing research. Vol. 7 (4), 385-406. Batchelder, C. W. (2010). Social software: Participants experience using social networking for learning (Doctoral dissertation, Capella University, 2010). ProQuest. (UMI No. 3398679). Carmen Holotescu & Gabriela Grosseck. 2008. Using microblogging in education. http://www.scribd.com/doc/2286799/Can-we-use-Twitterfor-educational activities [diakses pada 27 Nov 2012] Caroline Lego Muoz & Terri L Towner. 2009. Opening Facebook: How to Use Facebook in the College Classroom. http://www46.homepage.villanova.e du/john.immerwahr/TP101/Facebook.pdf [diakses pada 28 Nov 2012] Cox, M. 1997. The effect of information technology on student motivation. Final Report . NCET. Descy, D.E. All abroad the Internet dalam Journal TechTrends. Vol 26 No 5 m.s 3-5 Ghandi, Subash. 2001. E-Book The future of reading and ultimate book publishing, Journal Educational Technology System, Vol 29 (1) 49-66 Khairul Nizam Mohd Khalid. 2012. Tarikan Laman Web dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Prosiding Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam (SEAPPI2012). Skudai.: Universiti teknologi Malaysia. Kuang-Wu, Lee. 2000 . English teacher barriers to the use of computer-assisted language learning, The Internet TESL, Journal. Vol VI No 12. Latifah Sidek, Akmariah Mamat,Noraziah Mhd Yusuf & Ab.Halim Tamuri.2010.ICT DalamPengajaran dan Pembelajaran (P&P) Guru-Guru Pendidikan Islam(GPT).1st InternationalConference on Islamic Education (ICIED 2010) .hlm 324-333.

17

THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY?

Assignment 1

Levinson, P. 2009. New New Media. (Edisi Antarabangsa). New York: Pearson. Mazer, J. P., Murphy, R.E., & Simonds, C. J. 2007. Ill see you on Facebook: The effects of computer-mediated teacher self-disclosure on student motivation, affective learning, and classroom climate. Communication Education, 56, 1-17. Md Yusuff Daud,Mazalah, Ahmad,Maimun Aqsha Lubis.2006.Penggunaan Internet Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam.Prosiding wacana Pendidikan Islam (Siri 5) Hotel Vistana, Pulau Pinang 5-6 Ogos 2006.UKM.hlm131-135. Musa Muhamad. 2001. Teknologi: Gunakan Kemudahan Sebaik Mungkin. Utusan Malaysia 28/6/2001. Nelson, J., Christopher, A., & Clif, M. (2009). TPACK and Web 2.0:Transformation of Teaching and Learning. TechTrends, September/October 2009, 53(5), 80, pangkalan data Proquest. Norizan Abdul Razak, Z Amir, Mahamood Ismail, Suhaidi Hasan. 2010. The impact of wireless technology among Malaysia society. Proceeding of the 9th WSEAS international conference on Electronics hardware, wireless and optical communication. Hlm 54-59 NurAzween Zakaria & Nidzam Sulaiman. 2008.Media Alternatif Sebagai Agen Perluasan Ruang Bersuara Kajian Kes Pilihan Raya Umum Ke-12. Prosiding Seminar Politik Malaysia. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) Universiti Teknologi MARA. PennState. 2007. 7 Things You Need to Know about Facebook Applications.http://ets.tlt.psu.edu/wp-content/uploads/facebook_applications.pdf [diakses pada 27Nov 2012]. Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad. 2007. ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32: 139-152.

Sidek Ab Aziz. 2009.Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan pembelajaran: Satu Pengenalan.Reka Bentuk Pembangunan,Aplikasi dan Penilaian system pengurusan pembelajaran, pp 1-17.UPM: Serdang. Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah. 2010. Media Sosial: Tinjauan Terhadap Laman Jaringan Sosial Dalam Talian Tempatan. Jurnal Pengajian Media Malaysia12(2) : 3752 V.Pang, Y.K Yap dan Y.M Tan. 1992. Buku Sumber Pendidikan. Kuala Lumpur : Siri Pendidikan Longman. Komputer Dalam

Wan Zah Wan Ali. 2009. Syarat Pelaksanaan Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Bestari di Malaysia dalam Habsah Ismail, Mohd Hazwan Mohd Puad, Shaffe Mohd Duad & Sharifah Md Nor
18

THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY?

Assignment 1

(pnyt). Pengajaran dan Pembelajaran daripada Pelbagai Persektif. Serdang: Penerbit Universiti Putera Malaysia. Wikipedia: Twitter. http://en.wikipedia.org/wiki/Twitter [diakses pada 27 Nov 2012] Internet World Statatistic. http://www.socialbakers.com/facebook-statistics/ (diakses pada 27 Nov 2012 )

19