Anda di halaman 1dari 31

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

TAJUK 4

KONSEP BIODIVERSITI DAN SPESIS

1.1

Sinopsis Biodiversiti merupakan sistem sokongan hidupan antara satu sama lain. Ia merangkumi

semua hidupan termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan (invertebrata dan vertebrata),bakteria,kulat dan serangga. Kepelbagaian biologi atau biodiversity didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya. Dianggarkan jumlah bilangan spesies yang hidup di muka bumi ini melebihi 100 juta spesis. 1.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda dapat: i. ii. 1.3 Menyatakan maksud biodiversiti dan kepentingan menghargainya Menyatakan konsep spesis

Konsep Biodiversiti Biodiversiti adalah kepelbagaian kehidupan yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang diwakili oleh spesis-spesis yang wujud. Biodiversiti termasuk sejumlah bilangan variasi dari aras-aras yang berbeza dalam dunia semulajadi yang melibatkan genetik, spesis dan ekosistem ( Ricklefs & Miller).Begon et al. pula menyatakan bahawa biodiversiti adalah istilah yang boleh digunakan untuk menerangkan jumlah spesis , jumlah variasi genetik atau jumlah jenis komuniti yang hadhir dalam sesuatu kawasan.

1.4

Kepentingan Menghargai Biodiversiti Biodiversiti adalah anugerah Allah yang tidak ternilai dan sangat penting bagi kita

menghargainya. Ini adalah kerana biodiversiti mempunyai kepentingan-kepentingan kepada keseimbangan alam dan juga manusia.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

1.4.1 Kepentingan Kepada Alam Sejagat 1.4.1.1 Pengekalan Kitar Hidrologi (Kitar Air) Hidupan semula jadi berfungsi sebagai penyerap air. Tumbuhan hijau menyerap air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikit bila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir. 1.4.1. 2 Memodifikasi Iklim Dunia Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim dunia. Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu. Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini. 1.4.1.3 Mengawal Hakisan Tanah Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak timpaan air hujan. Ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah. Selain itu,akar berfungsi mengikat tanahdan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi dan cerun bukit. Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah. Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi mengurangkan kesan pukulan ketika rebut. Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa. 1.4.1.4 Menyelenggara Kitar Oksigen dan Kitar Nitrogen Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan. Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

1.4.2 Kepentingan Kepada Manusia 1.4.2.1 Mempunyai Nilai Perubatan

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenal pasti berfungsi sebagai antikanser. Kekayaan kepelbagaian biodiversiti menyumbangkan US$8 bilion setahun untuk menghasilkan ubat-ubatan seperti tumbuhan herba dan gamat. Penyaringan dan pemprosesan flaura dan fauna menghasilkan pelbagai produk komersial, seperti Tongkat Ali (Eurycoma longifolia), Misai Kucing (Orthosiphon staminues) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila). Ini dapat memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia. Antara 234 spesis yang dapat dikesan di malaysia yang berupaya menyembuhkan penyakit adalah seperti berikut: Ceri barbados,Cermai, chinese honeysuckle, Cucur atap, Daun Dewa, Daun segugur, Delima, Depu Pelanduk, Derhaka Mertua, Dukung Anak, Durian Belanda, Ekor Anjing,Embun tengahari, Gadis Lompat, Gaharu/depu, Gajus, Galak tua, Gandarusa, Garuda, Gelam Tikus, Gelenggang, Gorek, Halia, Hamba Raja, Hempedu beruang, Hempedu bumi, Hujan panas, Inai, Jambu batu, Jarak Minyak, Jarak pagar, Jarum Mas, Jarum tujuh bilah, Jelai, Jerangau, Jeremin, Jeruju, jerun, jintan hitam, Kacang Malabar, Kacang telang, Kaduk, kancing baju, Kancing Baju Merah, Kantan, Kapalterbang, Kari, kayu manis, Kecubung, Keladi candik, Keladi Tikus, Kelapa, Kemangi, kembang semangkuk, kemoyang, Kemunting, Kemunting Cina, Kenerak, Kerak-kerak nasi, Kerian, Kermak putih, Kesum, Kesumba, Ketumbar jawa, Ketumpangan air, Kucing galak, Kulim, Kunyit, Kunyit Hitam, Lada Hitam, Laici, Lakum, Larak, Lemba, Lemon Balm, Lempoyang gajah, Lemuju, Lemuni, Lengkuas, Lengkuas geting, Lenjuang merah, letup-letup, Lidah buaya, Limau kasturi, Limau Purut, Lontar, mahkota dewa, Maman Hantu, Maman Ungu, Mambu, Manggis, Mas cotek, Mata Ayam, Matakucing Pingpong, Melada pahit, Memali, Mempelas, Mengkirai, Mengkudu, Mengkunyit, Misai ali, Mulberi, Nam Nam, Oregano, Paku Tunjuk Langit, Pala, Palas, Pandan wangi, Patawali, patikan kerbau, pegaga, Penaga, Perah, Peria pantai, Periuk Kera, Petai, Petai belalang, Pokok ajaib, Pokok lelipan, Pokok Manjakani(mempening), Pokok Nilam, Pokok Tea, Pudina, Pulosari, Pulut-pulut, Putat, Rosemary, Rozel, Ruku Hitam, Rumput Israel, Sagu Bemban, Salam, Sambung Nyawa, Sarang semut, Sedap Malam, Sehelai setahun, Sekentut, Selada, Selai Jendela, Selasih, Selasih dandi, Selom, Sembung, Senduduk, Senduduk Paksa, Senduduk putih, Senna mekah, Sepang, Serai, Serai aceh, Serai Wangi, Setawar, Setawar Putih, Sintok, Sirih, Sri Gading, Stevia, Subang nenek, Sundal malam, Sungkai, Susun kepala, Tebengau, Teja, Temu hitam, Temu kunci, Temu lawak, Tenggek Burung, Tepus Kesing, Tepus Tanah, Teratai, Terung asam, Terung Kemar, Terung Ranti, Terung susu kambing, Timun betik, Tomato, Tongkat Ali Hitam, Tutup

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Bumi, Ubat Kurap, Ubi jaga, Ubi sarek, Ulam raja, Ulat Bulu, Urang-Aring, Vanila, Yesterday, today, tomorrow, Zodia dan banyak lagi yang tak dapat disebut disini.

Pokok Misai Kucing; Ubat Kencing Manis

Pegaga; Anti Kanser

1.4.2.2 Membekalkan Bahan Mentah Kepada Manusia Pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti boleh membekalkan makanan dan minuman yang cukup kepada manusia seluruhnya. Contohnya hidupan akuatik yang terpelihara dapat membekalkan sumber protin secukupnya kepada manusia. Sumber makanan berasaskan ikan didapati dengan banyak jika laut tidak tercemar. Air bawah tanah boleh membekalkan air mineral , manakala sungai membekalkan air minuman kepada hidupan. Biodiversiti juga membekalkan bahan mentah untuk kegunaan industri seperti minyak kelapa sawit dan getah.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Getah; Sumber Bahan Mentah yang penting

Ikan adalah bahan makanan yang penting kepada Manusia.

1.4.2. 3 Biodiversiti Menjadi Tempat Riadah Tempat-tempat riadah atau rekreasi biasanya dipilih di kawasan hutan simpan dan air terjun. Pesisir pantai juga menjadi tempat rekreasi yang menarik. Kehijauan hutan hujan tropika yang membekalkan udara segar kepada manusia boleh membantu menyihatkan badan. Keindahan pantai dan muara sungai boleh mendatangkan ketenangan jiwa.

Air Terjun adalah tempat rekreasi yang menarik

Muara Sungai kaya dengan pelbagai spesis

1.4.2.4 Mempunyai Nilai Intrinsik Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai Nilai tersendiri dan Hak untuk hidup. Setiap fauna dan flora mempunyai hak asasi dan keistimewaan masing-masing. Semuanya dijadikan Allah untuk kegunaan manusia. Kepandaian manusialah yang akan memastikan pengekalan semua benda hidup di muka bumi ini. Jika manusia melakukan kezaliman ke atas biodiversiti ini, bermakna manusia menempah kesukaran hidup di masa depan dan memusnahkan peluang anak cucu mereka untuk hidup dengan sempurna.

Aktiviti 1 Huraikan Kepentingan Biodiversiti.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

1.5 Konsep Spesis Spesies adalah konsep taksonomi yang digunakan dalam biologi untuk menunjuk pada populasi organisma yang sejenis atau serupa dalam beberapa hal yang penting. Biasanya, organisma-organisma tersebut boleh membiak bersama. Dalam pengelasan saintifik, satu spesies diberikan tatanama binomial dalam bentuk nama genus dan diikuti satu nama unik, dan ditulis dalam keadaan condong. Contohnya ialah Homo sapiens, Panthera tigris dan Hibiscus rosa-sinensis. Homo adalah genus dan sapiens adalah spesis. Panthera adalah genus dan tigris adalah spesis.

Panthera tigris (Harimau) Aktiviti 2 Beri 5 contoh spesis haiwan liar yang terdapat di dalam hutan hujan tropika. Berikan 5 contoh spesis tumbuhan herba yang boleh didapati dalam negara kita. TAJUK 5 SPESIS BARU DAN KEPUPUSAN

1.1

Sinopsis Sebenarnya spesis baru adalah modifikasi dari spesis sedia ada melalui beberapa

kaedah. Antara kaedah-kaedahnya adalah seperti pemilihan secara semulajadi, pemilihan ekologi dan pemilihan seks. Pemilihan secara semulajadi ialah proses dimana sifat-sifat dominan diwarisi turun temurun oleh sesuatu organisma untuk bermandiri dan membiak

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

dengan jayanya melalui variasi genetik. Pemilihan ekologi merangkumi mana-mana mekanisme pemilihan sebagai kesan persekitaran . Pemilihan seks terbahagi kepada dua iaitu intraseks dan interseks. Dalam intraseks, berlakunya persaingan sesama individu yang sama jantina dalam sesebuah populasi manakala interseks, ialah satu jantina mengawal pembiakan dengan memilih di kalangan pasangan-pasangan yang sedia ada dalam sesebuah populasi. Pengawanan secara berpilih menyebabkan berkurangnya aliran gen . Kepupusan biodiversiti ialah suatu fenomena yang menyebabkan biodiversiti semakin menghilang dan akhirnya lenyap. Spesis fauna dan flora semakin pupus dan tidak muncul-muncul lagi. Kepupusan spesis pula disebabkan oleh beberapa faktor seperti Variasi Genetik Berkurangan , pembersihan hutan, bencana alam, pencemaran alam sekitar dan pembukaan kawasan pelancongan dan kawasan sukan di dalam hutan. 1.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda dapat: i. ii. Menyatakan bagaimana spesis baru dihasilkan Menyatakan bagaimana kepupusan spesis boleh berlaku

1.3 Kemunculan Spesis Baru Kemunculan spesis baru boleh berlaku dalam beberapa keadaan seperti berikut:1.3.1 Pemilihan secara semulajadi Pemilihan secara semulajadi ialah proses dimana sifat-sifat dominan diwarisi turun temurun oleh sesuatu organisma untuk bermandiri dan membiak dengan jayanya melalui variasi genetik. Contohnya, di United Kingdom rama-rama Biston betularia wujud dalam dua warna iaitu berwarna terang dan gelap, tetapi ketika revolusi perindustrian, kebanyakkan pokokpokok yang didiami oleh rama-rama ini menjadi hitam akibat terkena jelaga, sekaligus memberi kelebihan kepada rama-rama berwarna gelap untuk bersembunyi dari pemangsa. Ini memberi peluang yang lebih cerah kepada rama-rama berwarna gelap untuk bermandiri dan membiakkan anak-anak berwarna gelap, sehingga beberapa generasi kemudiannya majoriti rama-rama ini berwarna gelap. Rama-rama ini mengalami adaptasi (penyesuaian diri) mengikut ekologinya. Pemilihan semula jadi boleh bertindak pada mana-mana sifat fenotip dan sering menghapuskan varian-varian yang kurang dominan. Pemilihan semula jadi berlaku di setiap

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

peringkat hidup setiap individu. Dari segi kedominanan , individu yang lebih dominan akan lebih berpeluang menghasilkan zuriat untuk generasi seterusnya, manakala individu yang kurang dominan berkemungkinan mati awal atau gagal membiak. Kesannya, alel yang meningkatkan kedominanan secara amnya menjadi lebih banyak pada generasi seterusnya, manakala alel yang mengurangkan kedominanan itu semakin kurang. Dalam setiap generasi, mutasi dan gabungan semula baru timbul secara spontan, maka terhasilnya spektrum fenotip yang baru dan akan menghasilkan spesis yang mempunyai ciri-ciri baru. 1.3.2 Pemilihan Ekologi Pemilihan ekologi merangkumi mana-mana mekanisme pemilihan sebagai kesan persekitaran . Sesetengah organisma akan mengalami modefikasi mengikut ekologi dan habitat kehidupan mereka yang sering berubah. Ini seolah-olah menghasilkan satu spesis baru walaupun sebenarnya adalah spesis asal yang mengalami proses modefikasi .Setiap organisma yang boleh menyesuaikan diri dengan ekologi akan terus hidup sehingga mencapai usia dewasa dan membiak, dan mempunyai keupayaan kemandirian yang tinggi. 1.3.3 Pemilihan seks Pemilihan seks terbahagi kepada dua iaitu intraseks dan interseks. Dalam intraseks, berlakunya persaingan sesama individu yang sama jantina dalam sesebuah populasi manakala interseks, ialah satu jantina mengawal pembiakan dengan memilih di kalangan pasanganpasangan yang sedia ada dalam sesebuah populasi. Selalunya, pemilihan intraseks melibatkan persaingan jantan lawan jantan, manakala pemilihan interseks melibatkan si betina memilih si jantan yang sesuai. Namun begitu, keadaan sebaliknya berlaku untuk sesetengah spesies, seperti si jantan paling cerewet memilih pasangannya; contoh terbaik diperhatikan pada sesetengah ikan dalam famili Syngnathidae, selain itu juga sesetengah spesies amfibia dan burung. Ada ciri-ciri yang terhad kepada satu jantina dalam spesies tertentu, dan ini boleh diterangkan dengan pemilihan yang dilaksanakan oleh jantina lain ketika memilih pasangan, misalnya, sesetengah burung jantan memperagakan bulu yang berwarna ranggi. Begitu juga, kelangsangan sesama ahli-ahli yang sama jantina boleh dikaitkan dengan ciri-ciri yang amat menonjol, seperti tanduk rusa yang digunakan untuk berlawan. Secara amnya lagi, pemilihan intraseks sering dikaitkan dengan dimorfisme seks, termasuklah perbezaan saiz badan antara jantan dan betina dalam suatu spesies.

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

1.3.4 Pengawanan Secara Berpilih Pengawanan secara berpilih menyebabkan berkurangnya aliran gen. Pengawanan berpilih menyebabkan pengawanan sesama ciri dan mungkin menghasilkan spesis-spesis yang amat berbeza, Pembiakan kacukan yang berlaku dalam tumbuh-tumbuhan dan spesies haiwan seperti ikan siklid boleh menghasilkan spesis-spesis baru. 1.4 Kepupusan Biodiversiti Kepupusan biodiversiti ialah suatu fenomena yang menyebabkan biodiversiti semakin menghilang dan akhirnya lenyap. Spesis fauna dan flora semakin pupus dan tidak muncul-muncul lagi. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kepupusan ini. Antaranya adalah seperti berikut:1.4.1 Variasi Genetik Berkurangan Pemilihan semula jadi menyebabkan berkurangnya variasi genetik melalui penghapusan individu yang maladaptasi (kurang beradaptasi), dan juga mutasi-mutasi yang menyebabkan maladaptasi itu. Pembiakan sesama sendiri dalam keluarga menyebabkan generasi anak mempunyai ketahanan kepada penyakit yang sama. Jika sekiranya berlaku kurang ketahanan kepada penyakit, maka semua anggota populasi tersebut akan terkena penyakit. Ini akan menyebabkan berlakunya kematian keseluruhan populasi yang mana akhirnya populasi itu akan pupus.

1.4.2 Pembersihan Hutan Hutan adalah habitat semulajadi spesis-spesis. Umum mengetahui bahawa hutan yang paling teruk terjejas ekoran ketamakan manusia ialah hutan hujan tropika di Amerika Syarikat, Asia Tenggara dan Afrika. Di negara kita sendiri habitat hutan telah banyak di musnahkan bagi tujuan pembangunan, perumahan, kawasan pertanian,dan sebagainya. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan spesies-spesies ini akan kehilangan habitat semulajadi mereka. Ahli biologi menganggarkan bahawa kawasan seluas 10 km2 mengandungi dua kali ganda spesis dengan kadar purata 1 km2.langkah mengurangkan ekosistem kepada satu per sepuluh jumlah asal akan menyebabkan sesetengah daripada spesies akan mengalami kepupusan.contohnya haiwan aras tertinggi dalam kitar makanan seperti singa,harimau,gajah

10

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

dan sebagainya memerlukan habitat yang luas bagi memastikan jumlah spesies dapat dikekalkan.

1.4.3 Bencana Alam Bencana alam seperti letusan gunung berapi , kebakaran hutan yang besar , taufan, banjir, tanah runtuh dan sebagainya memberikan impaks yang tidak kurang hebatnya kepada biodiversiti. Banyak spesis tumbuhan dan haiwan mati disebabkan oleh pelbagai bencana yang melanda bumi. 1.4.4 Pencemaran Alam Sekitar Pencemaran alam sekitar mendorong kepada pencemaran ekosistem dan pencemaran habitat. Terbukti bahawa apabila sesuatu kawasan itu tercemar maka secara tidak langsung spesis di kawasan itu akan mula berkurangan mungkin kerana spesies mati atau berpindah ke tempat yang selamat. Pencemaran boleh berlaku dalam banyak bentuk seperti pencemaran udara, air, tanah dan sebagainya. Pencemaran air dan tanah oleh bahan-bahan kimia hasil dari aktiviti manusia menyumbang kepada kepupusan spesis hidupan air dan hidupan tanah termasuk juga tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuhan eksotik akan mengalami kepupusan yang ketara apabila kawasan semulajadi mereka tercemar. Pencemaran air tawar, air laut dan tanah boleh membawa kepada lenyapnya jumlah spesis dalam sesuatu ekosistem. Racun serangga dan baja pertanian yang berlebihan boleh meresap masuk ke dalam tanah dan menyebabkan pencemaran tanah. Racun dan baja ini juga akan melarut lesap ke dalam aliran air bawah tanah di mana air ini memasuki sungai dan laut di mana ia akan menjejaskan segala hidupan akuatik di kawasan yang diliputinya. Manakala pencemaran atmosfera pula boleh menyumbang kepada perubahan iklim yang mendadak dan di jangka akan mengakibatkan gangguan kepada taburan spesis dan akhirnya membawa kepada kepupusan biodiversiti. 1.4.4 Pembukaan kawasan pelancongan dan kawasan sukan di dalam hutan Hal ini dapat dilihat apabila sesuatu tempat baru yang ingin dibuka untuk dijadikan kawasan pelancongan dan sukan secara tidak langsung kawasan itu akan dibersihkan dan ciriciri geografinya akan turut terjejas seterusnya ekosistem di dalam hutan tersebut akan

11

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

terganggu dan menyebabkan kestabilan alam turut terjejas. Situasi seumpama ini akan menyebabkan kepupusan biodiversiti. 1.5 Kesan Kepupusan Biodiversiti 1.5.1 Perubahan Iklim Aktiviti penyahutanan akan mengurangkan jumlah pokok yang amat ketara sekarang ini. Pengurangan hutan akan mengurangkan proses transpirasi,kekerapan hujan,dan kadar penggunaan dalam atmosfera semasa proses fotosintesis. Penggunaan karbon dioksida oleh pokok bagi tujuan fotosintesis akan berkurang dan ini akan menyebabkan paras karbon dioksida dalam atmosfera meningkat yang kemudiannya menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau yang membawa kepada fenomena pemanasan global. Pemanasan global akan meningkatkan suhu bumi yang akan memberi kesan kepada kecairan ais dan glasier di kutub utara dan selatan. Pencairan ais akan meningkatkan isipadu air laut yang menyebabkan paras air laut meningkat dan menenggelamkan daratan sedikit demi sedikit. Fenomena ini akan merubah lanskap muka bumi. Pemanasan global juga akan mempengaruhi tekanan angin dunia dan suhu akuatik dunia. Semua ini akan mengubah hala tiupan angin dan juga arah aliran arus laut. Ini akan menyebabkan perubahan iklim yang sangat ketara dewasa ini.

1.5.2 Kehilangan Sumber Bahan Mentah Kepupusan biodiversiti juga mengakibatkan kehilangan sumber bahan mentah yang berpotensi untuk pelbagai tujuan dan nilai yang tinggi. Aktiviti manusia yang mengubah ekosistem akan menyebabkan hilangnya diversiti genetik sesuatu spesis sekaligus menyebabkan berlakunya kepupusan.Malah kepelbagaian diversiti juga akan berkurangan akibat daripada kehilangan takungan genetik yang sedia ada. Kehilangan diversiti akan mempengaruhi rantai dan siratan makanan dalam ekosistem. Akhirnya semua makhluk bumi akan mengalami krisis makanan dan ini akan mempercepatkan lagi proses kepupusan. 1.6 Langkah Mengatasi Kepupusan Biodiversiti

12

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

1.6.1 Kempen Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar hendaklah dilaksanakan oleh kerajaan bermula pada peringkat awal kanak-kanak lagi. Subjek pendidikan alam sekitar hendaklah diwajibkan dalam semua peringkat persekolahan hinggalah ke universiti. Di samping itu bagi golongan pekerja dan masyarakat hendaklah didedahkan sebanyak mungkin dengan kempenkempen kesedaran tentang betapa pentingnya alam sekitar lestari. Langkah ini amat dperlukan bagi mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat bagi menyelamatkan dunia ini daripada terus dimusnahkan oleh tangan-tangan manusia. 1.6.2 Penguatkuasaan Undang-undang Alam Sekeliling Akta Alam Sekeliling 1974 jelas memperuntukan undang-undang yang boleh diguna pakai dalam memelihara alam sekitar. Penguatkuasaan oleh kerajaan boleh dilakukan dengan penggunaan teknologi pemeliharaan biodiversiti yang banyak terdapat sekarang ini. Teknologi GPRS (General Packet Radio Service) merupakan teknologi yang praktikal untuk digunakan secara global pada masa kini bagi pemantauan biodiversiti menerusi satelit. Sensor dipasang di bahagian tertentu spesis haiwan terancam untuk memudahkan pemantauan dan kawalan yang lebih bersistematik. Kerajaan juga hendaklah bertindak tegas dengan pihak yang melakukan aktiviti pembalakan dan pemburuan haram supaya ianya tidak terus membarah dalam kalangan rakyat negara ini.Undang-undang lama yang tidak relevan hendaklah diganti dengan undangundang baru yang sesuai dan mampu mengekang aktiviti yang amat merugikan negara ini. AKTIVITI 3 AMALI 2 : Bila di katakan satu Spesis? Taxonomi dan Pengekalan Aliran Kepelbagaian Biologi Pengenalan Kepelbagaian biologi dunia boleh dibahagikan kepada tiga aras. Pertama dan paling asas termasuklah semua spesis atas muka bumi. Paling kecil pada aras ini ialah kepelbagaian genetik (genetic diversity) dan paling luas termasuklah komuniti dan ekosistem. Sesuatu spesis boleh didefinisikan melalui dua kaedah (pendekatan) yang berbeza. (1) Spesis biologi dimana individu-individu berupaya membiak bersama dengan jayanya

13

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

(2) Spesis morphologi di mana individu-individu pada kelihatannya sama pada morphologinya atau binaan biokimianya. Kaedah kedua inilah yang sering digunakan untuk menentukan spesis individu apabila kita tidak ada sebarang maklumat tentang perlakuan pembiakan individu. Kebanyakan tumbuhan dan invertebrata termasuk dalam kategori ini. Saintis yang pakar dalam menentukan dan menggolongkan spesis dalam sesuatu kumpulan dkenali sebagai taksonomis (taxonomists). Taksonomi sangat penting dalam pemuliharaan biodiversiti, tetapi tidak cukup berupaya untuk membezakan antara spesis atau keliru dalam memberi nama-nama spesis. Ini menyebabkan usaha-usaha perlindungan dan pencegahan menjadi lambat. Taxonomi hanyalah pemudahcara, yang membolehkan kita menamakan semua perkara yang berbeza (taxa) di atas muka bumi. Sering terdapat perbezaan yang besar antara individu daripada spesis yang berbeza, dan ia mungkin sukar untuk memutuskan bagaimana untuk memisahkan kumpulan individu dalam spesis berasingan. Ini benar apabila kita hanya mempunyai beberapa sahaja ciri-ciri morfologi untuk membantu kita. Sebagai contoh, bagaimana ciri-ciri sepunya yang ada pada setiap individu perlu ada supaya mereka boleh dianggap spesis yang sama? Walaubagaimana pun, kaedah bagaimana kita mengelaskan organisma-organisma di bumi ini mempunyai pengaruh yang besar untuk tujuan pemuliharaan biodiversiti. Dalam amali ini kita akan kita kan menyiasat kesukaran-kesukaran yang akan kita tempohi apabila kita cuba menentukan elemen-elemen asas biodiversiti- spesis menggunakan contoh hepotetikal.

Tugasan Contoh Hepotetikal ( Hypothetical Example) - MoonMorphs Seorang saintis mendarat di permukaan bulan dan dalam masa lima minit, beliau mula mengumpul sebilangan moonmorphs di permukaan bulan. Moonmorphs itu dibawa balik ke bumi untuk direkodkan sebagai biodiversiti dari bulan (Biodiversity of the Moon). Anda diberi tugas mengelaskan moonmorphs tersebut ke dalam kumpulan spesis yang berbeza.

14

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Pecahkan ke dalam 4 kumpulan. Gunting satu set dari moonmorphs dan kelaskan mengikut spesis dengan berdasarkan ciri-ciri sepunya yang terdapat pada mereka. Catatkan jumlah setiap spesis. Andaikan semuanya dewasa dan tiada perbezaan yang kelihatan antara jantan dan betina. Anda tiada maklumat tentang habitat atau perlakuan mereka, jadi anda hanya boleh menggunakan ciri-ciri morfologi sahaja sebagai pemerhatian.

Adakah anda mempunyai 29 spesis, atau anda kelaskan individu-individu secara bersama ke dalam sesuatu spesis?

Laporan Anda Laporan anda mestilah mengandungi tajuk, pengenalan yang menerangkan tentang amali tersebut dan perbincangan (lebih kurang 300 perkataan) berdasarkan soalan-soalan berikut. Laporan ini boleh ditulis sebagai soalan dan jawapan, tetapi mestilah rujukannya betul.

Apakah ciri-ciri yang anda tekankan apabila meletakkan beberapa moonmorphs dalam kumpulan yang sama ? Mengapa anda memilih ciri-ciri tersebut ? Kenapa tidak pilih yang lain-lain ? Adakah semua individu dalam satu spesis mesti serupa keseluruhannya? Berapa banyak variasi antara individu yang boleh diterima dalam satu spesis? Apakah akan terjadi kepada spesis yang anda pilih jika anda menerima tahap variasi individu yang tinggi? Apa pula yang akan terjadi jika anda menerima tahap variasi yang terlalu rendah? Terangkan bagaimana para taksonomis mungkin memecahkan satu spesies kepada dua atau lebih spesies "baru Apakah faktor-faktor yang menyebabkan variasi dalam individu dari sesuatu spesis terjadi? Bagaimana spesis MoonMorphs ini dipanggil morphospecies? Huraikan bagaimana spesis yang anda pilih tidak dari kalangan spesis biologi.

Tarikh hantar: semasa interaksi ketiga

15

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Laporan ini memenuhi 5% dari jumlah besar markah.

MoonMorphs

16

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

17

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

18

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

TAJUK 6

PEMULIHARAAN IN-SITU

1.1

Sinopsis Pemuliharaan in situ (in- site) merupakan pemuliharaan terhadap spesis yang telah

sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini agak sukar dijalankan disebabkan oleh keadaan habitat dan ekosistem semulajadi yang semakin hari semakin banyak mengalami perubahan dan pembangunan. Usaha pemuliharaan in-situ ini perlu diberi perhatian dan perlu melalui pelbagai teknik bagi memastikan ianya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Usaha pemuliharaan ini termasuklah pembangunan yang efektif, rekabentuk yang kreatif, pemeliharaan habitat semulajadi dan rekreasi, pengurusan kawasan hutan simpan (protected area) dan mempromosi serta memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pemeliharaan tumbuhan dan alam semulajadi secara mampan. Strategi pemuliharaan in-situ adalah strategi pemuliharaan jangka panjang dan terbaik. Namun begitu peningkatan aktiviti manusia boleh mengakibatkan spesies hidupan liar pupus melalui hakisan genetik, pengeluaran sumber secara berlebihan, pembiakbakaan yang terhad, perubahan persekitaran, serangan penyakit serta persaingan dengan spesies eksotik (spesies invasif). Dalam topik ini, anda akan diberi pendedahan tentang populasi semulajadi dan habitat semulajadi. 1.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda dapat: i. memahami Populasi Semulajadi ii. memahami Habitat Semulajadi 1.3 Pemuliharaan In-Situ Pemuliharaan in situ (in- site) merupakan pemuliharaan terhadap spesis yang telah sedia ada di habitat asalnya. Kaedah ini banyak dijalankan dengan menubuhkan taman-taman negara di negara masing-masing. Contohnya di Malaysia, Taman Negara yang meliputi

19

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Kelantan Selatan dan Pahang. Taman Laut juga adalah jenis pemulihan in-situ seperti Taman Laut di Pulau Perhentian, Terengganu. 1.4 Populasi Semulajadi Populasi semulajadi adalah sekumpulan individu yang sama spesies hidup dalam ruang yang sama pada masa tertentu dalam ekologi semulajadi mereka. Individu-individu dalam populasi semulajadi saling berinteraksi satu sama lain dan membiak di antara sesama mereka. Konsep populasi banyak dipakai dalam bidang ekologi dan genetik. Para ekologis menyatakan bahawa populasi adalah satu unsur dari ekosistem yang lebih luas. Populasi suatu spesies adalah sebahagian dari suatu komuniti. Ahli-ahli genetik menyatakan bahawa populasi adalah sebagai wadah bagi pertukaran alel-alel yang dimiliki oleh individu-individu dalam populasi tersebut. 1.5 Habitat Semulajadi Habitat semulajadi adalah kawasan kediaman setiap spesis atau populasi spesis secara semulajadi. Hutan merupakan habitat semulajadi kepada fauna dan flora. Hutan Malaysia mempunyai kepelbagaian hidupan atau biodiversiti serta menjadi habitat kepada pelbagai flora dan fauna. Terdapat 8 000 spesies bunga dan 2 600 spesies pokok kayu di hutan Malaysia. Terdapat 280 spesies mamalia, 600 spesies burung dan 140 spesies ular, 165 spesies katak dan 1 000 spesies rama-rama. Di antara spesies-spesies flora dan fauna ini ada yang tidak dapat ditemukan di negara-negara lain.

20

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

TAJUK 7

PEMULIHARAAN EX-SITU

1.1

Sinopsis Pemuliharaan ex-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap organisma samada fauna

dan flora di luar habitat semulajadi mereka. Bagi flora spesis tumbuhan yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya akan dipelihara dalam kawasan yang disediakan. Sampel atau spesis tumbuhan yang diambil ini bukan sahaja terhad kepada sesetengah bahagian tumbuhan itu, malah ia merangkumi biji benih, debunga, bahagian vegetative seperti propagul, sel dan tisu kultur. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manfaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini. Bagi fauna spesis yang dikategorikan sebagai terancam atau akan mengalami kepupusan akan dilindungi dan dibiakbaka dalam kurungan atau habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi spesis tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai. Pemuliharaan ex situ hidupan liar fauna dijalankan di zoo , aquarium dan program pembiakaan kurungan manakala pemuliharaan flora dijalankan di taman botani, arboreta dan bank benih. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manafaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini. Program pembiakbakaan kurungan hidupan liar merupakan salah satu kaedah yang dijalankan untuk memastikan spesies-spesies hidupan liar tidak pupus. Tujuan program pembiakbakaan hidupan liar flora dan fauna diwujudkan antara lain ialah:

21

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

1. Impak ke atas hidupan liar di kawasan pemuliharaan in-situ dapat dikurangkan. 2. Membiakkan spesies hidupan liar flora dan fauna yang dilindungi sepenuhnya ke satu tahap populasi yang sihat sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya. 3. Membiakkan spesies hidupan liar flora dan fauna yang dilindungi dan mempunyai nilai ekonomi di dalam kurungan. 4. Membiak spesies yang mempunyai nilai rekreasi. Program pembiakbakaan kurungan boleh dijalankan melalui beberapa kaedah seperti, permanian beradas (artificial insemination), peliharaan silang (cross fostering), pemindahan embrio (embryo transfer) dan pengeraman buatan (artificial incubation). Terdapat beberapa organisasi yang menjalankan aktviti pemuliharaan ex situ seperti Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar, Jabatan Pertanian, FRIM dan organisasi-organisasi lain. Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar telah mewujudkan beberapa pusat pembiakbakaan kurungan hidupan liar fauna sejak beberapa tahun yang lalu seperti Pusat Pembiakan Seladang, Pusat Pembiakan Burung Kuang, Pusat Pembiakan Rusa Sambar, Pusat Pembiakan Tapir, Pusat Pembiakan Napoh/Pelanduk dan Pusat Pembiakan di Zoo Melaka. Bagi hidupan liar flora pula, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian, FRIM dan lain-lain organisasi telah membangunkan beberapa pusat pemuliharaan ex-situ seperti taman botani dan arboretum. Program pembiakbakaan kurungan boleh dijalankan melalui beberapa kaedah seperti, permanian beradas (artificial insemination), peliharaan silang (cross fostering), pemindahan embrio (embryo transfer) dan pengeraman buatan (artificial incubation).

1.2

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda dapat: 1. Memahami tentang Zoo dan Akuarium 2. Memahami tentang Taman Botani dan Arboreta 3. Memahami tentang Bank Benih

1.3

Pemuliharaan ex-situ

22

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Pemuliharaan ex-situ merupakan pemuliharaan terhadap organisma samada fauna dan flora di luar habitat semulajadi mereka.Terdapat beberapa organisasi yang menjalankan aktviti pemuliharaan ex situ seperti Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar, Jabatan Pertanian, FRIM dan organisasi-organisasi lain. Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar telah mewujudkan beberapa pusat pembiakbakaan kurungan hidupan liar fauna sejak beberapa tahun yang lalu seperti Pusat Pembiakan Seladang, Pusat Pembiakan Burung Kuang, Pusat Pembiakan Rusa Sambar, Pusat Pembiakan Tapir, Pusat Pembiakan Napoh/Pelanduk dan Pusat Pembiakan di Zoo Melaka. Bagi hidupan liar flora pula, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian, FRIM dan lain-lain organisasi telah membangunkan beberapa pusat pemuliharaan ex-situ seperti taman botani dan arboretum.

1.3.1 Zoo dan Akuarium

Seiring dengan keperluan untuk melindungi dan memulihara biodiversiti, maka peranan zoo telah berubah daripada pusat pameran haiwan mamalia seperti zirafah, gajah dan lainlain kepada pusat perlindungan dan pemuliharaan biodiversiti terancam seperti serangga dan lain-lain kumpulan haiwan. Matlamat zoo kini secara umumnya adalah untuk memantapkan program pembiakbakaan hidupan liar dan hidupan yang terancam kepupusan.

Zoo kini bekerjasama dengan organisasi lain seperti universiti dan organisasi kerajaan seperti Jabatan Perhilitan yang terlibat dengan aktiviti pemuliharaan hidupan liar. Organisasi-organisasi ini akan menyediakan kepakaran dan latihan penjagaan haiwan serta ubatan veterinar kepada pihak zoo manakala pihak zoo akan menguruskan penjagaan haiwan yang dilindungi dalam kurungan.

Zoo juga menjalankan program pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat tentang keperluan aktiviti pemuliharaan hidupan liar dan telah mendapat banyak sokongan dan sumbangan daripada masyarakat. Di samping itu, zoo merupakan tempat rekreasi, pusat rujukan dan penyelidikan hidupan liar. Terdapat pelbagai spesies fauna seperti mamalia, burung, reptilia, amfibia, serangga, yang terancam kepupusan dilindungi di zoo. Spesies ini akan dibiakbaka kurungan sehingga mencapai saiz populasi yang sesuai sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi. Namun begitu pelbagai persoalan timbul terhadap sejauhmana keupayaan haiwan kurungan tersebut berupaya menyesuaikan diri di habitat

23

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

semula jadi.

Di Malaysia terdapat Zoo Negara dan beberapa zoo negeri. Antara zoo yang aktif menjalankan program pembiakbakaan adalah Zoo Melaka dan Zoo Taiping manakala Zoo Negara dijadikan pusat rekreasi utama dan tempat rujukan serta penyelidikan oleh para penyelidik. Pengurusan zoo memerlukan kepakaran, tenaga kerja terlatih, ruang yang luas dan kos pengurusan yang tinggi. Usaha ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak seperti NGO, badan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan badan-badan swasta. 1.3.2 Taman Botani dan Arboreta Taman botani adalah tempat di mana pelbagai tumbuhan di tanam dengan tujuan sebagai pusat rujukan pendidikan, penyelidikan, perhiasan serta rekreasi manakala arboreta pula adalah fokus kepada sesuatu jenis tanaman atau famili tumbuhan sahaja seperti taman herba, taman paku pakis, taman orkid, kebun buah-buahan dan lain-lain. Pelbagai organisasi terlibat secara aktif membangunkan taman botani untuk memulihara pelbagai spesies flora yang terdapat di dunia. Fokus taman botani kini tertumpu kepada usaha menanam tumbuhan yang jarang di temui dan tumbuhan tumbuhan yang diancam kepupusan. Taman botani terbesar di dunia terletak di Kew, England dikenali sebagai Taman Botani DiRaja mempunyai 25000 spesies tanaman iaitu kira-kira 10% daripada jumlah spesies tumbuhan dunia dan 2700 daripada spesies yang ditanam merupakan spesies yang telah disenaraikan sebagai spesies terancam oleh badan IUCN (International Union Conservation N). Di Malaysia, organisasi kerajaan, swasta, institut penyelidikan mahupun institut pengajian tinggi awam turut memain peranan membangunkan pelbagai taman botani untuk tujuan pemuliharaan spesies flora serta dijadikan pusat rujukan penyelidikan serantau. Antara taman botani yang terkenal sebagai pusat rekreasi dan pusat penyelidikan adalah seperti berikut iaitu Taman Botani Rimba Ilmu, Universiti Malaya; Pusat Penyelidikan Botani, Semengoh, Sarawak; Taman Pertanian Bukit Cahaya, Shah Alam; Pusat Orkid dan Stesyen Penyelidikan Pertanian, Tenom, Sabah ; Taman Botani, Putrajaya; Taman Botanikal, Melaka; Taman Botani, Pulau Pinang dan Taman Botani Kepong. Selain berfungsi sebagai institut penyelidikan perhutanan, FRIM juga berfungsi sebagai taman botani. Sekurang-kurangnya 1098 spesies tumbuhan peringkat tinggi

24

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

(Angiosperma dan Gimnosperma) direkodkan di kawasan institut yang meliputi 600 hektar. Senarai ini termasuk spesies tempatan dan bukan tempatan yang dibawa masuk melalui program pertukaran. Kawasan penyelidikan seluas kira-kira 391 hektar mempunyai 786 spesies, manakala Taman Botani yang dibangunkan oleh FRIM di Kepong (93 hektar) mempunyai pelbagai koleksi semaian spesies pokok liar. Arboretum Dipterokarpa yang ditubuhkan pada 1929 mempunyai koleksi 92 spesies manakala Arboterum bukan Dipterokarpa mempunyai koleksi 96 spesies. Arboretum yang ditubuhkan baru-baru ini, iaitu arboretum pokok buah-buahan mempunyai 65 spesies, manakala Arboretum Koniferatum dan monokot mempunyai 19 dan 39 spesies masing-masing.

Pembangunan taman botani atau arboreta adalah satu usaha yang perlu diberi tumpuan memandangkan banyak spesies flora yang terdapat di hutan negara kita merupakan spesies endemik iaitu hanya terdapat di rantau Asia Tenggara sahaja. Namun begitu beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa membangunkan taman botani seperti memerlukan kawasan yang luas, kos pengurusan, kepakaran, tenaga kerja serta keperluan menyediakan habitat seperti habitat semulajadi setiap spesies yang ditanam.

1.3.3 Aquaria

Aquaria awam kebiasaannya lebih cenderung mempamerkan spesis marin yang menarik dan luar biasa seperti singa laut, ikan lumba-lumba dan lain-lain kepada pengunjung aquaria. Namun begitu fokus aquaria kini telah berubah kepada pendidikan pemuliharaan spesis marin yang terancam kepupusan. Aktiviti pemuliharaan aquaria merupakan suatu keperluan memandangkan beribu-ribu spesis ikan kini mengalami ancaman kepupusan. Molluska air tawar juga perlu dilindungi kerana sensitiviti hidupan ini terhadap pencemaran dan perubahan persekitaran.

Usaha kini tertumpu kepada membangunkan teknologi pembiakbakaan spesies marin yang jarang ditemui. Program pembiakbakaan spesies marin dijalankan di pusat penetasan, aquarium serta habitat air buatan. Penyelidikan tentang teknologi pembiakbakaan spesies marin juga sedang dibangunkan. Di negara kita terdapat beberapa aquaria seperti di KLCC dan di beberapa negeri lain. Terdapat juga beberapa pusat penetasan penyu di Tanjung Bidara Melaka, Segari Perak dan Pasir Panjang, Kelantan. Pembangunan

25

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

aquaria juga perlu kepada kepakaran yang tinggi tentang hidupan marin, kos yang tinggi dan tenaga kerja terlatih disamping penyediaan habitan seperti habitat semulajadi spesies marin tersebut. 1.3.4 Bank Benih

Taman botani dan institut penyelidikan telah membangunkan bank germplasma tumbuhan-tumbuhan yang dinamakan bank benih. Di bank benih terdapat koleksi pelbagai benih daripada tumbuhan liar mahupun tanaman. Bank benih memberi tumpuan kepada 100 spesies tanaman yang merupakan 90% daripada sumber makanan kepada masyarakat setempat. Namun begitu bank benih juga memainkan peranan untuk mengumpul koleksi benih bagi spesies tumbuhan yang diancam kepupusan atau kehanyutan variasi genetik.

Benih tumbuhan di simpan dalam keadaan kering atau pada suhu rendah berupaya mengekalkan benih dalam jangka masa yang panjang. Kemudian benih ini akan dicambahkan untuk menghasilkan populasi baru dan sebahagiannya digunakan untuk menambah koleksi benih di bank benih. Bank benih dijadikan pusat untuk mendapatkan germplasma untuk tujuan pertanian, lanskap, penyelidikan atau taman botani atau arboreta. Sebahagian germplasma tumbuhan di simpan dalam bentuk biji benih, keratan tumbuhan dan juga dalam bentuk tisu kultur.

Pembangunan bank benih adalah usaha yang perlu diberi tumpuan oleh pihak kerajaan supaya germplasma yang diperlukan terutamanya tanaman makanan tidak mengalami kepupusan. Namun begitu pengurusan bank benih memerlukan kepakaran yang tinggi, kos yang banyak, ruang dan peralatan penyimpanan serta tenaga kerja terlatih. Masalah yang dihadapi oleh bank benih adalah secara beransur-ansur benih yang disimpan akan kehilangan keupayaan untuk bercambah atau mengalami mutasi. Terdapat beberapa bank benih telah dibangunkan di dunia seperti Svalbard Global Seed Vault yang terletak di Artik. Di negara kita terdapat beberapa bank benih dibangunkan oleh pihak MARDI seperti bank benih padi di MARDI, Bertam dan lain-lain bank benih.

26

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

AKTIVITI 4 AMALI 3 Pemuliharaan ex-situ : Zoo & Taman Botani

Pengenalan Strategi jangka panjang yang terbaik dalam memelihara dan melindungi biodiversiti dalam

populasi dan komuniti ialah dalam habitat semulajadi mereka(in situ). Walaubagaimana pun bagi kebanyakan spesis tiada banyak pilihan, dan kaedah alternatif terbaik bagi pemuliharaan yang boleh digunapakai ialah kaedah pemuliharaan ex situ ( off-site). Kemudahan-kemudahan pemuliharaan ex situ termasuklah zoo, aquaria, program pembiakan dalam kurungan, taman botani, arboreta and bank benih. Amali ini menghendaki anda fokus kepada 2 aspek. Pertama, membiasakan diri dengan biodiversiti biologi dengan melawat zoo dan taman botani, dan keduanya membuat perbincangan tentang merit, kelemahan dan etika pemuliharaan ex situ. Tugasan Lawati satu Zoo dan satu Taman Botani. Jika anda tidak dapat berbuat demikian, lawati Zoo Maya (virtual zoo) atau Taman Maya (virtual garden) dalam rangkaian sesawang. beberapa tapak sesawang boleh dilawati seperti yang tersenarai pada akhir amali ini, tetapi anda akan temui banyak tapak sesawang jika anda meneroka. Laporan Anda Laporan anda mengandungi dua bahagian (1) Pembentangan Kumpulan dan (2) laporan bertulis individut. Bahagian 1 : Dalam kumpulan tidak lebih dari tiga orang, sediakan 10 minit pembentangan dalam kelas anda. di mana anda menerangkan bagaimana kemandirian sesuatu tumbuhan dan haiwan yang anda perhatikan dari strategi pemuliharaan ex- situ. jika boleh gunakan sebarang imej bagi menjelaskan lagi pembentangan anda.(Buat dalam PCK 2)

27

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Part 2 Secara individu bincangkan dan buat laporan berbentuk essei lebih kurang 300 patah perkataan tentang isu-isu di bawah. Termasuk satu huraian tentang tujuan amali, nyatakan teks rujukan dan senarai rujukan dengan format yang betul pada akhirnya.

Apakah julat kedapatan kepelbagaian (diversity)? Bagaimana jumlah biodiversiti diwakili


pada (a) peringkat kebangsaan (b) peringkat sejagat dari segi jumlah zoo dan taman botani? Apakah mereka fokuskan pada kumpulan utama atau lain-lain kumpulan yang diwakili? Terangkan.

Apakah

erti

in situ dan ex situ ? Apakah kelebihan (merits) dan kelemahan

(shortcomings) pemuliharaan ex situ?

Kenapa para ekologis percaya pemuliharaan in situ sebagai pengurusan habitat yang
cermat, hanya diterima sebagai satu strategi pemuliharaan sahaja, dan tidak sebagai strategi pemeliharaan untuk jangkamasa panjang bagi sebarang habitat semulajadi atau apakah jenis yang boleh membiak dalam keadaan liar, dalam zoo atau taman?

Kenapa ramai orang berfikir tidak betul untuk


akibat dari tindakan ini? Tarikh Akhir Hantar

membawa kembali spesis yang pupus

seperti Harimau Tasmania? Apakah implikasi terhadap usaha-usaha pemuliharaan

Semak tarikh tugasan. Pembentangan ini memperuntukkan 10 % dari markah keseluruhan . Laporan bertulis 5% dari keseluruhan markah.

28

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

AKTIVITI 5

PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN 2 (PCK 2)


Pembentangan Pemuliharaan ex-situ Tugasan Lawati satu Zoo (Zoological Garden) atau Taman Botani (Botanical Garden) . Jika anda tidak dapat berbuat demikian, lawatilah Zoo Maya (virtual zoo) atau Taman Maya (virtual garden) dalam laman sesawang. Antara laman sesawangnya adalah seperti berikut:Zoos IUCN Conservation Breeding Specialist Group : (go to the Global Zoo Diresctory) http://www.cbsg.org/ South East Asian Zoos Association http://www.seaza.org/ American Zoo & Aquarium Association : http://aza.org/ ZooNet (International Index) : http://www.mindspring.com/~zoonet/www_virtual_lib/zoos.html Arizona-Sonora Desert Museum : http://www.desertmuseum.org/ Australian Museum http://www.amonline.net.au/thylacine/index2.htm San Diego Zoo http://www.sandiegozoo.org/ Gardens/Plants http://www.mobot.org/CPC/welcome.html http://www.rbgkew.org.uk:80/conservation/index.html

29

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

http://www.florabank.org.au/ http://www.rbgkew.org.uk/BGCI/australi.htm http://www.rbgsyd.gov.au/ http://www.rbg.ca/cbcn/ http://www.anbg.gov.au/chabg/newsletter/3-july-02/ Botanical Gardens in Malaysia Rimba IImu Botanic Garden http://rimba.um.edu.my/ Penang Botanic Gardens http://www.sukpp.gov.my/KebunBunga/main.html Botanic Gardens Conservation International http://www.bgci.org.uk/botanic_gardens/Fruit_germplasm_collection_Malaysia.ht ml http://www.bgci.org.uk/conservation/Conservation_Rimba_ilmu?Malaysia.html http://www.wcs.org/ http://www.edf.org/ http://www.defenders.org/ http://www.wri.org/wri/wri.html http://www.iucn.org/ http://www.unep-wcmc.org/ http://www.environment.gov.au/ http://www.dse.vic.gov.au/

Dalam kumpulan tidak lebih dari tiga orang, sediakan 10 minit pembentangan dalam kelas anda. di mana anda menerangkan bagaimana kemandirian sesuatu tumbuhan dan haiwan yang anda perhatikan dari strategi pemuliharaan ex- situ. jika boleh gunakan sebarang imej bagi menjelaskan lagi pembentangan anda.

30

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

Rujukan; Burgman M.A. & Lindenmayer D.B (1998) Conservation Biology for the Australian Environment. Surrey Beatty & Sons. Chapter 2 What should be conserved ? sections 2.1-2.5. Primack R.B. (2002) Essentials of Conservation Biology 3rd edition. Sinauer Associates, Publishers. Chapter 2 What is biological diversity pp 27-33. Primack, R.B. (1998). Essentials of Conservation Biology 2nd edition. Sinauer Associates, Sunderland, Massachusetts. Chapter 14 Ex situ Conservation Strategies

31