Anda di halaman 1dari 48

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang

PANDUAN MUKASURAT PENDAHULUAN PENGENALAN MINDA #1 : MINAT DALAM PERNIAGAAN MINDA #2 : KONSISTEN DALAM PERNIAGAAN MINDA #3 : KEJAYAAN DAN KEGAGALAN ADA DI TANGAN MINDA #4 : RAJIN DALAM BEKERJA MINDA #5 : ORANG BERJAYA CARI PELUANG MINDA #6 : ORANG GAGAL CARI ALASAN MINDA #7 : MASALAH ADALAH PERKARA KECIL MINDA #8 : BERSYUKUR DENGAN REZEKI MINDA #9 : GAGAL SELEPAS 1000 KEGIGIHAN MINDA #10 : PENGORBANAN MINDA #11 : BERPANDANGAN JAUH MINDA #12 : DESAKAN SEBAGAI MOTIVASI MINDA #13 : BINA KEKUATAN DIRI MINDA #14 : JANGAN BERTANGGUH MINDA #15 : BERGERAK SEPERTI MARATHON MINDA #16 : SUKA BERSAING MINDA #17 : KENALI PENCURI MOTIVASI MINDA #18 : MILIKI CITA-CITA YANG TINGGI MINDA #19 : REBUT PELUANG BUKAN TUNGGU PELUANG MINDA #20 : PELIHARA KESIHATAN MINDA # 21 : SEBAB MENDAPAT BERKAT MINDA #22 : REZEKI YANG BERKAT MINDA #23 : INGIN MAJU DALAM PERNIAGAAN MINDA #24 : BIASAKAN DENGAN KERJA SUSAH MINDA #25 : REZEKI PERLU DIKUTIP MINDA #26 : FIKIR KECIL ATAU FIKIR BESAR MINDA #27 : JANGAN TAKUT DENGAN ANGKA BESAR MINDA #28 : SAYANGI DIRI ANDA MINDA #29 : MINDA UMPAMA SEKEPING GAMBAR MINDA #30 : ACTION ! ACTION !! ACTION !!! (TRIPLE A) PENUTUP BONUS KHAS BINAUSAHAWAN.COM : 5 TIPS EMAS MINDA USAHAWAN CEMERLANG TIP # 1 : MEMBENCI ATAU MENGHORMATI ORANG BERJAYA TIP # 2 : BELAJAR JUGA ADALAH PELABURAN TIP # 3 : FOKUS PELUANG? ATAU FOKUS HALANGAN? TIP # 4 : MEMUPUK MINDA KEUSAHAWANAN TIP # 5 : MATLAMAT DAN PERANCANGAN. BIODATA PENULIS 1 2 3 4 5 6 7 8 9 11 12 13 14 15 16 17 18 20 21 23 24 25 27 28 30 31 32 33 34 35 37 38 40 41 41 42 43 43 44 46

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

PENDAHULUAN
Dengan lafaz Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, ini adalah penghasilan pertama saya dalam bidang bertajuk penulisan melalui koleksi daripada tulisan harian blog binausahawan.com, maka terhasillah naskah sulung pertama Ebook saya yang

30 PANDUAN MINDA USAHAWAN CEMERLANG


Ebook ini menterjemahkan kepada dunia realiti apakah persediaan minda yang harus seorang bakal usahawan akan persiapkan sebelum membuka perniagaan kelak. Sesuai sebagai bacaan bakal usahawan tidak kira tua atau muda dan juga pelajar pusat pengajian tinggi yang akan menempuhi alam pekerjaan sebenar. Beberapa panduan yang diberikan adalah melalui pengalaman peribadi yang dikongsikan oleh penulis untuk dikongsikan kepada pembaca apakah persediaan-persediaan sebelum menempuhi alam keusahawanan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung kepada naskah ini. Jasa anda semua tidak ternilai dalam memberikan idea-idea untuk dalam proses penerbitan Ebook pertama saya ini. Tidak lupa kepada krew BINAusahawan.com yang selalu memberikan perkongsian pendapat bagaimana membentukan pasukan yang mantap dan secara tidak langsung memberikan idea bernas kepada penghasilan ebook pertama ini.

Mukasurat 1

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

PENGENALAN
Apa yang terlintas di fikiran ketika ingin memulakan perniagaan adalah modal permulaan dan jenis perniagaan apa yang akan dilakukan. Bagi yang tiada langsung mempunyai pengalaman ataupun sedang makan gaji janganlah memikirkan modal adalah batu halangan besar untuk menggerakkan perniagaan anda. Kadang-kadang perancangan telah dibuat tetapi disebabkan modal yang tidak mencukupi, perancangan perniagaan tinggal menjadi kenangan. Manakala ramai individu menghadiri kursus-kursus tertentu yang menjurus kepada perniagaan mereka. Mereka berminat yang dengan dunia IT menghadiri kurus bagaimana membuat laman web dan berkaitan, bagi yang berminat dengan pertanian mereka menyertai kursus anjuran Jabatan Pertanian ataupun MARDI ataupun yang ingin menjadi usahawan takaful mendaftarkan diri untuk peperiksaan PCEIA. Bab-bab berkaitan teknikal sebenarnya menyumbangkan 10% kepada kejayaan usahawan. Faktor utama yang menyumbangkan kepada kejayaan adalah sikap yang ada dalam diri usahawan itu. Persiapan yang paling utama disebalik memikirkan perkara modal dan jenis perniagaan adalah menanamkan minda untuk menjadi usahawan cemerlang. Pelbagai panduan yang akan dikongsi dengan pembaca apakah persiapan minda yang perlu kita tanamkan sebelum menjadi usahawan. Sesuai bagi adikadik yang sedang belajar ataupun rakan-rakan yang ingin mencuba untuk menjadi usahawan, minda usahawan cemerlang adalah lebih mahal harganya daripada modal permulaan perniagaan anda. Malahan ini adalah sebenarnya modal yang anda perlu disediakan sebelum membuka perniagaan. Mulakan hari ini dengan menanam benih minda usahawan cemerlang dan saya yakin pokok ini akan membuahkan hasil suatu hari kelak.

Mukasurat 2

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #1 : Minat dalam perniagaan


Bagi yang ingin menceburi kerjaya dalam bidang keusahawanan IT, anda bukan sahaja perlu minat dalam bidang IT. Manakala yang berminat dalam bidang pertanian, anda bukan sahaja perlu pakar dalam ilmu pertanian / ternakan. Dan sama juga jika anda ingin menceburi bidang keusahawanan takaful, anda bukan sahaja perlu mempelajari ilmu berkaitan produk takaful. Langkah pertama yang perlu anda ambil berat adalah meminati kerjaya yang anda lakukan setiap hari.Ya, perniagaan adalah perkara yang pertama kali anda perlu minat. Apabila melakukan aktiviti perniagaan tidak kira online / offline, kita perlu melakukan urusniaga dengan pelbagai orang dan ragam setiap hari. Walaupun apa bidang yang dipelajari sekalipun, jika masih tidak berminat dalam bidang perniagaan, kita tidak dapat bertahan sebagai usahawan. Selain daripada itu juga, apabila kita telah sampai kepada meminati kerjaya ini, kita tidak akan merasakan penat ataupun putus asa dengan cabaran. Malahan kita akan lebih bersemangat untuk melakukan perkara yang baru dan mencabar. Ramai usahawan yang kita rujuk tidak kira dimana mereka berada, menjadikan perniagaan sebagai cara hidup hingga akhir hayat mereka.

Mukasurat 3

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #2 : Konsisten dalam perniagaan


Ramai orang memulakan sesuatu dengan jayanya dan ramai orang juga tidak dapat mempertahankan kejayaannya bagaimana dia mula-mula memulakannya. Jangan terikut-ikut dengan kejayaan orang lain tetapi kita perlu mencipta kejayaan sendiri. Tidak tetap pendirian antara dugaan yang sering dihadapi oleh sebilangan usahawan tidak kira dimana jua dia berada. Semasa zaman permintaan ternakan ini, arnab tinggi suatu timbul ketika pula dahulu, ramai kulat

ingin menceburi

kemudian

perniagaan

mereka sekali lagi berduyun-duyun menanam kulat. Dan kini pula perniagaan cacing pula ada di mana-mana dengan menawarkan perbagai insentif. Maka kelompok ini berganding bahu bersama-sama mengejar kejayaan orang lain. Dan ada juga yang kes yang lebih malang selepas melompat dari satu perniagaan kepada perniagaan yang lain, mereka kembali bekerja makan gaji akibat bosan dengan kegagalan yang dilalui. Dalam membicarakan mengenai istiqamah dalam perjuangan, sebagai

usahawan yang sejati seseorang itu perlu memfokuskan pada perniagaan utama sebagai teras dan melihat perniagaan utama beliau sebagai anak emas yang perlu dibelai hari demi hari. Apa akan jadi jika kita menukar pelbagai perniagaan, ia sama seperti kita menukar anak dan tentu anak itu tidak dapat membesar dengan sempurna.

Mukasurat 4

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #3 : Kejayaan dan kegagalan ada di tangan


Seorang anak kecil sedang bermain di halaman rumah sambil ditemani oleh bapanya yang khusyuk membaca akhbar dihujung minggu. Dengan tidak semena-mena anak kecil itu tertangkap seekor anak burung yang terjatuh daripada sarang di atas pokok berhampiran halaman rumah mereka. Lalu anak kecil itu membawa ketempat bapanya untuk memberi teka-teki berkenaan nasib anak burung itu. Apa yang akan ditanya di dalam pemikirannya adakah anak burung di dalam genggamannya itu hidup atau mati???. Apabila sampai ketempat bapanya, anak kecil itu terus bertanya seperti yang di rancangkan, setelah mendengar pertanyaan anaknya yang manja itu, bapanya tersenyum sebentar. Kemudian dia menjawab, Anakku, nasib anak burung ini ada di tangan kamu. Jika kamu menggenggamnya hingga anak burung sesak nafas ia akan mati. Tetapi jika kamu melepaskan, ia akan terbang kembali ke sarangnya. Begitulah sama seperti kehidupan kita. kejayaan dan kegagalan adalah pilihan tangan anda sendiri. Jika anda memilih Jalan Kejayaan, maka tangan anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dan juga sebaliknya. Pilih jalan yang betul kerana pilihan ini ada di tangan anda. ialah

Mukasurat 5

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #4 : Rajin dalam bekerja


Puan Fauziah (bukan nama sebenar) adalah pemilik restoran kecil di kawasan Gombak. Beliau berjaya menyewa sebuah kedai dan menjual berbagai hidangan daripada sarapan pagi hinggalah makan malam. Atas keperhatinan kepada rakan-rakan / pelanggan di kawasan sekitar, Puan Fauziah mengajak ramai surirumah yang tidak bekerja untuk membantu membuat berbagai kuih tambahan untuk mempelbagaikan hidangan di restorannya. Hasrat beliau adalah untuk meningkatkan pendapatan surirumah yang tidak bekerja di sekitar kawasan itu. Jawapan daripada pelawaannya agak menyedihkan kerana hampir kesemua memberi jawapan yang negatif malah ada yang mengatakan Puan Fauziah ingin mempergunakan mereka untuk keuntungan sendiri. Ada juga yang berjanji untuk meletakkan kuih tetapi hingga hari ini kuih buatan mereka tidak kunjung tiba. Di sekitar kawasan itu juga ada seorang wanita Indonesia yang datang dari rumah ke rumah menawarkan perkhidmatan mencuci dan mengemas rumah. Perkhidmatan ini banyak membantu kepada keluarga yang mana suami isteri bekerja sepenuh masa dan tiada masa menguruskan hal ehwal rumah. Harga yang ditawarkan ialah RM30 dan sangat berpatutan dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Sifat kerajinan yang yang ditunjukkan oleh wanita Indonesia ini menunjukkan jika kita ada kemahuan berbagai-bagai cara kita boleh lakukan. Walaupun wanita ini bukanlah penduduk setempat tetapi dengan sifat kerajinan beliau tentu mempunyai pendapatan yang lumayan sekiranya wang hasil upahnya dihantar ke kampung halaman. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Mukasurat 6

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #5 : Orang berjaya cari peluang


Salah satu lagi ciri seorang yang berjaya adalah sentiasa mencari peluang. Mereka akan sentiasa memikirkan peluang-peluang baru yang boleh diaplikasikan dalam perniagaan mereka. Tidak kira dalam keadaan sibuk, serius atau dalam gelak ketawa dalam jamuan. Kita imbas kembali bagaimana mendiang Lim Goh Tong terfikir untuk membuat satu taman tema di puncak bukit???. Ia bermula ketika beliau ingin mengambil angin keluar sekejap ketika menghadiri satu keraian. Lihatbeginilah sifat seorang usahawan yang berjaya sentiasa memikirkan untuk mencari peluang walaupun jika difikirkan pada ketika itu adalah masa happy hour beliau.. Mulai hari ini, sentiasa memikirkan bagaimana ingin membesarkan perniagaan anda, bagaimana mencipta produk yang lebih dinamik, bagaimana untuk meningkatkan jualan syarikat, bagaimana menambahkan lagi peluang-peluang perniagaan dan lain-lain. Idea yang datang tidak kira masa. Kadang kadang idea datang mencurah-curah walaupun kita sedang menjamah makanan. Sentiasa bawa buku catatan, malah pada masa kini telefon bimbit kita semua mempunyai aplikasi untuk menyimpan catatan. Catat perkara yang anda fikirkan dan lakukan tindakan susulan pada waktu yang sesuai.

Mukasurat 7

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #6 : Orang gagal cari alasan


Berbeza dengan sifat orang yang berjaya, orang yang gagal akan mencari beribu-ribu alasan atau penyebab kenapa dia gagal. Dia akan menyalahkan produknya yang tidak setanding dalam pasaran, kemahuan pasaran yang tidak menepati penawaran perkhidmatannya, pekerja-pekerja yang tidak produktif dan ada kalanya menyalahkan pasaran dunia yang mengakibatkan kegagalan perniagaannya. Lebih dahsyat lagi menyalahkan ibubapa yang tidak memberi tunjuk ajar, jiran yang tidak membantu menggunakan perkhidmatannya, ketua kampung yang tidak memberikan projek dan kerajaan yang tidak memberi subsidi. Mereka yang gagal sentiasa berfikir, tetapi apa yang mereka fikirkan ialah sebab-sebab kenapa mereka tidak boleh buat. Halangan minda adalah sahabat karib orang gagal. Itulah sebabnya mereka telah awal-awal lagi menyediakan pelbagai alasan yang munasabah keputusannya lagi. kenapa mereka gagal walhal belum mendapat

Mukasurat 8

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #7 : Masalah adalah perkara kecil


Banyak perbezaan yang dapat kita lihat antara orang yang berjaya dan orang yang gagal. Tanda aras perbezaan dalam konteks tajuk perbincangan ini bukanlah dilihat pada kejayaan mendapat wang ringgit, harta benda yang banyak, pangkat yang tinggi malah nama besar yang dapat diukir dalam industri yang diceburi. Ada orang yang gagal pada masa kini, tetapi dia tidak berputus asa berusaha dan terus berusaha tanpa mengenal penat lelah, dan berjaya pada umur yang lewat. Apakah resepi rahsia yang boleh kita pelajari untuk mengenal orang yang berjaya dengan orang yang gagal. Ini bermula dengan Attitude atau dalam Bahasa Melayu bermaksud sikap adalah antara akar tunjang dalam membezakan orang berjaya dengan orang gagal. Kita perlu bersikap positif supaya jalan yang dilalui akan menemui kejayaan. Semasa menempuhi perjalanan adakalanya kita akan menempuhi berbagai masalah. Oleh yang demikian untuk menjadi orang yang berjaya kita seharusnya melihat masalah itu perkara kecil dan biasa kepada semua orang. Orang yang gagal awal-awal lagi dia akan memikirkan masalah itu PERKARA BESAR Apa yang selalu dikata :

susah la dapat client asyik kena reject jeee kenapa kursus buat hari ni, hari esok takde ke.. kereta rosak la tak dapat datang training apasal asyik meeting jeee tak dapat buat promosi maaf ada kenduri rumah kawan tak dapat join buat promosi

Dan bermacam-macam masalah yang baginya perkara besar seolah-olah di seorang menteri. Orang yang di berjaya atas, dalam mereka perjuangannya menganggap ini menghadapi masalah sama seperti

Mukasurat 9

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

semua perkara kecil dan menjadi rutin kepada perjalanan usahawan yang berjaya. Sentiasa berpegang dengan kata-kata : Orang berjaya melihat masalah adalah perkara kecil, orang gagal melihat masalah adalah ...

PERKARA BESAR.

Mukasurat 10

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #8 : Bersyukur dengan rezeki


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selepas membaca blog salah seorang rakan yang menceritakan pengalaman beliau semasa bercuti di negara jiran, tersentuh di hati bahawa negara kita penuh dengan nikmat dan kesenangan. Memang sebelum ini banyak rakan memberitahu di negara jiran ini masih ramai orang-orang miskin yang kehulur-hilir meminta sedekah. Mereka ada di mana-mana, di hadapan kedai, di sepanjang jalan, tempat tumpuan awam dan tidak segan silu menghampiri kepada pelancong meminta belas kasihan untuk mengisi perut mereka. Berbanding di negara kita, walaupun berbagai cabaran ekonomi yang melanda, kita belum pernah melihat situasi sebegini. Jika melihat peminta sedekah di negara ini pun mereka mewah dengan pendapatan mereka, kadang-kadang ada yang melebihi pendapatan kita . Dan melihat peminta sedekah disini, mereka juga ada tapak operasi (selalunya mereka memilih hari Jumaat di hadapan masjid). Mereka juga sudah tahu lokasi masjid mana yang memberi hasil kutipan yang baik. Kesenangan dan kemewahan yang dilimpahi dalam hidup kita, patut kita syukuri. Ada berbagai cara kita boleh menunjukkan kesyukuran kita sebagai contoh memberi bantuan kepada yang memerlukan (tidak kira samada bantuan tenaga, buah fikiran ataupun wang ringgit), berjimat cermat dalam mengatur perbelanjaan seharian dan memperingati antara kita betapa perlunya kita bersyukur dengan nikmat yang ada.

Mukasurat 11

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #9 : Gagal selepas 1000 kegigihan


Sebagai seorang usahawan yang bekerja keras setiap hari untuk mengejar kejayaan, dia tidak akan lari daripada menemui kegagalan. Ada ketika anda merancang dengan teliti dan berusaha dengan gigih tetapi tidak seratus peratus yang dapat. Dan ada ketika anda lipat gandakan usaha untuk kali kedua tetapi terus gagal tidak seperti yang diimpikan pada permulaan. Pada saat ini, sebagai muslim kita perlu menerima ketentuan ilahi bahawa segala apa yang dirancang akan ditentukan oleh yang Maha Esa. Kita fikir sudah gagal tetapi ingatlah bahawa ada orang lain yang lebih gagal daripada diri kita. Sentiasa muhasabah dan reda dengan ketentuannya. Langkah kedua perlulah mempunyai kesabaran yang tinggi. Memang ada individu tertentu yang apabila hilang sabar dia lupa segala-galanya. Dia fikirkan dengan memarahi orang lain akan menghilangkan kesabarannya. Tidakkita perlu beristighfar dan duduk bertenang memikirkan kenapa berlaku kegagalan sedemikian rupa. Seterusnya merosakkan carilah badan. rakan-rakan Luahkan yang boleh dipercayai untuk rakan / berkongsi /

kesedihan anda. Jika kita menyimpan kesedihan dalam jiwa kelak akan perasaan dengan pasangan ibubapa. Lakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama rakan-rakan seperti bersukan, berkelah, melancong dan lain-lain. Aktiviti yang menyeronokkan sedikit sebanyak akan melupakan kesedihan kita.

Mukasurat 12

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #10 : Pengorbanan


Jalan menuju kejayaan seorang usahawan berbeza mengikut seorang individu dengan yang lain. Ada yang lancar sejak permulaan dan ada yang berliku-liku sebelum menemui titik kejayaan. Walau apa pun, halangan tetap ada setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun. Seorang usahawan perlulah tabah menghadapi cabaran dan pada ketika inilah beliau perlu membuat banyak pengorbanan. Bukan sahaja wang ringgit yang diertikan sebagai pengorbanan. Pengorbanan utama adalah MASA dan TENAGA. Untuk mencapai kejayaan, seorang usahawan perlulah mengorbankan banyak masa untuk diberikan kepada bagaimana untuk mempertingkatkan prestasi perniagaannya. Memang tidak dinafikan nama-nama besar tokoh perniagaan bekerja lebih 12 jam sehari!!!. Sama juga dengan pengorbanan tenaga dimana seseorang usahawan perlu mengerahkan sepenuh tenaga dalam aktiviti harian beliau seperti mesyuarat dengan pekerja, program memasarkan produk, melakukan tinjauan projek dan berbagai-bagai lagi yang memerlukan kudrat tulang empat kerat. Pengorbanan demi pengorbanan ini jika konsisten dilakukan inshaallah membuahkan hasil. Bukan mudah untuk menjadi usahawan yang berjaya sekiranya tidak menanamkan dalam minda erti sebuah pengorbanan.

Mukasurat 13

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #11 : Berpandangan jauh


Sememangnya tugas membina empayer perniagaan bukan kerja yang mudah. Banyak rintangan dan cabaran yang harus ditempuhi oleh insan yang bernama usahawan sebelum mengecapi kejayaan. Bermula dengan syarikat kecil yang diuruskan oleh seorang, maju setapak ke saiz yang sederhana dengan memiliki berpuluh atau beratus pekerja dan pergi lebih jauh dengan memiliki aset perniagaan jutaan ringgit. Begitulah perjalanan yang harus diimpikan hari demi hari. Tiada jalan singkat dalam menuju ke destinasi itu, hanya kesabaran dan usaha yang gigih yang perlu di laburkan setiap hari. Perlu diingat ini adalah satu perjalanan yang jauh dan seorang usahawan perlu memikirkan lebih jauh daripada perjalanan yang harus ditempuhi. Sememangnya sukar untuk dizahirkan makna ini dengan perkataan, melainkan anda menceburi bidang ini anda boleh betul-betul merasai keadaannya. Dia perlu merancang pentadbiran yang lebih cekap apabila saiz perniagaan yang membesar hari demi hari, dia perlu membaiki mutu perkhidmatan untuk mengekalkan kesetiaan oleh pelanggan, dia perlu mencari peluang-peluang perniagaan / pelaburan baru untuk mengembangkan empayer perniagaan, dia perlu sentiasa melihat persaingan yang ada di sekelilingnya dan dia juga perlu membuat persediaan apabila berlaku perkara yang tidak disangka. Ambil masa tidak kurang 1 jam untuk memikirkan sendiri atau dengan pasukan anda. Dengar segala pandangan dan luahan rakan kongsi perniagaan ataupun pekerja bawahan anda kerana kita banyak belajar apabila kita banyak mendengar daripada bercakap dan terus bercakap.

Mukasurat 14

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #12 : Desakan sebagai motivasi


Membaca kisah-kisah biografi usahawan yang berjaya memberi kita satu idea bagaimana desakan hidup untuk mencari sesuap nasi juga mampu mengubah hidup seseorang yang bergelar usahawan yang berjaya. Sebahagian kisah usahawan menceritakan pahit maung hidupnya semasa kecil dan daripada kesulitan ini mendesak fikiran mereka untuk mengubah taraf hidup suatu hari nanti. Apa yang ada difikiran mereka adalah satu, untuk keluar daripada kepompong kesusahan. Mereka tiada pilihan hanya bekerja bersungguh-sungguh mendapatkan duit dan mengembangkan lagi perniagaan mereka semoga keluarga mereka tidak lagi diselubungi dengan kepayahan hidup. Bagaimana pula anda yang datang daripada keluarga sederhana ataupun yang berada??? Adakah kesenangan ini boleh mendesak anda bekerja 18 jam sehari??? Orang yang sederhana ataupun yang berada mempunyai banyak pilihan untuk meneruskan kehidupan. Sebagai contoh simpanan sendiri, pekerjaan makan gaji, harta peninggalan keluarga ataupun mewarisi perniagaan keluarga. Oleh yang demikian bagi golongan dari kategori yang mampu dalam

hidup, mereka perlu memberi desakan kepada diri sendiri agar keluar daripada kepompong kesenangan kerana kemewahan yang berlebihan menyebabkan daya juang / jati diri akan luntur dari diri mereka. Belajar berdiri atas kaki sendiri kerana apabila mewarisi perniagaan keluarga kelak adalah tugas yang benar benar mencabar untuk dikembangkan.

Mukasurat 15

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #13 : Bina kekuatan diri


Membina perniagaan sendiri sehingga maju kehadapan adalah impian oleh semua usahawan tidak kira berada di mana sekalipun. Memajukan perniagaan sendiri memerlukan pengorbanan yang tidak terhingga seakan memelihara anak kecil hingga melihat dia berjaya dewasa kelak. Seorang usahawan perlu mempunyai pelbagai ciri seperti mempunyai

kepimpinan dalam pasukan, pengurusan perniagaan yang cekap, nampak sasaran di hadapan, sentiasa merebut peluang yang ada, mempunyai wawasan, pemikiran yang kreatif, percaya kepada kekuatan sendiri dan banyak lagi yang melibatkan perniagaan yang dimiliki olehnya. Namun ilmu ini tidak boleh dikuasai dalam masa yang singkat. Anda perlu sabar menghadapinya setiap hari. Walaupun sebesar mana perniagaan yang kita usahakan, mulakan dengan membina diri sendiri. Sangat bagus jika kita memulakan perniagaan kecil yang diusahakan oleh anda sendiri. Dengan kata lain anda bos dan anda juga kuli. Dalam peringkat ini anda dapat menguji kekuatan anda menguruskan perniagaan kecil anda sendiri. Inshaallah jika anda tabah menghadapi saat-saat yang sukar, tiada perkara yang mustahil untuk menguruskan perniagaan bersaiz sederhana seterusnya perniagaan yang bersaiz besar yang mempunyai berpuluh ribu pekerja akan menjadi kenyataan.

Mukasurat 16

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #14 : Jangan bertangguh


Pada permulaan tahun, salah seorang rakan saya Encik A telah memasang azam untuk menyimpan RM1 setiap hari sebagai tabung simpanan yang akan digunakan pada masa keperluan yang mendesak. Beliau membeli tabung kecil dan disimpan di dalam bilik tidur sebagai perancangan azam beliau. Malangnya beliau tiap hari asyik menangguhkan perancangannya kerana pelbagai masalah. Tetapi beliau terus berangan-angan untuk menyimpan satu hari kelak apabila masalahnya telah selesai. Manakala Encik B mempunyai azam yang sama, beliau juga membeli tabung kecil yang diletakkan di bilik tidur. Setiap hari beliau memastikan menyimpan RM1 sebagai pelaksanaan azamnya apabila pulang dari kerja. Beliau mendisplinkan diri supaya memastikan pelaksanaannya mengikut jadual. Ada ketika beliau tidak dapat menabung kerana menghadapi masalah tertentu, tetapi pada keesokannya beliau akan menggantikan mengikut jumlah hari yang ditinggalkan. Kini sudah setahun masa telah berlalu. Tabung Encik A penuh dengan azam, cita-cita, kemahuan dan perancangan. Tetapi tabung Encik B dipenuhi dengan wang syiling yang disimpan hasil usaha dan displin yang telah dilakukan semanjak awal tahun. Laksanakan segala perancangan anda yang telah ditulis dan jangan suka bertangguh melakukan kerja yang telah dirancang. Menangguhkan kerja-kerja sama seperti menyimpan angan-angan dalam tabung yang kosong dan ia adalah satu kerugian untuk jangkamasa panjang..

Mukasurat 17

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #15 : Bergerak seperti marathon


Menjadi seorang usahawan boleh diumpamakan sebagai seorang pelumba marathon. Dia perlu berani merempuh perjalanan yang jauh. Dia tidak boleh menantikan kejayaan hanya dengan berlari 1-2 kilometer. Bukan seperti pelumba jarak dekat yang perlu menumpukan perjalanan yang pendek. Pelumba marathon tidak boleh lari pantas dan laju untuk perjalanan sejauh 42 kilometer! Kelak akan binasa badannya dan tidak akan sekali dia boleh memenangi perlumbaan itu. Untuk menjadi seorang pelumba marathon, syarat utama adalah ketahanan untuk mengharungi perjalan yang panjang. Perjalanan yang mengambil tempoh yang panjang tidak akan lurus dan selesa. Kita akan mengharungi jalan yang berliku, keadaan cuaca yang tidak menentu, keadaan persekitaraan yang turut sedikit sebanyak mengganggu perjalanan kita dan keadaan diri kita sendiri yang juga terlibat dalam gangguan ini. Meletakkan kedalam minda bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya adalah ciri utama pelumba marathon. Untuk menjadi pemenang di dalam perlumbaan marathon, kita perlu mematuhi peraturan perjalanan perlumbaan. Tidak boleh menggunakan jalan pintas, jika membuat demikian penyertaan kita akan dibatalkan. Jika ada pelumba berjaya menggunakan jalan pintas sekalipun, lambat laun orang ramai akan mengetahui juga dan dia tidak akan digambarkan sebagai pemenang yang sebenar. Perjalanan yang panjang dalam perlumbaan marathon menuntut kita supaya menyediakan kekuatan fizikal dan mental. Fizikal dalam erti kata mempunyai kesihatan tubuh badan yang maksima, menjaga pemakanan dengan baik, boleh bergerak dengan pantas dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain, dapat menghindarkan diri daripada penyakit dan boleh melakukan pekerjaan dalam tempoh yang lama.

Mukasurat 18

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Kekuatan mental juga tidak kurang penting juga. Persediaan mental dan rohani diperlukan tatkala berlaku kegagalan yang memang akan dilalui oleh setiap usahawan. Sentiasa bersedia melakukan apa sekalipun tindakan jika keadaan sekeliling berubah. Kesabaran adalah kunci utama kerana diingatkan semula ini adalah perjalanan yang jauh. Ada situasi memihak kepada diri kita dan ada situasi memihak kepada orang lain. Ada masanya kita menang dan ada masanya kita kalah. Anda perlu bersabar Satu perlumbaan yang betul memenatkan jika anda ingin menceburi bidang keusahawanan. Dalam mengharungi perlumbaan yang maha dahsyat ini ada yang bermula dengan pecutan yang sangat laju, memperlahankan ketika pertengahan jalan dan berhenti pada pertengahan jalan itu akibat keletihan. Ada juga yang bergerak perlahan, dan sehingga hari ini perjalanannya masih perlahan. Tapi nampaknya semacam tak bergerak langsung. Oleh yang demikian mulakan perlumbaan keusahawanan anda dengan konsisten sampai bila-bila.anda pasti berjaya, tiada yang mustahil..

Mukasurat 19

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #16 : Suka bersaing


Ada individu yang ditemui meluahkan bahawa mereka tidak berminat dalam kerjaya yang memerlukan unsur perlawanan atau persaingan merebut keputusan yang baik. Sebagai contoh mereka tidak menyukai kerjaya sebagai jurujual kerana tidak mahu tertekan dengan target jualan yang disasarkan. Apatah lagi dia tentu tidak ingin menceburi bidang keusahawanan kerana persaingan dalam bidang kerjaya usahawan sangat sengit. Sifat takut kepada persaingan menyebabkan mereka hilang daya saing dan hanya mahu bekerja berkaitan urusan pentadbiran yang selamat dan tenang kepada diri dia sahaja. Persaingan dalam kerjaya atau kehidupan kita adalah lumrah dan anda tidak perlu risau jika kedudukan anda jatuh kebawah. Perkara yang penting ialah menerima kekalahan dengan hati terbuka, mengkaji penyebab kepada kegagalan itu, merancang semula bagaimana untuk memberbaiki kegagalan dan melaksanakan rancangan baru. Jika kita lihat syarikat besar di negara kita, menjadikan persaingan sebagai cara untuk mempertingkatkan prestasi dan mutu perkhidmatan. Krew BINAusahawan.com sendiri tidak dapat lari daripada persaingan antara syarikat pengendali takaful, persaingan sesama agensi dan malah persaingan sesama perunding takaful. Jadikan persaingan sebagai pengalaman yang menyeronokkan.

Mukasurat 20

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #17 : Kenali pencuri motivasi


Pada zaman yang serba canggih ini, banyak maklumat motivasi yang ada di sekeliling kehidupan kita. Hanya dalam lingkungan internet ini sahaja kita boleh mendapat beribu-ribu lama web yang menceritakan perkara motivasi. Perkembangan ini sungguh bagus untuk meningkatkan tahap kualiti kehidupan masyarakat kita. Tidak kira adik-adik di sekolah, mahasiswa di pusat pengajian tinggi, rakan-rakan / abang / kakak yang sedang bekerja, kita akan sering diberikan kursus motivasi oleh guru / pensyarah / majikan kita. Ada kalanya cerita-cerita motivasi juga dihidangkan untuk menaikkan semangat kita untuk belajar atau bekerja. Sama seperti pencuri yang mencuri wang atau harta benda. Pencuri motivasi lebih bahaya daripada golongan pencuri yang tradisional ini. Mereka berada di mana-mana ; di pejabat, di bilik kuliah. di kedai mamak. di pasaraya malahan tidur sekatil dengan anda setiap malam. Hati-hati kerana mereka tidak mahu melihat kesungguhan anda untuk bermotivasi. Mereka mencuri bukan dengan senjata tetapi hanya berkata seperti sedemikian : Eleeehh kau mana boleh buat macam tuu Emmmmm jangan mimpi la..kau bukan pandai cakap orang putih Kesiantakde kerja lain yang mulia daripada berniaga kat pasar malam ni Takyahhla buat kerja ni, awak dah tua Mustahilorang kita mana pernah buat bisnes ni kat luar negara

Jauhilah daripada golongan ini, jika anda ada kedengaran suara-suara yang berkata sedemikian atau mempunyai maksud yang hampir sama, mereka bukan
Mukasurat 21

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

berniat berbual kosong, tetapi mereka ingin mencuri motivasi yang anda miliki dalam minda anda..

Mukasurat 22

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #18 : Miliki cita-cita yang tinggi


Memetik kata-kata motivasi Inggeris yang berbunyi Jika ingin menembak, tembaklah ke langit, jika tidak mengena langit, pasti akan mengena bulan memberi maksud yang mendalam bagaimana bangsa Inggeris mempunyai pemikiran dan cita-cita yang besar dalam kehidupan mereka. Kita perlu membuat perubahan dalam budaya pemikiran dalam kehidupan kita. Hidup dalam kelompok pemikiran yang kecil menyebabkan kita akan merasa diri kita sungguh kecil untuk memikirkan cita-cita yang besar. Kita sentiasa tidak yakin kerana sejak kecil kita diasuh dengan pemikiran untuk berfikir sebagai orang yang kecil. Apabila kita mempunyai cita-cita ataupun angan-angan letakkan ia ditahap yang tinggi setinggi langit kerana itu adalah tahap yang mana kita perlu memikirkan sebagaimana orang besar berfikir. Tahap pencapaian individu berbeza antara satu sama lain dan semua orang berhak mendapat kejayaan. Ada yang berjaya pada usia yang awal dan ada juga yang berjaya pada usia yang lewat. Seperti yang disasarkan pada peringkat awal iaitu ke langit, mungkin ada yang mencapai sasaran itu. Tetapi kepada sesiapa yang tidak mencapai sasaran itu jangan cepat berputus asa kerana jika anda konsisten dalam perjuangan pasti peluru itu akan sampai ke bulan suatu hari kelak.

Mukasurat 23

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #19 : Rebut peluang bukan tunggu peluang


Peluang ada dimana-mana. Peluang untuk belajar, peluang untuk meningkatkan taraf ekonomi, peluang untuk bersosial, peluang untuk meluahkan segala isi hati, peluang untuk mencari ilmu dan berbagai lagi. Dalam konteks keusahawanan, peluang memulakan perniagaan terbentang luas di negara ini. Semua peluang ini tidak datang jatuh ke riba anda, ia perlu di kutip dan adakalanya kita perlu kejar hingga dapat. Kerajaan khasnya telah menyediakan pelbagai peluang untuk memulakan perniagaan. Bagi sesiapa yang tidak mempunyai asas perniagaan seminarseminar dan kursus memulakan perniagaan disediakan. Bantuan kewangan pun disediakan bagi yang tidak mempunyai modal permulaan. Persekitaran perniagaan di negara kita masih berupaya untuk memberi peluang rezeki yang melimpah ruah. Kemajuan internet pun sama memberi kita peluang membuat perniagaan jauh beribu batu dari komputer kita. Kita boleh mempelajari pelbagai ilmu daripada internet dengan percuma yang suatu ketika dahulu adalah mustahil untuk didapati. BINAusahawan.com juga memberikan peluang kepada individu yang ingin menghampiri dunia pengurusan perniagaan dan motivasi dunia keusahawanan. Tips keusahawanan dan perkongsian pengalaman daripada kami dapat melengkapkan diri sebagai persediaan menghadapi perniagaan di alam realiti yang sebenar.

Mukasurat 24

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #20 : Pelihara kesihatan


Badan yang sihat melahirkan minda yang cerdas. Kesihatan seorang peneraju syarikat memainkan peranan utama untuk mengetuai sesebuah organisasi perniagaan. Seorang usahawan yang sentiasa sakit tidak dapat memantau perjalanan perniagaan dan lambat laun berbagai masalah akan timbul. Justeru itu anda yang ingin menceburi bidang keusahawanan perlu ambil berat dengan serius hal-hal berkaitan kesihatan. Pemakanan adalah antara perkara utama apabila kita memperkatakan soal kesihatan. Kita akan mudah jatuh sakit apabila tidak mengambil berat hal pemakanan. Memakan makanan secara berlebihan atau makanan yang banyak mengandungi bahan kimia / gula / kolesterol akan memudaratkan anggota tubuh badan dan sedikit demi sedikit boleh menghidap penyakit yang kritikal. Banyakkan makan makanan yang mengandungi unsur serat seperti buahbuahan, sayuran dan bijirin. Faktor kedua yang perlu kita lihat dalam menjaga kesihatan kita adalah aktiviti senaman. Corak hidup kita yang semakin moden menyebabkan kita hidup tanpa banyak menggerakkan tubuh badan. Membuat bayaran bil-bil melalui internet, memesan makanan boleh melalui telefon / internet, menonton televisyen di rumah, berinteraksi dengan rakan pun boleh dibuat dari internet di rumah dan kadangkala ada yang bekerja sepenuh masa terus dari rumah. Jika anda sedang mengalami atau semakin menghampiri corak hidup demikian, cuba ubah dengan meluangkan 3-4 kali sessi senaman dalam seminggu dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti jogging, bermain permainan yang disukai, melakukan aktiviti di gimnasium berhampiran ataupun setidak-tidaknya berjalan kaki di taman. Perkara ketiga yang tidak kurang penting adalah aktiviti sosial. Pemerhatian kepada masyarakat Jepun kenapa mereka mempunyai jangka hayat yang panjang adalah kerana melakukan aktiviti bersama-sama rakan seperti

Mukasurat 25

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

melancong, berkhemah, berjalan bersama dan berbagai-bagai lagi. Secara logik apabila anda bersendirian anda akan memikirkan masalah dan secara tidak langsung penyakit akan datang kepada diri anda. Tetapi apabila anda bergaul dengan rakan-rakan, anda boleh bergembira bersama dan meluahkan isi hati kepada rakan, kita akan melupai masalah peribadi secara automatik. Cara ini juga antara terapi yang digunakan kepada kebanyakan pesakit kanser.

Mukasurat 26

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda # 21 : Sebab mendapat berkat


Rezeki yang kita cari sepanjang hari mestilah dengan niat untuk mendapatkan keberkatan. Jika tidak berkat rezeki itu, segala kemewahan yang didapati menyebabkan kita semakin hari semakin lalai dengan suruhan Allah. Oleh itu mari kita bekerja bersungguh-sungguh siang dan malam dengan niat rezeki yang telah dapat akan mendekatkan diri kita dengan perintah Allah. Berikut panduan sebab mendapat rezeki yang berkat : 1.Niat kerana Allah 2.Bertakwa 3.Membaca Al-Quran 4.Berdoa 5.Tidak kedekut 6.Mengikut sunnah 7.Istiqamah 8.Tidak meminta 9.Infaq (sedekah) 10.Mendirikan solat 11.Sentiasa beristighfar 12.Bertawakal kepada Allah 13.Jujur dalam muamalat 14.Melaksanakan kerja di awal pagi.

Mukasurat 27

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #22 : Rezeki yang berkat


Memulakan hari setiap hari dengan menuju ke tempat kerja adalah kegiatan harian kita tidak kira sebagai usahawan mahupun bekerja makan gaji. Ini adalah tuntutan kita insan di dunia ini untuk mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan. Berikut adalah beberapa perkara berkaitan rezeki : Konsep rezeki : 1.Allah pemberi rezeki (Al-Baqarah : 22) 2.Rezeki tidak terhad / tidak habis (Shod : 54) 3.Dikurniakan mengikut ukuran dan kadar yang tertentu (Al-syura : 27) 4.Rezeki adalah ujian Allah (Al-fajr : 15-16) 5.Allah mengurniakan rezeki tidak sama (Al-nhal : 71) 6.Rezeki datang dari langit dan bumi (Al-saba : 24) Sebab mendapat rezeki : 1.Bertakwa dan beriman (Al-Aaraf : 96) 2.Berjihad (Al-Anfal : 74) 3.Bersabar dan menolak kejahatan dengan kebaikan (Al-qasas : 54) 4.Bersyukur ( Ibrahim : 7) 5.Tidak melampaui batas (Thoha : 81) Sebab hilang berkat : 1.Terlibat dengan riba

Mukasurat 28

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

2.Melakukan dosa dan maksiat 3.Mengabaikan solat 4.Terlalu mementingkan dunia 5.Tamak

Mukasurat 29

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #23 : Ingin maju dalam perniagaan


Semua usahawan ingin maju dalam perniagaan yang diceburinya. Walaupun dia belum bergelar usahawan sekalipun saya yakin apa yang diingininya ialah supaya perniagaan mereka akan maju. Bagaimana kita ingin mengukur kemajuan perniagaan kita? Antara cara mudah bagi mengukur kemajuan perniagaan ialah dalam bentuk peratusan. Sebagai contoh keuntungan bersih perniagaan pada tahun 2007 ialah RM100,000 manakala tahun 2008 ialah RM110,000. Ini menunjukkan keuntungan bersih perniagaan anda bertambah maju sebanyak 10%. Sentiasa ukur skala perniagaan anda supaya maju tahun demi tahun. Tentu ada sebab sekiranya keuntungan perniagaan merosot daripada tahun sebelumnya. Kaji kenapa boleh terjadi sedemikian dan ubah strategi jika keadaan memerlukan perubahan.

Mukasurat 30

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #24 : Biasakan dengan kerja susah


Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian. Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian Ini adalah peribahasa yang sentiasa berkumandang di telinga ketika kita dalam zaman pembelajaran di sekolah mahupun di universiti. Peribahasa ini mirip maksudnya dengan peribahasa yang dipetik daripada buku Bahasa Inggeris yang berbunyi Hidup akan susah jika suka melakukan perkara senang, tetapi hidup akan senang jika suka melakukan perkara susah Olahan ayat yang berlainan tetapi memberi maksud yang sama. Kita sebagai usahawan perlu membiasakan diri melakukan / menghadapi kesusahan dalam menempuh jalan untuk kejayaan. Apakah perkara yang susah? Bagi orang yang tidak pernah menjual produk adalah perkara susah untuk melakukannya untuk pertama kali. Dalam keadaan ini, mahu ataupun tidak mahu dia perlu melakukannya. Manakala orang yang berpengalaman yang sudah biasa menjual kepada seorang pada setiap hari, kali ini dia pula perlu menjual kepada 2 orang pada setiap hari. Melakukan perkara yang susah boleh diertikan dengan melakukan perkara yang kita tidak biasa buat sebelum ini. Melalui tabiat ini dengan tidak secara langsung produktiviti kita akan meningkat dan kita dapat lari daripada zon kesenangan yang selalu melalaikan kehidupan seorang usahawan. Mulai hari ini cuba buat perkara baru dalam hidup, jika biasa dengan jalan A untuk ke pejabat, cuba pula jalan B / C / D. Mungkin anda akan dapat ilmu baru melalui pengalaman ini. Jangan takut berdepan dengan kegagalan.

Mukasurat 31

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #25 : Rezeki perlu dikutip


Tuhan menurunkan rezeki kepada manusia setiap hari. Rezeki ini perlu digunakan oleh setiap manusia untuk meneruskan kehidupan dan sebagai tanggungjawab mentadbir alam ini. Manusia seharusnya bersyukur dengan segala pemberian yang dikurniakan. Namun, dalam kesibukan kita mencari rezeki ada golongan yang tidak berusaha mengutip segala rezeki yang diturunkan ke bumi ini. Jika kita tidak berusaha mengutip, segala rezeki ini akan jatuh kepada orang yang rajin mengutip setiap hari. Ada juga golongan yang mengutip rezeki setiap hari dengan cara ala kadar, maka kehidupannya hanyalah ala kadar. Sebaliknya ada golongan yang berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat lelah mengutip rezeki setiap hari, maka kehidupannya sungguh mewah hingga akhir hayatnya. Dan ada juga yang hidup mewah dengan rezeki yang dikutipnya sehingga melupakan tanggungjawab kepada tuhan dan manusia yang lain. Maka dia akan lalai dengan rezekinya selama hayatnya, Sebaliknya ada yang banyak mengutip rezeki dan digunakan lebihan rezekinya untuk kerja-kerja kebajikan. Inshaallah hidupnya akan aman dan damai hingga akhir hayat. Ada berbagai cara mengutip rezeki, ada berbagai kisah pahit manis sebalik kehidupan mengutip rezeki. Walau apa pun, biarlah rezeki yang kita kutip halal, bersih dan digunakan untuk kebaikan manusia yang lain.

Mukasurat 32

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #26 : fikir kecil atau FIKIR BESAR


Persediaan minda sebelum menjadi usahawan tidak memerlukan bayaran kos yang mahal. Malah di dalam dunia internet ini terlalu banyak blog yang memberikan tips motivasi keusahawanan yang anda boleh baca dengan percuma. Sebagai salah satu persediaan minda apabila anda ingin menceburi kerjaya sebagai usahawan ialah mengubah corak pemikiran dalam minda. Ubah cara pemikiran daripada berfikir sebagai seorang yang mempunyai minda kecil kepada yang mempunyai MINDA

BESAR.

Ubah pemikiran yang mana satu ketika dahulu dianggap kecil kepada pemikiran yang lebih besar. Dahulu hanya inginkan pekerjaan dengan pendapatan RM3000 sebulan sekarang ingin melakukan kerjaya yang berpendapatan RM100,000 sebulan. Dahulu hanya inginkan berniaga kecilan di gerai ataupun pasar malam tetapi sekarang berfikir untuk membuka outlet perniagaan seluruh Malaysia ! malah ke serata pelusuk dunia. Dahulu kerjaya sebagai usahawan untuk menampung keperluan keluarga tetapi sekarang menjadi usahawan untuk menubuhkan yayasan yang membantu golongan yang susah. Apabila corak pemikiran ini telah sebati dalam minda anda, jiwa anda serta merta akan ada semangat keusahawan yang teguh walaupun ribut taufan melanda. Jika jiwa kita tidak mempunyai minda berfikiran besar, daya saing kita akan lemah menyebabkan cabaran yang datang menjadikan diri kita akan berubah seperti lalang ditiup angin. Ini adalah antara faktor sebahagian besar golongan yang sentiasa menukar perniagaan mereka kerana tidak tahan dengan cabaran yang melanda.

Mukasurat 33

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #27 : Jangan takut dengan angka BESAR


Melihat jutawan yang mempunyai duit yang banyak, perniagaan yang besar dan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat adakalanya membuat seorang pemuda yang baru mula mengenal kerjaya usahawan menelan air liur. Bukan perasaan kagum yang bermain di mindanya tetapi melihat adakah beliau mampu menjadi seperti sang jutawan di hadapan matanya. Gejala takut kepada diri sendiri datang apabila melihat kejayaan orang lain, dia akan memikirkan adakah saya boleh menjadi seperti sang jutawan itu?. Kejayaan mereka yang bergelar jutawan itu semua adalah bermula dengan angka yang kecil. Jangan sekali-kali takut dengan nilai yang besar. Oleh kerana angka yang terlalu besar dalam pencapaian orang yang berjaya membuatkan kita sentiasa membuat tembok yang mengatakan kita tidak boleh menjadi seperti mereka. Mulai hari ini musnahkan pemikiran sebegitu. Bina keyakinan diri dengan mengatakan bahawa :

Aku boleh buat seperti sang jutawan. Kejayaan aku akan bermula secara kecil-kecilan Yakin suatu hari nanti aku akan berada sama seperti dia. Angka kejayaan tidak akan takut kepada aku, tetapi aku akan menggenggam ia

Selamat berjaya dalam mengharungi onak dan duri hidup sebagai usahawan.

Mukasurat 34

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #28 : Sayangi diri anda


Akibat terlalu sibuk dengan perniagaan dan komitmen ke atas keluarga adalah antara sebab musabab utama yang biasa diberikan untuk menolak pelawaan menghadiri aktiviti riadah. Keghairahan masyarakat masakini dalam kerjaya mereka menyebabkan hidup mereka didedikasi sepenuhnya untuk mengejar kejayaan dalam hidup. Belum lagi yang bekerja makan gaji, malah golongan ini kadang-kadang bekerja lebih teruk daripada golongan usahawan. Bagi yang telah berkeluarga mereka memberikan alasan ingin meluangkan masa di samping pasangan dan tiada masa untuk beriadah. Walau bagaimanapun mereka masih muncul dalam majlis makan-makan, seperti berbuka puasa di bulan Ramadhan, majlis rumah terbuka di Syawal dan majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah. Menghadiri majlis makan-makan tiada salahnya tetapi akibatnya akan berlaku bila tiada keseimbangan antara makanan yang masuk dalam tubuh badan dan tenaga yang telah digunakan oleh kerana akibat tabiat makan yang berlebih-lebihan. Makanan yang kita makan kadang-kadang malah selalunya terkandung toksik yang merbahaya kepada tubuh badan. Jadi aktiviti bersenam akan memberikan keseimbangan dalam tubuh badan kita kerana apabila kita aktif bersenam maka toksik dalam badan akan terkeluar dan mengurangkan lemak-lemak yang berlebihan. Kita juga akan sentiasa sihat dan bertenaga sepanjang masa. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit moden zaman kini yang banyak diakibatkan oleh corak diet harian kita. Oleh yang demikian, bagi anda yang sentiasa bekerja kuat sepanjang minggu, luangkankan masa 3-4 jam dalam seminggu untuk bersenam. Tiada alasan bagi yang berkeluarga kerana aktiviti berjoging dan berjalan kaki di taman bersama keluarga dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dan juga memberikan didikan yang baik kepada anak kecil betapa pentingnya menjaga kesihatan. Kita

Mukasurat 35

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

tidak mahu suatu hari nanti mempunyai harta yang melimpah ruah, pangkat yang tinggi dan mempunyai kerjaya yang baik tetapi diri terlantar di katil pada usia yang masih muda.

Mukasurat 36

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #29 : Minda umpama sekeping gambar


Memetik kata-kata mutiara Datuk Dr. Fadzilah Khamsah, minda kita umpama gambar yang diucapkan oleh perkataan. Memang tepat sekali apa yang difikirkan oleh golongan bijak pandai. Apa yang kita sebutkan setiap hari secara tidak langsung akan membentuk peribadi dan corak hidup kita sendiri. Sama seperti apa yang dilakukan oleh orang Islam, berdoa. Apabila kita berdoa (meminta sesuatu permohonan kepada Allah) kita akan berkata-kata. Dan sekiranya kata-kata ini diucapkan berulang kali dengan ikhlas kerana Allah, inshaallah tidak mustahil segala permintaan kita dimakbulkan. Jika diaplikasikan dalam kehidupan kita, sekiranya individu itu sering berkatakata yang tidak baik seperti : susah lah jadi usahawan, penat lah perlu memikirkan bisnes setiap hari, aaaah mustahil untuk buat begini, aku tak mampu buat macam awaksedikit demi sedikit minda akan membentuk imej orang yang gagal, tidak daya saing, cepat mengaku kalah dan berbagai imej negatif yang akan diterjemahkan oleh wajah dan tingkah laku kita. Manakala bagi anda yang sentiasa berkata-kata positif seperti : ya saya mampu buat perkara ini, jangan bimbang kita akan mendapat peluang pada akan datang, kejayaan di tangan kita dan berbagai kata-kata positif yang lain. Maka kata-kata itu akan akan membentuk imej orang yang berjaya, orang yang cekal, orang yang mempunyai daya juang tinggi dalam minda kita. Sedikit demi sedikit wajah dan tingkah laku anda akan membentuk rupa orang yang berjaya. Sentiasa berkata-kata positif dalam percakapan kita.

Mukasurat 37

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Minda #30 : Action ! Action !! Action !!! (Triple A)


Perjalanan untuk kejayaan : 1) The Dream

2) Goals

3) Plan

4) Belief

5) Action Impian, sasaran, perancangan dan keyakinan sememangnya akar umbi

bermulanya perjalanan kepada kejayaan. Khasnya apabila mengatakan berkenaan tajuk keusahawanan. 4 perkara ini siapa sahaja boleh lakukannya. Seseorang itu boleh memulakannya bila-bila masa tanpa mengeluarkan kos yang banyak. Sebagai contoh jika ingin menjadi usahawan, anda boleh melakukan 4 perkara utama ini dalam masa kurang 5 minit. Mengimpikan kejayaan dalam masa 5 tahun akan datang, menetapkan sasaran jualan dan pendapatan, merancang bagaimana untuk memasarkan produk dan keyakinan terhadap produk dan juga kekuatan diri sendiri. Action atau tindakan adalah proses terakhir. Walaupun diletakkan sebagai proses yang terakhir, ia dianggap penentu kepada kejayaan. Jika proses 1-4 disiapkan dengan keputusan yang amat cemerlang, ia masih belum berjaya lagi dengan tindakan susulan yang menjadi penanda aras kejayaan. Anda telah

Mukasurat 38

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

berhempas pulas untuk membuat proses 1-4 dalam menjadi usahawan yang berjaya itu belum cukup. Anda perlu bertindak : mendaftarkan perniagaan, mengkaji permintaan pelanggan, membuat contoh produk dan memasarkan produk anda dengan gigih.

Mukasurat 39

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

PENUTUP
Keinginan untuk berjaya dalam bidang keusahawanan tidak boleh bergantung kepada semangat seperti api yang membara. Semangat tidak cukup untuk menjadikan kita berjaya jika kita tidak melakukan tindakan tanpa menangguhkan lagi segala perancangan untuk tempoh hari demi hari. Tindakan adalah langkah pertama bermulanya kerjaya sebagai usahawan. Namun tindakan tidak cukup lagi untuk berjaya dalam bidang ini kerana ramai yang bertindak, tetapi hanya untuk langkah pertama ataupun langkah kedua ataupun hanya sehingga langkah ketiga. Oleh yang demikian, tindakan yang berterusan menjamin pengekalan dalam kerjaya ini. Lakukan tindakan dengan konsisten tanpa menghiraukan segala cabaran dan dugaan yang datang menimpa. Tindakan yang berterusan menjaminkan kesinabungan hidup dalam bidang keusahawanan. Satu lagi perkara yang perlu kita tanam dalam minda iaitu bukan sahaja semangat yang membara, bukan sahaja tindakan pertama dan bukan sahaja tindakan yang berterusan, ia adalah mengkaji peningkatan prestasi tahun demi tahun. Jika melakukan perniagaan tanpa peningkatan prestasi bermakna tiada peningkatan dalam segi pendapatan. Jika situasi demikian berlaku bermakna kita bekerja seolah-olah seperti kerja makan gaji sahaja. Kaji segala kelemahan yang ada dan perbaiki untuk mengelakkan kelemahan ini datang lagi pada masa akan datang.

Mukasurat 40

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Bonus Khas BINAusahawan.com : 5 Tips Emas Minda Usahawan Cemerlang

TIP # 1 : MEMBENCI ATAU MENGHORMATI ORANG BERJAYA


Salah satu sifat yang mesti ada dalam minda bakal seorang usahawan ialah menghormati orang yang telah berjaya dalam kerjaya perniagaan mereka. Perasaan hasad dengki dan cemburu membabi buta terhadap kejayaan orang lain tidak mendatangkan faedah kepada diri kita. Walaupun secara logik kita akan berfikir dengan memusnahkan perniagaan orang lain kita boleh maju ke depanTIDAK SAMA SEKALI. Jika kita berfikiran sedemikian, musibah pertama yang akan datang kepada kita ialah persepsi / pandangan masyarakat kepada diri kita. Walaupun kita boleh menyorokkan kerja jahat kita lambat laun masyarakat akan mengetahui juga. Jalan untuk maju kehadapan akan sukar kerana masyarakat sekeliling telah melabelkan diri kita sebagai individu yang tidak berguna dan perosak dunia perniagaan. Selain daripada itu juga putaran perniagaan akan terjejas jika kita cuba memusnahkan pesaing perniagaan ataupun perniagaan lain yang bukan daripada bidang kita. Umum sudah tahu walaupun perniagaan adalah daripada perlbagai jenis, kita memerlukan pertolongan dan kerjasama erat antara satu sama lain. Oleh yang demikian jalan untuk maju kehadapan bertambah tambah sukar akibat sifat hasad dengki dengan kejayaan orang lain. Mulai hari ini tanamkan dalam minda kita untuk menghormati dan mempelajari daripada orang yang telah berjaya. Jika kita dapat bersua dengan mereka, jangan lepaskan peluang mendapatkan kata-kata nasihat dan motivasi keusahawanan daripada mereka. Berikan ucapan tahniah jika rakan kita telah

Mukasurat 41

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

berjaya dalam perniagaan mereka. Jika agak sukar bersua dengan mereka, sering membaca kisah-kisah kejayaan mereka daripada akhbar, buku atau internet.

TIP # 2 : BELAJAR JUGA ADALAH PELABURAN


Bukan sahaja pengiklanan adalah pelaburan, menuntut ilmu juga adalah pelaburan jangka panjang yang seharusnya kita perlu ambil berat untuk menjadi usahawan yang berjaya. Dalam usaha untuk memiliki minda usahawan yang berjaya, pada ketika sebelum membuka pintu perniagaan dan ketika membuka perniagaan kita tidak boleh lari daripada belajar, belajar dan terus belajar. Dalam konteks pembelajaran yang diperkatakan ini, bukan bermaksud belajar dalam kelas seperti di sekolah atau di pusat pengajian tinggi. Setiap kali kita lakukan kesilapan anggapkan sebagai satu pelajaran, setiap kali menemui idea baru anggapkan juga sebagai ilmu baru, membaca di internet / akhbar /buku /majalah malah berbual dengan rakan boleh dijadikan pelajaran jika kita pandai mengambil perkara yang baik. Kursus ataupun seminar jangka pendek perlu kita hadiri. Sekurang-kurangnya dalam setahun peruntukkan 2-3 hari untuk mengambil kursus bagaimana mempertingkatkan kemahiran dalam diri kita. Jangan anggapkan bayaran kursus yang bernilai RM1000 hingga jumlah manapun sebagai pembaziran. Banyak yang anda boleh manfaatkan daripada kursus ini. Ada juga kursus yang menawarkan harga yang berpatutan dan maklumat boleh kita dapati di internet ataupun akhbar harian. Setelah kita membuat pelaburan sedemikian, inshaallah hasilnya akan datang sediri kepada diri kita. Praktikkan ilmu yang kita pelajari dan jangan lokek dengan ilmu yang ada, kerana jika kita selalu menyampaikan ilmu walaupun sedikit kepada rakan lain kehidupan akan bertambah berkat dan banyak ilmu akan datang kepada diri kita. Ilmu tidak bernilai harganya, oleh yang demikian carilah

Mukasurat 42

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

ilmu sebanyak mungkin ketika hayat di kandung badan dan sebarkan kepada rakan anda yang lain.

TIP # 3 : FOKUS PELUANG? ATAU FOKUS HALANGAN?


Hidup di Kuala Lumpur memang tidak sempurna jika kita tidak menghadapi kesesakan jalan raya. Malah sesuatu yang janggal jika jalan raya lancar pada waktu puncak. Apabila memandu di jalan raya kita sudah tentu fokus untuk ke destinasi yang ingin dituju. Dalam menempuhi perjalanan ini kita tidak akan terlepas melalui halangan samada jalan yang berlubang atau kesesakan yang sungguh memenatkan. Jika kita asyik memikirkan masalah ini, kita akan rasa putus asa dan tidak akan meneruskan perjalanan. Perumpamaan ini boleh dikaitkan dengan pemikiran orang yang gagal. Dia akan sentiasa meratap atas kesusahan yang dipikul, meletakkan dalam minda bahawa tiada lagi jalan untuk berjaya dalam hidupnya dan setiap masa fokus ke atas halangan tanpa memikirkan jalan penyelesaian. Ini menyebabkan hidupnya tidak akan berubah kepada kemajuan. Bagi orang yang berjaya, dia juga tidak akan lari dari menghadapi halangan. Subjek utama, orang berjaya akan mencari peluang bagaimana menyelesaikan halangannya. Sama juga perjalanan kita sebagai usahawan. Jika asyik setiap hari fokus terhadap halangan, maka kita tidak akan dapat bergerak untuk maju ke hadapan. Perkara yang utama ialah sentiasa fokus kepada peluang. Cari peluang untuk membesarkan perniagaan, fokus kepada sasaran pelanggan, sentiasa memikirkan perkara inovatif yang dapat membantu kepada daya saing perniagaan pada masa depan.

TIP # 4 : MEMUPUK MINDA KEUSAHAWANAN


Berbagai teknik boleh kita aplikasikan untuk memupuk minda keusahawanan dalam diri kita khas bagi yang mula-mula ingin menceburi bidang ini. Melalui pembacaan, minda kita akan selalu dipenuhi kata-kata motivasi keusahawanan

Mukasurat 43

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

yang

akan mengekalkan dan

diri

kita

dalam orang

bidang yang

ini,

menonton dalam

kisah bidang

keusahawanan akan menanamkan imej seorang usahawan dalam minda kita, bergaul berkawan dengan berjaya keusahawanan juga memberikan impak yang sama dalam proses untuk kekal dan terus berjaya dalam bidang ini. Seperti yang telah ramai perkatakan, kita tidak dilahirkan menjadi seorang usahawan. Ada usahawan yang berjaya adalah datang dari keluarga usahawan / keluarga biasa / latar belakang keluarga kaya dan ada juga daripada latar belakang keluarga yang miskin melarat. Ini bermaksud menjadi usahawan bukan hak golongan tertentu. Anda berhak menjadi usahawan asalkan memupuk minda keusahawan setiap hari sehingga sebati dengan jiwa anda. Kejayaan yang dikecapi bukan dengan sekelip mata, tetapi perlu melalui proses perjalanan yang diharungi dengan sabar setiap hari. Bagi yang ingin menceburi bidang ini, teruskan menanam minda kepercayaan ini setiap hari setiap masa. Siramkan dengan kerja yang bersungguh-sungguh setiap hari kerana suatu hari nanti anda layak menikmati buah kejayaan yang anda tanamkan. Ciri orang yang berjaya dalam bidang keusahawanan adalah mereka yang konsisten dalam kerja. Dalam tajuk ini, kita perlu setiap detik untuk memasukkan sebanyak mungkin ciri minda keusahawanan yang patut dicontohi kedalam diri kita.

TIP # 5 : MATLAMAT DAN PERANCANGAN.


Jika kita bergerak untuk menuju destinasi kita sebut perbuatan ini sebagai berjalan, tetapi jika kita bergerak tanpa tujuan kita akan sebut perbuatan ini sebagai jalan-jalan. Bermain bola sepak dengan menjaringkan gol sebagai sasaran adalah perkara biasa, tetapi bermain bola sepak tanpa gol adalah perkara luar biasa. Lebih malang lagi cuba fikirkan jika hidup kita dengan membuat perkara sesuka hati setiap hari tanpa tujuan. Kadang-kadang bekerja kadang kadang tidak, ada masa belajar tetapi tidak belajar pada masa lain, ada hari kita bersukan dan ada hari tidur sahaja di rumah.

Mukasurat 44

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

Jika hidup tanpa perancangan dan matlamat, ia akan merugikan diri sendiri. Kehidupan keluarga, masyarakat dan negara akan menjadi huru hara. Menanamkan minda dengan menetapkan matlamat dan perancangan dalam bidang keusahawanan sangat sangat penting walaupun perkara ini di sebut berjuta kali dalam setiap blog motivasi tetapi perkara ini juga yang banyak kali dilupai apabila berada dalam gelanggang keusahawanan. Tetapkan matlamat dan perancangan, inshaallah perjalanan akan lebih lancar dan teratur kelak. Selamat maju jaya dan tiada yang mustahil.

Mukasurat 45

30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang daripada www.BINAusahawan.com

BIODATA PENULIS

Ahmad Azal Afarok berasal daripada Gombak Selangor, graduan daripada Otaru University of Commerce dalam jurusan Ekonomi Antarabangsa. Meminati bidang perniagaan sejak menuntut di menara gading melalui pembacaan buku biografi tokoh-tokoh perniagaan ternama. Peluang menghadiri kuliah-kuliah khas dalam bidang perniagaan yang menjemput tokoh perniagaan negara matahari terbit itu mendekatkan beliau kepada dunia perniagaan semasa di menara gading lagi.

Setelah

tamat

pengajian,

beliau

sempat

berkhidmat

dengan

syarikat

multinasional daripada Jepun selama 6 bulan. Atas keinginan membara dalam bidang perniagaan beliau terus terjun dalam bidang perundingan Takaful dan kini mempunyai agensi sendiri dan giat aktif melatih perunding Takaful baru. Hasil pengalaman dan pemerhatian dalam bidang kejurulatihan perunding Takaful, timbul idea untuk mengembangkan ilmu pengurusan perniagaan dan motivasi keusahawanan secara praktikal dengan melalui penulisan di blog beliau (www.BINAusahawan.com) dan ebook.

Mukasurat 46