Anda di halaman 1dari 26

agung ini akan dikaji dan dijadikan teori dalam sejarah seni.

Secara langsung nilai kreatif dan inovatif itu diletakkan di sudut yang tinggi apabila hasil karya itu mendahului zaman. Pernyataan diri melalui seni dapat dikesan dan tergambar melalui personaliti. Ramai seniman melukis dari apa yang diidamkan dan kenyataan ini boleh dikaitkan dengan Jackson Pollock yang menyatakan setiap karya seni adalah pernyataan diri dari keegoan senian itu sendiri. Ia adalah peringkat paling bawah dalam sekala diri seseorang. Seniman ekspresionisme misalannya melepaskan emosi mereka melalui kesan pemiuhan sehingga melampau-lampau. Ada yang melalui mainan warna dijadikan simbol dalam karya yang cuba ditonjolkan ialah pemikiran disebalik simbol warna itu. Pokok persoalan yang menjadi idea dan pemikiran itu dapat dinilai melalui tajuk, pemilihan warna dan bentuk. Berbeza dalam Abstrak Ekspresionisme dan Neoplastisme, karyakarya yang diketengahkan sukar ditafsir melalui hal yang tersurat melainkan melalui pengalaman yang bersangkutan peribadi. Pengalaman yang tersendiri ini juga adalah ciri-ciri kreatif dan inovatif yang terpancar dari setiap hasil karya. Apa yang benar dan terbukti, hasil karya dari pengalaman akan terkandung idea dan pemikiran. Kesimpulannya kenapa seniman terus berkarya sehingga terlahir karya yang kaya dengan kreativiti dan inovasi ialah antaranya:

Mencari jawapan di sebalik kesangsian

Mencari kepuasan diri

Bertanggungjawab dalam menyebarkan ilmu

Minat yang begitu mendalam

Melepaskan rasa dalaman

Keegoan diri Elemen kreativiti dan inovasi itu ditunjukkan apabila karya itu berkitar pada diri dan nilai seni itu. Nilai yang ada di sebalik keunikannya, keistimewaannya, kepelikan yang berpunca dari dalam diri. 3. Proses Kreativiti dan Inovasi dalam Berkarya Pembuat seni yang berfikir dengan menggunakan otak kanan mempunyai sifat-sifat umum yang streotape, tergolong sebagai manusia yang tidak rasional dan gemar berintuasi. Secara umumnya golongan yang kreatif dan berinovatif secara spontan menjadi insan seni yang banyak menyumbangkan idea dalam ciptaan seni seperti penulisan novel, penggubah lagu, pemain muzik, pembikin filem. Secara umumnya juga golongan ini dikatakan bersifat keakuan, kelihatan sedikit gila-gila dan sukar difahami tingkahlaku mereka. Golongan ini banyak berkecimpung dalam seni yang bergantung pada inspirasi dan bakat berbanding dengan tenaga keringat. Bakat yang lahir adalah anugerah istimewa dan sebilangan besar menonjolkan sifat-sifat kreatif yang berkualiti. Apabila ditanya berkenaan identiti, kebanyakannya mengingat kembali pada sejarah hidup Pablo Picasso yang tabah dalam mengharungi hidup. Begitu juga dengan Salvador Dali yang mempunyai sifat suka

berkhayal. Paul Gauguin suka menggembara dan Vincent Van Gogh pula dikatakan mempunyai sifat sasau. Sesungguhnya begitulah secara relatifnya sifat insan kreatif dan ada di antaranya yang stabil dalam kehidupan mereka seperti Claude Monet, Auguste Renoir, Henri Matisse dan Andrew Wyeth. Secara praktikalnya, ramai seniman dan pembuat seni bersetuju dengan sifat streotape yang mereka miliki. Secara keseluruhannya insan kreatif selalunya menempuh banyak kesukaran, banyak tekanan dan melakukan kerja-kerja yang membingungkan. Kehidupan mereka sama seperti orang lain yang penuh dengan liku-liku kehidupan dan terpaksa ditempuh hari demi hari. Dalam mengkaji individu-individu yang tergolong sebagai insan kreatif, tidak dapat dihindari personaliti yang tertonjol membawa penampilan kelainan daripada orang lain. Ada sebilangannya suka melihat, berfikir dan merenung sesuatu idea secara intuisi dengan minda di bawah sedar sebagai sumber idea. Dalam bidang seni, insan yabg berperibadi kreatif meletakkan nilai yang tinggi pada kebenaran dan kejujuran bersandarkan daya intelektual. Individu kreatif tidak selalunya cemerlang di sekolah kerana ada pergeseran hubungan dengan guru dan rakan sebaya. Insan kreatif dapat merasakan apa yang dilakukan oleh orang lain dan begitu sensitif dalam hubngannya dengan persekitaran. Mereka mudah dan segera mengenalpasti sesuatu kelemahan atau keganjilan lantas segera mencari alternatif lain yang sesuai tetapi tidak semestinya logik 4. Peringkat-Peringkat dalam Seni Tampak yang Membentuk Kreativiti dan Inovasi Sudah berabad, misteri dalam pemikiran kreatif dicari. Sebilangan pengkaji Barat mennemui proses kreativiti dalam penghasilan seni, tidak kira seni tampak dan lain-lain cabang seni melalui proses berperingkat iaitu:

Peringkat Persediaan

Peringkat Pengeraman (Inkiubasi)

Peringkat Penerangan (Iluminasi)

Peringkat Pengesahan

4.1 Peringkat Persediaan Adalah peringkat awal dalam pross berkreatif di mana segala masalah dikesani dan mengumpul maklumatmaklumat yang relavan dalam menangani sesuatu masalah. Atau menangani sesuatu yang baru untuk dijadikan bahan berkarya tetapi tidak menjurus pada keputusan muktamat. Pengumpulan maklumat ini dilakukan secara berproses untuk membantu mencari matlamat yang munasabah dalam menangani masalah yang timbul secara bebas dari pelbagai sudut. Proses ini juga dikenali sebagai sumbangsaran. Peringkat persediaan ini bergerak lancar, mudah dan fleksibel dalam melahirkan banyak idea sebagai suatu proses untuk mendekati masalah secara lebih dekat dan berfokus. Pendekatan ini penting kerana idea-idea awal yang lahir nanti kemungkinan menjadi relevan, bernilai dan dirombak semula. Kaedah sumbangsaran lebih produktif untuk perbincangan secara kumpulan berbanding idea yang lahir secara individu atau perseorangan. Dalam proses berkarya peringkat persediaan ini adalah suatu perjalanan yang menyulitkan kerana masalah yang wujud diperhalusi sebelum idea-idea sebenar lahir dalam karya masing-masing. Pembuat seni yang berjaya mengharungi peringkat persediaan ini telah bersedia dari segi mental untuk meneroka dan membongkar banyak idea-idea tersembunyi yang tidak diduga dan ini melibatkan berbagai aktiviti seperti melakukan pelbagai lakaran, ujikaji bahan, media, alatan, kesan tekstura, komposisi dan olahan imej. Aktivitiaktiviti awal ini berkembang ke arah menyusun imej visual dan merangsang persepsi. Aktiviti awal ini banyak melibatkan minda, mencatat, menulis sesuatu yang relevan dengan sejarah seni, secara khususnya melakukan kajian ke atas hal benda. Peringkat persediaan ini mengambil waktu berjam-jam, berbulan dan bertahun dan selesai sehingga semua pendedahan, pembongkaran telah dilakukan sehinga tidak ada lagi idea-idea baru. 4.2 Peringkat Pengeraman Merupakan peringkat aktiviti yang mudah iaitu berhenti seketika daripada memikirkan permasalahan yang timbul di peringkat awal persediaan. Sebaliknya mengalih fikiran kepada perkara lain. Dalam peringkat ini, seorang pembuat seni itu telah menerima banyak persoalan dan idea-idea yang dikumpulkan pada peringkat persediaan yang lahir di bawah sedar yang tidak tersusun di dalam minda. Jangka masa yang pendek digunakan pada peringkat pengeraman ini untuk merenung kembali idea-idea di samping meluangkan waktu untuk merehatkan minda. Ia adalah proses pengeraman idea yang hanya berlaku dalam otak.

4.3 Peringkat Penerangan Merupakan tingkat ketiga dalam proses kreatif dan inovatif melalui sifat yang tidak diduga dan dijangka. Ia menonjolkan tatacara dari idea-idea yang datang untuk menyelesaikan masalah. Kadangkala ia dikenali sebagai sebutan aha! atau eureka! Sebagai suatu pengalaman kepada seorang pembuat seni, inilah bentuk dalam pengkaryaan yang dilihat jelas melalui mata dan minda ke suatu arah di mana fenomena yang timbul dijadikan pengalaman. Seorang saintis bernama Friedrich Kukele telah bekerja untuk menyelesaikan masalah struktur molikul dalam banzin. Jawapan yang datang kepada beliau dalam imej mimpi iaitu seekor ular dengan ekornya berada pada mulut. Manakala konsep graviti yang ditemui oelh Sir Isaac Newton pula bermula dengan buah epal yang jatuh ke bawah apabila dilambung ke atas. Kualiti yang ada di peringkat penerangan adalah pengalaman yang dapat menghasilkan pemikiran dan penghasilan karya kreatif. Kualiti kreativiti ini merupakan tanggungjawab pembuat seni berinspirasi dan menggambarkan semula imej dalam gila-gila. Idea kreativiti bersama inovasi diwujudkan untuk kelihatan aneh, mistikal dan tidak munasabah sehingga tanpa disangka-sangka mendapat suatu kuasa semulajadi yang amat dasyat melalui anugerah bertuah kepada individu-individu tertentu. Peringkat penerangan atau iluminasi selalunya menjadi kebiasaan pada fenomena-fenomena biasa. Contohnya anda terlupa nama seseorang, anda akan mengingat kembali. Mencuba dengan awalan-awalan huruf dan cubaan mengingat kembali nama-nama orang yang anda kenali dan cuba mevisualisasikan kad-kad perniagaan. Iluminasi cuba mendekati kesedaran secara terperinci sesuatu masalah dan menyediakan proses mental untuk melangkah setapak ke peringkat pengeraman maksudnya melangkah setapak undur ke belakang. 4.4 Peringkat Pengesahan Juga dikenali verification adalah langkah terakhir dalam proses kreatif untuk menguji realiti atau kualiti iluminasi. Sesiapa yang lupa dan tertinggal sesuatu bagi Friedrich Kukele ini bermakna suatu pembentukan semula berlaku di peringkat iluminasi kepada pembuat seni dan ia bererti menghasilkan karya yang sebenar benarnya. Kadangkala langkah pengesahan disemak semula apabila ada kelemahan di peringkat iluminasi dan peringkat pengeraman akan diulangi lagi. Dengan melihat pemeringkatan dalam proses kreativiti, hanya segelintir idea sahaja dari keseluruhan idea yang boleh diproses dan dapat diterima sebagai idea yang baik dan berkembang menjadi suatu inovasi.

Kesimpulan Untuk memahami sumbangan seni tampak dalam mendorong proses kreativiti dan inovatif secara dinamik, peraturan yang digunakan ialah perkembangan persepsi dalam seni tampak itu perlu disuburkan. Sejak dari awal lagi proses dan fungsinya yang aktif diasuh melalui latihan apresiasi. Ianya berhubungan dengan manusia yang pada dasarnya mementingkan konsep minda untuk diterjemah menjadi sesuatu yang terbuka. Dalam mengkaji perkembangan kreativiti, J. P. Guilford seorang ahli psikologi yang membuat ujikaji di dalam bidang kreativiti mengenalpasti dua paten yang signifikan dalam proses berfikir. Pertamanya ialah pemikiran convergent (pemusatan) yang menerangkan perihal proses intelektual. Manakala pemikiran divergent (bercapah) mempunyai hubungan yang lebih jelas dengan proses kreatif yang medorong kemampuan sedia ada secara unik. Penggunaan kemahiran membentuk imej dan bakat dapat dirancang dengan baik melalui konsep yang diperkukuhkan ke dalam sistem baru. Keduanya, secara keseluruhan paten-paten dalam proses berfikir menjadi dasar penting dalam penghasilan sesuatu karya kreatif. Dalam proses eksprimental atau penerokaan adalah sesuai suatu jalan penyelesaian diambil dengan menjuruskan permasalahan secara terperinci. Dalam hal ini pemikiran divergent terbukti lebih berkesan. Namun di dalamnya ada penyusunan dan sintesis dari penerokaan yang dibuat. Kenyataan Guilford meletakkan kebanyakan pengalaman dalam pendidikan menerusi kurikulum pada masa kini tertumpu pada pemikiran convengert yang dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi dan diserapkan ke minda pelajar pelajar. Oleh itu kurikulum itu sarat dengan pengajaran dan pembelajaran fakta serta data yang perlu dihafal. Perkembangan ini menyebabkan bakat yang istimewa, kemahiran kreatif yang tersendiri pada seseorang individu itu tidak dipandang penting. Walaubagaimanapun jika perkembangan dalam kemahiran kreatif dan inovatif ini dijadikan objektif utama, mungkin bakat dan kemahiran kreatif pelajar dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Guilford menyenarai sifat kreatif yang dikenalpasti ada pada seseorang boleh memberi kesan ke atas individu seperti berikut:

Kesan kreatif dalam seni tampak melahirkan individu berfikiran terbuka

Kesan kreatif melalui penerokaan dalam seni tampak menjadikan seseorang individu dapat menerangkan sesuatu dengan panjang lebar

Insan yang kreatif berfikiran reflektif iaitu berfikir dan memantul kembali menjadi idea-idea inovatif boleh ditemui dalam seni tampak

GESTALT SEBAGAI EJEN REPRESENTASI DALAM SENI TAMPAK Pengenalan Sebilangan seniman, sejarawan seni, ahli falsafah cuba mencari jawapan kenapa dan bagaimana seni visual itu berkomunikasi dalam sempadannya yang tersendiri. Diakui sebahagian besarnya percaya makna komunikasi visual telah ditemui oleh psikologi Gestalt. Suatu pendekatan yang memberi keutamaan kepada prinsip-prinsip organisasi pengamatan yang melibatkan proses membina setiap bahagian yang ada secara keseluruhan. Gestalt meletakkan tekanan ke atas komposisi melalui olahan bentuk yang menampakkan pengaruh menekan, melonjak, menindih antara satu dengan lain supaya timbul kesan tarikan. Maka cara ia menyampai matlamat keharmoniannya ialah menimbulkan tarikan dari segi pengulangan, pergerakan, irama yang menampakkan ada pertautan untuk menyimbangkan komposisi yang diolah itu. Kesan keseimbangan bentuk, dengan elemenelemen seni yang lain seperti warna, garisan diperolehi melalui persepsi. Visual yang kuat memberi signifikannya ke atas bahagian-bahagian lain dan Gestalt menekankan secara keseluruhan bukannya sebahagian demi sebahagian. Kekuatan Gestalt melalui olahan. Pemikiran dalam Gestalt lebih menawarkan sesuatu secara keseluruhan dan menarik kekuatan bahagian-bahagian lain. Ia disempurnakan pada pemerhatian audien melalui penyusunan semula ke dalam bentuk keseluruhan. Tidak ada satu pun unit-unit yang boleh diubah tanpa pengubahsuaian secara keseluruhan. Perkataaan Gestalt berasal dari perkataan Jerman dengan maksud khusus kepada tatarajah paten-paten. Gestalt menjelaskan maksud bentuk secara keseluruhan yang tidak dapat diterang melalui bahagian-bahagian yang terasing. Gestalt akan lenyap jika ianya dipecah-pecahkan ke dalam komponen-komponen lain.1 Apabila konsep Gestalt berkembang dalam seni, ia membangkitkan rangsangan untuk mencari kualiti-kualiti dalam olahan bentuk, mengharmonikan persepsi dan menyeimbangkan ruang. Latar belakang yang serba ringkas bersama sejarah Gestalt diimbas supaya dapat diketahui asal-usul dan matlamat ia muncul dalam seni kira-kira satu abad yang lalu. Kejayaannya sedikit sebanyak membantu dalam perkembangan seni terutamanya dalam komunikasi visual yang merangkumi seni tampak seperti lukisan, seni grafik, seni foto dan seni perfileman. Dari awal perkembangannya, Gestalt memberi tumpuan pada eksprimen dan teori kerana asas pengukuhannya bertitik tolak dari ilmu sains. Ia disalurkan kemudiannya ke dalam disiplin ilmu psikologi dan berkembang ke dalam seni. Isu tentang kedudukan Gestalt dalam seni tampak, memperlihatkan bahawa kedudukan seni begitu luas dan menjadi sama taraf dengan bidang ilmu yang lain. Justeru itu idea Gestalt dan bagaimana pengaruhnya boleh sampai ke dalam seni tampak perlu dilihat dari sudut sejarah seni dan perkembangannya. Sejauhmana kehadirannya disedari dapat membantu pengkritik, sejarawan malah seniman itu sendiri sedar bahawa seni itu

sudah pun menjadi bahan uji kaji. Dengan itu seni menjadi sebahagian daripada sains, Cuma di kalangan kita tidak harus memandang ringan hingga seni itu ditafsir oleh orang lain. Barangkali uji kaji sains ke atas seni dilakukan dalam makmal, manakala kita mentafsir seni itu dalam prosesnya di studio dan galeri. Unsur seni yang tersembunyi diiktiraf bangkit semula menerusi gabungan pancaindera mata dan otak. Peranan Gestalt dikatakan cuba memaksimumkan penggunaan otak kiri dan kanan pada diri seniman. Apabila contohcontoh kejayaan Gestalt dihimpunkan, kesimpulan yang dapat diambil ialah Gestalt lebih menyerlah dari segi olahan bentuk. Dengan kesedaran ini, boleh meletakkan pendekatan Gestalt sebagai sebahagian daripada pendekatan dalam kritikan dan apresiasi seni. Pendekatan Gestalt sebagai jalan penyelesaian masalah ruang dalam komposisi, caranya melalui penstrukturan imej yang disusun gubah menjadi struktur baru. Sejarah dan Latarbelakang Gestalt Gestalt yang berasal dari perkataan Jerman membawa maksudkeseluruhan atau keseluruhan jumlah bentuk.2 Pergerakan awalnya dikesan pada sekitar tahun 1912 dengan kemunculan konsep persepsi. Perkembangan awalnya didominasikan oleh ahli- ahli psikologi Jerman, antaranya Kurt Koffka, Wolfgang Kohler dan Wertheimer yang menonjolkan Gestalt di bidang kreativiti individu. Mereka lebih memberi tumpuan pada permasalahan di dalam proses berkreatif. Intipati teori ini melihat secara keseluruhan signifikan jumlah imej dalam mempengaruhi persepsi yang kebanyakan pelukis, pengarca, penulis, pemuisi dan pemuzik dapat menerima sebagai suatu kebenaran dan ada hubungannya dengan elemen-elemen seni. Mereka cuba mengenalpasti signifikan dari elemen-elemen yang menonjolkan daya tarikan dalam aktiviti kreativiti.3 Pendekatan Gestalt berada pada statusnya yang tersendiri kerana olahan dan susunan objek mengikut Gestalt akan memberi kesan persepsi bergantung pada kemampuan intelektual individu. Ideologi revolusi kognetif yang mengangkat seni abstrak telah membawa Gestalt ke dalam seni sebagai salah satu cabang sains. Gestalt di awal perkembangannya merupakan seni psikologi dilihat boleh diterapkan ke dalam seni sebagai kekuatan bercirikan kreativiti. Kedudukan Gestalt dalam seni tampak adalah bertujuan meneroka sesuatu yang baru. Jika dilihat perkembangan seni di abad moden, contohnya

Ekspresionisme adalah satu penerokaan idea-idea paradigma psikologi. Secara tidak langsung seni dijadikan uji kaji dan para seniman menggunakan kreativiti, kognetif dan psikologi untuk membuktikan dapatan baru dalam imej seni tampak. Nyata di sini teori Gestalt meletakkan peranannya dalam pengaruh seni abstrak dan memasukkan sains dan matematik bersamanya. Seperti yang dinyatakan oleh Reid Hastie dan Christian Schmidt, bahawa dari zaman Aristotle sudah pun dibicarakan seni dalam sains bersama matematik. Keunggulan bentuk-bentuk yang terikat dalam hukum keseimbangan fizik dan seni itu dikaitkan dengan matematik dalam arahtuju untuk menerapkan kadar banding bentuk-bentuk dalam ilusi.4

Ketika zaman ilmu falsafah Greek memuncak, sudah ada pencarian idea-idea seni dalam menimbulkan kesan harmoni dalam komunikasi visual. Bentuk-bentuk dalam seni telah bermula awal sebelum Gestalt yang dianggap sudah bertapak kira-kira 1,000 tahun dahulu bagi membantu menjadikan elemen bentuk sebagai elemen seni. Gestalt muncul sebagai merevolusikan bentuk dalam seni yang melahirkan elemen baru berasaskan kreativiti.5 Dalam proses kreativiti, Gestalt mencari keseimbangan sebagai daya tarikan. Proses kreativiti yang seimbang berlaku dengan melalui tindak balas secara aktif dengan elemen-elemen seni menolak dan menarik antara satu sama lain untuk mendapatkan keseimbangan. Apabila keseimbangan antara satu sama lain sudah berlaku maka satu kerehatan yang menunjukkan ketenangan diwujudkan. Penemuan psikologi Gestalt adalah satu cetusan revolusi kognetif yang sangat berharga. Bermula dengan satu jangkaan dalam penyelesaian masalah berhubungkait dengan tingkahlaku dan kewujudan ingatan telah beralih kepada hal yang lebih luas. Ia dilihat sebagai suatu aspek dalam pengalaman manusia secara sedar bahawa isu penting tentang imej visual dianggap utama dalam komunikasi visual. Dari buku Kohler Gestalt Psychology (1929) hingga kepada Wertheimer Productive Thinking(1945) telah menjelaskan bahawa pemikiran tentang imej penting dalam kehidupan.6 Kesimpulannya, konsep Gestalt telah diterima dan berkembang secara revolusi pada sekitar tahun 1956, ketika era psikologi muncul mendadak sehingga mendominasikan banyak bidang sains, sosial dan seni. Pada asalnya berkembang di Jerman, akhirnya menjadi kajian konsep ke atas objek-objek seni tampak yang menimbulkan keharmonian

KEMAMPUAN GESTALT DALAM PERKEMBANGAN SENI TAMPAK: SATU KESEDARAN DALAM SENI KONTEMPORARI 1. Pengenalan Tajuk ini cuba menyangkal dan menyokong kemampuan Gestalt dalam seni tampak dengan melihat seni yang mengutamakan konsep dan idea, nilai falsafah dan estetika dalam kesedaran kontemporari. Analisis hujah, mengaitkan kefahaman kontemporari dalam pendirian beberapa orang seniman yang mencari alternatif kebebasan meneroka. Adakah ini bererti Gestalt tidak membuka ruang kebebasan? Gaya kontemporari membuka ruang lebih luas dan dapat diinterpretasi jauh ke dalam makna. Kerana itu sejarawan dan pengkritik meletakkan seni kontemporari dengan ciri-ciri kegemilangannya dari kejayaan Avant-Garde dalam sejarah seni moden. Analisis dalam bab ini cuba meletakkan perbandingan seni kontemporari untuk menilai kemampuan Gestalt. Kepelbagaian media diperhalusi secara konsepsual, menonjolkan sifat media dan makna di sebaliknya. Seni kontemporari meneroka makna-makna yang tersirat di sebalik bahan, teknik dan hal benda yang lebih ke hadapan berbanding Gestalt yang terkongkong oleh situasi konvensional. Pendekatan kontemporari dijadikan analisis, melihat kekurangan dan kelemahan Gestalt. Penawaran kontemporari dengan konsep baru dalam aliran semasa membolehkan seni itu berkembang dalam aliran semasa membolehkan seni itu berkembang dengan signifikan melampaui peraturan konvensional. Sesuatu yang mencabar dalam seni dapat membantu memperkayakan perbendaharaan kata seni, penerokaan teknik dan bahan dalam pelbagai dimensi mengikut situasi universal. Tempoh masa dan sempadan dalam seni membawa kemampuan Gestalt. Masa menjadi fakta menyokong Gestalt. Masa telah mengesahkan stail dalam sejarah seni. Kesannya, seniman disendatkan oleh masa yang juga mewajarkan peranan Gestalt. Seniman dan stail adalah fakta membina watak sesuatu masa. Gestalt tumbuh bersama masa dalam revolusi Behaviorisme bersama psikologi dan dimasukkan ke dalam seni sebagai satu pendekatan dalam persepsi tampak. Seniman yang terus berkarya masih menyakini pendekatan Gestalt itu boleh menyelesaikan masalah berkarya. Di kalangan seniman ada yang percaya bahawa masa telah menyempadankan semangat seni dengan arah peribadi dalam karya. Masa yang menawarkan mereka untuk bersemangat membina seni. Dalam hal ini, tentu ada di kalangan seniman yang berada dalam sempadan masa tetapi tidak mengikut guru mereka dalam membuat seni. Pemilihan antara guru mereka dengan guru-guru lain dijadikan rujukan dalam gaya. Juga antara gambar-gambar dengan lain-lain gambar yang ada, ternampak kecenderungan untuk membesarkan diri mengikut citarasa.

Apabila kita bercakap kemampuan Gestalt, kita menekankan tentang fakta yang boleh difahami. Selepas makna-makna ini diperjelaskan secara evolusinya, makna yang muncul sebagai kesimpulan boleh mengubah idea-idea. Dalam semangat mengkaji tahap perkembangan seni bersama Gestalt, kita mencari perbandingan di dalam seni kontemporari sebagai fakta masa. Dalam tempoh masa, kualiti yang selama ini dipegang dalam seni didakwa bercanggah oleh Dadaisme. Sama ada dalam olahan komposisi, konsep kerja seni dan fungsinya telah mengubah makna seni. Elemen seni yang terbina melalui perubahan dan ketersengajaan sehingga mengangkat Gestalt sebagai satu gaya juga turut berubah. Kritikan yang menyebelahi Gestalt telah cenderung untuk membangunkan semula seni sebagai gayaan. Gestalt berada dalam sempadan masa, ketika seni mencapai kecemerlangannya. Gestalt berakhir di suatu penghujung dan tiada lagi daya tarikannya. Namun citarasa serta tabiat semulajadi dimunculkan kembali, Gestalt berada dalam setiap zaman dan disebabkan Gestalt itu cemerlang buat beberapa kali maka resepinya diterima dalam juadah baharu. Tugas kita menulis, mengkaji dan menyatakan sesuatu tentang Gestalt. Untuk itu segala kemampuannya kita ketengahkan dan kekurangannya sebagai suatu penyangkalan juga kita dedahkan. Tujuannya untuk mencuit seniman lain supaya boleh melakukan sesuatu, menyegarkan kembali sesuatu yang lama. Kelemahannya ialah kurang kekuatan untuk meletakkan kembali resepi lama ke dalam juadah baharu. Seniman masuk ke dalam sudut kiri, keluar kembali dan tergesa-gesa masuk ke sudut yang lain. Jika begitu bagaimanakah kita dapat menonjolkan sesuatu yang baru. Sebaik sahaja seniman melakukan sesuatu maka lambat atau cepat wujudnya teori yang diangkat menjadi baru. Ini bermakna kita menyangkal yang lama kerana kekurangannya dan menerima yang baru kerana kelebihannya. Tatacara kritikan yang menyentuh nilai indah dalam seni tampak diakui bahawa tidak ada sebarang data yang kukuh. Hanya yang ada ialah kebenaran mengadaptasi karya secara perbandingan dengan proses kewujudan masa dan sempadannya. Keindahan adalah persoalan citarasa yang subjektif mengikut kewujudan masa. Nilai harmoni dalam Gestalt tidak berubah. Kedudukan yang berubah ialah penampilan karya seni, berkonsepkan masa dengan idea berimejkan baru sama ada menerima atau menolak Gestalt. Tujuan membandingkan Gestalt dengan masa adalah untuk memberi pengetahuan, konsep dan nilai estetikanya kepada sejarah seni dan sejarah budaya. Dalam memperkatakan sejauhmana kemampuan Gestalt, kegunaan sejarah seni diambil sebagai sumber latarbelakang. Ini mengambil kira nilai masa yang bersignifikan maknanya dalam seni sebagai kefahaman untuk menyakini kewujudan Gestalt amat diperlukan dalam persepsi tampak.

Makna provokasi yang berlaku antara masa lalu dengan seni masa kini adalah hubungan yang telah lepas dengan masa depan. Antara Gestalt dengan citarasa masa depan menjadi hujah yang hendak disangkal atau disokong dengan kegemilangannya adalah di tangan generasi baru. Menghitung kembali konsep keindahan dalam gerakan seni tampak moden seharusnya tidak dibuat dengan menggunakan kesecocokkan bagi menonjolkan kewajarannya. Ia sewajarnya melalui falsafah seni yang melibatkan penyangkalan nilai estetik yang berkait dengan akar umbi seni. Maka kewajaran falsafah seni dan edaran masa meletakkan nilai seni Gestalt dalam persetujuan dan penyangkalan. 2. Kedudukan Gestalt dalam Seni Tampak Masa Kini Pendekatan Gestalt mengambil waktu untuk diterima sebagai aturan dan prinsip. Gestalt berpengaruh dalam seni tampak apabila persoalan olahan ruang dan bentuk menjadi hal benda. Penyelesaian dalam menginterpretasi bentuk-bentuk idea dalam sejarah seni moden telah berubah corak dan pendekatan. Perubahan ini membawa kesan dalam pendekatan Gestalt. Contoh yang dapat dikaitkan dalam Avant-Garde merupakan seni kontemporari yang telah membawa perubahan dalam seni tampak di abad ke-21. Apabila seni kontemporari diangkat sebagai pilihan kemampuan mengangkat idea-idea baru telah membawa perubahan dengan sandaran hujah bahawa seni tidak seharusnya terkongkong dan Gestalt bersama gayanya cuba mengongkong. Penampilan Gestalt pada fasa awal perkembangan seni tampak boleh dilihat pada abad ke-19. Fasa awal ini seni itu berpegang pada hal agama dan sosial. Nilai estetikanya dikawal oleh kuasa autonomi manusia untuk sesuatu kepentingan. Pada peringkat ini Gestalt menggunakan seni sebagai saluran untuk mengangkat konsep persepsi dan psikologi. Manakala di awal pertama abad ke-20, dominasi seniman ke atas seni dipecahkan untuk membawa perubahan. Ketika ini tanpa Gestalt karya seni disedari boleh berdikari sebagai sebuah objek. Tanggapan baru dan kualiti terhadap seni dicabar dengan falsafah baru yang disebarkan oleh pengaruh seni Dadaisme. Falsafah baru yang dibawa oleh Dadaisme telah merombak definasi seni kepada suatu yang segar, ada revolusi dan inovasi. Kedudukanseni sudah dapat ditafsir dalam interpritasi yang lebih luas. Kemampuan seni ditonjolkan melalui kenyataan bahan yang bersifat sebenar. Seni itu mampu berkomunikasi dalam bahasa visualnya, membolehkan hasil seni itu dirujuk kembali ke akar umbi bahan asal, sama ada warna, bentuknya, sifat asal dan fungsi. Kemampuan seni kontemporari menjadikan seni itu secara uniknya adalah karya yang sentiasa mencaricari sesuatu. Maka seni itu menuju arah yang unik dalam sigifikannya pada inovatif dan ketulenan. Sebagai benda baru, ruang dibuka untuk

mengajak khalayak menginterpreatsikannya sebagai ejen sosial yang mencabar nilainilai lama, baik secara akademik maupun teorinya (social anti thesis of society). Keupayaan Gestalt menjadi peraturan, formula dan hukum. Namun di pertengahan abad ke-20, suatu anjakan bermula, Gestalt perlu dikaji kembali dari sudut sejauhmana sempadan dan kemampuannya. Seni tidak lagi dirujuk sebagai mainan mata, olahan bentuk atau mainan persepsi. Penciptaan imej-imej lama diolah, diperbaharui dan telah mencetuskan persoalan dan komentar sosial. Aliran seni masa kini, contohnya di Malaysia telah dilihat oleh pembuat seni muda melalui semangat ingin keluar dari sifat konvensional. Percubaan- percubaan dibuat sebagai keinginan memecah tradisi dan ada yang mahu meneroka idea baru. Melalui sorotan karya pemenang pertandingan Bakat Muda (Young Contemporaries 1997) menjelaskan lagi sempadan masa merubah citarasa dan gaya. Nilai harmoni yang adadalam Gestalt tidak berubah perubahan hanya pada konsep masa kev atas idea dan imej. Sebagai contoh, karya arca/instalasi oleh Susyilawati berjudul 96 & 97 Kedai Ubat Jenun meletakkan makna Gestalt tidak berubah tetapi disesuaikan dengan masa, idea dan imej. Fungsinya sebagai suatu alternatif dalam persepsi tampak bagi menyelesaikan masalah ruang dan objek masih dilihat bermanfaat kepada pengkarya dan penikmat seni. Karya ini menonjolkan kepelbagaian bahan adalah semangat untuk mengubah gaya. Bersama tin-tin ubat tradisi Cina disusun dalam suatu kedudukan vertikal dan horizontal. Percubaan menghidupkan kesan karat pada permukaan tin dengan tertera label dalam bahasa Cina membawa tafsiran masa dan budaya. Gaya Gestalt boleh dikesan dalam komposisi susunan yang mencari pertautan antara sepunya. Penegasan Gestalt boleh disedari kehadirannya dari susunan bertindih, olahan susunletak yang matlamatnya menuju keharmonian dan kesatuan.

Ciri-ciri Guru Pendidikan Seni Cemerlang

oleh: Hassan Mohd Ghazali ABSTRAK: Seringkali ungkapan kecemerlangan diperkatakan kepada guru-guru pendidikan seni. Indikator kecemerlangan kebanyakannya tertumpu pada sifat umum, Tulisan ini memberi fokus indikator guru pendidikan seni yang cemerlang. Kecemerlangan dalam konteks pengajaran-pembelajaran, Keilmuan, kualiti peribadi, pengurusan ko-kurikulum, sumbangan dan hasil karya dan perhubungan sejawatan. Pengenalan Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat yang jelas sama ada secara tersurat dan tersirat iaitu melahirkan insan dan bangsa yang cemerlang melalui Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Justru itu guru sebagai 'imput' seharuslah 'cemerlang' terlabih dahulu sebelum menentukan 'output' yakni murid yang cemerlang seperti dikehendaki oleh FPN. Jika kita amati matlamat keseluruhan FPN dan Wawasan Pendidikan yang diutarakan oleh bekas Ketua Pengarah Pendidikan, budaya kerja cemerlang adalah menjadi agenda utama. Penegasan wawasan pendidikan ialah budaya kerja cemerlang perlu dibina berlandaskan sikap amanah, bertanggungjawab dan akauntabiliti terhadap tugas. " Satu konsep utama yang menjadi landasan untuk membangunkan budaya cemerlang ialah amanah. Amanah ialah tanggungjawab dan juga penaggungjawab (akauntabiliti) terhadap sesuatu yang telah ditugaskan atau diberi keparcayaan. Menurut Islam seluruh diri dan hidup manusia adalah amanah" (Wan Zahid.13) Peranan guru amat penting bagi menentukan kemajuan murid dan sekolah. Bagi guru mata pelajaran pendidikan seni peranan mereka amat penting bagi menentukan mata pelajaran pendidikan seni boleh di manfaatkan. Dua peranan penting bagi seseorang guru pendidikan seni disekolah; pertama menentukan mata pelajaran pendidikan seni di ajar kepada murid-murid dengan sempurna dan berkesan dan kedua menggunakan kemahiran pendidikan seni berguna

kepada kemajuan sekolah dari segi fizikal dan kemudahan. Ciri-ciri Cemerlang Indikator cemerlang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pendidikan, terutama untuk menentukan prestasi guru. Indikator tersebut lebih menekankan penilaian prestasi seseorang guru biasa bagi menentukan pergerakan gaji. Walau bagaimanapun indikator ini boleh diambil kira awal untuk menentukan kecemerlangan seeorang guru terutama guru mata pelajaran pendidikan seni. Indikator tersebut mengambilkira : 1. Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi. 2. Penghasilan kerja dari segi kualiti, mutu kerja, keberkesanan kos, ketepatan masa dan pelaksanaan peraturan dan arahan pentadbiran. 3. Pengetahuan dan kemahiran yakni meliputi pengetahuan dalam bidang kerja, kebolehan mengelola, kebolehan membuat keputusan, keberkesanan komunikasi dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Kualiti Peribadi - dari segi integriti (jujur, amanah dan berakhlak) komitmen, ikram, adil dan saksama, berdisiplin dan kepimpinan. 5. Jalinan hubungan dan kerjasama samada dengan pegawai atasan, rakan sekerja, pegawai bawahan dan pelanggang( murid-murid). 6. Potensi: adakah guru itu ada wawasan, perspktif menyeluruh, penganalisisan, kesedaran kepada kenyataan, proaktif, daya kreatif dan inovasi, serta kebolehan menghadapi cabaran. Perkhidmatan awam menyenaraikan ciri-ciri budaya kerja cemerlang yang perlu diamalkan pekerja kerajaan, antaranya: 1. Ketepatan masa dalam memberikan perkhidmatan. 2. Ketepatan fakta dan maklumat yang diberikan kepada pelanggan. 3. Sentiasa responsif kepada kehendak pelanggan. 4. Menyempurnakan tugas dengan cara yang adil dan jujur. 5. Bersopan santun ketika berurusan dengan pelanggan. 6. Menepati temujanji yang dibuat dengan pelanggan. 7. Tidak melakukan pembaziran sumber. (Ahmad Sarji.210) Indikator-indikator di atas merupakan indikator secara menyeluruh bagi menentukan kecemerlangan bagi seseorang guru. Amalan budaya kerja cemerlang memerlukan amalan yang berterusan. Seseorang guru yang cemerlang sewajarnya sentiasa cemerlang dari segi indikatorindikator di atas. Bagi guru pendidikan seni, indikator kecemerlangan akan berpusat kepada enam faktor utama. faktor-faktor tersebut boleh dipecahkan dalam huraian selanjutnya: 1. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 2. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendididikan seni. 3. Kualiti diri dari segi kepimpinan, kreatif dan wawasan. 4. Pengurusan Ko-kurikulum.

5. Sumbangan kepada sekolah dan hasil kerja dalam bentuk karya seni dan penulisan. 6. Komunikasi dan hubungan dengan pentadbiran, rakan sejawat dan pelajar. Namun demikian guru pendidikan seni cemerlang pada keseluruhannya ialah seorang guru yang berwibawa tinggi, kreatif, kecindan dan peka terhadap perkembangan individu, simpatik dan empatik serta menjadi contoh kepada guru-guru lain dan pelajar. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan Berbagai-bagai teori dan model pengajaran yang berkesan. Mengikut Borich & Fenton (1977), kecemerlangan pengajaran adalah melibatkan perlakuan guru, peningkatan keilmuannya, dan beberapa variabel yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran P&P, misalnya hubungan dengan pengetua/gurubesar dan dan faktor persekitaran . Yang dimaksudkan pelakuan guru ialah cara-cara guru menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Ini termasuklah bagaimana guru interaksi dengan murid, pengurusan kelas, penggunaan masa dan sebagainya yang berkaitan dengan P&P. Satu faktor yang penting ialah sikap guru itu penentu utama bagi kecemerlangan dalam P&P. Dalam model yang dikemukan oleh John Carroll (1963) iaitu "A Model of Scholl Learning'; menghuraikan lima elemen yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran, iaitu: 1. 'Aptitude' - bakat/kebolehan murid untuk belajar. 2. Kemampuan murid me- mahami arahan/ pengajaran guru atau kesediaan murid belajar sesuatu tajuk pelajaran. Kemampuan murid ini bergantung kepada pengetahuan atau kemahiran yang sedia ada pada murid. 3. Daya tahan (persever- rance) murid - kesanggupan murid secara aktif terlibat dalam pembelajaran. Faktor ini ditentukan oleh motivasi/kemahuan dalam diri murid untuk belajar. 4. Peluang - masa yang diperuntukan kepada murid untuk belajar atau masa yang digunakan oleh guru untuk mengajar sesuatu kemahiran dan konsep. 5. Kualiti pengajaran - keberkesanan sesuatu pelajaran itu diajar. (Wan Fatimah .19) Kualiti pengajaran merupakan perkara penting kepada seseorang guru pendidikan seni untuk menentukan keberkesanan pengajaran. Guru yang cemerlang berjaya menentukan corak pengajaran yang berkesan dan menyesuaikan situasi pengajaran dengan situasi semasa. Berbagai kaedah dan strategi pengajaran dimanipulasikan agar murid menikmati pengajaran dengan sempurna dan berkesan. Berikut adalah kuliti pengajaran pendidikan seni yang berkesan: pengajaran/maklumat pendidikan seni secara tersusun, mudah difahami serta bermakna kepada murid. Misalnya mengajar anyaman guru harus menerangkan jenis-jenis kelerai terlebih dahulu sebelum pergi kepada teknik mengayam. pengajaran pendidikan seni dapat menarik minat murid. berkesan, mudah diingat dan digunakan oleh murid. guru menggunakan contoh-contoh yang mudah. pengajaran pendidikan seni dikaitkan dengan maklumat/pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada pada murid. guru sentiasa menunjukkan minat dan ghairah semasa pengajaran pendidikan seni.

guru menggunakan kaedah-kaedah dan bahan-bahan pengajaran tertentu sesuai dengan pelajaran pendidikan seni berjalan. guru bersifat humor dan penyayang. Guru pendidikan seni yang baik sentiasa mengadakan penilaian secara formal atau tidak format kepada murid dan membuat penilaian keberkesanan pengajaran. guru pendidikan seni perlu membetulkan segera kesilapan yang dilakukan oleh murid. guru pendidikan seni yang baik sentiasa memberi motivasi dan insentif kepada murid semasa pengajaran berlaku. guru pandai menyesuaikan pengajaran pendidikan seni mengikut keupayaan kebolehan murid. pengajaran yang berkesan dibantu dengan suasana bilik seni yang bersih dan kemas. Pengetahuan dan Kemahiran Pendidikan Seni Guru pendidikan seni banyak terlibat dalam kerja-kerja praktikal dan kurang dalam kerja-kerja amali. Lantaran itu guru pendidikan seni kurang mendalami pengetahuannya melalui banhanbahan bacaan ilmiah. Guru pendidikan seni lebih berminat sekiranya diadakan latihan berbentuk bengkel. Ini merupakan fenomena yang negatif. Pendidikan seni perlu ditekankan dari aspek teori dan amali. Bagi guru pendidikan seni cemerlang perlu mendalami keseluruhan bidang-bidang yang ada dalam pendidikan seni. Sebagai contoh sekarang pendidikan seni diperkenalkan bidang rekacipta, maka guru pendidikan seni perlu membaca dan mendalami bidang tersebut hingga boleh menguasainya. Kebolehan guru pendidikan seni menguasai sesuatu bidang-bidang lain akan menentukan mutu pengajaran yang berkesan. Misalnya penggunaan komputer dalam pengajaran pendidikan seni, walaupun belum disediakan dalam kurikulum, tetapi sekarang banyak perisian komputer yang boleh digunakan dalam pendidikan seni. Misalnya perisian Grafik seperti PageMaker, CorelDraw, CAD dan sebagainya. Perisian ini dapat membantu guru dari segi alat bantu mengajar penggunaan dalam mata pelajaran. Kualiti Peribadi Penekanan kuliti peribadi sangat penting kepada guru-guru pendidikan seni. Seseorang guru pendidikan seni cemerlang tentunya kualiti pribadi yang konsisten. Menunjukkan akhlak mulia dengan rakan sejawat dan murid-muridnya. Ia sentiasa menjadi model kepada guru-guru lain dari segi kemasan diri. Contohnya guru-guru pendidikan seni perempuan boleh menjadi contoh dan kosaltan dari segi memilih warna dan fesyen baju untuk guru wanita lain. Guru pendidikan seni sentiasa senang untuk membuat rujukan dalam hal-hal yang berkaitan dengan kreativiti. Justru itu guru pendidikan seni haruslah seorang kreatif dan inovatif. Pengurusan Ko-kurikulum Seorang guru yang cemerlang tidak akan lengkap sekiranya tidak terlibat dalam organisasi kelab dan persatuan, unit beruniform dan sukan di bawah ko-kurikulum. Kelab seni dan kreatif merupakan kelab yang membantu mengembangkan mata pelajaran pendidikan seni di sekolah. Melalui kelab tersebut dapat menentukan daya minat yang lebih dari murid yang diajar semasa pendidikan seni. Pelengkap dari pengajaran pendidikan seni boleh di salurkan dalam bentuk aktiviti kelab seni dan kreatif.

Banyak aktiviti-aktiviti boleh dijalankan melalui kegiatan kelab. Misalnya lawatan ke pusatpusat yang berkaitan dengan seni tampak, Balai senilukis dan Pusat kraftangan. Melalui kelab pendidikan seni guru boleh membina kepimpinan murid dalam bidang kesenian disamping melahirkan seniman-seniman kecil melalui penghasilan karya seni. Kejayaan dalam kegiatan ko-kurikulum kebiasaannya adalah bergantung kepada keupayaan guru dalam melibatkan diri bersama murid dan memberi keyakinan kepada mereka. Subangan dan Hasil Kerja Sewajarnya guru pendidikan seni merupakan orang terpenting untuk mencantikkan sekolah. Tidak dinafikan tanggungjawab utama untuk keceriaan sekolah kebiasaannya terpikul pada guru pendidikan seni. Sumbangan ini amat wajar kerana dalam mata pelajaran pendidikan seni (sekolah menengah), Seni dan Persekitaran boleh dipraktikkan melalui kerja-kerja keceriaan sekolah. Sumbangan guru pendidikan seni tidak tertumpu kepada sekolah sahaja. Guru pendidikan seni boleh memberi khidmat kepada projek-projek diperingkat daerah misalnya hiasan pentas dan sebagainya. Subangan kreatif itu akan menambahkan lagi kesuburan kemahiran bidang kerja. Komunikasi dan hubungan Melalui sumbagan yang diberikan kepada pihak sekolah, guru pendidikan seni sewajarnya mempunyai tingkahlaku yang baik terutama dari segi hubungan dengan pengetua/gurubesar, rakan sejawat dan pelajar. Hubungan ini penting, kerana prestasi guru yang baik adalah melalui imej hubungan yang berkesan dan baik. Penutup Sebenarnya tugas dan tanggungjawab guru pendidikan seni semakin mencabar. Namun demikian bagi guru pendidikan seni yang aktif dan cemerlang, cabaran dan rintangan yang berat dapat dipikul dengan mudah. Kerja-kerja yang ada kaitan dengan tugas dan dan ada kaitan dengan pendidikan seni merupakan kerja yang menyeronokkan bagi guru pendidikan seni yang cemerlang. Kebiasaannya guru cemerlang ini mahukan setiap kerjanya dilakukan dengan kualiti yang tinggi. Indikator utama guru pendidikan seni yang cemerlang ialah sikap amanah dan bertanggungjawaban. Tahap kesempurnaan tugas datang dari diri yang ikhlas dan sentiasa mahu mengingkatkan pengetahuan, menguasai kemahiran, sikap terbuka, berfikiran secara fleksibel, kreatif dan inovatif. Sesungguhnya guru yang cemerlang itu sentiasa menjadi guru 'popular' disekolah. Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan dalam kertas kerjanya bertajuk Keguruan menjelang abad ke-21: Cabaran dan Harapan; Menjamin kualiti perkhidmatan dalam profesion keguruan pada abad ke -21 merupakan satu cabaran. Stakeholders dan juga pelanggan pendidikan pasti akan membuat tuntutan peningkatan mutu pendidikan. Sejauh mana sesorang guru atau kakitangan pendidikan dapat memuaskan tuntutan dan keperluan stakeholders dan pelanggan

bergantung kepada sejauh mana tingginya kualiti perkhidmatan yang dicurahkan. ( Wan Zahid. ms 121).

SENI DAN KESINAMBUNGAN KEHIDUPAN 1. Pengenalan

Dalam perkembangan sejarah seni, persoalan berhubung apakah kepentingan yang dapat dilakukan oleh seni dalam kehidupan manusia menjadi bahan perbahasan. Bersandarkan andaian bahawa tafsiran kita tentang seni yang ditawarkan itu ada kaitan dalam kehidupan manusia dan masyarakat maka kajian dan perbincangan tentangnya terus diperbahaskan. Apakah hubungan kita dengan nilai estetik yang ditawarkan dalam seni yang mempengaruhi semua bentuk tingkahlaku manusia dianggap sebahagian dari peranan seni dalam kehidupan? Bagaimanakah cara kita menjelaskan peraturan dan kepentingan seni secara keseluruhannya dalam sistem tingkahlaku manusia?

Terdapat jawapan yang berbeza dalam soalan-soalan berikut dan bagaimanakah cara yang berbeza dapat dikaitkan dengan kepentingan seni? Ada yang percaya seni berpengaruh ke atas aktiviti kehidupan manusia manakala yang lain menganggap tidak ada apa-apa hanya satu kepuasan dan hiburan. 2. Sumbangan Seni dalam Tamadun Manusia
2.1

Sudut Psikologi dan Teori

Dari pandangan psikologi, proses evolusi dalam seni boleh membuktikan peranan seni dalam masyarakat dan sumbangannya dalam ketamadunan manusia. Jika kita mahukan jalan keluar apakah hubungkait antara seni

dalam kehidupan dan jika kita mahu menyelesaikan masalah-masalah seni mengikut tatacara psikologi, maka kita perlu menerima teori yang ada sebagai suatu penyelesaian masalah.

Peraturan dari sudut psikologi menunjukkan bahawa seni itu memberi impak pada emosi berdasarkan kekucar-kaciran atau dengan maksud kekucar-kaciran emosi itu dikembalikan kesannya ke atas orang lain. Pernah disebut tentang aktiviti-aktiviti seni adalah bergantung kepada kemampuan manusia untuk membalikkan kesan ke atas orang lain dalam bentuk emosi sama ada kuat, lemah, baik atau buruk. Kemampuan yang dimaksudkan ialah sejauhmana karya itu boleh mempengaruhi pemikiran orang ramai dan dikaitkan dengan penerimaan pemerhati yang senang untuk mengamati subjek seni.

Kenyataan di atas membawa maksud, seni itu ada persamaan yang menjadi permainan emosi, ia berlaku antara lamunan perasaan oleh pemerhati dan perasaan yang dilahirkan dari penghasilan seni oleh seniman. Oleh itu seni berfungsi seperti alat pengalun, pembesar suara atau transmeter untuk memberi kesan kepada perasaan. Seni tidak dikhususkan jaraknya, suatu evolusi seni perlu menerima secara perlahan untuk sebati pada semua jarak yang ada dan digunakan nanti untuk membangkitkan perasaan. Seni mungkin baik atau sebaliknya buruk ke atas perasaan. Seni itu dengan sendirinya baik atau buruk; adalah bahasa perasaan yang mana perlu dilepaskan secara betul melalui ekspresi. Kesimpulannya secara semulajadi bahawa seni itu boleh membangunkan perasaan baik dan dapat dikaitkan dengan sudut pandangan, representasi dan akal. Banyak kritikan yang membuat kesimpulan serupa seperti yang telah dinyatakan dengan membangunkan karya seni itu berdasarkan kandungan(contents) dan dalam waktu yang sama menyuarakan persetujuan untuk dipuji atau untuk dikritik. Sama dengan nilai yang indah, cantik, sedap mata memandang dan ada kekaguman di sebalik nilai estetika, inilah slogan kepada teori seni.

Teori seni yang gagal apabila tiada kesimpulannya sendiri, tidak berjaya menonjolkan estetikanya dan tidak terkandung nilai-nilai ketamadunan manusia yang boleh difahami. Contoh ini menunjukkan, satu kesimpulan bahawa dengan pemahaman tentang seni dan disokong bersama teori menjadi dasar kriteria

pengaruh mempengaruhi. Seni yang menjalinkan perasaan halus, paling ringkas dan menunjukkan perasaan gembira boleh melepasi sempadan pemikiran, ideologi, sempadan bangsa dan budaya. Tetapi apa kaitannya seni dengan kehidupan? Ini membawa satu kaitan dan sumbangan seni dalam ketamadunan yang ada jawapannya apabila seni itu dihayati, teori dan sejarahnya dipelajari.
2.2Makna

Di sebalik Elemen Seni dalam Lingkungan Sosial

Seni juga berperanan membawa perasaan sosial menjadi suatu karya yang menghubungkan dengan perasaan manusia, ada rasa sensasi dan

JANGAN DIABAI PENDIDIKAN SENI VISUAL : NEGARA MEMERLUKAN GENERASI KREATIF SEBAGAIPendidik Seni Visual yang kreatif sememangnya saban waktu

di

kelilingi dengan cetusan idea-idea baru. Cetusan yang hadir dari sumber bacaan, pemerhatian, kemahiran serta jiwa yang sensitif menjadikan pendidik seni visual berperanan meningkatkan celik seni di kalangan anak didik.

Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) dimanfaatkan fungsinya ke arah membuka laluan dengan melihat dan mengaplikasikan ke dalam kehidupan seharian. Isi pelajarannya yang mendidik pelajar mencintai alam semulajadi, menghargai bakat seni, menyanjungi hasil karya dan tokoh pengkarya adalah didikan formal yang disemai sejak dari awal. Cara didikan ini melahirkan masyarakat yang menyayangi khazanah budaya, merasai nilai tamadun yang indah sekaligus menyeimbangkan aspek-aspek rohani, intelek, emosi dan jasmani. Asuhan dan didikan seni visual ini berlaku secara evolusi untuk tempoh masa yang panjang bagi melahirkan nilai murni kepada generasi yang seimbang antara fizikal dan jiwa seni.

Melalui skil dan pengetahuan sedia ada umpamanya ilmu estetika, membentuk suatu generasi berteraskan kekuatan dalaman ke arah cepat peka kepada maklumat seni, keindahan sekitar dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Barangkali sebahagian kecil yang kreatif dan genius akan mencipta dan mereka bentuk sesuatu produk yang berguna untuk kegunaan harian dalam dunia serba moden. Gabungan pemikiran kreatif dan kritis dapat diterapkan di dalam rumah, di tempat kerja dan pandai menilai sesuatu bukan sekadar menjadi pengguna yang biasa tetapi menjadi pencipta yang luar biasa.

Bermula dengan percubaan awal dapat memberi kesan kepada PSV untuk dinaikkan taraf dan martabatnya. ilmu, teori serta kemahiran seninya tidak terbatas di dalam bilik darjah. Kemahirannya sentiasa

berkembang dari masa ke semasa dan jika ia seorang pendidik seni visual tentu ia contoh yang terdekat untuk anak didiknya mengkaguminya sebagai pendidik dan pengkarya.

Dalam mengapresiasikan seni maupun pemahaman dan penghargaan, pelajar dididik untuk mengkaji dan menyelidik. Kemahiran dan ilmu tersebut menjadikan generasi yang bijak menilai, tahu membuat, mahir bercakap tentang seni. Fokus utama di sini ialah cetusan untuk menjadi celik seni dan sebagai titik mula penyambung ke arah melahirkan individu seni, yang ada ilmu seni, berkemahiran seni, mencintai budaya dan mempengaruhi generasi yang ada.

Kedudukan mata pelajaran PSV perlu diangkat kembali menjadi antara mata pelajaran yang wajib diambil di dalam peperiksaan. Langkah dan usaha ini sudah sampai waktunya apabila menjelang wawasan 2020, negera memerlukan
Jangan diabaikan PSV
Muka Surat 2

rakyat yang kreatif dan inovatif serta mampu menyumbangkan peranannya sebagai intelek seni di dalam negara yang maju.

Ketika negara memerlukan generasi yang kreatif serta berkemampuan tinggi dalam reka cipta, PSV tidak perlu diabaikan sebagai subjek alternatif. PSV mampu melahirkan modal insan yang berpengetahuan seni dapat menyumbangkan peranan membangunkan negara. Insan kreatif dapat membawa perubahan bersama kesedaran yang lebih baik dalam penciptaan produk, penjenamaan bahan atau menghasilkan sesuatu ciptaan yang kreatif serta inovatif dan boleh diaplikasikan dalam keperluan masyarakat. Apabila kecenderungan kreatif digabungkan bersama teknologi, idea-idea terbaharu dapat dilahirkan.

Di masa hadapan masyarakat Malaysia yang terdidik dengan pengalaman seni, mudah peka dan cepat terangsang kepada setiap objek malah prihatin dalam menilai sesuatu dan bijak ketika berdepan dengan

masalah. Isi pengajaran dan pembelajaran PSV melatih dan mendidik pelajar bagaimana menyelesaikan masalah dan menjadi individu yang responsif kepada setiap cabaran.

Sesebuah negara maju menjelang 2020, tidak lagi menjadi negara yang masyarakatnya hanya sebagai pengguna sebaliknya mampu menjadi pereka cipta kepada produk berkualiti dan ada nilai estetikanya. Generasi yang akan