Anda di halaman 1dari 4

PRAKTIKAL 4: ASID KARBOSILIK, ESTER DAN AMIDA

Tajuk: Penyediaan Etil Etanoat dan Penyiasatan Sifat Fizik Etil Etanoat. Tujaun: Untuk mengkaji sifat-sifat fizikal ester dan menyedia sejenis ester Bahan-bahan : Minyak masak, propanon, metanol, air suling, etanol mutlak, asid etanoik glasier, asid sulfurik pekat, larutan natrium bikarbonat 5%, larutan kalsium klorida tepu Alat radas : Tabung uji, kelalang dasar bulat 250 cm3 berseta dengan penutup dan kondenser Liebig yang sesuai, bikar 1 liter, corong pemisah dengan penutup, silinder penyukat, penunu Bunsen, kaki retot dan pengapit, tungku kaki tiga.

A. Mengkaji Sifat-Sifat Fizikal Ester Hipotesis: Prosedur: 1. Lebih kurang 2 cm3 minyak masak dituang ke dalam tabung uji. Baunya dikesan. 2. Lebih kurang 5 cm3 air suling ditambah ke dalam minyak dan digoncang dengan sempurna. Keterlarutan minyak masak dalam air diperhatikan. 3. 4. Langkah 1 dan 2 diulang dengan menggantikan air suling dengan propanon. Langkah 1 dan 2 diulang sekali lagi dengan menggantikan air suling dengan metanol.

Keputusan: Sifat Fizik Bau dalam air Kelarutan dalam propanon dalam metanol Larut dalam metanol dan campuran menjadi keruh. (not sure) Pemerhatian Bau wangi buah-buahan. Dua lapisan cecair tidak berwarna terbentuk. Lapisan etil etanoat berada di atas lapisan air.

Kesimpulan: Etil etanoat mempunyai bau wangi buah-buah dan tidak larut dalam air ..

B. Menyedia Sejenis Ester Hipotesis: Ester dapat disediakan melalui proses pengesteran antara asid karboksilik dengan alkohol secara refluks dengan kehadiran asid sulfurik pekat. Prosedur: 1. Lebih kurang 50 cm3 etanol mutlak dan 50 cm3 asid etanoik glasier dicampurkan ke dalam kelalang dasar bulat 250 cm3. 2. Lebih kurang 10 cm3 asid sulfurik pekat ditambah dengan cermat ke dalam kelalang dasar bulat itu. Kemudian, beberapa ketul cebisan pendidihan (boiling chips) ditambah ke dalam kelalang itu. 3. 4. 5. Alat radas disusun seperti di Rajah1. Campuran itu dididihkan di bawah refluks selama 1 jam. Sumber api dialihkan selepas 1 jam dan campuran itu dibiarkan sejuk pada suhu bilik (Awas: Pastikan air masih mengalir semasa penyejukan berlaku).

6.

Campuran yang telah sejuk itu dituangkan ke dalam corong pemisah. 25 cm3 air suling yang sejuk ditambah ke dalamnya.

7.

Corong pemisah itu digoncangkan dengan sempurna dan kemudian dibiarkan untuk mencapai keseimbangan.

8.

Apabila keseimbangan telah dicapai, lapisan akues yang berada di lapisan bawah dibuangkan.

9.

Lebih kurang 25 cm3 larutan natrium bikarbonat 5% ditambah ke dalam corong pemisah.

10.

Corong pemisah itu digoncangkan dengan sempurna dan kemudian dibiarkan untuk mencapai keseimbangan.

11.

Apabila keseimbangan telah dicapai, lapisan akues yang berada di lapisan bawah dibuangkan. (Awas: buka penutupnya dengan perlahan-lahan. Mengapa?)

12. 13.

Langkah 9 diulang sehingga tiada gelombong gas terhasil. 25 cm3 air ditambah. Corong pemisah itu digoncangkan dengan sempurna dan kemudian dibiarkan untuk mencapai keseimbangan.

14.

Apabila keseimbangan telah dicapai, lapisan akues yang berada di lapisan bawah dibuangkan.

15.

5 cm3 larutan tepu kalsium klorida ditambah. Campuran itu dikacau dengan perlahan dan kemudian lapisan akues yang berada di lapisan bawah dibuangkan.

16.

Lapisan organik diperhatikan dan dibaukan.

Rajah 1: Penyediaan ester Pemerhatian: 1. Apabila campuran yang telah sejuk dicampurkan dengan air suling yang sejuk, dua lapisan cecair tidak berwarna terbentuk. Lapisan etil etanoat berada di atas lapisan akues. 2. Apabila larutan natrium bikarbonat 5% ditambah ke dalam campuran yang tinggal dalam corong turas, gelombong gas terhasil. 3. Hasil tindak balas merupakan cecair tidak berwarna yang berbau wangi buah-buahan.

Kesimpulan: Etil etanoat disediakan dengan memanaskan campuran asid etanoik, etanol dan mangkin asid sulfurik pekat.