Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PRAKTIKAL 6: SABUN DAN DETERGEN

Tajuk: Penyediaan Sabun Melalui Proses Saponifikasi. Tujuan : Untuk menyediakan sabun dengan menggunakan proses saponifikasi. Bahan-bahan: Minyak masak, larutan natrium hidroksida, pepejal natrium klorida, air suling. Alat radas: Kertas turas, bikar, silinder penyukat, spatula, rod kaca, corong turas, kasa dawai, tungku kakai tiga, penunu Bunsen, tabung uji. Hipotesis: Apabila campuran minyak masak dengan larutan natrium hidroksida dididihkan, sabun akan terhasil.

Prosedur: 1. 2. 10 cm3 minyak masak dituangkan ke dalam sebuah bikar. 50 cm3 5 mol dm-3 larutan natriun hidroksida ditambah ke dalam minyak masak itu. 3. 4. 5. Campuran itu dipanaskan sehingga didih. Campuran itu dikacau dengan satu rod kaca. Campuran dibiarkan mendidih selama 10 minit sambil dikacau dengan rod kaca itu. 6. Api dipadamkan selepas 10 minit. 50cm3 air suling ditambah dan diikuti dengan 3 spatula pepejal natrium klorida kepada campuran itu. 7. 8. Campuran dipanaskan sekali lagi selama 5 minit. Campuran itu dibiarkan sejuk.

9.

Sabun yang terbentuk dituras. Pepejal sabun itu dicuci dengan sedikit air sejuk.

10. 11.

Pepejal sabun ditekan di antara dua keping kertas turas sehingga kering. Sabun itu dirasa dengan jari. Sedikit pepejal sabun diletak dalam tabung uji. Air paip dicampurkan dan digoncangkan.

12.

Semua pemerhatian direkodkan.

Pemerhatian: 1. Pepejal berwarna kuning muda terbentuk dan terasa licin apabila menyentuh dengan jari 2. 3. Buih terbentuk apabila pepejal tersebut digoncangkan dengan air. Berbau minyak.

Perbincangan: i) Teori Sabun ialah garam natrium atau garam kalium bagi asid lemak. Asid lemak merupakan asid karboksilik berantai panjang yang mengandungi dua belas hingga lapan belas atom karbon per molekul. Sabun dihasilkan daripada minyak atau lemak. Sodium Tallowate, bahan biasa dalam kebanyakan sabun, sebenarnya adalah lemak haiwan. Sabun yang dihasilkan daripada minyak sayuran, seperti minyak zaiton, biasanya diistilahkan sebagai sabun castile. Sabun dibuat dengan mendidihkan satu campuran lemak atau minyak sayuran dengan larutan alkali pekat iaitu natrium hidroksida atau kalium hidroksida. Proses penyediaan sabun ini dikenal sebagai saponifikasi. Proses

saponifikasi melibatkan hidrolisis beralkali lemak atau minyak sayuran yang dimangkinkan oleh larutan alkali pekat. Sabun kebanyakannya digunakan sebagai surfaktan untuk mencuci, mandi, dan pembersihan, tetapi juga digunakan dalam pemutaran tekstil dan merupakan komponen penting pelincir. Sabun yang dilarutkan di dalam air akan terurai kepada ion-ionnya. Hal ini menyebabkan tegangan permukaan air akan dikurangkan. Oleh itu, permukaan yang hendak dibersihkan dapat dibasahi oleh air dengan lebih baik. Buih air bersabun akan membantu mengapungkan kotoran dalam air. Struktur ion sabun terdiri daripda dua bahagian, iaitu bahagian hidrokarbon yang hanya larut dalam minyak dan bahagian ion yang hanya larut dalam air. Bahagian hidrokarbon ion sabun yang larut di dalam minyak akan mengepung kotoran berminyak. Apabila dikocak, kotoran berminyak yang dikepung oleh ion sabun itu akan terlepas dari permukaan yang dibersihkan dan tersebar di dalam air sebagai suatu emulsi. Apabila dibilas dengan air bersih yang mengalir, kotoran berminyak yang terampai akan disingkirkan dan permukaan yang berminyak akan menjadi bersih. Sabun adalah bahan pencuci yang mesra alam kerana dibuat daripada lemak dan minyak, iaitu ester semula jadi. Oleh itu, sabun adalah mudah terbiodegradasi dan tidak mencemar sungai atau tasik serta tidak mengganggu ekosistem. Walau bagaimanapun, tindakan berkurangan di dalam air liat. Air liat yang terdapat di kawasan batu kapur mengandungi banyak garam kalsium yang terlarut. Ion kalsium, Ca2+ (ak), yang terlarut akan membentuk mendakan yang dinamai kekat apabila bertindak balas dengan ion sabun. Pembentukan kekat menyebabkan pembaziran sabun. Kekat yang melekat pada permukaan yang hendak dibersihkan juga sukar untuk disingkirkan. Dalam eksperimen ini, pepejal berwarna kuning muda yang terbentuk adalah sabun. Hasil tindak balas sabun dengan air paip menghasilkan banyak 3 mencuci oleh sabun akan

buih. Selain jumlah buih yang dihasilkan diperhatikan, keadaan fizik sabun yang licin juga boleh dilihat dan disentuh dengan menggunakan jari. Sabun yang dihasilkan juga bersifat alkali. Sabun yang terbentuk dapat dimendakkan daripada larutan dengan mencampurkan pepejal natrium klorida dan dididihkan semula. Ini adalah kerana kehadiran natrium klorida mengurangkan keterlarutan sabun dalam air lalu menyebabkan sabun termendak keluar. Selepas sabun dituras, pepejal dicuci dengan air sejuk untuk membuang sisa natrium hidroksida dalam sabun supaya sabun yang terhasil tidak mengakis. Pepejal dicuci dengan air sejuk dan bukannya air pada suhu biasa adalah supaya sabun tidak hilang.

ii) Langkah Berjaga-jaga Semasa menjalankan eksperimen, kita haruslah berhati-hati supaya tidak berlakunya kemalangan. Berikut merupakan langkah berjaga-jaga semasa menjalankan eksperimen ini: 1. 2. Pastikan kipas ditutup semasa menjalankan eksperimen. Tingkap harus dibuka supaya ada pengudaraan yang baik semasa menjalankan eksperimen 3. Berhati-hati semasa menuangkan larutan natrium hidroksida kerana ia adalah sejenis alkali yang mempunyai sifat menghakis. Jika tangan terkena larutan itu, basuh tangan serta-merta dengan air. 4. Berhati-hati semasa memanaskan minyak dengan penunu Bunsen kerana kecuaian yang kecil boleh menyebabkan kemalangan besar yang tidak diduga. 5. Semasa pendidihan campuran minyak masak dengan larutan natrium hidroksida, banyak buih akan terbentuk. Nyalaan penunu Bunsen harus dikawal untuk mengelakkan buih tertumpah dari bikar. 6. Jangan memegang bahan kimia dengan tangan. Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal dari botol. 4

7.

Berhati-hati semasa memegang bikar, gunakan kedua-dua tangan di mana sebelah tangan memegang mulut bikar dan sebelah lagi memegang bahagian bawah bikar.

iii) Cara-Cara Memperbaiki Hasil Eksperimen Eksperimen penghasilan sabun adalah eksperimen yang mudah dan ringkas. Tetapi, bukanlah senang untuk mendapat hasil sabun yang banyak. Untuk memperbaiki keadaan ini, kita harus mendidihkan minyak masak dengan masa yang lebih lama supaya dapat menghasilkan kuantiti sabun yang banyak. Kita juga boleh menghasilkan sabun yang lebih halus dengan mendidihkan minyak masak dengan api yang kecil. Selain itu, kita harus mencuci sabun dengan air yang lebih banyak supaya sabun yang dihasilkan tidak mengandungi natrium hidroksida kerana ia adalah sejenis alkali yang mempunyai sifat mengakis. Di samping itu, Kita harus mengurangkan kuantiti pepejal natrium klorida daripada 3 spatula kepada 1 spatula dalam campuran itu supaya tiada garam yang terbentuk selepas penurasan.

Kesimpulan: Pendidihan campuran minyak sayuran dengan larutan natrium hidroksida pekat dapat menghasilkan sabun. Sabun yang dihasilkan mempunyai sifat-sifat licin, beralkali dan akan menghasilkan buih apabila dicampur dengan air yang tidak mempunyai banyak bahan garam mineral.

Soalan: 1. Nyatakan sifat-sifat sabun yang terhasil. Sabun yang terhasil mempunyai rasa licin apabila disentuh dengan jari. Sabun yang kami hasilkan membentuk buih yang banyak apabila dicampur dengan air. Selain itu, sabun itu tidak berkesan dalam air berasid dan air liat. 2. Apakah peranan pepejal natrium klorida dalam eksperimen ini? Natrium klorida mengurangkan kelarutan sabun dalam air lalu menyebabkan sabun termendak keluar. 3. Tulis satu persamaan perkataan yang terlibat dalam tindak balas ini. Minyak masak + natrium hidroksida 4. sabun + gliserol

Ramalkan pemerhatian anda jika air paip di langkah 11 diganti dengan air suling. Jelaskan jawapan anda. Sabun yang dihasilkan adalah lebih berbuih kerana sabun berkesan dalam air lembut. Air suling merupakan air lembut di mana tidak mempunyai sebarang garam dan mineral yang akan bertindak balas dengan ion sabun untuk membentuk kekak.

5.

Bolehkah sabun dihasilkan dengan menghidrolisiskan minyak dengan asid. Jelaskan jawapan anda. Tidak boleh. Ini adalah kerana garam sodium merupakan hasil daripada tindak balas di antara bahan beralkali dengan asid lemak. Asid lemak tidak akan bertindak balas dengan asid lain apabila dicampurkan serentak untuk menghasilkan sabun.

6.

Nyatakan dua teknik yang digunakan dalam penghasilan sabun. Teknik sejuk dan teknik panas.

7.

Apakah kelemahan yang ada pada sabun yang dijual di pasaran sekarang? Produk berasaskan sabun sering mengandungi laureth natrium sulfat sebagai bahan tambahan. Bahan ini boleh bertindak kasar pada kulit. Selain itu, sabun boleh memberikan reaksi asas yang sederhana kepada kain dan menyebabkan kerosakan dalam jangka masa panjang. Ini mungkin disebabkan natrium hidroksida yang berlebihan. Selain itu, sabun yang dijual juga tidak berkesan dalam air liat dan juga air yang berasid. Kebanyakan sabun yang mempunyai antiseptik akan turut membunuh bakteria berguna untuk manusia selain bakteria jahat. Kebanyakan sabun komersial juga tidak mempunyai gliserin dan ini akan menyebabkan kulit menjadi kering.

8.

Apakah bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan detergen? Natrium alkilbenzena sulfonat dan natrium alkil sulfat

Anda mungkin juga menyukai