Anda di halaman 1dari 2

SOALAN: (5 markah), Lukiskan Gambarajah Pemutus Litar Arus Baki (RCD) dan labelkan kedudukan komponen-komponen berikut: i.

Gegelung Pelantik (Tripping Coil) ii.Gegelung Utama (Primary) dan Gegelung Pengesan (Secondary) iii.Butang Penguji iv.Beban v.Perintang Penghad

JAWAPAN:

SOALAN: (7 markah), Berpandukan kepada Peraturan IEE/JBE, setiap pemasangan elektrik pengguna domestic dan industry mestilah dilengkapi dengan peranti perlindungan bocoran ke bumi atau arus ke bumi. a. Berpandukan kepada Peraturan tersebut, lukiskan Rajah litar lengkap Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) 3 fasa. (3 markah) b. Terangkan dengan ringkas prinsip operasi PLAB tersebut. (4 markah)

JAWAPAN ( a ): JAWAPAN ( b ):
Prinsip operasi PLAB adalah seperti berikut ;Katakan, bekalan disambungkan kepada peranti tersebut, arus mengalir melalui ke empatempat gelung utama (primer). Arus di ketiga-tiga konduktor hidup dan neutral adalah sama (seimbang) dan kedudukannya adalah bertentangan di antara satu dengan lain. Jadi, voltan aruhan (fluxs) tidak terhasil pada gelung pengesan (sekunder). Apabila berlaku kebocoran arus, maka arus pada gelung utama (primer) akan menjadi tidak seimbang, dengan itu gelung pengesan (sekunder) akan mendapat voltan aruhan. Ini menyebabkan gelung pelantik beroperasi dan seterusnya menarik suis pemutus litar kepada kedudukan mati (OFF). Arus bocor akan mengalir ke bumi melalui konduktor pelindung jika kebocoran di antara konduktor fasa dan neutral. Jika arus yang masuk melalui PLAB tidak sama dengan arus yang keluar melaluinya, maka ia akan terpelantik akibat arus yang tidak seimbang dan aruhan voltan.