Anda di halaman 1dari 14

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMILIHAN DAN PEMBINAAN KOLEKSI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Kenyataan Dasar Garis Panduan Pemilihan dan Pembinaan Koleksi Pusat Sumber Sekolah diwujudkan dengan hasrat untuk menggariskan panduan ke arah penyediaan koleksi pusat sumber sekolah yang dapat menepati keperluan pengguna khususnya murid-murid. Adalah diharapkan agar garis panduan ini dapat membimbing dan membantu Pengetua dan Guru Besar serta guru-guru di semua sekolah di seluruh negara mengamalkan suatu sistem dalam pemilihan dan pembinaan koleksi pusat sumber sekolah agar dapat menjadi sumber pendidikan yang bermutu. 1. Latar Belakang Garis Panduan Pemilihan dan Pembinaan Koleksi Pusat Sumber Sekolah merupakan satu usaha Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia membina koleksi yang bermutu dan dapat menyokong keprluan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Usaha Ini dilakukan untuk menyelaras pemillihan koleksi pusat sumber sekolah menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan, sesuai dengan tahap murid. Selain itu, koleksi pusat sumber sekolah yang dibina dari semasa ke semasa hendaklah terdiri daripada bahan-bahan yang mencukupi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu. Walau pun koleksi yang terdapat di pusat sumber sekolah adalah bahan yang berbentuk sokongan kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, namun budaya berfikir dan budaya ilmu dan konteks pendidikan sepanjang hayat adalah melalui pembacaan. Aktiviti membaca dan tabiat gemar membaca dapat dipertingkatkan melalui penyediaan pelbagai bahan bacaan yang menarik, sesuai, dan bermutu. Justeru, pusat sumber sekolah merupakan agensi penting dalam pemupukan tabiat tersebut melalui penyediaan pelbagai bahan yang menarik, berkualiti, dan sesuai.

Adalah diharap dengan terbinanya budaya membaca, matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) untuk menghasilkan pendidikan berkualiti melalui Teras Kedua iaitu Membangunkan Modal Insan, dapat dicapai. Oleh itu, garis panduan untuk kegunaan semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia dan semua peringkat dalam Kementerian Pelajaran Malaysia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pelaksanaanya di sekolah, dapat membantu usaha-usaha murni ke arah mempertingkatkan nilai, sahsiah, akhlak dan jati diri murid.

2. Skop Garis Panduan ini digubal untuk memastikan pusat sumber sekolah di seluruh negara mempunyai satu sistem yang seragam, bersepadu, dan komprehensif dalam pemilihan dan pembinaan koleksi yang bermutu, sesuai, dan kemas kini. Garis Panduan ini juga berperanan sebagai sumber ilmu dan maklumat dalam semua bidang ilmu pengetahuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah. Untuk menentukan kekemaskiniannya, garis panduan ini akan dikaji semula dari semasa ke semasa.

3. Objektif a. menjadi panduan kepada pihak sekolah dan agensi-agensi yang terlibat dalam menentukan koleksi pusat sumber sekolah. b. Memberi pengetahuan kepada guru tentang garis panduan pemilihan koleksi yang bermutu untuk pusat sumber sekolah c. Menentukan peranan dan tugas pihak yang bertanggungjawab dalam proses pemilihan dan pembinaan koleksi pusat sumber sekolah. d. Memastikan koleksi pusat sumber sekolah sesuai, berkualiti, dan terkini. e. Memastikan sekolah melaksanakan kaedah pemilihan koleksi pusat sumber sekolah mengikut kriteria yang telah ditetapkan. f. Memastikan sekolah menjadikan Senarai Bahan Bacaan Pusat Sumber Sekolah sebagai keutamaan dalam memilih koleksi di sekolah. 4. Definisi Pemilihan koleksi ialah proses mengesan, menilai, dan menentukan bilangan naskah yang perlu diperoleh untuk membina koleksi pusat sumber sekolah. 5. Kriteria/Prosedur/Tatacara 5.1 Kriteria Am Proses pemilihan hendaklah berdasarkan: i. Isi kandungan yang memenuhi keperluan dan penyampaian yang sesuai dengan kumpulan sasaran Keadaan fizikal yang baik

ii.

iii.

Penerbitan yang berwibawa

5.2 Kriteria Pemilihan Buku Bergambar i. Buku bergambar ialah bahan bacaan khusus untuk kanak-kanak di peringkat awal pembacaan. Gambar dan ilustrasi berperanan sebagai media utama menyampaikan konsep atau cerita sedangkan teks pula hanya merupakan unsur sokongan kepada gambar atau ilustrasi. Gambar dapat menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih jelas berbanding teks dan hendaklah berwarna-warni. Mutunya bukan sahaja dilihat dari segi estetika tetapi juga dari segi perkembangan murid dalam aspek afektif dan kognitif. Urutan cerita atau fakta boleh dilihat daripada gambar yang ada. Bahasa yang digunakan hendaklah mudah difahami oleh kanakkanak di peringkat ini. Walaupun begitu, perlu ada nsur-unsur yang boleh memperkembangkan perbendaharaan kata. Perkataan dan ungkapan sebaiknya berulang-ulang bagi tujuan pengukuhan. Gaya persembahan perlu jelas dan teratur serta mempunyai humor dan hiburan. Keharmonian antara teks dan gambar adalah penting. Oleh itu, pastikan gabungan gambar dan teks adalah saling melengkapi. Ciri fizikal buku bergambar adalah seperti berikut: Kulit yang menarik Mutu kertas yang baik Penjilidan yang kukuh Saiz huruf/cetakan yang besar daripada cetakan biasa Jenis huruf yang diperakukan Cetakan huruf tidak bertindih atas gambar supaya tidak mengelirukan kanak-kanak 5.3 i. Kriteria Pemilihan Buku Fiksyen Buku fiksyen ialah buku cereka seperti novel, cerpen, dongeng, cerita rakyat, dan sebagainya yang merupakan hasil kreatif seseorang penulis.

ii.

iii.

iv. v.

vi.

vii.

viii.

ix.

ii. Temanya perlu sesuai dengan minat kumpulan sasaran, memberi pengetahuan, mengukuh, mencabar, memperkaya, membentuk

sahsiah, emosi, rohani, intelek, menyemai nilai-nilai murni, dan menghiburkan. iii. Bahasa yang digunakan betul dan sesuai dengan tahap pemahaman kumpulan sasaran, perlu mengandungi unsur-unsur keindahan dan pengayaan bahasa. Walau bagaimanapun, pertimbangan perlu diberikan kepada penggunaan loghat dan bahasa lisan. iv. Gaya Penyampaian hendaklah menghidupkan jalan cerita atau watak. 5.4 Kriteria Pemilihan Buku Bukan Fiksyen i. Buku bukan fiksyen ialah buku pengetahuan yang khusus dalam bidang Falsafah, Agama, Sains Kemasyarakatan, Bahasa, Sains Tulen, Teknologi, Kesenian, Kesusasteraan, Geografi dan Sejarah serta pengetahuan am. menarik supaya dapat

ii. Kandungannya perlulah tepat, logik, kemas kini, dan perlu sesuai dengan Falsafah, Agama, Sains Kemasyarakatan, Bahasa, SainsTulen, Teknologi, Kesenian, Kesusasteraan, Geografi dan Sejarah serta buku pengetahuan am. iii. Kewibawaan penerbitan adalah penting. Pengarang berwibawa mempunyai kelayakan akademik, iktisas atau pengalaman dalam bidang berkenaan. Penerbitan yang berwibawa pula adalah penerbit yang berpengalaman. iv. Bahasa yang digunakan kebolehan murid. hendaklah sesuai dengan tahap

v. Gaya persembahan hendaklah menarik dan mempunyai susunan yang logik. Isi yang dipersembahkan dapat mencetus dan merangsang kesedaran dan daya pemikiran yang kritis. vi. Ilustrasi yang baik iaitu graf, carta, jadual, gambar dan sewajarnya hendaklah: sesuai dengan teks boleh menjadi sumber maklumat tambahan jelas dan tidak terlalu abstrak sehingga tidak boleh dibayangkan atau difahami oleh murid. menarik, sama ada berwarna atau hitam putih jika berwarna, objek penting mestilah ditonjolkan. menggambarkan objek atau situasi yang sebenar. vii. Ciri-ciri fizikal buku bukan fiksyen yang baik mempunyai keadaan fizikal seperti berikut:

cetakannya baik dan saiz hurufnya sesuai dengan tahap pembaca. muka surat judul ada maklumat pengarang, penerbit dan tarikh penerbitan. Muka surat jadual kandungan betul, ada bab dan tajuk kecil dan muka surat dengan menggunakan tajuk utama. Susunan bahan yang menyenangkan dan menggalakkan pembacaan. Kertas yang berkualiti dan penjilidan yang bermutu.

viii. Ciri-ciri khas buku bukan fiksyen yang baik mempunyai: Indeks dan rujukan bibliografi jadual kandungan glosari pengkatalogan dalam penerbitan cadangan aktiviti lanjutan yang boleh meningkatkan pemikiran pembacaan berasaskan topik aspek yang dibaca Ilustrasi ix. Harga bahan hendaklah dipertimbangkan berdasarkan keperluan pembaca, kekerapan pengguna dan mutu bahan secara keseluruhan. x. Buku rujukan terdiri daripada bahan yang digunakan untuk mencari maklumat dan pengetahuan. Biasanya bahan ini hanya digunakan di dalam pusat sumber sekolah dan tidak dipinjamkan keluar kerana bahan ini digunakan untuk rujukan sahaja. Koleksi buku rujukan terdiri daripada: Ensiklopedia Kamus Istilah Atlas Buku tahunan seperti Buku Rasmi Tahunan Malaysia Buku panduan seperti panduan telefon, panduan alamat penerbit dan lain-lain Buku maklumat ringkas mengenai orang-orang terkenal Almanak iaitu buku yang memberi pelbagai maklumat termasuk perangkaan 5.5 Kriteria Pemilihan Buku Rujukan i. Kriteria pemilihan buku rujukan adalah sama seperti kriteria pemilihan buku fiksyen, selain daripada itu pemilihan juga perlulah didasarkan kepada kriteria-kriteria khusus berikut:

Skop bergantung kepada tahap dan keperluan pengguna yang merangkumi perkara am dan khusus sahaja. Kemas kini fakta penting apabila memperoleh bahan rujukan, pastikan ada penerbitan tambahan yang diterbitkan dari semasa kesemasa. Terbitan berkala merupakan bahan bacaan yang diterbitkan mengikut kekerapan tertentu. Ini terdiri daripada majalah, akhbar, risalah, jurnal ii. Bahan-bahan khusus terdiri daripada brosur, keratan akhbar, fail tegak, buku skrap, poster, dan carta. Isi dan skop bahan bacaan tersebut sesuai dan berkaitan dengan keperluan dan kemampuan kumpulan sasaran. Maklumat yang diberikan mestilah tepat kemas kini serta dapat menambah dan memperkayakan pengetauan dan pengalaman pembaca. Bahasa yang digunakan mesti betul dan sesuai. Kewibawaan pengarang, lembaga editor, dan penerbit perlu bagi memastikan mutu bahan secara keseluruhan. Ilustrasi seperti gambar, rajah, graf dan sebagainya hendaklah terang, menarik, realistik dan sesuai. Ciri khas seperti indeks hendak betul lengkap dan baik untuk memudahkan pembaca mencari maklumat yang diperlukan. Harga bahan haruslah berpatutan dengan mutu fizikalnya. Sekiranya harga mahal tetapi nilai pengetahuan edan pendidikannya tinggi boleh dipertimbangkan untuk diperoleh. 5.6 Kriteria Pemilihan Bahan Bukan Cetak i. Bahan bukan cetak terdiri daripada perkakasan, perisian, bahan dua dimensi, bahan tiga dimensi dan bahan pelbagai media.

ii. Perkakasan semua alat alat elektronik yang digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran dengan harga berpatutan, ketahanan, selamat digunakan, mesra pengguna, mudah mendapat alat ganti dan perkhidmatan selepas jualan seperti: alat tayangan alat bukan tayangan

alat audio alat pandang dengar dan perkakasan sokongan lain 5.7 Sumber rujukan pemilihan yang digunakan bagi memilih bahan bacaan di pusat sumber sekolah adalah seperti berikut: Senarai Bahan Bacaan Pusat Sumber Sekolah yang diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Senarai buku yang diterbitkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia Senarai perolehan perpustakaan awam Katalog penerbit dan pembekal Bibliografi seperti: Bibliografi Negara Malaysia Bibliografi terbitan UNESCO dan UNICEF

Ulasan-ulasan buku dari media massa Ulasan penerbitan buku kanak-kanak Laman Web pembekal/penerbit dan berkaitan Untuk memperolehi judul-judul suratkhabar, majalah atau keratan persidangan yang tertentu, pihak sekolah boleh juga merujuk kepada indeks-indeks yang diterbitkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia - Indeks Majalah Malaysia - Indeks Surat Khabar - Indeks Persidangan Malaysia Sumber pemilihan lain yang diperakukan dari semasa ke semasa. 5.8 Bahan-Bahan Yang Tidak Sesuai Memandangkan murid sekolah masih dalam proses pembelajaran dan kurang matang serta amat mudah terpengaruh dengan sebarang bentuk sumber maklumat. Bahan dan unsur-unsur yang boleh meracuni murid dari segi intelek, rohani, jasmani hendaklah dihindarkan dari pusat sumber sekolah. Bahan-bahan yang bercorak negatif akan merosakkan diri murid sebagai individu, seperti melunturkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, menyekat penerimaan ilmu pengetahuan yang berguna, merosakkan akhlak, masyarakat, agama, dan negara, serta menghalang pembentukan sahsiah yang seimbang. Oleh yang demikian, pihak sekolah hendaklah mengawal bahan yang berunsur seks, keganasan dan tahyul, serta ini kandungan yang bercanggah dengan agama, bangsa, negara, dan nilai kebudayaan Malaysia.

a. Unsur-unsur yang menjejaskan: i. Kemurnian Akhlak bahan lucah bahan yang mengandungi unsur kongsi gelap, keganasan, kekerasan dan kekejaman bahan yang mengagungkan kebudayaan kuning dan hidup berpeleseran bahan yang menjuruskan kepada penyalahgunaan dadah bahan yang berunsurkan tahyul dan pemujaan ii. Ketenteraman Awam bahan yang bercorak anti-raja dan kerajaan bahan yang menganjurkan unsur-unsur diskriminasi dalam perpecahan kaum, seperti menghina antara satu sama lain, memburukkan kedudukan sesuatu kaum dan sebagainya bahan yang mengandungi fakta yang salah mengenai agama yang boleh menimbulkan salah faham terhadap ajaran Islam yang sebenarnya bahan agama yang menghuraikan ajaran-ajaran selain daripada mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah bahan yang membandingkan agama-agama dan kesuciannya iii. Keselamatan Negara bahan yang mengandungi dakyah Zionis (gerakan Yahudi antarabangsa) bahan yang mengandungi unsur-unsur kekejaman dan keganasan sesama manusia bahan yang memberikan fakta-fakta yang salah mengenai sesuatu keadaan atau kejadian di Malaysia bahan yang cuba mengalihkan kesetiaan rakyat negara ini kepada negara lain bahan berbentuk jurnal yang tidak mendapat kelulusan dan kebenaran penerbitan dan penyebaran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN). iv. Keluhuran Undang-undang bahan yang memberikan fakta-fakta atau interpretasi yang salah mengenai undang-undang negara ini bahan yang mempertikaikan dasar kerajaan dan undangundang negara ini

v. Perhubungan Asing bahan-bahan yang mengandungi penghinaan terhadap negara asing dan memburuk-burukkan pemerintah, kebudayaan dan cara hidup mereka 6. Strategi / Pelan Tindakan a. Garis Panduan Pemilihan Dan Pembinaan Koleksi Pusat Sumber Sekolah hendaklah diselaraskan dengan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. b. Bahan yang dipilih hendaklah: i. memperkaya dan menyokong proses pendidikan dengan mengambil kira perbezaan minat kebolehan dari peringkat kematangan murid; ii. memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum di sekolah; iii. memupuk minat membaca dalam kalangan murid ke arah melahirkan masyarakat yang berbudaya ilmu, dalam konteks pendidikan sepanjang hayat; iv. menambah dan meluaskan ilmu pengetahuan murid untuk membuat keputusan yang tepat; v. meningkatkan penguasaan bahasa dan membina aspirasi sastera murid; vi. memperkukuh semangat persefahaman dan harmoni antara kaum demi mewujudkan perpaduan bangsa; vii. memupuk dan membina sikap tanggungjawab murid terhadap agama, bangsa dan negara. c. Pembinaan koleksi pusat sumber sekolah perlu mencerminkan unsurunsur: i. kemaskini ii. kepelbagaian jenis iii. kecukupan bahan iv. keseimbangan dari segi aliran bahasa v. keseimbangan dari segi pengagihan mengikut peringkat sekolah vi. keseimbangan dari segi pengagihan mengikut jenis bahan

d. Pembinaan koleksi pusat sumber sekolah hendaklah mengenepikan semua bahan yang mengandungi perkara-perkara yang dilarang. e. Pengurusan pemilihan dan pembinaan koleksi pusat sumber sekolah hendaklah dilaksanakan dengan menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Dan Pembinaan Koleksi Pusat Sumber Sekolah. f. Garis Panduan Pemilihan dan Pembinaan Koleksi Pusat Sumber Sekolah hendaklah berpandukan prinsip Sains Perpustakaan. g. Sumber perolehan dan agihan Perolehan untuk pembinaan koleksi pusat sumber sekolah boleh dilaksanakan melalui cara berikut: i. Pembelian ii. Hadiah / sumbangan iii. Pengumpulan bahan hasilan pertubuhan / persatuan yang dianggotai oleh sekolah iv. Pengumpulan / penjilidan sendiri seperti keratan akhbar, fail tegak, buku skrap dan lain-lain. h. Agihan Bahan Koleksi pusat sumber sekolah hendaklah menggambarkan kepelbagaian aliran bahasa yang digunakan di sekolah-sekolah, jenis bahan dan tahap peringkat sekolah i. Agihan mengikut aliran bahasa Agihan bahan mengikut aliran bahasa hendaklah dibuat berdasarkan jumlah waktu penggunaan sesuatu bahasa di sesebuah sekolah, supaya murid berpeluang mendapat bahan untuk memperkaya dan memperkukuhkan penguasaan bahasa pengantar, bahasa kedua dan bahasa-bahasa lain. Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Lainlain 5 40

Jenis Sekolah Sekolah Kebangsaan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)

B. Malaysia

B. Inggeris

50 30

45 30

10

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sekolah Menengah

30 50

30 45

40 5

ii. Nisbah agihan ini berpandu kepada kurikulum dan kokurikulum sekolah. iii. Jadual agihan ini hendaklah dipatuhi, tetapi pihak sekolah boleh mengubahsuai mengikut keperluan masing-masing. Agihan ini berdasarkan jumlah naskah koleksi dan bukan perbelanjaan peruntukan kewangan. i. Agihan mengikut jenis bahan Terbitan Berkala dan Bahan Khusus 10 15 20

Peringkat Sekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah Sekolah Menengah (Tingkatan 6)

Fiksyen

Bukan Fiksyen 50 65 70

40 20 10

Agihan ini mengikut peratusan berdasarkan kepada jumlah bilangan naskah: i. Buku Fiksyen diberi keutamaan di peringkat sekolah rendah dan menengah kerana bahan ini lebih diminati, lebih banyak digunakan oleh murid peringkat ini dan akan menjadi asas kepada pembentukan budaya membaca. ii. Buku Bukan Fiksyen diberi keutamaan di peringkat sekolah menengah kerana bahan ini banyak diperlukan sebagai bahan rujukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. iii. Sekolah yang mempunyai kelas Tingkatan Enam perlu memberi perhatian untuk memperbanyakkan Buku Bukan Fiksyen dan terbitan berkala. iv. Perolehan tiap-tiap satu judul bahan disyorkan tidak melebihi tiga naskah, tetapi boleh ditambah atau dikurangkan mengikut keperluan sekolah.

11

j. Agihan Mengikut Tahap Peringkat Sekolah Agihan bahan hendaklah berdasarkan kepada kesesuaian bahanbahan mengikut tahap kebolehan murid di setiap tahap peringkat sekolah. i. Nisbah buku dengan murid Jenis Sekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah Nisbah 1 : 15 1 : 20

ii. Setiap pusat sumber sekolah perlu mencapai nisbah buku dengan murid seperti yang dicadangkan. Usaha berterusan perlu dibuat untuk menambahkan lagi koleksi pusat sumber sekolah bagi sekolah-sekolah yang telah mencapai tahap ini. 7. Aktiviti / Pelaksanaan Program Semua sekolah telah menubuhkan Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah yang bertanggungjawab terhadap perkembangan dan kemajuan pusat sumber sekolah serta menentukan pemilihan koleksi pusat sumber sekolah. Justeru, Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah hendaklah memberi penekanan tentang pemilihan koleksi pusat sumber sekolah. a. Rasional Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pemilihan dan Pembinaan Koleksi Pusat Sumber Sekolah adalah terdiri daripada guru yang dipilih khas berdasarkan rasional yang tertentu seperti berikut: i. Pengetua / Guru Besar Seorang pentadbir yang bertanggungjawab dalam menentukan koleksi pusat sumber sekolah. ii. Guru Penolong Kanan Pentadbiran Seorang penolong pentadbir yang juga mempunyai kuasa dan tanggungjawab membantu menentukan garis panduan ini dilaksanakan dengan berkesan. iii. Guru Perpustakaan dan Media Sekolah Guru yang mendapat latihan dalam pengurusan pusat sumber sekolah dan dapat membantu guru lain membuat pemilihan yang sesuai.

12

iv. Wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Dapat memberikan sumbangan dalam bentuk khidmat, sumber kewangan, dan sebagainya. v. Ketua Bidang / Ketua Panitia Guru yang bertanggungjawab menyelaras keperluan mata pelajaran di bawah bidang yang diurusnya. vi. Wakil-Wakil Lain Selain anggota yang telah ditentukan, Pengetua / Guru Besar boleh melantik wakil-wakil lain yang difikirkan wajar untuk menganggotai jawatankuasa ini. b. Jawatankuasa Pemilihan dan Pembinaan Koleksi Pusat Sumber Sekolah i. Jawatankuasa ini hendaklah mewujudkan satu kaedah yang sesuai dan membuat perancangan untuk memilih dan membina koleksi dengan garis panduan yang ditetapkan serta memastikan koleksi pusat sumber sekolah sentiasa kemaskini. ii. Dalam melaksanakan tugas, jawatankuasa ini hendaklah mematuhi peraturan/arahan pentadbiran dan kewangan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. iii. Jawatankuasa ini hendaklah merancang program menambah koleksi dan kewangan untuk dikemukakan kepada Jawatakuasa Pemilihan untuk diselaraskan. iv. Jawatankuasa ini hendaklah memastikan bahawa tugas pemilihan dan pembinaan koleksi dijalankan secara berterusan dan hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun. c. Pelaksanaan Kejayaan garis panduan ini bergantung kepada kesediaan, kesanggupan, dan kerjasama pihak sekolah melaksanakannya. i. Pihak sekolah hendaklah menggerakkan sepenuhnya Jawatankuasa Pemilihan dan Pembinaan Koleksi Pusat Sumber Sekolah, dan menggunakan peruntukan kewangan dengan sebaik mungkin. ii. Pihak sekolah hendaklah memberi peruntukan masa kepada Guru Perpustakaan dan Media Sekolah untuk menyelaras, mengendali, menyelia, dan mengawasi dasar pemilihan buku dan dilaksanakan sebaik mungkin.

13

iii. Pihak sekolah hendaklah menentukan proses dan aktiviti menambah koleksi ini perlu dilaksana secara berterusan oleh Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah, supaya koleksi akan sentiasa bertambah, bertukar, berganti untuk yang hilang atau rosak selaras dengan keperluan murid, kurikulum, dan masa. iv. Pihak sekolah boleh berhubung dan merujuk kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru untuk mendapatkan nasihat, panduan pemilihan, dan pembinaan koleksi pusat sumber sekolah. d. Badan-Badan Penasihat i. Dalam hal-hal yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan pemilihan dan pembinaan koleksi pusat sumber sekolah, hendaklah mematuhi arahan dan mengikuti nasihat dan bimbingan daripada Jabatan Pelajaran Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pusat Kegiatan Guru, dan bahagian-bahagian tertentu di Kementerian Pelajaran Malaysia. ii. Sekolah boleh berhubung dengan badan atau agensi yang diperakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapat bantuan dan nasihat asalkan dalam lingkungan garis panduan ini.

14